Tuesday, January 31, 2012

Angan dan Angau...

   Petang itu agak permai. Rafiuddin mundar-mandir di halaman depan rumahnya. Tinggal di perumahan taman sentiasa disajikan dengan suasana anak-anak muda menghabiskan subsidi minyak kerajaan, berpusing-pusing dengan motorsikal yang sudah diubahsuai ke tahap tertinggi. Rafiuddin sekadar melihat setiap kali ada sekumpulan motorsikal melintasi perkarangan rumahnya. Setiap kali itulah kepalanya akan terikut sekali sekiranya ada gadis-gadis yang menunggang skuter lalu depannya.


   Rafiuddin mula bosan. Kalau 15 minit lepas dia galak ketawa menonton rancangan kartun Spongebob Squarepants di TV bersama adiknya, Saripuddin yang berusia 5 tahun. Tapi sekarang adiknya itu dah mencapai patung aksi figura bersaiz 5 inci Transformers, kemudian dilaga-lagakan dengan patung Spiderman. Ada banyak lagi patung-patung-patung aksi figura lain yang dibeli di pasar sekadar berselerak di lantai. Tak diendah Sharipuddin.


"Dik, nak ikut abang jalan-jalan tak?" Rafiuddin cuba memancing perhatian adiknya itu.


"Hiyargh! Ambik kau! Kuasa Tendangan Ada Hikmat di Sebalik Kejadian!" Suara anak kecil itu beraksi sama sebaik patung Transformers dilagakan ke arah patung Spiderman tadi. Rafiuddin hilang sabar bila pertanyaannya tak dilayan. Terus sahaja Rafiuddin capai kunci motorsikal dan menghidupkan motorsikal ber'starter' elektrik itu. Sahripuddin yang leka bermain terkejut mendengar bunyi motorsikal abangnya itu. Memang dia pantang dengar bunyi motorsikal. Terkedek-kedek dia berlari menuju ke muka pintu depan memandang abangnya itu.


"Nak ikut..." Suara Sharipuddin manja selayaknya mana-mana anak kecil seusia dengannya.


"Meh sini. Jom. Tadi tanya taknak jawap" Rafiuddin mempelawa lagi sekali.


   Sharipuddin mengambil tempatnya di depan Rafiuddin. Memasukkan kakinya ke dalam raga motorsikal. Mukanya ceria dapat jalan-jalan.


"Nanti beli Milo Ais tau." Sharipuddin meminta abangnya singgah beli minuman kegemarannya itu.


"Jap lagilah. Nak pergi taman tak?" Rafiuddin memperlawa lagi.


"Nak! Nak!"


   Seraya itu, motorsikal milik Rafiuddin masuk ke simpang menuju ke arah taman permainan untuk kanak-kanak di pekan itu.


   Sebaik tiba, Rafiuddin dapati taman tersebut tidaklah begitu sesak. Cuma ada beberapa keluarga sahaja yang datang membawa anak-anak mereka ke taman permainan itu. Anak-anak kecil riang bermain. Yang menggelungsur, berjongkang-jongket, berbuaian sekaligus menarik perhatian Sharipuddin. Dia tak menunggu lama, terus turun dari motorsikal dan berlari terkedek-kedek ke arah buaian meninggalkan abangnya yang masih lagi duduk di motorsikal.


   Rafiuddin nyalakan rokok. Matanya tetap tertancap ke arah adiknya. Ingin memastikan adiknya itu kekal selamat bermain permainan di situ.


"Abang! Sini!" Sharipuddin memanggil abangnya. Rafiuddin terus turun dan dapatkan adiknya yang masih lagi duduk dibuaian.


"Nak apa kau ni?"


"Tolak adik laju-laju. Sampai naik atas." Sharipuddin meminta. Rafiuddin sekadar turutkan. Menolak dengan kadar sederhana. Hanya separas pinggangnya buai itu berayun. Tapi bagi Sharipuddin, itu dah cukup tinggi. Ketawanya dah memberi kepuasan kepada Rafiuddin yang menolak buaian.


"Kau mainlah sendiri. Abang nak duduk." Rafiuddin berhenti menolak buaian. Membiarkan adiknya pergi mendapatkan gelungsur pula. Rafiuddin terus berjalan mendapatkan gazebo yang memang dibina khas dalam kawasan taman permainan itu. Rafiuddin duduk melepaskan lelahnya.


   Sekali lagi matanya tak lari dari mengekori setiap gerak-geri adiknya itu. Tidak mahu apa-apa terjadi. Tapi sesekali matanya meliar meihat anak-anak gadis yang berjogging di situ. Seketika kemudian dia memandang sekeliling gazebo itu pula. Tiada orang lain. Cuma dia seorang. Bukan sekali dua dia pergi ke taman permainan itu dengan adiknya, boleh dikatakan seminggu 3-4 kali. Tak jauh pun dari rumahnya. Jadi orang lain tak pelik meilhat dia duduk seorang diri di situ sebab dah ramai yang kenal akan dirinya.


"Assalammualaikum." Ada suara gadis menegurnya ketika Rafiuddin begitu leka memerhati adiknya.


"Wa'alaikumsalam. Ya saya?" Rafiuddin bersantun menjawab. Takut dituduh tak berbudi bahasa. Senyumnya tetap dikuntumkan. Sebaik Rafiuddin terpandang ke arah gadis yang menegurnya tadi, dia terpana. Senyumannya makin manis.


"Takde apa-apa. Saja nak duduk sini. Boleh?" Gadis tersebut terus duduk di sebelah Rafiuddin tanpa Rafiuddin memberi kata putus boleh atau tidak. Haruman begitu semerbak menyucuk rongga hidungnya. Bau seperti epal hijau. Wangi. Rafiuddin memandang ke depan. Gugup untuk dia memandang gadis tersebut lama-lama.


   Hatinya tertanya-tanya. Siapa gadis tersebut. Berkasual sangat ringkas tapi menarik. Baju agak labuh berwarna merah jambupekat diserikan dengan tudung merah jambu cair. Cantik. Cukup cantik. Kulitnya agak putih mulus. Tinggi meungkin setara Rafiuddin. Membuatkan Rafiuddin meneguk air liurnya sendiri.


"Kenapa awak diam? Tak suka saya duduk sini?" Gadis tersebut bertany lagi sebaik melihat Rafiuddin berdiam diri.


"Eh! Tak! Tak! Saya suka je." Rafiuddin membantah. Gadis tersebut tersenyum.


"Abang! Nak Milo Ais!" Tiba-tiba Sharipuddin muncul.


"Nanti kita beli. Pergi main dulu. Jangan jauh-jauh sangat."


"Ok!" Sharipuddin berlari semula mendapatkan gelungsur. Gadis tadi juga memandang Sharipudin.


"Adik awakkan?" Gadis itu menyoal.


"Ha'ah. Kenapa?" Rafiuddin mengiyakan.


"Comel."


"Tengoklah abangnya."


"Eee... Perasan." Perbualan mereka makin serasi. Makin rapat dan seolah-olah tembok yang membuatkan Rafiuddin gugup tadi hilang sama sekali. Mereka terus berbual.


"Awak memang penyayang ek?"


"Haa? Kenapa cakap macam tu?" Rafiuddin kurang pasti. Tumpuannya kepada Sharipuddin pun dah hilang.


"Awak sayang adik awak. Selalu saya perhatikan awak bila awak datang sini." Gadis itu bersuara perlahan. Rafiuddin berdiam diri. Terasa bangga juga bila dipuji sebegitu. Namun dipendamkan dalam hati.


"Awak tau tak..." Suara gadis itu terhenti dengan sendiri.


"Tau apa?" Rafiuddin kurang pasti.


"Saya sebenarnya sukakan awak." Gadis itu begitu terus-terang.


"Hah!" Rafiuddin terkejut namun suka dalam hatinya. Dan terkejutnya semakin bertambah bila gadis itu terus memeluknya dan merebahkan kepala ke dada Rafiuddin. Rafiuddin serba-salah. Jantungnya berdegup kencang. Namun Rafiuddin cuba untuk mengekalkan kestabilan nafasnya. Dia pun mengusap-usap kepala gadis yang baru dia kenali setengah jam yang lalu. Senyuman terukir automatik. Orang ramai menggeleng kepala melihat kelakuan mereka berdua.


*************


"PAAAAANNNGGG!!!!!"


   Sekeping pelempang bersaiz sederhana besar hinggap di pipi kanan Rafiuddin. Serta-merta tangan kanan Rafiuddin menekan kesan tamparan tadi.


"Apa ni?" Rafiuddin kurang pasti.


"Kenapa? Bukan main lagi ya awak? Mengigau entahkan perempuan mana. Sampai anak melalak pun buat tak dengar je." Rafiuddin menahan desing telinganya dari leteran isterinya itu. Dia sendiri bingung kenapa dia dapat mimpi sedemikian. Mungkin kerana baru petang tadi dia bawa anaknya berjalan-jalan di taman permainan. Bukan adiknya seperti dalam mimpi. Dan gadis tersebut memang ada di taman permainan tersebut menjual cendol dan ABC.


   Kedengaran bebelan Isteri Rafiuddin belum ada tanda mahu berhenti. Rafiuddin gosok kepala sendiri. Adakah dia nak kahwin dua?


"PPAAAAAAANNNGGG!"


   Sekali lagi pelempang bersaiz sederhana hinggap. Seolah-olah isterinya itu dengar kata hati Rafiuddin.





Saturday, January 21, 2012

Cabaran Cikgu Era Kini...

Cikgu Zakiah peransang untuk pelajar juvana masuk sekolah pemulihan.

   'Sekolahku Rumahku'. Mungkin ramai yang pernah dengar slogan sebegini dimuralkan di dinding-dinding sekolah. Slogan ini menggambarkan bahawa pelajar sekolah menghabiskan hampir seperempat masa mereka di sekolah. Ini bermaksud mereka menghabiskan masa yang banyak di sekolah. Aku juga begitu. Kalian juga begitu. Jadi, ini juga bermaksud, cikgu-cikgu di sekolah seolah-olah di beri mandat untuk menggantikan tugas ibu bapa untuk seperempat hari pelajar.

"Ah! Shit! Intro mesti nak macam haram."

   Ok, ok. Sila scroll ke bawah, jangan baca intro tahi di atas. Apa yang ingin aku sampaikan, masa sudah bergerak begitu laju sekaligus mengubah senario tumbesaran anak-anak umumnya remaja. Jadi, untuk si guru mengajar dengan method yang sama ketika zaman telegram adalah tak relevan lagi untuk masa kini. Anak-anak sudah maju. Rempit, budak pavi, ganja, atau sebagainya memang merunsingkan. Oleh itu, aku teringin bawa pembaca untuk tengok apa dia cabaran buat cikgu zaman Facebook ni :


Cikgu Tadika

   Untuk zaman sekarang ni, kanak-kanak seawal usia 3 tahun dah mula kenal apa itu laptop, PSP, remote, handset atau sebagaimana. Yang mana gadget-gadget ini lebih cenderung dengan butang berhuruf. Kita tahu di tadika akan mengajar ABC, 123 atau alif ba ta. Jadi, amat tidak relevan untuk mengajar mereka dengan cara A=Ayam, B=Bola, C=Cicak sebab mereka sudah sedia maklum akan objek-objek sebegitu yang bermula dengan huruf-huruf apa. Sebaliknya, apa kata cikgu-cikgu tadika ni, menggunakan cara A=Astrophysics, B=Blogger, C=Chromosome. Amacam? Ada beran tak cikgu-cikgu tadika sekalian?


Cikgu Agama

   Yang ini lebih sesuai digunakan ketika mula masuk darjah 4 ke atas. Di mana ada murid yang sudah mumayiz, berkhatan atau tahu apa itu benar dan salah walaupun time-time macam ni budak lelaki yang masih tak matang masih main lawan pemadam atau main jadi-jadi. Oleh kerana mereka sudah mula mengenal apa itu batil dan jahil, jadi layaklah sekiranya unsur agama diterapkan lebih serius. Namun mereka lebih matang dengan masa. Terlalu cepat mereka menerima sehingga yang belum patut pun mereka dah tahu. Jadi, cikgu Agama lebih besar tugasannya dan lebih mencabar. Aku harap cikgu lebih hebat menerapkan nilai-nilai Islam dalam jiwa mereka.


 Cikgu Bahasa Melayu

     Ya. Inilah juga antara cikgu yang punya tugasan berat. Tugasan di mana membetulkan semula ejaan budak-budak yang gemar merosakkan bahasa sendiri. "eCokx KqMie nqK eKzem SPM. Doqkan kqMie lulus pqPer Bie-Eym ea? Hikhikhik. (Esok kami nak periksa SPM, Doakan kami lulus kertas BM ea?- time aku nak taip contoh tulisan gedik+bangang tu boleh habis sebatang rokok). Aku harap sangat cikgu-cikgu BM pergi bertapa di gua untuk mencari formula terbaik bagi mengelakkan kerosakan bahasa ini dari terus meracun budak-budak lagi bawah dari mereka.


Cikgu Geografi

   Malaysia diketahui berada hampir dengan garisan Khatulistiwa di mana Malaysia merupakan negara yang tidak mengalami empat musim. Jadi, apa yang tugas beratnya bagi cikgu Geografi? Bukankah mereka cuma perlu mengajar mengikut silibus? Memang ada kena-mengena sebenarnya. Cikgu Geografi perlu menyedarkan anak-anak murid mereka bahawa mereka merupakan orang Malaysia. Anak Malaysia. Bukannya berada di 'Garisan Latitud Jadi' atau 'Garisan Latitud Sartan'. Sedarkan anak Malaysia jangan mahu jadi orang Korea yang sibuk terikut-ikut K-Pop sampai si Temah nak tukar orang panggil dia Lee Yong Pyo. Atau yang sibuk terikut-ikut bila si Hanafi ingin menjadi Napi Bibier. Tolong sedarkan mereka!


Cikgu Sejarah

   Orang Amerika didapati berjaya apabila menggunakan method melekatkan poster-poster dinding sekolah mereka dengan pelbagai siri kegagalan pemimpin mereka. Lincoln khususnya. Banyak kegagalan sebelum berjaya menjadi presiden US. Anak-anak murid mereka mengkaji bagaimana kegagalan boleh berlaku dan mereka akan hindari. Begitu jugalah gamaknya yang boleh di ketengahkan cikgu Sejarah. Tunjukkan mereka apa yang gagal. Bukan apa yang dikecapi berjaya walaupun berjaya itu hanya di jaguh kampung. Namun begitu bagaimana hendak merealisasikannya? Sejarah Malaysia sendiri sudah mula diragui. Sudah ada yang membocorkan rahsia kebenaran. Jadi, cikgu Sejarah, anda mempunya cabaran yang sangat besar untuk mengajar mereka Sejarah bila mana abang-kakak mereka belajar lain, mereka belajar lain.


Cikgu Matematik.

   Cikgu Matematik yang asal dari Kedah, suka berbaju kebaya, mempunyai suami berjawatan kerajaan, beranak satu dan bernama Suraya akan menghadapi cabaran yang besar untuk menghadapi murid bernama 'Amir.'

  
   Ok. Abaikan yang cikgu Matematik tu. Karut sebenarnya. Mueheheee.. Begitulah sedikit sebanyak cabaran cikgu-cikgu masa kini. Berat sebenarnya nak jadi cikgu ni wahai kalian. Berdiri kita sekarang ni juga adalah kerana cikgu yang menjadi sebahagian nadinya. Jangan disia-siakan penghargaan cikgu itu. Kepada remaja yang mudah terpengaruh, kembalikan semula jati diri anda. Berguru dengan ikhlas, bukan dengan malas. : )


Pergh! Ending aku taknak best pulak. Hahaha...





Thursday, January 19, 2012

Teater Pentas Realiti : Berbual Tajuknya Cinta...

"Kau yang curang dulu belakang aku! Bukan aku tuduh bukan-bukan!" Sharipudin benar-benar hilang sabar. Kelembutan dan 'gentlemen'nya hilang sama sekali.

"Apa buktinya? Jangan main tuduh-tuduh." Balas Zarita seolah mempertahankan diri sendiri. Suaranya juga meninggi.

"Apa bukti? Kau jangan nak main wayanglah dengan aku. Sekarang bukan lagi zaman telegram." Sekali lagi Sharipudin berkeras. Namun nadanya sedikit rendah. Jarinya telunjuknya tepat ke hidung Zarita. Matanya membulat. Semacam ada api menjulang keluar dari korneanya.

"Main wayang apa lagi ni? Kau yang dah ada perempuan lain. Pandai-pandai nak tuduh aku. Nak lepaskan aku cakap je lah!!" Zarita tetap ingin mempertahankan diri sendiri. Suaranya tinggi. Terjangkau hampir sepertiga taman tasik itu. Pengunjung-pengunjung lain sekadar menggeleng. Dasar remaja baru nak naik.

"Ni. Kau tengok ni!" Sharipudin menekan-nekan punat telefon bimbitnya berjenama N70. Zarita makin tak faham.

   Seketika kemudian telefon bimbit itu diberi kepada Zarita. Ada suara video sedang dimainkan. Sebaik Zarita terpandang video yang dimainkan itu, matanya membungkam. Dia menutup mulutnya dengan tangan kiri. Tangannya menggigil. Suaranya mati terus!

   Apakan tidak, video bertajuk 'Zarita gadis kolej' sedang memaparkan jelas aksinya sedang 'bergelut 'diranjang dengan seorang lelaki yang memang dia dan Sharipudin sendiri kenal. Lelaki yang pada awalnya Zarita kenal di alam maya, adalah teman sekolej Zarita. Suara aksi ghairah Zarita jelas keluar dari speaker telefon bimbit Sharipudin.

   Zarita tak berani angkat mukanya. Dia sekadar pandang ke tanah namun langsung tiada satu pun titik fokus. Sementara Sharipudin sudah tewas dengan air matanya sendiri. Reaksi Zarita dah menjawab perseoalannya bahawa gadis dalam video itu adalah memang teman wanitanya sendiri.

"Dahlah perempuan sundal! Pergi mati sama kau, dengan jantan kau tu. Aku dah tak kenal kau, dan aku tak pernah kenal kau. Sial!" Sekali lagi Sharipudin menjerit. Telefon bimbit dari tangan Zarita dirampas, terus dihempas ke batu. Berderai terus telefon bimbit tersebut.

*********

"Kenapa ni, Din? Gaduh lagi ke dengan awek kau?" Kamal bertanya sebaik melihat Sharipudin sekadar menunduk. Matnya merah.

"Aku tak pernah kenal lagi perempuan sial tu. Aku tak percaya cinta. Cinta semuanya sundal!" Nada dendam jelas terkandung dalam bicara Sharipudin. Kamal terdiam walaupun dia tahu itu bukanlah jawapan untuk persoalannya tadi. Dia cuba mencari ayat untuk menenangkan sahabat karibnya itu.

"Dahlah Din. Cinta ni macam tulah. Kita tak tahu sepenuhnya yang dia akan jadi milik kita. Jadi kita janganlah menaruh kepercayaan yang tinggi." Kamal mencuba.

"Hmmm..." Lembut jawapan Sharipudin menandakan dia tak berpuas hati.

"Dengarlah aku cakap. Jangan menangis sebab cinta. Tapi menangislah sebab dosa atas cinta." Kamal mengurut bahu Sharipudin.

"Cinta ni bukan terarah pada perempuan sahaja. Kau kena ingat tu Din. Cinta paling utama pada Allah. Kita ikut perintah Dia, kita tinggalkan larangan-Nya. Kemudian baru cinta pada ibu bapa. Kerana mereka kita ada. Kerana mereka kita membesar. Kerana mereka jugalah kita macam ni sekarang ni. Kalau cinta pada pasangan ni, biarlah nanti-nanti. Kau jangan runsing sangat pasal cinta ni. Ya, Din?" Kamal bercakap secara teratur dan lembut. Tak mahu mengguris hati Sharipdin.

   Jam sudah pukul 3 pagi. Namun Kamal tetap setia menemani sahabatnya. Tetap berusaha menaikkan semula semangat Sharipudin.

**********

"Apa nak jadi dengan kau ni, Kamal? Keluar malam. Bawak motor sana-sini. Balik pagi-pagi buta." Mak Kiah menasihati anaknya Kamal sebaik melihat Kamal baru pulang pada pukul 5 pagi.

   Kamal diam. Sekadar menutup keras pintu. Kepalanya kusut sebaik mendengar bebelan ibunya yang tiba-tiba muncul.

"Entah apa yang kau fikir. Sembahyang dah ke mana. Cakap mak kau tak nak dengar. Dulu kecik-kecik bukan main lagi cakap sayang maklah. Takkan lukakan maklah. Apa ni Kamal?" Mak Yati teruskan lagi bebelannya.

"Mak boleh diam tak? Mal taulah apa Mal buat! Jangan sibuklah!" Kamal membentak. Suaranya meninggi. Mengejutkan adiknya yang sedang tidur di atas kerusi. Dia masuk ke dalam bilik. Menghempas pula pintu bilik sekuatnya meninggalkan Mak Kiah yang mengurut dada. Sudah lali dengan suara tinggi Kamal sebaik dia cuba menasihati. Air matanya dah bosan untuk gugur.


   Sementara Sharipudin masih merana kerana cintanya dikhianati. Namun hati kecilnya masih kagum akan falsafah hidup Kamal yang Kamal katakan sebentar tadi. Dia genggam erat kata-kata Kamal itu.


---------------------------------------------------










Wednesday, January 18, 2012

Perihal Filem Malaysia...

   Mari kita pecah panggung. Cerita terbaru masa kini. Dijamin cerita aksi komedi ini terbaik. Mari tonton beramai-ramai. "REMPIT CINTA"

"Woi. Jomlah tengok cerita ni. Macam best je." Kata Sharipudin kepada Azmi, teman serumah merangkap teman sekuliahnya sebaik menonton promo filem tersebut.

"Der! Macam best je cerita ni der. Ada motor jempol tu." Buncis mengajak Halim, yang sedang men-nyetting motorsikal kapcai EX-5 sebagai persedian perlumbaan di malam minggu.

"Yang. Jomlah tengok cerita ni. Best. Macam kelakar je tengok iklannya." Hariyani cuba memujuk zainol walaupun dia tahu Zainol bukanlah penggemar filem.

"Amir. Jom tengok cerita baru ni. Macam bestlah." Cikgu Suraya memperlawa anak muridnya menonton filem di wayang sebaik tamat sesi pembelajaran Matematiknya.

     Sesi menonton wayang "REMPIT CINTA" Sebaik keluar.

"Puih! Aku ingat best sangatlah. Entah apa-apa punya cerita entah." Azmi marah kepada Sharipudin kerana hampir dua jam masanya terbuang.

"Best gila syial cerita ni der. Hahaha." Buncis mengiyakan pendapat Halim.

"Dah agak dah yang. Sekali lagi cerita mengarut yang kita tengok." Zainol tak puas hati membebel terhadap teman wanitanya.

"Ah. Peduli apa cerita tak best. Yang penting aku dua-dua dengan Cikgu Suraya. Hikhikhik." Amir sekadar berbisik dalam hati sebaik mendengar rungutan penonton-penonton lain.

***********************************


   Sebagaimana tulisan aku sebelum ini, selain cerpen mengarut, aku sering mengutarakan pendapat dan pandangan dari sisi seorang aku sendiri menggunakan tulisan aku sendiri. Mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat aku, ataupun tak setuju dengan cara penulisan aku. Itu hak masing-masing. Aku tak larang. Aku tak halang. Nak layan atau tak, suka hati. Jadi, pedulikan intro macam tahi aku ni. Kita terus ke fokus utama kita. Filem Melayu.

   Ramai blogger memilih untuk buat review filem-filem yang mereka tonton di panggung wayang sambil meletakkan gambar mereka pegang popcorn, makan mekdi atau kepsi. Tapi aku memilih untuk buat review terus semua filem melayu. Bukan semua sebenarnya, tapi hampir kesemua.

   Hampir kesemua cerita Melayu memaparkan plot cerita yang sama walaupun masa press confrence si pengarah beriya-iya mengatakan cerita baru mereka terbaik.

    Kalau cerita romantis/drama : Mesti ada keluarga kaya, accident, hujan, paparazzi gambar, cinta tak direstu keluarga, penyakit orang kaya. Mana ada diorang kena kurap.

   Kalau cerita aksi : Rempit, kereta drift jalan basah, jalan KL yang sedia maklum sibuk boleh jadi lengang siap ada daun kering, gaduh-gaduh tak banyak yang real.

   Kalau cerita komedi : Lawak hambar rempit yang langsung tak lawak. Macam haram tapi rempit minat. Tu pasal dialog dorang rempit banyak guna.

   Kalau cerita seram : Banyak konspirasi paranormal dah boleh diramal dipertengahan cerita.

Kesemua genre cerita juga akan meletakkan aksi ranjang sebagai pelaris terbaru cerita masa kini. Nampak? Plot yang hampir sama. Jalan cerita dah boleh dijangka. Sama macam tengok Youjizz. Ending tetap sama. Sama ada pancut dalam atau muka.

   Tapi kenapa cerita-cerita melayu ni tetap mendapat sambutan? Formulanya mudah. Biar cerita sampah, asalkan pelakonnya top. Pelakon kacak, badan tegap, muka jambu, pelakon cantik, body lawa. Aku berani kerat jari, cerita Ombak Rindu takkan box-office kalau pelakonnya pelakon pertengahan. Walaupun pelakon tersebut mampu berlakon dengan baik.

   Promo cerita jugak biasanya gempak gila. Tapi ceritanya hambar.

   Sampai bila agaknya industri perfileman kita nak jadi jaguh kampung? Kita tengok negara yang bukan pengeluar filem. Thailand dengan Ong Bak, Tom Yam Goong, Queen Of Lanksuka yang boleh tembus pasaran antarabangsa. Jepun dengan Crow Zeronya. Perancis dengan Son of the Windnya. Ada cerita dari Brazil, aku lupa tajuknya, tapi memang stylo ceritanya.

   Atau Slumdog Millionare. Tak perlu lawak hambar rempit. Tak perlu aksi ranjang. Tak perlu lumba kereta atas jalan raya bandar yang kosong. Tapi awardnya?

   Bila agaknya cerita Melayu nak keluar dari tipikal plot cerita yang sama ni ek? Keluarlah modal sikit, kata dah kaya sangat denga kutipan box-office tu?

   Aku berkata macamni bukan sebab aku ni bagus atau nak tunjuk bagus. Tapi aku jugak penonton. Ada hak untuk menuntut, berharap adalah produser filem sanggup mempertaruhkan nasib dengan keluar dari tipikal Melayu ni.

   Bukan takde cerita Melayu yang best, tapi tak banyak. Yang aku pelik, yang hambar tulah yang box-office.
Apa-apa pun aku tabik KRU Studio tak berhenti berusaha.

Itu sahaja. Babai....





Tuesday, January 10, 2012

Re-Post : Telefon Buruk...

   Zarina dan Sazali merupakan pasangan yang sudah bertunang lebih 3 bulan yang lalu. Hubungan mereka mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak. Malahan seluruh taman mengetahui tentang perihal mereka berdua yang sudah bertunang. Apatah lagi tempat tinggal Sazali hanya di taman perumahan lain berdekatan. Jadi mudah untuk mereka berjumpa sebagai melepas rindu atau atas urusan apa-apa.

   Suatu hari, pagi Ahad, mereka memilih untuk berjogging di taman rekreasi berhampiran berikutan tiada apa yang hendak dilakukan pada pagi itu. Maka Sazali bersiap-siap untuk menjemput tunangnya di rumah keluarga tunangnya itu. Masing-masing berpakaian lengkap untuk berekreasi. Sazali memandu perlahan-lahan menyusuri jalan untuk keluar dari taman perumahan itu. Ketika mereka melewati sebuah gerai menjual kuih-muih

"Mentang-mentang dah bertunang, selambar je keluar berdua." Cebik Mak Enon, penjual kuih.

"Lah Mak Enon ni, orang tu kan dah bertunang, lagi pun bukan sembunyi-sembunyi. Kita nampak kan?" sampuk seorang pembeli yang lebih dikenali sebagai Basri.

"Tu lah korang. Dah tunang je bukan lesen boleh keluar berdua sana-sini." Mak Enon membidas hujah Basri tadi


   Sesampai di taman rekreasi, Sazali dan Zarina melakukan warming-up untuk berjogging. Kemudian mereka pun memulakan larian sambil bergurau sesama sendiri. Perlahan sahaja larian mereka. Sekadar untuk meluangkan masa berdua juga melepaskan tekanan kerja sepanjang minggu.

   Hampir setengah jam berlari anak, mereka berhenti di salah satu pondok untuk melakukan senaman ringan. Zarina dengan senaman sendiri sementara Sazali dengan senaman sendiri. Sedang leka Zarina meregangkan badan, dia terpandang di balik salah satu tiang pondok tersebut, ada sebungkus sesuatu, kecil. Berkain batik. Zarina berhentikan aktiviti senaman ringannya. Seperti ada perasaan ingin tahu yang kuat dan membuak-buak, Zarina bergerak perlahan-lahan menuju ke bungkusan tersebut. Sazali yang kehairanan dengan tingkah laku Zarina juga turut berhenti dan menuruti tunangnya itu.

   Semakin dekat dengan bungkusan tersebut, bau yang kuat menusuk hidung. Macam bau bangkai. bungkusan tersebut juga dihurungi lalat. Zarina rasa semacam. Begitu juga Sazali.

"Apa tu yang?" Soal Sazali kepada Zarina.

"Manalah ayang tahu." Tiada jawapan untuk Sazali.

   Sampai sahaja dibungkusan terus Sazali cuit-cuit dengan tangannya. Tak puas hati, Sazali membuka bungkusan tersebut. Zarina memandang sahaja. Sebaik sahaja terbuka bungkusan tersebut.

"Astaghfirullah hal azim!" Hampir serentak mereka berdua beristighfar. Bungkusan tersebut merupakan mayat seorang bayi yang kelihatannya masih baru dilahirkan. Ada kesan darah juga malahan bertali pusat. Zarina cuma berpaling muka sementara Sazali kelihatan sedikit panik.

   Serta-merta jugalah Sazali menghubungi pihak polis untuk memberitahu berkenaan penemuan tersebut. Tak lama kemudian tempat tersebut didatangi anggota polis dan kemudian dikerumuni orang ramai. Ada juga penduduk sama taman perumahan dengan Zarina yang sama-sama berjogging di situ.


********************
"Betul mak. Kak Zarina dengan Abang Sazali yang jumpa bayi kena buang tu." Bersungguh-sungguh Alia menceritakan kepada ibunya ketika mereka minum petang di depan rumah. Nadia, kawan rapat Alia yang turut ada di tempat kejadian sekadar menganggukkan kepala tanda mengiyakan apa yang Alia katakan.

"Teruk-teruk remaja sekarang ni. Yang bukan-bukan je di buatnya. korang berdua janganlah diikutkan perangai macam tu. Kita ni ada maruah." Nasihat ibu Alia kepada mereka berdua membuatkan mereka berdua mengunyah ubi goreng dengan perlahan.


*******************
"Tu lah. Tak sama macam zaman kita dulu. Anak akulah si Alia yang cerita kat aku. Si Zarina dengannya si Sazali yang jumpa mayat bayi tu." Mak Yati beriya-iya bercerita sewaktu membeli barang runcit.

"Tu lah. Yang si Sazali dengan Zarina tu buat apa pulak kat tempat jogging tu?"

"Dah namanya tempat jogging. Takkanlah kacau dodol pulak cik Jenab oi!"


******************
"Dengarnya macam tu lah. Si Zarina tu dengan Sazali jumpa kat tempat jogging tu." Pak Awang, suami kepada pemilik kedai runcit di taman itu bercerita di kedai kopi ketika dia bermain dam dengan kawan-kawannya.

"Bilanya budak berdua tu jumpa bayi tu?" Soal Pak Leman sambil tangannya rancak "memakan" tiga buah dam Pak Awang.

"Entah. Malam ke siang tak tahulah Man." jawab Pak Awang sambil "memakan" kembali buah dam Pak Leman.


******************
"Hey Ani, kau tau tak, yang jumpa mayat bayi minggu lepas tu, Kak Zarina dengan Abang Sazali lah." tiba-tiba Zaiton membuka cerita kepada kawan-kawannya ketika kelasnya tiada guru yang mengajar.

"Ye ke? Ish. Apa pulaklah Kak Zarina dengan Abang Sazali tu buat kat taman tu?"

"Biasalah couple. Buat apalagi kat taman tu. Lagi-lagi malam." Munirah memberi pendapat sendiri.

"Ye lah tu, Kak Zarina tu dah lah lawa. Takkanlah Abang Sazali nak tunggu lama kot. Kah Kah Kah." Berdekah sahabat berempat itu namun tenggelam dalam hiruk pikuk suasana kelas.


*****************
"Tak tahulah mak. Mungkin Tuhan nak tunjuk kat diorang kot. Diorang nak buat benda tu, sekali jumpa mayat bayi pulak." Munirah bersungguh bercerita kepada ibunya.

"Jangan diikut perangai budak bedua tu Munirah. Kau lepas makan ni terus kemas meja. Tak payah nak bukak Facebook. Terus baca buku." 

   Terasa menyesal pula Munirah bercerita kepada ibunya.


********************
"Entah-entah bayi tu anak diorang kot. Nak tutup kes. Cakaplah konon-konon diorang jumpa."

"Taktik tu. Taktik nak tutup cerita tu. Bijak. Ingat diorang tu budak lepasan universiti, dapat bodohkan kita semua?"

"Tulah. baru bertunang, dah berkepit sana-sini. Tengoklah. Tahu-tahu dah buang anak. Hish. teruk!" Mengomel Mak Enon sambil membungkuskan kuih untuk pelanggannya. Maka mereka seluruh isi gerai itu menghukum dengan tafsiran sendiri berkenaan perihal penemuan mayat bayi tersebut dan dikaitkan dengan pasangan tunangan Zarina dan Sazali.


******************************************************

Telefon buruk bukan sekadar permainan dan segmen ketika program motivasi.


---Ok... Aku takde tenet sebab dok kampung. Lagi satu, aku pemalas... Sebab tu repost je balik cerita yang aku rasa best... Hohoho...---