Thursday, March 8, 2012

Antara Ujang dan Gadis Berbaju Merah...

   Hampir pukul dua petang, bas yang ingin menuju ke Kuala Lumpur aku naiki, baru hendak bergerak. Aku lemparkan pandangan aku ke luar tingkap bas. Melihat gelagat penunggu-penunggu bas, kemudian melihat bangunan-bangunan, kereta-kereta dan kedai-kedai. Sedar tak sedar, pandangan aku itu dibawa bergerak bersama bas dan melepasi sempadan Segamat.

   Aku mula bosan. Aku keluarkan majalah Ujang edisi ke-422, 15 Februari. Ilustrasinya menggambarkan Lady D dibelit ular dan diketawakan orang ramai dalam pesta keramaian. Tampak kelakar. Tapi sebenarnya aku tak peduli langsung pasal ilustrasi, memang dari dulu aku beli sebab aku suka dengan humor bersahaja dalam majalah Ujang tersebut. Tepat dengan gelaran "Majalah Lawak Nombor 1 Malaysia".

Lebih Lawak Daripada Biasa

   Sesekali aku gelak sendiri bila membaca lukisan-lukisan Bijan, Papan, Sukun, Pjoe dan lain-lain kartunis baru. Namun kadar suara gelak aku itu terpaksa aku kurangkan. Menjaga maruah kononnya.

   Baru baca sikit kemudian rasa mengantuk. Mungkin kerana didorong penat bekerja semalamnya. Tambahan angin dari penghawa dingin buat kelopak mata begitu teransang untuk terlelap. Sedar-sedar aku dah tertidur.

   Tiba-tiba aku terjaga bila bas ekspres tersebut berhenti di Tampin untuk mengambil penumpang lain. Aku betulkan tempat duduk bila ada seorang gadis meminta aku mengalihkan beg aku yang aku letak di tempat duduk sebelah.

   Aku cuma pandang sekali raut si gadis. Agak manis. Berkaca mata, bertudung litup warna merah dan dipadankan t-shirt juga berwarna merah gelap. Aku alihkan beg sambil lemparkan senyuman yang aku kira langsung tak manis.

   Bas bergerak semula untuk menuju ke destinasi sebenar. Aku lemparkan kembali ke luar tingkap melihat suasana bandar Tampin ditinggalkan.

   Baru sepuluh minit, aku bosan semula. Gadis sebelah aku pula aku tengok senyap semata. Memang aku tak reti berbual dengan orang yang aku ak kenal. Tak kisah lelaki ke perempuan. Hati aku berkira-kira nak habiskan Ujang yang aku beli tadi. Karang apa pulak kata gadis sebelah. Dah besar-besar pun baca Ujang. Aku berfikir macam tu sebab impresi orang ramai, majalah kartun hanya laak dibaca kanak-kanak. Karut bukan?

   Malas berperang dengan fikiran sendiri, aku keluarkan jugak majalah Ujang tadi dari beg. Aku terus tancapkan konsentrasi ke majalah tersebut.

   Tiba-tiba... "KAH! KAH! KAH!" bila aku baca lukisan si Bijan pasal kisah Suami Isteri, aku gelak sakan. Agak kuat dan lantang. Aku tak tahu kenapa kotak suara aku begitu automatik melontarkan ketawa sedemikian.

   Gadis di sebelah tadi pandang aku, kemudian dia pandang ke depan semula. Aku dah bengang namun aku buat tak tau. Aku dah terasa nak saman MOY Publications sebab malukan aku. Aku rasa nak one by one dengan Bijan sebab jatuhkan maruah aku! Seorang jejaka tampan ketawa dikhalayak ramai hanya kerana majalah Ujang!

   Aku teruskan bacaan. sesekali aku tergelak lagi. Aku dah tak peduli apa orang nak kata. Baik kerusi belakang atau depan. Perasaan tak boleh dipendam-pendam. Membusung karang siapa susah? Gadis sebelah langsung aku tak tegur. Pedulikan.

   Sampai destinasi. Semua keluar. Perasaan malu aku datang balik. Mujur takde sorang pun yang kenal aku. Sekarang ni, patut ke tak aku bawak mereka ke muka pengadilan? Atau setel tepi je. Ke camne?





11 comments:

noorniey Azman said...

teeheee~sengal.da settle dah ke??

Ckin Kembaq said...

haha..ksian pmpn tu..msti terkejut..tp wat dek.. ^_^

hamizah afifah said...

kalo aku jdy pmpuan tu..aku rsa nk tukr tmpt ddk..haha

cikpia said...

ko nak nombor tepon pakar plastic surgery tak.......??? wajar bina kehidupan baru dah ni... he he....

ascil.punye.lah said...

kalau lah aku perempuan tu dah lama aku sepuk kau,pastu bla duduk seat lain buat muka tak reti.haha.

robotkuning said...

kehkehkeh.gua pun ada niat nak saman majalah ujang..gua ada pengalaman macam lu.lama sudah.. ;p

El-Janna said...

hahhaahh mmg best baca majalh tu^^ mmg top 1!! bolh kot saman ujang sbb jatuhkan maruah awkk erghh-.-'

Tasha said...

perempuan tu suh diam je,tu yg dia pndng :P

farot said...

da lame giler babeng tak layan ujang ngeee...bravo la kau bro

Ain Norainsyah said...

haha...kalau bawak ke mahkamah,mesti jurorsnye tergelak sampai terkencing. :P

kay_are said...

ujang tu still lawak g ke bro.. gua lame dah tak bace ujang ni.. takde member nak tolong beli.. lol