Friday, January 28, 2011

Mengukir Pelangi (Bab 4)

   Embun pagi mula berkerja membasahkan helai-helai daun di laman. Sang jantan juga saling berkokok sahut-sahutan bertanding suara. Fajar menanti waktu untuk menyinsing menggantikan tugas sang gelap yang semalaman menjadi cuaca di iklim bumi kampung itu. Suasana pagi memang syahdu bagi sesiapa sahaja yang mahu lari dari hiruk kota yang dahsyat.


   Rizal mengaminkan doa terakhirnya sebagai penutup solat fardhu Subuhnya. Terus dia melipat kain sejadah  warna hijau muda serta kain pelikat jenama Cap Gajah Duduk di atas rak kayu yang disediakan khas. Rizal menuju ke dapur mencari-cari kelibat Pak Ngahnya. Tak jumpa. Yang dia jumpa Mak Yati yang sibuk menumis sambal ikan bilis untuk dibuat cecah dengan cekodok bawang. Baunya memang menyelerakan, lebih-lebih lagi dengan perut yang kosong minta sarapan sebagai alas. Tapi, dia ada misi yang harus diselesaikan. Ya! Misi pergi ke gerai si manis untuk menatap wajah ayu pemilik nama Syahira itu.


   "Rizal. Mari sarapan dulu". Kata-kata Mak Yati seolah merentap misi yang perlu dilaksanakan.


   Rizal terhenti langkah untuk dua-tiga detik. Kalau dia duduk untuk menjamu sarapan itu, nanti ramai pula yang pergi membeli kuih di gerai itu. Tapi kalau diteruskan langkah, nanti kecil hati pula Mak Yatinya itu.


   "Kejap Mak Ngah, saya nak keluar kejap. Kejaaaaappp je". Rizal memberi alasan spontan.


   "Err.. Mak Ngah. Kunci motor mana ya?" Tanya Rizal lembut.


   "Tu kat tempat letak kunci belakang pintu tu" Mak Yati menunjuk menggunakan sudip berbekas sambal tumis yang digunakan.


   "Ouh. Ok. Dah jumpa. Pinjam motor jap ea? Nak merempit. Hahahaaaaa" Berlalu Rizal ke beranda rumah tempat motorsikal diletakkan. Sebenarnya dia mahu gunakan motorsikal itu untuk ke gerai kuih di simpang kedua dari pintu gerbang masuk ke kampung ini. Mahu sahaja dia berjalan kaki, tapi nanti nampak macam dia terlalu melebih pula. Setakat ini biarlah dia sekadar melihat lagi sekali wajah gadis itu. Wajah yang muncul di alam mimpinya malam tadi. Starter motorsikal tua jenama EX5 ditendang, terus dipulas kuat berulang-ulang. Lumrah anak muda pantang dapat pulas handle motorsikal.


   "Vroooommmm!! Vrooommm!! Vrooommm!!" bunyi motorsikal mengejutkan si ibu ayam yang sedang mengeram telur.


   "Kau nak bukak game ke apa? Jerkah Mak Yati di muka pintu.


   "Errr... tak... tak... cuma teringat zaman remaja dulu... Hahahaaaa..."


   Mak Yati masuk semula ke dapur menyambung semula kerja menyediakan sarapan. Motorsikal EX5 bergerak perlahan meninggalkan halaman rumah. Ketika melalui kedai runcit milik Pak Nasir, sempat di hon dan menjerit memberitahu mahu keluar sebentar. Dalam perjalanan di kepala Rizal cuma terbayang wajah ayu itu. Terfikir juga mahu beli kuih apa. Kalau beli banyak takut membazir sebab Mak Yati sudah sediakan sarapan. Terfikir pula kuih kasturi idamannya sewaktu di sekolah dulu.


   Kawasan gerai sudah hampir. Tapi tak nampak pun payung gerai yang menjadi tanda jualan sedang beroperasi. Rizal memperlahankan motorsikal ketika melewati perkarangan rumah penjual kuih itu. Sunyi. Pintu tak terbuka, jendela juga tertutup rapi. Tak nampak langsung ada orang di dalam rumah. Hati Rizal hampa. Hajat mahu menatap wajah si gadis terbang bersama angin pagi. Lalu Rizal memusingkan balik motorsikalnya balik menuju ke rumah.


   "Assalammualaikum", lemah Rizal memberi salam masuk ke rumah. Kunci motorsikal disangkut dan dia terus ke dapur duduk di meja.


   "Wa'alaikumsalam, tutup ke gerai kuih Mak Senah?"


   "Hah? Errr.. Ha'ah, tutup". Pendek jawapan Rizal tapi bertanda tanya. Macam mana Mak Ngahnya tahu yang dia ke sana tadi.


   "Macam mana Mak Ngah..."


   "Alaaa... siapa lagi yang kau kenal kat kampung ni? Semalam Pak Ngah ada cerita" sambung Mak Yati memotong pertanyaan Rizal yang tergantung seolah mengerti persoalan Rizal itu.


   Rizal mendiamkan sahaja sambil mengunyah cekodok dan menghirup teh o panas. Dibuat tak peduli sahaja tentang penerangan Mak Yati tadi. Selesai sahaja dia ke ruang tamu menonton rancangan Cat Dog yang disiarkan TV3.




********************************************************************************




   Jarum-jarum jam di dinding menunjukkan waktu sudah pukul 5 petang. Rizal masih berbaring-baring. Sudah empat hari dia bercuti di kampung itu. Tiada apa yang dilakukan seharian. Cuma berulang ke kedai milik Pak Nasir, atau pulang ke rumah semula untuk menonton TV. Perasaan bosan mula menjadi teman rapat. Bercampur dengan kerisauan belum mendapat pekerjaan tetap dan tak lupa juga kekecewaan hati tidak dapat menatap wajah si gadis.


   Tiba-tiba dia teringat akan abangnya, Akmal, yang menjalankan perniagaan bengkel kereta di Kulai. Dia mahu bertanya kalau-kalau di Kulai ada kerja untuk orang sepertinya. Dan kalau-kalau abangnya mahukan pekerja tambahan bagi melicinkan tugas membetulkan kereta. Telefon bimbit jenama Nokia N70 yang terlekat dengan pengecas diambil segera. Rizal menekan butang-butang telefon bimbitnya mencari nombor abangnya. Jumpa. Terus dia mendail.


   "Maaf, kredit panggilan anda sudah..." Di hujung talian terdengar suara gadis menjawab dan belum sempat gadis itu menghabiskan kata-kata, terus Rizal menekan butang "cancel".


   "Aiseymen, macam mana aku boleh lupa nak top up ni?" Rizal bertanya sendirian yang lebih berbaur kepada rungutan. Ditinjau kepalanya ke dapur dan ke halaman rumah. Mahu mencari kelibat Mak Yati.


   "Mana pulak Mak Ngah ni? orang nak pinjam handphone ni", sekali lagi Rizal bermonolog sendirian.


   "Ni mesti pergi bergosip kat rumah orang sebelah ni", Rizal menambah spekulasi negatif. Dia mencari-cari kunci motorsikal untuk ke kedai handphone untuk membeli tambah nilai. Sekurang-kurangnya dia dapat meninjau-ninjau keadaan kampung di hari petang. Boleh juga dia menghirup angin petang melihat keindahan kampung sambil menunggang motorsikal. Disorong motorsikal dari beranda rumah keluar ke halaman. Dia mendongak ke langit dan awan mega hitam seolah menandakan mahu hujan. Tanpa memperdulikan suasana mendung itu, dia menendang starter motorsikal dan terus menunggang motorsikal.


   Rizal berpusing-pusing kampung mencari-cari mana-mana kedai handphone. Dia ternampak satu kedai yang papan tandanya berlogo "Hotlink".


   "Yezza! Jumpa pun"


   Rizal masuk kedai untuk membeli tambah nilai. Baru sahaja dia selesai berurusan di kedai itu, sang hujan mencurah dengan lebatnya membasahkan tanah. Rizal melangkah perlahan keluar. Dipandangnya dalam-dalam curahan manik-manik hujan yang jatuh. Dia melihat kereta-kereta yang lalu lalang meredah hujan. Ada juga satu dua motorsikal yang nekad meredah kelebatan sambil berbaju hujan. Bila sahaja Rizal menoleh ke kiri, matanya tertancap ke tubuh yang satu. Tubuh seorang gadis. Manis bertudung merah jambu, bert-shirt labuh warna merah garang dan seluar track hitam. Pemakaian kasual yang ringkas dan bersepadan dengan tubuh si gadis. Gadis itu cuma berdiri selangkah sahaja di sebelah Rizal. Sama saperti Rizal menantikan hujan reda. Gadis itu cukup membuat Rizal terpana. Masakan tidak, gadis itulah pemilik nama "Syahira". Gadis yang menjual kuih di simpang kedua dari jalan masuk ke kampung ini.


  "Hei cik adik yang kelakar", Rizal memulakan dialog lawak spontan. Sekurang-kurangnya dia dapat mengisi kebosanan menanti hujan berhenti. Juga satu bonus dapat bersua dan bercakap dengan gadis yang mahu ditatap beberapa hari lepas.


   "Eh! Abang GPS!", si gadis menoleh ke kanan dari arah datangnya suara yang menegurnya tadi.


   "Ada pulak abang GPS"


   "Ya la, Hahahahaa... ni datang kedai ni sesat tak?"


   "Hei cik adik, ingat saya ni kuno sangat ke sampai nak cari kedai jual top up pun tak tau?"


   "Aik? Marah pulak abang GPS ni?"


   "Marah la. Ada ke muka hensem macam ni dapat nama GPS, orang ada namalah"


   "Heh, tahu pulak cakap pasal ada nama? Yang dia tadi panggil kita 'cik adik yang kelakar' tu apa?"


   "Dah awak tu kelakar macam Nabil Raja Lawak, saya panggil lah camtu. Itu pun kira baik. Kalau saya panggil awak biawak komodo ke, labah-labah tarantula ke, macam mana plak? Hahahaaaa"


   "Yang biawak tu awak, pastu suka-suka hati pulak iktiraf diri sendiri hensem, hensem lagi iguana afrika"


   "Hmmm.. melampau pulak awak ni. Ya lah Syahira. Saya minta maaf menegur macam tu. Lain kali pakai la name tag, senang saya nak tegur. Hahahaaaa... Saya minta maaf ya Syahira?"


   "Haa? Macam mana awak tahu nama saya Syahira?" si gadis agak terkejut bila lelaki di sebelahnya tahu akan namanya.


   "Mestilah saya tahu, kalau dah orangnya cantik"


   "Ya lah tu, entah-entah awak ni ejen CIA dari Amerika Utara datang nak buat risikan tentang loji nuklear kat kampung ni."


   "Haa, ya lah, saya ni ejen CIA yang nak cari penjenayah yang membuat onar di Miyami, dengar khabar lari ke Malaysia"


   "Hahahaaa... Mengadalah awak ni. Cakap betul-betul lah. Mana awak tahu nama saya ni?"


   "Sebenarnya nama awak tengah top kat surat khabar. Gadis melayu tercantik abad ini. Serius kat paper tulis macamtu" Rizal cuba memuji Syahira dalam gurauan.


   Perbualan mereka makin rancak serancak rintik-rintik hujan yang belum ada tanda-tanda mahu berhenti. Mungkin pada Syahira sekadar mengisi kebosanan dalam terperangkap hujan lebat. Tapi bagi Rizal, ianya bagai sebuah sejarah yang seharusnya dicoret dalam diari. Bertemu dengan gadis yang menjadi igauan dalam mimpinya dan menjadi bayangan kelopak mata bila siang menjadi putaran hari. Terasa sangat senang dan berbunga-bunga dalam hatinya. Mahu sahaja dia menjerit gembira tapi disembunyikan kerana perbualan antaranya dengan Syahira masih berlangsung. Hampir satu jam terkandas hujan pun mula menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Bila sahaja hujan berhenti Syahira mencapai basikalnya dalam mula bergerak meninggalkan kedai itu. Rizal juga sama cuma arahnya yang bertentangan. Rizal mahu meronda lagi di kampung itu. Mahu melihat lagi suasana kampung.


   Di seberang jalan ada satu pondok menunggu bas. Yang selalunya dijadikan tempat menunggu oleh pelajar-pelajar yang mahu ke sekolah dan juga pekerja-pekerja kilang menanti bas pekerja. Di pondok itu sekarang ada tiga orang pemuda yang dari tadi memandang kerancakan Syahira dan Rizal berbual dari kejauhan. Wajah yang dipamerkan seorang dari mereka menunjukkan ketidakpuasan hati. Bengis. Mungkin bengang berbuku dalam hati.....


Chait!! Bersambung lagi... haish.....

Saturday, January 22, 2011

Nikmat

Kita cuma menumpang kasih,
Kita cuma menjamah nikmat,
Kita cuma merasa kebahagiaan,


Azalinya semua ini milik Kalam,
Pencipta seluruh alam..


:)


---jadi jgn sombong apa yang kita ada---

Tuesday, January 18, 2011

Mengukir Pelangi (Bab 3)

   "Rizal, mari makan, ajak Pak Ngah sekali", Mak Yati memanggil anak buahnya untuk menjamu selera.


   "Takde apa Rizal, cuma lauk kembung goreng pedas dengan pucuk paku masak lemak je", Mak Yati memberi penerangan tentang menu yang disediakan sambil mencedok nasi ke dalam pinggan. 


   "Biasanya kami berdua je makan, si Abang Hafiz, Abang Ajis dengan Kak Su kamu jarang balik, kalau si Azlin  pula tunggu ada cuti di USM baru dia balik", sambung Pak Nasir sebagai membuka tajuk perbualan di meja makan.


   "Oh begitu? Nasib baik juga lah Pak Ngah ada buka kedai runcit kan? takdelah sunyi sangat".


   "Hmmm... macam tu lah. Alaa.. lagipun rumah ni dekat dengan kejiranan lain. Ada je yang memeriahkan. Kalau datang jiran-jiran, bergosip lah kami.. Hahahahaaaa..." Mak Yati menyambung sambil menghangatkan suasana.


   "Kadang-kadang Mak Ngah pergi ke rumah Mak Senah untuk berbual. Bukan jauh pun. Tu lah kawan rapat kami dari awal-awal pindah sini. Kamu ada perasan tak satu gerai yang menjual kuih-muih kat simpang tu?" soal Mak Yati.


   "Yang jual kuih tu?" Rizal mencari kepastian


   "Ya, belakangnya tu lah rumah Mak Senah" jawab Mak Yati. Pak Nasir pula sekadar endah tak endah sambil menyuap nasi ke mulut sendiri. Siang tadi sudah banyak yang dibualkan Pak Nasir dengan Rizal. Sampai sudah tak tahu lagi apa yang hendak dibualkan siang tadi. Sampaikan warna kereta terbaru pun boleh jadi modal untuk mereka berborak. Kini Mak Yati pula mengambil giliran berbual dengan Rizal berikutan dari tadi sibuk memasak di dapur.


   "Yang jual kuih kat simpang kedua tu?" Soal Rizal lagi.


   "Haa" jawab Mak Yati sambil mengangguk.


   "Yang belakangnya rumah kayu bumbung biru tu? 


   "Haa"


   "Yang ada budak perempuan jual tu?


   "Haa"


   "Yang ada jual kuih kasturi tu?"


   "Haa... eh? berapa banyak kau nak bertanya ni?" Soal Mak Yati seolah hilang sabar pula.


   "Hahahahaaa... Takdelah. Bertanya je. Tu pun nak marah ke?" Rizal cuba meredakan Mak Yati.


   "Atau kamu dah mula terpikat dengan budak Syahira tu?" Pak Nasir yang baru selesai menghabiskan makanannya menyampuk.


   "Eh. Mana ada Pak Ngah. Tanya je" jawab Rizal sambil menghabiskan sisa terakhir nasinya.


   "Kamu kenal ke dengan Syahira tu?" Mak Yati kebingungan.


   "Tadi si Syahira tu datang kedai, Syahira tu lah yang tunjukkan jalan ke rumah kita ni tadi siang" Pak Nasir menerangkan.


   Selesai sahaja mereka menghabiskan makanan, Mak Yati mengemas sambil dibantu Pak Nasir. Rizal cuba membantu tapi dihalang Mak Yati. Menurut Mak Yati takkanlah tetamu yang perlu membuat kerja-kerja. Lalu Rizal bangun untuk keluar rumah. Sempat dia mengerling ke dinding melihat jam. Baru pukul 9. Masih terlalu awal untuk Rizal masuk tidur. Jadi dia pun meneruskan niat keluar rumah untuk mengambil angin sambil pekena sebatang rokok sebagai pelawas bagi perokok tegar. 


   Telinga Rizal dapat menangkap suara ketawa dan gurau Pak Nasir dan Mak Yati. Memang harmoni hubungan dua orang tua itu meskipun sudah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga. Walaupun anak-anaknya ada yang sudah berkeluarga, tapi itu bukan alasan untuk merenggangkan hubungan suami isteri. Tersenyum Rizal mendengar keletah mereka berdua. Rizal merenung ke atas langit melihat ribuan bintang. Hatinya berkecamuk, pening, bingung, gusar, risau tapi berselikan bunga-bunga. Ya, seolah ada satu panahan cahaya yang menyirami hatinya. Seakan mekar bunga hatinya riang. Bunga yang tak pernah mekar dan mewangi sebelum ini. Mahu sahaja dijeritkan kuat-kuat demi memberitahu seluruh isi kampung perihal suara hatinya. Bentuk bunga yang tercipta dihatinya itu seolah menolak ketepi semua masalah yang dihadapinya.


   Wajah mulus Syahira menerpa dikelopak mata Rizal. Entah mengapa irisnya susah untuk menghilangkan senyuman gadis itu. Kalau sebelum ini sudah banyak gadis seksi, ranggi, cantik, yang memiliki tubuh menggiurkan yang mampu membuat para jejaka susah untuk tidur malam, yang bertudung labuh persis ustazah, yang berlagak jantan walhal jantinanya perempuan, namun tidak satu pun betul-betul menarik hati lelaki Rizal. Tapi gadis biasa pemilik nama "Syahira" itu juga yang dibayangkan. Gadis pertama yang ditegurnya sejak dia menjejakkan kaki ke tanah kampung ini. Suara lembut Syahira jugalah yang menjadi halwa telinga nya. Seolah terbit sebuah perasaan rindu kepada gadis meskipun baru sehari dia melihat wajah gadis itu.


   "Esok aku nak pergi belilah kuih dia" Rizal bermonolog.


   "Hai, rindu gadis penjual kuih nampak?" Pak Nasir yang entah bila datangnya menegur.


   "Eh! takdelah. Ni tengah runsing fikirkan masalah takde kerja ni"


   "Hmm.. Apa kata kamu cuba buka kedai kat bandar berhampiran, dekat Rompin" 'bandar' menurut Pak Nasir merujuk kepada Bandar Tun Razak, Rompin yang berhampiran dengan kampung itu.


   "Tu lah, saya pun terfikir macam tu jugak, simpanan ada lah sikit, saya pun teringin nak miliki gelanggang futsal sendiri."


   "Cubalah, dekat Bandar Tun Razak Rompin tu bukan ada futsal, budak-budak mahu main futsal, tapi berkongsi pulak dengan gelanggang bola keranjang, bola jaring, takraw, badminton, skuasy"


   "Skuasy? hahahaaa... Maksud Pak Ngah ni dewan serbaguna la ni?"


   "Haaa, tu lah. tapi kan gelanggang futsal tu bukan seratus dua ratus punya modal, makan ribuan juga tu kan?"


   "Betul, tapi boleh lah saya buat pinjaman, ada je pinjaman untuk peniaga muda dan kacak macam saya ni"


   "Kacak? Bolehlah. Tapi Pak Ngah lagi kacak dari muda sampai sekarang" 


   "Errrr... esok biasa Pak Ngah buka kedai pukul berapa?" Rizal mengubah topik daripada membiar Pak Nasir hanyut dengan kata-kata karutnya.


   "Hahahaaa...Ubah topik la tu?" 


   "Mana ada, saya tanya serius ni."


   "Pagi lah, pukul 6.30 biasanya. Hmmm... kamu fikirkan lah pasal nak buat business sendiri tu, insya-Allah menjadi. Kalau arwah ibu bapa kamu masih hidup. Mesti dia berbangga dengan cita-cita kamu" Pak Nasir memberi galakkan kepada Rizal. 


    Ibu bapa Rizal sudah lama meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya, sejak dia dibangku sekolah lagi. Sejak dari hari itu, dia dengan abangnya dibesarkan di sekolah anak yatim. Apabila usia menjejak dewasa, dia dan abangnya keluar mencari hidup sendiri. Kini abangnya berada di Kulai membuka bengkel motorsikal kerana itu kebolehan yang dimiliki abangnya. Sekali sekala Rizal akan menghubungi abangnya untuk bertanya khabar.


   "Iyalah tu, marilah masuk Pak Ngah, karang nanti datang pontianak main-main dengan kita pulak." Rizal yang terdengar lolongan anjing dari jauh terus mengajak Pak Nasir nasir masuk ke rumah.


   "Jom lah, sekarang pun tv3 ada wrestling, Pak Ngah nak tengok Kane kena belasah dengan Rey Mysterio" galak Pak Nasir bercerita sambil menumbuk telapak tangan.


   Sambil mereka berlalu masuk kerumah, Rizal sempat merenung ke langit. Di pandangan terlihat seorang gadis melemparkan senyuman manis kepadanya. Ya, gadis si penjual kuih yang sudah pun membawa lari sekeping hati milik Rizal. 


   Esok, dia mahu ke gerai milik si gadis itu untuk menatap lebih dekat lagi wajah si gadis.




---bersambung lagi... haishhh!!!---

Sunday, January 16, 2011

Aku Rockers...




Mesti semua ingat aku ni budak jiwang yang minat lagu dayu-dayu macam nak bunuh diri, tengok cerita korea, baca buku mangga sebab karakter aku yang suka berpuisi bagai-bagai. Kan? Silap!! Sebenarnya tidak sama sekali. Sebenarnya aku ni seorang yang rockers... Hahahhaaaa... tak percaya? suka hati. Kenapa pulak aku post lagu "Bujang Senang-Awie" ni?


Sebab.. Lagu ni merupakan lagu pertama aku nyanyikan di atas pentas di khalayak ramai. Masa tu kat UiTM Segamat ada anjurkan pertandingan Battle of The Band. Kitorg pun yg cuma 1 2 kali jamming, ambik keputusan drastik untuk join Battle of The Band tu walaupun sedar kemampuan kami. Dan aku pula dilantik menjadi vokalis dalam band diberi nama X-Perling. Walaupun tak menang, tapi kami enjoy dan ambil itu semua sebagai kenangan dan pengalaman... Hahahhaaa...


Kemudian kami dijemput untuk menghadiri satu jamuan makan malam dan menyampaikan persembahan. Siapa sangka? dan pedulilah aku nak cerita gak... hahhaaa... Memang iyyyaaaaaarrrggghhhhh!!!! (ala-ala Awie)


Aku nak post gambar gak...peduli apa? Ingat perempuan je ke yang suka pos-pos gambar banyak-banyak...
Dress Up malam dinner yang bertema Rock
Malam itu sebagai menghargai kami semua yang sudah pun berada di semester 6. Setelah majlis hampir tamat, tibalah kepada giliran persembahan.

Lagu pertama kami : Nothing Else Matters by Metallica

Drummer takde... hahhaaa...
Kemudian aku jemput semua kawan-kawan untuk lagu May-Sketsa Sebuah Cinta

Semua nak dress-up artis
Lepas tu, mesti lah ada sesi fotografi

Semua dengan tangan berisyarat rock


Jeritan "Kita Apa? Kita Rck!!!"
Para gadis yang berebut mahu bergambar dengan aku


Diapit kiri dan kanan
Majlis ini sangat meriah dengan gilang-gemilangnya dan ke-sporting-an kami budak-budak semester 6. Baru-baru ni pun aku ada perform tapi takde gambar. Hahahhaaaa. Sekarang semua geng-geng dah pecah bawak haluan masing-masing ada lah jugak jumpa 1 2 orang. Apa pun. Saya rock saya ok.. Iiiiyyyeeerrraaggghhhh!!!!!!!

---Ada video tapi sangat low kualiti---





Saturday, January 15, 2011

Jiwa Berkata...Hati Berdialog...

Aku bermonolog sendirian,
Kekosongan hati diisi dengan kesepian,

Bait-bait kata meruntun jiwa,


Hanya tinggal metafora semata-mata.

Lontaran pandagan sepiku telah membuat kau terkesima,
Tiada kata yang mampu melunas ombak sepi,
Yang menghempas pesisir jiwa,
Namun bayu yang berlalu menyapa kesayauan ku.

Andai hari esok ada lagi buat ku,
Andai hari esok kupunya waktu buatmu.

Wahai ayah dan ibu...


Karya asal aku kutip dari : Cikin

Friday, January 14, 2011

Tak Pernah Hati Aku Berbunga Macam Ni!!! (Kekasih saya sangat sweet)

   Aku takde idea nak berpuisi atau mengarang cerpen hari ni... Sebab hati aku terlebih berbunga-bunga. Arrrgghhh!!! 


   Dulu aku pernah post cerita Cerita 8 Ogos 2010. Kalau nak dikira jarak 8 Ogos 2010 sampai semalam, 13 Januari 2011, baru 5 bulan lebih.. Tapi pada aku, dah macam lama sangat hubungan aku dengan dia. Sayang aku pada dia dah terlalu utuh.


   Semalam aku keluar date dengan Cik Ila aku. Dah takde dah degup melampau-lampau macam dulu mula-mula nak keluar date. Walaubagaimana pun, degup tu tetap ada. Serius tak tipu, walau sekerap mana pun aku keluar dengan dia, memang tetap ada degup jantung tu. Degupan cinta barangkali? Ya, mungkin.. huhuhuuu... 


   Mula-mula kami keluar makan. Standard ar tu, pergi makan adalah acara wajib dalam tentatif program orang-orang yang pergi dating kan? Lepas pergi makan, kami pun pergi la lepak. Tempat yang terang ok? semua orang nampak kami. Tambahan pula populariti aku yang dikenali ramai di Segamat. Hahahaaa..(poyo)


   Masa ni lah tiba-tiba terbit persoalan dari Cik Ila. "Awak pernah tak bosan dengan saya?" Macam mana aku nak mula kan ayat untuk jawap soalan cepumas ni? Jawapan aku cuma "Tak, sebab awak sentiasa memahami saya dan tak pernah kongkong saya untuk setiap minat saya". Banyak lagi lah perbualan-perbualan sweet kami. Heeeeeeeeeeee.... 


   Masa hantar dia balik, aku dapat lagi sekeping kad ucapan dari Cik Ila. Aku simpan dan buat tak tahu je balik rumah sewa, sambil terus simpan kad tu dalam almari. Takkan lah aku nak hiruk pulak bagitau satu taman yang aku dapat kad ucapan. Balik buat biasa je sambil layan lawak bodoh budak-budak serumah. Sampai lah tertidur. Bila terjaga dalam pukul 5 pagi, perkara yang bermain dalam otak aku, KAD UCAPAN tu. Terus dengan beria-ia. Aku baca satu-satu isi kad tu.


   Mahu menjerit saja bila baca. Setiap bait ayatnya, setiap corak dekorasi kad tu, memang buat jiwa aku meruntun. Seolah ada aura ikhlas dalam setiap inti kad itu. Ya, kad ini juga adalah sebab kenapa aku tak pernah bosan dengan Cik Ila. Dia memang rajin buat kejutan yang aku tak pernah duga.


   Takkan pulak aku nak upload gambar kad tu? gila betol aku ni... hahhaaa..


   Mengimbau kembali sepanjang hubungan ini terhasil, memang aku boleh senyum sorang sorang. Cik Ila merupakan seorang gadis biasa yang sama-sama dengan aku buat asgmnt masa semester 6 kat UiTM dulu. Dah semester 6 baru aku kenal Cik Ila walhal kami satu batch dari semester 1 lagi. Dia menjadi orang pertama yang mendengar setiap cerita luka cinta aku. Yup, sebuah cerita cinta yg berusia hampir 3 tahun, dikhianati dengan senang hati dan riang ria nya oleh si dia dulu.


   Tapi biar lah, setiap jadinya sesuatu, mesti ada natijah dan hikmahnya kan? Itu kata-kata orang tua dalam menyedapkan hati orang yang dalam kesusahan. Perpisahan dulu tu mungkin untuk kebahagiaan yang aku kecapi sekarang ni. 
    
   Kepada si penoda cinta (kalau lah kau baca blog aku) terima kasih atas segalanya. Terima kasih sebab mengajar erti sebuah cinta. Terima kasih atas segalanya. Nama kau dah kian luput dalam nadi ingatan aku. Aku tak berdendam kepada kau. Pergilah kepada jalan kebahagiaan yang kau cari. :)


   Dengan Cik Ila, dah banyak kenangan-kenangan manis antara kami tercipta. Memang ramai yang tak percaya. "Biar betol sipot!! Kau dengan ila?". Biar lah.. Yang rasa cuma aku sorg. Semakin hari perasaan sayang kepada dia makin kuat, makin hebat. Kalau tak jumpa sehari, mesti jadi rindu sesangat. Harapan aku biarlah dia menjadi sebuah ujian untuk aku lalu menjadi sebuah anugerah yang sangat tinggi nilainya. Semoga hubungan kami ini berpanjangan hendaknya sehingga kami diikatkan dan sehingga hari tua, dan sehingga akhir hayat. Amin...


   Kepada b : "Abg syg b sgt. Jgn hancurkan hrpn kita ni ya? kalau ada salah sorg antara kita yg trleka, biarlah yg lg 1 tu mengingatkan dan membetulkan kembali setiap yg silap.Jngn ambik tindakan sndri utk cari senang sndiri ya? lg skali. Abg syg b. Thanks for everything syg..Mmmmuuuaahhh! :)"




---Pedulilah aku nak jiwang ke tak... ada ke yg baca blog aku? hahaaa...---

Thursday, January 13, 2011

Nuansa Sebuah Cinta..



Disebalik hati tersembunyi rasa,
Disebalik naluri tersimpan cinta,
Disebalik nurani terpahat gelora,

Gelombang cerita mencarik duka,
Berganti secebis rasa,
Dari secebis-secebis,
Menjadi selembar,
Selembar rasa yang namanya bahagia.

Kalau sudah ada pilihan,
Mahu berduka atau bahagia?
Mestilah aku pilih jawapan nombor dua.

Siang hari bergetar dengan namamu,
Malam dihiasi ukiran wajahmu,

Izinkan aku bergelumang dengan rasa ini,
Bersamamu...

Apakah ini rindu?
Rasanya semua orang tahu... :) 

Tuesday, January 11, 2011

Mengukir Pelangi (Bab 2)

   Syahira pun menyusun kuih-muih untuk memulakan jualan seperti biasa. Kuih-muihnya biasa dibeli oleh orang kampung yang mahu ke sekolah, ke kerja, atau pun suri rumah yang tak sempat menyediakan sarapan ataupun malas untuk menyiapkan sarapan. Lebih-lebih lagi karipap jualannya sangat sedap untuk dinikmati.

   "Dik, beri akak karipap RM2 dengan donut RM2." datang seorang pelanggan, Kak Limah, selepas baru 5 minit Syahira memulakan jualan. 

   "Boleh kak, ni dia", sambil menyerahkan bungkusan pelastik yang kuihnya masih panas dan berbau wangi.

   "Terima kasih dik, mana ibu kamu?"

   "Ada di rumah, kejap lagi sampai lah tu", jawap Syahira lembut sambil membetulkan alas meja yang kelihatan senget.

   "oohh.. Takpe lah. Mak cik gerak dulu ya?", terus Mak Limah mengayuh basikal tuanya untuk pergi ke kebun getah miliknya. Oleh kerana sudah pagi, Mak Limah hanya akan pergi mengopek getah susu yang sudah beku kerana ditoreh semalam. 

   Mentari kian menerik. Sang bahang pun makin garang membakar permukaan bumi. Para pekebun dan petani mungkin sudah kering keringat. Ada juga yang sudah pulang ke rumah atas urusan lain. Syahira masih lagi menjual saki-baki kuih-muih yang masih tinggal. Jarang sekali jualannya tidak habis. Kalau tak habis pun, Syahira dan ibunya akan sedekah kan kepada jiran-jiran sebelah-menyebelah. Dengan itu dapat jugalah dia membalas jasa warga kampung yang banyak membantu mereka sekeluarga. 

   "Assalammualaikum!". Sapa seorang pemuda yang agak asing di kampung itu.

   "Wa'alaikumsalam". Jawap lembut dua beranak itu.

   "Hmm.. tumpang tanya mak cik, errr.. kakak.. err.. kat mana ya rumahnya Pak Nasir?".

   "Pak Nasir?" soal kembali Syaira cuba memancing kepastian. Atau barangkali cuba mengingat kembali nama-nama Pak Nasir yang menjadi pengetahuannya.

   "Ala... Pak Nasir yang ada kedai runcit tu". Balas kembali lelaki itu untuk memberi gambaran.

   "Ooohhh... Pak Nasir tu? Tak jauh, abang jalan terus, ikut kiri, ikut kanan, abang tengok GPS.. Hahahaha!! Lawak tak saya?" Syahira cuba membuat lawak pukul 11 pagi.

   "Hahaha... Lawaknya adik ni" lelaki itu membalas dengan ketawa acuh tak acuh.

   "Hahaha... ok lah... abang jalas terus, nampak rumah yang bumbung hijau tu, abang belok kiri, pastu ada simpang 3, masuk kanan, kat situ adalah rumah Pak Nasir. Kedai dia betul-betul sebelah rumah Pak Nasir tu.". Panjang lebar Syahira menerangkan sambil Mak Senah mengemas lebihan bekas yang sudah habis di jual.

   "Ooh. Terima kasih cik adik yang kelakar" berlalu lelaki itu sambil melemparkan senyuman kepada Syahira.

   "Sama-sama"


   Dalam perjalanan lelaki itu berkata sendiri "Kelakar gila akak tu... hahahhaaa..."

*****************************************************************************


   "Assalammualaikum..!!"


   "Wa'alaikumsalam"... Jawab ringkas Pak Nasir tapi cuba mengamati wajah pemuda berdiri di depannya..


   "Hai, tak kan dah lupa kat saya ni? seloroh pemuda itu sambil menghulur tangan.


   "Ya Allah! Rizal!" terus menyambut salam yang dihulur lantas dikucup Rizal.


   "Macam mana kamu boleh tersesat kat sini? Kamu tu yang entah ingat entah tidak Pak Ngah kat sini."


   "Hahahahaaaa... Bukan sesat lah Pak Ngah... Saja nak berjalan..."


   "Tapi macam mana kamu boleh tahu Pak Ngah tinggal kat sini?" Pak Nasir cuba memancing kepastian. Sebab setahunya, Rizal cuma tahu nama kampung ini, tapi tak tahu alamat rumahnya, sebab sepuluh tahun dulu, Pak Nasir meninggalkan Kuala Lumpur untuk mencari hidup di kampung. Dalam sepuluh tahun itu jugalah Rizal tak pernah jejakkan kaki ke kampung ini.


   "Saya main datang je kampung ni. Lepas tu tanyalah orang-orang sini. Tu yang senang datang sini"


   "Oohh.. Takpe lah. Kamu masuk lah ke rumah dulu. Belakang kedai ni sahaja rumah Pak Ngah, Mak Nah pun ada di dalam, mungkin tengah tengok Wanita Hari Ini" Pak Ngah menjemput anak saudaranya masuk ke rumah.


   "Takpelah. Saya duduk dulu lah kat sini" Rizal menolak untuk masuk dulu ke rumah. Baginya agak biadap kalau baru berjumpa terus beredar. Lantas dia pun duduk lah di kerusi sambil menyalakan sebatang rokok demi melepaskan lelah.Pandangannya dilemparkan jauh ke jalan. Matanya terus menyusur di sepanjang jalan itu. Pak Ngah menarik sebuah kerusi lagi dan duduk di samping Rizal.

   "Tak kerja pula kamu hari ni?"


   "Hmmm... Saya dah kena berhenti kerja dah Pak Ngah.. Biasalah nasib orang bawahan. Kita boleh buat apa kan? Kalau mentimun dengan durian, melanggar kita rosak, dilanggar pun kita rosak"


   "Jadi? Kamu menganggur lah sekarang ni? Pak Ngah bertanya lagi.


   "Macam tu lah gayanya. Dah seminggu jugak lah saya bercuti panjang tanpa gaji ni... Hahahahaaa" Jawab RIzal sambil berjenaka mahu menyedapkan hatinya.


   "Tak pelah Rizal, Kamu berehat lah seminggu dua kat kampung ni sementara cari kerja lain. Tapi tu lah. Kami ni orang biasa, apa kami makan, itulah yang kamu telan... Kalau kamu makan batu, batu lah kamu makan.. Hahahahaaaa", Pak Nasir melawak.


   Mereka terus berbual mengisi kekosongan. Kalau ada pelanggan masuk, Pak Nasir akan ke kaunter dan melayan pelanggan, kemudian ke tempat mereka berborak tadi. Kelihatan Pak Nasir agak peramah melayan pelanggan. Dengan jenaka dia yang bersahaja, setiap pelanggan pasti diusiknya.


   Tiba-tiba kelihatan seorang gadis datang dengan sebuah basikal dan masuk ke kedai.


   "Haaaa... anak gadis paling manis dalam kampung.. Dah habis jualan?" Pak Nasir menegur. Rizal pula langsung tak endah dengan teguran Pak Nasir tadi. Sebab dari tadi memang semua pelanggan yang masuk akan ditegur Pak Nasir. Sebaliknya Rizal lebih suka memandang jauh kedepan mendalami masalah yang dihadapinya itu.


   "Alhamdulillah habis, Pak Nasir. Hmm.. saya nak beli bahan-bahan kuih ni"


   "Ha, iyalah" lantas Pak Nasir bangun dan melayan pelanggannya itu mengambilkan semua barangan yang memerlukan timbangan. Seperti kentang, bawang merah, ikan bilis, dan lain lagi. Rizal pula seolah dah kepenatan. Tapi langsung tak memandang ke dalam kedai.


   Selesai sahaja gadis berurusniaga dia pun beredar melintasi tempat duduk Rizal sambil memandang ke Rizal. Kemudian langkahnya terhenti.


   "Eh? ni awak yang tanya jalan tadi ni? kan?"


   "Eh? ni akak yang lawak sangat yang jual kuih tu.. Hahahaaa" terkejut Rizal.


   "Sampai sini tadi guna GPS tak?"


   "Tak lah. guna bintang. Bintag kan panduan untuk umat manusia yang berkelana?"


   "Ha'ah lah.. banyak bintang awak.. tengah hari buta ni.. bintang kat kepala awak tu je yang ada.. hahahaaa" berlalu gadis itu ke basikal dan berlangsung pulang.


    "Haih! baru 1 jam kat kampung ni, Dah ada yang berkenalan? hebat benar kamu ni" tegur Pak Nasir dari belakang.


    "Hahahaaa... takde lah Pak Ngah, budak tu yang tunjuk jalan masa nak ke sini tadi.. errr... By the way.. siapa nama gadis tu ya Pak Ngah? tanya pula Rizal sambil bersekangkan bahasa mat saleh.


    "Ceh! Mat saleh pulak kamu.. hahahhaaa... Nama dia Syahira. rajin orangnya tu.. Pandai buat kuih pula tu." terang Pak Nasir.


   "ohh" Jawab ringkas Rizal......




---Bersambung lagi... lalalalalaaa---

Saturday, January 8, 2011

Teringat la pulak...

   Satu malam aku tak boleh tidur. Jadi aku pun taip lah resume untuk apply kerja kat satu company ni. Bila dah siap resume nya. usyar ar gambar-gambar yang ada kat laptop. Jenuh jugak nak cari sebab bersepah. Tengah syok-syok mencari, tiba-tiba terjumpa satu gambar yang aku ambik dulu. Usyar gambar ni tengok :




Boleh baca tak? kalau tak boleh gak cuba sampai boleh
   Dapat teka tak ni apa? Ni ialah sebuah notis, atau memo, atau surat layang yang aku dapat masa modul Part 2 semester 2 masa kat UiTM dulu. Masa dah nak habis modul tu, fasi kami telah meminta kami untuk menulis surat untuk sesiapa sahaja ahli peserta modul hari tu kemudian diletakkan di dalam deretan sampul surat bernama setiap ahli. Sampul surat tu diletakkan di depan meja bilik modul. Setiap penerima takkan tahu siapa pengirimnnya.


   Masa ni aku dapat 3 surat dari 3 peminat misteri (acehcehceh). tapi yang ini agak menari minat aku. Nak tahu apa isi tulisannya? 


"KEHADAPAN AWAK..


   hmm, ape yg sy nmpk kt ni...awk sgt besh~ sbb walaupun awk ni adk, tp awk punye keberanian tue... sy pn xdapek nk nolong (sbb sy x seberani awk).. sy tulis nie pn sje2 je nk bg smngt kt awk.. ble2 ms awk tgh down, baca Quran byk2 keyh? bgs.. sbb dlm hp awk ada surah yassin.. klau nk satu Quran pn bleh sbb sy ada kt dlm laptop... penohkan hp awk tue dgn ayat2 besh cmtu. kalau rs xdpt nk buat ape2 mse tgh problem, awk ingtla surah al-baqarah :216, "blh jd ape yg kmu suka itu buruk bg kmu dan boleh jd apa yg kmu x suka itu baik bg kamu",Allah hu alam. key. ape2 hal, cntct sy keyh? salam..."


   Ya Allahuakhbar.. serius time tu jantung aku mmg nak tercabut. Pengirim misteri ni sebenarnya takdelah misteri pun. Masa perkenalan dengan dia masa kat modul tu, (aku kenalkan sebagai Ida), gaya dia, ayu lemah lembut, sopan dan bertudung labuh. Aku dengan gentleman memulakan ayat ingin berkenalan. Itulah pertama kali dalam hidup aku, aku approach salam perkenalan secara face-to-face. (masa ni pun aku belum ada siapa-siapa, mksud aku, aku single, acececeh)


   Berdasarkan isi kandung surat layang dia ni, aku dah tahu siapa orangnya sebab masa modul berlangsung, aku ada mintak no henpon dia. Minta nombor henpon pun pertama kali dalam hidup (sebab sebelum tu men mintak kat member je... hahahhaaaa) memang lembut gaya dia. Mahu aku tak terpikat?


   Balik dari modul, sejurus lepas aku baca surat tu, terus aku call Ida, bertanya khabar dan sebagainya, (padahal baru pagi sebelum tu jumpa kat modul). Kemudian surat itu aku pinkan dekat dashboard kat locker aku. Bermula dari itu, hubungan kami semakin erat dan rapat, selalu kami keluar makan, hantar dia ke bustand, hantar ke rumah sewa dia. Kawan-kawan aku yg lain selalu mengusik aku bahawa aku ber'couple' dengan ustazah. Mana taknya. Aku cuma berdua sahaja kalau keluar dengan dia. 


   Yang paling aku tak boleh lupa, dia sanggup menyusahkan diri dia untuk join aktiviti kelab aku dgn kawan2 utk berkhemah kat Air Terjun Bantang, Bekok. Sedangkan dia ada janji dengan kawan-kawan dia untuk ke Melaka selepas je kitorg balik dari berkhemah.


   Pernah juga aku bertanyakan dia apakah status aku dalam hati dia. Jawapan dia menyatakan yang aku hanyalah kawan rapat meskipun dia sgt sayangkan aku. Ya, masa itu juga aku memang ada seorang pacar (yang kini sudah tiada dalam hati aku walau sekelumit) Mungkin sebab kehadiran kekasih aku yang dulu tu, menjadi sebab kenapa Ida berkata sedemikian. Aku juga memang sygkn pacar aku tu dan tak ada rasa sayang sebagai kekasih pun kepada org lain. Aku pun lebih kepada hormatkan dia sebagai kakak dan kawan.


   Satu kejadian berlaku dan kami pun tak bertemu lagi. Kejadian itu juga berlaku atas kesilapan aku juga. Atas kejahilan aku yang langsung tak pandai menghargai seseorang. Entahlah. ingin aku tatap gambar dia, tiada satu pun. Walaupun hakikatnya kadang-kadang ada terlintas teringat pada dia. Semoga dia bahagia hendaknya. Amin.


   Biarlah, semua yang berlaku sudah jadi kisah lama dan teladan dalam hidup aku. Sekarang aku lebih bahagia dengan kekasih yg lebih memahami hati aku... Sebutir bintang yang aku takkan curang utk disinarinya. :)


---Lantaklah, bukan ada orang baca blog aku pun... lalalalaaaa~~~---

Tuesday, January 4, 2011

Mengukir Pelangi (Bab 1)

   "Itu dia tiupan wisel penamat dan tiga jaringan dari Eddie Helmi Manan tadi memastikan Johor FC bergaya di laman sendiri menguburkan harapan Gergasi Merah Kuning untuk menghuni takhta liga. Sekian sahaja laporan dari Stadium JCorp Pasir Gudang, jumpa lagi pada perlawanan berikutnya, saya Haji Hasbullah Awang, majulah sukan untuk negara". Kata-kata dari pengulas tersohor tanah air itu mengakhiri perlawanan yang disiarkan secara langsung di kaca TV. Nazri meninggalkan Rizal menahan bengang di ruang tamu.

   "Boooooo... Selangor kalah! Dapat pulak nak kalahkan Sang Lebah!". Suara Nazri jelas kedengaran walau dari dalam bilik cuba menghangatkan suasana. Hati Rizal terus menerus tak tenteram. Bukan kekalahan Selangor yang menjadi gelodak dalam hati, tapi ada yang lebih besar lagi. Dia pun mencapai kotak Winston dan mengeluarkan sebatang lalu dikepit di celah bibirnya. Selepas dinyalakan, di hembus asap sepuasnya seraya menghadap ke syiling sambil mengharap kekusutan yang menjadi duri dalam fikirannya berlalu sama dengan kepulan asap itu.

   Terasa sunyi rumah itu. Walaupun Rizal menyewa bersama empat orang yang lain, tapi tiada yang berminat menonton perlawanan Liga Malaysia. Cuma dia dan Nazri yang beria mengikuti perkembangan sukan negara itu sedangkan yang lain lebih cenderung mengikuti perkembangan Liga Perdana England, Serie-A, Spanish La Liga dan paling busuk pun Bundesliga. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. 

   Rizal keluar ke rumah dan duduk di anjung rumah sambil merenung ke bulan. Harapannya biarlah bulan dengar akan rintihan hatinya. Sambil tak henti asap rokok menjadi teman setia keluar masuk ke paru-paru, dia cuba mengosongkan fikiran. Masih jelas setiap terbaca bait tulisan di surat yang dia terima pagi tadi. 

  "Notis berhenti 24 jam". Begitulah tajuk utama isi kandungan surat berbentuk notis itu. Terasa bagai diterkam harimau liar tatkala menghayati isi kandungan surat itu. Mahu tak mahu, posisinya terpaksa dilepaskan. Kegawatan ekonomi menjadi nadi kepada semua ini. Bukan dia seorang, ramai lagi yang ditendang keluar dari syarikat tempat dia bekerja. Semuanya atas sebab sama. Untuk menjimatkan kos pengeluaran, kos sumber tenaga terpaksa dikurang. 

   "Aku nak buat kerja apa kat bandar ni?" Berdialog lah Rizal seorang diri. Meskipun tinggal di daerah yang tandus di utara Johor, namun lebih selesa di panggil bandar. Mahu sahaja dia terjah pihak atasan di bahagian pegurusan kerana ketidakadilan. Tapi apa boleh dia buat, mahu diadu ke Persatuan Buruh, masih wujud lagikah persatuan itu? Mahu diadu ke Pejabat Pos Malaysia, sia-sia sahaja dia dilempang.

   "Argh!! Semak pulak kepala aku ni", Makin kuat pula dialog sendirian Rizal. Nazri yang keluar ingin mengambil angin terus menegur.

   "Gila apa cakap sorang-sorang? Takkan Selangor kalah pun dah bengang? Hahahaha" Nazri cuba mengusik Rizal dalam bentuk penganjingan. 

   "Hotak kau! Selangor kalah sekali menang berkali-kali, lupa ke Selangor juara Piala Malaysia"

   "Juara tahun bila? 2005? zaman aku tingkatan berapa tu? hahahahaaa..!! Kau ni macam Liverpool la, suka sangat bangkit cerita lama." Nazri cuba memancing hati panas Rizal.

   "Malas ar cakap dengan kau, member susah hati, kau buat lawak Jalil Hamid pulak"

   "Lawak benda nya? betul kan Selangor dengan Liverpool sama je, suka sangat cerita lama. Hahahaa... Ok lah... cerita la sebab apa kau semak sangat ni?" Nazri mengubah topik penganjingan kepada mengambil berat.

   "Tak de lah, kepala aku semak ni. Baru tadi pagi aku kena buang kerja. Sekarang aku tak tahu nak buat apa. Takkan lah aku nak apply pengarah urusan karangkraf? jauh pulak nak pergi KL". Rizal tahu Nazri memang pendengar yang setia. Sejak perkenalan di universiti dulu, mereka tetap bersama sampailah ke alam perkejaan. 

   "Hmm.. Aku bernasib baik sebab tak kena buang. Ramai juga pekerja tempat aku kerja di buang. Kau jangan risau lah. Kalau ada rezeki kau, adalah tu. Insya-Allah" Kata-kata galakkan dari Nazri sedikit sebanyak menyejukkan hati geloranya.

   Mereka terus berborak tanpa menghiraukan malam semakin menjangkau usia. Cengkerik terus-terusan galak bersahutan. Lolongan anjing yang barangkali ternampak pontianak juga semakin rancak. Namun manusia berdua itu sudah biasa. Tinggal di kawasan perkampungan sudah lali dan sebati. Ala bisa tegal biasa. Itulah kata-kata orang tua.

   ************************************************************************

   Krrriiiinnnngggg!!! Bunyi jam loceng tepat 5 pagi berdering di telinga Syahira. Bingkas dia bangun menutup jam. Bergema pula lagu 'Besi Hitam' dari telefon bimbitnya. Lagu itu berdering menandakan sudah pukul 5 pagi kerana sudah ditetapkan sebelum tidur sebagai alarm.

   "Aku dah bangun lah. Diam la. Memekak je". Marah Syahira kepada telefon bimbitnya lantas dimatikan. 

   Menuju dia ke bilik air. "Bangun dah?" tegur Mak Senah, ibunya bila dia melintasi dapur. "Ya ibu" pendek jawapannya. Selepas mencuci muka lebih kurang, dia bersila di depan ibunya yang sedang sibuk meletakkan inti kentang ke acuan tepung karipap. Lantas dicapai satu acuan dan terus bersama ibunya menyediakan kuih karipap. 

   Itulah rutin Syahira. Membantu ibunya selepas dia tamat peperiksaan SPM. Membantu ibunya membuat kuih. Kuih itu akan di hantar ke kedai makan Pak Seman dan akan dijual di hujung simpang rumahnya. Tiada apa yang boleh dia lakukan di kampung ini melainkan menolong ibunya. Kalau mahu menoreh pohon getah, tiada pula kebun. Arwah bapanya hanya meninggalkan rumah pusaka dan sekangkang kera kebun kecil di belakang rumah. Kebun itulah ditanam sayur-sayuran kampung untuk dijualkan di kedai runcit.

   "Kau tak teringin sambung belajar ke Ira?" Soal ibunya memecah keheningan pagi. Dari tadi yang kedengaran cumalah bebelan DJ radio yang sibuk membaca SMS jiwang pendengar yang lain.

   "Takpe dulu lah buat masa sekarang. Biar Ira tolong ibu dulu" Jawapan Ira cuba berdalih. Di hatinya teringin sangat dia melanjutkan pelajaran. Keputusan SPM nya juga agak baik untuk meneruskan pengajian. Cita-citanya mahu menjadi akauntan tak kan dilebur begitu sahaja. Cemburu juga dia melihat Zurina kawan sekelasnya dulu di sekolah kini sudah di semester dua di UiTM. Tapi apa kan daya, kondisi hidup mengekang impiannya.

   "Hmm... nanti dah siap ni, tolong gorengkan donat yang ibu dah uli tadi malam ya? Ibu nak solat dulu." Ibunya cuba menukar topik dan bingkas bangun ke bilik air untuk berwudhu'. 

   Pintu bilik lagi satu terkuak. Terlihat abang Syahira keluar dari bilik dan terus duduk di sebelahnya. 

   "Hai, baru bangun putera raja ni?" usik Syahira.

   "Baru bangun? ni baru masuk subuh, bukan lewat pun. abang terbangun pun sebab dengar azan lah adik oi!" jawap Azlan sambil ingin mencapai acuan kuih yang ditinggal ibunya.

   "Hei! dengan muka tak basuhnya... Pergi basuh muka dulu..."

   "Hish! Ialah mak nenek! Kecoh!" terus Azlan ke sinki dan membasuh muka dan duduk semula di tempat tadi. Biasanya Azlan akan menolong serba sedikit kerja-kerja menyediakan kuih. Bila pagi menyinsing dia akan ke kebun belakang rumah untuk menguruskan tanaman. Itulah kerja mereka sekeluarga. Biarpun kekurangan, namun mereka tak lekang dek suasana gembira. 

   Selepas semuanya siap, Syahira pun membawa kuih-kuih tadi ke gerai di hujung simpang rumahnya. Mujur dekat, mudah di bawa berjalan kaki. Azlan pula akan menghantar kuih untuk kedai Pak Seman. Kemudian terus ke kebunnya.
  
   "Ibu, Ira berjual dulu ya?" kata Syahira sambil berlalu. tersenyum ibunya melihat anak berduanya berkeja tidak membantah. Malah terlihat mereka berdua yang satu berniaga dan satu berkebun. Kemudian Mak Senah akan ke dapur semula untuk mengemas dan kerja-kerja lain.

   Syahira mula menyusun kuih-kuih untuk jualan............................................


----Bersambung pulak----