Tuesday, April 26, 2011

Taktik dan teknik meniru ketika peperiksaan akhir...

   Sekarang ni merupakan musim-musim peperiksaan akhir bagi pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi baik kerajaan atau swasta. Ketika ini ada pelajar-pelajar yang sibuk menelaah subjek pelajaran masing-masing. Senang cerita tengah sprint di saat akhir ar. Kali ni aku nak share sikit pasal teknik dan taktik meniru peperiksaan. Ya lah. Meniru kan antara asam garam yang mewarnai dunia-dunia peperiksaan. Sedangkan zaman dinasti Yang, ada yang meniru ketika peperiksaan untuk mencari pegawai di raja (ahhh betul ke tak, abaikan). So apa lagi? cekidaut...


Handset sebagai penghubung.


   Dunia semakin maju seiring dengan gadjet-gadjetnya. Henset juga merupakan gadjet yang semakin berkembang pesat kemajuannya. Namun begitu, kemajuan tersebut seharusnya dimanipulasikan dengan baik oleh pelajar-pelajar yang pemikirannya berorentasikan inovasi. Ada dua cara nak gunakan handset sebagai medium meniru ketika peperiksaan akhir ini.

   Pertama : Tulis nota dalam save item SMS. Ataupun ambik gambar nota-nota terus save dalam handphone. Cara nak baca nota ini ketika perperiksaan ialah ketika pengawas peperiksaan sedang leka berbual hal AF di belakang. Para peniru perlu berani mati ketika ini. Ketika tangkap. mati.

   Kedua : Suruh kawan yang tak ambik paper masa tu, standby kat rumah dengan buku teks. Bila si penjawab dah stuck, segera lah ke tandas, hantar mesej kepada member yang kat rumah. Member tersebut dapat je, terus cari jawapan dalam buku teks tadi. Semua operasi ini harus dilakukan bawah 5 minit untuk mengelakkan para pengawas peperiksaan curiga dan was-was.


Nota dibalik slip peperiksaan


   Slip periksa perlu dibawa sebagai bukti si pengambil kertas ini meengambil kertas yang betul. Untuk mangadaptasi teknik ini, memerlukan keberanian tahap dewa ketujuh. Hal ini kerana slip periksa itu cuma sehelai. Macamana nak selitkan nota dibelakangnya. Ada tekniknya. Jangan ingat MLM sahaja ada teknik jadi kaya. Caranya, serta-merta masuk ketika pelajar lain berpusu-pusu ingin masuk ke dewan. Biasanya akan ada pak guard menjaga pintu dewan. Tapi kalau dah ramai-ramai masuk, mana sempat dia nak tengok sorang-sorang.

   Dah masuk terus ambik tempat duduk. Biasanya kertas soalan dan kertas jawapan dah tersedia atas meja. Sejurus sahaja duduk, terus selitkan nota tadi dibalik kertas-kertas soalan tadi. Tadaaaa... Sudah ada jawapan di kertas soalan anda. Natijahnya? Menjawab soalan dengan senyuman. Kehkehkeh...


Nota di tandas


   Untuk mengaplikasikan kaedah ini, para peniru perlu meletakkan nota lebih awal dari waktu peperiksaan yang dijadualkan. Datang awal ke dewan, pergi ke tandas dan letakkan nota di balik tangki tandas jamban tu. Kemudian keluar semula ke tempat orang berkumpul dengan perasaan yang tak berdosa dan muka innocent macam tak de apa-apa berlaku.

   Masa peperiksaan berlangsung hampir satu jam dan anda sudah ketandusan jawapan, pergilah toilet di mana nota yang telah anda selitkan. Proses membaca nota ini harus dilakukan bawah 5 minit. Merbahaya kalau kentoi. Kehkehkeh...


Tulis nota di tapak tangan


   Ini merupakan salah satu teknik yang paling mengarut tapi masih ada yang aplikasikannya. Bayngkanlah, tapak tangan kita tu besar mana untuk di tulis nota. Tapi ada jugak yang gunakan teknik ni.

   Cubalah perhatikan sekeliling anda sewaktu menunggu detik untuk masuk ke dewan peperiksaan. Mesti ada tangan yang penuh dengan tattoo. Tapi bukan tatto naga atau harimau, tattoo tersebut berunsurkan tulisan semata-mata. Takpelah, sedikit sebanyak pun membantu dalam menjawab paper. Ya dak? Hikhikhik...


Study dengan tekun dari awal semester
  

   "Ini bukan meniru wahai Sipot."

   Memang lah, ini adalah kaedah paling bagus dan mendapat berkat. Meniru kalau dapat A+ pun, tak berkat ya dak? Bayangkan korang dapat jawatan bagus dengan result meniru, sampai bila-bila pun hidup di penuhi serba salah. Tak bagus meniru tu, dapat duit PT, Mak bapak tanggung bukan ratusan tapi ribuan, semata-mata untuk kita berjaya.

Dalam perjalanan mencari konklusi,
Sebuah perjalanan penuh duri,
Kau harus berkolabrasi dengan hati,
Kau perlu kuat menentang provokasi...


Semusim berjalan penuh cerita,
Ada perang sudah disedia,
Jangan kau tewas.!!
Ini cuma sebuah aturan...
Aturan yang dicipta sengaja...


Jadilah kau armada,
Jadilah kau prajurit,
Jadilah kau kesatria,
Jadilah kau pahlawan,
Jadilah kau pendekar,


Berpencaklah penuh gaya,
Semoga kau menang dijulang gembira....=)

   Akhir kata, aku ucapkan selamat menjawap soalan peperiksaan akhir ini dan memperoleh keputusan cemerlang, insya-Allah...


Ini bukan pengalaman aku, aku mana pernah meniru....


Pemberi dana :


  


Saturday, April 23, 2011

Kelompok Mereka Yang Mempelopori Dunia Facebook...

   Umum mengetahui Facebook merupakan satu fenomena yang melanda umat dunia ketika ini. Di Malaysia sendiri khususnya kalau siapa takda akaun Facebook maknanya mereka adalah manusia yang tak best. Betul tak?

   Facebook ni dah semacam ada nikotin. Membuatkan pemilik akaunnya ketagih kalau tak dapat log in. Walhal isinya sama sahaja. Layout biru putih. Ada gambar, boleh komen-komen, ada chat juga tak lupa ada gambar kacak aku. Ok. Kali ni aku nak kongsi dengan semua tentang jenis-jenis gaya pengguna Facebook dan apa yang mereka lakukan di Facebook ni. Mungkin dah ramai yang buat entry macam ni, tapi apa aku peduli? Aku punya suka laa.. ini blog aku.. Hahahahah!! Apa tunggu lagi? Cekidaut!! :

"Ni akaun siapa ni Sipot?"
-Akaun manusia kacak-


Mencari Publisiti


   Pengguna Facebook yang ini biasanya tak lain. Baik lelaki, baik perempuan, benda paling simple nak cari pengguna yang macam ni menerusi profil picture mereka. Gambar diri sendiri yang diambil dari kamera dengan jarak dua inci, kamera dari atas, buat mulut terjuih macam itik, sambil tunjuk peace. (takpelah keamanan). Trend yang semakin menjadi, gambar dekat toilet. Tak faham aku, toilet tu tempat hina dina macam tu boleh dijadikan latar belakang untuk bergambar. Apa salah ambik gambar basikal ke, kucing ke, pondok tunggu bas ke.

   Gaya penulisan mereka juga biasanya membelitkan lidah sesiapa sahaja yang nak baca :

   "Iyyeeeeewww... iteeee tak cuke.. bucuk.!"

   "hqnyq kqu yqng qku cintq seorqng."

   "Eleeeh.. xkan i2 jew.?" (Jew : yahudi?)

   Terbelit tak lidah nak baca? bukan lidah je, otak pun turut terbelit kalau baca tulisan macam ni. Macamanalah mereka-mereka ni dulu ambik SPM Bahasa Melayu. Aku kalau chat dengan member cina atau india pun lagi senanglah nak faham. 

   Secara amnya, status mereka pun seolah-olah nak bagitau satu dunia akan kegedikan mereka. Yes. Golongan macam ni lagi senang dikatakan gedik. Ada yang terasa ke? Marah ke? Bluueeerrrkk!! :P


Pengguna Berpacaran


   Mereka yang berpacaran ini juga golongan yang pelik. 

   "Apa yang peliknya Pot?"

   Yang peliknya, biasanya mereka akan berbalas komen di wall mereka, di tempat awam dengan ayat-ayat yang menimbulkan rasa mual. 

   "You, Thanks sebab keluar dengan I tadi. ;)" --->tak berapa saat si balak komen :

   "Hekhekhek, alaa, bukan orang lain, gf I jugak." ---> balas komen lagi :

   "Cayang u lah baby.. Mmmmuuuaaahh!!"

   Apa ketahian? Kita nak berinteraksi dengan member kita tu tak tahu nak masuk macamana. Alaa.. kita pun addict jugak kan? mesti lah nak komen member punya gambar ke, notes ke, status ke, tapi semuanya ada awek dia. Macaman nak mencelah? Grrrr... Apa kredit sentiasa habis?


MLMers


   MLMers. Kelompok yang masih tak serik-serik memancing mangsa. Baik Vemmabuilder, Score-A, Score-B, score Hatrik, dan macam-macam lagi MLMers yang aku tak tahu apa namanya tapi berpaksi dan berpanjikan satu objektif. Mencari downline. Benda paling utama mereka buat, tag dengan gambar duit, gambar slip penyata masuk bank, gambar BMW no plat sama tapi orang lain-lain. 

Kalau macam ni, pemain bola pun berhenti main bola.

   Tak rasa semak ke bila kena tag gambar-gambar menipu tahap petala langit ni. Tengok akaun mereka tak main lah seringgit dua ringgit. Tapi bila waktu nak demo lukis orang lidi bentuk piramid, jumpa kat kedai mamak. Belanja teh tarik pun susah. Apa ni? 

   Ok, maaf dah lari tajuk. Ngehehehe.


Berbual Politik Tahap Dewa

   Tak salah nak berbual politik. Ini hal ehwal negara kita sendiri. Bukan hal negara sebarang. Tapi, kalau dah pum! pam! pum! pam! bukan main lagi sampai boleh buat gaduh, tak ke menggelabah cicak namanya tu. 

   "Tak sama lah dalam video tu."

   "Tak habis-habis memfitnah."

   "Kita di pihak yang benar."

   "AFUNDILAH parti ayam brand."

   Ni status pendek je. Takkanlah aku nak tulis panjang-panjang. Hikhikhik.. Awak tu siapa? Orang biasa je, bukannya ahli politik nak pancing undi. Kemon, rakyat tahu mana betul, mana salah. Ahh.. aku ke laut lagi. Maaf ya pembaca. Facebook ni tempat sosial, nak cari kawan-kawan. Bukan tempat bergaduh. Ok?


Tempat Bergaduh 



   Ada jugak yang menjadikan Facebook sebagai medan pertempuran. Ya. Inilah dia perwira-perwira yang berbekal papan kekunci sebagai senjata. Inilah dia kita panggil "Keyboard Worrior Sejati." Sebab mereka takkan mengaku kalah untuk berdebat tapi cuma di alam mayalah. Kalau kat realiti, entah-entah dam seribu bahasa malah menyusun langkah seribu. Hey, pemenang debat taraf kebangsaan pun orang Australia la. Tak malu ke? Puih!

   "Bapak kau itam!"

   "eh, dak takde point ke?"

   "Tempat kau apa ada? tempat aku jugak ada durian."

   Itulah antara dialog-dialog perwira papan kekunci. Selain itu, ada jugak "Malaikat Internet" ataupun "Serbanstic". Sebab gelaran mereka macamni? Sebabnya mereka ni berlagak baik, pum pam pum pam berceramah bertabiah dalam internet siap dengan surah yang dikopipes tapi profil pic tengah peluk awek, atau gadis free hair, atau gambar orang-orang kafir. Kemon! Lain kali tengok cermin dulu sebelum berbicara ya kawan? Jangan jadi anjing mengajar anak bersamak.


   Ok, ni aku tulis banyak ni je. Mungkin ada lagi. Terasa ke? terkena batang idong ke? Padan muka. Tak suka blog ni bloeh baca blog gosip artis. Hikhikhik... Maaf ya. :)

Tajaan :

 



Wednesday, April 20, 2011

Kumpulan Perokok Mengikut Klasifikasi...

   Rokok. Seringkali dikaitkan dengan masalah-masalah sosial dikalangan remaja masa kini. Kepesatan perokok-perokok semakin meningkat dari hari ke hari dan masalah ini semakin membimbangkan khususnya dikalangan masyarakat Malaysia. Meskipun telah banyak usaha yang dilakukan bagi menangani masalah ini namun seolah-olah ianya menemui jalan buntu. Apa kejadahnya?

   "Ni aku tengah baca blog ke tengah baca karangan rencana SPM Bahasa Melayu?"

   Alaaa.. Baru bagi intro versatail, dah membebel. Sebenarnya hari ini aku teringin berkongsi mengenai jenis-jenis perokok yang seringkali dibenci mereka yang bukan perokok. (Termasuk Cik Ila). Kemon lah. Rokok ni seni tau. Hikhikhik. <---kata-kata penguat bagi perokok tegar.

   "Chop! Siapa Cik Ila?"

   Ahh!! Jangan ubah topik! Kita sekarang bercerita mengenai rokok. Bukan benda lain. Dah-dah. Fokus. Ok yang lain, sila take note. Apa yang aku nak tulis ni berdasarkan apa yang aku tengok berkaitan dengan pergaulan aku jugak. So, ada tak korang dalam senarai ataupun boyfriend korang ke, ayah ke, atuk ke, boss ke, pemandu bas ke. Apa lagi? Cekidaut!!


   Perokok Ekonomi


   Rokok ekonomi ni merujuk kepada perokok-perokok yang saving. Kebiasaannya perokok-perokok ekonomi ni terdiri daripada golongan-golongan pelajar dan juga golongan-golongan yang berpendapatan rendah tapi masih lagi nak merokok. Berikutan taraf juga tuntutan hidup, mereka terpaksa memilih untuk menjadi perokok ekonomi.

   Biasanya rokok-rokok yang mereka beli takkan ada di 7 Eleven, Super Market besar, juga di gedung-gedung kain harian. Sebabnya, rokok ni rokok seludup. Dan bila dah seludup, ianya akan berharga murah. Dalam lingkungan RM2-RM3 sekotak di mana dalam sekotak ada 20 batang. Pek kotak rokok ini juga takkan ada gambar bayi pra-matang, barah paru-paru, kaki berulat ataupun jantung berlubang. Nama pun rokok seludup, letak gambar-gambar pelik tu mestilah nak kena lepas kastam dulu.

Canyonese...
   Jenama-jenama rokok ekonomi ini jugak biasanya pelik-pelik dan adakalanya kelakar seperti Canyon, Modeng, Nusantara, Astro, Era, Zon King, Crystal, Gordon, dan sebagainya. Biasanya perokok ini kalau kat kedai makan, takkan letak atas meja sebaliknya di simpan dalam kocek. Ya lah. Muka kacak tapi hisap rokok RM2 memang jatuh la saham. Hahahhaa...


   Perokok Jaga Kesihatan


   Ada jugak golongan manusia yang jaga kesihatan tapi masih lagi nak merokok. Jadi, sebagai inisiatif menjaga kesihatan mereka, mereka cuma hisap tak sampai separuh lepas tu buang. Dah lah hisap separuh, waktu asap tu di hisap pun, mereka cuma tarik sikit je, biar memukul paru-paru dalam keadaan minimum tapi masih merasa nikmat merokok. 

   Untuk pengetahuan mereka yang bukan merokok, rokok ni ada jenis menthol, filter dan juga lights. Biasanya perokok yang jaga kesihatan ni akan hisap yang jenis lights kerana ianya akan lebih ringan dan lembut berbanding yang lagi dua jenis tu. Ada juga golongan seperti ini akan membeli filter rokok (sejenis penapis) untuk mengurangkan lagi kadar nikotin dalam asap rokok. Alamak, sikit ke, banyak ke, asap tetap asap. Masuk gak paru-paru lu brader. Hahahhaa...

   Bukan saja perokok jenis jaga kesihatan yang macam ni, ada juga golongan ahli sukan dan atlet sukan yang mahu menjaga stamina. Pelik. Pelik.


   Perokok Kelas Atasan


   Kontra dengan mereka dari golongan perokok ekonomi, perokok kelas atasan ini lebih cenderung menghisap rokok yang lebih berjenama dan lebih nampak "Akulah orang kaya". Secara amnya, jenama rokok yang menjadi pilihan mereka ialah Dunhill, Peter, Pall Mall, Marlboro, Lucky Strike dan sebagainya yang terpamer di mana-mana kaunter bayaran kedai.

   Mereka tergolong dari golongan berpendapatan tinggi, jawatan tinggi, ataupun pelajar yang berlatarbelakangkan orang-orang berada. Ya lah, duit mak bapak, boleh lah bergaya jadi orang kaya sambil pancing awek-awek denan kereta mewah mereka tu. Yang budak-budak sederhana memang menganga lah tengok. 

   Bukan itu sahaja, cara mereka menghisap asap untuk terus masuk ke paru-paru juga ada gaya. Serius. Betul tak? Bukan main hembus je. Asap yang di hembus pun biasanya berseni.


   Perokok Pau Teragung

  
   "Selama aku hidup Pot, aku tak pernah lagi jumpa rokok jenama Pau. Kuih ada la."

   Bukan. Mana ada dalam Malaysia ni rokok jenama Pau. Perokok pau teragung ni ialah mereka yang suka mengepau rokok-rokok orang lain walaupun harfiahnya mereka ni mampu beli rokok sendiri. Mereka ni kalau nak diketegorikan, lebih bawah dari perokok ekonomi tadi. 

   Biasanya yang jadi mangsa utama ialah Perokok Jaga Kesihatan sebab mereka tahu perokok kesihatan ni akan hisap cuma separuh dan kemudiannya dibuang. Daripada dibuang, lebih baik perokok pau teragung ni mintak. Macam biasalah istilah nak mintak rokok ni "Pancung!, Potong!, Cutting!, Second!" dan sebagainya, Nak tak nak lebih baik bagi.

   Ataupun biasanya kalau mereka ni nak merasa jadi orang kaya, Perokok Kelas Atasan pulak jadi mangsa. Dengan muka bangla, datang dekat :

   "Eh? Dunhill dah keluar pack baru ea?"

   Itulah antara keyword Perokok Pau Teragung ni nak pau rokok Perokok Kelas Atasan. Jadi, paham-paham je lah. Bagilah dia. Karang merajuk pulak. kehkehkehkeh...


Hahhahaa... Ini antara yang pernah aku jumpa. Tak tahu lah kalau ada perokok-perokok jenis lain pulak. Walau apa pun, rokok ni antara penyumbang kepada ekonomi negara. Betul tak? Jadi berterima kasihlah kepada mereka... Kalau tak, takde lagi KLCC..  Hahahaha...



Api menyala sebagai pemula,
Kepulan asap menerawang udara,
Menjadi seni mengukir suasana,
Aroma menusuk bikin sengsara.

Biar berlapar biar dahaga,
Asal peparu diberi tenaga,
Asalkan gaya machonya ada,
Pedulikan semua biar diri suka.

Derita mereka senyumnya kau,
Meraih simpati harap kau mengerti.

Bilakah asap hitam akan berhenti,
Dari menghitam warna merah hati.?





Apa lagi? bawak-bawaklah berhenti perokok luar sana yoww..!!

   

    




Monday, April 18, 2011

Jenis-Jenis Pasangan Bercinta Yang Menjengkelkan...

   Pernah tak kalian pergi ke shopping-shopping kompleks, taman-taman riadah, taman-taman tema, pusat-pusat hiburan juga sekolah-sekolah menengah dan kemudiannya terserempak dengan pasangan-pasangan yang asyik bercinta berdondang sayang sambil tangan erat berpautan sesama sendiri? Mesti pernah bukan? Kali ni, aku teringin nak berkongsi tentang gelagat-gelagat pasangan-pasangan bercinta ini dari apa yang aku lihat dan aku perhatikan. Mari kita tengok, ada tak korang dalam yang tersenarai...


Si gadis sepertti Lisa Surihani, si jejaka seperti raksasa Ogre


   Bila aku, atau kawan-kawan aku terlihat pasangan seperti ini, cuma satu ungkapan yang akan terpacul : "Ketidakadilan dunia". Bayangkanlah, gadisnya cukup ayu, manis, cantik, mantap sedangkan lelaki yang sedang memaut kemas pinggang si gadis tadi cuma sedikit handsome dari seekor raksasa yang baru tertewas ditangan Ultraman Taro.

   Kebiasaannya si lelaki ini akan berjalan, tangan akan menggenggam kemas tangan pasangannya tadi sambil kepalanya tertinjau-tinjau memandang kiri kanan depan belakang. Bukan apa, si lelaki tadi akan risau kalau-kalau ada mana-mana jantan yang sedang usyar awek cantik beliau. Kalau dia perasan ada sesiapa yang sedang melihat, si lelaki tadi akan memandang kembali ke arah siapa yang mengusar sambil memancarkan silau amarah dari kanta optik anak matanya.

   Kalau lelaki tadi pandang arah kami yang dok mengusar awek dia, bukan main garang lagi pandangannya. Macam nak ajak wrestling.

   Teori mengenai pasangan ini : Si lelaki merupakan seorang yang kaya atau mewarisi kekayaan keluarga tetapi bodoh tahap keldai dalam mencari pasangan. Si gadis pula akan serta-merta menggunakan aset kecantikannya untuk mengikis si lelaki sampai tinggal sehelai sepinggang.


Si lelaki ala-ala Aaron Aziz sementara si perempuan tak ubah Xena


   "Siapa Xena ni Sipot?"

   Xena tak kenal?

Tu dia Xena

   Pasangan yang seperti ini tidak berapa diambil perhatian oleh kamin sebagai kaum lelaki. Tapi tak tahulah bagi si perempuan-perempuan kat luar sana. (ok, sila jawap bagi yang gadis-gadis).

   Kalau aku tengok pasangan macam ni kat luar, biasanya yang perempuan akan tergedik-gedik tahap dewa dengan balaknya. Tak semua tapi ada yang perangai macam ni. Tapi balaknya akan buat muka cool melayan karenah kekasih hati. Tergedik-gediknya si gadis tu biasanya membuatkan rasa untuk pergi ke arah si perempuan kemudian memberikan jurus lempangan tanpa bayang. Namun niat begitu biasanya dipendamkan sahaja kerana tengokkan ketabahan lelaki yang sanggup berkekasihan perempuan seperti itu. Thumbs up kepada kau bro!! Hahaha..

   Teori mengenai pasangan ini : Kemungkinan si lelaki sudah terkena ilmu hitam (tipikal pemikiran orang melayu). Ataupun mungkin juga si gadis itu merupakan anak datuk yang menyebabkan si lelaki cumna bermain cinta palsu.



Pasangan antara dua era



   Pasangan ini merupakan pasangan di mana yang seorang berasal dari zaman pop yeh yeh sementara seorang lagi datang dari zaman indie band. Pada awalnya bila terpandang mereka :

   "Ni mesti bapak bawak anak jalan-jalan."

   "Baik abang ni, rilek je pimpin tangan nenek dia kat taman."

   "Akak ni cun la. Nak buat baik kat bapak yang sebelah dia lah, untung-untung dapat ngurat anaknya."

   Tapi... Tapi... bila aku terpandang aksi suap-menyuap, berpeluk pinggang, bermesra-mesra memang terasa macam nak pukul je dengan objek tumpul. Tak malu kah pada khalayak ramai? anak-anak kecil yang turut ada. 

   Pasangan seperti ini juga biasanya akan menimbulkan seribu satu persoalan. Yang tua ni tak sedar diri kah? Yang muda pulak dah takde lagi ke orang muda dalam dunia ni? 

   Kepada yang tua, sedar-sedarlah. Umur makin lanjut. Metabolisme badan dah makin lemah. Tulang dah makin lembap. Soalan kubur dah memanggil-manggil. Kalau dah tak tahan sangat tu. Bawak-bawaklah menikah. Takde masalahnya.

   Teori mengenai pasangan ini : Kemungkinan terjadi ada kena-mengena dengan status pangkat antara setiausaha dan juga majikan. 




Pasangan dari dua negara




   Bagi pasangan bercinta seperti ini, kita boleh lihat betapa ketaranya wajah, tona warna serta dialek bahasa. Kadang-kadang rasa tercabar juga bila gadis seayu Fouziah Gaus tapi berpacaran dengan lelaki segelap kucing hitam. Si lelaki luar negara lebih erat menggenggam tangan gadis-gadis dari Tanah Melayu. Tersentap juga hati nurani seorang lelaki ini. Gggrrrr...

   Aku ada terbaca lelaki dari Afrika ini lebih romantis dan menjaga hati berbanding lelaki melayu. Kalau benar, kepada lelaki-lelaki melayu di luar sana (termasuk aku) buktikan kepada mereka bahawasanya, kitalah pencinta yang lebih baik di alam semesta ini. Kitalah yang lebih romantika kalau mahu dibandingkan mereka. Kitalah yang lebih berjiwa sayangkan wanita berbanding mereka. Buktikan Malaysia Boleh! yeaha!! Kemon!

   Sebenarnya apa yang dikejarkan dengan warga luar negara ni? Kekayaan? Kesetiaan? Nilai cinta tinggi? ataupun kepuasan diranjang?

   Lari ke Lombok kan dah menyusahkan keluarga serta orang ramai. Takkan lah benda simple macam tu pun tak boleh nak fikir?

   Teori mengenai pasangan ini : Si gadis di kecewakan lelaki tempatan lalu menaruh harapan kepada lelaki berkulit gelap.

   
Pasangan dari mata turun ke hati



   "Cewah!! Taknak romantika di amour pulak titlenya. Takkan yang ni pun menjengkelkan?"

Yang ini adalah sebaik-baik pencinta. Ingat! Jangan sampai terjadi peristiwa buang anak..! Biarlah sampai berumahtangga dulu. Bukan kah manis? :)

Oh ya.. ada puisi aku yang aku tulis bertajuk "Tangis Kecil Itu"

Kalau orang lain bagi video.. aku bagi puisi.. hikhikhik..

Persis merpati engkau melingkar...
Bersama dia tangan menjalar...
Utuh cinta jadi sangkar...
Medan bertarung dua laskar...

Bermula kucup asal mukadimah...
Terlucut pakai campak ke tanah...
Bertepuk iblis seraya bertitah...
"Ayuh kawanku, mulakan langkah!"

Keras si adam gigih menujah...
Si dewi terima penuh pasrah...
Dengus nikmat terus mendesah...
Silih henjut berganti mengah...

Namun begitu si jantan megah...
Si dewi sudah berada di bawah...
Bersama menyemai benih yg basah...
Tersenyum lah mereka bernafas lemah...

Soalan aku di otak menerjah...
"adakah mereka ikatan yg sah?"

Benih mula laku operasi...
Dalam rahim bergelumang isi...
Bercampur darah mula menjadi...
Seketul daging nyawa ditiupi...
Sedenyut degup mula bernadi...

Lahir lah dia di muka bumi...
Sayang si ayah larikan diri...
Tinggal ibu mula membenci...
Sejak si dia dikandungan lagi...

Nasibnya baik di masjid disemadi...
Kalau malang leher digonggong anjing bergigi...


---Bercinta itu memang manis bukan? :) ---

Tajaan bersama :





Thursday, April 14, 2011

Apalah Nasib Ku...

   Hari ini aku bangun setelah matahari mencanak naik di atas bumbung rumah berikutan sekian lama aku menetap. Di mana sekalipun aku berjalan, di sini tempat aku beradu. Seperti tentatif program penghidup dunia yang lain, aku perlu keluar mencari rezeki. Biarpun secakar tanah aku perlu juga teroka untuk bini dan anak-anak yang setia di rumah menanti hasil. Ketiadaan kerja lebih membuatkan aku terpisat-pisat mencari mata pencarian. 

   Sebelum ini, aku merupakan samseng yang digeruni di satu kawasan. Raut wajah bengis aku mampu membuat mana-mana manusia pun akan lari-lintang pukang tatkala bersua muka dengan aku. Namun begitu, isteriku meminta agar aku meninggalkan dunia yang penuh kehitaman, dunia penuh gelodak. Kerana menurutnya, gaya hidup aku yang menyara keluarga menggunakan kekerasan akan membahayakan nyawa sendiri juga nyawanya serta anak-anak yang masih kecil. Kerana kelembutan isteriku itulah aku mengalah. Terus aku mengundurkan diri dan menyerahkan kawasan kepada yang lain.

     "Abang kan gagah, badan macam John Cena. Cubalah kerja-kerja lain yang tidak membahayakan kami semua,"

     "Baiklah, kalau itu permintaan sayang," dan perbualan itu terus menamatkan sesi perbincangan sebelum sama-sama tertidur.


   Sebelum aku melangkah keluar, aku perhatikan wajah anak-anakku satu persatu. Yang sulung memandang kembali wajah aku. Mungkin kerana usianya, dia memahami aku. Sementara anakku yang kedua sedang leka bermain-main dengan adik-adiknya berkejaran dan ketawa ria. Aku pergi kepada mereka dan kucup satu persatu. Memandangkan rumah yang begitu kecil, pergerakan mereka agak terbatas. Tapi apa harus aku buat? Aku sendiri belum terdaya mencari yang lebih selesa.  Isteriku datang rapat kepadaku, memandang aku dengan mata yang penuh syahdu dan redup. Menusukkan cintanya ke dalam hati sang suami. 
  
   Ya. Meskipun dulu aku kaki betina, namun kini, cintaku hanya milik dia. Isteriku.

   Perlahan-lahan aku melangkah keluar, sambil akal mainan mindaku ligat memikirkan berkenaan bahan makanan yang sudah kehabisan. Juga rumah aku yang seperti pondok sahaja gayanya. Rumah itu terletak betul-betul di belakang kedai makan cina. Sambil berjalan ke kiri dan kanan bahu jalan melihat-lihat kalau-kalau ada barang yang berguna, ingatan aku terbang ke belakang. 

   Teringat aku, tukang masak kedai cina itu selalu sangat menyimbah air cucian betul-betul depan rumah kami. Biadap sungguh. Beberapa kali juga anak-anak aku dipukul, ditendang hanya kerana dituduh mencuri makan pelanggan si tauke kedai makan tadi walaupun sebenarnya makanan itu hasil pemberian pelanggan yang kasihan melihat anak-anakku merayu agar ada secebis simpati.

   Sedang aku berjalan perlahan-lahan, aku terpandang sekujur tubuh yang benar-benar aku kenal. Mike. Nama yang tak asing lagi sewaktu aku menjadi anggota samseng. Masih aku ingat ketika zaman gemilang kami, belaku perebutan kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman. Ranggo samseng dari kawasan lain mahukan kawasan itu. Pergelutan antara dua kumpulan terjadi namun kemenangan di pihak kami berikutan pengikut Mike lebih ramai dan lebih sasa. Bangga aku menjadi kawan Mike.

   "Mike!!," aku melaung agar dia mendengar jeritan aku.

   Mike menoleh ke arah aku. Wajahnya sedikit terkejut. Baru selangkah dua aku menuju ke arahnya, serta-merta Mike lari selaju-lajunya meninggalkan aku. Aku kuatkan kudrat mengejarnya namun apa lah daya aku yang masih belum menjamah apa-apa untuk mengejar Mike yang lebih sasa.

   Langkah aku kian perlahan namun dengusan nafas aku laju kerana kepenatan.  

   Oleh kerana tiada rezeki aku hari ini, aku hanya mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah.

   Sampai sahaja ke perkarangan rumah, aku perhatikan anak-anakku sedang bermain-main di tepi jalan. Kenapa budak-budak ni main di tepi jalan? Mana isteriku? Kenapa tidak dijaga anak-anaknya sendiri? Persoalan demi persoalan menerjah kotak fikiranku.

   "Hoi! Kenapa main kat jalan?" jerkah aku.

   "Ada Uncle dalam rumah, kami main lah kat luar. Rumah sempit." Sambut anakku yang ketiga lalu terus mengejar kembali adik-beradiknya yang lain.

    Uncle? Hati kecil aku mula rasa sesuatu. Siapa pula yang sudi ke rumah aku. Sedangkan sejak aku berhenti dari arena samseng, tiada lagi adik-beradik aku sudi mengaku saudara.

   Perlahan-lahan aku masuk ke dalam rumah. 

   Hampir luluh bila aku terpandangkan Mike sedang di belakang isteriku sedang asyik berasmara. Mereka sama-sama mengerang. Darah aku sudah mula berpusat ke kepala.

   Dari sedih kini menjadi suatu sensasi amarah. Geram. Pesona samseng mula meresap ke nadi aku. Dengan kudrat seekor anjing, aku terus menerkam leher Mike. Mike, anjing yang sedang leka, terkejut dan tidak dapat melawan aku yang bagai dirasuk serigala. Ya, anjing dengan serigala memang tiada beza pun... Ngehehehee...

----Cerita ini berkenaan seekor anjing. Adakah manusia lebih hina dari seekor anjing? Sedangkan anjing sendiri berselawat.. renung-renungkan dan selamat beramal---


idea asal : Saadiyah Rahmat dan cerita ini telah diberi nafas baru...
:-)

Di bawakan khas oleh :






Tuesday, April 12, 2011

Golongan Remaja (Gadis) : yang pernah aku jumpa...

   Kalau sebelum ni, aku ada post pasal golongan remaja yang pernah aku jumpa. Tapi tu khas untuk golongan lelaki. Golongan yang best juga tak lupa golongan yang menganoyyingkan. So, sekarang, tanpa melengahkan masa lagi, mari kita berkenalan pula dengan golongan gadis-gadis yang pernah aku jumpa. Yang ini adalah dari pemerhatian aku. Siapa terasa harap maaf. Jom tengok ada tak korang kat bawah ni, atau awek korang.. Ngehehhee..



Golongan Mak Datin Vavavoom


   Mereka ni sebenarnya bukanlah wanita yang mendapat title datin dari title yang didapati oleh suami mereka. Mereka pun cumalah gadis, jadi takkan dah kahwin. Ya dak?

   Ok. Golongan macam ni aku jumpa masa belajar kat UiTM. Biasanya mereka akan bersolek terlampau-lampau walaupun sebenarnya cuma nak pergi kelas. Dress-up pun macam nak pergi dinner hujung tahun padahal cuma nak pergi makan kat dinning. Kelompok mereka tak berapa ramai tapi tetap menjadi perhatian. Ya lah, kalau dah gaya pun menggelabah gila-gila, siapa-siapa pun terpandang.

   Golongan ini biasanya memang cantik-cantik dan akan berlatarkan keluarga berada. Kalau tak berada pun, memang akan menghabiskan duit pinjaman PTPTN dengan menggayakan diri mereka sendiri. Lagi satu, biasanya mereka akan berlagak pandai. Speaking nak mat salleh tapi tak sedar kulit sawo matang darah ada darah jawa. 

    Yang lelaki biasanya akan merapatkan diri mereka dengan golongan gadis begini. Sedikit sebanyak mereka juga merasa harta mak bapak si gadis tu. Ya dak?



Gadis-gadis tomboi


   Yang ini rasanya tak perlu diterangkan lebih lanjut. Tapi aku tetap nak cerita jugak. Peduli apa.? Ni blog aku, aku diktator yang kejam! Huahahaa. Ok ok ok.. Berbalik kepada cerita.
   
 Seperti yang sedia maklum, gaya pemakaian mereka akan seakan-akan lelaki. Baju yang dipakai biasanya tebal bagi menyembunyikan identiti mereka sebagai wanita terutamanya di bahagian dada.Gaya percakapan mereka ala-ala rempit.

    Ada sekali aku pergi kedai makan dengan member. Datang pelayan yang berkasual seperti yang aku maksudkan di atas. Aku pun tanpa ragu-ragu :

   "Errr, Abang.. Teh O ais kurang harga satu."

   Selepas seisi order mengder, budak tu datang hantar pesanan. Tiba-tiba aku bersuara lagi.

   "Err, kak, nanti bawakkan sup kosong ya?"

   Muka budak tu merah padam. Aku pun bingung. Kalau betul dia perempuan, kenapa nak malu? Member aku cakap itu memang perempuan. Ah sudah. Biarlah.

   Baca paper sekarang pun golongan-golongan macam ni banyak merosakkan hubungan murni orang lain. Pengkid? Hmmm..



Golongan gediks


   Gadis-gadis macam ni, lebih kurang macam golongan mak datin tadi. Cumanya mereka kurang bergaya ala-ala debabom. Mereka biasa-biasa je. Tapi bila berbual. Menggelabah merenyam. Kamonlah. Takkan lah tak pernah jumpa lelaki hensem macam aku sebelum ni?

   "Pot, aku rasa kau yang gedik sekarang ni."

   Mana ada? aku cakap benda betul. Kalau cantik tu boleh terima lah walaupun sebenarnya tak nak terima. Tapi kalau dah tak cantik? Tambah dengan perangai konon-konon dia lah terbaik mengalahkan Lisa Surihani. Lepas tu suka buat suara. Tambahan lagi pesen-pesen suka merajuk. Nanti akan adalah hero yang datang memujuk. Grrr...

   "Memang lah perempuan suka dipujuk."

   Ya. Aku tahu tu. Tapi kalau benda kecik pun nak merajuk-merajuk. Buat assignment terlewat datang terus dah tak nak buat. Tertumpah air atas meja pun nak merajuk. Terkutuk lelaki pujaan mereka pun nak tarik muka. Apa kah itu semua?



Gadis kahwin cepat.


   Yang ni aku perhatikan biasanya gadis-gadis dari pedalaman. Habis SPM, terus je menikah. Ada tu belum SPM lagi dah bertunang. Ada lagi tak yah ambik SPM terus kahwin. Mereka ni ada antaranya yang mengikut kata mak ayah :

   "Belajar tinggi pun ke dapur jugak kau tu."

   "Kau dah menggedik sangat dengan jantan tu, kahwin je la."

   "Anak orang kaya tu, motor je ada lima bijik."

   Ada juga antara mereka ni mengikut kata sendiri. Mungkin sudah kemaruk bercinta dan mahu segera mendirikan rumah tangga. Ataupun mungkin sudah terlanjur sebelum ada ikatan yang sah. Wallahualam. Kita jangan mudah menghukum ok?

   Sekarang ni zaman di mana maklumat boleh disimpan dalam pendrive, zaman telur boleh diciplak, zaman video boleh direkod. Bukannya zaman makan ubi rebus. Banyak cita-cita harus dicapai. Harus dikejar. Jangan mengikut nafsu sangat ya adik-adik?

   Terkejut bila ada yang dah kahwin dan dah ada anak walaupun baru 3-4 tahun tak jumpa lepas keluar sekolah.



Gadis-gadis peminat Sipot


   "Dah ar Sipot. Aku nak tutup blog kau sekarang. Babai!!"

   Woi!! Woi!! Rilek ar dulu.. Chis!!

   Haaa... Kepada yang masih meneruskan pembacaan. Begitulah antara golongan gadis-gadis yang pernah aku jumpa. Sebenarnya ada lagi. Cuma malas nak taip panjang-panjang. Macam lah kalian baca. Ya dak? hikhikhik..

Kalau ada lagi.. Tambah lah..

Penaja bersama :




Saturday, April 9, 2011

Cabi : Dilahirkan untuk menjadi lagenda...

Dan kini, kau menjadi lagenda hidupku,
Berjanji kami bersatu-padu,
Agar sentiasa mengharumkan namamu,
Oh Malaysia, 
Tanah airku yang tercinta...

---petikan lagu dari Ultras Malaya, keranamu hatiku Malaysia---


    "Kenapa tajuk pasal Cabi, tapi lagu dari Ultras Malaya?"

    Hal ini bukan lah kerana beliau merupakan pemain Harimau Malaya yang menjulang Piala AFF, tapi kerana ingin menunjukkan betapa aku menganggap Cabi layak berdiri dengan senior-senior lagenda yang pernah aku kenal. Legenda yang memang tiada galang gantinya. 

   "Tapi, siapakah Cabi?"

   Cabi, pada first impression mula-mula aku kenal dia, sebagai senior yang poyo, macam bangang, tak hensem, muka perogol bersiri dan pelbagai carutan yang boleh kalian tambahkan segera. 

    
Tengok muka pun dah tahu dah penuh konflik keyakinan diri


   Namun begitu, semakin berhari aku kenal dia ni, semakin kuat aku katakan, "He is a legend!"

   Kami, dididik dalam kolej kediaman yang dianggap siswi-siswi sebagai kolej yang hitam, kolej gengster, kolej tak bertamadun. Namun harfiahnya tidak! Tidak sama sekali, kolej ini mengajar erti kehidupan sebagai lelaki sejati yang gagah dan kacak. Ok, stop cerita kolej.

   Banyak dah kenangan kami dengan Cabi ni. Serius banyak. Jual nasi lemak, kena kejar pak guard, buli pelajar junior (aku tak, aku baik), masuk pertandingan sudoku, memancing di lombong, makan megi pau junior, dan beberapa lagi kehidupan penuh beretika yang lain.

   Antara kisah yang membuatkan aku anggap dia ni legenda penuh misteri ialah :

   Ada satu ketika, kami mengadakan satu parti yang dianjurkan di wing kolej kami. Bertemakan "Bachelor night party". Ada banyak kostum yang muncul malam tu, antaranya seorang junior lelaki yang berpakaian bikini. Parti punya parti sampai lah habis.

   "Tu pun legend ke? kamon ar"

   Belum lagi. Kisah bermula bila timbul idea untuk menggegar kolej siswi dengan memakai bikini tu. Aku tak join benda gila ni sebab aku blah awal. Ah, suka hati ar nak percaya ke tak. Menurut Cabi, mereka berjaya menyusup masuk ke salah satu kolej siswi sampai ke tingkat 1. Mereka telah menggantungkan coli yang dipakai junior lelaki tadi di wing kolej siswi itu untuk bergurau kemudian mereka beredar segera. Di coli tersebut bertulis nota :

   "Ini coli mangsa kes rogol"

   Dan pada nota tersebut dikepilkan sekali nama-nama nickname masing-masing. Konon-konon nama-nama si perogol.

   Esoknya, pak guard menggegarkan wing untuk mencari pemilik nama-nama yang dikepilkan di coli tadi. Namun usaha mereka hampa sebab, mustahillah untuk trace mereka cuma berdasarkan nama nickname. Kemudian kolej siswi berkenaan dikawal rapi.

   Ahh... masing-masing dah grad, biar cerita ini diumumkan. Muahahaha...

   Sehingga kini, kes tersebut menemui jalan buntu kerana kehebatan Cabi dan konco-konconya memutar-belit keadaan. Cabi, kau memang penjenayah berprofil tinggi.

Cabi bersama teman baiknya.


    Sebenarnya aku terperasan kat fesbuk, hari ni birthday Cabi. Hahahhaa..

    Kepada Cabi atau nama penuhnya Danial Zaini , Happy Birthday bro. Semoga kau berjaya hendaknya dalam apa jua profession yang kau sedang tempuhi. 

   Pergi ar wish... Hahaha... 




Dibawakan khas oleh :