Thursday, May 10, 2012

Pengorek...


Gambar curi dari Google. Ya. Saya ialah lanun internet.







*Pengorek : Pengasah pensel.



"Mak, nanti Din nak pengorek yang macam Aiman punya tu boleh?" Sharipudin cuba membodek ibunya yang sedang melipat pakaian.

"Pengorek yang macamana?" Ibunya acuh tak acuh melayan. Fokusnya tetap ke pakaian yang sedang dilipatnya.

"Alaaaa... Yang boleh pusing-pusing tu. Yang nanti kita letak atas meja, lepas tu kita masukkan pensel. Lepas tu kita pusing tempat pegang dia." Sharipudin menggayakan penuh bersemangat. Tak ubah seperti seorang penjual cendol atau ABC.

"Nak buat apa benda tu? Mahallah. Pakai pisau je sudahlah." Ibunya semakin malas nak melayan.

"Alaaaaa... Pakai pisau tak best." Sharipudin memonyokkan muka. Kecewa dengan maklumbalas dari ibunya. Kerja rumah mewarna dan padankan gambar yang diberi Cikgu Suraya, dia dah tak minat nak buat.

"Yalah. Yalah. Nanti ada duit kita beli ea?" Ibunya tak sampai hati melihat tingkah laku anak keduanya itu.

"Yeaaaay!" Sharipudin kembali ceria dengan jawapan ibunya itu. Sekejap sahaja dah berubah. Terus dia bersemangat semula memadankan gambar-gambar dalam buku latihan. Kerja rumah yang perlu disiapkan.


**********

   Sharipudin perhatikan sahaja Aiman berlagak dengan pengasah pensel yang berbentuk mesin itu. Nampak begitu bergaya sekali pengasah pensel itu terletak di bucu meja sekolah. Tiga empat orang kawan-kawan sekelas mengerumuni Aiman untuk mencuba pengasah pensel tersebut. Walhal sudah hampir seminggu Aiman miliki pengasah pensel tersebut. Tapi kawan-kawannya tak jemu-jemu untuk memusing-musing pengasah pensel tersebut. Walaupun pensel masing-masing belum tumpul pun.

   Sharipudin teringin juga mencuba pengasah pensel tersebut. Dia membawa sebatang pensel kayu pergi ke arah Aiman.

"Aiman, nak pinjam pengorek kau boleh?" Sharipudin cuba mengipas dengan suara gedik. Layaknya usia dia dan rakan-rakan lain yang berumur 8 tahun.

"Tak boleh! Tak boleh!" Aiman tiba-tiba keras. Benci benar dia pada budak miskin seperti Sharipudin.

"Alaaaa.. Bolehlah." Sharipudin belum berputus asa. Dia kerah lagi sedikit usahanya memujuk Aiman.

"Eeeee... Tak malu. Pergilah asah pensel pakai pisau lipat kau tu." Aiman mengejek. Suaranya sedikit menjengkelkan. Kawan-kawan lain cuma diam. Tanda setuju dan menyokong Aiman.

   Sharipudin terus putus asa. Dia berjalan semula ke mejanya. Kecewa dengan ejekan dari Aiman.

"Woi budak miskin. Ni pensel murah kau ni siapa nak ambik?" Aiman menjerit dari jauh. Baru Sharipudin menoleh, pensel miliknya melayang hampir-hampir terkena mukanya. Nasib baik dia sempat mengelak. Sharipudin tak berdaya melayan perasaan kanak-kanaknya, terus bercucuran air mata dihina sebegitu.

"Kenapa ni?" Wani mendekati Sharipudin yang masih teresak-esak menangis.

"Huuuu... Huuuu..." Sharipudin cuma menyahut dengan tangisan. Wani serba salah. Dia ambil pensel kayu milik Sharipudin di atas lantai yang dah patah akibat dibaling tadi.

"Ni Din punya kan?"


"Huuuu... Huuuu..." Sharipudin masih memberi jawapan dengan tangisan lagi sekali. Cikgu yang sepatutnya mengajar pada waktu itu belum mahu masuk ke kelas. Mungkin ada urusan penting. Atau mungkin mengalami  diarrhea yang serius.


   Wani yang lebih rendah dari Sharipudin masih memegang pensil kayu yang patah milik Sharipudin. Dia kemudian bergerak ke arah mejanya dan mendapatkan pengasah pensil bulat yang berharga tiga puluh sen miliknya sendiri. Pengasah pensil bercermin itu masih bersih, baru dibeli Wani. Tanpa ada kata putus dari Sharipudin, atau dipandang Sharipudin, Wani mengasah pensel yang patah tersebut. Tak lama, pensel patah tersebut jadi pensil yang elok semula. Cuma lebih pendek dari yang asal.


"Nah." Wani memberi semula pensil tersebut kepada Sharipudin.


   Sharipudin cuma mengambil tanpa jawapan. Matanya masih merah akibat tangisan namun sudah sedikit reda. Wani cuba memberi senyuman kepada Sharipudin. Comel senyuman gadis cilik itu.


"Kenapa Din tak nak asah guna pisau je? Sama je kan?" Wani menyoal lagi.


"Guna pisau tak best. Tak power macam Aiman punya." Sharipudin menyatakan tanpa berselindung.


"Kalau macam tu, nah ambik pengorek kita punya ni." Wani menghulur kepada Sharipudin.


"Tak nak. Yang ni tak best. Tak sama macam Aiman tu." Suara Sharipudin sedikit keras. Tanda tak setuju dengan pemberian Wani.


"Tapi kan Din, mama kita selalu pesan. Benda murah-murah pun tapi kalau berguna pada kita, tak salah untuk kita pakai. Din guna pengorek ni untuk asah pensel. Kalau Din guna pengorek yang Aiman punya tu pun sama jugak, untuk asah pensel jugak. Sama je kan? Lagipun, Tuhan suka dengan orang yang tahu bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan nak merungut, jangan nak cemburu dengan apa orang lain ada." Wani berceramah langsung tak padan dengan usianya. Tudung labuh yang dia pakai melambangkan dia datang dari keluarga yang kuat pegangan agamanya.


"Hmmmm...." Pendek jawapan Sharipudin.


"Takpelah. Din ambik je pengorek kita punya ni. Kita ada lagi satu." Tanpa jawapan dari Sharipudin, pengasah pensel bulat warna merah yang bercermin itu diletakkan atas meja Sharipudin. Belum sempat Sharipudin jawap apa-apa, Zariff, ketua darjah 2 Mawar menjerit.


"Banguuuuuuuuuuuunnnn!!! Selamat Pagi, Cikgu!!"




************




   Dalam kedai alat tulis, Azlan merengek-rengek meminta-minta Sharipudin membelikan pengasah pensel bermesin mata dua yang sangat canggih rekaannya.


"Nak buat apa pengorek macam tu?" Sharipudin lembut bertanya kepada anaknya yang baru berusia enam tahun.


"Barulah power! Nanti kawan-kawan semua boleh pakai." Azlan bersuara seakan-akan merajuk. Tapi masih mengharap ayahnya membelikan untuknya.

"Sama jugak kan fungsinya untuk korek pensel. Kan? Pengorek dekat rumah pun boleh pakai, kan? Yang penting berguna, biar kita bersyukur dengan apa yang ada. Tuhan suka tau orang yang bersyukur." Sharipudin menerangkan pendek kepada Azlan. Azlan mengalah. Dia cukup mengalah untuk menuruti terus kalau dengar ayat 'Tuhan suka kalau...'


   Isteri Sharipudin, Wani, yang sedang membelek-belek buku resipi sekadar tersenyum manis mendengar dialog perbualan antara suami dan anaknya itu. Mindanya ligat mengingati peristiwa dahulu kala sewaktu masing-masing di darjah rendah.








Tu je. Tamat dah....






p/s : Cerita hambar. Aku tengah cuba-cuba tulis cerita tema jiwang. Huwuwuwuwuwuuuuu~~~

9 comments:

Pha Is said...

pergh.. best2...

Primadona said...

woo.Tuhan suka orang yang bersyukur. :)

Dream said...

Ada moral of the story , ok la!

ascil.punye.lah said...

sweet nya din dengan si wani tu. ^^

Unknown said...

Wow, dah makin bagus dah kau sipot... Hehehe

beb, kau cuti kan ? Kau buat ape ek cuti 2 bulan ni ? Ke kau dah habis study ?

Syazana Zainn said...

nice cerpen :)

1st time dengar pengasah pensel tu dipanggil pengorek -,-

zainatul abu bakar said...

dah lama tak guna pengasah pensel ni,huhu

Noraini Suhaida said...

slalu panggil peng korek instead pengorek..'=_=

nina said...

Ciskek punya aiman! Aku hampir menangis bila dia tak bg pinjam pengorek dia.