Sunday, July 1, 2012

Lingkar Ular Belit...

Gambar takde kena-mengena. Sengaja pilih gambar ni.


   Halim, Napi dan Mahat kebosonan. Dari tengah hari budak tiga orang tu cuma melepak di pondok bas lama yang tak diguna sejak orang kampung dah ramai ada kereta sendiri. Habis batu-batu kerikil yang ada berdekatan mereka, mereka buat baling-baling ke tengah jalan, konon-konon tengah main guli.

   Dah macam-macam benda yang budak bertiga tu bualkan. Dari topik lumba rempit yang tertinggal dua-tiga tiang. Beralih kepada topik kuih kasturi Mak Cik Kiah yang dah basi tapi masih jual, tukar pulak kepada topik bola sepak EURO dan kehebatan Republik Czech, akhirnya masing-masing membisu. Senyap sepi. Sesekali bunyi motorsikal lalu memecah kesunyian tersebut.

"Mancing nak? Slumber?" Tiba-tiba Halim mengemukakan cadangan.

"Malaslah aku. Mesin aku dah rosak. Tali berserabut." Napi menafikan cadangan Halim.

"Kalau macam tu, kita mandi sungai nak?" Halim lagi sekali mengemukakan cadangan. Gayanya tak ubah macam CEO dalam drama-drama pejabat cerita melayu.

"Ok jugak tu. Jomlah." Mahat tiba-tiba mengiyakan. Napi yang terpinga-pinga terus mengiyakan juga dan terus duduk membonceng motorsikal yang Halim dah hidupkan. Entah bila mamat tu dah bertenggek atas motor pun Napi tak sedar.

   Mereka tiba di sungai yang dimaksudkan. Kali ni airnya sedikit keruh tapi tak terlalu pekat. Masih sesuai untuk mandi-manda dan bersuka ria.

   Bukan sekali dua dah budak tiga orang tu bermandi-manda di situ. Sejak dari kecil sampailah masing-masing menginjak usia remaja, dengan sungai itulah mereka membesar. Pernah terjadi peristiwa di mana kampung mereka terputus bekalan air, namun sungai tersebut masih mengalir tenag dan manja memberi nikmat kepada penduduk kampung. Ada juga JKKK Kampung beri idea untuk sediakan jana kuasa elektrik di sungai tersebut, tapi idea tersebut cuma mendapat jawapan dengan sekeping penampar dari Ketua Kampung. Kasihan. :(

   Sedar tak sedar, Halim, Napi dan Mahat cuma tinggal boxer sahaja. Laju benar mereka bukak baju. Dasar gelojoh.

"KECEBUR! KECEBUR!"

   Dua bunyi seperti bunyi benda berat menerjah ke bendalir. Rupanya Halim dengan Mahat dah terjun awal masa Napi masih tercegat.

   Tanpa memberi peluang, tanpa berfikir panjang, tanpa meminta nasihat dari panel-panel, Napi terus membuat aksi terjunan akrobatik selayaknya budak-budak kampung buat.

   Napi timbul semula lepas tiga-empat saat tenggelam di dasar sungai. Air sungai yang sedalam melebihi ketinggian normal lelaki Asia memang sesuai untuk direnang-renang. Halim dan Mahat yang melihat aksi akrobatik lipat ke belakang oleh Napi tadi, sedikit terpegun. Walaupun dah banyak kali mereka tengok aksi yang sama.

   Baru sahaja Napi menimbulkan kepala, dia sempat semburkan air sungai yang termasuk ke dalam mulutnya. Kemudian matanya dibuka mencari di mana Halim dan Mahat berada ;

"Babi! Ada ular besar woi!" Napi menjerit sekuat tekaknya. Entahkan dia jeritkan babi atau ular, entahlah.

   Halim dengan Mahat terdengar jeritan Napi tadi. Memang betul apa yang dijeritkan. Ular tedung selar siap berbatik badannya sedang berdiri kepalanya di gigi sungai. Kepalanya kembang. Matanya merah tajam. Saiznya memang luar biasa. Besar hampir sama besar dengan saiz manusia biasa. Cuma kurus sikit kalau manusia tu berat melebihi 100 KG.

   Terus hilang semangat unite dan setia kawan, Halim dengan Mahat yang agak jauh dari Napi terus lincah berenang naik ke daratan. Sementara Napi yang masih terpinga-pinga melihat ular tersebut yang jaraknya cuma tiga-empat meter dengan tempat dia sedang mengapungkan diri.

   Napi terus berenang selaju mungkin untuk naik ke daratan sebaik melihat ular tersebut bergerak perlahan-lahan mendekatinya. Laju, laju dan laju. Ular tersebut juga terus laju mengejar Napi yang sedang berusaha berenang.

   Sampai sahaja di gigi air, Napi cuba menoleh sebentar untuk memastikan jaraknya dengan ular tersebut biar jauh. Tapi malang, ular tersebut cuma seinci sahaja dengan Napi.

   Cuma sesaat, ular tersebut dah membelit penuh tangan kanan Napi. Gambaran tentang ular tersebut sebesar hampir manusia cuma mitos awal cerita tadi. Sebabnya ular tersebut tidaklah sebesar demikian. Tapi masih dalam kategori besar jugaklah kalau mengikut kelas-kelas ular sedunia.

   Napi karget. Terasa tangan kanannya makin kebas akibat dibelit lama ular tersebut. Sementara kepala ular tersebut meliar-liar menejelirkan lidah ke arah Napi. Seakan-akan mengejek Napi. Sementara Halim dengan Mahat dekat atas tebing, dah tak boleh buat apa. Nak tolong pun tidak, nak lari pun tidak. Apatah lagi kalau nak telefon bomba.

   Napi cuba melawan kekuatan ular tersebut. Tangan kanannya yang terbelit itu dilibas-libaskan ke kanan dan ke kiri. Sementara tangan kirinya digunakan untuk menolak kepala ular tersebut dari terus menerkam mukanya. Kekuatan mereka sama seimbang. Saling melawan, saling menolak. Lidah ular tersebut terjelir-jelir seolah-olah mengejek Napi.

   Halim dan Mahat yang melihat aksi luar biasa antara Napi dan ular tersebut, tergamam. Mereka sendiri terkesima melihat keadaan tersebut seperti pertunjukan sarkas di pagi hujung minggu. Masing-masing berharap supaya Napi dapat bebaskan diri.

   Napi masih melawan, ular tersebut teruskan asakan.

   Tiba-tiba Napi menangkap kemas kepala ular tersebut. Entah dari mana kekuatan datang, dihempas-hempas kepala ular tersebut ke batu tempat dia bersandar. Kuat. Kepala ular tersebut berdarah. Sedikit demi sedikit belitan ular tersebut melonggar. Akhirnya ular tersebut meleparkan belitan dan jatuh ke tebing sungai. Tak bergerak. Lemah. Ekornya sahaja sedikit bergerak ke kiri dan ke kanan.
  
   Napi yang kebasahan bercampur dengan tanah bangun meninggalkan ular tersebut. Mahat dan Halim yang pandang cukup kagum dengan cara Napi melepaskan diri. Hebat sungguh!

"Reti kan kau dua orang nak tolong aku?" Napi tak puas hati setelah dia mendapatkan dua orang kawannya itu.

"Power siot kau lawan ular tuuuu!" Halim dengan nada terujanya mengendahkan pertanyaan Napi tadi.

   Napi sedikit tersenyum. Dia pandang semula ke arah ular tadi untuk memastikan ular tersebut sudah mati sepenuhnya.

   Alangkah terkejutnya Napi, Halim dan Mahat apabila mendapati ular tersebut sudah tiada. Yang ada cumalah sekujur tubuh gadis yang berpakaian kebaya berwarna hitam, dan berkain batik. Rambutnya disanggulkan mungkin kerana rambutnya panjang. Berdiri memerhatikan mereka bertiga sambil kepalanya berdarah. Napi karget semula. Sementara Halim dan Mahat dah cabut lari mendapatkan motorsikal terus tinggalkan Napi. Dasar tak boleh buat kawan.

   Mata gadis tersebut berkaca. Seperti meraih seribu simpati dari Napi. Darah masih belum mahu berhenti dari dahi kiri gadis tersebutnya. Wajahnya sebujur sirih dengan seulas bibir yang sangat comel. Kalau tiada darah tersebut, pasti gadis tersebut ialah gadis paling cantik dalam Malaysia mengalah Neelofa.

   Entah apa berlaku, Napi mendekati gadis tersebut.

"Awak tak apa-apa?" Napi tak tahu apa hendak dibualkan.

   Tiada jawapan dari gadis tersebut, namun tiba-tiba gadis tersebut hanya memeluk erat tubuh Napi. Napi hilang pertimbangan. Sedikit darah dari dahi kiri gadis tersebut menitis ke bahu Sharipudin. Napi mengalah dan membiarkan terus tingkah laku gadis tersebut.

   Napi tersenyum tiba-tiba. Masakan tidak, entah dari mana gadis ini muncul, seorang gadis yang paling ayu sedang memeluk dirinya. Terasa megah. Matanya dipejamkan erat-erat menikmati pelukan gadis tersebut. Kalaulah Halim dengan Mahat ada tadi, pasti mereka berdua rasa cemburu yang teramat sangat.

   Nafas Napi semakin sesak secara beransur-ansur. Pelukan gadis tersebut terasa erat. Terlalu kuat sehingga menjerut habis seluruh sistem altileri darahnya. Napi cuba menolak tubuh gadis tersebut namun tak berupaya. Napi cuba melawan seluruh sisa tenaganya. Matanya dibuka.

   Apa yang dipandang bukanlah gadis tadi, tapi ular yang mula-mula menyerangnya sedang menganga mulut sebesar-besarnya muat-muat kepala Napi. Taring yang berbilah-bilah menjadi perhiasan gusi ular tersebut sambil ular tersebut memandang garang tepat ke mata Napi. Napi tak sempat berbuat apa-apa dan....

"NGAPPPP!!!"

   Kepala Napi sudah ada dalam rongga mulut ular tadi. Perlahan-lahan tulang-belulang Napi remuk akibat dijerut kuat ular itu. Napi lemah, sedikit meronta sambil perlahan-lahan tubuhnya ditelan ular tersebut.


**********


   Esoknya gempar tentang kehilangan Napi. Mayatnya langsung tidak dijumpai. Halim dan Mahat sekadar mengunci mulut, kerana apa yang mereka berdua nampak sebelum melarikan diri, memang takkan dipercayai Mak Enon si jual karipap, Mak Teh jaga kantin sekolah, Cik Deli guard sekolah, Encik Mansur ketua kampung atau sesiapa sahaja...




---Tamat dan maaf kerana saya ketiadaan masa untuk update blog. Cerita ni pun makan masa hampir dua minggu untuk disiapkan. Hukhukhuk---







3 comments:

Unknown said...

kenapa tiba-tiba ada nama Sharipudin di tengah-tengah cerita ? Pot, kau khayal ke ape?

Khuzrin Kamarudin said...

Masya-Allah. Almaklumlah, menaip bawah sedar. Hukhukhuk.

Edy said...

menaip style lalok ganja ni memang sgt menakjubkan. hahahahah.

keep it up, pot :)