Friday, June 24, 2011

Website disekat? Mudah sahaja penyelesaiannya...

Irene Insyirah, 21 tahun :  Bencinyew kena bl0ck.. Canew itew nak donlod cite k0rea... mencik! mencik! mencik!

Hanafi Rosmansur, 24 tahun :  Aduh... Masalah jugak bila 10 website kena block... Macamana aku nak cari data-data assignment aku? Dahlah dateline tak jauh. Sebelum ni asyik melepak je. Sekarang dah kelam kabut, jadi macamni.. Eh. Kau nak buatkan tak assigment aku?

Bart Hitam Besi, 25 tahun :  Lu gila ke? Macamana gua nak download album-album underground? Nak jamming takkan asyik pusing lagu sama je? Nak beli cetak rompak pun, taukeh cetak rompak tu tau jual lagu rock leleh 80-an. Bengang lu tau?

Puan Ida, 41 tahun :  Sekarang dah jadi masalah. Akak rugi tau bila kena block. Dahlah ada buat perlaburan premium kat salah satu website tu. Ni sekarang macamana akak nak kembangkan bisnes akak ni? Hmmm.. Adik nak tak beli produk akak yang covernya gambar Doktor rambbut cendawan?

Pak Kordi, 54 tahun :  Pak cik takde lain. Macamana pakcik nak masuk Youjizz? Nak tengok.... (Maaf, dialog selebihnya terpaksa dipotong...)


Berikut merupakan antara keluhan mereka yang kecewa dengan keputusan kerajaan dengan menyekat laman sesawang fail perkongsian dan laman sesawang yang lain. Mungkinkah anda juga merungut seperti mereka? Atau anda juga mungkin lebih teruk dari mereka? 

   Perhatikan rakyat yang begitu menitikberatkan alam internet. Sekarang cuba bayangkan kalau kerajaan bertindak menyekat Facebook, Youtube, Tweeter atau Blogger.com. Parah. Parah. 

   Ok. Maaf melalut terlalu banyak. Adakah anda mahu juga melayari laman web yang telah disekat itu? Jiwa masih memberontak? Nadi begitu tersekat-sekat dek meronta mahu juga melayari laman sesawang tersebut? Mudah sahaja caranya. Semudah mengeja A.Y.A.M... 

   Kata orang ada ilmu tu jangan kedekut. Ya tak? Dan apa yang ingin aku kongsikan ini mungkin ada serba sedikit dengan dunia hackers. Ya. Anda akan godam komputer anda sendiri. Dan ilmu itu yang aku ada kerana aku juga hackers. Tapi hackers yang level 1. Belum layak untuk menandingi hackers yang sudah berada di level 133 misalnya. Kalau setakat nak godam Facebook atau email tu. Kacang je lah. Sambil hisap rokok Winston, tak habis sebatang dah dapat hack.

   Ok. Sila lempang aku sekiranya terjumpa aku di mana-mana dek kenyataan aku yang menjengkelkan di atas. Tanpa berlengahkan masa, mari ketahui caranya :


Anda harus fokus kerana sebarang kesilapan adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri..

1- Pertama sekali tekan menu START dan masuk ke Control Panel dan klik  "Network and Internet", then "Network and Sharing Center", then "Manage Network Connections".

2- Pilih bahagian "Dail Up" atau LAN untuk ditukar


3- Klik button "Properties" seperti gambar rajah diatas.

4- Cari dan masuk bahagian TCP/IPv4.


5- Masukkan DNS Server Address yang anda mahukan [Senarai boleh dirujuk dibawah]


6- Done!!!


Antara senarai-senarai Free DNS yang boleh digunakan ialah [abaikan simbol *] :
Pilih je mana-mana ikut suka hati...

Service provider : Google
   Google public dns server IP address:
   * 8.8.8.8
   * 8.8.4.4

= Service provider : Dnsadvantage
   Dnsadvantage free dns server list:
   * 156.154.70.1
   * 156.154.71.1

Service provider : OpenDNS
   OpenDNS free dns server list / IP address:
   * 208.67.222.222
   * 208.67.220.220

Service provider : Norton
   Norton free dns server list / IP address:
   * 198.153.192.1
   * 198.153.194.1


Kebaikan mengunakan teknik hack DNS server ini ialah :
1- Websites yang telah diblok dapat diakses semula.
2- Surf internet menjadi laju dan elakkan "Hang"
Keburukan menggunakan teknik hack DNS server ini ialah :
1- Boleh kena virus/malware kalau PC/Laptop tidak mempunyai antivirus yang sesuai



   Sekarang, layarilah laman sesawang yang sudah disekat itu sesuka hati, limpa, paru-paru korang seperti sebelum ini. Mudah bukan? So, boleh lah tengok MyFirstTime Teacher... Hik Hik Hik...


Sebarang pertanyaan secara telus dan terus boleh terus ke blog mamat ni ---> BlogAkuPunyer

Aku ni cuma newbies.. masih tahap 1... 

Sebarang kebosanan pula boleh klik benda bawah ni... hehehehe...




Monday, June 20, 2011

Teater Pentas Realiti : Telefon Buruk...

  
   Zarina dan Sazali merupakan pasangan yang sudah bertunang lebih 3 bulan yang lalu. Hubungan mereka mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak. Malahan seluruh taman mengetahui tentang perihal mereka berdua yang sudah bertunang. Apatah lagi tempat tinggal Sazali hanya di taman perumahan lain berdekatan. Jadi mudah untuk mereka berjumpa sebagai melepas rindu atau atas urusan apa-apa.

   Suatu hari, pagi Ahad, mereka memilih untuk berjogging di taman rekreasi berhampiran berikutan tiada apa yang hendak dilakukan pada pagi itu. Maka Sazali bersiap-siap untuk menjemput tunangnya di rumah keluarga tunangnya itu. Masing-masing berpakaian lengkap untuk berekreasi. Sazali memandu perlahan-lahan menyusuri jalan untuk keluar dari taman perumahan itu. Ketika mereka melewati sebuah gerai menjual kuih-muih

"Mentang-mentang dah bertunang, selambar je keluar berdua." Cebik Mak Enon, penjual kuih.

"Lah Mak Enon ni, orang tu kan dah bertunang, lagi pun bukan sembunyi-sembunyi. Kita nampak kan?" sampuk seorang pembeli yang lebih dikenali sebagai Basri.

"Tu lah korang. Dah tunang je bukan lesen boleh keluar berdua sana-sini." Mak Enon membidas hujah Basri tadi


   Sesampai di taman rekreasi, Sazali dan Zarina melakukan warming-up untuk berjogging. Kemudian mereka pun memulakan larian sambil bergurau sesama sendiri. Perlahan sahaja larian mereka. Sekadar untuk meluangkan masa berdua juga melepaskan tekanan kerja sepanjang minggu.

   Hampir setengah jam berlari anak, mereka berhenti di salah satu pondok untuk melakukan senaman ringan. Zarina dengan senaman sendiri sementara Sazali dengan senaman sendiri. Sedang leka Zarina meregangkan badan, dia terpandang di balik salah satu tiang pondok tersebut, ada sebungkus sesuatu, kecil. Berkain batik. Zarina berhentikan aktiviti senaman ringannya. Seperti ada perasaan ingin tahu yang kuat dan membuak-buak, Zarina bergerak perlahan-lahan menuju ke bungkusan tersebut. Sazali yang kehairanan dengan tingkah laku Zarina juga turut berhenti dan menuruti tunangnya itu.

   Semakin dekat dengan bungkusan tersebut, bau yang kuat menusuk hidung. Macam bau bangkai. bungkusan tersebut juga dihurungi lalat. Zarina rasa semacam. Begitu juga Sazali.

"Apa tu yang?" Soal Sazali kepada Zarina.

"Manalah ayang tahu." Tiada jawapan untuk Sazali.

   Sampai sahaja dibungkusan terus Sazali cuit-cuit dengan tangannya. Tak puas hati, Sazali membuka bungkusan tersebut. Zarina memandang sahaja. Sebaik sahaja terbuka bungkusan tersebut.

"Astaghfirullah hal azim!" Hampir serentak mereka berdua beristighfar. Bungkusan tersebut merupakan mayat seorang bayi yang kelihatannya masih baru dilahirkan. Ada kesan darah juga malahan bertali pusat. Zarina cuma berpaling muka sementara Sazali kelihatan sedikit panik.

   Serta-merta jugalah Sazali menghubungi pihak polis untuk memberitahu berkenaan penemuan tersebut. Tak lama kemudian tempat tersebut didatangi anggota polis dan kemudian dikerumuni orang ramai. Ada juga penduduk sama taman perumahan dengan Zarina yang sama-sama berjogging di situ.


********************
"Betul mak. Kak Zarina dengan Abang Sazali yang jumpa bayi kena buang tu." Bersungguh-sungguh Alia menceritakan kepada ibunya ketika mereka minum petang di depan rumah. Nadia, kawan rapat Alia yang turut ada di tempat kejadian sekadar menganggukkan kepala tanda mengiyakan apa yang Alia katakan.

"Teruk-teruk remaja sekarang ni. Yang bukan-bukan je di buatnya. korang berdua janganlah diikutkan perangai macam tu. Kita ni ada maruah." Nasihat ibu Alia kepada mereka berdua membuatkan mereka berdua mengunyah ubi goreng dengan perlahan.


*******************
"Tu lah. Tak sama macam zaman kita dulu. Anak akulah si Alia yang cerita kat aku. Si Zarina dengannya si Sazali yang jumpa mayat bayi tu." Mak Yati beriya-iya bercerita sewaktu membeli barang runcit.

"Tu lah. Yang si Sazali dengan Zarina tu buat apa pulak kat tempat jogging tu?"

"Dah namanya tempat jogging. Takkanlah kacau dodol pulak cik Jenab oi!"


******************
"Dengarnya macam tu lah. Si Zarina tu dengan Sazali jumpa kat tempat jogging tu." Pak Awang, suami kepada pemilik kedai runcit di taman itu bercerita di kedai kopi ketika dia bermain dam dengan kawan-kawannya.

"Bilanya budak berdua tu jumpa bayi tu?" Soal Pak Leman sambil tangannya rancak "memakan" tiga buah dam Pak Awang.

"Entah. Malam ke siang tak tahulah Man." jawab Pak Awang sambil "memakan" kembali buah dam Pak Leman.


******************
"Hey Ani, kau tau tak, yang jumpa mayat bayi minggu lepas tu, Kak Zarina dengan Abang Sazali lah." tiba-tiba Zaiton membuka cerita kepada kawan-kawannya ketika kelasnya tiada guru yang mengajar.

"Ye ke? Ish. Apa pulaklah Kak Zarina dengan Abang Sazali tu buat kat taman tu?"

"Biasalah couple. Buat apalagi kat taman tu. Lagi-lagi malam." Munirah memberi pendapat sendiri.

"Ye lah tu, Kak Zarina tu dah lah lawa. Takkanlah Abang Sazali nak tunggu lama kot. Kah Kah Kah." Berdekah sahabat berempat itu namun tenggelam dalam hiruk pikuk suasana kelas.


*****************
"Tak tahulah mak. Mungkin Tuhan nak tunjuk kat diorang kot. Diorang nak buat benda tu, sekali jumpa mayat bayi pulak." Munirah bersungguh bercerita kepada ibunya.

"Jangan diikut perangai budak bedua tu Munirah. Kau lepas makan ni terus kemas meja. Tak payah nak bukak Facebook. Terus baca buku." 

   Terasa menyesal pula Munirah bercerita kepada ibunya.


********************
"Entah-entah bayi tu anak diorang kot. Nak tutup kes. Cakaplah konon-konon diorang jumpa."

"Taktik tu. Taktik nak tutup cerita tu. Bijak. Ingat diorang tu budak lepasan universiti, dapat bodohkan kita semua?"

"Tulah. baru bertunang, dah berkepit sana-sini. Tengoklah. Tahu-tahu dah buang anak. Hish. teruk!" Mengomel Mak Enon sambil membungkuskan kuih untuk pelanggannya. Maka mereka seluruh isi gerai itu menghukum dengan tafsiran sendiri berkenaan perihal penemuan mayat bayi tersebut dan dikaitkan dengan pasangan tunangan Zarina dan Sazali.


******************************************************

Telefon buruk bukan sekadar permainan dan segmen ketika program motivasi.




Sunday, June 19, 2011

Legend akan tetap legend...

Masa :  4 pagi, 1 Mac 1990.
Tempat : Hospital Batu Pahat.

    "Allahuakbar Allahuakbar." Encik Kamarudin mengazankan secara lembut di telinga anak kecil yang baru lahir itu. Laungan azan itu begitu mendayu menusuk ke telinga si bayi dan telinga-telinga orang-orang yang berada di dalam bilik itu. Si ibu yang terbaring lemah tersenyum melihat gelagat anak kecil yang di dalam rangkulan Encik Kamarudin.


Masa : 12:45 tengahari. Awal bulan Januari 1997.
Tempat : Dalam rumah.

"Baba, nanti baba teman abang kan dekat sekolah nanti? Baba tunggu sampai abang balik tau?"

"Ok. Ye lah. Ni dah siap belum? Pergi salam mama sana."

    Selesai salam ibunya, budak berusia tujuh tahun itu terus membonceng motorsikal Honda petak ayahnya itu. Perlahan-lahan motorsikal tersebut meninggalkan perkarangan rumah mereka. Sampai di sekolah. budak kecil tersebut hanya menuruti ayahnya ke mana sahaja ayahnya pergi. Dia pandang kiri kanan sambil tangannya tak lepaskan tangan ayahnya. Pandangan di sekolah tersebut tampak asing baginya. Sampailah ayahnya berada betul-betul di meja pendaftaran kemasukan murid sekolah baru, budak kecil tersebut masih belum mahu melepaskan tangan ayahnya.

   Selesai urusan pendaftaran murid, ayahnya menghantar anak kecil tersebut ke kelas. Anaknya semakin gugup. Hendak atau tidak dia akan ditinggalkan di kelas itu. Maka tinggallah budak kecil tersebut di kelas sekolah tersebut bersama murid-murid darjah satu yang lain. 

   Sekali-sekala dia pandang keluar memastikan ayahnya ada berhampiran di dengan kelasnya. Ada. Budak tersebut merasa lega. Sehinggalah dia terleka dengan suasana baru di sekolah itu dan terlupa untuk memastikan ayahnya ada lagi di situ.


Masa : 10 : 45 pagi (Ahad) tahun 2002.
Tempat : Ruang tamu rumah. 

   Encik Kamarudin membaca kembali sepucuk surat yang di terima rumahnya itu. Entah sudah berapa kali dia membaca surat tawaran tersebut. Surat tawaran anaknya dapat melanjutkan pelajaran sekolah menengahnya di salah sebuah sekolah elit di Johor. Kemudian Encik Kamarudin membaca pula senarai-senarai bayaran yang harus dijelaskan sebagai syarat belajar di sekolah tersebut.

"Takpe lah baba. Kalau tak pergi sekolah tu pun tak pe." Anak sulungnya itu seoalh mengerti apa yang sedang membasahi benak bapanya itu.

"Takdelah. Baba nak tengok mana sekolah ni." 

"Mama tak kisah mana-mana pun. Asalkan kau belajar sudahlah bang." Ibunya pula yang tengah mengemas rumah menyampuk. 

"Dahlah bang. kau pergi mandi. Jom kita pergi daftar sekolah ni."

   Hanya dengan menaiki bas tambang, mereka berdua pun bergerak menuju ke sekolah tersebut. Si anak kelihatan agak canggung melihat ada yang menghantar anak menghantar anak mereka dengan kereta-kereta mewah. Namun bagi si ayah tetap dengan lagak selamba. Tetap ada gurauan dari Encik Kamarudin. Si anak hanya menuruti si ayah. Sehinggalah selesai semua urusan pendaftaran. 
   Kemudian esoknya Encik Kamarudin menghantar anaknya ke perhentian bas untuk ke sekolah. Si anak mengucup tangan ayahnya dan membiarkan pandangannya menjauh menuruti bapanya bersama keinginan ayahnya sekali yang menggunung.


Masa : 9:30 malam.
Tempat : Dalam rumah.

   Suasana kecah dalam rumah itu dengan suara menyinga Encik Kamarudin. Tali pinggang tak putus-putus hinggap di badan si anak sulungnya itu.

"Kau belajar hisap rokok ni dengan siapa haa?" 
"Apa nak jadi dengan kau ni?"

   Dialog tersebut sekadar berseli dengan bunyi libasan tali pinggang ke badannya. Si anak hanya mampu mengelka namun sejauh mana dia mampu. Semuanya gara-gara sekotak rokok yang dijumpai Encik Kamarudin dalam seluar yang dipakainya dan bau tembakau begitu kuat dari badan anaknya setelah si anak sulung pulang dari rumah kawannya.


Masa : 8:30 malam , 7 Februari 2006
Tempat : Klinik Kesihatan desa.

   Si anak telah terlibat dengan kemalangan yang membabitkan lori 3 tan dan motorsikal yang ditunggangnya. Pada asalnya si anak mahu membeli juadah makan malam untuk keluarga di rumah. Tapi kini sedang mendapatkan rawatan awal di klinik tersebut. Kemudian muncul Encik Kamarudin dan keluarga. 

"Abang kau ok tak?" Ada genangan air di kelopak matanya. 

   Sedangkan seisi keluarga sedang meraung menangis melihatkan si anak sedang berbungkus di kepala. Selesai urusan rawatan awal, si anak di usung ke dalam ambulans untuk dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Encik Kamarudin mengikut sama ke dalam ambulans sementara itu keluarganya menyusul dengan kereta. Si anak yang dalam keadaan sedar itu tak putus-putus bertanyakan kepada Encik Kamarudin.

"Ba, ni boleh baikkan?" Soal si anak dalam keadaan yang berbungkus dan berdarah-darah.

"Boleh punya. Insya-Allah. Kau jangan risau." 

   Tak putus-putus Encik Kamarudin memberi kata peransang kepada si anak yang dalam ketakutan itu. sampai di hospital Encik Kamarudin tetap di sisi selama si anak di rawat di hospital itu.


Masa : 10:30 malam. 2011
Tempat : Depan rumah.

    Encik Kamarudin dan anak sulungnya hanya berdua di depan rumah tersebut melihat kegelapan malam dalam suasana desa yang begitu permai.

"Kau buatlah apa yang kau rasa bagus. Asalkan jaga maruah keluarga kau."

    Encik Kamarudin memberi penjelasan di atas pertanyaan anak sulungnya atas apa yang sedang dilakukan. Menuruti peribahasa orang-orang tua. "Orang tua lagi banyak makan garam." Dan kerana itu si anak menjadikan Encik Kamarudin sebagai sumber inspirasi atas apa-apa juga langkah dan tindak-tanduk.


**********************************************************

   Urutan cerita di atas merupakan kronologi kisah benar berdasarkan aku dan baba aku. Semuanya tetap segar dalam ingatan dan memori aku. Banyak sungguh kenangan yang aku dah lalui dengan beliau namun yang di atas merupakan yang paling aku ingat. 

   Banyak sudah lagenda-lagenda yang kita dengar tak kira dari arena dan lapangan apa sekalipun. Namun bagi aku, Encik Kamarudin Bin Salleh tetap lagenda paling berbuku dalam hati ini. 

Lagenda akan tetap kekal menjadi lagenda...





Kepada Pak Koden : Terimas baba atas apa yang baba dah lakukan. Terimas atas pengorbanan yang memang takde galang gantinya. Atas nasihat-nasihat yang tak pernah lekang, termasuk nasihat dalam hubungan cinta, hikhikhikhikhik...

   Ok ok okserius. Terimas jugak sebab sentiasa bagi sokongan apa-apa sahaja yang abang lakukan, sokongan untuk terus hidup dalam dunia ini dan segalanya. Terimas baba. Terimas segalanya. :)


---Ni kalau baba aku tak baca, mesti adik aku tunjuk kat beliau. Hahahahahahaa....---



Thursday, June 16, 2011

Serangan Hackers... Sebuah Peperangan?

Masa : 11:32 malam.
Tempat : Dua buah meja yang disambungkan di kedai makan.

   Sekumpulan remaja kelihatan baru lepas menghabiskan makanan masing-masing. Ada dalam 6-8 orang dalam kumpulan itu. Masing-masing makan bayar sendiri. Bagi perokok tegar, selesai sahaja makan, masing-masing menyalakan seorang sebatang dan bagi yang tidak merokok pula hanya berserah menjadi perokok pasif. Seraya itu jugalah salah seorang membuka cerita berkenaan gerhana bulan yang akan menjadi. 

Soufi : Eh, malam ni gerhana bulan kan?

Stelu : Mandai-mandai je lah kau. 

Pucca : Ye ke? Pukul berapa?

Soufi : Dalam pukul 1:30 kot. Masa planet Marikh, Uranus, Bulan dan planet Namex berada dalam keadaan selari.

Stelu : Pakar bulan. 

   Seraya itu satu meja berdekah. Kah Kah Kah! 

Brendan : Malam ni kan website Malaysia nak kena hack?

Sipot : Orang cerita gerhana bulan, kau cerita pasal hack. 

Brendan : Ye dowh. Yang Anonymous nak hack website kerajaan. Pukul 3 pagi waktu greenwich. 

Stelu : Dia hack website ni dapat apa je?

Lantut : Banyak dowh. Transaction, deal atau semua info dalam website tu boleh bocor macam tu je. Kaya dowh kalau kau jadi hackers ni.

Pucca : Janganlah dia hack fakku.net sudahlah.

Sipot : Bila Curang, Rilex, MyFirstTime, bla bla bla...

Soufi :Tapi apasal dia nak hack semua website?

Lantut : Dia nak bagi notes kepada kerajaan supaya jangan block website-website filesharing yang pihak mereka dah bina. Rugilah korang dah bayar bil. Tiba-tiba itu tak boleh, ini tak boleh. Serupa tak payah berinternet. Kan dia dah bagi amaran. Stylo dowh jadi hackers ni.  

   Lantut nampaknya begitu bergaya sekali dalam hal-hal dunia penggodaman. Yang lain sekadar terkelu mendengar penjelasan Lantut. ada yang gigit-gigit penyedut minuman sehingga hancur Meja sebelah mereka pula ada sekumpulan rempit nampaknya begitu kencang berbual pasal block motor, ekzos chamber, sport rim 3 batang tidak mengendahkan langsung apa yang Lantut hujahkan. 

   ********************************

   Kecoh minggu ini bila dunia internet di Malaysia dikejutkan dengan ancaman ingin menggodam laman sesawang kerajaan. Perbualan di atas merupakan perbualan sebenar kami yang telah diubahsuai. Bayangkan betapa kecohnya ancaman ini sehingga remaja sepeti kami pun membincangkan hal ancaman tersebut di kedai makan. Mungkin kerana kami tidak seperti remaja pengakses internet lain yang sekadar gunakan Facebook, Tagged, Friendster, MySpace sekadar untuk add gadis-gadis gebu dan comel.

   Hackers tersebut mungkin berasal dari luar negara dan menggelarkan diri mereka sebagai "Anonymous".


  Gerakan mereka pula kali ini diberi nama "Operation Malaysia." Tujuan mereka menggodam website kerajaan ini kerana ingin menyampaikan suara ketidakpuashatian berkenaan tindakan kerajaan menyekat 10 laman sesawang perkongsian dari luar. 

   Setakat sekarang sudah ada beberapa laman sesawang yang menjadi mangsa godam. Tapi rasanya bukan kerja mereka. Mungkin penggodam dari Malaysia sendiri. Kerana ada yang menggelar diri mereka sebagai "Kambeng Merah." Takkanlah orang Switzerland nak gelarkan nama mereka menggunakan bahasa Melayu. Sementara yang menggelar diri mereka sebagai "Dragon Force" pula sememangnya sudah terkenal dalam kalangan hackers-hackers tempatan. 

   Sememangnya sudah ada banyak website luar negara yang sudah menjadi mangsa godam. Sebelum ini ada penggodam melancarkan DDoS atau 'distributed denial of service' terhadap laman web Kerajaan Turki sebagai bantahan terhadap rancangan kerajaan itu untuk memperkenalkan penapisan internet. Kemudian laman web Senat Amerika Syarikat diceroboh kumpulan penggodam Lulz Security tetapi gagal melepasi 'firewall' untuk memasuki rangkaian laman web yang lebih sensitif.


Link-link website yang sudah menjadi mangsa dan ada yang pulih ---> YES


   Sejujurnya mengikut pandangan aku sendiri, tujuan hackers ni sangat murni semurni minyak seri murni. Kerana mereka menyuarakan hak kebebasan. Sedangkan kerajaan sendiri ingin menyekat kebebasan sedangkan katanya Malaysia ni negara yang bebas. Para-para pelayar internet membayar di atas harga bil internet mereka. Dan bayaran tersebut termasuk cukai kerajaan. dan kerajaan juga terima duit tersebut sebagai belanjawan untuk turap jalan, wisma-wisma kerajaan, tiang-tiang tepi jalan,  ataupun membina rumah sendiri di pulau-pulau. 

   Jadi kenapa harus di sekat? Kenapa tak sekat laman-laman web berunsur lucah yang sememangnya mendorong keruntuhan akhlak dikalangan remaja khususnya? Kesan dari laman-laman web lucah ni, berlakulah kes rogol, raba dalam tren, berzina sehingga melahirkan bayi, bohsia dalam ladang kelapa sawit dan sebagainya. Kenapa tidak di sekat laman web ini wahai kerajaan?

   Satu lagi pandangan dari sisi tepi aku sendiri yang berbeza pula, baru sahaja 10 laman web perkongsian ini disekat, sudah melenting para marhaens negara ini. baru sepuluh. Bukan semua. Ada lagi website lain yang boleh diakses. Ataupun sebenarnya 10 website tersebut masih boleh diakses tapi ada caranya. Baru sepuluh bhai... baru sepuluh.

   Agaknya apa berlaku kalau Google, Yahoo, Skype, Facebook, Blogger.com, Tagged, MIRC di sekat? Mungkin seluruh rakyat Malaysia akan mogok lapar di depan bangunan kerajaan meminta agar di tarik balik sekatan ke atas semua laman sesawang sosial tersebut. Siapa kata takkan berlaku? Sedangkan bila Facebook "hang" seketika pun ada yang mengamuk-mengamuk. Bila Blogger.com under maintenance sekajap pun ada yang menggelabah. dan paling best bila timbul rumours  yang Facebook akan ditutup pada bulan Mac lepas, sudah ramai mula menyuarakan kebimbangan. Maklumlah, Malaysia kan negara menerima segala pembaharuan.

   Ada kajian setakat akhir tahun 2010.. Malaysia menduduki tangga ke-11 pengguna Facebook terbanyak di dunia. Sedangkan Jepun sendiri tiada dalam 20 senarai tersebut. Dahsyat...
 
1.Amerika Syarikat, lebih kurang 130 juta pengguna.
2.Britain, sekitar 28 lebih kurang pengguna.
3.Indonesia sekitar 26.5 lebih kurang pengguna
4.Itali, sekitar 26 lebih kurang pengguna.
5.Perancis, lebih kurang 21 juta pengguna.
6.India, lebih kurang 21 juta pengguna.
7.Jerman, lebih kurang 18 juta pengguna.
8.Mexico, lebih kurang 18 juta pengguna.
9.Turki, lebih kurang 16 juta pengguna.
10.Kanada, lebih kurang 15 juta pengguna.
11.Malaysia, lebih kurang 12 juta pengguna.
12.Spain, lebih kurang 12 juta pengguna.
13.Filipina, lebih kurang 10 juta pengguna.
14.Australia, lebih kurang 9.1 juta pengguna
15.Argentina, lebih kurang 8.2 juta pengguna
16.Taiwan, lebih kurang 8.2 juta pengguna.
17Colombia, lebih kurang 7.5 juta pengguna
18.Brazil, lebih kurang 6.2 juta pengguna.
19.Chili, lebih kurang 6.2 juta pengguna.
20.Thailand, lebih kurang 6.2 juta pengguna.

   Maaf melalut begitu banyak. Tunggu sahaja 36 jam dari sekarang apakah yang berlaku terhadap semua laman sesawang kerajaan. Adakah kerajaan akan menang dalam menangkis serangan hackers ini atau "Anonymous" menang dalam peperangan ini? Sama-sama kita nantikan sambil makan kuaci dan minum air coke.



Sekian....



Tuesday, June 14, 2011

Aktiviti Masa Kecil...

   Setiap remaja atau dewasa atau yang dah jengah ke usia emas, masing-masing punya cerita ketika mereka bergelar kanak-kanak dan belum mummayiz lagi. Kalau kita berbual dengan rempit, ada cerita zaman kanak-kanaknya. Kalau kita dengar cerita remaja berasal dari Bandaraya Kuala Lumpur juga ada cerita dari bandarnya sewaktu kanak-kanak lagi. Juga penjawat kerajaan dengan cerita di kampung. Tak lupa cerita dari warga emas di waktu kecilnya pergi sekolah dengan jalan kaki sejauh 10 kilometer melalui tanah merah. Tak campur lagi ketika mereka berada dalam perang Jepun. Semuanya unik dan menarik. Serius. Bila tengah lepak dengan member kat kedai Haji Adun tu, sambil-sambil masing-masing berborak, cuba kalian bukak cerita lama. Serius best. Kami pernah berborak aktiviti waktu kecil ni sampai 3 jam lamanya. Seronok.

   Jadi tanpa aku mengarut dan mencarut lebih lama, aku teringin juga nak kongsi apa yang lalui masa kecil-kecil dulu. Nak layan atau tak nak suka hati kalian lah.


Anggaplah aku masa kecik dulu macam adik aku tu walaupun aku jauh lebih kacak masa kecik dulu.
(Ok ni caption paling panjang pernah aku tulis untuk gambar)


Main Bola Kaki Ayam.

   Cara permainan sangat senang. Hanya perlukan sebijik bola sahaja. Tak perlu but, tak perlu knee pad, tak perlu jersi, tak perlu linesman dan tak perlu penyokong ala-ala sumandak di tepi padang. Cari seberapa ramai orang dan satu tempat lapang. Mula-mula nak tentukan team. Pilih dua orang sebagai kapten setiap pasukan. Lepas tu, setiap orang akan secara berpasang-pasangan berbisik untuk pilih apa-apa sahaja dua benda yang berkaitan seperti :
   "Buaya ke biawak?" "Kucing ke anjing?" "Siti Nurhaliza ke Noraniza Idris?"

   Lepas tu Si A pilih "Biawak", Si B pilih "Buaya". Tanya kepada kapten tadi, dan kapten akan jawab secara random. Nasiblah dapat kuat ke lemah ke. Selesai urusan memilih team, buat tiang gol pulak. Senang. Buat tiang gol pakai selipar je. Setel. Apa lagi? Sepak mula pun dilakukan dengan melakukan osom. Main lah ramai-ramai. Kadang-kadang sampai dua puluh sebelah. Dapat drible sorang pun tu dah kira power gila babi lah.

   Main bola kaki ayam ni pun tetap ada kontroversi. Kalau kena tangan, kadang-kadang boleh buat gaduh bila yang terkena tu taknak mengaku. Lagi satu bila bola yang ditendang ke arah gol agak tinggi sikit dari golkeeper :

   "Palang! Palang!"

   Entah bila ada palang pun aku tak tahu. Kalau agak-agak atas sikit dari selipar pulak dikatakan tiang. Padahal yang ada cuma selipar je kat situ. Memang kelakar. Pastu balik kena lah sound setepek dengan Pak Koden (Bapak aku le tu). Kaki hitam. Hahaha. Sungguh pun main dalam suasana macam tu, tetap menghiburkan bagi kami dan di situlah tercungkil bakat-bakat pemain-pemain bola sepak yang mewakili sekolah dan daerah. Malahan ada yang mewakili negeri Johor juga.

   Cuma yang aku agak pelik masa kecik dulu, aku tak pernah main goalkeeper. Tapi sekarang, aku ada glove sendiri. Musykil ni. Musykil.


Mancing di parit.

   Aktiviti ni pun agak rutin aku lakukan bila hari Sabtu dan Ahad menjengahkan muka. Lepas je makan tengah hari, aku terus keluar rumah pergi rumah member yang sebaya dengan aku. Terus pergi dapur. Sebab dah biasa kan? Dia pun dah faham-faham dah. Modal cukup murah. Dalam 70sen je. Beli mata kail 20 sen, tali tangsi 50sen. Siap. Pergi mana-mana pokok sawit, ambik pelepahnya, bersihkan daun untuk di jadikan batang. Batu ladung? Guna batu tepi jalan je. Pelampung? Kadang-kadang selipar sendiri pun jadi mangsa. asalkan boleh terapung.

   Siap je setup sebatang jorang, cari cacing sejemput dua. Setel. Apalagi. Berkayuh lah dalam dua tiga orang pergi port. Port tu sebenarnya sebatang parit yang memang jadi lubuk ikan-ikan parit seperti keli, haruan, sepat, belida, pari, selar kuning, kerisi juga ada. Pasang umpan, campak ke dalam parit, cacakkan batang tadi. Lepas duduk ramai-ramai. Berbual hal ekonomi negara, kesan rumah hijau ke atas ekosistem bumi, pencairan aisberg di kutub selatan, lapisan ozon semakin menipis dan nampaknya tajuk perbualan tu semuanya tipu. Hahahaha.

   Sekali-sekala pergilah tengok batang joran tadi. Yang tak bestnya bila mancing kat parit ni, tak tahu pun dah ada ikan makan. Tau-tau je joran tah bergalih. Kalau dah nampak macam tu, angkat lah. Apa lagi. Menggelitik lah habuan. Dah dapat, bila bawak balik bukan makan pun. Kasi makan kucing lah, buang lah. Kalau hidup lagi, bela. Tapi cuma tahan tiga empat hari, terapunglah ikan tersebut. Maka berbakullah sound dari ibunda bila dah malam baru sibuk nak buat kerja sekolah, baru nak basuh kasut letak bawah peti ais, cari pensel bla bla bla.... Hahahaha...


Jual kuih masa Ramadhan.

   Masa kecik dulu, seawal usia aku 7 tahun, dah tolong mak aku jual kuih kat tepi jalan masa bulan puasa. Sampai sekarang pun mak aku masih jual kuih bila puasa, cuma bukan aku lah yang tolong jual. Dah turunkan kepada adik-adik. Malamnya kami adik-beradik akan tolong mak aku buat kuih. Karipap agak leceh sikit sebab nak kena pandai pintal-pintal bentuk gigi-gigi atasnya. Yang tu sebelum mak aku beli cetak dia. Bila dah beli senanglah sikit nak buat. Best woo buat kuih ni. Nanti adalah adik yang kecik datang kacau. Bagi satu doh tepung, biar dia main-main macam tanah liat buat orang ke, bakul ke, istana ke.

   Esoknya, pukul 3 dah pacak gerai kat tempat tunggu bas. Orang Kelapa Sawit, Kulai mesti ingat lagi muka aku. Tempat aku jual kuih kat mana dulu.

   "Aiceh, lu tulis macam ni macam ramai orang pulak baca blog lu ni."

   Ah! Abaikan. Lepas tu pacak payung, bukak meja, kami pun berjuallah. Best bila bungkuskan kuih, ambik duit, layan akak-akak sekolah menengah yang kiut. Hikhikhikhik. Masa tu jual agak murah, 5 biji seringgit. Memang lajulah kuih nak habis. Agak-agak dah nak waktu buka, simpan sikit, karang habis tak merasa lah kuih sendiri. Balik rumah je, puas hati kira duit. Dapat upah RM2. Masuk seringgit ke dalam tabung yang di buat dari bedak. Nanti bila dah banyak berdebu je dengan bedak duit-duit dalam tu.


Lepak masjid dari Maghrib sampai Isyak.

   Dulu terjal-terjal kami pun, nakal-nakal kami pun, kami suka lepak masjid lepas Maghsrib. Ala. Lepas solat je, belum berdoa pun, semua berterabur keluar masjid lepak kat luar main jadi-jadi ke, sorok-sorok ke, baling selipar ke. Tunggu kan Mak Niah habis sembahyang dan doa. Sebab lepas tu kami akan belajar mengaji kat situ jugak. Siap je Mak Niah sembahyang, dia pun panggil kami. Lepas tu semput-semputlah kami mengaji sambil kena marah dengan Mak Niah. Mengaji sekejap je, lepas tu keluar balik main jadi-jadi tunggukan azan Isyak.

   Mengaji dengan Mak Niah ni pun satu kenangan. Pernah sekali tempat kami adakan majlis Maulidur Rasul kalau tak silap. Mak Niah hantar aku dengan sorang lagi kawan aku untuk pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat kawasan tu. 10 orang bertanding semuanya bawah 12 tahun. Maka dua minggu sebelum tu, aku dengan kawan aku lagi sorang tu tak dapat mengikuti aktiviti kawan-kawan lain di luar masjid sampai Isyak sebab ada latihan tambahan oleh Mak Niah. Bingit je telinga dengar suara budak-budak kat luar.

   Alhamdulillah pertandingan tu aku dapat nombor dua. Hadiahnya sebuah Al-Quran dengan RM20.

   Kalau bulan puasa lagi seronok lepak masjid. Bukannya nak sembahyang terawih pun. Semua memekak je kat luar. Yang paling macam haram sekali, bila dah peringkat solat Witir, yang penutup solat tarawikh, saf belakang penuh dengan kawan-kawan aku termasuk aku. Hahahaa..... Semua nak nampak baik depan cik bapak dekat saf depan di samping nak makan moreh.


Sumpah bila ingat semua tu aku rasa memang kelakar. Ni pun menaip sambil senyum-senyum. Hahaha. Sebenarnya aku join contest yang dianjurkan Dr Siti Hamidah. Seorang pengajar di UTM Skudai. Ok. Ni 1st time aku join mana-mana contest pun sepanjang blog aku ni terhasil.

Comel je adik ni

Apa lagi? Moh lah join sakan. Klik sini... ---> Memori yang tak dapat dilupakan sewaktu kecil


Aku tag 3 blogger yang aku rasa cun... Hahahaha :







Sunday, June 12, 2011

Tahniah Skuad Penyu... Daudsu terima rasuah?

Ini bukan Pendekar Penyu yang gila seks dalam Dragon Ball


   Semalam pada tarikh 11 Jun 2011,berlangsungnya final Piala FA di Stadium National Bukit Jalil menyaksikan pertemuan dua pasukan pantai timur, Skuad Penyu menentang The Red Warriors. Terengganu tampil bergaya dengan jersi ringkas berwarna putih tajaan Top It sementara Kelantan muncul dengan warna sinonim mereka, merah terang. Suasana stadium juga hanya ada dua warna, putih dan merah mewakili pasukan yang disokong masing-masing. Gempita. Penuh. Sekaligus memenuhkan poket orang-orang FAM yang gilakan duit.


   Kelantan datang dengan keyakinan di mana perlawanan Liga Super sebelum ini, mereka juga telah bertemu Terengganu di mana mereka menang 3-0. Nampaknya iltizam mereka tinggi sebaliknya Terengganu pula mahu menuntut bela dan membalas dendam di atas kekalah sebelum ini. Kalau diikutkan faktor binatang, seekor penyu ingin menentang pahlawan merah, maknanya pahlawan merahlah yang menang hanya menggunkan jari kelingking. Tapi ini adalah bola sepak, bukan dunia dalam hutan.


   Bagi aku paling menarik perhatian aku sendiri berkenaan perlawanan ini, pertemuan dua penjaga gol negara, Abang Sharbinee Allawee yang jasanya dilupakan ketika cemerlang membawa pulang pingat emas di Sukan SEA 2009, menentang abang Kentucky Fried Chicken Malaysia. (KFCM) yang dipuja-puja sebagai hero Piala AFF. Perlawanan berlangsung dengan sangat perlahan seperti menonton pertandingan bola sepak antara Kampung Haji Abdullah menentang Kampung Pak Bakar. Percubaan tepat ke arah pintu gol juga boleh dikira seperti mengira jari-jari tangan kanan. Sudahlah perlawanan begitu perlahan, tambahan pula suara pengulas yang begitu anti-klimaks.


   Hampir 78 minit menanti, barulah jaringan menjelma hasil seorang brader yang digilap dari Pasir Gudang, Nurul Azwan Roya atau sinonim dengan Awe ketika di kem Johor FC dulu. Jaringan "chip"nya cukup membuatkan satu stadium terdiam dan kemudian bersorak. Dengan baki perlawanan yang ada ada, pemain-pemain Kelantan cuba melengahkan masa dengan tergolek setiap 1 minit. Perlawanan yang sepatutnya menjadi perlawanan bermutu tinggi hanya menjadi kenyataan menjelang minit-minit akhir perlawanan ketika tinggal kurang 30 saat lagi sebelum Nik Aziz mengumumkan cuti bagi rakyat Kelantan.


    Abdul Manaf Mamat yang seperti terkena ciuman perangsang dari sang gadis berlari seperti lipas dari sayap kanan, menuju kepada brader Kerol Fami. Abdul Manaf Mamat melepaskan tendangan sambil berlari dan terkuis sedikit terkena abang Kerol Fami dan melantun begitu hampir ke muka pintu gol. Dan ketika itulah muncul Abang Daudsu Jamaluddin yang juga bekas pemain dari kem Johor FC, cuba menjadi hero untuk mengeluarkan bola tersebut, malangnya bola berpusing seperti gasing, dan terus menerjah ke gawang sendiri dan kelihatan seolah-olah Daudsu menanduk dengan sengaja.  Berlanjutanlah perlawanan sehingga 30 minit masa tambahan.


   Semangat Penyu pula yang menggila. Daripada pertaruangan antara taktikal dan kelajuan kini berubah kepada pertarungan stamina. 30 minit lagi, siapa tak pancit tak? Namun begitu semangat Sang Penyu seperti disentap-cabar. Menyebabkan penyu yang sepatutnya seekor haiwan yang perlahan pergerakannya, seolah-olah telah menjadi 10 ekor naga yang mengaum. Dan pada minit ke-109, dari sepakan sudut, Ahmad Nordin menendang bola ketika suasana kucar-kacir serta-merta menerjah jaring Kelantan membuatkan abang Kerol Fami terkesima dan sekaligus jaringan tersebut memastikan piala seberat tong gas itu di bawa pulang ke Terengganu.




Keputusan penuh Kelantan 1 : 2 Terengganu. Tahniah Penyu!!


Gaya celebration yang nampaknya begitu senggama


   Namun begitu, selesai perlawanan semalam, timbul cerita yang mewarnai dunia bola sepak Malaysia. Tak lain tak bukan ialah cacian dan makian penyokong Kelantan sendiri yang marahkan bader Daudsu Jamaluddin. Di mana kalau dilihat dalam video, kelihatan seperti brader Daudsu menanduk dengan sengaja bola tersebut ke dalam gawang gol. Malahan pula perlawanan tersebut hanya berbaki kira-kira kurang satu minit. Namun impian seluruh Kelantan untuk bersorak berkecai hanya kerana Daudsu.


   Apatah lagi rakyat Malaysia ini begitu batak dan bangang dan bebal mencipta page-page Facebook seperti page yang menggunakan dialog-dialog dalam Maharajalawak, Kongsi, KL Gangster, Hantu Kak Limah dan sebagainya. Kini muncul pula page-page hanya kerana Daudsu Jamaluddin. Hanya kerana brader yang pernah bermain untuk skuad Harimau Malaya di pesta bola merdeka 2007. Page tersebut tak kira menghina atau menyebelah Daudsu antaranya :


   Jangan Salahkan Daudsu okay.
   Kami tak suka orang terengganu kutuk daudsu.
   Thank You Daudsu, anda pahlawan.
   Kami sokong Daudsu menanduk bola masuk ke gawang sendiri.
   Tak Sangka penulis Sipot Si Tukan Tulis ni kacak orangnya.
   Kami nak makan malam dengan penulis Sipot Si Tukang Tulis.




   Itulah antara beberapa page yang wujud sekaligus memadamkan kerancakan filem KL Gangster yang baru ditayangkan beberapa hari yang lepas. Tak cukup dengan itu, muncul pula ura-ura mengatakan Daudsu Jamaluddin menerima rasuah sebanyak RM 50, 000 semata-mata untuk menanduk goal tersebut.


kredit kepada : Aku Mizi


   Perhatikan komen kedua : tuh lah pasal, tanduk gol sdiri tu bodo sekali. n aku dapat info dia bleh 50 000 untuk gol bodo tu!




    Hahahahaaaaaaaaaa!!!! Sumpah ini lebih kelakar dari Amir Maharajalawak. Entah dari mana info kau dapat. Murai.com? Hahahahahaaa... tak boleh fikir ke? Macamana lah Daudsu tu boleh setup masa ngam-ngam sampai last minit untuk tanduk gol tu. Adakah Daudsu berkompromi dengan penyokong yang baling mercun dan pancarkan laser untuk masa di tambah? Semata-mata untuk buat gol tu?


   Lagi satu yang terlibat dengan gol tu juga ialah abang Kerol Fami dan Abdul Manaf Mamat. Adakah mereka bertiga berkompromi semata-mata untuk gol tu? Oh ya. Tambah reff lagi sebab reff nak bagitau "Daudsu!, Tinggal 30 saat. Sekarang tanduk bola itu!" macam tu?
Abang Daudsu aka Sergio Ramos versi Malaysia


   Ada lagi ura-ura bangang kononnya Piala FA ini akan diserahkan kepada Terengganu sebab Piala Malaysia nanti akan dipegang Kelantan. Hahahaha!! Dah macam kat luar negara pulak aku tengok ura-ura bangang ni.


   Kamon. Steven Gerrard pun pernah buat own gol. John Terry pun pernah buat own gol di saat genting. Siapa lagi star taraf dunia yang tak pernah buat own gol? Ada satu perlawanan paling dramatik masa World Cup 2010. Ketika Ghana bertemu Uruguay. Suarez telah menahan bola betul-betul di saat akhir dalam kotak penalti dan memberi Ghana sepakan panalti. Asamoah Gyan mengambil tendangan tersebut dan tersasar. Sekarang untuk perlawanan dramatik tersebut, siapa ambil rasuah? Suarez atau Gyan? 


   Sumpah kelakar tahap 320 darjah celcius takat didih. Cubalah belajar terima kenyataan. Dah memang pasukan anda tertewas dalam perlawanan paling dramatik peringkat Liga Malaysia. Terima kenyatan bahawa Kelantan masih belum boleh berdiri sama legend seperti Selangor, Terengganu, Perak, ataupun Johor yang masing-masing pernah menang Piala FA.


   Piala Malaysia kan ada lagi? Berjuanglah betul-betul nanti bagi The Red Worriors.


   Harapan aku semoga Johor FC menang Piala Malaysia nanti setelah terkandas di separuh akhir tahun lepas.


   Enjut Lebah Enjut!!!


   Sekian...



Friday, June 10, 2011

Drama Realiti Di Kedai Makan...

Waktu : 12:03 Tengahari.
Lokasi : Salah sebuah Kedai Makan Medan Selera, Segamat.

   Aku dan seorang kawan, Betik, 25 memilih sebuah kedai makan di deretan Medan Selera tempat orang-orang marhaens melampiaskan nafsu makan setelah setengah hari mengerah kerja ataupun mengumpat di pejabat. Memandangkan perut aku yang dah berbunyi-bunyi, sampai sahaja depan kedai terus aku terbayangkan makanan masakan kampung mencecah lidah terus mask ke perut. 

   Segera aku dan Betik menuju ke tempat lauk-pauk di sediakan. Ada seorang gadis berdiri sebagai pelayan. Nasi dituangkan ke dalam pinggan dalam kadar biasa namun aku meminta agar ditambah sedikit lagi. Lapar. Kemudian air teh 'o' ais aku pesan sebagai pembasmi kehausan. Deretan lauk membuatkan aku tergiur. Lalu seketul ayam sebagai protein aku ambil, tuangkan sedikit kuah ke atas nasi sertakan kubis masak lemak yang memang menjadi kegemaran aku.

   Selesai urusan mengambil lauk, kami duduk di satu meja yang kebetulan tiada orang memandangkan suasana kedai itu agak sesak dengan orang. Aku dan betik tak banyak bercakap. Sekadar memberi tumpuan kepada makanan masing-masing. Namun begitu aku pandang juga kiri kanan berikutan aku suka melihat gelagat-gelagat orang ramai.

   Aku dapati selang satu meja di sebelah kiri kami makan, ada sekumpulan remaja yang kami pasti itu adalah pelajar UiTM Segamat. Ada lelaki dan dua orang perempuan. Oleh kerana sudah naluri lelaki, aku lebih tancapkan pandangan aku kepada perempuan dahulu. Cantik. Kasualnya berbaju kurung hijau dan bertudung putih. Itu menambahkan lagi ayu si gadis dalam kumpulan itu. Kemudian aku kerlingkan lagi pandangan kepada gadis yang lagi satu. Berkasual agak moden. Namun bertudung.

   Betik turut pandang ke tempat yang sama aku pandang. Namun tiada apa ulasan yang keluar dari mulut Betik. Kami cuma bercakap hal-hal lain sampai makanan dihabiskan. Selesai makan kami basuh tangan dan duduk semula di tempat tadi sambil menyalakan rokok sebagai rutin mana-mana perokok tegar sekalipun. Aku pandang kembali kepada kumpulan tadi. Aku dapati mereka sudah mahu beredar. Si lelaki mengepalai kumpulan itu dan menuju ke tempat letak kereta betul-betul depan kami. 

"Katalah budak ni naik Mers." Aku bersuara kepada Betik merujuk kepada kereta Mercedes depan kami.

   Betik diam. Belum sempat di jawap apa-apa. Memang betul lelaki itu membuka pintu kereta Mercedes. Seraya itu jugalah aku terkejut. 

"Mak aih! Naik Mers bai!" Aku bersuara semula.

"Tak peliklah angkut dua perempuan sekali. Bawak Mers." Ulasan Betik yang agak sinis.

Pelik-pelik budak sekarang ni.

   *************************************

   Bukannya aku cemburu dengan budak lelaki tu. Cuma kadang-kadang aku pelik. Ramai sangat pelajar sekarang pandu kereta serba mewah. Serba bergaya. Setakat Kancil tu dah kurang. Sedangkan title adalah pelajar. Bukannya pengajar. Dekat dalam UiTM Segamat tu ada buat pertandingan kereta paling mewah ke?

   Kereta dah sedia maklum sebagai kemudahan. Boleh bawak ramai orang. Boleh menghindari hujan dan panas. Cuma aku pelik dengan trend student. Ada pelajar perempuan lebih cenderung memilih kawan lelaki yang berkereta. Jangan cepat melenting cik akak yang baca. Aku cuma berkata berdasarkan realiti. Bukan semua tapi ada segelintir. Mungkin kerana dalam diri pelajar perempuan tersebut sudah terpancar aura-aura mengikis ataupun mengambil kesempatan.

   Aku yakin pemilik-pemilik kereta mewah di dalam kampus tu kebanyakannya menikmati harta keluarga. Selebihnya ialah mereka yang betul-betul berusaha untuk kereta tersebut. Kepada penikmat harta keluarga. Apakah realistiknya menggunakan kereta mewah dalam kampus? Proton Saga dah terlalu cikai ke? Produa Kelisa tak boleh buat berjalan ke?

   Aku kompem yang berkereta mewah ni cuma nak bergaya dan nak pikat gadis. Sampaikan ada teori dari budak rumah aku dulu :

   "Ada kereta, adalah awek."

   Aku angguk setuju dengan teori kawan aku tu. Betul tak?

    Sebenarnya tiada apa yang boleh dikatakan. Cuma aku agak menyampah dengan penikmat harta keluarga tapi berlagak macam sendiri yang dapatkan semua benda-benda tu. Cubalah belajar jadi low-profil. Orang pun respek sebab sikap kau, bukan sebab kekayaan keluarga kau.

    Takpelah... rezeki masing-masing kan? 

    Oh ya. Ada tambahan dari member aku berkenaan teori dia tu.

   "Cuma kau je yang misteri sekarang ni Pot. Bawak motor pun boleh ada awek."

   Kurang ajar. Ggggrrr....