Wednesday, May 23, 2012

Nazmi Mansur : Bukti tahap penyokong rakyat Malaysia di tahap kanak-kanak...

Aku Google Image, taip Nazmi Faiz, tapi jumpa gambar ni. 


   Pelik jugak bila mana ada yang nak kaitkan Neelofa dengan Nazmi. Atau ni memang makwe Nazmi? Kalau betul Neelofa ni makwe Nazmi, boleh tahan jugak selera kekuda Nazmi ni, dah saing-saing Zaquan dengan Zafuan dah ni. Ah. Bukan aku tau pun pasal gosip-gosip ni.

   Berbalik kepada isu asal. Tengok tajuk, mungkin ada yang dapat tangkap, mungkin ada yang tidak. Mungkin ada yang blur, mungkin ada yang tidak. Baiklah. Persetankan tajuk. Kita berdiskusi secara matang, berhemah dan angkuh.

   Dulu... Duluuuuu... Aku ada tulis sepucuk surat bertajuk 'Surat Buat Peminat' . Ok. Itu dululah. Entah ada yang baca, entah ada yang tidak. Sebab surat tersebut aku gulung-gulung masuk dalam botol kaca. Tutup pakai gedus, campak ke sungai. Harapnya surat tersebut sampai ke Selat Inggeris. Kalau sampai SUngai Ganga, bercampur dengan abu mayatlah gamaknya. 
(-_-")

   Ok. Seluruh dewataraya bumi Malaysia, rata-ratanya kenal akan Nazmi Faiz ini. Malahan namanya lebih dikenali dalam kalangan peminat perempuannya. Hanya kerana sekali dia pernah menjaringkan gol cantik ketika menentang Bahrain. Juga kerana rupa parasnya, beliau menjadi idaman gadis-gadis dan ibu-ibu mertua di kampung untuk menjadikannya anak menantu. Cuba kalau Tamil Arasu yang buat gol cantik tersebut? Belum mungkin gadis-gadis Malaya terhegeh-hegeh nakkan beliau.

   Arakian, itu hanyalah cerita dahulu kala, ketika skuad Olimpik Malaysia layak ke pusingan ketiga. Diam-diam ubi berisi, diam harimau menyimpan kuku. Entah menda bidalan aku reka ni? Kita abaikan. Kini, terbaru, terpanas, tergempar, terpanas, tergempar, terbaru, terpanas, dan kenapa pulak korang baca ulang-ulang ni? LULZ. Berbalik semula, berita terbaru yang sedang tersebar meluas di seluruh alam dunia media internet Malaya, Nazmi Faiz telah berjaya meloloskan diri untuk menjadi pemain Malaysia yang berjaya mengikat kontrak di Eropah setelah 10 tahun dahulu, perkara sama dilakukan Akmal Rizal.

   Kelab tersebut diberi nama SC Beira-Mar. Sekali dengar, macam nama enjin kereta pun ada kelab ni. Dua kali dengar macam kelab lumba kereta. Tiga kali dengar pulak macam kuih bangkit. Hmmm.

   Sebaik sahaja pengumuman berita Nazmi ini tersebar meluas, maka dengan itu, seluruh rakyat marhaeins bertepuk tangan tanda gembira.

   Asam garam, perpindahan kontrak tersebut, menambahkan lagi kebebalan tahap penyokong bola sepak. Cukuplah sudah dengan Cardiff City dan QPR dahulu kala, kali ini Beira-Mar jadi sasaran kelab yang diminati. Tak sudah-sudah rakyat Malaysia ni tunjuk perangai monyet, khususnya Melayu. Cina pandang pulak sukan rakyat macam ni. Diorang main bola keranjang.

   Berbalik isu asal. Secara jujurnya, aku menyampah dengan fenomena 'mendaftar' diri sebagai penyokong kelab sejati secara tiba-tiba ni. Tapi dalam menyampah, ianya juga sebuah hiburan. Yalah. Macam tengok monyet dekat sarkaslah hiburannya. Tak gitu? Keh keh keh...

   Ada orang Malaysia beli Cardiff City, terus mengaku sokong Cardiff. Tony Fernandes beli QPR, terus melambak nak beli jersi QPR, kenapa Jersi Swansea tak nak beli? Kenapa tak Norwich City sewaktu bawah tajaan Proton? Kenapa tidak semua sokong RC Strasbourg? Akmal Rizal pernah main dekat situ apa? Kenapa tak Celtic? Ada Shaun Maloney. Kenapa tak SV Wehen? Rudie Ramli dengan Fadzli Shaari main dekat situ. Errr.. Kejap, kejap, penyokong Harimau Malaya ni kenal ke semua nama-nama ni?

   Kemasukan Nazmi Faiz ke SC Beira-Mar yang masih samar-samar tempat utamanya ini sekaligus menambah lagi hiruk pikuk perangai monyet, jakun, batak rakyat Malaysia ini. Dah nampak dekat Facebook ada akaun penyokong SC Beira-Mar Malaysia. Dah ada akaun Twitter SC Beira-Mar Malaysia. Nasib baik MySpace lama dah terkubur. Tak lama lagi, meriahlah pasar-pasar malam, uptown dengan jersi-jersi SC Beira-Mar walhal mereka selama ni jadi penyokong kelab-kelab jajahan England. kalau sokong Chelsea takpe, anda di jalan benar. Kalau sokong Man. U, Liverpool, Arsenal mahupun Newcastle, mohon renung kembali masa depan anda. Hmmm.. Hmm..

   Maaf termelencong sedikit. Kita berbalik semula. Aku harap lah, penyokong-penyokong Harimau Malaya baru berdaftar, pihak media, kurang-kurangkan sedikit terlalu menaikkan nama Nazmi Faiz ni. Kita tau potensi dia besar. Tapi sejak skuad Malaysia mendapat tempat semula di hati rakyat sejak era Zaquan, kita nampak, ramai pemain bola yang disogok berita dan pujian melampau, akhirnya ke laut. Ranking makin jatuh, penyokong tak sedar dibodohkan FAM. Macam tulah perumpaannya.

   Siapa tak bangga? Aku? Bukan macam tu. Tapi biar berpada, Thailand yang memang jaguh Asia Tenggara masih susah nak jadi timnas paling 'rajin' ke Piala Asia. Piala Dunia? Memang kena tunggu bola sepak diiktiraf jadi sukan tradisional baru boleh layak agaknya. Filipina, Indonesia, Singapura, dah ramai pemain mereka ke Eropah. Macam tu jugak. Hmm. Hmmm....

  Akhir kata kepada peminat baru SC Beira-Mar tu, teruskan perangai monyet anda. Seronok jugak tengok gelagat kalian. Kelakar sebenarnya. :D


Suatu hari nanti pasti beliau menyesal menyokong kelab penuh sejarah






P/S : Errr.. Alang-alang punggung dah terbakar sebab baca tanpa berfikir tu, takpun sebab setepek kena dekat hidung, meh ler usyar artikel bakar punggung yang lain. Ihikhikhikhik... :D

Chelsea : Drama Keangkuhan

Cinta Untuk Lebah
Teori Kospirasi di Sebalik Ramli Manchester United
Surat Buat Peminat Cardiff City, QPR

33 comments:

Anonymous said...

Aku sokong arsenal,ape brngsokong calse huh!

Anonymous said...

tak yah samakan org dgn monyet sgt lah. asai perangai jakun je monyet. kdg2 tu kalau nak membahan jaga sikit ayat.

Unknown said...

Ap punya bangang la artikel ni..jelas nk menunjukkan dia ni power dlm ilmu bola sepak..nk tnjuk dia kenal.sv wehen.strasbourg bagai..apsal xsebut pasal kisah dali omar dulu..ahhaha..lantak la penyokong nk sokong mana2 n tiba2 diorang nk perasan jd penyokong sejati..org mcm penulis ni lah yg membantutkan pkembangan bola sepak sbb perasan bagus n perasan loyal to football..kalo ko pggil penyokong2 tu monyet..ak rasa ko ni keldai..boleh jgk moyet tunggang..hahaha..poser!!!!

austenite said...

Ko ni pun komen macam monyet jugak aku tgk.. Dah nazmi tu rakyat malaysia so kitaorg yg bagi sokongan. Xkan endon pulak... Apalaa lu derr... Ni la dengki sama melayu...

Ujang9897 said...

apa la si pengomen ni negetif sgt..hahaha


gua baca entri lu ni sengeh sorg2..,('',) gua penyokong arsenal bai..hehe

takpa santai jer baca entri kau ni...,

Admin said...

ko mengarut apa bebal, stndard la tu org sokong mana yang ada Mlaysia kat situ... proud mereka ada dari xde lansung...

SangKunang said...

hahaha.. salah ke kalau nak meraikan kejayaan??? salah? salah??

dalam bolasepak, sekali kita menjaringkan gol, haruslah kita raikan sehebat mungkin kerana belum tentu kita dapat meraikan kemenangan pada penghujung perlawanan...

sama jugak dalam kes nazmi. sekali dapat kontrak, haruslah kita raikan sebab itu kejayaan anak malaysia.. yg lu duk kutuk melayu pehal..?
sebab belum tentu dia konsisten main kat sana.. so, sementara ada masa ni, raikahlah..

lu xnak raikan terpulang lah..hahaha, gi la sokong persebaya ke, persija jakarta ke, bec tero sasana fc ke, takpun dpmm brunei kalau mampu...

salam 1malaysia.. PEEAAACEEEEEEE !!!

farot said...

fuhhhh panasss... hehe

_akmalraman said...

inilah melayu.kuat dengki! hinsshh!

injured said...

boo mcm la chelsea hbat sgt......

Fitri Monsor said...

Hahaha..ke si penulis blog ni yg sebenarnya mcm monyet?Salah ke kita mnyokong satu2 pasukan yg diwakili atau dimiliki rakyat Malaysia?Ada rang undang2 menyatakn kita xboleh sokong?Kalau kita dah fanatik dgn satu2 pasukan itu dan ada sokong pula yeam lain itu adalah monyet?Hahaha..pemikiran anda yg sebenarnya sempit.Ke jeles dgn Nazmi ni?Apasal xbuat entry masa QPR,CARDIFF punya hal?Hahaha.

Kurt Harry said...

apa ke bebal sangat penulis ni.. dulu2 kelab2 yg dia kutuk tu xda kaitan dgn mlysia mmg la org x peduli.. skrg monyet2 ni termasuk aku skali like fan page, dftr sbg suppoter supaya ifo2 terbaru diorg muncul kat wall kami.. knp chelsea ok plak?? gara2 dia baru menang piala juara2 tu ke?? ko ni sokong bermusim agak nye.. baru menang sibuk2 nak ckp sokong.. pemikiran camni x slh plak ye??

popo said...

Sifat dengki yg mmbawa mnusia ke arah kehancuran.semoga dberi hidayah.amin.

popo said...

Sifat dengki yg mmbawa mnusia ke arah kehancuran.semoga dberi hidayah.amin.

ade ape dgn 2011? said...
This comment has been removed by the author.
ade ape dgn 2011? said...

haha...bodo punya orang.hati busuk.artikel macam taik.aku angkat ko jd pemenang anugerah monyet paling bodo.suka2 ko jek ckp org monyet.nah,aku bg ko monyet.

SuparMan SuaRez said...

Penulis Nie minat Sukan Renang Berirama Agaknya...Hahaha. Nie Petang2 tym skola dulu Mesti selalu Ponteng Riadah main Bola Nie kan?? Hahahaha.Nampak sangat xda semangat Kesukanan Tul penulis Nie..Huhuhu

IelaRizal LifeMembership said...

Budak kecik lg kot ni. Konon2 nak jadi penulis blog hebat dgn kata2 sinis lg pedas. Kim salam!

Cloudian said...

Ikut suka hati diorg la nak sokong,xmakan duit hang pun.by the way biarla.diorng nak sokong mana2 kelab pun chelsea ka,liverpool ka ,maan utd ka,arsenal ka? Respek la sikit agak2 hang ni bukan budak medic kot budak sekolah.matured sikit.bola ni bermusim,zaman ayah aku liverpool kuat pun xda kutuk kelab lain,zaman sekrg xbwrapa pun still respek.nnt kelb chelsea jatuh cuba rasa kena kat batang hidung.kalau anda respek org lain sure org lain respek hang.that what u lacking

aLepBulan said...

alahai..entry murahan sgt la..bese latu,kat mane2 negara pown gini..kalu ko xmcm ni,xpe la,tp xpayah nk perlekeh ape org lain nk wat.. dowg nk sokong team tu supaya boleh bg semangat tambahan kat nazmi faiz..die pemain bola profesional,bkn main kat bendang sawah mcm kita..itupun kalu xde sokongan xley g mane2..so bia la org lain nk jd patriotik,sokong nazmi n sokong team die main.. dulu ronaldo main MU,peminat die beli baju MU..da main real madrid,org beli baju real madrid..ada kecoh? bese ar,org minat ngan individu tu,secara xlangsung sokng team die main..jgn sempitkn otak,jgn sesuka hati panggil org lain monyet.. cuma monyet sejati wat gitu..

Khalil Zaini said...
This comment has been removed by the author.
Khalil Zaini said...

Lu tak pernah main Football Manager ke?

Memang tak ada kena mengena 'kan FM dengan artikel lu ni?
Samalah juga tak ada kena mengenanya lu dengan penyokong lain.
Lain kali tulis fasal pengurusan sukan, syor pencarian bakat, pelibatan sektor swasta dalam bola sepak ... barulah nampak sikit pandainya.

The Fakhrul 08 said...

Ko takyah jadi rakyat Malaysia lah kalau tak bangga dengan apa yang Malaysia capai

wak_sengal said...

Sepatutnya mamat atas ni cakap apa yang nazmi capai bukan malaysia capai.

wak_sengal said...

But seriously khuzz u got points there. But u lack of.......... A bit. Isi tempat kosong tu sendiri ye adik khuzz. Kahkahkah. Tapi apa pun, why so serious people?

Julian Jack Isyraq said...

boooo... yang sokong nazmi membuta tuli memang bangang tahap liverpool.... boooo booo.... kau ingat dengan pencapaian tahap ni malaysia boleh main world cup..? boooo.... keep calm and GTFO....

Tak Tipu!! said...

tu mksudnya rakyat Malaysia fanatik ngan player Malaysia.. kurang2 bg smangat kt ank2 muda yang lain untuk ikut jejak lngkah dia.. ko duk ckp sini merapu2 apa ko dapat? tau kutuk je.. ko sokong chelsea apa ko dapat? bodoh!! ada otak tu fikir.. krana level pemikiran penyokong cm ko la Malaysia xleh g jauh bola.. seriously, bodoh.. baik sokong pasukan negeri ko dlu b4 ckap benda lain.. typical... ko lagi truk dri penyokong indon.. at least dierg support player.. rase hebat sgt ko g try main untuk chelsea tu.. bodoh nak mampus..

scoX said...

komen julian paling bangang aku nampak. terus cerita pasal world cup. kongker Asean dan Asia dulu baru ko nak cerita pasal world cup. Tapi penulis artikel ni lagi bangang dari julan.Jangan nak samakan zaman Akmal Rizal dan Rudie Ramli dengan zaman sekarang. dulu orang malaysia malas nak amek port pasal bola dan internet zaman tu pon tak macam sekarang. ohh ya.. tahniah sebab berjaya naikkan trafik ke blog ko dengan artikel taik macam ni.

Julian Jack Isyraq said...

then sokong m'sia apa kau dapat..? alamak ada orang sakit bontot lah... nak conquer ASIA konon.... phuiiii... setakat jaguh kampung boleh la woii....

Fitri K. said...

amboi, yang kekomen ni kenapa butthurt sangat. adik ko ke Nazmi Faiz tu? lulz!

can't take a joke langsung la lu semua ni.

Fitri K. said...

oh, lupa lak nak cakap. esok2 beli la jersi Beira-Mar ye. macam jersi QPR dng Cardiff yg berlambak tu. boleh pre-order dengan aku. lulz~

Afham said...

PENULIS SEBENARNYA NAK TRAFFIC TINGGI UNTUK BLOG DIA..SEBAB TU SANGGUP TULIS APE SAJA...HELAH BUDAK2 BARU BUAT BLOG..

daus said...

mintA PUJI