Monday, December 17, 2012

Saya Tak Percaya...

   Aku lempang-lempang muka aku sendiri. Tak cukup puas. Aku hentak kepala aku dekat dinding behampiran. Masih rasa macam belum cukup puas. Aku berundur lebih kurang sepuluh tapak ke belakang. Kemudian dengan lonjakan cukup padu, aku menolak kaki kiri untuk berlari selaju mungkin mengatasi kelajuan yang memungkinkan imej aku dipegunkan kamera AES. Hampir sampai ke dinding berhampiran. Aku tujukan kepala aku ke dinding itu. Terus.

"Keraaaaaak", ada bunyi macam benda keras meretak.

   Itupun aku rasa masih belum cukup untuk memuaskan hati. Jantung aku berdegup kencang melebihi degupan jantung manusia normal. Debarannya persis menanti keputusan siapakah peserta yang disingkirkan dalam Konsert Vokal Bukan Sekadar Rupa. Ah. Bukan. Debaran sebenarnya sepuluh kali ganda dari itu.

*PAUSE*

   Adegan menyiksa diri tersebut hanyalah sebuah imej ilusi yang muncul dalam kotak minda fikiran aku sebaik sahaja aku ditegur Cik Ila. Masa tu aku tengah termenung menunggu beliau sambil memikirkan kenapa Chelsea serupa bangang di bawah kendalian Rafa Benitez.

   Kenapa adegan itu muncul :

   Sebab Cik Makwe tampak terlalu cun mengatasi apa yang aku bayangkan selama dua bulan tak ketemu. Kasualnya sepadan dengan susuk tubuh. Rona warnanya cukup tepat. Jenis fabriknya memang sesuai. Beliau pandai menghias raut wajahnya. Beliau pandai mengukur bajunya. Beliau pandai mengukir senyumnya. Beliau pandai menyusun tuturnya. Ya. Beliau pandai buat aku jadi gila.



   Aku yang marah sebab beliau lewat dua minit, terus hilang marah. Terus hilang arah. Terus sengih macam kerang. Aku tak percaya beliau begitu indah. Sebab tulah muncul adegan ilusi semacam tak percaya macam kat atas tu.

   Jantung berdegup tandanya aku jatuh cinta buat kesekian kalinya. Kesekian kalinya. Kesekian kalinya. 

Ah! Jiwang pulak. Tak sedar blog hambar. Hihihi~~~


  Tapi sekarang terpaksa jadi koperal perang rindu lagi. Entah bila entah perang ni nak diisytiharkan gencatan senjata entah. Entahlah.


P/s cik Makwe : Saya rindu kamu ah! (-_-")
p/s lagi : Saya memang bizi. Sebab tu susah nak apdet blog. Jangan salahkan saya. Salahkan TM sebab taknak pasang tiang telefon dekat kediaman baru kami. Macam chelake.


                --Sekiyan--

Thursday, November 29, 2012

Baru...

   Ok. Saya dah update ni. Tandanya saya masih bernyawa. Hue hue hue. Kbai.

Sunday, September 30, 2012

Belangsungkawa : Bugok Dalam Kenangan...

Bugok yang kacak bersama tuannya yang tampan katanya.



   YONG PENG CITY, Ahad - Lebih kurang jam 1.15 petang, pada 30hb September 2012, tubuh Bugok didapati kejung, keras, kaku tak bergerak langsung terbaring bersebelahan dengan balunya, seekor arnab betina berwarna hitam keputihan. Kejadian berlangsung ketika seluruh warga Malaysia sedang menikmati menonton Melodi, cerita kontroversi Malaysia.

   Proses pengebumian Bugok berlangsung sempurna, dan jenazah dikebumikan bersebelahan pusara anak kucing yang tak sempat diberi nama, yang mati kira-kira dua bulan lepas. Urusan pengebumian hanya dihadiri saudara terdekat sambil cacing tanah mengurumun kawasan pusara kerana tapak pusara ialah bawah pokok pisang.

   Kami menolak kemungkinan Bugok keracunan makanan, berikutan balunya turut makan makanan yang sama disediakan kepada mereka. Kemungkinan yang hampir mungkin ialah Bugok terkena sengatan binatang berbisa, mungkin lipan, mungkin kala jengking berikutan pada pagi sebelum kejadian, Bugok masih lincah seperti biasa.

   Ketika kami cuba mendapatkan kepastian dari balunya, Black, namun balunya itu masih dalam keadaan kaget sehingga tak mampu berkata apa-apa, hanya mulutnya sahaja yang bergerak-gerak tanda dia sedang mengunyah bijiran makanan arnab sambil dia terlompat-lompat mengelilingi sangkar.

   Bugok meninggalkan dua ekor balu arnab betina dan beberapa anak. Beliau tak sempat untuk membuntingkan arnab tersebut untuk kali kedua, sekaligus membuktikan kejantanannya di ranjang.

   Kepada Bugok : Rest In Peace, We will miss, You Bugok. :'(


Monday, August 13, 2012

Dua Tahun Sudah...

   Setelah dua tahun berkecimpung dalam dunia penulisan alam maya ni, takde apa rasanya yang boleh dibanggakan. Kecuali sisa-sisa perjuangan yang masih melekat, yang sudi menjadi nadi penggerak untuk aku terus berbakti dalam dunia penulisan.

   Berbakti? Kejadahan apa aku berbakti. Takde rasanya. Takde pingat macam Shah Rukh Khan dapat, Macam Siti dapat. Macam Rajgopal dapat. Takde.

   Macam sia-sia bukan dua tahun aku menulis? Macam bangang kan? Macam bodohkan?

   Tapi...

   "Satu perkara itu akan dikatakan bodoh oleh mereka yang tak pernah mencuba dan tak tahu menghargai, sementara si pencuba takkan rasa menyesal atas apa dilakukan."

   "Jangan menyesal atas apa yang dilakukan, tapi menyesal atas apa yang tak pernah dilakukan."

   **********

   "-Dahlah pemalas nak update entri! Sekali update macamni gayanya? Tak inzal langsung! Rejek! Tak nak baca blog kau lagi. Baik baca Fakku.net!-"

   "Pergi jahanam! Lalalalala~~~"

   *********

P/s : Blog saya sudah berusia dua tahun lamanya. 8/8/2010 ianya dilahirkan, dan kini sudah banyak blog ini belajar. Tapi sebenarnya masih banyak lagi perlu diselusuri. Sekian terima kasih. Terima kasih kepada yang sudi memberi sokongan padu. Itu je. Babai. :D

P/s lagi : Untuk dialog sewaktu aku ditemuramah wakil majalah masa ulang tahun pertama dahulu boleh baca di sini -----> Temu Bual Esklusif Sempena...

Tuesday, July 24, 2012

From Cik Ila :)


Peh ! dasar buta IT. puas ku carik mane tempat nk ceconteng. haaha. Hm. this is Cik Ila. Buah hati
pengarang jantung si sipot nih. Saje nak semak2 kat sini. I juz wanna make si pakwe rase hepy sbb ku conteng something kat blog dia ni. ghee.


Okeyh. 2mggu lagi anniversary kami yg kedua. Diam tak diam dah 2 tahun ku ngn sipot. Sumpah tak tipu at 1st ku ngn dia, ade lah a few member yg cam ragu2 ngn kputusan ku untuk pilih sipot jd soul mate ku. And today, I'm going to show them how much happy I am and betapa ruginye dorang tak ngorat sipot dulu dulu. bahaha.

8 August 2010. Tarikh kitorang terima each other. hmmm bile terfikir, senyummm jek ku. Too sweet to be forgotten. Kat taman batu hampar segamat uh, tbe2 sipot luah perasaan kat ku. pehh ! mcm cte sembilu tyme tu. N yg penting, ku rase mcm nk sorok muka bawah kerusi sbb blushing. Tak pernah org luah perasaan direct face to face dpan ku. Kire sipot ni sehabis gentle la. Yg kelakarnye, ku dpt dgr helaan nafas lega dia lpas ckp tu. hahaha mcm lepas akad nikah je gayanya.

Hari2 ku lpas tu bahagia sangat.. Smpai laa hari ni. Walaupon slalu ku je yg wat masalah, tapi sipot slalu leh consider. Dia mmg the best of the best lah dlm hidop ku. Ku tak pernah rase mnyesal terima dia dulu. :)

Malas nak taip2 lagi. To MR SAYANG,

Please do believe that my heart is belongs to you. No matter what happen, I will always be with you. There's no word of REGRET in our relationship. I am accepting as what you are. Just ignore what the other said bout us.

Yang penting, b syg abg lebih dari sape2. Korang2 yg bace, doakan kami together smpai akhir hayat k? gheeee.

I LOVE YOU DARLING ♥

Thursday, July 12, 2012

Angker dari Pasar Malam...

Gambar sekadar rembat dari Google Images
 Perjalanan Ruzaimi, Munawir dan Baharudin telah pun memasuki jam ketiga. Sengaja mereka memilih jalan lama merentasi negeri Pahang. Dah berapa banyak Felda yang kereta Wira milik Ruzaimi lewati. Dari lepas pukul empat perjalanan, sekarang dah nak lepas pukul lapan malam. Keadaan semakin sunyi dan suram. Mereka jarang berselisih kenderaan. Kalau ada pun cuma satu dua milik penduduk tempatan, ataupun lori-lori pembalak atau pelombong pasir.

“Weh, dah makin gelaplah ni. Bila nak sampai?” Munawir yang pertama kali mengikut kawannya pulang ke kampung, menunjukkan gabra tanpa selindung.

“Sejam lagi sampailah. Kau rileks je lah. Jangan bacul sangat. Lempang karang.” Ruzaimi memberi sedikit penerangan ringkas.

                Wira bernombor pendaftaran Kuala Lumpur milik Ruzaimi masih gagah menyelusuri jalan raya sunyi tersebut. Sekeliling mereka hanyalah hutan semata. Sesekali membelah luruhan daunan kering dan daun kering berterbangan, sebiji macam filem rempit atau drif melayu. Dari Kuala Lumpur, mereka ingin pulang ke Johor, ikut jalan Pahang. Mungkin dah buang tabiat agaknya budak-budak ni. Nak elak tol pun agak-agaklah.

                Dah lepas setengah jam pula. Segmen radio dari pilihan pendengar, biasanya pendengar buat pilihan lagu, dah bertukar segmen luahan hati. Ruzaimi menyampah dengar luahan jiwang, tukar siaran radio orang putih. Konon-konon nak urban dan hilangkan rasa sedikit peliknya. Manakan tak pelik, dah lama memandu, satu simpang besar pun tak jumpa. Yang jumpa semua simpang-simpang kecil masuk ke kampung.

“Kat mana ni, Mi?” Sekali lagi Munawir kerisauan.

“Dekat dalam keretalah. Kahkahkah!”  Baharudin pula cuba berjenaka tapi sayang cuma dia seorang je yang ketawa.

“Korang tak rasa lapar ke?” Ruzaimi malas nak layan karenah dua orang kawannya, bertukar topik perbualan.

“Lapar jugak. Ingatkan kau dah kebal sangat. Dari tadi hadapkan Winstons je.” Baharudin dengan suaranya yang langsung tak macho.

“Aku lapar dari pukul tujuh tadi. Tapi sebijik kedai makan pun kita tak jumpa kan?”

                Suasana kegelapan semakin pekat. Kalau tadi ada sedikit bintik-bintik bintang yang menerangi kegelapan malam, sekarang bintik-bintik bintang tersebut terus hilang. Bulan yang jadi penerang pun semakin malap di sebalik kepulan awan.

“Weh! Ada pasarlah woi depan tu! Berhenti kejaplah woi. Dapat pekena ayam percik best ni!” Munawir tiba-tiba bersemangat macam terkena suntikan..

                Ruzaimi sedikit segar. Lega rasanya ada pasar malam di situ. Boleh juga dia beli sedikit juadah untuk alas perut. Terbayang juga air katira warna biru dalam kepalanya. Juga Nasi Ayam Hainan yang memang jadi kegemaran dia dan keluarga malahan dari zaman neneknya berperang dengan Jepun lagi. Boleh juga dia beli barang sebungkus dua untuk emaknya dengan adik dekat kampung nanti.

                Memang ramai yang membanjiri suasana pasar malam tersebut. Masing-masing terpekik-pekik nak lakukan gerai sendiri. Dari pada mi goring kawah, kuih-kuih kampung, laksa bungkus-bungkus, semuanya cukup buat budak tiga orang itu terkecur air liur.

“Woi! Ni Nasi Ayam Hainan ni!” Munawir separuh menjerit sebaik terjumpa akan gerai menjual Nasi Ayam Hainan.

“Engkau rileks-rileks je boleh tak? Karang aku lempang, merajuk tak nak ikut balik.” Ruzaimi nak tunjuk konon-konon garang. Maukan tidak, anak gadis yang menjual Nasi Ayam Hainan tersebut memang ayu perwatakannya. Buatkan mereka bertiga terlupa niat asal nak beli Nasi Ayam Hainan.

                Usai beli Nasi Ayam Hainan empat bungkus, mereka pusing-pusing untuk beli cikedis-cikedis yang lain buat kunyah-kunyah dalam kereta.

                Dalam kereta, bukan main rakus lagi mereka meratah makanan-makanan yang dibeli dekat pasar malam tadi. Yelah, lapar dari siang, mesti dibalas cukup-cukup.

                Sampai je dekat rumah emak Ruzaimi, mereka bersalam-salam dan beramah-mesra macam orang baru kenal. Memanglah baru kenal, nak-nak si Munawir yang baru pertama kali sampai. Niatnya cuma satu, esok nak mandi pantai.

“Oh ya Mak, ni orang ada beli Nasi Ayam Hainan.” Ruzaimi menghulurkan bungkusan Nasi Ayam Hainan dengan sedikit kuih-kuih kepada ibunya, namun tak sempat dicapai ibunya, adik Ruzaimi, Boyot terus menyambar. Pantang sungguh dengar nama Nasi Ayam Hainan.

                Terus Boyot lari ke dapur dengan Nasi Ayam Hainan itu. DIa tau Boyot mesti bantai kaw-kaw punya kat dapur. Lalu Ruzaimi, Munawir dengan Baharudin berbual-bual kosong di halaman rumah.

                Baru je rokok Winstons nak dinyalakan :
 
“Eeeeee~~ Uweerrrkkk!!” Jelas tiga anak muda itu dapat dengar muntahan dari Boyot.

“Apasal? Apasal?” Ruzaimi paling cepat dapatkan adiknya.

“Uwerk!” Boyot cuma muntah menidakkan persoalan Ruzaimi.

                Ruzaimi panik. Dia tengok Nasi Ayam Hainan, dan terkejut make non dibuatnya bila dia dapati Nasi Ayam Hainan tersebut lagi sesuai diberi nama Mi Goreng Bersama Cacing Kerawit. Banyak betul cacing yang memenuhi polisterin tersebut.

                Ruzaimi tak puas hati, dia bukak polisterin yang lain. Pun sama jugak. Semuanya hanyalah cacing dengan ulat.

“Mak rasa mesti engkau singgah “pasar ghaib” tu kan?” Maknya macam dalam filem seram bersuara.

“Pasar ghaib?”

“Tulah kau, jarang balik kampung. Pasar yang kau singgah tu sebenarnya takde. Orang kampung semua tahu, kalau Nampak pasar malam tiba-tiba wujud, diorang tak pergi. Tapi korang orang luar, memang kenalah.” Emaknya Ruzaimi member penjelasan.

                Selesai je kata-kata nokhtah dari emak Ruzaimi, masing-masing terus muntah tanpa sempat cari sinki atau longkang.

                                                                ********

                Dari kejauhan ternampak satu rombongan bas sekolah berhenti dekat dengan pasar malam yang nampaknya meriah di tengah-tengah kegelapan jalan raya yang cuma hutan semata. Masing-masing lapar dan nak beli makanan dekat pasar malam tersebut.


P/s : Errrr... Ni cerita kawan aku cerita dekat aku, aku tukar jadi cerita macam ni. Lalalala~~~


Sunday, July 1, 2012

Lingkar Ular Belit...

Gambar takde kena-mengena. Sengaja pilih gambar ni.


   Halim, Napi dan Mahat kebosonan. Dari tengah hari budak tiga orang tu cuma melepak di pondok bas lama yang tak diguna sejak orang kampung dah ramai ada kereta sendiri. Habis batu-batu kerikil yang ada berdekatan mereka, mereka buat baling-baling ke tengah jalan, konon-konon tengah main guli.

   Dah macam-macam benda yang budak bertiga tu bualkan. Dari topik lumba rempit yang tertinggal dua-tiga tiang. Beralih kepada topik kuih kasturi Mak Cik Kiah yang dah basi tapi masih jual, tukar pulak kepada topik bola sepak EURO dan kehebatan Republik Czech, akhirnya masing-masing membisu. Senyap sepi. Sesekali bunyi motorsikal lalu memecah kesunyian tersebut.

"Mancing nak? Slumber?" Tiba-tiba Halim mengemukakan cadangan.

"Malaslah aku. Mesin aku dah rosak. Tali berserabut." Napi menafikan cadangan Halim.

"Kalau macam tu, kita mandi sungai nak?" Halim lagi sekali mengemukakan cadangan. Gayanya tak ubah macam CEO dalam drama-drama pejabat cerita melayu.

"Ok jugak tu. Jomlah." Mahat tiba-tiba mengiyakan. Napi yang terpinga-pinga terus mengiyakan juga dan terus duduk membonceng motorsikal yang Halim dah hidupkan. Entah bila mamat tu dah bertenggek atas motor pun Napi tak sedar.

   Mereka tiba di sungai yang dimaksudkan. Kali ni airnya sedikit keruh tapi tak terlalu pekat. Masih sesuai untuk mandi-manda dan bersuka ria.

   Bukan sekali dua dah budak tiga orang tu bermandi-manda di situ. Sejak dari kecil sampailah masing-masing menginjak usia remaja, dengan sungai itulah mereka membesar. Pernah terjadi peristiwa di mana kampung mereka terputus bekalan air, namun sungai tersebut masih mengalir tenag dan manja memberi nikmat kepada penduduk kampung. Ada juga JKKK Kampung beri idea untuk sediakan jana kuasa elektrik di sungai tersebut, tapi idea tersebut cuma mendapat jawapan dengan sekeping penampar dari Ketua Kampung. Kasihan. :(

   Sedar tak sedar, Halim, Napi dan Mahat cuma tinggal boxer sahaja. Laju benar mereka bukak baju. Dasar gelojoh.

"KECEBUR! KECEBUR!"

   Dua bunyi seperti bunyi benda berat menerjah ke bendalir. Rupanya Halim dengan Mahat dah terjun awal masa Napi masih tercegat.

   Tanpa memberi peluang, tanpa berfikir panjang, tanpa meminta nasihat dari panel-panel, Napi terus membuat aksi terjunan akrobatik selayaknya budak-budak kampung buat.

   Napi timbul semula lepas tiga-empat saat tenggelam di dasar sungai. Air sungai yang sedalam melebihi ketinggian normal lelaki Asia memang sesuai untuk direnang-renang. Halim dan Mahat yang melihat aksi akrobatik lipat ke belakang oleh Napi tadi, sedikit terpegun. Walaupun dah banyak kali mereka tengok aksi yang sama.

   Baru sahaja Napi menimbulkan kepala, dia sempat semburkan air sungai yang termasuk ke dalam mulutnya. Kemudian matanya dibuka mencari di mana Halim dan Mahat berada ;

"Babi! Ada ular besar woi!" Napi menjerit sekuat tekaknya. Entahkan dia jeritkan babi atau ular, entahlah.

   Halim dengan Mahat terdengar jeritan Napi tadi. Memang betul apa yang dijeritkan. Ular tedung selar siap berbatik badannya sedang berdiri kepalanya di gigi sungai. Kepalanya kembang. Matanya merah tajam. Saiznya memang luar biasa. Besar hampir sama besar dengan saiz manusia biasa. Cuma kurus sikit kalau manusia tu berat melebihi 100 KG.

   Terus hilang semangat unite dan setia kawan, Halim dengan Mahat yang agak jauh dari Napi terus lincah berenang naik ke daratan. Sementara Napi yang masih terpinga-pinga melihat ular tersebut yang jaraknya cuma tiga-empat meter dengan tempat dia sedang mengapungkan diri.

   Napi terus berenang selaju mungkin untuk naik ke daratan sebaik melihat ular tersebut bergerak perlahan-lahan mendekatinya. Laju, laju dan laju. Ular tersebut juga terus laju mengejar Napi yang sedang berusaha berenang.

   Sampai sahaja di gigi air, Napi cuba menoleh sebentar untuk memastikan jaraknya dengan ular tersebut biar jauh. Tapi malang, ular tersebut cuma seinci sahaja dengan Napi.

   Cuma sesaat, ular tersebut dah membelit penuh tangan kanan Napi. Gambaran tentang ular tersebut sebesar hampir manusia cuma mitos awal cerita tadi. Sebabnya ular tersebut tidaklah sebesar demikian. Tapi masih dalam kategori besar jugaklah kalau mengikut kelas-kelas ular sedunia.

   Napi karget. Terasa tangan kanannya makin kebas akibat dibelit lama ular tersebut. Sementara kepala ular tersebut meliar-liar menejelirkan lidah ke arah Napi. Seakan-akan mengejek Napi. Sementara Halim dengan Mahat dekat atas tebing, dah tak boleh buat apa. Nak tolong pun tidak, nak lari pun tidak. Apatah lagi kalau nak telefon bomba.

   Napi cuba melawan kekuatan ular tersebut. Tangan kanannya yang terbelit itu dilibas-libaskan ke kanan dan ke kiri. Sementara tangan kirinya digunakan untuk menolak kepala ular tersebut dari terus menerkam mukanya. Kekuatan mereka sama seimbang. Saling melawan, saling menolak. Lidah ular tersebut terjelir-jelir seolah-olah mengejek Napi.

   Halim dan Mahat yang melihat aksi luar biasa antara Napi dan ular tersebut, tergamam. Mereka sendiri terkesima melihat keadaan tersebut seperti pertunjukan sarkas di pagi hujung minggu. Masing-masing berharap supaya Napi dapat bebaskan diri.

   Napi masih melawan, ular tersebut teruskan asakan.

   Tiba-tiba Napi menangkap kemas kepala ular tersebut. Entah dari mana kekuatan datang, dihempas-hempas kepala ular tersebut ke batu tempat dia bersandar. Kuat. Kepala ular tersebut berdarah. Sedikit demi sedikit belitan ular tersebut melonggar. Akhirnya ular tersebut meleparkan belitan dan jatuh ke tebing sungai. Tak bergerak. Lemah. Ekornya sahaja sedikit bergerak ke kiri dan ke kanan.
  
   Napi yang kebasahan bercampur dengan tanah bangun meninggalkan ular tersebut. Mahat dan Halim yang pandang cukup kagum dengan cara Napi melepaskan diri. Hebat sungguh!

"Reti kan kau dua orang nak tolong aku?" Napi tak puas hati setelah dia mendapatkan dua orang kawannya itu.

"Power siot kau lawan ular tuuuu!" Halim dengan nada terujanya mengendahkan pertanyaan Napi tadi.

   Napi sedikit tersenyum. Dia pandang semula ke arah ular tadi untuk memastikan ular tersebut sudah mati sepenuhnya.

   Alangkah terkejutnya Napi, Halim dan Mahat apabila mendapati ular tersebut sudah tiada. Yang ada cumalah sekujur tubuh gadis yang berpakaian kebaya berwarna hitam, dan berkain batik. Rambutnya disanggulkan mungkin kerana rambutnya panjang. Berdiri memerhatikan mereka bertiga sambil kepalanya berdarah. Napi karget semula. Sementara Halim dan Mahat dah cabut lari mendapatkan motorsikal terus tinggalkan Napi. Dasar tak boleh buat kawan.

   Mata gadis tersebut berkaca. Seperti meraih seribu simpati dari Napi. Darah masih belum mahu berhenti dari dahi kiri gadis tersebutnya. Wajahnya sebujur sirih dengan seulas bibir yang sangat comel. Kalau tiada darah tersebut, pasti gadis tersebut ialah gadis paling cantik dalam Malaysia mengalah Neelofa.

   Entah apa berlaku, Napi mendekati gadis tersebut.

"Awak tak apa-apa?" Napi tak tahu apa hendak dibualkan.

   Tiada jawapan dari gadis tersebut, namun tiba-tiba gadis tersebut hanya memeluk erat tubuh Napi. Napi hilang pertimbangan. Sedikit darah dari dahi kiri gadis tersebut menitis ke bahu Sharipudin. Napi mengalah dan membiarkan terus tingkah laku gadis tersebut.

   Napi tersenyum tiba-tiba. Masakan tidak, entah dari mana gadis ini muncul, seorang gadis yang paling ayu sedang memeluk dirinya. Terasa megah. Matanya dipejamkan erat-erat menikmati pelukan gadis tersebut. Kalaulah Halim dengan Mahat ada tadi, pasti mereka berdua rasa cemburu yang teramat sangat.

   Nafas Napi semakin sesak secara beransur-ansur. Pelukan gadis tersebut terasa erat. Terlalu kuat sehingga menjerut habis seluruh sistem altileri darahnya. Napi cuba menolak tubuh gadis tersebut namun tak berupaya. Napi cuba melawan seluruh sisa tenaganya. Matanya dibuka.

   Apa yang dipandang bukanlah gadis tadi, tapi ular yang mula-mula menyerangnya sedang menganga mulut sebesar-besarnya muat-muat kepala Napi. Taring yang berbilah-bilah menjadi perhiasan gusi ular tersebut sambil ular tersebut memandang garang tepat ke mata Napi. Napi tak sempat berbuat apa-apa dan....

"NGAPPPP!!!"

   Kepala Napi sudah ada dalam rongga mulut ular tadi. Perlahan-lahan tulang-belulang Napi remuk akibat dijerut kuat ular itu. Napi lemah, sedikit meronta sambil perlahan-lahan tubuhnya ditelan ular tersebut.


**********


   Esoknya gempar tentang kehilangan Napi. Mayatnya langsung tidak dijumpai. Halim dan Mahat sekadar mengunci mulut, kerana apa yang mereka berdua nampak sebelum melarikan diri, memang takkan dipercayai Mak Enon si jual karipap, Mak Teh jaga kantin sekolah, Cik Deli guard sekolah, Encik Mansur ketua kampung atau sesiapa sahaja...




---Tamat dan maaf kerana saya ketiadaan masa untuk update blog. Cerita ni pun makan masa hampir dua minggu untuk disiapkan. Hukhukhuk---







Wednesday, June 27, 2012

Cuma Lima Hari...

   Cuma lima hari yang jadi hari paling cerah sejak aku jadi tentera perang rindu. Lima hari itulah aku dibebaskan dari terperangkap, ditawan, diseksa dengan sakitnya sebuah kerinduan. Ya. Cuma lima hari itulah.

   Sebelum tempoh lima hari itu wujud dalam kalendar rentetan perang demi perang, nyaris aku terbunuh dengan tempuran demi tempuran. Nyaris aku berputus asa. Nyaris aku meletakkan senjata. Setiap hari juga aku menghela nafas yang rasanya berbaur penuh dengan kebosanan dan kesakitan. Keringat perjuangan yang aku kerahkan tidak sempat untuk kering, selalu terganti baru.

   Kesibukan urusan dalam usaha menjadi orang pun tak mampu menangkis kelajuan, keampuhan, kekerasan, kekentalan serang si perang rindu ini. Cuma semangat yang masih ada jadi nadi penyambung dan penyabung nyawa. Mengerang? Memang dah pasti.

   Bila tiba tempoh yang lima hari itu, rasanya seperti kejayaan menuntut sebuah kemerdekaan abadi yang harus dikecapi sekalian umat. Semaksimum mungkin tempoh lima hari itu di-fully utilized semata-mata untuk menikmati kebebasan membebaskan diri dalam tawanan rindu selama ini. Manis. Romantis. Dramatis. Seolah-olah menjadi penyalur dendam selama ini yang dikumpul-simpan.

   Esok dan seterusnya, kembali mengangkat senjata untuk berperang dengan angkatan rindu. Semula. :(

Wednesday, May 23, 2012

Nazmi Mansur : Bukti tahap penyokong rakyat Malaysia di tahap kanak-kanak...

Aku Google Image, taip Nazmi Faiz, tapi jumpa gambar ni. 


   Pelik jugak bila mana ada yang nak kaitkan Neelofa dengan Nazmi. Atau ni memang makwe Nazmi? Kalau betul Neelofa ni makwe Nazmi, boleh tahan jugak selera kekuda Nazmi ni, dah saing-saing Zaquan dengan Zafuan dah ni. Ah. Bukan aku tau pun pasal gosip-gosip ni.

   Berbalik kepada isu asal. Tengok tajuk, mungkin ada yang dapat tangkap, mungkin ada yang tidak. Mungkin ada yang blur, mungkin ada yang tidak. Baiklah. Persetankan tajuk. Kita berdiskusi secara matang, berhemah dan angkuh.

   Dulu... Duluuuuu... Aku ada tulis sepucuk surat bertajuk 'Surat Buat Peminat' . Ok. Itu dululah. Entah ada yang baca, entah ada yang tidak. Sebab surat tersebut aku gulung-gulung masuk dalam botol kaca. Tutup pakai gedus, campak ke sungai. Harapnya surat tersebut sampai ke Selat Inggeris. Kalau sampai SUngai Ganga, bercampur dengan abu mayatlah gamaknya. 
(-_-")

   Ok. Seluruh dewataraya bumi Malaysia, rata-ratanya kenal akan Nazmi Faiz ini. Malahan namanya lebih dikenali dalam kalangan peminat perempuannya. Hanya kerana sekali dia pernah menjaringkan gol cantik ketika menentang Bahrain. Juga kerana rupa parasnya, beliau menjadi idaman gadis-gadis dan ibu-ibu mertua di kampung untuk menjadikannya anak menantu. Cuba kalau Tamil Arasu yang buat gol cantik tersebut? Belum mungkin gadis-gadis Malaya terhegeh-hegeh nakkan beliau.

   Arakian, itu hanyalah cerita dahulu kala, ketika skuad Olimpik Malaysia layak ke pusingan ketiga. Diam-diam ubi berisi, diam harimau menyimpan kuku. Entah menda bidalan aku reka ni? Kita abaikan. Kini, terbaru, terpanas, tergempar, terpanas, tergempar, terbaru, terpanas, dan kenapa pulak korang baca ulang-ulang ni? LULZ. Berbalik semula, berita terbaru yang sedang tersebar meluas di seluruh alam dunia media internet Malaya, Nazmi Faiz telah berjaya meloloskan diri untuk menjadi pemain Malaysia yang berjaya mengikat kontrak di Eropah setelah 10 tahun dahulu, perkara sama dilakukan Akmal Rizal.

   Kelab tersebut diberi nama SC Beira-Mar. Sekali dengar, macam nama enjin kereta pun ada kelab ni. Dua kali dengar macam kelab lumba kereta. Tiga kali dengar pulak macam kuih bangkit. Hmmm.

   Sebaik sahaja pengumuman berita Nazmi ini tersebar meluas, maka dengan itu, seluruh rakyat marhaeins bertepuk tangan tanda gembira.

   Asam garam, perpindahan kontrak tersebut, menambahkan lagi kebebalan tahap penyokong bola sepak. Cukuplah sudah dengan Cardiff City dan QPR dahulu kala, kali ini Beira-Mar jadi sasaran kelab yang diminati. Tak sudah-sudah rakyat Malaysia ni tunjuk perangai monyet, khususnya Melayu. Cina pandang pulak sukan rakyat macam ni. Diorang main bola keranjang.

   Berbalik isu asal. Secara jujurnya, aku menyampah dengan fenomena 'mendaftar' diri sebagai penyokong kelab sejati secara tiba-tiba ni. Tapi dalam menyampah, ianya juga sebuah hiburan. Yalah. Macam tengok monyet dekat sarkaslah hiburannya. Tak gitu? Keh keh keh...

   Ada orang Malaysia beli Cardiff City, terus mengaku sokong Cardiff. Tony Fernandes beli QPR, terus melambak nak beli jersi QPR, kenapa Jersi Swansea tak nak beli? Kenapa tak Norwich City sewaktu bawah tajaan Proton? Kenapa tidak semua sokong RC Strasbourg? Akmal Rizal pernah main dekat situ apa? Kenapa tak Celtic? Ada Shaun Maloney. Kenapa tak SV Wehen? Rudie Ramli dengan Fadzli Shaari main dekat situ. Errr.. Kejap, kejap, penyokong Harimau Malaya ni kenal ke semua nama-nama ni?

   Kemasukan Nazmi Faiz ke SC Beira-Mar yang masih samar-samar tempat utamanya ini sekaligus menambah lagi hiruk pikuk perangai monyet, jakun, batak rakyat Malaysia ini. Dah nampak dekat Facebook ada akaun penyokong SC Beira-Mar Malaysia. Dah ada akaun Twitter SC Beira-Mar Malaysia. Nasib baik MySpace lama dah terkubur. Tak lama lagi, meriahlah pasar-pasar malam, uptown dengan jersi-jersi SC Beira-Mar walhal mereka selama ni jadi penyokong kelab-kelab jajahan England. kalau sokong Chelsea takpe, anda di jalan benar. Kalau sokong Man. U, Liverpool, Arsenal mahupun Newcastle, mohon renung kembali masa depan anda. Hmmm.. Hmm..

   Maaf termelencong sedikit. Kita berbalik semula. Aku harap lah, penyokong-penyokong Harimau Malaya baru berdaftar, pihak media, kurang-kurangkan sedikit terlalu menaikkan nama Nazmi Faiz ni. Kita tau potensi dia besar. Tapi sejak skuad Malaysia mendapat tempat semula di hati rakyat sejak era Zaquan, kita nampak, ramai pemain bola yang disogok berita dan pujian melampau, akhirnya ke laut. Ranking makin jatuh, penyokong tak sedar dibodohkan FAM. Macam tulah perumpaannya.

   Siapa tak bangga? Aku? Bukan macam tu. Tapi biar berpada, Thailand yang memang jaguh Asia Tenggara masih susah nak jadi timnas paling 'rajin' ke Piala Asia. Piala Dunia? Memang kena tunggu bola sepak diiktiraf jadi sukan tradisional baru boleh layak agaknya. Filipina, Indonesia, Singapura, dah ramai pemain mereka ke Eropah. Macam tu jugak. Hmm. Hmmm....

  Akhir kata kepada peminat baru SC Beira-Mar tu, teruskan perangai monyet anda. Seronok jugak tengok gelagat kalian. Kelakar sebenarnya. :D


Suatu hari nanti pasti beliau menyesal menyokong kelab penuh sejarah






P/S : Errr.. Alang-alang punggung dah terbakar sebab baca tanpa berfikir tu, takpun sebab setepek kena dekat hidung, meh ler usyar artikel bakar punggung yang lain. Ihikhikhikhik... :D

Chelsea : Drama Keangkuhan

Cinta Untuk Lebah
Teori Kospirasi di Sebalik Ramli Manchester United
Surat Buat Peminat Cardiff City, QPR

Monday, May 21, 2012

Chelsea : Drama Keangkuhan...

Orgasme sebenar

   19hb Mei 2012 adalah hari bola sepak bagi umat Malaysia. Pada pukul 8:45 malam, peminat bola sepak Malaysia dihiburkan dahulu dengan pertarungan final Piala FA antara Kelantan vs Sime Darby FC. Bagi Sime Darby FC, mereka mendapat jolokan 'silent-killer' kerana berjaya menyingkirkan kelab terangkuh dalam Malaysia, Johor FC dan kemudiannya mengetepikan saingan Terengganu sebelum mereka sampai ke peringkat akhir. Perlawanan berlangsung seperti biasa selayaknya taraf bola sepak Malaysia dan Kelantan berjaya menjulang Piala FA melalui jaringan Ghaddar, sekaligus melengkapkan seluruh koleksi piala yang dipertandingkan dalam Malaysia. Tahniah Kelantan. Anda memang di kelas tersendiri.

   Arakian, pada pagi 2:45 (waktu Malaysia), seluruh umat manusia sejagat menumpukan perhatian ke Jerman dan tumpuan itu dipusatkan terus ke Allianz Arena, Jerman. Di mana menurut pendapat bijak pandai dahulu kala, Allianz Arena ialah kandang keramat buat sebuah pasukan bola sepak gergasi Jerman, Bayern Munich.

   Cerita kandang keramat hanyalah sedikit asam garam sebelum episod sebenar bermula. Episod peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah. Sekumpulan singa biru, mewakili rumah sukan England bernama Chelsea bertandang ke kandang tersebut dengan sopan dan berbudi bicara untuk dilayan kumpulan Bayern Munich. Segala palu-paluan gendang, flare dan pembuka bicara dimulakan tanpa nyanyian lagu Negaraku. Segala umpat cacian dan dengkian kepada kumpulan Chelsea juga semakin hangat. Segala kem-kem pasukan merah yang lain (Menyu, Liverpool, Arsenal khususnya) bernaung terus di bawah payung Bayern Munich. Langsung tiada semangat 1England.

   Aku, dan Sopi yang memang datang dari kem Chelsea sementara Brendan dari kem Newcastle, sampai lambat 2-3 minit ke kedai mamak, campur sibuk cari kerusi dan tempat duduk. Pemakaian sut Chelsea membuat banyak mata-mata memandang sinis dengan keyakinan aku terhadap Chelsea. Berbekalkan muka Poker Face, aku duduk dan terus pusatkan fokus ke skrin.

   Sepanjang 45 minit pertama menonton drama Chelsea-Bayern Munich, tanpa tulang utama, Terry, Ivanovic, Ramires, memang membuatkan kem Chelsea diselubungi gelisah. Serangan bertali arus dilancarkan bertubi-tubi ke kubu Chelsea, namun tiada satu pun berjaya membolosi gawang yang dikawal rapi Abang Petr Cech. Perlawanan bagi separuh masa pertama memang memihak Bayern Munich. Dari segala penjuru mereka cuba menyusup masuk ke kubu Chelsea. Tak berjaya menyelit, mereka cuba serangan jarak jauh, namun juga tak dapat mereka tembus. Semuanya berkat kesucian Chelsea yang memperkenalkan jenama 'park-the-bas' sebagai satu terma baru dalam bola sepak. Sementara Chelsea? Hanya ada satu percubaan tepat, itupun melalui Kalou The Spider yang mudah ditangkap kemas Neuer yang asyik leka bermain SMS.

Labah-labah yang garang.

   Rehat separuh masa. Masing-masing yang menonton membuat andaian dan spekulasi tersendiri di atas persembahan drama Chelsea-Bayern Munich.

   Separuh masa kedua juga tiada bezanya dengan separuh masa pertama. Bayern Munich begitu rakus menyerang Chelsea dari pelbagai arah dan Chelsea hanya mampu meletakkan bas di depan gawang gol. Seperti di atas ranjang, Chelsea hanya mampu mengerang diasak Bayern Munich. Begitulah perumpamaannya.

   Ketua pengarah drama Chelsea, Roberto Di Matteo cuba mengubah skrip akibat merasakan sudah bosan menghiburkan seluruh puak-puak kem merah. Yalah. Bukan main seronok mereka tengok Chelsea diasak sedemikian rupa. Jadi, Abang Torres dimasukkan mengganti Kalou Si Labah-labah. Nyata skrip sedikit berubah, namun masih Bayern Munich yang menjana cerita.

   Minit ke-83, ketumpulan penyerang Bayern Munich pada 82 minit menjadi tajam secara tiba-tiba. Muller yang agak bangang sebelum ini, tiba-tiba menanduk masuk bola ke dalam gawang Chelsea dan membuatkan seluruh Allianz Arena bergempita, bahkan seluruh kem-kem merah seluruh dunia. Ya, mereka tiada dalam saingan tapi mereka yang suka. Memang menghairankan.

Orgasme awal dari Chelsea

   Jaringan tersebut sekaligus menyentap semangat kem Chelsea. Aku sendiri hanya mampu memegang kepala sambil menggenggam rambut tanda terkesima. Sementara Brendan, sudah mula mengapi-apikan aku dengan memaksa aku membuka jersi Chelsea. Aku tetap menyimpan sedikit harapan supaya drama ini dilanjutkan dan ternyata harapan itu ditunaikan anggota Chelsea. Minit 88, hanya lima minit mereka semua bergembira, Drogba si angkuh tiba-tiba menanduk bola sepakan penjuru dan terus menerjah gawang Bayern Munich, yang dikawal Neuer. 

Kurang pasti sama ada ini ritual tolak hujan atau sejenis perayaan gol

   Tamat 90 minit, tiada pemenang dapat ditentukan dan perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.

   15 minit pertama, sekali lagi drama dipegang lebih Bayern Munich. Namun baru 5 minit dimulakan, skrip bertambah konflik di mana Bayern Munich dihadiahkan sepakan penalti akibat kekasaran Drogba. Debaran begitu kencang apabila menyaksikan tendangan penalti tersebut bakal diambil Robben, bekas pemain yang bernaung di bawah Chelsea sebelum ini. Dengan wajah tenang, Robben menendang bola ke arah kiri Petr Cech dan dengan bergayanya Petr Cech muncul watak adiwira dengan menyelamatkan tendangan tersebut. Ya! Adiwira realiti! Sekaligus konflik berjaya diselesaikan.

Meramal tendangan Robben dengan angkuh

   15 minit kedua berlangsung sehinggalah tamat dan keputusan masih terikat dengan 1-1. Apapun pemenang harus ditentukan. Jadi tendangan penalti perlu dilakukan bagi mencari siapa hero sebenar.

   Inilah dia klimaks paling menginzalkan bagi mana-mana peminat bola sepak. Tendangan penalti. Satu persatu tendangan di ambil bermula dengan Lahm mewakili Bayern Munich. Bagi kem Chelsea, tendangan Juan Mata berjaya diselamatkan Neuer sementara bagi kem Bayern Munich, tendangan Olic berjaya diselamatkan Petr Cech sementara tendangan Sebastian Schweinsteiger sekadar mencium tiang kiri gawang. Dan sebagai tanda paling klimaks, pancutan paling padu, orgasme paling menginzalkan sambil meraung :

Mudah disempurnakan ikon dubuk liar Drogba

   Begitulah tamatnya drama paling mengujakan mengalahkan drama sebabak slot Akasia, drama sinetron Indonesia yang memualkan mahupun drama Rajinikanth yang ditembak takkan mati. Chelsea akhirnya berjaya mengucup piala teragung pentas tertinggi Eropah sambil dipandang cemburu oleh seluruh puak-puak merah seluruh dunia. Tamat sudah ceritanya.

Raungan gangbang beramai-ramai ke atas satu trofi tanda kepuasan

Sebelum aku akhiri drama ini, eloklah kiranya aku kongsikan satu teori Matematik baru yang wajar diaplikasikan dalam mana-mana sekolah :


Inzal+Angkuh+Power+Orgasme x (Kacak/Sombong + Menang) + Unggul = Chelsea


p/s : Mereka menyalak tentang jumlah kemenangan mereka pada masa lampau? Pergi mati. Hidup kena pandang ke depan. Sejarah untuk dipelajari, bukan untuk diungkit. Kui kui kui...

Thursday, May 10, 2012

Pengorek...


Gambar curi dari Google. Ya. Saya ialah lanun internet.







*Pengorek : Pengasah pensel.



"Mak, nanti Din nak pengorek yang macam Aiman punya tu boleh?" Sharipudin cuba membodek ibunya yang sedang melipat pakaian.

"Pengorek yang macamana?" Ibunya acuh tak acuh melayan. Fokusnya tetap ke pakaian yang sedang dilipatnya.

"Alaaaa... Yang boleh pusing-pusing tu. Yang nanti kita letak atas meja, lepas tu kita masukkan pensel. Lepas tu kita pusing tempat pegang dia." Sharipudin menggayakan penuh bersemangat. Tak ubah seperti seorang penjual cendol atau ABC.

"Nak buat apa benda tu? Mahallah. Pakai pisau je sudahlah." Ibunya semakin malas nak melayan.

"Alaaaaa... Pakai pisau tak best." Sharipudin memonyokkan muka. Kecewa dengan maklumbalas dari ibunya. Kerja rumah mewarna dan padankan gambar yang diberi Cikgu Suraya, dia dah tak minat nak buat.

"Yalah. Yalah. Nanti ada duit kita beli ea?" Ibunya tak sampai hati melihat tingkah laku anak keduanya itu.

"Yeaaaay!" Sharipudin kembali ceria dengan jawapan ibunya itu. Sekejap sahaja dah berubah. Terus dia bersemangat semula memadankan gambar-gambar dalam buku latihan. Kerja rumah yang perlu disiapkan.


**********

   Sharipudin perhatikan sahaja Aiman berlagak dengan pengasah pensel yang berbentuk mesin itu. Nampak begitu bergaya sekali pengasah pensel itu terletak di bucu meja sekolah. Tiga empat orang kawan-kawan sekelas mengerumuni Aiman untuk mencuba pengasah pensel tersebut. Walhal sudah hampir seminggu Aiman miliki pengasah pensel tersebut. Tapi kawan-kawannya tak jemu-jemu untuk memusing-musing pengasah pensel tersebut. Walaupun pensel masing-masing belum tumpul pun.

   Sharipudin teringin juga mencuba pengasah pensel tersebut. Dia membawa sebatang pensel kayu pergi ke arah Aiman.

"Aiman, nak pinjam pengorek kau boleh?" Sharipudin cuba mengipas dengan suara gedik. Layaknya usia dia dan rakan-rakan lain yang berumur 8 tahun.

"Tak boleh! Tak boleh!" Aiman tiba-tiba keras. Benci benar dia pada budak miskin seperti Sharipudin.

"Alaaaa.. Bolehlah." Sharipudin belum berputus asa. Dia kerah lagi sedikit usahanya memujuk Aiman.

"Eeeee... Tak malu. Pergilah asah pensel pakai pisau lipat kau tu." Aiman mengejek. Suaranya sedikit menjengkelkan. Kawan-kawan lain cuma diam. Tanda setuju dan menyokong Aiman.

   Sharipudin terus putus asa. Dia berjalan semula ke mejanya. Kecewa dengan ejekan dari Aiman.

"Woi budak miskin. Ni pensel murah kau ni siapa nak ambik?" Aiman menjerit dari jauh. Baru Sharipudin menoleh, pensel miliknya melayang hampir-hampir terkena mukanya. Nasib baik dia sempat mengelak. Sharipudin tak berdaya melayan perasaan kanak-kanaknya, terus bercucuran air mata dihina sebegitu.

"Kenapa ni?" Wani mendekati Sharipudin yang masih teresak-esak menangis.

"Huuuu... Huuuu..." Sharipudin cuma menyahut dengan tangisan. Wani serba salah. Dia ambil pensel kayu milik Sharipudin di atas lantai yang dah patah akibat dibaling tadi.

"Ni Din punya kan?"


"Huuuu... Huuuu..." Sharipudin masih memberi jawapan dengan tangisan lagi sekali. Cikgu yang sepatutnya mengajar pada waktu itu belum mahu masuk ke kelas. Mungkin ada urusan penting. Atau mungkin mengalami  diarrhea yang serius.


   Wani yang lebih rendah dari Sharipudin masih memegang pensil kayu yang patah milik Sharipudin. Dia kemudian bergerak ke arah mejanya dan mendapatkan pengasah pensil bulat yang berharga tiga puluh sen miliknya sendiri. Pengasah pensil bercermin itu masih bersih, baru dibeli Wani. Tanpa ada kata putus dari Sharipudin, atau dipandang Sharipudin, Wani mengasah pensel yang patah tersebut. Tak lama, pensel patah tersebut jadi pensil yang elok semula. Cuma lebih pendek dari yang asal.


"Nah." Wani memberi semula pensil tersebut kepada Sharipudin.


   Sharipudin cuma mengambil tanpa jawapan. Matanya masih merah akibat tangisan namun sudah sedikit reda. Wani cuba memberi senyuman kepada Sharipudin. Comel senyuman gadis cilik itu.


"Kenapa Din tak nak asah guna pisau je? Sama je kan?" Wani menyoal lagi.


"Guna pisau tak best. Tak power macam Aiman punya." Sharipudin menyatakan tanpa berselindung.


"Kalau macam tu, nah ambik pengorek kita punya ni." Wani menghulur kepada Sharipudin.


"Tak nak. Yang ni tak best. Tak sama macam Aiman tu." Suara Sharipudin sedikit keras. Tanda tak setuju dengan pemberian Wani.


"Tapi kan Din, mama kita selalu pesan. Benda murah-murah pun tapi kalau berguna pada kita, tak salah untuk kita pakai. Din guna pengorek ni untuk asah pensel. Kalau Din guna pengorek yang Aiman punya tu pun sama jugak, untuk asah pensel jugak. Sama je kan? Lagipun, Tuhan suka dengan orang yang tahu bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan nak merungut, jangan nak cemburu dengan apa orang lain ada." Wani berceramah langsung tak padan dengan usianya. Tudung labuh yang dia pakai melambangkan dia datang dari keluarga yang kuat pegangan agamanya.


"Hmmmm...." Pendek jawapan Sharipudin.


"Takpelah. Din ambik je pengorek kita punya ni. Kita ada lagi satu." Tanpa jawapan dari Sharipudin, pengasah pensel bulat warna merah yang bercermin itu diletakkan atas meja Sharipudin. Belum sempat Sharipudin jawap apa-apa, Zariff, ketua darjah 2 Mawar menjerit.


"Banguuuuuuuuuuuunnnn!!! Selamat Pagi, Cikgu!!"




************




   Dalam kedai alat tulis, Azlan merengek-rengek meminta-minta Sharipudin membelikan pengasah pensel bermesin mata dua yang sangat canggih rekaannya.


"Nak buat apa pengorek macam tu?" Sharipudin lembut bertanya kepada anaknya yang baru berusia enam tahun.


"Barulah power! Nanti kawan-kawan semua boleh pakai." Azlan bersuara seakan-akan merajuk. Tapi masih mengharap ayahnya membelikan untuknya.

"Sama jugak kan fungsinya untuk korek pensel. Kan? Pengorek dekat rumah pun boleh pakai, kan? Yang penting berguna, biar kita bersyukur dengan apa yang ada. Tuhan suka tau orang yang bersyukur." Sharipudin menerangkan pendek kepada Azlan. Azlan mengalah. Dia cukup mengalah untuk menuruti terus kalau dengar ayat 'Tuhan suka kalau...'


   Isteri Sharipudin, Wani, yang sedang membelek-belek buku resipi sekadar tersenyum manis mendengar dialog perbualan antara suami dan anaknya itu. Mindanya ligat mengingati peristiwa dahulu kala sewaktu masing-masing di darjah rendah.








Tu je. Tamat dah....






p/s : Cerita hambar. Aku tengah cuba-cuba tulis cerita tema jiwang. Huwuwuwuwuwuuuuu~~~

Monday, April 30, 2012

Disapa Makhluk Rempit...

Seperti lazimnya, gambar dicuri dari arkib Google tanpa kredit. 



   Aku tak tahu nak klasifikasikan cerita kali ini bergenre apa. Nak kata seram pun tidak walaupun perkataan 'Di Sapa' tu selalu digunakan dalam buku Mastika atau Bacaria. Nak kata sedih pun tidak, sebab dah kering air mata orang melayu kalau memikirkan perihal rempit ni.

   Tapi tak mengapalah. Izinkan aku nak bercerita barang sedas-dua. Di mana cerita ini aku lalui sendiri beberapa bulan yang lepas.

   Berdasarkan tajuk dan gambar, rasanya dah dapat tangkap cerita ini berkisarkan apa. Tapi jangan bimbang, cerita ini tidak sama macam cerita aksi hambar melayu di mana aksi perlumbaan di jalan Kuala Lumpur yang lengang tiba-tiba. Di mana jalan raya kota boleh dipenuhi dedaunan kering. Tidak! Juga cerita ini tak sama langsung dengan cerita lawak rempit yang membuatkan anda memaksa perut untuk mengeluarkan gelak. Tidak juga!

   Ok. Nampaknya aku memang dah mengarut. Sebelum ada yang mengambil keputusan tak mahu teruskan bacaan, aku terus ke cerita yang aku alami ini. Syyyhhhhhhhhhhhhhhhhhh ;


***********


   Sabtu malam Ahad, adalah hari keramat dan hari keraian bagi remaja-remaja yang memaksimumkan usia mereka dengan aktiviti-aktiviti kegemaran. Tapi bagi aku dan kawan yang lain, takde apa dilakukan pada malam minggu, kecuali layan bola Liga Perdana Inggeris sambil masing-masing akan mengeluarkan pendapat dan hujah masing-masing. Di mana masing-masing akan mempertahankan kekuatan dan kebongkakkan kelab sendiri. Itu lumrah.

   Biasanya kami tonton bola sepak di kedai makan sebab dekat rumah cuma ada siaran televisyen percuma. Jadi bila habis je bola, kitorang pun pulang dengan perasaan bongkak bagi yang menang dan perasaan sayu sesayu pagi Syawal bagi yang kalah.

"Ah! Rokok habis pulak! Tadi tak sedar." Aku mengomel sendirian bila dapati bekalan rokok dah kehabisan.

   Mahu atau tidak, kena jugak pergi ke kedai di bandar sebab dah malam. Mana ada kedai yang dekat-dekat dengan rumah bukak kalau dah lebih pukul 11. Lagipun jarak bandar dengan kawasan rumah aku bukan jauh sangat. Dalam 4-5 kilometer, atau satu lagu hindustan belum habis kalau naik kereta.

   Motor yang ada masa tu motor 125Z milik budak rumah. Antara jenama motor yang menjadi kegilaan manusia-manusia rempit. Motorsikalnya pun kelihatan bongkak. Warna merah dengan dentuman ekzos membakar hati. Dilengkapi dengan empat-lejang dan sistem 'clutch' tangan memang menginzalkan kalau tunggang motorsikal tersebut.

   Aku takde pilihan, capai kunci, start motorsikal 125Z tersebut. Dentuman bunyi enjin yang keluar mengikut corong ekzos sedikit membingitkan. Aku pun bergerak ke kedai di bandar dengan riang-ria.

   Suasana Segamat cukup hidup malam itu. Banyak kumpulan motorsikal memonopoli jalan raya. Mungkin datang dari felda-felda, kampung-kampung atau dari pekan Tenang dan Labis. Ada juga kumpulan-kumpulan berkereta yang sudah dimodifikasi. Megah.

   Aku peduli apa? Yang penting aku beli rokok dan pulang. Itu misi aku keluar ke bandar malam tu.

**********

   Selesai urusan jual beli, depan kedai tu jugak aku nyalakan rokok. Terus aku naik motorsikal tersebut dan 'starter'nya aku tendang. Asap ekzos motor keluar. Asap dari mulut aku pun keluar.

   Tiba-tiba terlintas niat nak pusing sikit dekat bandar Segamat. Nak lalu dataran sebab situ port utama budak rempit bertenggek bersama chikaro masing-masing.

   Aku pun tungganglah motorsikal melewati dataran dengan kelajuan minimum. Dalam 30km/j rasanya. Cuak tu adalah jugak. Dahlah motor yang aku bawak tu garang bunyinya. Bimbang pulak ada yang terpancing dengan bunyi motor tu. Keh keh keh.

   Lepas dataran Segamat, aku terus tunggang pulang ke rumah. Tapi tetap dengan kelajuan minimum. Untuk hisap rokok sambil menikmati malam Segamat.

   Sedang aku tunggang perlahan tu, tiba-tiba segerombolan motorsikal memintas aku dari belakang.

"Preeeeeengg~~ Preeeeengg~~"

   Berderau seketika darah aku tapi aku berlagak cool. Aku tetap maintain tahap 30km/j.

   Satu kejadian tak diingini berlaku, di mana tiba-tiba ada satu motorsikal EX-5 warna putih bergerak perlahan menyaingi kelajuan motorsikal aku. Betul-betul mengiringi aku, sebelah aku. Dia pun angkat 'visor' helemetnya dan bertanya ;

"Abang!"

"Apa?" Aku dengan nada bongkak menyahut.

"Abang ada join game depan tu ke?" sambil si rempit tersebut menuding jari ke arah depan. Tegak mengikut jalan yang aku sedang lalui.

"Hah? Mana ada?"

"Ya ke? Nanti jumpa kat depan tu ea?" Terus si rempit tersebut memulas pedal minyak memecut meninggalkan aku terpinga-pinga.

   Sampai di trafik light, simpang sebelum menuju ke arah kawasan rumah aku, lampu berwarna merah, aku di hampiri segerombolan kumpulan motorsikal. Semua pandang badi dan aku cuma buat muka 'Poker Face' sambil menunggu lampu merah bertukar hijau.


   Bila lampu warna hijau, aku belok ke kanan sementara mereka bergerak terus dengan gaya dan bunyi ekzos yang masing bongkak bunyinya.


   Begitulah kisahnya.  :D