Saturday, August 27, 2011

Sama Sahaja Seperti Entri Blog Lain...

   Sebentar tadi aku dengan Stelu memilih untuk menghabiskan malam dengan berjalan-jalan di kota bandaraya Segamat. Sesuai dengan gelaran "Syurga Kain", Segamat menjadi begitu sesak dari biasa sempena malam tujuh likur ini. Polis, Polis Trafik, Polis Bantuan, Polis Bantuan UiTM, Polis Sentri, FBI, Men In Black semuanya terpaksa turun padang dalam memastikan jalan bergerak teratur. Tapi tetap jam... (-_-")


   Dataran Segamat menjadi destinasi pertama. Stelu dengan misi mencari beg hiking, yang besar gabak untuk panjat gunung tu. Aku pulak dengan misi mencari baju melayu. Heh. Buat julung kalinya aku mencari baju melayu sendiri. Sebelum ni mesti mak pilih. Hikhikhik... Dasar anak mak. Ok abaikan.


   Aku tengok begitu sesak. Ramai orang. Dengan pilihan yang bermacam-macam. Dari busana, baju-baju, kasut, selipar, seluar, tali pinggang, mercun pop-pop. langsir, sarung kusyen, alas kaki, semuanya ada untuk jadi pilihan buat orang-orang biasa. Ya lah. Pasar-pasar macam ni, orang-orang biasa je yang datang. Kan? Kan? Kan? <--- sebut macam Yaya-Boboiboy.


   Dua kali round. Tiada pilihan hati. Jadi kami keluar dari suasana hiruk itu untuk mencari kedai-kedai yang berhampiran yang menjual barang-barang persiapan raya.


   Baik kedai bundle, Sakan, Tai Hwa, Al-ikhsan semua kami masuk. Tapi dalam banyak-banyak, Jakel Segamat yang paling menonjol sekali dengan jeritan-jeritan promoter yang nak membuat promosi berkenaan tudung, baju, kain langsir dan sebagainya yang berkaitan dengan Jakel. Sambil itu mereka sisipkan sekali dengan lagu-lagu bermotifkan hari raya.


   Pusing punya pusing. Takde jugak barang yang menjadi pilihan hati. Jadi kami duduk di salah sebuah kedai makan yang berdekatan dengan Jakel Segamat. Jam nak dekat pukul 12. Skrin TV pasang WWE. Pergaduhan antara Mark Henry dengan Shimus. Power gile Mark Henry aku tengok kan. Pergh!


   Kami lepak-lepak situ sambil berbual lebat. Tiba-tiba Jakel yang dari tadi pasang lagu raya, beralih angin kepada lagu-lagu rock kapak. Amy Search dengan Fantasia Bulan Madu, Wings, Hukum Karma dan seangkatan dengannya membuatkan jiwa kami terbuak. Justeru, kami ambil keputusan untuk pergi karaoke. 




   Hahahaaaa... Macam karut je apa benda yang aku cerita kat atas ni. Sebenarnya aku pun nak jugak join semua blog yang rasanya update benda yang sama. Pasal hari raya. Kan?


   So, secara rasminya. Aku mewakili seluruh penulis, pelukis grafik, pembuat banner, pereka design, penata cahaya, make up artis atau mana-mana yang terbabit dengan penghasilan Sipot Si Tukang Tulis ni, ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun maaf atas salah silap aku selama menulis di sini. Kot-kot ada yang panas punggung, sakit hati, terasa jantung kan? So. Maafkanlah ye?


   Salam Aidilfitri semuanya. :)


   Oh ya... Ada video yang dirakam masa karoke tadi. Terimalah :


   Mamat Exist-Ku Pohon Restu Ayah Bonda. Kalau nak layan. Silakan. Hehehe..





Wednesday, August 24, 2011

Sudah 54 Tahun...

   Yeay! Dah 54 tahun kita menyambut kemerdekaan. Sudah lebih 50 tahun. Jom layan lagu-lagu patriotik seperti "Tanggal 31", "Bahtera Merdeka", "Semboyan Telah Berbunyi" dan sebagainya.


   Chop! Apesal takde sambutan ni?


   Oh. Lupa. Sekarang ni Jakel, Nagoya, Courts, semuanya sedang sibuk dikerumuni mak cik-mak cik. Sekarang kan dah nak raya. Apa barang sambut-sambut merdeka ni. Aidilfitri ni kan perayaan Islam. Merdeka tu perayaan negara. Jadi kita dulu kan yang Islam. Betul tak mak cik?


   Ah. Peduli sama itu semua. Raya dan Merdeka. Dua-dua wajib kita raikan. Bukan adakan satu kos lepas (pernyataan dalam Ekonomi Asas tingkatan 4).


Power!!
   "Gila kau letak Tugu Negara? Kan dah macam penyembahan tu? Tak baca paper ke?"


   Bangang. Tu lah. Banyak sangat baca majalah tabloid. Tugu Negara bukan untuk disembah. Tapi sebagai monumen peringatan. Kemegahan sesebuahn kemerdekaan. Habis pasang pelita tu tak macam budaya Hindu? Haa.. jawap. jawap lah bangang.


   Ah. Abaikan benda di atas. Sekarang cuba kita tanyakan kepada beberapa orang apa istilah merdeka bagi mereka :




Mak Senah, 45 :


   "Merdeka ea? Mak cik rasa merdeka tahun ni lagi best. Banyak sale jatuh time ni. Bolehlah mak cik beli barang untuk sambut raya. Langsir, alas meja, set cawan, set pinggan mangkuk. Semuanya wajib ada untuk sambut raya nanti. Anak mak cik yang belajar kat New Zealand pun nak balik raya kat kampung tahun ni. Seronoknya shopping raya!




Sharipudin, 23 :


   "Merdeka? Hahaha... Merdeka, Tahun baru, semuanya gua sambut. Alamak. Nak dapat chikar bukan susah bai. Ni pun baru dapat ni. Khas untuk jadi lauk malam merdeka karang. Jom ar join. Tak yah risau, nanti jadi budak, buanglah budak tu kat depan masjid. Apa kata?




Umi Nazirah, 8 :


   "Kita setiap tahun sambut merdeka. Sebab kita lahir 31hb Ogos. Bestkan jadi kita? Papa kita janji nak belikan iPhone4 untuk birhtday kita nanti. Seronoknya sambut merdeka! Hikhikhik...




Anis Suraya, 22 :


   "Setiap tahun malam merdeka ada konsert. Tapi tahun ni takde kot. Sebab time raya. Mana ada artis nak nyanyi-nyanyi masa rasa. Lagi baik diorang buat rumah terbuka. Bukan yang bagi report card tu. Yang tu hari terbuka. Balik kena sebat dengan bapak. Hik hik hik... err... maaf menyimpang. Lepas konsert biasanya ada bunga api. Lepas bunga api, sambut pulak dengan pakwe dekat hotel. Best... hikhikhik..




Ismail Marzuki, 49 :


   "Hey. Merdeka tahun ni lah seronok. Pak cik dapat cuti combo. Ye lah. Kerja jadi jaga ni, bukan selalu dapat cuti, kali ni untuk cuti raya dengan cuti merdeka. Best! Pak cik nak rehat sepuasnya. Woo hoo! Eh nak. Kang datang raya rumah pak cik tau."


 
   Ya. Ramai sudah tidak memperdulikan lagi tentang hari kemerdekaan. Bukan semua. Tapi hampir kepada semuanya. Sebab itulah mata pelajaran Sejarah diadakan untuk SPM. Untuk menyemai rasa cinta akan negara dan kemerdekaan. Bukan untuk sebagai matapelajaran tambahan nak rebut dapat siapa "A" paling banyak. *sigh*




   Aku sendiri pun kurang pengetahuan tentang perjanjian-perjanjian kemerdekaan dulu. Sekurangnya aku tahu dan mahu untuk menyambut hari merdeka. Merdeka negara kita sendiri. Alaa.. kalau korang sokong Manchester United gila-gila. Kononnya kipas-susah-mati. Bukan korang tahu pun salah-silah sejarah Manchester United tu. Ya dak?


   Ok. Selamat Hari Merdeka ke-54. Aku sisipkan serangkap puisi yang aku garapkan setahun lepas. Ye! Dah setahun seeeyyhhh.. Hahaha..




Sengaja aku bersuara tentang ini...
Buat kita semua sedar diri...
Sedar yang kita di ibu pertiwi...
Tapi diinjak bebal kita sendiri...

Kau kata kau merdeka...
Kau kata kau bebas...
Kau kata kau terlepas...
Tapi bait kau itu hanya anafora...
Simfoni suara yang tak jadi apa...

Apa nilai selembar bendera?
Apa nilai lagu NegaraKu?
Kau nyanyi pun sambil menggaru...

Mana bukti kasihkan tanah?
Kalau imam kau si durjana...
Si keparat yg menghentam memoir ciptaan datuk sendiri...
Mana bukti cintakan merdeka?
Titip sejarah pasti geleng...
Minda dipasung...
Jiwa dipasak...
Hati dijerut...

Sedarlah...
Kau sebenarnya tak merdeka...

Ok... dah mengarut... juga aku sisipkan lagu alaf baru yang berjiwa patriotisme... Yang jarang kita tahu... dari produk indie... Bukan lagu Indonesia aishiteru entah apa ke bende lagi tuu...tak pun dari Wali ben10 tuu.. lagi.. ah.. entah (-_-")


Manis : Keranamu Hatiku Malaysia





The Official : Satu









---Selamat Menyambut Hari Merdeka---






Tuesday, August 23, 2011

Drama Ramadhan : Meriam...

   Sekarang ni ada trend galak sedang berlaku sejak 1 Ogos yang lalu...


Facebook :


"Selamat Bersahur!"
"Selamat Berpuasa..."
"Penatnya... panas... hey.. lambat lagi nak buka ni."
"Dah masa pergi bazaar ni.. Yeay!"
"Selamat berbuka puasa kawan-kawan. Wink! Wink!"
"Dah nak raya ni."


   Hampir kesemua pemilik akaun Facebook dalam Malaysia akan up status benda yang sama. Trend ok? Trend.


Blogger :


   Pergi bukak mana-mana blog individu. Pergi sekarang. Pada bulan puasa ni, setiap blog akan jadi macam blog buku resepi ataupun blog rancangan Jalan-Jalan Cari Makan yang diacarakan Maria Tunku Sabri. Kemudian akan up pengalaman tarawikh. Ataupun ada blogger menggunakan platform bulan Ramdhan ini sebagai suatu masa paling sesuai untuk buat Segmen atau Contest. Dengan tujuan mencanakkan trafik. Tajuk Segmen/Contest? Mudah sangat. Kenangan Berpuasa...


"Sipot, trend. Biasalah tu."


   Benar. Trend. Ikutan. Rakyat Malaysia, melayu khususnya, merupakan kaum yang mudah terikut-ikut. Kenapa? Malas nak olah. Cari sendiri dekat rancangan di TV. Kenapa Facebook dan Blogger sahaja? Sebabnya aku cuma ada dua akaun ni sahaja. Tumblr, Twitter, MySpace, Friendster, semuanya aku takde...


"Sekarang apa kena mengena intro kau ni dengan tajuk "Meriam?" Aku rasa macam takde kena mengena. Jadi aku nak chau. Babai."


   Hey Hey Hey... Rileks dulu. Oleh kerana aku ni pun orang Melayu. Mana boleh pandang macam tu je. Jadi dengan riak, bongkak, takbur, dan bangganya, aku juga ingin up entry pasal bulan Ramadhan ni. Lagi-lagi dah nak raya. Pasal apa? Sebuah kenangan aku masa di sekolah dulu dengan sebuah permainan tradisional orang Melayu yang kini diharamkan. Tradisional pun diharamkan. Isk Isk Isk... (-_-")


**********


   Waktu : 2003, Bulan Ramdhan (Tingkatan 2)


   Aku masih ingat lagi masa tu aku tolong mak aku meniaga kuih-muih sebagai juadah berbuka puasa. Tapak perniagaan adalah berhampiran dengan kebun kelapa sawit. Kebun tu kalau diselusur dalam-dalam sikit, merupakan markas tempat-tempat member-member seangkatan yang lain main meriam.


   Kalau masa meniaga tu, halwa telinga aku bingit mendengar dentuman-dentuman bunyi meriam buluh. Pada amatan aku, ada dua pasukan yang tengah beradu kekuatan desibel bunyi meriam. Sakit hati sebab aku tak dapat join. Cis.
Gambar sekadar metafora. Meriam kami tak sebesar ini.




   Pada malamnya, aku dengan adik aku, Amir, pergi masjid seawal Isyak. Lepas Isyak terus lepak tempat parking kereta berbumbung. Gelap. Dekat situ nanti jumpa Sabor. Seorang kawan yang berdarah Bugis. Dekat situ jugak tempat aku dengan Sabor layan rokok L&M sekotak 7 batang. RM1.90. Tapi masa tu tak heavy lagi macam sekarang. 7 batang tu seminggu belum tentu habis. Heh. (ok abaikan pasal rokok tu).


Sabor : Kau dengar tak bunyi meriam siang tadi?


Aku : Dengarlah, sakit je hati aku. Siapa tu?


Sabor : Satu budak-budak Azrul, dengan Huda, dengan Alif, dengan Nazrin. Satu lagi si Bapak dengan budak-budak dia. (Bapak merujuk kepada seorang remaja berumur lebih 20-an tapi masih berkawan dengan remaja-remaja menengah rendah)


Aku : Jom pergi tengok jom. Biasanya diorang ada je kat masjid ni. Sekarang kita je angkatan yang masih ada kat sini.


Sabor : Jom.


   Aku, Sabor dengan Amir menyelusur jalan-jalan gelap cuma berbantukan terang bulan. Oleh kerana setiap jalan dah kami hafal, tambah pulak prinsip hantu takde bulan-bulan puasa ni, mudah sahaja kami sampai ke tempat Azrul dan kawan-kawannya. Azrul kami pilih sebab lebih kenal mereka. Main bola pun biasa satu team.


   Untuk pertama kalinya aku melihat sendiri bagaimana meriam dihasilkan. Meriam tanah yang menggunakan batang paip konkrit dari kontrak parit terbengkalai. Ditanam dan dihempap dengan batu besar. Belah belakangnya ada ditebuk lubang. Betul-betul ditalakan ke sungai.


   Aku perhatikan macamana operasi mencucuh meriam dilakukan. Mula-mula letakkan seketul kabaid ke dalam tin sardin yang dibelah separuh yang diikat bersama sebatang ranting panjang.
 
   Letak sikit air. Masukkan terus melalu muncung depan meriam dalam-dalam sampai ke hujung. Lepas tu cepat-cepat tutup muncung dengan guni berisi rumput kering. Biar gas kabaid memenuhi ruang dalam meriam.


   Agak hampir seminit, cucuh api dekat sebatang kayu yang bersadur minyak tanah. Kemudian yang lain lari jauh sikit tutup telinga, apa lagi, halakan api ke lubang kecil yang ditebuk tadi. Hasilnya? KEBABOOM!! Bergetar gegendang telinga meskipun dah tutup kuat-kuat.


   Terpegun aku melihat kesenian warisan melayu yang satu ni. Aku perhatikan berulang-ulang proses yang sama sambil kami bersorak sorai meraikan kejayaan bila pihak lagi satu bunyinya sama dengan bunyi kentut lembu.


   Agak sejam. Aku, Sabor dengan Amir beransur awal untuk ke masjid. Sebab Tarawikh dah nak habis. Kang tak dapat makan moreh.


Aku : Esok pagi, bawak paip konkrit belakang rumah kau tu, kita buat meriam dekat-dekat dengan diorang.


Sabor : Set!


   Esoknya, awal-awal pagi kami buat meriam sebijik sebagak dengan milik Azrul. Sabor pulak dah siap-siap beli kabaid. Medium utama dalam penghasilan meriam sejati. Pagi tu jugak kami test keupayaan meriam kami. Hasilnya memang menakjubkan. Bunyinya memang gempita. Walaupun takde tutorial atau sifu yang ajar kami, semuanya cuma berdasarkan pemerhatian sahaja. Langsung tak bertanya. Tapi kami berbangga. Keh Keh Keh.


   Malamnya berpesta rialah kami berperang bunyi antara tiga penjuru. Nak dekat pukul 10 je, Aku, Sabor dengan Amir cepat-cepat pergi masjid untuk solat witir. Karang bapak masing-masing tengok anak takde, mahu kena libas malam-malam hari.


   Syaitan takde tapi perangai terejal tu ada je dalam kepala. Esoknya aku ajak Sabor untuk satu misi pemusnah. Pagi-pagi. Aku dengan Sabor sahaja. Amir sekolah pagi. Yang lain pun ramai sekolah pagi. Berbekalkan sebatang cangkul, aku dengan Sabor telah memusnahkan kedua-dua meriam milik pihak musuh. Hancur. Bersepah. Sambil ketawa aku dengan Sabor pecahkan. Hua Hua Hua!!


   Malamnya seperti biasa. Kami main meriam. Tapi cuma dari pihak kami sahaja yang kedengaran. Amir kebingungan.


Amir : Apesal yang lain senyap je?


Aku & sabor : He He He...


    Kebetulan hari tersebut kurang seminggu nak raya. Masing-masing dah ikut keluarga masing-masing untuk pulang ke kampung. Jadi tiada tuntutan atau pergaduhan atas kehancuran tapak meriam mereka. He He He...


   Tahun-tahun berikutnya, aku semakin pakar dalam penghasilan meriam yang berbunyi tahap desibel tertinggi. Cuma lewat dua tahun sudah. Aku tak main meriam. Kat Segamat ni takde port... (-_-")




   Kepada geng-geng yang menjadi mangsa terejal aku dengan Sabor 8 tahun lepas : Dah nak raya ni kan? Maafkanlah kami. Malas aku nak ucap panjang-panjang. Entri ni pun dah cukup panjang aku rasa. He He He...




Saturday, August 20, 2011

Tips Menjadi Pasangan "Couple Of The Decade"...

Antara siri kartun yang menjadi kegemaran aku suatu ketika dulu
   Setiap orang akan ada perasaan ingin menyayang dan disayangi, ingin bercinta dan dicintai, ingin kasih dan dikasihi. Mahu nafikan? Tak payah... Itu dah termaktub. 


   Aku 97% pasti antara pembaca di sini 81.9% darinya sudah mempunyai pacar masing-masing. Mudah untuk mencari pasangan, tapi bukan mudah untuk mengekalkan hubungan. Jadi, teringin sekali untuk aku kongsikan sedikit tips, tutorial, cara-cara, langkah-langkah, untuk menjadikan kalian dan pasangan korang dikenali diseantero dunia. Mahu cuba? Teruskan bacaan...




Buat status pasal hubungan dilaman sesawang sosial


   Mudah. Setiap hari log in Facebook, tulis je status pasal pasangan korang. Seperti :


"Seronoknya bercinta dengan kamu Sharipudin."


"Windo0onya kat u cayang."


"Hari ni nak kluar dating lagi untuk ke 9 kali. Nak pakai baju apa ek?"


   Bukan setakat di Facebook. Kalau ada MySpace, Tagged, Friendster, Twitter, Tumblr buat sahaja. Takde sape nak marah. Kalau ada blog lagi best, setiap entri anda tuliskan sahaja pasal kebahagiaan anda. Tulis sahaja. Kamon, anda berkuasa di atas akaun anda sendiri.




Buat T-shirt jenama korang.


   Print t-shirt yang menggunakan gambar dan nama korang. Tuliskan kata-kata puisi cinta korang. Guna kaler best-best. Design biar smart. Lepas tu pakai setiap kali dating. Kemudian keluarkan lagi banyak-banyak t-shirt, jual kat orang ramai. Alaa.. RM15 pun ok apa. Daripada diorang beli baju rempit buat apa kan?




Buat sticker


   Sama seperti penjenamaan t-shirt, bezanya ini ialah pelekat. Buat satu design gambar dan nama korang, tampal dekat motor, atau kereta korang. Lepas jual dekat orang ramai untuk mereka pula pamerkan kehebatan cinta kalian. Lihat. Orang semakin kenal cinta kalian.




Papan tanda atau papan iklan.


   Mulakan secara kecil-kecilan dahulu. Buat iklan sebijik dengan iklan pinjaman ah long. Bezanya ini untuk mewar-warkan berkenaan cinta korang. Guna ayat mudah. Contohnya "Saya sayang kekasih saya--Sharipudin Dan Surihani---" selitkan di mana-mana. Atau edarkan di pasaraya. Mesti ada yang simpan dalam wallet mereka. Kemudian mara lebih lagi. Buat board untuk diletakkan sepanjang perjalanan jalan raya atau highway. Macam iklan cat jenama jepun, kicap cap kipas meja, universiti cuma ini ingin membuktikan kesungguhan anda terhadap pasangan.




Kenyataan akhbar, majalah.


   Panggil segala penulis gosip dalam Malaysia ni. Suruh mereka keluarkan kenyataan tentang hubungan cinta korang. Tapi minta mereka, cerita cinta korang tu jangan cuma letak diruang artis, sebaliknya wajib letak dimuka depan, bahagian bisnes, jawatan kosong, sukan, semuanya mesti ada. Lebih best kalau anda panggil Nas Ahmad Terjah untuk muatkan kisah cinta korang dalam Melodi. Nak lagi gempak? Jadikan kisah cinta kalian itu sebagai dokumentari atau filem-filem ala-ala Nur Kasih. Perrggghhh!! Jeles ar orang lain macam ni.




Jadi penggodam


   Jumpa hackers hebat yang pernah hack banyak website. Yang pernah hack website kerajaan. Lepas tu belajar ilmu hack dari mereka. Bila dah master tahap dewa tahap ketiga puluh, hacklah pulak website tumpuan. Seperti website PTPTN, website Maybank2u, website YouJizz, ataupun blog-blog femes. Buang semua benda dalam website tu, lepas tu letaklah kata-kata cinta anda dan pasangan. Letak gambar, lagu tema cinta korang, atau ucapan jiwang. Bila pelayar masuk je ke website yang dah anda hack, serta-merta mereka akan lihat dan baca apa yang anda buat tu.




Hasilnya?


1 : Kisah cinta anda dikenali ramai...
2 : Setiap kali keluar rumah, anda akan dibaling selipar...


Sila cuba... jangan lupa share kat orang ramai. Ilmu ni tak elok kongsi sorang-sorang... tak bagus...




----First time aku update dua entri dalam satu hari sejak Februari 2011----





Kau ialah apa kau fikirkan...

   
   Fikiran merupakan medium yang menggerakkan seseorang. Fikiran juga merupakan tahap minda kita. Ianya boleh dikatakan merupakan mastermind di atas setiap kelakuan, percakapan, minat, bacaan, atau boleh dikatakan sebagai tanda aras dan kayu pengukur terhadap diri seseorang. 

   Lupakan intro tahap perperiksaan percubaan PMR di atas. Sebenarnya beberapa hari lepas, masa aku dan kawan-kawan lepak minum di sebuah kedai makan, aku ternampak sekumpulan rempit yang rata-ratanya menunggang motorsikal Honda EX-5, 125-Z, RXZ ataupun paling cikai Kriss Modenas 110.

   Aku terfikir. Kenapa rata-rata rempit di seluruh Malaysia memiliki gaya yang sama. 

Motorsikal ubahsuai.
Baju jenama Monster, Paul Smith, Polo kolar angkat dan baju tersebut mesti lebih kecil dari saiz badan.
Seluar jeans ketat.
Rambut berekor belakang dan depan pulak disikat ke tepi gaya korea tutup dahi.

   Itu yang boleh dinampak pada mata kasar atau secara sekali imbas. Kalau bercampur dengan mereka, ini pula yang aku perhatikan.

Henset berkad memori akan ada video blue 3gp.
Bertukar-tukar file melalui medium Bluetooth.
Bercakap secara "Derrr.." "Beran?" "Lu-gua".
Nada dering mesti ada dialog filem tempatan.
Mengulang-ulang dialog dalam cerita yang sama dengan aliran mereka dalam perbualan.
Yang lain tambah sendiri.

   Ok... Cukup sekadar itu. Sejurus melihat sekumpulan tersebut. Aku terfikir. Setiap orang, atau kelompok orang dalam dunia ini akan ada pemikiran mereka sendiri. Sebabnya kehidupan diselaraskan mengikut fikiran. 

Ahhh.. Kenapalah aku menulis gaya bahasa buku Fajar Bakti ni?

   Ok.. Ok.. kita kedepan lagi. Kita ambil contoh beberapa jenis orang pulak. Berdasarkan minat.


Dunia Artis/Hiburan

"Lurve u lah Sujud Opah!"
"Kenapa dia ni boleh menang anugerah pulak?"


   Peminat artis tak kira artis tempatan, Korea, Jepun, Belanda, Argentina, ataupun bintang sinetron Indonesia, mereka akan mengikuti perkembangan artis tersebut secara gila babeng sampaikan apa jenis darah pun tak mustahil mereka akan tahu. Wallpaper laptop? Poster? Koleksi lagu atau movie? Pembalut buku? Semuanya akan ada gambar artis kegemaran mereka tu. Melenting pulak bila dikutuk. Sebabnya fikiran mereka dah dikuasai dengan dunia hiburan.


Dunia Bola Sepak


"Power gila Lampard golkan semalam."
"Johor FC lebah menyengat!!"

   Kebanyakannya lelaki. Tapi ada juga perempuan yang minat. Khunsa? Mungkin ada. Bagi peminat bola sepak sejati, tak kira tempatan atau luar negara, tanyalah setiap rumours perpindahan, harga perpindahan, prestasi kelab, kapasiti stadium, gaji pemain, kesebelasan utama kelab. Semuanya dalam minda mereka. Bagi peminat bola sepak, mereka pasti akan ada sekurang-kurangnya satu jersi pasukan sendiri. Poster juga pasti ada. Sanggup membayar tiket mahal untuk ke stadium. Boleh bergaduh kalau kelab/ pasukan masing-masing diprovoke secara kasar. Tak percaya. Cubalah try. Alaa.. aku sendiri pun tergolong dalam kumpulan ni. Hehehe... Cuba teka apa team aku untuk dalam Malaysia... ok teeeet!! habis masa.


Dunia Politik

"Ye ye jelah ni video dia."
"Cuba fikir kenapa dia buat bangunan tu."


   Berbanding dua dunia di atas. Dunia ini lebih berbaur serius. Lebih serius dari blog serius. Setiap kes, skandal, rasuah, kata-kata, perbicaraan, pasti akan diikuti mereka. Tak kiralah dari pihak kerajaan atau pembangkang, dalam negara atau luar negara. Pastikan anda mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi berkenaan dunia politik sekiranya ingin berbual dengan mereka. Silap bicara, anda sendiri akan disekolahkan. Pemikiran bagi peminat dunia politik ni biasanya lebih meluas dan bijak. Sebabnya hidup mereka tidak tersekat dalam satu landasan. Tak percaya? Cuba bercakap dengan rakyat biasa yang gemarkan politik.


   Aku senaraikan tiga sahajalah. Kang kalau panjang-panjang sangat, ada yang gerakkan cursor ke atas kanan, tekan pangkah tanpa prejudis. 

   Itu cuma dari segi minat. Belum lagi dari segi yang lain-lain. Mahu penuh entri ni. Perhatikan insan sekeliling kita. Mereka bercakap, kelakuan, berdasarkan fikiran. Ada pepatah, "Kau ialah apa kau fikirkan."

   Tapi cuba kita fikirkan, kebanyakan rakyat Malaysia lebih gemarkan bacaan ringan, bacaan sinis, bacaan hiburan. Kesannya, Malaysia sukar membangun. Betul? Buktikan sekiranya aku salah.

"Pot, kau pulak macamana?"

   Aku? Heheheee... Adalah.... Mana boleh bagitau...Uwweerrrkk!! :p

Pandang langit,
Pandang bumi,
Pandang tanah,
Pandang air...

Campakkan jauh-jauh pandanganmu,
Fikir banyak-banyak kejadian itu,
Renung dalam-dalam isinya jitu,
Agungnya alam bukan ragu-ragu...

Fikirkan apa hikmah ciptaan Maha Satu,
Bukan persoal kenapa ia berlaku....


---ok.. aku dah lama tak menulis puisi... mungkin puisi ini agak sampah (-_-") ---

Thursday, August 18, 2011

Sipot Tengah Bengang!!

   Aku pun tak tahu nak describe benda alah bangang ni macamana... Tapi berkat sokongan moral pak cik selang dua buah rumah, dengan bantuan kameraman profesional yang diimport khas, Stelu dengan kamera henpon beliau, suasana permai indah, angin sepoi-sepoi bahasa menjengah pipi, sweater kuning pakai tanpa izin milik siapa entah, maka tercetuslah seni rakaman terulung masa kini...! Yeahaaa!!


   Menjadikan Cikgu Shida, Najwa Latiff, Moymoy Paloboy, mahupun Man Belon sebagai inspirasi, aku dicabar untuk menghasilkan entiti di bawah ini. Selepas berdebat tentang kejantanan, akhirnya lagu asal dari Mantera, Bengang menjadi pilihan.


   Malas aku nak mengarut panjang... Sila tonton dan sepak terajang skrin anda sendiri sekiranya bengang dengan video ini...









    Sekarang aku dah jadi seorang yang pantang dicabar.... Gggggrrrr...



Penaja bersama :






Tuesday, August 16, 2011

Temu Bual Ekslusif Sempena...

   Baru-baru ini aku telah ditemubual oleh seseorang. Menurut si penemubual, dia melakukan kerja menemubual atas sambutan ulang tahun blog "Sipot Si Tukang Tulis" ini. Masakan aku tak terkejut, aku sendiri tak menyangka blog aku akan mendapat perhatian sebegini meluas. Satu temu janji diaturkan, kami telah sama-sama berjumpa di salah sebuah kedai makan di Segamat. Aku sampai dulu kedai tu, jadi, sementara menunggu, aku nyalakan sebatang rokok bagi menghilangkan rasa bosan. 10 minit kemudian, mamat tu pun datang. Atas permintaan aku yang sedia pemalu tahap gadis-gadis kampung, maka gambar aku tidak diambil. Berikut ialah butir-butir bicara yang ditemubual. Kalau nak baca, sila baca, kalau tak nak boleh baca murai.com.




Penemubual : Assalammualaikum brader, apa cerita? Ada baik?


Aku : Wa'alaikumsalam. Baik sahaja brader. Duduklah. (Aku pun panggil pelayan kedai untuk ambil pesanan brader sorang ni.)


Penemubual : Takkan minum teh ais je? Nasi-nasi tak order?


Aku : Nanti orderlah. Sekarang baik kita teruskan ke sesi temu bual. Amacam?


Penemubual : Ok. Ok. 1st of all, nak panggil brader ni apa? Sipot Kacak? Sipot Cute? Khuzrin?


Aku : Errr... tang kacak, comel tu memang ramai tau... tapi aku rasa, baik aku-kau je. Lagi rileks. Kan?


Penemubual : Orait. Orait. 1st of all.... eh? 1st of all lagi?


Aku : Takpe... Takpe.. Teruskan...


Penemubual : Apa-apa pun, aku dan pihak aku nak ucapkan tahniahlah sebab blog kau masih bernyawa sampai setahun lamanya. Walaupun takdelah banyak mana pun follower kau. So, cuba ceritakan serba-sedikit tentang perkembangan blog kau sepanjang setahun ni.


Aku : (Menyedut sedutan rokok terakhir dalam-dalam dan campak jauh-jauh). Hmmmm... Sebenarnya macam ni. Pada tarikh 8/8/2010, blog ini dicipta. Tapi, pada asalnya, blog ini bukanlah berjudul "Sipot Si Tukang Tulis", sebaliknya aku sulamkan dengan nama "Judas Di Fatamorgana." Nama "Judas Di Fatamorgana" ni bertahan sampai bulan Februari 2011, lebih kurang enam bulan. Masa tu pun follower tak sampai 90 pun. Sebabnya, penulisan aku masa tu, hanyalah berkaitan penulisan puisi. Mungkin kerana remaja kurang minat terhadap puisi. Lepas sahaja Februari 2011, aku pun tukar nama blog, berserta linknya sebab ada yang mengaitkan "Judas" tu dengan yahudi. Pum pam pum pam, aku pun letak nama "Sipot Si Tukang Tulis" berserta aku ubah gaya penulisan aku kepada yang lebih segar dan mudah dihadam anak-anak muda.


Penemubual : Errr... bro, cakap slow-slow sikit, laju sangat aku nak menulis.


Aku : Hahaha... Maaf.. Maaf... boleh teruskan?


Penemubual : Boleh... Boleh... Kenapa "Sipot" yang kau pilih dan kenapa "Sipot Si Tukang Tulis" yang dipilih?


Aku : Sebenarnya aku dapat nama Sipot ni masa menuntut di UiTM Segamat. Senior yang bagi, sudahnya satu UiTM kenal aku dengan nama Sipot. Sampaikan budak sekolah aku pun panggil Sipot. Bila aku pindah tempat baru pun, aku lagi selesa untuk orang panggil aku Sipot. Jadi aku pilihlah Sipot. Sipot Si Tukang Tulis pulak aku pilih sebabnya mengambil blog "Teh Tarik Gelas Besar" sebagai inspirasi. Sebabnya nama blog tu agak panjang tapi unik bukan? Nak jugak aku letak Sipot Si Tukang Taip, Bimbang pula sama dengan Azlan The Typewritter.


Penemubual : Hmmm... Tadi bro cakap,dalam 6 bulan pertama dengan nama "Judas" bla bla tu, followernya cuma bawah 90. Jadi, apa yang brader buat sampai 6 bulan berikutnya, follower kau naik sampai 500 orang? Sedangkan update pun kurang. Tak sampai 15 entri sebulan.


Aku : Macam aku cakap tadi, aku cuba ubah gaya penulisan aku kepada gaya yang lebih segar, yang orang-orang boleh terima dengan mudah terutamanya remaja. Lagipun aku rajin buat blogwalking. Bagi komen kat entri diorang. Bukan tulis kat chatbox "Hai, saya folo awak, folo saya balik tau." Sumpah aku takkan layan orang yang tulis macam tu kat shoutmix aku. Rasa nampak sangat desperadonya tu nak kumpul follower.


Penemubual : Ok ok. Siapa sebenarnya yang menjadi dalang inspirasi kau dalam mewujudkan blog ni?


Aku : Seorang kawan bernama Karok. Aku ingat lagi satu malam, aku baca blog dia, lalu dia pun mencadangkan aku supaya adakan satu blog untuk aku serapkan tulisan-tulisan puisi aku. Kalau rasa nak tengok, pergilah layari mochaholicartcore.blogspot.com.


Penemubual : Sepanjang brader berblog, ada dapat income?


Aku : Aku tepekkan Nuffnang tu tapi entah berapa ringgit sangat aku dapat. Aku tak tau cara yang betul nak dapatkan income dengan blog, jadi, siapa yang sudi mengajar aku, silalah bank in kan duit ke akaun aku. Hehehe.. Tak lah, kalau ada yang nak beri tunjuk ajar, PM kat email aku atau inbox Facebook. :)


Penemubual : Apa yang kau pentingkan dalam blog ni? Follower? Komen? Atau likers di fanpage Facebook?


Aku : Aku lagi hargai yang komen entri aku sebenarnya. Walaupun aku tau ada silent reader yang baca blog aku. Terima kasih :) Lagi satu, aku dapati ada bloggers yang letak balog aku dalam bloglist di sidebar mereka. Yang tu lagi aku hargai. Terima kasih ye? :) :) :)


Penemubual : Smiley bukan main banyak. Nak kena tulis gak ke ni?


Aku : Suka hati. Hahaha. Jom teruskan.


Penemubual : Baiklah. Sepanjang berblog juga, apa kenangan manis dan kenangan pahit?


Aku : Kenangan manis, aku dapat banyak kenalan. Lepas tu aku dapat pertingkatkan tulisan aku jadi lagi best. Alhamdulillah ada jugak yang suka tulisan aku. Hikhikhik. Kenangan pahit? Aku tak rasa kenangan pahit, tapi pernah satu entri aku "Tsunami Jepun, Kalendar Mayan dan 2012?" tapi entri tu dikopi pasta sebulat-bulat sebijik sebagak tanpa sebarang prejudis. Dan lebih menganginkan aku, dahlah semalaman aku baca artikel untuk entri tu, tapi sebijik kredit untuk aku pun takde dalam tu. Mujur Karok tenangkan aku dengan mengatakan "Bila tulisan kita dicuri, kita selangkah menjadi orang dikenali". Memang style lah ayat dia.


Penemubual : Pencapaian tertinggi?


Aku : Sepanjang berblog, aku cuma sekali je join contest dan dalam sekali tulah aku dapat tempat sagu hati. Terkejut jugak bhai!.. Hahaha. Selain itu, sepanjang berblog jugak, pasukan futsal kami telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir dalam sebuah pertandingan futsal. Oh ya! Aku jugak pernah tolong mak aku dalam pertandingan gubahan, mak aku menang pertandingan tersebut.


Penemubual : Sipot, kau cakap banyak sangat. Sekarang dakwat pen aku dah habis. Kau ada pen tak?


Aku : Kejap. Aku pergi mintak kat kaunter. (Aku melambaikan tangan memanggil pelayan dan sesi temubual tergendala 2 minit menantikan pen sampai)


Penemubual : Ok. Mari kita teruskan.


Aku : Baik.


Penemubual : Harapan kami biarlah kau sentiasa sukses dengan tulisan kau. Hmmm... oh ya. ada gosip menyatakan yang kau sedang hangat bercinta dengan Intan Ladyana. Betul ke?


Aku : Haa? Apa ni? Mandai-mandai je. Kami cuma kawan biasa. Ada jugak berbalas SMS, call sebelum dia tidur atau lepas dia penat balik shooting. Biasalah. Dia pun nak seseorang untuk luahkan apa yang dia rasa. Tempat share cerita. Tapi takdelah sampai ke peringkat hangat bercinta. Harap pihak media tak besarkan hal ini.


Penemubual : Macam menipu je kenyataan kau ni. Maaf. Aku tak tulis lagi. Muehehe. Oh ye. Siapa artis lelaki dan perempuan yang kau minat?


Aku : Artis lelaki aku minat cara Zamarul Hisyam berlakon dan kalau artis perempuan aku minat tengok Noorkhiriah berlakon.


Penemubual : Noorkhiriah? Kenapa bukan Haliza Misbun, Lisa Surihani, Nora Danish?


Aku : Namakan satu pelakon perempuan yang lawa boleh berlakon mulut jahat, watak baik, watak orang kampung, watak cacat, watak pengikis, malahan seorang yang kelakar dengan berkesan sekali tanpa ada kontroversi? Ada selain Noorkhiriah? Sayang remaja lagi sukakan tengok artis seksi... (-_-")


Penemubual : EPL dah start. Kau rasa siapa yang menang season ni? Man U?


Aku : EPL? Apa benda ni? Apa guna kita sokong liga luar negara? Liga tempatan sunyi je. Bila Malaysia menang AFF barulah semua mengaku penyokong Harimau Malaya. Liga tempatan lagi penting bro. Wajah kita. Tapi apa? Stadium kosong. Mana semangat Harimau Malaya? Phuih kepada rakyat yang perangai macam lalang. Aku ni dari kecik sokong Johor FC. Aku harap tahun ni Johor FC menang Piala Malaysia yang bakal start lepas raya. Tahun lepas dah separuh akhir, tahun ni biar juara. Eh. Ada ke yang tau pasal Piala Malaysia? Hmmm... aku rasa tahun ni Chelsea menang EPL.


Penemubual : Berbual macam celaka. Phuih!


Aku : Hehehe.. Liga Malaysia layan, EPL pun layan bro.


Penemubual : Rasanya sesi temubual kita dah ke laut. Baik kita hentikan setakat ni. Aku pun ada buffer YouTube lagu Justin Bibier kat rumah. Nak tengok balik ni. Ok ar. Aku chow dulu.


Aku : Boleh aku tanya? Kau dari majalah mana? Dari tadi interview aku.


Penemubual : Err... majalah ni pun baru seminggu dua. Lebih kurang macam majalah Anjung Seri jugaklah.


Aku : Eh kejap! Ni air siapa nak bayar?


Penemubual : Eh? Aku ni pun wartawan praktikal. Brader. Sedangkan orang MLM nak buat demo lukis orang lidi piramid, datang bawak BMW, payung teh tarik pun payah, lagi aku yang praktikal. Ok ar. Babai. Nanti bacalah majalah kami.


Aku : Aku rasa seperti diperbodohkan.... celaka...




    Begitulah antara butir-butir temu bual palsu yang aku buat-buat sempena first anniversary "Sipot Si Tukang Tulis" ni pada 8hb Ogos lepas. Oleh kerana sibuk dengan perniagaan kebab di bazaar, dan masalah teknikal, terlambat sikit aku update blog ni. Sememangnya aku berbangga dengan produk aku ni. Cewah! Sejutaan terima kasih aku ucapkan kepada semua yang beri sokongan kepada aku sepanjang aku menulis ni. Trimas! Trimas! Trimas! Doakan yang terbaik untuk ye? Insya-Allah.... :)




Sekiyan... :)





Sunday, August 7, 2011

Cinta Si Penjual Kebab...

   Sharipudin begitu sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk memulakan operasi perniagaan kebabnya di bazaar Ramadhan pada esoknya. Tahun lepas dia dah pun menjalankan perniagaan tersebut. Nyata hasil kebab dari tangannya mendapat sambutan berikutan takde orang lain pun yang jual kebab di situ. Tapi sebenarnya yang lebih menjadi kunci utama kejayaan kebabnya ialah kerana rasanya yang begitu luar biasa dan enak sehinggakan ada hotel lima bintang telah order sebundle kebab untuk dijadikan menu berbuka puasa.


   Sharipudin yakin dengan kejayaan luar biasanya tahun lepas, kali ini dia akan lebih maju. Sambil menyediakan, kepala otaknya ligat memikirkan berkenaan kereta Proton Inspira yang dia impikan. Dapat juga nanti dia beraya dengan kereta tersebut dan boleh juga kiranya dia berlagak depan kawan-kawannya yang tahu main dam aji sampai 2-3 pagi. Begitulah hendaknya dia berangan sambil wajahnya menunjukkan perasaan riak. Tapi dia risau pula kira-kira nanti perlu bayar cukai pendapatan. Perangai busuk. Chis!


   Tepat pukul 2:30 petang, dia sudah pun memulakan perniagaan di tapak bazaar Ramadhan di kawasan yang disediakan majlis tempatan. Di sebelahnya ada orang yang jual air katira, air jagung, air limau, air milo dan sebagainya yang membuatkan Sharipudin cuba menelan air liurnya yang kering akibat telah dihidrasi. Di sebelah kirinya pula ada mamak yang menebar-nebar murtabak sardin sambil baunya menyucuk-nyucuk paru-paru Sharipudin. Sharipudin cuba menafikan nafsunya dengan mula memasak daging kebabnya bagi memancing pula peniaga yang lain.


   "Kebab kak! Kebab dik! Kebab! Kebab! RM2.50!" Sharipudin mempromosi kebabnya dengan menggayakan suara Mael dalam siri Upin Ipin.


   "Kebab 2 bang, asing-asing ea?" seorang mamat berpakaian seperti kontraktor buruh binaan membuat pesanan. 


   "Kejap ea?" Sharipudin sempat melihat jam tangannya, baru pukul 2:45. Sah mamat ni tak puasa. Sharipudin bermonolog secara prejudis.


   Selesai urusan jual-beli. Dia kembali mempromosikan kebabnya. Sekali-sekala dia menyanyi, sekali-sekala dia bersuara seperti di pasar. Orang-orang semakin ramai mengunjungi bazaar tersebut. Semakin sesak. Keadaan yang sesak itu menyebabkan ramai orang terpaksa bergesel sesama sendiri bagi meneruskan perjalanan. Ada muka puas bagi mamat-mamat yang bergesel dengan sekumpulan gadis-gadis jururawat praktikal dari hospital kerajaan.


   Jualan Sharipudin semakin habis. Dia juga nampaknya seolah-olah bersilat bagi melajukan kerjanya ke paras paling optimum. Namun Sharipudin bijak mengawal emosi pelanggan-pelanggan yang menunggu dengan mengutarakan lawak-lawak yang dibacanya di Mastika dalam ruangan Senyum Pisang. Kadang-kadang lawaknya tu nampak dah basi tapi pelanggan ketawa juga sekadar mengambil hati Sharipudin.


   Hampir menuju pukul 6:50 petang, pelanggan sudah semakin kurang. Sharipudin dan peniaga-peniaga lain sudah mula mengemas barang masing-masing. Ada satu bungkus lagi kebab yang belum terjual yang pada amatan Sharipudin, kalau takde yang beli, boleh juga dia makan untuk berbuka. 


   Namun tiba-tiba gerainya dikunjungi seorang gadis yang sangat ayu pada pandangan Sharipudin. Berketinggian lebih kurang 166 cm, bermata sedikit bundar, memiliki wajah sebujur sireh, kulitnya agak putih mulus,  rambut ikal melepasi bahu, berukuran dada (dirahsiakan), memang cukup solid membuatkan ramai peniaga-peniaga lelaki sekeliling Sharipudin menancapkan pandangan ke gerai Sharipudin. Ada juga si suami yang dipiat telinga gara-gara memandang tak kelip ke gadis tersebut.


   "Errr, ye dik?" Sharipudin sedikit gagap, belum pernah lagi nampak lagi gadis seayu itu.


   "Bang, kebab ada lagi tak?" Suara lembut si gadis seolah menyentap tangkai jantung Sharipudin.


   "Ada!"


   "Nak satu ea bang?"


   "Boleh. Boleh." Laju Sharipudin membungkus kebabnya. Kebab yang mahu dia makan waktu berbuka nanti.


   "Terima kasih bang."


   "Sama-sama. Datang lagi esok."


   "Boleh. Esok nak yang spesel tau. Nak 5." gadis berlalu sambil melirikkan senyuman manja yang menyebabkan Sharipudin hampir pitam.



   Esoknya Sharipudin berniaga seperti biasa dan situasi semalam berlaku kembali. Pukul 6.50, gadis tersebut datang lengkap berbaju kurung kebaya hijau. Sangat cantik. Sekali lagi peniaga-peniaga lelaki disekeliling Sharipudin memandang dan ada pula yang menumbuk-numbuk telapak tangan kerana geram.


   "Kebab ada bang? Yang semalam saya order." Gadis tersebut bersuara lembut sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.


   "Alamak dik! Abang lupa!" Sharipudin terlupa gadis tersebut ada memesan kebabnya semalam.


   "Alaaaa..." Gadis tersebut mencebikkan bibirnya.


   "Takpe-takpe. Abang buatkan sekarang jugak. Adik tunggu ea?"


   "Cepat sikit ea? Nak buka ni. Hikhikhik." manja suara gadis tersebut. Sharipudin bertungkus-lumus menyediakan kebab untuk gadis tersebut. Gadis tersebut berdiri sambil berbual-bual dengan Sharipudin menambahkan geram kepada peniaga lelaki yang lain. 10 minit kemudian kebab special yang dipesan siap dan bertukar tangan.


   "Berapa bang?"


   "Free je. Abang belanja."


   "Betul? Terima kasih bang. Ni yang sayang kat abang ni. Hikhikhik." Sambil berlalu meninggalkan Sharipudin yang seperti terkena renjatan elektrik 1000 voltan.




   Esoknya Sharipudin tak berniaga gara-gara demam dengan kata-kata gadis tersebut. Di rumah dia berangan-angan untuk mengenali gadis tersebut dengan lebih rapat. Dia mahu juga mengahwini gadis tersebut untuk dijadikan menantu ibunya. Begitu ekspres sekali pemikiran Sharipudin.


   "Esok aku mesti tahu nama dia." Sharipudin berkata-kata dalam hatinya.




   Hari berikutnya Sharipudin sudah pulih dan dia pun mahu berniaga. Sampai-sampai orang sudah penuh kerana dia terlewat hampir satu jam. Terus sahaja dia memasak dan menyediakan kebab bagi memenuhi nafsu berbuka puasa orang ramai.


   Namun begitu dia agak pelik sikit. Kenapa tak ramai orang membeli kebabnya sedangkan gerai didepannya begitu ramai sehingga dia tidak nampak apa perniagaan di seberang jalan depannya itu.


   Pukul 6:45. Kebabnya baru 10 bungkus terjual. Dia mula beasa hairan. Lebih-lebih lagi pelanggan di depannya tak putus-putus.


   Didorong rasa ingin tahu, Sharipudin pun pergi ke gerai di depannya.


   DIa terkejut bahawa gerai tersebut juga menjual kebab. Dan lebih mengejutkan, bungkusan, bau, campuran daging, semuanya sama seperti kebab miliknya. Dan lebih mengejutkan, gadis yang datang ke gerainya dua hari lepas yang menjual kebab tersebut.


   Sharipudin berundur semula kembali ke gerainya sambil bersuara seorang diri.


   "Patutlah ramai orang beli, lelaki pulak yang ramai. Dah lah tu resipi rahsia aku. Tak guna punya perempuan. Perangai sebijik macam Plankton yang curi rahsia Krabby Patty. Chelaka!" Sharipudin berkata dalam nada marah sambil merujuk kepada watak Plankton si mata satu yang ingin mencuri rahsia Krabby Patty dalam rancangan Spongebob Squarepants. Sekaligus memadamkan perasaan cintanya kepada gadis tersebut.




Sekiyan....