Wednesday, June 27, 2012

Cuma Lima Hari...

   Cuma lima hari yang jadi hari paling cerah sejak aku jadi tentera perang rindu. Lima hari itulah aku dibebaskan dari terperangkap, ditawan, diseksa dengan sakitnya sebuah kerinduan. Ya. Cuma lima hari itulah.

   Sebelum tempoh lima hari itu wujud dalam kalendar rentetan perang demi perang, nyaris aku terbunuh dengan tempuran demi tempuran. Nyaris aku berputus asa. Nyaris aku meletakkan senjata. Setiap hari juga aku menghela nafas yang rasanya berbaur penuh dengan kebosanan dan kesakitan. Keringat perjuangan yang aku kerahkan tidak sempat untuk kering, selalu terganti baru.

   Kesibukan urusan dalam usaha menjadi orang pun tak mampu menangkis kelajuan, keampuhan, kekerasan, kekentalan serang si perang rindu ini. Cuma semangat yang masih ada jadi nadi penyambung dan penyabung nyawa. Mengerang? Memang dah pasti.

   Bila tiba tempoh yang lima hari itu, rasanya seperti kejayaan menuntut sebuah kemerdekaan abadi yang harus dikecapi sekalian umat. Semaksimum mungkin tempoh lima hari itu di-fully utilized semata-mata untuk menikmati kebebasan membebaskan diri dalam tawanan rindu selama ini. Manis. Romantis. Dramatis. Seolah-olah menjadi penyalur dendam selama ini yang dikumpul-simpan.

   Esok dan seterusnya, kembali mengangkat senjata untuk berperang dengan angkatan rindu. Semula. :(

3 comments:

HAdira Kifly said...

Angkatan rindu kau cukup bersemangat... Kau buat aku rasa ingin berhenti dari berputus harap dan kembali pada angkatan rindu yang paling dalam.


p/s: Lama kau tak mengupdate blog. Kau busy buat ape hah sipot?

An Najwa said...

itu dia...muncul kembali... ^_^

misz sempoi said...

untung la elani bf bloger...
welcome bro sipot!