Sunday, September 30, 2012

Belangsungkawa : Bugok Dalam Kenangan...

Bugok yang kacak bersama tuannya yang tampan katanya.



   YONG PENG CITY, Ahad - Lebih kurang jam 1.15 petang, pada 30hb September 2012, tubuh Bugok didapati kejung, keras, kaku tak bergerak langsung terbaring bersebelahan dengan balunya, seekor arnab betina berwarna hitam keputihan. Kejadian berlangsung ketika seluruh warga Malaysia sedang menikmati menonton Melodi, cerita kontroversi Malaysia.

   Proses pengebumian Bugok berlangsung sempurna, dan jenazah dikebumikan bersebelahan pusara anak kucing yang tak sempat diberi nama, yang mati kira-kira dua bulan lepas. Urusan pengebumian hanya dihadiri saudara terdekat sambil cacing tanah mengurumun kawasan pusara kerana tapak pusara ialah bawah pokok pisang.

   Kami menolak kemungkinan Bugok keracunan makanan, berikutan balunya turut makan makanan yang sama disediakan kepada mereka. Kemungkinan yang hampir mungkin ialah Bugok terkena sengatan binatang berbisa, mungkin lipan, mungkin kala jengking berikutan pada pagi sebelum kejadian, Bugok masih lincah seperti biasa.

   Ketika kami cuba mendapatkan kepastian dari balunya, Black, namun balunya itu masih dalam keadaan kaget sehingga tak mampu berkata apa-apa, hanya mulutnya sahaja yang bergerak-gerak tanda dia sedang mengunyah bijiran makanan arnab sambil dia terlompat-lompat mengelilingi sangkar.

   Bugok meninggalkan dua ekor balu arnab betina dan beberapa anak. Beliau tak sempat untuk membuntingkan arnab tersebut untuk kali kedua, sekaligus membuktikan kejantanannya di ranjang.

   Kepada Bugok : Rest In Peace, We will miss, You Bugok. :'(


2 comments:

Ain Norainsyah said...
This comment has been removed by the author.
Nafisya Ismail said...

kesian Bugok :(