Monday, May 21, 2012

Chelsea : Drama Keangkuhan...

Orgasme sebenar

   19hb Mei 2012 adalah hari bola sepak bagi umat Malaysia. Pada pukul 8:45 malam, peminat bola sepak Malaysia dihiburkan dahulu dengan pertarungan final Piala FA antara Kelantan vs Sime Darby FC. Bagi Sime Darby FC, mereka mendapat jolokan 'silent-killer' kerana berjaya menyingkirkan kelab terangkuh dalam Malaysia, Johor FC dan kemudiannya mengetepikan saingan Terengganu sebelum mereka sampai ke peringkat akhir. Perlawanan berlangsung seperti biasa selayaknya taraf bola sepak Malaysia dan Kelantan berjaya menjulang Piala FA melalui jaringan Ghaddar, sekaligus melengkapkan seluruh koleksi piala yang dipertandingkan dalam Malaysia. Tahniah Kelantan. Anda memang di kelas tersendiri.

   Arakian, pada pagi 2:45 (waktu Malaysia), seluruh umat manusia sejagat menumpukan perhatian ke Jerman dan tumpuan itu dipusatkan terus ke Allianz Arena, Jerman. Di mana menurut pendapat bijak pandai dahulu kala, Allianz Arena ialah kandang keramat buat sebuah pasukan bola sepak gergasi Jerman, Bayern Munich.

   Cerita kandang keramat hanyalah sedikit asam garam sebelum episod sebenar bermula. Episod peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah. Sekumpulan singa biru, mewakili rumah sukan England bernama Chelsea bertandang ke kandang tersebut dengan sopan dan berbudi bicara untuk dilayan kumpulan Bayern Munich. Segala palu-paluan gendang, flare dan pembuka bicara dimulakan tanpa nyanyian lagu Negaraku. Segala umpat cacian dan dengkian kepada kumpulan Chelsea juga semakin hangat. Segala kem-kem pasukan merah yang lain (Menyu, Liverpool, Arsenal khususnya) bernaung terus di bawah payung Bayern Munich. Langsung tiada semangat 1England.

   Aku, dan Sopi yang memang datang dari kem Chelsea sementara Brendan dari kem Newcastle, sampai lambat 2-3 minit ke kedai mamak, campur sibuk cari kerusi dan tempat duduk. Pemakaian sut Chelsea membuat banyak mata-mata memandang sinis dengan keyakinan aku terhadap Chelsea. Berbekalkan muka Poker Face, aku duduk dan terus pusatkan fokus ke skrin.

   Sepanjang 45 minit pertama menonton drama Chelsea-Bayern Munich, tanpa tulang utama, Terry, Ivanovic, Ramires, memang membuatkan kem Chelsea diselubungi gelisah. Serangan bertali arus dilancarkan bertubi-tubi ke kubu Chelsea, namun tiada satu pun berjaya membolosi gawang yang dikawal rapi Abang Petr Cech. Perlawanan bagi separuh masa pertama memang memihak Bayern Munich. Dari segala penjuru mereka cuba menyusup masuk ke kubu Chelsea. Tak berjaya menyelit, mereka cuba serangan jarak jauh, namun juga tak dapat mereka tembus. Semuanya berkat kesucian Chelsea yang memperkenalkan jenama 'park-the-bas' sebagai satu terma baru dalam bola sepak. Sementara Chelsea? Hanya ada satu percubaan tepat, itupun melalui Kalou The Spider yang mudah ditangkap kemas Neuer yang asyik leka bermain SMS.

Labah-labah yang garang.

   Rehat separuh masa. Masing-masing yang menonton membuat andaian dan spekulasi tersendiri di atas persembahan drama Chelsea-Bayern Munich.

   Separuh masa kedua juga tiada bezanya dengan separuh masa pertama. Bayern Munich begitu rakus menyerang Chelsea dari pelbagai arah dan Chelsea hanya mampu meletakkan bas di depan gawang gol. Seperti di atas ranjang, Chelsea hanya mampu mengerang diasak Bayern Munich. Begitulah perumpamaannya.

   Ketua pengarah drama Chelsea, Roberto Di Matteo cuba mengubah skrip akibat merasakan sudah bosan menghiburkan seluruh puak-puak kem merah. Yalah. Bukan main seronok mereka tengok Chelsea diasak sedemikian rupa. Jadi, Abang Torres dimasukkan mengganti Kalou Si Labah-labah. Nyata skrip sedikit berubah, namun masih Bayern Munich yang menjana cerita.

   Minit ke-83, ketumpulan penyerang Bayern Munich pada 82 minit menjadi tajam secara tiba-tiba. Muller yang agak bangang sebelum ini, tiba-tiba menanduk masuk bola ke dalam gawang Chelsea dan membuatkan seluruh Allianz Arena bergempita, bahkan seluruh kem-kem merah seluruh dunia. Ya, mereka tiada dalam saingan tapi mereka yang suka. Memang menghairankan.

Orgasme awal dari Chelsea

   Jaringan tersebut sekaligus menyentap semangat kem Chelsea. Aku sendiri hanya mampu memegang kepala sambil menggenggam rambut tanda terkesima. Sementara Brendan, sudah mula mengapi-apikan aku dengan memaksa aku membuka jersi Chelsea. Aku tetap menyimpan sedikit harapan supaya drama ini dilanjutkan dan ternyata harapan itu ditunaikan anggota Chelsea. Minit 88, hanya lima minit mereka semua bergembira, Drogba si angkuh tiba-tiba menanduk bola sepakan penjuru dan terus menerjah gawang Bayern Munich, yang dikawal Neuer. 

Kurang pasti sama ada ini ritual tolak hujan atau sejenis perayaan gol

   Tamat 90 minit, tiada pemenang dapat ditentukan dan perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.

   15 minit pertama, sekali lagi drama dipegang lebih Bayern Munich. Namun baru 5 minit dimulakan, skrip bertambah konflik di mana Bayern Munich dihadiahkan sepakan penalti akibat kekasaran Drogba. Debaran begitu kencang apabila menyaksikan tendangan penalti tersebut bakal diambil Robben, bekas pemain yang bernaung di bawah Chelsea sebelum ini. Dengan wajah tenang, Robben menendang bola ke arah kiri Petr Cech dan dengan bergayanya Petr Cech muncul watak adiwira dengan menyelamatkan tendangan tersebut. Ya! Adiwira realiti! Sekaligus konflik berjaya diselesaikan.

Meramal tendangan Robben dengan angkuh

   15 minit kedua berlangsung sehinggalah tamat dan keputusan masih terikat dengan 1-1. Apapun pemenang harus ditentukan. Jadi tendangan penalti perlu dilakukan bagi mencari siapa hero sebenar.

   Inilah dia klimaks paling menginzalkan bagi mana-mana peminat bola sepak. Tendangan penalti. Satu persatu tendangan di ambil bermula dengan Lahm mewakili Bayern Munich. Bagi kem Chelsea, tendangan Juan Mata berjaya diselamatkan Neuer sementara bagi kem Bayern Munich, tendangan Olic berjaya diselamatkan Petr Cech sementara tendangan Sebastian Schweinsteiger sekadar mencium tiang kiri gawang. Dan sebagai tanda paling klimaks, pancutan paling padu, orgasme paling menginzalkan sambil meraung :

Mudah disempurnakan ikon dubuk liar Drogba

   Begitulah tamatnya drama paling mengujakan mengalahkan drama sebabak slot Akasia, drama sinetron Indonesia yang memualkan mahupun drama Rajinikanth yang ditembak takkan mati. Chelsea akhirnya berjaya mengucup piala teragung pentas tertinggi Eropah sambil dipandang cemburu oleh seluruh puak-puak merah seluruh dunia. Tamat sudah ceritanya.

Raungan gangbang beramai-ramai ke atas satu trofi tanda kepuasan

Sebelum aku akhiri drama ini, eloklah kiranya aku kongsikan satu teori Matematik baru yang wajar diaplikasikan dalam mana-mana sekolah :


Inzal+Angkuh+Power+Orgasme x (Kacak/Sombong + Menang) + Unggul = Chelsea


p/s : Mereka menyalak tentang jumlah kemenangan mereka pada masa lampau? Pergi mati. Hidup kena pandang ke depan. Sejarah untuk dipelajari, bukan untuk diungkit. Kui kui kui...

2 comments:

Ainn said...

Terbaekkk ar chelsea weh !

Acid said...

wpun gua dari puak2 tim merah (bkn bayern)..gua bg ucapan tahniah tulus ikhlas kpd tim chelsea yg berjaye mengejutkan dunia bola sepak amnya dan dunia matematik khasnya.