Sunday, May 19, 2013

Kisah Sokongan Kita-Kita...


   Dalam setiap sukan, pasti tak meriah tanpa pihak sokongan. Baik dari rugbi, hoki, skuasy, takraw mahupun bola tampar pantai. Begitu juga kisahnya dengan bola sepak. Penyokong yang hadir dikatakan mendapat jolokan pemain kedua belas walaupun kita sedia maklum pemain kedua belas di atas padang ialah pengadil perlawanan yang menyebelahi sesebuah pasukan.
                
   Arakian, negara-negara lain mahu ada bola sepak begitu juga Malaysia yang makmur, bahagia, tenang dan tampan. Sekian lama Malaysia bernaung dengan liga semi-pro, dinaik taraf menjadi liga profesional yang dikatakan sama elit dan berdiri sama tinggi dengan Liga Perdana Inggeris, La Liga, Bundesliga dan seantero dengannya.

   Dek kerana membangunnya liga kita, pasukan-pasukan juga makin bertambah (Walaupun ada yang di-arwahkan dek kerana gelojoh nak piala cepat). Oleh itu, setiap pasukan jugak mesti nak ada penyokong untuk memeriahkan suasana dalam stadium.
                
   Namun demikian, penyokong dalam Malaysia ada sikit lainnya dari gaya sokongan negara lain.

Penyokong dengan semangat kenegerian

Dari dulu lagi kita dididik untuk menyokong pasukan negeri kelahiran. Tak payah cakap negeri, kalau Kampung Muhibbah Sembrong lawan Estet Oil Palm Kulai, mesti penduduk masing-masing nak sokong tempat kediaman masing-masing. Ya dak? Begitu jugak dengan negeri.  Semangat kenegerian yang menebal baik dari budaya, lagu, baju, rempit, semua diheret sekali dalam bola sepak. ‘Asalkan apa-apa pasukan Johor aku sokong’. ‘Asalkan apa-apa pasukan Negeri Sembilan, aku sokong.’ Kenapa ATM FA yang power tapi penyokong kurang? Sime Darby FC? Felda United?  Tak boleh bayangkan kalau orang-orang Manchester berkongsi minat untuk sokong MU dan MC secara serentak. Atau orang Milan nak sokong AC Milan dan Inter Milan serentak.

Sokong bila power

Ini jugak masalah dalam diri ‘penyokong sejati bola sepak’ Malaysia. Negeri Sembilan yang pernah power kejap, penyokong terus ramai. Bila Negeri Sembilan jatuh, penyokong diorang ada yang buat lagu rap Rembau Most Wanted. Perlis sang Singa Utara, pernah unggul di zaman Philomen Chipita (ah, macamana ngeja nama mamat ni), tapi sekarang penyokong diorang pergi mana? Dan contoh paling mudah dan afdal, JDT. Masa arwah Johor FC dok berjuang dalam Liga Malaysia, budak-budak ni pergi mana? Jusco Tebrau? Danga Bay? Dan-dan TMJ ambik alih, terus semua mengaku penyokong sejati. Puih! (Ludah dengan kahak).

Sokong bila menang

Yang ni biasanya ada dalam diri budak-budak yang baru belajar nak minat bola. Macam rempit yang konon-konon minat bola. Atau perempuan yang konon-konon minat bola. Tapi sebenarnya cuma sokong bila satu-satu pasukan tu menang. Konsep hampir sama dengan sokong bila power, bezanya mereka muncul masa menang. Contoh paling mudah, Harimau Malaya. Entah berapa ramai tahu yang Malaysia pernah main Piala Asia 2007. Tapi mereka yang tak tahu ni muncul dengan baju belang-belang putus lepas 2010.

   Dalam Malaysia tak ada istilah rival yang berkekalan. Dalam Malaysia takkan ada istilah derby. Kecuali Derby Pantai Timur antara dua-tiga negeri. Dalam Malaysia,budaya bola sepaknya takkan sama dengan luar negara. Takkan.

                Aku sebenarnya tak faham, apa sebenarnya maksud setia yang orang Malaysia laungkan ketika menyokong. Kalau benar engkau orang semuanya setia, di mana penyokong-penyokong setia Melaka? Pulau Pinang? Perlis? Kuala Lumpur? Mana yang rata-ratanya kata peminat setia?

Orang Malaysia sebenarnya bukan mengambil berat sangat hal bola sepak Malaysia. Kebanyakannya cuma cendawan yang muncul lepas hujan. Sebab tu bola sepak Malaysia bukan suasana sebenar dalam Malaysia ni macam di Eropah. Sebab tu jugak bola sepak Malaysia di tahap bangang kalau penyokong takmahu berada di belakang pasukan yang jatuh. Suasana sebenar Malaysia sebenarnya ialah rempit, dot3gp dan filem gangster.
                

Tengok Liverpool, bangang macamana pun, penyokong setia mereka tetap di belakang. Dek kerana perangai penyokong Malaysia yang serupa lalang, penyokong Liverpool rata-ratanya berumur 21 tahun ke atas. Sebab budak-budak tak tahu sejarah Liverpool. Diorang pilih pasukan kuat je. Tapi ops! Aku penyokong Chelsea yang power melampau gila babi. Lagi satu ops! Aku sokong Chelsea dari 2001. Sebelum Pak cik Abra ambik alih Chelsea.


Panjang kan? Kbai.



Sori lama aku hilang. Heeee.... :D

5 comments:

Hairi Rezemi said...

kau kena terima hakikat pot, ini lah bolasepak kita.. lagi 1, sudah2 lah bersedih pasal arwah Johor Fc

Anonymous said...

arakian tu apa? macam lagu kian nyanyian mawi ea

Anonymous said...

kat malaysia je ada derby tapi takde rival. sime darby fc. k hambar

Anonymous said...

kau kenal shaun wri-te philip?

Ezan said...

TMJ x pkai wit rakyat bli player coz dia ada share syarikat n saham sendiri dlm Johor Corporation. semasa kena denda ngan FAM pun dia tolak utk terima sumbangan wat bayar denda. Malah dia berjiwa rakyat yg sejati.