Wednesday, September 28, 2011

Namewee Dan Nasi Lemak 2.0 nya...



   Dah tengok video atas ni? Gempar seketika bila Namewee mengamuk pasal ada penulis Utusan yang menghentam hasil karya seninya. Nasi Lemak Dua Bungkus. Eh bukan! Nasi Lemak 2.0.

   Penulis tersebut dalam artikelnya mengatakan bahawa dia takkan pergi tonton filem sulung anak dari Muar ini kerana katanya Namewee pernah mengutuk kedaulatan Malaysia melalui 'NegaraKuKu'.

   Nampaknya penulis tersebut mewakili sifat bangang sebilangan anak melayu yang suka duduk ditakuk lama jadi rempit, jadi bohsia, main Poker kat Facebook. 

   Langsung taknak bukak mata pandang jauh kedepan. Tak nak jauh, pandang sikit ke depan jadilah.

   Memetik karya Abang Bujal X dalam ruangan Sarkasis :


yu marah-memarahi saya kerana sebut "fuck tnb" kepada mereka nya pun tetapi bilakah kamu berada dalam situasi iaitu tiba-tiba eletrik tiada adakah kamu menyebut " syukur alhamdulillah?" malah saya rasa lagi kamu mencarut lagi dahsyat seperti nya saya pun.

yu marah-memarahi saya kerana menyanyikan lagu "negarakuku" tapi kamu sendiri nya pun bila lagu negaraku berkumandang kamu tidak mahu berdiri tegak-tegak malah tersenget-senget menggaru buntut yang gatai.


yu marah-memarahi saya kerana mahu berjumpa dengan najibtunrazak bagi memahamkan beliau tetntang saya yang tidak racis nya pun tapi kamu sendiri pun hari-hari hentam najib nya jugak pun..dia punya bini lagi cilaka yu hentam..cincin 24 juta lah~bik mama lah~apa lancau?


yu marah-memarahi saya kerana buat filem tentang nasi lemak.yu tonton preview pun tiada lagi yu mahu hentam saya punya burit? saya punya cerita is one malaysia tahu! india, melayu, cina ,sakai semua ada melakonkan nya pun..kenapa itu filem ahmad idham sama david teo hantu sana hantu sini ganster sana ganster sini yu tidak mahu membisingkan nya pun? lagi yu mahu menyuruhi lembaga filem potong saya punya filem.apakah celaka nya yu semua ini?


Tak faham apa Abang Bujal X carutkan? Takpe. Aku terangkan.

   Perenggan pertama : Anda marah bila Namewee mencetuskan video "Fuck TNB" di mana Namewee begitu marah bila stesen jana kuasa di Muar seringkali terputus secara tiba-tiba. Tapi bila anda dalam situasi tersebut, adakah anda akan mengucapkan "Syukur Alhamdulillah, tiba-tiba elektrik takde."? Aku rasa anda akan mencarut "Siallah tiba-tiba elektrik takde! Dahlah aku tengah tengok Elly Tran Haa kat internet!" Atau mungkin lebih dahsyat lagi.

   Perenggan kedua : Anda marah kerana Namewee pernah menghasilkan lagu 'NegaraKuKu" yang dikatakan biadab dan menghina kedaulatan negara. Tapi bila anda dengar lagu Negaraku ketika di majlis-majlis, tempat-tempat awam, adakah anda akan berdiri tegak menghormati lagu itu berkumandang? Atau tangan kiri sedang garu bontot, tangan kanan sedang main SMS?

   Perenggan ketiga : Anda marah bila Namewee menyampaikan hasrat untuk berjumpa PM Najib menyatakan yang Namewee tidaklah racist. Tapi anda sendiri hari-hari kutuk PM dan isteri beliau kononnya semua andalah yang betul. Pergi pegang takhta PM tu sehari. Mau menggelupur jantung.

   Perenggan keempat : Anda marah bila Namewee menghasilkan video Nasi Lemak Dua Bungkus, ah silap lagi! (Nasi Lemak Dua Bungkus tu benda apa ya? Saya inesen (-_-")). Abaikan! Pasal Nasi Lemak 2.0nya itu. Katanya racist, menjatuhkan melayu, latar belakang sejarah hitam Namewee. Woi jahanam. Tu cerita lama. Anda memaksa kerajaan untuk sekat cerita Namewee. Tapi cerita hantu, drift, gangster, bohsia, khurafat apa lancau semua tu yang terang-terang merosakkan akidah, takde pulak anda bisingkan. Lagi dibuat review dalam blog adalah. Ye tak?


   Natijahnya di sini. Anda tak racist? Cuba naik bas yang ada melayu, cina, india dalam tu. Apa dalam fikiran anda? 








Monday, September 26, 2011

Hai Pejuang Papan Kekunci... =)


   Pertama sekali.. terimas kepada bradah Rizal Hashim, yang telah membuat promosi post entri aku sebelum ini, yang pasal Ramli dan Manchester Unitednya ---> Malaysian Sports' Loose Cannon
   
   Terimas bradah! Atas jasa baik brader la, entri tersebut mencapai hit tertinggi sepanjang aku berblog ni. Beriban-riban cakap kau. HikHikHik..

   Teori Konspirasi Di sebalik Ramli . Sudahlah tu. Siap ada yang kopipes lagi tu entri aku. Nampak sangat entri tersebut power dia tahap mahakarya tertinggi. Terimas kepada sesiapa yang kopipes tu. Tak kiralah ada link aku ke tak. Aku tak kisah. :)


   Tahukah anda? Entri tersebut merupakan sebuah Sarkasis atau Sarcasm sebagai medium hiburan? Tiada yang serius aku lontarkan di situ.

   Ada satu yang menarik pasal entri tersebut.

   "Apa dia? Apa dia?"

Pejuang paling agung masa kini
  
   Hahahaaaa.. Ianya ialah berkenaan kewujudan pejuang internet yang bersenjatakan papan kekunci. Kehebatan mereka ialah mereka begitu mahir mengetuk-ngetuk papan kekunci sambil ketawa riang kononnya sudah berjaya melancarkan kuasa tertinggi mereka, hanya dengan papan kekunci. Kononnya untuk menewaskan aku.
  
   Cik abang, cik akak sekalian. Kalau anda benar hebat, anda takkan berselindung dibalik nama "anonymous" ok? Spiderman, Power Rangers, Ultraman, Kappa Mikey semuanya ada identiti mereka tersendiri bila berdepan penjenayah. Kenapa anda tiada identiti? Seronokkah begitu?

   Atau kalian tu cuma tahu menggunakan Facebook untuk main Poker. Untuk usyar awek-awek mulut itik, ambik gambar dari atas, kamera dua inci dari muka, nampakkan lurah dada. Kan? Kan? Kan?

   Atas dasar mengelak "Anonymous" berleluasa, aku letakkan link komen Facebook untuk tengok siapa sebenarnya dalang di sebalik "Anonymous" ni. 

   Rata-ratanya marah sebab MenYu mereka dicuit. Aku rasa mereka ni lahir kat England la. Tak pun MenYu pernah bagi diorang makan. Tak pun MenYu ada bagi diorang duit raya. Tak pun MenYu ada bagi diorang tempat tinggal. Tak pun. Takpun. Tak Pun......

  Yang penting, aku terhibur dengan gelagat kalian sebagai pejuang alam maya berbekal papan kekunci ni. Terimas semua sebab membuat aku senyum. :)

   Hik Hik Hik......








Friday, September 23, 2011

Teori Konspirasi Di Sebalik Ramli-Manchester United...

   Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan satu berita tergempar. Bukan sahaja Malaysia, malahan satu dunia juga turut menerima satu kejutan yang sama.

   Ramli, anak kelahiran Malaysia, tiba-tiba sahaja menjadi pemain bola sepak di sebuah kelab ternama, Manchester United. Entah dari pasukan mana dia disunting Ferguson pun masih menjadi tanda tanya. Nak kata dari Selangor, boleh jadi. Nak kata Kedah pun boleh jadi. Nak kata dari TNB Melaka pun mungkin. Nak kata Johor FC pun, rasanya. Tapi kalau kita kata dia dari Pahang, itu tak mustahil. Sebab Pahang memang pasukan paling power dalam dunia ni.

   Rasanya Ramli bergerak secara indie. Tak macam Safee Sali yang mendapat liputan meluas media tempatan. Baru main Pelita Jaya, kat surat khabar cerita macam main kat Barcelona. Baru dapat trial di Cardiff City, rakyat Malaysia terus convert jadi penyokong Cardiff City.

   Macamana Ramli berjaya mendapatkan permit kerja UK pun masih menjadi tanda tanya. Sedangkan nak bagi Safee Sali main di England, dah ada pihak nak buat memorandum mogok depan Kedutaan British.

   Apesal? Tak percaya ke Ramli, orang Malaysia main kat MenYu? Nah tengok video ni...



Video berdurasi 1:01 minit ni dah ceritakan segala-galanya.

   Ok. Ni cuma iklan sahaja sebenarnya. Sebuah strategi TM untuk menarik lagi seramai mungkin pelanggan mereka. Takkanlah diorang bertujuan murni nak naikkan taraf bola sepak Malaysia. Dulu nak taja Liga Malaysia pun FAM yang dok terhegeh-hegeh cari mereka.

Ahhh! Sudah. Apa yang aku nak ketengahkan di sini ialah, ada beberapa teori konspirasi yang agak meragukan disebalik kejayaan seorang Ramli ini. Teori Freemason? Illuminiti? Baca ar sendiri.


1) Score 9A


Ramli : Ayah! Ayah! Ramli score dua gol hari ni!
Ayah : Hei! Anak jiran sebelah tu score 9A tau?

   Ramli dalam video ini dijangkakan berumur lebih kurang 9-12 tahun. Tahun 1998. Tapi yang aku musykilkan, pada usia 9-12 tahun, jenis peperiksaan apa yang menawarkan sampai 9A? Apa masa tahun 1998 ada exam yang lagi gempak dari PMR dan SPM?


2) Terkinja-kinja



   Ramli yang sudah dewasa, telah pun menjadi pemain Manchester United. Namun Ramli dengan tiada adabnya telah masuk ke semua laman dalam Old Trafford sambil berlari-lari dan terlompat-lompat sambil dipandang pelik pemain-pemain professional yang lain. Ramli ni anak melayu. Malaysia. Apa impression orang-orang luar kalau pandang sikap batak Ramli ni?


3) NE?


   Perhatikan gambar di atas. MU 1- 0 NE. Puas aku fikir. NE ni pasukan apa. Nak kata Newcastle, bukan. Nak kata New Delhi pun bukan. Nak kata North East London pun bukan. Habis tu apa?

   Kalau NE ni pasukan sampah. Kenapa Manchester United turunkan pemain-pemain terhebat mereka? Nani, Smalling, Anderson, Park Ji Sung. Eh? Park Ji Sung mana? Mana?

   Taraf apa MenYu ni? Lawan NE pun cuma dapat 1-0. Ramli pulak tu yang score. HikHikHik.. *Tekup mulut.


4) Hidup bapak yang masih sama macam dulu


   Tengoklah Ramli. Kata nak buat ayahnya bangga. Ni dah jadi terkenal. Bapaknya dibiarkan macamtu. Masih gak tengok TV pesen lama. Masih jugak duduk rumah kampung. Gaji player BPL bukan kecik tahu? Paling tahi pun lebih kurang GBP 50, 000 per minggu. Minggu ok? Bukan bulan. Convert ar sendiri duit Malaysia dapat berapa banyak.

   Tu ar. Sape suruh pilih main kat MenYu. Kan dah lupa daratan. Dah jadi tanggang. Lepas ni mesti TM keluarkan iklan raya, Ramli pulang semula ke rumah pagi-pagi raya sambil bagi surat PTPTN. Eh? Ni dah iklan Wan Maimunah pulak dah. (-_-")


5) Kenapa mesti Manchester United?

   Kelab Puaka Pusaka Syaitan Merah kot? Ahhhh... malas ar cakap lebih-lebih. Kang sentimen MenYu pulak. Tapi bagus jugak dia pilih MenYu. Kalau dia pilih main kat Liverpool? Manjang penuh sejarah je lah. Menangnya tidak jugak. Arsenal? Tak yah cakap ar. Muahahahaaaa....


6) Belajar tak pandai takpe asalkan pandai main bola

   Tengok sejauh mana iklan ini cuba memancing minda anak-anak tempatan. Khususnya anak melayu. Asalkan kau hebat main bola, soal pendidikan boleh diketepikan segera. Hei? Tahukah anda Bambang Pamungkas? Bekas pemain Selangor yang merupakan anak jadi Indonesia. Walaupun hebat bermain bola, dia juga merupakan graduan universiti. Di Jepun, Korea. Jangan cakaplah.


   Lihat. Konspirasi yang mendalangi video ini. Ayuh kita forwardkan kepada orang ramai. Mari kita paksa TM hentikan video ini. Mari kita buat mogok depan kedai/ premis TM di bandar, pekan masing-masing. Mari kita buat satu fanpage Facebook yang menyelar video ini. Mari! Mari!

   Forwardkan entri ini kepada 1000 orang, nescaya anda makin kacak dan cun. Kalau anda abaikan, anda akan terima padahnya. Ini benar kejadian. <--- style e-mail berantai.







Tuesday, September 20, 2011

Tong Gas dan Berjima' Dengan Jalan Berturap...

Medium penting bagi tukang masak

9.00 pm, 19/9/2011.

   Epul yang baru balik dari KL, merengek-rengek mengajak kami pergi makan padahal baru petangnya kami pergi makan. Oleh kerana memang kami pun nak melepak, jadi kami turutkan. Aku, Betik, Pucca, Brendan menyiapkan diri seadanya untuk pergi kedai makan. Pergi kedai je kot, takdelah smart sangat.

   Kami pilih untuk makan di "Mek". Gelaran ciptaan sendiri merujuk kepada kedai makan yang dikelola orang dari Siam. Kami duduk di meja makan bawah, paling hujung, serta-merta pelayan mengambil pesanan. Usai sahaja dia beredar ;

    "Pum... Pam... Pum... Pam..." Pucca buka cerita.

    "Pum... Pam... Pum... Pam..." Betik sambung.

    "Pum... Pam... Pum... Pam..." Epul taknak ketinggalan.

    "Pum... Pam... Pum... Pam..." Brendan menambah lagi.

    "Hahahaaaa..." Semua ketawa paling lantang menenggelamkan hingarnya suasana kedai.

    Tengah meletup bersembang, tiba-tiba pekerja "Mek" datang,

    "Soh, Kak Su panggil," Kak Su merujuk kepada tokey kedai. Oleh kerana sebelum ini, "Mek" pernah mendapatkan khidmat aku, jadi apa-apa hal je, mesti tokey cari aku.

    "Soh, tolong ambikkan gas kat kedai atas boleh? Gas habis. Pakai motor akak." Kak Su terus meminta tolong tanpa ragu-ragu. Dari segi permintaannya itu tiada tanda yang dia mahukan jawapan 'Tak Boleh'. Jadi aku ok je laa.

    Dengan skuter Ego milik Kak Su, aku tungganglah menyelusuri bandar Segamat pergi ke kedai atas yang dimaksudkan.

   Usai ambil tong gas penuh berisi, aku letakkan dibelakang tempat duduk. Jalan raya agak sibuk. Jadi aku ambil keputusan menggunakan jalan belakang. Jalan yang sedikit angker, gelap, lintas railway keretapi, kebun getah.

   Aku tunggang agak perlahan sebab tangan kiri tengah pegang gas. Cuma guna tangan kanan dan sistem keselamatan pula hanyalah bergantung kepada brek depan.

   Jalan agak gelap, kepala dah fikir kemunculan "akak-akak" je.

   Sampai di satu selekoh, tiba-tiba aku perasan macam binatang lalu, entah kucing, entah biawak. Terkejut. Aku tekan brek depan. Natijahnya...

   Ssssrrreeeeetttt... Gedebuk... Aku tergolek terus berjima' dengan jalan berturap.

   Kelentang... kelentang... Yang ni pula bunyi tong gas jatuh di sebelah aku yang sedang meniarap. Nasib baik tak hempap aku dan nasib baik tak meletup.

   Maka bertambahlah siri kemalangan sepanjang aku hidup. Aku bingkas bangun cuba mendirikan motorsikal. Dalam keadaan terkial-kial tu, ada kereta datang dari belakang dan perlahankan kenderaan.

   Dia sekadar tengok dari tingkap dan berlalu. Tahi punya orang!

   Dengan kudrat yang masih ada, serta semangat harimau belang yang tak pernah luntur, chewah! Aku kembali menunggang motorsikal dalam keadaan kaki berdarah dan selamat sampai ke kedai 'Mek' tadi.

   Kak Su agak karget dan memberikan rawatan awal dengan menyapukan minyak dari Thailand. Pedih dia macam haram. Kak Su ucapkan terima kasih sebab tolong dia, dan belanja aku makan.

   Esoknya aku pergi klinik sebab agak tak tahan dengan sakitnya. Berdenyut-denyut. Tak sangka pulak masa pendaftaran, yang bertugas di situ ialah Kak Nurul. Antara kenalan aku. Cantik orangnya. Bertudung litup kuning dan berbaju kurung putih corak bunga kecil kuning sewaktu aku berjumpa dengannya di kaunter pendaftaran.

   Dengan bantuan dia, proses mendapatkan rawatan agak licin dan sekejap. Terima Kasih Kak Nurul. Wink.. Wink...

  
Moral of the story : Sekiranya anda peniaga kedai makan, pastikan bekalan gas mencukupi. Kalau tidak...







Thursday, September 15, 2011

Cara Memutuskan Hubungan Cinta Dengan Mudah...

Kenal tak ni siapa? Ok gambar takde kena mengena.

   Kata orang, membina hubungan itu mudah. Mengekalnya itu yang susah. Benarkah? Kalau benar, bagaimana pula untuk meruntuhkannya? Macam mudah, macam susah. Mudah sebab boleh tinggal macam tu je. Susah sebab nak fikirkan hati dan perasaan orang yang ditinggalkan tu. Tak, sekarang ni kenapa aku punya tulisan belit-belit ni? So, bila dah rasa hubungan korang tu macam dah tak boleh blah, atau dah jumpa pasangan yang lebih baik, atau cun, atau hot, baik try cara ni. Kot-kot berhasil kan? Ahhh.. Dah dah... Jom tengok sikit antara cara mudah nak putuskan hubungan tanpa menyakitkan hati mana-mana pihak :


Katakan anda sudah tiada dara (bagi perempuan yang dah bengang dengan jantannya)

   Ah ha! Sensitif tak bila kita pertikaikan isu dara ni? Sensitif sensitif pun baca jugak tak? Nak baca ye baca, tak nak baca sudah. Lelaki dalam kepala otaknya ada je unsur-unsur nak berjima' ni. Jangan nak tipu ar lelaki-lelaki sekalian. Jadi, bila anda (yang perempuan) dah tak boleh tahan dengan perangai balak korang yang lagi pentingkan game DOTA dari hubungan, ini je caranya. Bila cakap dah takde dara, pasti si lelaki ni berfikir dua kali untuk meneruskan hubungan. Ye lah. Takkan nak kahwin dengan gadis yang sudah ditebuk tupai, kera, ungka mahupun monyet.


Katakan anda berpenyakit kelamin

   Satu lagi isu sensitif. Namun kali ini, cara ini juga berkesan untuk pihak lelaki dan perempuan. Selain mahukan keserasian dalam bercinta, dalam pasangan juga mahukan hubungan intim. Contoh bagi si gadis yang tak suka balaknya asyik raba-raba dalam wayang, dalam kereta mahupun ketika menuruni eskelator, katakan sahaja : "Yang, janganlah, I ada gonorrhealah. Apa? Tak tau gonorrhea? Pergi google sekarang." Jadi bila si jantan tahu berkenaan penyakit aweknya, apa lagi? Chalowlah jawabnya. Bagi lelaki yang tak suka aweknya meraba pun boleh guna cara ni. Tapi, ada ke pompuan suka raba lelaki? Eerrrrr...


Tukar personaliti secara drastik

   Katakan Sharipudin sudah lagi tidak serasi dengan aweknya, Surihani. Surihani dikatakan lebih mementingkan Chembong, kucing jantan berusia 3 setengah tahun. Asal keluar sahaja pasti Chembong akan ada bersama. Tak kira ketika di taman, pergi akuarium, pergi memancing hatta pergi ke majlis perkhawinan. Chembong akan ada di sisi mereka. Menyebabkan Sharipudin telah berfikir macamcara untuk memutuskan hubungan ini. Kerana Surihani juga masih sayangkannya. Suatu hari dia telah bermimpi bertemu pari-pari cinta. Pari-pari tersebut menasihatkan Sharipudin menukar nama menjadi Shery. Sharipudin terpana dan mengikut nasihat pari-pari tersebut. Esoknya, dia mula memakai gaun, eyeshadow, lipstick, g-string dan pelbagai lagi aksesori wanita. Surihani perasan akan perubahan pasangannya itu lantas bersuara ala-ala Donald Trumph dalam siri The Apprentice : "Kita clash!"

Menyamar menjadi perompak atau kutu bangang sampah masyarakat yang lain

   Suhardi dikatakan hangat bercinta dengan seorang cikgu, Cikgu Suraya. Hubungan mereka intim sehinggalah Suhardi ditawarkan bekerja di bahagian kerajaan. Lama kelamaan Suhardi dapat menghidu akan aktiviti hitam Cikgu Suraya, iaitu mengamalkan ilmu hitam untuk mengajar. Difahamkan amalan itu adalah untuk membuatkan anak muridnya dengar cakap dan lulus periksa. Apa ke bangang Cikgu Suraya ni? Jadi Suhardi telah meluahkan masalahnya kepada teman baiknya. Teman baiknya mengesyorkan supaya Suhardi berlakon menjadi perompak. Bila jadi perompak, Cikgu Suraya mesti jadi benci. Begitulah amatan Suhardi. Tapi oleh kerana bangang tahap kangit ke-7, Suhardi telah merompak sebuah bank. Menyebabkan dia ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara. Kini teman baik Suhardi pula menggantikan tempat Suhardi dengan bercinta Cikgu Suraya. Dasar perangai makan kawan. Chis!


Katakan anda berhutang dengan Ah-Long dengan kuantiti tak mampu bayar

   Seorang lelaki mahukan hidup bahagia dengan pasangannya. Dari awal percintaan sehinggalah menutup mata. Itu memang dah azali. Tiada mampu kita nafi. Namun, sekiranya ada yang meretakkan hubungan, wajarlah dicari jalan penyelesaiannya. Jangan ditangguh lagi. Sebagai contoh, Zam Zurina merupakan kekasih kepada Sameon Jantan. Lama hubungan mereka dan sudah terbayang akan gahnya sebuah istana. Namun Zam Zurina dapat menghidu akan aktiviti Sameon Jantan yang merupakan otai rempit dalam kawasan tempat mereka. Ketika berjalan-jalan, Zam Zurina terjumpa akan sekeping kad pinjaman Ah-Long. Tanpa berfikir panjang, esoknya Zam Zurina memberitahu kepada Sameon Jantan bahawa dia sedang menanggung hutang Ah-Long milik bapanya dan jumlah itu takkan mampu dibayar dalam masa setahun. Bimbang akan keselamatan, Sameon Jantan terus memecut laju motosikalnya. "Dasar jantan pentingkan diri. Ptuih!" getus hati kecil Zam Zurina.




    Itu sahaja sekadar lima. Aku rasa malas pulak nak tulis panjang-panjang. Kalau ada lagi idea, insya-Allah aku kongsikan lagi. Tapi ingatlah, jaga hubungan anda sebaik mungkin. Jangan curang. Menganiaya tu namanya. Sakitnya hati bila tercalar bukan boleh dirawat sehari dua. Sebulan? Tak mungkin. Setahun? Wallahu'alam.









Monday, September 12, 2011

Ok, Lambat Seminggu...

   Sepatutnya benda alah ni aku post pada minggu lepas tapi disebabkan sibuk menghadiri rumah-rumah terbuka kenalan-kenalan, buatkan aku terlupa walaupun memang dah simpan benda ni dalam kepala.

   Bagi penggemar kipas-susah-mati Liga Malaysia, umum tahu bahwasanya sekarang ni sedang berlangsungnya piala paling berprestij dalam kancah bola sepak negara. Iaitu Piala Malaysia yang juga merupakan antara kejohanan tertua di Asia. 

   Kepada "penyokong baru Harimau Malaya lepas menang Piala AFF", tapi lebih cenderung menyokong EPL, atau liga eropah lain, kalau anda kurang berminat untuk apa aku tulis, sila beredar segera dengan sopan. Tiada paksaan untuk anda teruskan bacaan. :)

   Bukan aku cuba meniru pengulas bola sepak terhebat, Lucius Maximus, di laman blog Sokernet. Ini sekadar berkongsi. 

   Piala Malaysia seringkali berubah-ubah formatnya. Semua terpulang kepada dasar pengurusan pihak maha cekap, teratur dan efisyen iaitu FAM. Kali ini Piala Malaysia dijalankan dengan format liga di peringkat kumpulan yang dibahagikan kepada empat. Hanya juara dan naib juara yang layak ke pusingan kalah mati. Tanpa membebel panjang, mari kita lihat pasukan-pasukan yang bertanding :


KUMPULAN A


---Sang Kenari (Kedah)---

"Biar Jasa Jadi Kenangan". Motto dari Kedah FA. Begitulah juga jasa besar Rozita Che Wan, anak jati Alor Setar, yang menjadi inspirasi kepada lelaki membuang baka kurang elok di bilik air. Sekaligus memastikan negara hanya bakal dipenuhi generasi berkualiti.
 ---Sang Seladang (Perak)---

Kak Limah yang begitu setia di belakang Perak. Kak Limah pernah menjadi fenomena Malaysia sekaligus memadam populariti cerita 2 Alam milik doktor rambur cendawan. Diharap fenomena Kak Limah membantu semangat Seladang.



---SabaHawks (Sabah)---

Dulu nama jolokannya ialah Sang Badak. Namun mereka menukar kepada nama gelaran yang lebih garang iaitu Hawks. Sama garang dengan ahli-ahli kelab penyokong mereka. Dijangka ahi kelab penyokong mereka ini akan mengganggu-gugat fokus pasukan pihak lawan.


---Sang Jengking (Johor)---

Seluruh isi dunia tahu akan bisa seekor kala jengking. Dan itulah yang ingin dilakukan pasukan Johor, ingin menumpaskan pihak lawan tanpa perlu tenaga yang banyak. Sejauh mana langkah mereka dalam kempen Piala Malaysia 2011?


KUMPULAN B


---Sang Penyu (Terengganu)---

Biarpun mendapat nama jolokan "Penyu", itu tidak bermakna mereka merupakan pasukan yang slow. Buktinya mereka sudahpun merangkul Piala FA 2011. Kepada Penyu, jangan jadi macam Pendekar Penyu yang gila pompuan ok? Apa? Tak kenal? Pergi baca balik buku Dragon Ball.


---Semut Api (PKNS FC)---

Satu lagi kaum serangga kecil tapi menyakitkan sekiranya diserang oleh kuantiti yang banyak. Buktinya mereka telah merangkul kejuaraan Liga Perdana. Kecil-kecil semut api beb! Buka cili api ye adik-adik.


---Sang Rusa (Negeri Sembilan)---

Sama ada menang atau kalah, semuanya bergantung kepada prestasi kembar sensasi "bertarung" dengan Rita Rudaini dan Ayu Raudhah. Jadi kepada Rita dan Ayu, jangan "dibantai" sangat abang-abang ni sehari sebelum perlawanan. Bahaya untuk skuad.


---Sime Darby FC---

Merupakan sebuah kelab dengan tajaan syarikat gergasi Sime Darby, kelab ini sentiasa dipandang remeh. Namun begitu, kehebatan kelab ini mengetepikan Pahang pasukan terhebat dunia dengan jumlah jaringan yang besar, bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah. Hati-hati yang lain!


KUMPULAN C

---Red Worriors (Kelantan)---

Kita akan sebut dengan nama Amir Maharajalawak. Maharaja ok? Bukan raja. Maksudnya Amir ni power! Legenda tiada galang ganti. Begitu juga hendaknya kepada The Red Worriors, yang dulunya dikenali dengan Kijang. Antara maharaja baru dalam kancah bola sepak Malaysia.


---Sang Lebah yang sangat power dan berbisa (Johor FC)---

Bukan sahaja pemain-pemainnya kacak, malahan penyokong-penyokongnya juga kacak-kacak dan chun-chun. Berbekalkan motto "Enjut Lebah Enjut", Johor FC sentiasa kasi seeeeennnngggaaaattt kepada pasukan lain. Muahahaha! Ok. Sila ambil perhatian. Johor FC dan Johor adalah dua pasukan berbeza. Johor FC ialah pasukan kelab sementara Johor pula merupakan pasukan negeri sama macam Kedah, Perak, Negeri Sembilan. Ok? Bengang pulak bila ramai tak reti bezakan. Huh!


---Felda United---

Antara pendatang baru dalam kancah liga Malaysia, "adik" kepada pasukan terkuat dunia Pahang dan diasaskan oleh Perdana Menteri kita. Namun yang masih dimusykilkan, PM kita lahir di Pahang, tapi katanya beliau merupakan penyokong Kelantan. Ok. Perhatikan rembatan ala-ala Gerrard. Memang power!


---Sang Kenyalang (Sarawak)---

Ok. Tak ramai rasanya kenal dengan Belinda Chee, personaliti 8TV dari Sarawak ini. Begitu jugalah sekiranya hendak disamakan dengan skuad Kenyalang. Nama mereka agak lama tenggelam dalam kancah bola sepak Malaysia. Di harap Belinda semakin meningkat, juga Sarawak turut meningkat bagi memeriahkan lagi dunia bola sepak negara. Oh ya! jumpa Belinda dalam 8TV Quickie.


KUMPULAN D


---Red Giant (Selangor)---

Amri Yahyah, pemain yang pernah menggegar jaring pasukan biasa-biasa, Manchester United sebanyak 2 kali dalam satu perlawanan. Power tak power la mamat ni. Antara salah seorang bintang dalam skuad Selangor. Selangor dengan membawa Misi-33 iaitu ingin menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33. Mempunyai rekod besar dengan kemenangan sebanyak 32 tapi kali terakhir ialah pada 2005. Sama macam Liverpool pulak ada sejarah lampau.


---Penyu Muda (T-Team)---

Satu lagi pasukan kelab, "adik" kepada Terengganu. Namun begitu adik bukan sebarang adik, mereka ni garang, sama garang macam Abng Long Dil. 


---The City Boys (Kuala Lumpur)---

David Arumugam, antara penyanyi lagenda begitu asyik menyanyikan lagu "Senyumlah Kuala Lumpur". Biarpun mempunyai nama jolokan hampir sama dengan Manchester City, tapi mereka tidak membawa imej England. Ni memang Malaysia punya. Semakin meningkat naik sejak akhir-akhir ini. ~~Kuala Lumpur, senyumanmu, di pagi ini~~ Terima kasseeeyyyy!!


---Policeman (PDRM FC)---

Harap maklum. Gambar di atas bukan polis Malaysia. Sebaliknya polis dari Indonesia. Polis Malaysia mana ada macam kat atas ni. Polis Malaysia tutup aurat, baik, jujur, cekap, amanah. Ok ok. PDRM FC merupakan antara pencabar yang tak boleh dipandang mudah. Kalau di Singapura ada kelab hebat, Singapore Army Force FC (SAFFC), kita juga ada PDRM FC. "Awak jangan main-main dengan saya!" Inspektor Lim menghentak meja soal siasat. "Sabar Lim, sabar." Inspektor Mazlan menenangkan. Ok. ni dialog Gerak Khas. Huahuahua...



Ok. Itu dia 16 pasukan yang bertanding untuk merebut Piala Malaysia. Yang mana pasukan kesayangan anda? Pasukan mana yang akan menjulang kejuaraan ya? Jeng Jeng Jeng...


---1st time entri aku banyak gambar---
---Gambar semua rembat tanpa kebenaran---
---Johor FC power! power! power!---

sekiyan...



Monday, September 5, 2011

Setahun Hanya Sekali...

   Amir telah menemui cikgu Matematiknya, Cikgu Suraya dan kelihatannya Amir begitu sugul sekali. Lantas Cikgu Suraya bertanya perihal kemuraman wajah Amir...


Cikgu Suraya : Amir, Kenapa monyok semacam je ni?


Amir : Takdelah cikgu, tadi saya online Facebook. Pastu tertengok gambar kawan-kawan sekolah yang lama-lama tu. Dorang gather sama-sama, tapi saya tak dapat join.


Cikgu Suraya : dah tu kenapa awak sedih sangat ni?


Amir : Ye lah cikgu. Semua orang tahu raya ni setahun sekali je. Bukan senang nak dapat jumpa kawan-kawan. Oleh sebab saya jauh dari mereka, tak dapatlah saya join.


Amir kelihatan cuba menyeka air matanya.


Cikgu Suraya : Hmmm... Raya setahun sekali. Nak jumpa mereka setahun sekali? Macam hari lain tak dapat jumpa?


Amir : Tahu tu cikgu. Tapi time raya macam ni lah dapat jumpa mereka cikgu. Hari lain belum tentu mereka ada. dah lah setahun sekali. Entah tahun depan dapat jumpa entah tidak.


Cikgu Suraya : Amir, Amir. Raya setahun sekali, nak jumpa mereka setahun sekali kamu risaukan. Ramadhan yang dah lepas, ada kamu dapat apa-apa dari bulan tu? Ada jaminan tahun depan awak boleh jumpa lagi Ramadhan?


Amir : Hmmm... 


Amir kelihatan terpaku dengan ayat cikgu Matematiknya itu. Jauh benarnya kata-kata itu. Bulan Ramadhan langsung tak dia peduli, bulan Syawal pula dia melebih-lebih.


Amir : Cikgu...


Cikgu Suraya : Ye amir?


Amir : Tayar basikal saya pancit. Lagipun dah nak hujan ni.


Cikgu Suraya : Masuklah rumah cikgu. Hikhikhik...


Amir : Nakalnya cikgu ni... hikhikhik...

---Siapa yang tak faham... sila google.. cari cerpen bertajuk Cikgu Suraya---