Tuesday, May 28, 2013

Kejohanan Futsal Terbuka, Parit Imam, Batu Pahat. Bukan Sekadar Power...

   Satu hari aku tengah melepak dekat kedai mamak. Tiba-tiba, "Tit tit, tit tit." Aku tengok handphone. "1 new massage from Betik Kusyairi." Disebabkan aku tengah rakus mengunyah mi goreng mamak, aku jadi lupa nak reply mesej Betik. Aku terus lupa sampailah aku sampai rumah.

   Tak lama kendian, aku pun telepon Betik. Perbualan ringkas kami berlangsung. Ringkas, tapi padat. Penuh informasi. Bukan mengumpat cela. Heh.

   Setelah seminggu dari panggilan tersebut dibuat, inilah sebenarnya apa yang ingin Betik dan krew dia langsungkan. Jeng Jeng Jeng... :


Bukan Sekadar Power 2013
   Sebuah kejohanan yang bertitik-tolak dari iltizam dan keazaman yang tinggi sekumpulan anak muda yang ingin menghidupkan suasana sihat dan mengelakkan dari anak muda, Batu Pahat khususnya terus terjerumus ke kancah rempit, main mesin dan perempuan murahan.
Arakian, bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai Kejohanan Futsal ini, di sini ada beberapa maklumat :

1)   Kejohanan akan diadakan di Gelanggang Futsal Parit Imam, Batu Pahat.
2)   Kejohanan akan diadakan pada 29 Jun 2013. Pendaftaran pasukan haruslah dibuat selewat-lewatnya pada 27 Jun 2013, pukul 11 : 59 malam. Lewat seminit tak dapat masuk.
3)   Kejohanan akan bermula seawal 8 pagi. Setiap perlawanan adalah selama 5 minit sebelah.
4)   Kejohanan ini hanya terbuka untuk lelaki. Kalau perempuan lebih baik engkorang join MasterChef atau Dewi Remaja 2013.
5)   Tiada had umur. Kalau masih power, silakan masuk. Nama pun terbuka.
6)   Yuran pendaftaraan adalah RM150.00. Tak kisah money pos, bank in, tunai atau duit syiling. Asalkan wang tersebut sah diperlakukan di Malaysia, pasukan anda layak menyertai kejohanan.
7)   Mestilah WARGANEGARA Malaysia. Kalau anda dari Bangladesh tapi ada I/C biru, jari masih tercalit dakwat biru, anda akan diterajang secara gang-bang.
8)   Tak kira pasukan anda memiliki gaya permainan Tiki-Taka macam FC Barcelona, Samba macam Brazil, rakus macam Bayern Munich, power angkuh melampau macam Chelsea FC, lemah-lembut seperti AS Monaco, parking bas macam Greece, tendang ikut arah telur level Asia Tenggara ataupun brotherhood macam (arwah) Johor FC, anda dan pasukan anda layak menyertai kejohanan ini.
9)   Pemain berstatus EPL, La Liga, Bundesliga, J-League, K-League atau UAE Pro League Committee, juga layak join. Sebab kejohanan ni levelnya tinggi. Bukan calang-calang.
10)   Pemain mestilah bijak dan power bermain futsal. Kami mahu melihat gaya permainan yang cantik. Sebab waktu kejohanan nanti, Utusan, Harian Metro, Suara Keadilan akan datang buat liputan. Tak lupa juga majalah Wisel, Maskulin dan Anjung Seri.
11)   Pertandingan akan diadakan secara liga, kemudian ke peringkat kalah-mati.
12)   Di peringkat kalah mati, kalau keputusan seri, akan terus ke tendangan penalti. Kalau masih seri, penganjur akan tanya kedua-dua pasukan samada ada akak atau adik cun tak. Yang mana ada, tim tu lah yang menang. Begitulah ditaktornya sampailah ke final. Final pun akan buat macam tu kalau seri.
13)   Undian akan dilakukan oleh Sultan Bola sendiri bagi membuktikan tahap tingginya level kejohanan ini.
14)   Tim aku jugak mungkin akan join. Jadi bersiap-sedialah siapa yang jumpa tim aku. Sebab tim aku ada seorang penjaga gol yang tampan, cekap, steady dan makmur. Dia mempunyai sepasang otak di kedua-dua belah tangannya. Membuktikan betapa powernya keeper tersebut. Biasanya makwe-makwe akan duduk belakang gol masa keeper ni main.
15)   Sebarang bentuk mengatur perlawanan, bookie, judi, rasuah, ganja, dadah atau berkaitan akan diterajang secara bergilir-gilir. Kemudian akan dihantar kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya. Ingat! Pengadil pertandingan lagi tinggi levelnya dari pengadil FAM! Jadi takkan makan rasuah.
16)   Tapi kalau saje-saje nak belanja kopi o ais dekat penganjur/krew atas niat hadiah, itu di alu-alukan.
17)   Pertandingan ini diiktiraf FIFA. Ada sijil. Jadi boleh guna sijil untuk mintak kerja gomen. Berguna bukan?
18)   Pemenang akan mendapat tempat di play-off UEFA Champions League. Naib juara play-off UEFA Cup dan tempat ke-3 akan bermain dia Asian Champions League. Tempat ke-4 akan lawan JDT.
19)   Pasukan dilarang membawa makwe kecuali makwe yang hot dan cantik. Ini adalah psikologi bagi pemain di dalam gelanggang.
20)   Sebarang kemalangan adalah di bawah tanggungan pasukan. Tapi jangan risau, kemungkinan masa kejohanan, akan ada sorang fisio dari Hospital Kluang datang.
21)   Sebarang bantahan, perlulah sediakan sekali RM100.00
22)   Penganjur berhak mengemaskini peraturan, tempoh permainan, menolak pendaftaran atau mengorat kakak/adik pemain tanpa sebarang bantahan. Macam di perkara 21, sebarang bantahan perlulah disertakan RM100.00
23)   Sebarang pindaan maklumat akan dikemaskini.
24)   Siapa tak join, dia peminat Jaafar Onn.
25)   Kalau berminat sila hubungi aku atau :
        Abu : 017-7478608
        Anwar (Betik Kusyairi) : 013-6734043
        Hairil : 012-7641346

    Lincah! Kejohanan cuma terhad untuk 42 pasukan sahaja! Apa tunggu lagi?


P/S : Siapa tak share, dia Bangladesh.

No comments: