Friday, January 17, 2014

KLCC Dalam Nahas (Part 7)

   Johnny berlari separa deras menuju ke sebuah taman perumahan di Setapak. Langkahnya langsung tiada tanda-tanda mahu berhenti. Semacam ada terpasang sebuah pengecas tenaga automatik di dua pasang kakinya, yang membolehkan dia berlari tanpa penat. Ketika itu jugalah hujan turun dengan deras tanpa memberi amaran melalui petir. Mujur rumah yang dia maksudkan sudah hampir.

   Dalam kotak kepalanya cuma terfikir, dia harus mengumpulkan segera bekas-bekas ahli unitnya yang sudah berpecah-belah dek kerana tidak mahu lagi menyertai sebarang aktiviti kerajaan. Johnny tak sanggup melihat maruah tanah air diinjak. Johnny juga berharap agar dengan melakukan ini semua, kerajaan, PDRM terutamanya dapat menerima mereka kembali dalam organisasi.

   Johnny tiba di prkarangan rumah yang dia ingin tujui. Salah satu bekas ahli unitnya. Dengan bersusah-payah, dalam hujan, Johnny mlompat-lompat untuk menekan loceng.

   Tak lama kemudian, muncul seorang perempuan berkain batik dan bert-shirt putih, membuka pintu untuk meninjau siapa yang menekan loceng rumahnya.

"Johnny!" Perempuan tersebut separuh menjerit.

"Hah. Akulah Johnny. Kau ingat Rowan Artikson ke yang tekan loceng rumah kau? Baik kau bukak pagar ni cepat. Kang basah kuyup aku ni." Johnny memberi arahan serupa seorang ketua. Walau hakikatnya dia hanyalah bekas ketua. Dan dia juga sudah pun basah kuyup.

   Pintu pagar automatik terbuka. Johnny pantas masuk dan mengibas-ngibas badannya yang kebasahan.

"Kau nak apa datang sini, Johnny? Kan kita dah janji tak akan jumpa lagi sesama sendiri?" Perempuan tersebut bertanya. Suaranya lembut. Gaya mereka berdua berinteraksi menampakkan bahawa perempuan tersebut merupakan antara bekas ahli "Unit Johnny".

"Suraya, kau mesti dah baca 'post' aku dekat group Facebook, kan?"

"Dahlah. Habis tu kita boleh buat apa?" Suraya faham sebenarnya maksud Johnny. Cuma dia pun sudah hilang semangat.

"Kita mesti bersatu! Dan kembali mendapatkan kepercayaan kerajaan! Macam seruan PM kita! 1 Malaysia!" Johnny separuh menjerit kerana mahu melawan bunyi hujan yang jatuh ke bumi.

"Hmmm. Aku ni dah malas lah dengan hal-hal kerajaan ni. Baik-baik jadi cikgu, aku tukar untuk jadi polis. Dah baik-baik terpilih "Unit Johnny," kena pecat." Suara Suraya sebak. Dia terduduk di depan pintu memikirkan nasib sendiri.

"Dah tu. Inilah peluang kita. Kau tau kan The Great Grasshopper?" Bukan calang-calang penjenayah tu yang datang nak buat onar dekat KLCC. Engkau ni amenda, Suraya?" Johnny menekan prinsip psikologi dalam percakapannya.

"Aku malas! Tahu! Dahlah! Baik kau balik." Suraya berkeras.

"Kau kalau tak buat kerja kita, kau buat apa sekarang hah? Laki kau pun manjang outstation je."

   Suraya tersenyum simpul. Matanya menjeling sebuah basikal yang tersandar di tepi tiang anjung. Ada sepasang selipar juga di depan pintu rumah Suraya.


"Apahal kau ni? Johnny kehairanan.

"Hihi." Tiba-tiba suara Suraya bertukar gedik.

"Kau fikirlah baik-baik. Keselamatan negara bergantung kepada kepakaran unit kita. Kau jangan abaikan kebolehan yang kau ada. Come on, Suraya. Our country is in dangerous!" Johnny nak ber-speaking tiba-tiba tanpa sedar suara melayunya tetap ada dan grammar-nya yang berterabur.

"Kau balik je lah. Aku tak nak. Ajak orang lain." Suraya terus menutup pintu.

   Johnny hampa lantas memanjat pagar rumah yang telah tertutup tadi untuk keluar. Dia melangkah perlahan sambil memandang kembali rumah yang dia singgah tadi. Hujan sudah semakin reda. Namun tidak dapat meredakan hatinya yang kian berkecamuk dengan perangai kawan-kawannya yang seperti budak-budak.

   Perlahan-lahan Johnny menyanyi lagu UTC yang selalu dia dengar dekat TV untuk menghilangkan rasa kecewanya. Dia berlalu pergi.

   Dalam kepalanya masih terbayang lagi ketangkasan Suraya yang mampu bergayut di tempat tinggi dan mengawal senjata api pada masa yang sama. Mustahil untuk dilakukan oleh orang biasa.

*******

   Di pekarangan KLCC sedang rancak konsert berlangsung. Meriah dan gilang-gemilang. Satu persatu artis menyampai lagu untuk menghiburkan pengunjung. Pelancong-pelancong asing juga tak ketinggalan menikmati sama kemeriahan tersebut. Ada yang menangkap gambar untuk dimuat naik ke dalam Instagram, ada yang merakam video. Tak ketinggalan juga ada mat saleh yang ditemuramah oleh wartawan TV swasta untuk mempromosi Tahun Melawat Malaysia.

   Syakir dan Leeya turut sama menikmati konsert tersebut. Maklumlah, kali pertama menonton konsert secara langsung bersama pasangan. Selama ni mereka berdua hanyalah manusia pemegang gelaran : "Forever alone", namun kini tiada lagi. Mana mungkin mereka mensia-siakan peluang ini? Pasti dalam diari masing-masing akan mencatat hari tersebut merupakan hari paling bersejarah dalam hidup masing-masing.

"Awak. Saya hauslah." Leeya tiba-tiba bersuara dalam kemeriahan.

"Haus? Alaa. Kenapa tadi tak cakap?" Syakir merungut.

"K." Leeya buat muncung. Syakir terus menggelebah. Baru sahaja dia nak meneruskan menonton artis bertudung menyampaikan lagu, Leeya buat perangai. Terpaksa Syakir panjangkan sedikit leher untuk melihat-lihat kalau-kalau ada orang jual air.

"Ramai oranglah ni sayang. Nanti ea?" Syakir cuba memberi jawapan yang kiranya mampu melembutkan hati Leeya.

"Hmmm." Leeya jawab pendek.

"Yelah. Yelah! Jom kita pergi cari air dekat dalam." Syakir terus menarik tangan Leeya.

   Dalam keramaian yang sangat padu itu, pergerakan Syakir dan Leeya agak terbatas. Mereka berjalan setiap selangkah mengambil masa setengah minit. Melihat Leeya terpaksa bergesel-gesel dengan ramai orang dalam melawan arus, Syakir pantas merangkul pinggang Leeya agar lebih rapat ke badannya. Leeya entahkan menolak, entahkan menerima. Sebelah tangan menepis, sebelah tangan membalas pautan. Syakir tiba-tiba berdengus. Entah apa-apa entah Syakir ni.

   Mereka berjalan setapak demi setapak menentang arus manusia yang terlalu dahagakan hiburan. Asalkan perkara yang melalaikan dan percuma, mereka sanggup berasak. Yang penting terhibur.

   Syakir hilang sabar. Belum pernah seumur hidup dia berasak-asak sebegini. Kali terakhir berasak pun masa dia menjadi mangsa banjir di kampung. Masih dia ingat lagi waktu itu, dia dan semua mangsa banjir ditempatkan di dewan sekolah rendah. Waktu itu dia sangat berterima kasih sebab ada wakil rakyat datang beri bantuan siap dengan wartawan lagi. Malahan wakil rakyat tersebut siap masakkan sardin dalam kawah dan membantu membersihkan rumah. Yang mana semua wartawan datang sambil memikul kamera merakam kelakuan wakil rakyat tersebut. Syakir suka benar dengan wakil rakyat yang berjiwa rakyat itu. Sebab tu Syakir marah dekat Facebook kalau ada orang mencaci wakil rakyat yang dia sayangi itu.

   Tapi ketika menjadi mangsa banjir, ianya tidak sesesak sebegini. Syakir mula memandang ke bawah. Leeya hairan. Syakir menahan nafas yang terkumpul. Dalam-dalam. Urat leher dan dahinya terkeluar. Adakah Syakir ingin bertukar menjadi Son Goku?

   Tidak.

   Tiba-tiba :

"TEEEPPPIIII SEEEMMMUUAAA!!! ARGGGHHH!!!" Syakir menjerit sepenuh suara yang ada dalam kotak tekaknya.

   Seluruh ahli pengunjung terkejut malahan terdiam. Leeya juga terdiam. Termasuklah artis bertudung yang sibuk bermain gitar di atas pentas, turut terhenti. Semua tergamam. Bunyi helang tiga ekor tiba-tiba terbang dekat atas langit. Tanda suasana terlalu sunyi.

"Semua tepi!" Syakir jegilkan mata. Orang ramai lantas memberi laluan kerana takut diapa-apakan Syakir. Seorang ibu membalas pelukan anak kecil yang ketakutan.

"Huh!" Syakir mendada sambil berjalan merangkul tangan Leeya, melalui lorong manusia yang dibuka laluan. Syakir bangga, Leeya juga sama. Tak sangka dia mampu ber-pakwekan seorang yang berani (namun macam orang gila.)

"Awak nak beli air ya?" Syakir bertanya romantis kepada Leeya. Leeya cuma angguk-angguk sambil tersenyum dan pejamkan mata. Orang ramai kembali beraktiviti. Artis bertudung yang bermain gitar terus sambung korus yang tersangkut tadi. Suasana kembali normal.

   Mereka masuk menuju ke dalam KLCC. Suasana di dalam berbeza dengan di luar. Sebab dekat dalam cuma dipenuhi banyak orang korporat. Pakaian mereka segak belaka. Yang lelaki ber-taksedo sementara yang perempuan rata-rata berkemeja dan ber-skirt. Ada juga yang berkebaya. Semuanya nampak orang kaya. Sebiji macam dalam drama TV swasta pakaian-pakaian mereka.

   Leeya tiba-tiba menarik tangan Syakir sebab dia terpandang pameran-pameran barang kemas.

"Ah! Shit!" Syakir mencarut dalam hati namun bibirnya terukir senyuman. Dia tahu sekiranya melihat barang kemas, wanita di sebelahnya itu pasti akan meminta. Lumrah wanita, bukan? Dia tahu juga, menidakkan permintaan Leeya hanyalah mengundang petaka. Syakir tidak mahu itu berlaku.

   Untuk masuk ke kawasan pameran, mereka perlu melepasi pegawai yang menjaga pintu. Dengan menggunakan alat pengimbas, Leeya terdahulu yang diperiksa. Dari kepala, alat pengimbas tersebut lalu ke muka Leeya. Terus ke leher dan sampai ke dada. Pegawai tersebut perlu ke depankan sedikit alat pengimbas tersebut takut terlanggar. Tapi dia buat-buat perlahan. Syakir pandang pegawai berkaca mata macam Mat Kool itu sambil menjegilkan mata dan menumbuk telapak tangan sendiri. Pegawai tersebut tersenyum dan meneruskan imbasan ke bawah dan seterusnya belakang badan Leeya. Leeya bebas dari sebarang alatan merbahaya.

   Seterusnya Syakir pula mengambil giliran. Dia diimbas dari kepala, terus ke leher seterusnya ke seluar. Tiba-tiba alat pengimbas tersebut berbunyi. "Tit tit tit"

"Apa tu?" Pegawai serupa Mat Kool itu bertanya dengan tegas.

"Err." Syakir gagap.

"Keluarkan!"

   Perlahan-lahan Syakir keluarkan benda dalam kocek seluarnya. Ianya merupakan "key-chain" Britney Spears yang sudah lama menjadi perhiasan kuncinya. Juga sebentuk "key-chain" 1Malaysia yang diperbuat daripada besi yang dia dapat sewaktu main tikam 50sen. Pegawai tersebut tahan ketawa namun pipinya kembung dengan udara. Leeya pun sama.

"Takpelah. Simpan je." Lalu pegawai tersebut terus mengimbas belakang Syakir pula. Ok. Syakir juga lepas.

   Leeya semacam dirasuk, terus menerpa ke arah salah satu meja pameran yang mengandungi seutas rantai bertahtakan berlian tulen dari Mongolia. Warna keputihan bersinar turut membuat mata Leeya bersinar sama.
Syakir buat tak tahu.

*******

"Orang yang sepatutnya panggil Bobo dengan Syasya dah sampai belum?" Pico di hujung talian bertanya.

"Belum. Rasanya kejap lagi kot. Ala bos. Rilekslah. Bagi chance aku nak lepak berdua dengan Jue dalam hotel mewah ni." Akhmal minta belas. Jue pandang Akhmal dengan muka tak puas hati. 

"Takpe. Yang lain dah ready-ready dekat luar tingkap ni. Kitorang akan masuk ikut bilik yang sama engkorang masuk lepas je engkorang keluar ikut pegawai tu nanti. Ok?" Pico beri arahan.

"Beres bos! Apa-apa aku Whats App je. Jimat sikit kredit. Dalam ni ada Wi Fi free." Akhmal beri jaminan.

   Sebaik menutup talian, Akhmal menghidupkan kameranya. Dia mengambil gambar Jue. Jue yang pantang nampak kamera, terus melentikkan punggung sambil memuncungkan bibir. Tangannya buat simbol keamanan. Kepalanya sedikit terteleng. Padahal dia paling tak suka untuk berdua dengan Akhmal.

  Selesai ambil gambar, Akhmal memuat naik gambar tersebut ke dalam Instagram dengan hastag : #Dengan #Jue #Dekat #Hotel #Engkorang #Jangan #Jeles.

"Lambat lagi ke apa ni?" Jue bertanya resah.

"Kejap lagi lah tu. Engkau buat rileks je." Akhmal menenangkan.

   Tiba-tiba loceng pintu bilik tersebut berbunyi menandakan ada orang di luar bilik. Jue sebagai 'Syasya' cepat-cepat betulkan tudung. Dia berjalan penuh lembut meniru semua gerak-geri Syasya. Itu dia belajar dalam semua video Syasya Solero. Dia peminat sejati Syasya Solero. Sebab tu dia mampu meniru artis tersebut. Cuma Akhmal yang menjadi masalah. Bobo semacam musuh dia. Walhal bukannya Bobo kenal Akhmal pun.

   Pintu dibuka separuh. Pegawai artis di luar bilik gaya macam sotong pondan bersuara :

"Ok uolss. Amboi sakan ya? Lambat buka pintu." Lelaki tersebut menutup mulut sambil bersuara. Gedik. Tangannya terpegang fail tentatif program.

   Jue sebagai "Syasya" tersenyum malu. Tudungnya di ke bawahkan sedikit untuk menutup muka.

"Ok. Jom turun. Dalam sejam lagi uolss kena jadi pengiring Datin Seri Rosmoh untuk naik pentas, ok? Jom. Kita pergi bilik make up dulu. Kena chantik-chantik depan TV dengan paper. Hahaha." Lelaki macam perempuan itu habis kontrol suara halus. Jue rasa nak tamparkan sahaja lelaki tersebut tapi dia terpaksa cover.

   Mereka berdua pun keluar bilik mengikuti pegawai tersebut. Selepas menutup pintu, Akhmal membuka aplikasi Whats App dan menghantar mesej kepada Pico,

"Ok bos. Kitorang dah keluar ni. Jangan call. Aku akan hantar waksep je. Engkorang boleh masuk dah. XD." Siap smiley Akhmal hantar Whats App.

   Pico baca Whats App dari Akhmal. Mukanya yakin. Namun bengis. Seluruh isi ahlinya dah bersedia. Mereka cukup faham bila Pico buat muka macam tu, tandanya operasi sudah bermula.

"Ijot, Ramos, Salman, Barbosa! Kita dah nak masuk. Siap semua!"

"Siap!" Empat-empat manusia tersebut bersuara serentak dari dalam hotel berhadapan bilik Syasya dan Bobo tadi. Masing-masing menggalas beg dan senjata masing-masing. Dalam beg setiap satu bukan sahaja senjata api, malahan beberapa biji bom merbahaya juga terkandung. Tidak cukup itu, ada juga peralatan-peralatan canggih untuk memecah masuk segala jenis keselamatan. Tidak ketinggalan komik Lawak Kampus kegemaran Barbossa.

"Einn!" Nanti aku bagitau kau. Engkau dah boleh kunci pintu. Lepas tu tutup semua security. Chantek?" Pico bagi arahan. Einn tak memandang, cuma membuat isyarat bagus. Tangannya sibuk main Candy Crush.

"Jom." Pico mendahului yang lain. Mereka bergayut terus masuk seorang demi seorang melalui tingkap bilik yang sudah dopecahkan Jue dan Akhmal. Semua bergaya. Semua memang bengis. Semua memang biadab. Dan yang paling nyata, semua mahukan cincin berlian jutaan ringgit milik Datin Seri Rosmoh. Ini bukanlah misi pertama mereka dan yang penting bukanlah yang terakhir. Masih banyak lagi mercu tanda dunia yang mereka ingin tawan.

   Kini mereka sudah dalam bilik Bobo dan Syasya tadi. Mereka cuma perlu tunggu sampailah Jue dan Akhmal naik ke atas pentas menjadi pengiring. Mereka cuma perlu menunggu masa yang sesuai untuk mencatat satu lagi sejarah jenayah mereka.

*******

   Sementara itu, Johnny dalam perjalanan ke gerai sayur-sayuran milik Oliber. Salah seorang bekas ahli unitnya. Dia berharap agar Oliber sudi untuk menyahut seruannya.


Apakah yang akan berlaku selepas ini? Adakah Suraya merubah fikiran? Adakah Syakir akan membeli sekalung rantai untuk Leeya? Adakah Pico akan berpatah balik kerana Akhmal digoda pegawai pondan? Adakah Oliber akan mengikuti Shaipuddin dan Suraya menolak permintaan Johnny? Sama-sama kita nantikan.

bersambung...

No comments: