Saturday, February 11, 2012

Tiada Idea Tapi Masih Mahu?

Tengok orang lain ada blog, anda pun mahu berblog tapi tak tau nak post apa? DI SINI ADA CARANYA.


Sudah lama berblog, sehinggakan tak tahu apa lagi mahu ditulis? DI SINI ADA CARANYA.


Tuntutan kerjaya terlalu membataskan anda dengan papan kekunci? DI SINI ADA CARANYA.


Takut entri anda tidak mendapat perhatian? DI SINI ADA CARANYA.


Takut hilang peminat/pembaca lantas mendorong anda menulis tapi tiada idea? DI SINI ADA CARANYA.


Setiap kali mahu menulis entri, kawan-kawan akan kata anda tiada life? DI SINI ADA CARANYA.




   Acapkali bila aku bertanya kawan-kawan kenapa mereka tak update blog, kebarangkalian jawapan di atas yang aku dapat. Ini membuktikan aku begitu prihatin mengikuti perkembangan blog kalian walaupun aku tak follow. Ya, follower dan readers ada dua entiti yang berbeza. Sangat berbeza. Sama bezanya dengan populariti antara Neelofa dan Noorkhiriah walaupun dua-dua hebat berlakon.


   Tanpa melengahkan masa dan menambah masa kalian membaca, aku teringin kongsikan cara mudah untuk meng-update blog kalian tanpa menjejaskan kehidupan seharian masing-masing. Apa lagi? Sediakan kertas dan pena mata bulat. Mungkin ini membantu.




Kata Kunci Nuffnang


Apa jadah "gesel punggung cikgu" boleh berangkai dengan blog aku?


   Tak nampak apa tertulis di "printscreen" di atas? Buat sampai boleh. Tapi bukan itu yang penting. Yang penting sekarang ialah apa kaitan kata kunci Nuffnang dengan idea post entri. Mudah. Formulanya sangat mudah. Lagi mudah dari formula fungsi kuadratik kuasa tiga masa belajar Matematik dengan Cikgu Suraya. Apa yang mudah? Begini. Cukup anda tepekkan gambar printscreen tentang kata kunci Nuffnang yang bersangkutan ke blog anda. Kemudian cerita serba sedikit. Tak kira apa pun. Janji ada cerita ingin di kongsikan. Janji ada kisah untuk dikhabarkan. Janji blog anda beroperasi. Betul tak? Tak payah kerah ilham bukan? Sekurangkurangnya anda berinteraksi dengan Nuffnang secara tidak langsung. Boleh dapat income lagi.




Plagiarisme


   Plagiarisme adalah langkah termudah dalam menulis entri. Err. Menulis? Mudah sangat. Hanya perlu menyalin dan menampal. Macam bangang pulak menyalin dan menampal ni. Ok. Copy and paste. Mudah kan? Copy pasta, tekan publish tanpa perlu mengkreditkan penulis asal. Muka harus riak, takbur, bongkak masa buat kerja mulia ni. Yang penting perhatian orang ramai bertepuk tangan sambil memuji kehebatan "penulisan" anda. Harus diingat, Malaysia merupakan antara negara yang mengalami masalah plagiarsme tahap serius. So, fikirkan kesannya terhadap negara 15 tahun akan datang lagi. Jadi, marilah kita sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa memacu pembaharuan mengamalkan plagiarisme dalam kehidupan seharian. Barulah urban mengikut dan menjadi orang lain.




Review Filem/Movie.


Bila si kucing dijadikan poster filem


   Antara formula termudah. Anda cuma perlukan sebijik kamera, RM 20 untuk tiket wayang tambah popcorn, atau tambahan lagi untuk pergi makan KFC, McDonald, Starbucks. Mula-mula pergi panggung wayang. Pilih cerita hit semasa. Kemudian ambil gambar beramai-ramai sewaktu beli tiket sambil jelir lidah dan jelirkan lidah atau muncungkan bibir semuncung itik. Pergi tengok wayang. Hadam cerita betul-betul. Kalau boleh catat dalam buku nota atau notes dalam handphone/gadjet canggih anda. Habis tengok wayang pergi makan. Bergambar lagi. Balik rumah, buka laptop/pc. Mulakan tajuk dengan review filem bla bla bla. Seperti "Review Filem Tsunami Kasih", "Review Filem Gongxi-Gongxi," "Review Filem Ahmad Sumpit" atau Review Filem Azzuri 2012"
Kami Azzuri, pasukan bola sepak. Bukan filem adaptasi. Bangang!
   Siap. Apa yang anda hadam ketika menonton filem di panggung tadi, ceritakan jalan cerita, plot, watak perwatakan, tema dan persoalan, pengajaran berserta pandangan peribadi. WIN.


Segmen/Contest

   Segmen adalah jalan mudah meng-update entri. Bukan itu sahja, segmen dan contest ni merupakan wahana mudah dalam mencari followers. Ya adik-adik. Followers. Bukan readers atau viewers. Pergi mati sama readers dan viewers. Yang penting jumlah followers dan populariti. Segmen pun biasanya yang mudah-mudah. Antara yang pernah menjadi fenomena, Wordless Wednesday atau WW. Di mana pada hari Rabu, setiap blogger hanya perlu mengupload gambar tanpa sebarang caption atau huraian. Tapi aku perhatikan banyak jugak yang tepek gambar bertulis. Jadi di mana inzalnya "Wordless" tu?

   Segmen lain seperti pertukaran link antara blogger baru, paling hebat. Cuma buat sedikit entri berkenaan segmen tersebut, tepek gambar paling comel bermulut itik. Win!

Ini serius


Kontroversi


   Aha! Kontroversi. Rakyat Malaysia amat peka terhadap keadaan sekeliling. Memang tak diakui, deria kepekaan mereka amat tajam akan cerita-cerita gosip atau kontroversi. Ambil peluang di atas kepekaan ini. Kaji sedalam mungkin tentang setiap kontroversi. Atau tak payah kaji, cuma berdasarkan andaian sendiri. Mudah bukan? Cerita sahaja tentang kontroversi sesuatu atau seseorang. Guna kaedah plagiarsme tadi sebagai memperkuatkan lagi entri anda. Tapi satu aku nak cerita, di Eropah, mereka tidak diskusi kejadian, sebaliknya mereka berbincang idea. Nampak bezanya? Bagus.




   Baiklah. Aku rasa ni satu lagi entri mengarut dari aku. Itu sahaja. Kalau marah aku, aku tak boleh kata apa. Sila cari krim punggung di farmasi berdekatan. Babai. Mumumuaaah!




16 comments:

Primadona said...

The rest memang terbaik dah tapi kau lupa satu benda.Jadikan blog anda sebagai medan dakwah untuk kesejahteraan umat sejagat. =)

Khuzrin Kamarudin said...

Heee.. Cik Dolce, please get what i mean. Hehehe.

H.K.L said...

terasa aii tau, hoho~

Khuzrin Kamarudin said...

[wanni] : Alaaa.. cowiee :(

Gee said...

haha..macam2 idea..

Nana said...

like your entry!

aishah said...

tips bguna....

cikpia said...

owh, pedas menusuk kalbu!!!!!

shairah said...

sume benda tu cara paling mudah nk update..btw, baik jadikan kualiti paling utama

Ain Norainsyah said...

haha.byk sindiran yang sangat berguna...:P

farot said...

hoho

hana said...

mmg mudh nk update lepas ni..
hihih

ira said...

memang mengarut.. hahaha..

oh no! jgn copy paste..

ascil.punye.lah said...

wow! idea! idea! mencurah2 ke ladang gandum lepas baca entry nih =D

zareliqa afiqa said...

nice sharing lar..hihi,

AnakPakZohar said...

setakat nieh tak penah buat entry pasal keyword.. huhu..