Wednesday, February 8, 2012

Kisah Si Cina Yang Berselipar, Seluar Pendek Dan Ber-Singlet...

Namewee. Dibenci kaum majoriti melayu tapi dia punya visi sendiri.


Al-kisah kali ini bukanlah perihal Namewee, apa makanan kegemarannya, siapa kekasih pertamanya atau dia suka makan nasi lemak mahupun roti canai. Sengaja aku tancapkan gambar dia sebab dia merupakan ikon bangsa cina di Malaysia yang aku respect. Tak goyang dengan sebarang ancaman.

   Ah. Cerita kali ini adalah berperihalkan bangsa cina. Bangsa yang sama-sama berkongsi menikmati keindahan di bumi Malaysia. Namun kebanyakan dari bangsa kita, Melayu, ramai yang memandang pelik dengan bangsa lain. Seolah-olah kita gah dihadapan walhal kita terperosok dipenjuru belakang. Kita tewas namun mengaku menang. Mari aku kongsi sedikit cerita ;


Kisah 1 :

Zakaria : Hei Ah Sang! Apa bikin beli nasi banyak-banyak?

Ah Sang : Oh? Ini hah? Ini mahu kasi kucing makan.

Zakaria : Banyak oh? Kucing lu memang kuat makankah? Lu memang sayang kucingkah?

Ah Seng : Bukan itu macam maa... Saya beli banyak-banyak, sebab itu kedai wa punya kawan. Dia baru bukak kedai.  Nak kasi dia duit, mesti dia tak mahu. Jadi saya belilah nasi banyak-banyak dari situ.

Zakaria : Oh...


Kisah 2 :

   Amir, seorang pelajar di tingkatan lima. Baru pulang dari mengulangkaji dengan Cikgu Suraya. Dia memilih untuk pergi ke kedai makan Lim Kiang. Sebuah warung yang kecil milik orang cina namun mempunyai seorang anak dara yang sangat solid melebihi figura Elly Tran Haa. Oleh kerana anak kepada pekedai itulah, warung kecil tersebut mendapat perhatian jejaka-jejaka pekan. Namun sebaik sampai di warung tersebut, Amir bertanya kepada si ayah.

"Mana peginya Lim Siew Ping?" Amir gelojoh bertanya tanpa sempat memesan Coca-Cola.

"Oh. Dia dapat sambung belajar di Oxford. Apa you ingat Azura 2012 je dapat belajar di Oxford?" Lim Kiang berseloroh.

"Haa? Oxford? Tapi, mana you dapat duit mahu hantar pergi sana? Bukan murah maa.." Amir kebingungan. Terbayang di iris matanya akan suasa iklim di England.

"Saya dari keluarga Lim. Bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak payah bayar balik. Nanti bila sudah berjaya, kami akan bantu yang lain pulak." Lim Kiang menjelaskan sambil menggaru-garu perutnya yang memboyot.

"Ooohhh..." Amir menjawab pendek.


Kisah 3 :

   Sebuah masjid di sebuah pekan mahu diubahsuai kerana tampungan jemaah semakin banyak berikutan populasi pekan tersebut semakin membesar. Maka mereka bermesyuarat sesama AJK sambil makan bihun, karipap dan teh o. Akhirnya mereka mendapati mereka mempunyai bajet sekita RM20 ribu hasil kutipan tabung selama ini. Mereka mencari kontraktor melayu.

Kontraktor Melayu : RM20 ribu? Taknaklah. Masjid dahlah besar. Mana untung.

   Kecewa dengan jawapan kontraktor tersebut, mereka cuba-cuba bertanya kepada kontraktor Cina dengan malu-malu. Namun memeranjatkan bila mana :

Kontraktor Cina : RM12 ribu sudahlah. Cincai kira.

Imam : Wahlauwei. Manyak murah?

Kontraktor Cina : Itu tempat mahu buat sembahyang. Buat apa mahu mahal-mahal? Nanti Tuhan marah maaa...


Kisah 4 :

   Sekumpulan remaja bermain bola sepak di padang sedikit lopak dan becak. Namun apa mereka peduli? Demi nafsu berbola sepak, semua itu diketepikan segera. Mereka bermain dengan girang dan gembira tanpa berselisih faham walaupun ada antara mereka yang berbangsa cina. Apabila senja hampir tiba, mereka kduduk di tepi padang untuk hilangkan lelah. Atan terjumpa duit syiling sepuluh sen. Dia capai dan campak semula betul-betul depan Yong Ching Yup.

"Apasal buang-buang duit maa?" Chong mengutip duit syiling sepuluh sen dan memasukkan ke dalam poket.

"Sepuluh sen pun mahu ambil kaa? Sengkek benar?" Atan biadap sambil dituruti yang lain ketawa. Mereka semua tahu Chong seorang yang berada. Tengoklah persiapan dia untuk bermain bola petang-petang. But sahaja sudah lebih RM200, jersi, stoking paras lutut. Tak ketinggalan knee-pad juga tersarung dibalik stoking.

"Bukan maa. Takde sepuluh, tak jadi satu juta." Chong pendek membidas.

"Betul jugak."



----------------------------------------


Tak malukah kita bila ada kawan buka kedai baru, kita sibuk minta diskaun?

Tak malukah kita bila ada saudara mahu belajar, kita tak membantu malahan dipulaukan sekiranya saudara itu gologngan miskin?

Tak malukah kita untuk membina tempat beribadah pun masih berkira tentang harga?

Tak malukah kita bila jumpa seposen dibuang lambung, jumpa RM50 sanggup bergaduh?



p/s : Aku terbaca cerita ni cuma aku kasi modofikasi konon nak lagi cun. Sama ada benar atau tidak cerita ni, kita fikir-fikirkan bersama. Itu sahaja. Babai. :)

   






13 comments:

Aween Md Zahir said...

aku singgah,,terus jatuh cinta ngn blog hang. cane ney? cane ney ?? ngeh3x ~~

*duit salah satu sebab manusia bodoh gadoh sesama sendiri walau dgn darah daging :P
sumpah aku benci org yg gila duit seolah depa bley bwk duit depa masuk kuboqqq !

farid @ gackt said...

nice3 setepek kene muke sndiri

Khuzrin Kamarudin said...

Aween : Alahai. Kat blog ke kat owner blog? Ngehehehe...

Farid : Mari merenung sambil termenung.. ngehehehe..

Ckin Kembaq said...

penah gak baca tentang ni..dan ianya adalah kisah benar..bukan rekaan....

p/s :ikut sumber blog tu la..tp tak ingat dah.. ^_^

cikpia said...

benda ni memang berlaku sekitar kita..... setuju atau tidak, kita kena terima hakikat perangai bangsa kita yang sangat loser.

ascil.punye.lah said...

memang inilah yang berlaku pon.realiti.

Ira Khazali said...

sangat tepat..

bangsa yg salah atau didikan?
sukar dimengerti..

Nana said...

Yelah,mmg betul..tp sesetengah chinese jugak..xsemua chinese macam tuu..org melayu ade gak yg bgus cmtu..jgn tgk pd 1 belah pihak je..

Mawar Berduri said...

nah seposen. (hulur syiling)

Aini Azman said...

aku kurang bergaul dgn kaum cina, so aku tak dpt nak judge mcm mana diowang sbnrnya,. =p

Halimatun Sa'adiah said...

byk ragamnye..

Anonymous said...

tak semua org melayu begitu..org cina begini..
semua terletak pada diri memasing :)

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

nih entry sentap menyetap nih..hehehe..

tp hakikat dan realitinya macam tu la..