Tuesday, February 28, 2012

Ekspress : Anda Hebat Sekiranya :

Anda seorang yang hebat sekiranya ingat atau tahu benda ini ;




   Kalau aku dah gunakan "Ekspress" pada tajuk entri, itu bermaksud aku malas nak menaip panjang-panjang. Apa-apa pun. Siapa tahu benda atas ni? Yeaarrgghh!!



Wednesday, February 22, 2012

Cinta Untuk Lebah...

   Ini bukan cerita jiwang walaupun tajuknya menggambarkan cinta romatika..





Gambar mungkin ada sedikit kena-mengena



   Sharipudin berjalan perlahan ke tepi padang. Cukup sudah aksi petang-petangnya hari ini. Dia terasa sedikit penat petang tersebut. Mungkin kerana tuntutan kerjanya dari pagi sedikit membataskan staminanya pada hari itu. Nak kata umurnya sudah tua, masih muda lagi. Baru melewati 28 tahun.

"Din! Mana? Baru pukul berapa?" Laung Hanafi yang masih lagi bermain bola di tengah padang dengan kawan-kawan yang lain.

"Lepak." Sharipudin menjawab pendek. Langit masih lagi terang mungkin baru pukul 6.25 petang. Yang lain masih khusyuk bermain di atas padang rumput kampung yang agak kasar baru lepas dipotong traktor estet. Namun apa mereka peduli. Bola tetap bola.

   Sharipudin duduk di tepi padang. Kasut but yang baru di buka diketuk-ketuk antara satu sama lain. But tersebut ada sedikit kopak di hujung tapak kaki kiri. Namun masih lagi setia berbakti terhadap Sharipudin. Pernah berjasa ketika menjaringkan gola penting pada pertandingan bola sepak anjuran wakil rakyat. Dia menghadap ke arah padang. Melihat anak-anak muda dari seusia 13 tahun sampailah yang berusia 40 tahun pun ada yang masih aktif bermain bola sepak bersama-sama.

"Bang..." Seorang budak kecil dalam lingkungan 10-12 tahun menegur Sharipudin. Belum sempat dibalas Sharipudin, budak lelaki tersebut terus duduk di sebelah Sharipudin.


"Eh... Aiman. Apahal tak main bola hari ni?" Sharipudin kenal benar dengan budak lelaki di sebelahnya itu.


"Tak sempatlah bang. Ni pun baru lepas tolong mak buat kuih."


"Oh." Sharipudin acuh tak acuh nak melayan. Dia masih lagi terasa lelah dan sengal-sengal di betis kanannya.


"Bang." Aiman menarik perhatian Sharipudin.


"Ye?"


"Aiman tengok, setiap kali abang main bola kat sini, abang mesti pakai baju oren. Hari ni pun sama. kenapa ya? Abang minat Belanda ya?" Aiman tak berselindung, terus bertanya. Memang seusia dengannya yang penuh dengan tanda tanya.


"Belanda? Hahaha... Taklah." Sharipudin geli hati namun kagum dengan budak seusia Aiman sudah tahu warna jersi rasmi pasukan bola sepak Belanda.


"Habis tu?"


"Abang minat Johor FC."


"Johor FC? Power ke bang team bola tu?" Aiman pelik.


"Power ke tak. Itulah pasukan kelab kebanggan rakyat Johor."


"Hah? Tak tahu pun. Kan sekarang kita sokong Harimau Malaya. Safee Sali power tuuu!" Aiman bersemangat bila bercerita Harimau Malaya.


"Yalah. Itu pasukan negaralah Aiman. Ni untuk liga."


"Oh. Tapi kan sekarang Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan yang power. Johor FC tu apa bang? KFC saya tahulah. Sedap."


"Johor FC ni dalam kelas tersendiri, Aiman." Sharipudin tak berniat nak terangkan secara lanjut. Apa budak seperti Aiman faham tentang pengurusan kelab bola sepak. Tapi dia masih memuji apabila Aiman tahu tentang taraf kehebatan pasukan-pasukan dalam Liga Malaysia.


"Kenapa abang tak main dengan Johor FC? Abang main power apa?" Aiman jujur memuji. Sharipudin tersengih mendengar pujian itu.


"Dulu masa abang muda-muda teringin nak pergi. Tapi jauh dari sini. Kitakan duduk pedalaman. Tu Abang Napi, Abang Emi, Abang Botak, Abang Suresh. Tu yang orang asli tu, Abang Katok. Semua nak pergi. Tapi terpaksa bataskan. Jauh sangat dari sini. Apalah kita mampu nak pergi sana. Duit belanja sekolah masa tu pun RM1 je."


"Tapi sayanglah. Abang power. Tapi main kat sini je. Johor FC mesti lagi power kalau abang main."


"Habis nak buat macamana. Terpaksalah kami menyokong dari jauh."


"Abang takde pergi stadium tengok Johor FC?"


"Ada. Kitoranglah pergi. Tapi tak dapat pergi selalu. Dalam dua tiga bulan sekali."


"Betul sokong abang kat Johor FC ek?"


"Mestilah."


"Aiman nak main bola sampai power macam abang. Aiman nak main untuk Johor FC." Aiman bersungguh. Tangannya menumbuk ke udara tanpa sedar.


"Baguslah. Aiman pun power apa main."


"Hehehe... Mestilah. Aiman nak jadi macam Fernando Torres. Power tuuu! Oklah bang. Nak Maghrib ni. Nanti-nanti kita berbual lagi ya bang? Nanti Aiman dah besar, tengok tau Aiman main untuk Johor FC." Aiman terus mencapai basikalnya dan meninggalkan Sharipudin seorang diri.


"Torres? Budak ni tebiat ke apa?" Sharipudin bersuara sendirian. Namun begitu dia kagum dengan semangat Aiman. Bukan tak pernah Aiman main bola bersama-sama mereka. Aiman diakui hebat bermain bola. Kebolehannya mampu berlari laju dan pandai mencari ruang.


   Sharipudin membersihkan kasut butnya dengan tangan. Hatinya sedikit serba salah. Bagaimana dia nak jelaskan nanti kalau Aiman tahu yang Johor FC sudah menjadi arwah? Johor FC sudah lama terkubur. Johor FC hanyalah sebuah lagenda. Lagenda yang pernah menjadi keagungan seluruh rakyat Johor. Pernah dikenali sekumpulan Lebah yang membisa tanpa diduga. Tiada lagi Johor FC.


   Sharipudin beredar apabila melihat burung-burung sudah mula pulang ke sangkar.


Mungkinkah akan menjadi arwah?








Saturday, February 18, 2012

Tertitipnya Warkah...

Ini Ialah projek aku. Aku cuma kutip sikit darinya. Masih banyak pincang dan goyang. Harap ada yang sudi tegur. Dan kali ini, ianya bertema jiwang. Mungkin. :-)


Seperti biasa, gambar tiada kena mengena.




Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh…

            Menerusi sehelai kertas dan sebatang pena menjadi perantara antara suara diri ini dengan hati kamu yang sedang membaca warkah ini. Mungkin ini warkah terakhir yang akan saya utuskan kepada kamu kerana selepas ini, sudah tiada apa lagi yang menghubungkan kita. Tiada lagi alasan untuk kita sering berbicara, apatah lagi bersua muka. Maaf seandainya bait-bait dalam surat ini mengganggu hari-hari kamu bersama si dia. Maaf juga kiranya warkah ini menimbulkan rasa jelik dalam hati kamu. Harapan saya agar kamu sudi meluangkan masa untuk membaca luahan terakhir saya ini.

Sayang,

            Oh, maaf kalau saya memanggil kamu dengan perkataan “sayang.” Tapi izinkan saya menulis sedimikian, kerana ini kali terakhir untuk itu semua.

 Kamu tahu tak, betapa hati saya hancur remuk lebur bila kamu menyatakan bahawa hubungan kita sudah tamat tempoh hari? Puas saya memikirkan apakah dosa dan kesilapan yang dah saya lakukan sehinggakan tergamak kamu menghukum saya sebegitu. Sekiranyalah ada peluang untuk saya tahu apakah sebabnya kamu memilih untuk menghentikan hubungan cinta kita waktu itu, sekurangnya ada jawapan. Ini tidak, kamu cuma melemparkan kata-kata panahan yang dari luka terus menanah. Sakit tahu?

Sejak dari hari perpisahan kita itu, saya ada juga mencuba untuk menghubungi kamu, ingin mendengar suara kamu, ingin mengetahui khabar dari kamu, ingin meluahkan rasa rindu kepada kamu, ingin memohon supaya kamu kembali kepada saya. Tapi kamu mengambil tindakan untuk bertukar nombor telefon, sukarlah bagi saya menjejaki kamu.

Siang malam saya menangis. Saya murung. Semua yang saya buat serba tak kena. Saya macam terkena tamparan yang sangat hebat. Oh, itu memang tamparan yang sangat hebat. Semuanya berlaku begitu pantas. Tiada penjelasan. Kamu tahu tak? Saya sampaikan tak makan selama tiga hari, merokok makin kuat, hidup macam orang gila, semuanya kerana perpisahan itu. Terukkan saya? Ahh, bukan kamu peduli pun.

Sayang,

            Saya selalu terkenang saat indah kita bersama, sekurangnya itu mampu buat saya tersenyum. Buat apa nak kenang benda-benda yang pedih bukan?

            Ingat lagi tak waktu kita mula-mula keluar ke bandar sama-sama? Iaitu hari pertama kita keluar sebagai pasangan. Saya rasa berdebar-debar sangat waktu tu. Tapi kamu saya tengok selamba je. Kita makan dekat KFC. Pertama kali keluar dengan perempuan, berdua, makan di tempat-tempat macam tu. Saya tengok kamu makan berselera sambil ada sahaja benda yang kamu katakan. Kamu memang petah orangnya.

            Lepas tu kita pergi tengok wayang sama-sama. Cerita “Transformers.” Tak sangka pula saya kamu minat cerita aksi. Bukan main teruja lagi kamu beriya-iya mengajak saya tonton cerita itu.

            Selesai tonton filem, kita berjalan pula di sekeliling bandar. Masa melintas jalan, kamu pegang erat tangan saya. Pertama kali saya berpimpin tangan dengan perempuan. Darah saya berderau laju. Tapi saya sembunyikannya. Kamu tahu tak? Saya sangat gembira waktu itu. Berjalan berdua dengan kekasih sendiri, berpimpin tangan, pergi ke tempat-tempat biasanya pasangan pergi. Manis sangat rasanya.

            Saya masih ingat lagi hari pertama pergi ke rumah kamu. Berjumpa dengan keluarga kamu. Ibu kamu masakkan ikan kerisi masak merah dengan pucuk paku masak lemak. Fuh! Memang terangkat saya dengan menu itu. Mesti kamu yang beritahu ibu kamu tentang makanan kegemaran saya bukan? Memandangkan waktu itu saya baru pertama kali bertandang ke rumah kamu, saya agak malu-malu untuk makan semua itu walaupun dalam hati meronta-ronta mahu tambah lagi nasi. Kelakar pula rasanya.

            Ibu bapa kamu pun menerima saya seadanya. Mereka nampaknya begitu senang sekali dengan saya. Sejak dari hari itu. Saya dah membayangkan yang hubungan kita bakal disatukan dijinjang pelamin. Semuanya tampak indah dan bahagia. Keluarga saya pun begitu juga. Hubungan kita memang mendapat restu dari dua-dua pihak.

Sayang,

            Ingat lagi tak baju yang kamu berikan kepada saya? Baju yang memang kamu sayang. Saya cuma katakan yang saya suka dengan baju itu, tak semena-mena lusanya kamu berikan kepada saya. Saya suka pakai baju itu waktu tidur dengan harapan dapat bermimpi berjumpa dengan kamu. Sebagai balasan, saya hadiahkan pula kepada kamu teddy bear untuk kamu peluk ketika tidur. Manis semuanya. Manis. Indah.

            Saya juga ada beri kamu gelang tangan yang ada terukir nama kita. Kamu bukan main suka dengan gelang itu. Kamu katakan gelang itu antara pemberian terindah pernah saya berikan. Saya harap sehingga surat ini dibaca, kamu masih pakai lagi gelang itu. Palsukah harapan saya ini? Ah, pedulikan.

Sayang,

            Saya tahu memang sudah tiada lagi harapan untuk kita bersama semula. Saya tahu hati kamu memang dah tiada nama saya. Barangkali nama saya juga kamu sudah buang jauh-jauh. Barangkali juga rupa saya sudah kamu tak dapat bayangkan. Nama lelaki itu barangkali sudah menggantikan saya yang tiada apa-apa ini.

            Saya redha dengan apa yang berlaku. Saya redha dengan pilihan kamu sendiri. Puas berfikir apa kelebihan lelaki itu pun sudah tiada gunanya. Dia dah ambil alih tugas saya mencintai kamu. Kalau pilihan kamu itu benar dan menggembirakan kamu, saya tumpang senyum di tepi. Saya doakan kamu bahagia. Cuma saya harapkan, jangan kamu padam kenangan kita. Jangan kamu lupakan nama saya. Jangan kamu lupa untuk merenung bulan di langit, kerana pada waktu itu, bulan yang itu jugalah yang saya tenungkan. Sayang, izinkan saya ucapkan buat kali terakhir dalam warkah ini…

            Saya sayangkan awak. Selamanya...

Oh ya, puisi yang saya kepilkan ini, memang khas untuk kamu. :-)

            Harlina ralit dalam khayalannya. Ketika dia membaca setiap satu tulisan bekas kekasihnya itu, dia turut terbang bersama kenangan-kenangan yang Rizal coretkan dalam warkahnya itu. Dia sendiri tidak sedar bila masanya air matanya turun bercucuran. Nafasnya berombak. Setitis air matanya jatuh di atas helaian surat tulisan Rizal itu. Rasa rindunya tiba-tiba memuncak. Rindukan seorang lelaki dengan gaya dan caranya yang unik dan tersendiri. Seorang lelaki yang jiwanya tiada pada mana-mana lelaki kaya. Seorang lelaki yang ikhlas dalam mengait rasa-rasa cinta dengannya. Bagai satu dalam sejuta, itulah Rizal.

            Surat itu dilipat semula cantik-cantik mengikut bekas kesan lipatan. Harlina membuka pula sekeping lagi helaian. Helaian itu tertulis sekuntum puisi yang digarapkan untuknya. Kertas itu berwarna ungu cair dengan lukisan-lukisan kartun comel menghiasi tepi-tepi kertas itu. Hati Harlina terasa membuak-buak untuk membaca pula puisi itu.

Aku duduk berteleku di tepi jendela,
Memandang ke atas langit yang cerah,
Dilimpahi dengan warna cahaya bintang dan bulan,
Menggamit sebuah nuansa hati ini.

Teringat aku,
Dulu kita bersama berbaring bersama di atas hamparan cinta,
Mengira setiap bintang,
Mencari yang paling bersinar terang,
Memilih mana satu lambang cinta kita.

Kini aku cuma mengenangkan sebuah pusara,
Yang berlalang tinggi,
Terkubur tiada nisan bernama,
Sambil berharap kau bahagia.

            Sekali lagi, hati Harlina bagaikan tersentak. Seribu satu penyesalan seolah menerjah ruang-ruang hitam dalam dirinya. Dia dapat merasakan betapa surat dan puisi itu bernadakan kekecewaan yang mendalam Rizal. Menunjukkan betapa ikhlasnya Rizal meredhakan kepergian dia kepada Hisyam. Lelaki yang telah menjadi orang ketiga antara mereka berdua. Lelaki yang telah mengubah arah cintanya juga telah membuatkan nilai kesetiaannya berubah serta-merta. Semuanya telah berlalu lama.

            Harlina baca semula helaian surat khabar di sisinya. Airmatanya tumpah sama sekali. Dia tak tahu apa harus dia buat.

Khamis, 13 September - Seorang lelaki yang sedang menunggang motorsikal telah dipercayai bertembungan dengan lori tanki bermuatan minyak dan separuh dari badan mangsa telah dilenyek lori tersebut. Mangsa dikenali sebagai Muhammad Rizal bin Kamarul, 27, berasal dari Segambut didapati baru pulang dari tempat kerjanya berikutan dokumen-dokumen kerja yang ada bersama disekitar kawasan kemalangan........

           Harlina tewas lagi dengan perang air matanya sendiri.



Friday, February 17, 2012

Ekspress : Yang Mana?

Ada bijak pandai berkata begini, aku tak pasti macamana susunan ayatnya tapi maksudnya lebih kurang begini ;


Orang biasa berbual pasal insiden/kejadian.


Orang pertengahan berbual pasal seseorang.


Orang tinggi berbicara tentang idea.




   So? Belah mana kita? Sendiri kita bicarakan. :)


p/s : Ya. Saya semakin pemalas untuk mengupdate blog ini. 




Tuesday, February 14, 2012

Ekspress : Femes...

Mahu femes? Popular? Dikenali ramai? Si gadis tak boleh tidur malam teringat anda? Si jejaka mahu berulang-kali ke tandas akibat anda? Mudah.


Gadis :


   Bertudung, wajah comel, figura badan, suara lunak, sebiji gitar satu kelebihan.


Jejaka :


   Dahi ada tanda hitam, sejemput janggut, wajah tampan, berserban, senyuman.




Mahu cuba? Semoga berjaya.



Monday, February 13, 2012

Serakah...



AMARAN! : Sebelum korang cop aku macam-macam, aku nak bagitau, entri kali ini tak sesuai untuk budak-budak yang kapur kasut letak belakang peti ais, sterika baju malam-malam, ataupun berfikir siapa bakal jadi mangsa tiru kerja sekolah esok hari. Harap maklum. Kalau nak baca jugak, harap ada orang tua di sebelah.


Gambar tiada kena-mengena. Tapi siapa masih kenal ini siapa?



   Sharipudin begitu geram. Hatinya berkecamuk, remuk bercampur dendam. Telapak tangan dah ditumbuk. Telapak kaki dah ditumbuk. Tanah tempat dia bersembunyi pun ditumbuk. Cuma suaranya sahaja yang sengaja ditenggelamkan ketika dia menumbuk-numbuk. Nafasnya berdengus. Terasa sungguh sakit hatinya. Hasil dari kawannya, dia sedang mengintip. Mengintip adegan di luar fikiran dan jangkaannya.


"Ahhh! You! Sikit lagi ni! Ah! Ah!" Suara Johny perlahan tapi terkawal takut didengari orang. Henjutannya gagah.


"Emmmh!! More sayang. Give me more. Ahhhh!!" Suara Zarita agak nyaring. Namun tak tinggi. Cuma lebih sikit dari Johny. Tangannya erat memeluk pinggang Johny yang berada dikangkangannya.


"Yang, nak pancut mana ni?" Johny cuba bertanya.


"Dalam je sayang. Dalam! Ahhh!" Zarita begitu buas. Biarpun hanya beralas daunan kering, itu cukup beri empuk bagi mereka.


"Ok! Ahhhhh!"Serentak itu suara mereka berdua bergabung. Hayunan demi hayunan tiba-tiba terhenti. Mereka berdua mencari orgasme sebenarnya. Kepuasan.


   Tak lama kemudian Johny mengeluarkan penisnya dari vagina sempit milik Zarita. Ada sedikit lendiran keluar dari vagina itu ikut sekali penis Johny. Serta merta Johny berbaring di sebelah Zarita. Dia memeluk Zarita. Zarita sekadar merelakan. Dah lebih Johny dapat, sekadar peluk tiada masalah. Mata Zarita tak terkedit memandang pohon rendang yang memayungi ranjang mereka. Gelap. Hanya diterangi lampu-lamu malap taman rekreasi tersebut. Tapi cukup menerangkan syurga mereka.


"You puas?" Johny sengaja bertanya.


"Lebih dari puas. Batang you gagah." Zarita tak berselindung memuji. Johny kembang bangga. Sharipudin yang menyorok disebalik semak semakin tertampar mendengar kata-kata Zarita. Bekas kekasihnya dulu. Sebelum mereka berpisah seminggu lepas.


"Kenapa? Batang ex you dulu tak macam I? Sekali lagi Johny mahukan kepastian.


"Tak! Batang dia langsung tak sedap macam you punya." Zarita memuji lagi. Terus dia meramas-ramas penis Johny yang masih berlendir. Basah. Sharipudin di balik semak memegang penisnya.


"Lak'anat punya betina. Dia kata batang aku tak sedap. Dulu hari-hari mintak!" Sharipudin berkata dalam hatinya.


"Tahu tak. Rasa nak bawak balik je batang you. Hari-hari nak gunanya. Hikhikhik." Zarita gedik. Tangannya lincah meramas penis Johny.


"Eleh. Tetek you pun mantap. Rasa nak potong dua-dua, bawak balik. Buat bantal." Habis sahaja ayat itu, Johny terus melekatkan bibirnya ke dada kanan Zarita. Maka satu lagi pusingan bakal berlangsung. di balik kekabusan malam. Bunyi burung hantu langsung tak dihiraukan mereka berdua. Yang penting serakah harus dilampiaskan. Bertubi dan berkali.


*********


"KELETAK!" Sebatang kayu sebesar lengan John Cena WWE hinggap di kepala Johny yang sedang asyik 'menunggang' kuda. Dia terus rebah. Zarita bingkas bangun. Klimaks yang sedang dicari tiba-tiba diputuskan. Dia bingkas bangun dengan masih lagi bertelanjang. Belum apa-apa ;


"KELETAK!" Kayu yang berdarah milik Johny singgah pula di kepala Zarita. Zarita juga rebah.


*********


   Zarita dan Johny tersedar dari pengsan. Di kepala masing masih ada darah yang sudah hampir kering. Terasa kepala masing-masing agak berat. Masing-masing juga tidak berpakaian. Mereka terduduk dan terikat secara membelakang di sebatang tiang dalam sebuah rumah usang. Johny dan Zarita terasa cuak. Cemas. Entah di mana mereka berada. Mereka tak pasti.


"You! Kat mana kita ni?" Zarita bertanya Johny di belakangnya. Badannya terasa sangat sejuk akibat tak berpakaian.


"Mana I tau!" Johny tak pasti. Bingung.


"Tolong! Tolong!" Zarita cuba melaungkan suaranya sekuat mungkin. Biar ada orang tahu. Biar ada orang tolong.


"Tolong! Tolong!" Johny turut menjerit.


"Tolong apa lak'anat? Tolong apa?" Tiba-tiba Sharipudin muncul dari bahagian dapur rumah usang tersebut. Sebelah tangannya tergenggam erat sebilah pisau Rambo bergigi. Tajam. Berkilat. Macam baru diasah.


"Hah! Shah! Apa ni?" Lepaskan kitoranglah! Tolong!" Zarita menjerit. Tiada tanda mengharap kasihan.


"Jeritlah. Jerit. Biar senang orang dengar. Kan? Weh. Sini dalam kebun. Jauh dari jalan besar.Takkan ada siapa dengar." Sharipudin menerangkan. Biar mereka tahu di mana lokasi mereka berada.


"Kau nak apa sebenarnya Shah?" Johny bertanya. Dia cuba meronta melepaskan diri walaupun dia tahu itu usaha sia-sia. Ikatan tali tersebut sangat ketat. Seinci pun tangannya tak bergerak. Sharipudin terus pergi ke hadapan Johny.


"Kau ni kan. memang kawan tak guna tau tak? Kawan macam sial. Aku bukan main percaya dekat kau. Tapi ni kau buat kat aku?!"


"Bedebuk!" Sebiji penumbuk berkelajuan 132km/jam hinggap di pipi kanan Johny. Terasa agak beralih rahangnya. Johny hanya mampu mengaduh.


"Kau nak apa sebenarnya ni Shah? Kita dah tak ada apa-apa kan? Kau buat apa pun aku tak nak dekat kau." Zarita membentak.


"Diamlah! Aku nak buat korang puaslah. Tadi seronok tengok korang berdua tadi." Sharipudin mendapatkan tempatnya di sebalah Johny. Nafas Johny dah tak tentu arah. Peluhnya memercik.


"Tolong. Jangan apa-apakan aku." Johny cuba merayu.


"Rileks. Aku tak apa-apa." Shripudin mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia terus membuka aplikasi video dan memainkan video bertajuk 'Maria Ozawa in Sin' dan ditunjukkan kepada Johny. Johny pelik. Namun dia turut melayan menonton video tersebut. Sedikit demi sedikit penisnya menegang.


"Tengok. Aku tak buat apa-apa kan?"Sharipudin tersenyum. Dia menarik sebuah kerusi dan meletakkan telefon bimbitnya agar dapat ditonton Johny. Penis Johny semakin menegang dek melihat aksi Maria Ozawa dalam telefon bimbit tersebut. Tiba-tiba Johny terkejut bila terasa penisnya dipegang Sharipudin.


"RIleks. Kita tengok je video ni,. Ok? Kau kan kawan aku. Mestilah aku nak tunjuk apa yang kau suka." Sharipudin meyakinkan. Tangannya laju mengocok-kocok penis Johny. Johny terasa sangat sedap. Matanya tajam mengahadap ke skrin telefon bimbit Sharipudin. Aksi video tersebut belum pernah dia tonton meskipun dah beribu bahan lucah yang dia tonton. Dia melayan penisnya dilancapkan.


"ZASSSS!!" Tiba-tiba sahaja, penis yang menegang itu dikerat laju oleh Sharipudin.


"AAAAAAAHHHHH!!!!" Suara jantan Johny keluar tanpa berselindung lagi. Jeritannya amat membingitkan. Seluruh ruang tamu ksong dan usang itu bergema. Darah memancut dan membuak-buak tanpa henti dari kangkangan Johny.


"Johny!!" Zarita yang terikat di belakang Johny tak dapat melihat apa yang berlaku hanya bertanya cemas.


"Rileks Ita. Balak kau tengah terpancut. Sedap sangat agaknya aku lancapkan. Sebab tu dia menjerit." Sharipudin. Jeritan Johny masih lantang.


"Kau buat apa Shah! Kau buat apa!" Zarita cemas. Sharipudin dah tak hiraukan pertanyaan bekas kekasihnya itu. Di bengang melihat Johny. Penis milik Johny yang digenggamnya diletak di lantai. Bibir Johny dikatupkan dengan tangan kuat-kuat. Diraik membuat muncung dan sekali lagi, pisau bergigi Rambo diletakkan di atas bibir dan ditarik laju-laju.


"ZASSSS!!" Dia ulas bibir milik Johny terpisah dari mulut Johny. Rompong. Hanya nampak gigi Johny merah di simbah darah mulutnya sendiri. Jeritannya lemah. Masih benyawa. Namun sudah di hujung. Di campak bibir tadi ke bawah. Dengan penuh nafsu amarah, pisau tersebut dicucuk-cucuk segenap tubuh Johny.


"Chuk! Chuk! Chuk! Chuk!" Tusukan demi tusukan. Baik di kepala, mata, pipi, leher, dada, perut. Semuanya menjadi santapan pisau tajam Sharipudin. Johny sudah tiada suara. Mungkin nyawa sudah terbang. Sharipudin puas. Dia beralih ke arah Zarita pula yang sudah keputihan mukanya. Mungkin sudah tiada darah mengalir.


"Jangan Shah. Jangan! Jangan. B! Dulu kan b sayang ayang. Takkan sekarang dah tak sayang?" Suara Zarita lemah. Cuba memancing simpati. Tangisannya menjadi. Dia serta-merta jadi takut sebaik melihat tangan dan baju Sharipudin penuh dengan darah. Tanpa dia meneka, dia tahu darah itu milik Johny.


"B? Kepala bapak kau babi!" Sejurus itu sekeping pelempang selebar pemukul ping-pong dan selaju smash Lee Chong Wei hinggap di pipi Zarita. Penuh dendam tamparan tersebut.


"Tadi kau cakap batang aku tak sedap? Tak besar? Sampai kau cari lelaki lain sebab batang?" Sharipudin tak puas hati.


"Bukan! Bukan! Ayang cuma sunyi. Sejak B kerja malam, ayang selalu tak dapat b. B. Jangan macam ni B. Please B. Tolong b. Tolong. Lepaskan ayang."


   Sharipudin bangun. Dia membuka zip seluarnya dan mengeluarkan penisnya. Bukan tak besar, sama sahaja dengan saiz Johny. Entah apa yang dikejarkan Zarita sampai mencari Johny. Penis tersebut benar-benar seinci dari kepala Zarita. Disuakan ke bibir Zarita.


"Hisap!" Matanya terjegil. Zarita takut. Dia terus menganga mulutnya dan menelan penis tersebut. Bersungguh Zarita kerana dia berharap Sharipudin akan melepaskannya sekirannya puas.


"Cukup!" Tak sampai 5 minit, Sharipudin menarik penisnya keluar dari mulut Zarita. Dia memakai seluarnya semula dan mencangkung di depan Zarita. Zarita bertambah panik. Nafasnya turun naik Dadanya yang memang mekar menjadi idaman lelaki bergetar. Mata Sharipudin tertancap tepat ke dada Zarita. Bukan tak pernah lidah dan bibirnya hinggap ke dada itu. Sudah berkali-kali suatu ketika dahulu. Tak lama kemudian Sharipudin menurunkan mulutnya melekap ke dada Zarita. Zarita mendengus sebaik dadanya dikerjakan. Dengusannya bercampur antara takut dan ghairah. Kepalanya terdongak ke atas menahan rasa. Dia tahu Sharipudin memang pandai dalam permainan mulut di dadanya.


"AAARRRGGGHHHH!!!" Tiba-tiba Zarita menjerit sekuat hati. Anak tekaknya seakan mahu keluar mengikut alunan suaranya. Buah dada kanannya terasa sangat pedih dan ngilu. Apa taknnya. Mata bilah pisau rambo bergigi milik Sharipudin sedang giat memotong dan melapah daging buah dadanya dari atas. Laju gerakan tangan Sharipudin. Zarita geleng kepala. Menjerit-jerit.


"ARRRGGGHHH!!! Berhenti! Jangan! Sakit!!! ARRRGGGHHH!!" Air mata dan air liur Zarita sama-sama keluar. Menahan kesakitan teramat sangat.


"SPLASH! Buah dada bersaiz 36 itu tertanggal dari badan Zarita dan sudah berada di tangan Sharipudin. Sharipudin tersenyum tanpa suara. Sementara suara Zarita masih nyaring. Sharipudin dapatkan pula buah dada kiri milik Zarita dan sekali lagi mata pisau menghiris dari pangkal atas dada. Zarita sudah hilang suara, badannya masih terangkat-angkat menahan sakit dan berperang dengan maut yang sudah sejengkal jauhnya.


"SPLASH! Sebaik buah dada kiri itu tertanggal, tubuh Zarita yang mengejang. Jatuh. Terus kaku. Keuda-dua buah dada Zarita sudah berada di tangan Sharipudin. Sekali lagi Sharipudin menyeringai. Melihat hasil kerjanya. Darah sudah membanjiri segenap lantai bersimen rumah tersebut.


   Sharipudin masih tak puas hati. Dia kangkangkan mayat Zarita. Terus sahaja dia benamkan hujung mata pisau miliknya itu tenggelam ke dalam vagina Zarita.


"SHHRRUUKKK!" Bunyi pisau berlaga dengan daging vagina. Sharipudin hiris ke dalam dan ke atas. Sehinggalah naik membelah ke rahim dan naik terus ke perut. Terburai segala isi perut milik Zarita jatuh ke lantai. Terus Shairpudin menarik keluar pisaunya.


   Perlahan-lahan dia membongkok mendapatkan penis milik Johny tadi. Dia capai dan membuka mulut mayat Zarita yang sedikit ternganga. Sharipudin terus menyumbatkan penis kaku ke dalam mulut Zarita. Kemudian dia pergi ke arah Johny. Buah dada milik Zarita di letakkan ke mulut Johny dan satu lagi di letakkan di peha Johny.


"Yang sorang suka batang yang ni. Yang sorang suka tetek yang ni. Dua-dua aku dah bagi. Selama-lamanya korang dapat dalam mulut apa yang korang nak! HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!"


Ketawa Sharipudin tenggelam dalam bunyi-bunyi burung hantu yang bersahutan.






P/S : Terlalu lembut atau terlalu ekstrem? Tolong bagitau. Kot-kot aku boleh tajamkan lagi. Heee... Terimas. :) maaf terlalu panjang. Ghairah menaip. hohoo..







Saturday, February 11, 2012

Tiada Idea Tapi Masih Mahu?

Tengok orang lain ada blog, anda pun mahu berblog tapi tak tau nak post apa? DI SINI ADA CARANYA.


Sudah lama berblog, sehinggakan tak tahu apa lagi mahu ditulis? DI SINI ADA CARANYA.


Tuntutan kerjaya terlalu membataskan anda dengan papan kekunci? DI SINI ADA CARANYA.


Takut entri anda tidak mendapat perhatian? DI SINI ADA CARANYA.


Takut hilang peminat/pembaca lantas mendorong anda menulis tapi tiada idea? DI SINI ADA CARANYA.


Setiap kali mahu menulis entri, kawan-kawan akan kata anda tiada life? DI SINI ADA CARANYA.




   Acapkali bila aku bertanya kawan-kawan kenapa mereka tak update blog, kebarangkalian jawapan di atas yang aku dapat. Ini membuktikan aku begitu prihatin mengikuti perkembangan blog kalian walaupun aku tak follow. Ya, follower dan readers ada dua entiti yang berbeza. Sangat berbeza. Sama bezanya dengan populariti antara Neelofa dan Noorkhiriah walaupun dua-dua hebat berlakon.


   Tanpa melengahkan masa dan menambah masa kalian membaca, aku teringin kongsikan cara mudah untuk meng-update blog kalian tanpa menjejaskan kehidupan seharian masing-masing. Apa lagi? Sediakan kertas dan pena mata bulat. Mungkin ini membantu.




Kata Kunci Nuffnang


Apa jadah "gesel punggung cikgu" boleh berangkai dengan blog aku?


   Tak nampak apa tertulis di "printscreen" di atas? Buat sampai boleh. Tapi bukan itu yang penting. Yang penting sekarang ialah apa kaitan kata kunci Nuffnang dengan idea post entri. Mudah. Formulanya sangat mudah. Lagi mudah dari formula fungsi kuadratik kuasa tiga masa belajar Matematik dengan Cikgu Suraya. Apa yang mudah? Begini. Cukup anda tepekkan gambar printscreen tentang kata kunci Nuffnang yang bersangkutan ke blog anda. Kemudian cerita serba sedikit. Tak kira apa pun. Janji ada cerita ingin di kongsikan. Janji ada kisah untuk dikhabarkan. Janji blog anda beroperasi. Betul tak? Tak payah kerah ilham bukan? Sekurangkurangnya anda berinteraksi dengan Nuffnang secara tidak langsung. Boleh dapat income lagi.




Plagiarisme


   Plagiarisme adalah langkah termudah dalam menulis entri. Err. Menulis? Mudah sangat. Hanya perlu menyalin dan menampal. Macam bangang pulak menyalin dan menampal ni. Ok. Copy and paste. Mudah kan? Copy pasta, tekan publish tanpa perlu mengkreditkan penulis asal. Muka harus riak, takbur, bongkak masa buat kerja mulia ni. Yang penting perhatian orang ramai bertepuk tangan sambil memuji kehebatan "penulisan" anda. Harus diingat, Malaysia merupakan antara negara yang mengalami masalah plagiarsme tahap serius. So, fikirkan kesannya terhadap negara 15 tahun akan datang lagi. Jadi, marilah kita sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa memacu pembaharuan mengamalkan plagiarisme dalam kehidupan seharian. Barulah urban mengikut dan menjadi orang lain.




Review Filem/Movie.


Bila si kucing dijadikan poster filem


   Antara formula termudah. Anda cuma perlukan sebijik kamera, RM 20 untuk tiket wayang tambah popcorn, atau tambahan lagi untuk pergi makan KFC, McDonald, Starbucks. Mula-mula pergi panggung wayang. Pilih cerita hit semasa. Kemudian ambil gambar beramai-ramai sewaktu beli tiket sambil jelir lidah dan jelirkan lidah atau muncungkan bibir semuncung itik. Pergi tengok wayang. Hadam cerita betul-betul. Kalau boleh catat dalam buku nota atau notes dalam handphone/gadjet canggih anda. Habis tengok wayang pergi makan. Bergambar lagi. Balik rumah, buka laptop/pc. Mulakan tajuk dengan review filem bla bla bla. Seperti "Review Filem Tsunami Kasih", "Review Filem Gongxi-Gongxi," "Review Filem Ahmad Sumpit" atau Review Filem Azzuri 2012"
Kami Azzuri, pasukan bola sepak. Bukan filem adaptasi. Bangang!
   Siap. Apa yang anda hadam ketika menonton filem di panggung tadi, ceritakan jalan cerita, plot, watak perwatakan, tema dan persoalan, pengajaran berserta pandangan peribadi. WIN.


Segmen/Contest

   Segmen adalah jalan mudah meng-update entri. Bukan itu sahja, segmen dan contest ni merupakan wahana mudah dalam mencari followers. Ya adik-adik. Followers. Bukan readers atau viewers. Pergi mati sama readers dan viewers. Yang penting jumlah followers dan populariti. Segmen pun biasanya yang mudah-mudah. Antara yang pernah menjadi fenomena, Wordless Wednesday atau WW. Di mana pada hari Rabu, setiap blogger hanya perlu mengupload gambar tanpa sebarang caption atau huraian. Tapi aku perhatikan banyak jugak yang tepek gambar bertulis. Jadi di mana inzalnya "Wordless" tu?

   Segmen lain seperti pertukaran link antara blogger baru, paling hebat. Cuma buat sedikit entri berkenaan segmen tersebut, tepek gambar paling comel bermulut itik. Win!

Ini serius


Kontroversi


   Aha! Kontroversi. Rakyat Malaysia amat peka terhadap keadaan sekeliling. Memang tak diakui, deria kepekaan mereka amat tajam akan cerita-cerita gosip atau kontroversi. Ambil peluang di atas kepekaan ini. Kaji sedalam mungkin tentang setiap kontroversi. Atau tak payah kaji, cuma berdasarkan andaian sendiri. Mudah bukan? Cerita sahaja tentang kontroversi sesuatu atau seseorang. Guna kaedah plagiarsme tadi sebagai memperkuatkan lagi entri anda. Tapi satu aku nak cerita, di Eropah, mereka tidak diskusi kejadian, sebaliknya mereka berbincang idea. Nampak bezanya? Bagus.




   Baiklah. Aku rasa ni satu lagi entri mengarut dari aku. Itu sahaja. Kalau marah aku, aku tak boleh kata apa. Sila cari krim punggung di farmasi berdekatan. Babai. Mumumuaaah!




Thursday, February 9, 2012

Bercawang Ke Tempat Lain...

    Zaman sekarang semakin canggih dan ideologi juga terpecah, bercambah atau bercawang membentuk deraian haluan masing-masing. Jika dulu hanya warkah, buku sahaja yang menjadi pilihan pebaca untuk menghadam isi. Sekarang lain ceritanya. Ada banyak medium untuk menyalurkan cerita dan idea. Apatah lagi alam maya begitu berkuasa mengatasi yang lain-lain. Rating dan ranking si alam internet maya paling tinggi.


   Tahi. Sekali lagi aku cuma jadikan pendahuluan sebagai syarat entri. Yang mana sebenarnya pendahuluan macam tak kena dengan entri yang aku nak sampaikan. Muahahaha...


   Arakian, sebenarnya kali ni aku nak berkongsi di mana aku juga merupakan penyibuk konon-konon hebat di cawangan lain. Bersama penulis-penulis lain.


Sejuta Stanza Selamba


Tampak serabut tapi ianya tak kalut. Malahan lembut.


   Inilah dia ruangan paling pertama aku dijemput menulis. Sejuta Stanza Selamba. Berbekalkan tagline ; secebis picisan terbiar dari si puitis yang liar. Dari tagline nya sahaja, sudah boleh nampak apa perjuangan yang dilaungkan. Di sini kami akan berpuitis dan berpuisi sejiwang dan sekarat yang mungkin. Sekadar meluahkan isi hati melalui nukilan ritma dan irama. Dan kenapa aku dijemput di sini? Sebabnya dulu, aku buat akaun blogger hanya untuk berpuisi. Meluahkan apa aku rasa. Cuma lewat ini, aku dah kurang rasa menulis puisi. Mungkin tajamnya dah tiada. Sama macam Fernando Torres yang bangang tak reti score gol. Cuma yang menjadi kemusykilan aku, aku tak tahu siapa taukey sebenar Sejuta Stanza Selamba. Oh ya, jangan terkejut, Kak Fynn Jamal juga ada di situ. 




Warna Kaseh


Warna kaseh. Bukan setakat hitam dan puteh.


   Sungguh aku terkejut bila aku dipinang untuk menulis di sini. Entah apa kriteria yang ada pada aku yang sepadan untuk dimuatkan dalam Warna Kaseh. Setahu aku, aku cuma menulis untuk mengarut dan merepek. Tapi takpe. Demi mengembangkan halusinasi aku ke dunia penulisan ala-romantika, aku terima pinangan tersebut dengan hantarannya ikut ikhlas. Har Har Har! Ok ok. Warna Kaseh merupakan sebuah projek untuk mengetengahkan penulisan-penulisan percintaan tak kira cinta akan Pencipta Seluruh Alam, cinta akan orang tua, cinta kepada kekasih gelap mahupun terang, cinta kepada kekayaan, cinta kepada kejahatan, mahupun cinta kepada Cinta Bunga Lestari. #Dafuq? Secara amnya, aku baru mempertaruhkan satu cerpen dalamnya, entah betul atau tidak tulisan aku itu mengikut tema, kalian cari dalam tu; "koleksi Sipot". Taknak baca pun takpe. Takkesahpoon. *Umpil-umpil kuku.




Paksi Fakta


Berdiskusi tanpa keluar volume suara. Tapi tune lantangnya ada. Mungkin?


  Sebuah projek baru hasil garapan minda seorang sahabat sepengajian suatu ketika dahulu. Masih terlalu mentah, masih terlalu baru. Penulisnya pun baru lima. Semuanya dari institusi yang sama. Cuma lain tahun dan semester. Institusi pengeluar blogger dan model meletup si Hanis Zalikha. Hah. Dah tahu ar tu institusi mana. Dah jangan tanya dari mana. Dan mana institusi itu bukan tajuk utama. Yang penting sekarang apa panji yang dibawa pihak Paksi Fakta ini. Menurut si pencipta ruangan itu, Paksi Fakta merupakan wadah untuk antara kami saling berdiskusi tak kira ringan tak kira berat. Bincang idea atau berbual cerita. Semua di sana Insya-Allah ada. Kenal BadekGonzalez? Si sarka Sarkasis, pemanggang punggung orang? Ok. Dia senior aku dulu dan dia pun terlibat sama dalam projek ini.


"Penulis jemputan tempat lain takde, Pot?"


   Bukan penulis jemputan, tapi menghantar karya konon-konon akan disiarkan di ruangan mereka tu, adalah. Iaitu di Sarkasis , ruang memanaskan punggung dan Sokernet Tamu , ruangan pembaca blog Sokernet untuk melontar idea bola sepak di tahap paling klise. Lain-lain takde. Dah jangan tanya lagi. Aku tampoor kang.


   Itu sahaja. Mungkin aku tak sehebat mereka-mereka yang mampu memasturbasikan minda orang-orang lain. Yang nyata aku bangga dapat berjima' dengan tulisan dan gaya aku sendiri. Sampai aku oragasme, dan ada yang inzal. Hehehe. Babai... Terima kasih daun keladi, ada masa boleh memancing. <---eh? Pantun ke? Ok tak lawak. Dah. Babai!!!!







Wednesday, February 8, 2012

Kisah Si Cina Yang Berselipar, Seluar Pendek Dan Ber-Singlet...

Namewee. Dibenci kaum majoriti melayu tapi dia punya visi sendiri.


Al-kisah kali ini bukanlah perihal Namewee, apa makanan kegemarannya, siapa kekasih pertamanya atau dia suka makan nasi lemak mahupun roti canai. Sengaja aku tancapkan gambar dia sebab dia merupakan ikon bangsa cina di Malaysia yang aku respect. Tak goyang dengan sebarang ancaman.

   Ah. Cerita kali ini adalah berperihalkan bangsa cina. Bangsa yang sama-sama berkongsi menikmati keindahan di bumi Malaysia. Namun kebanyakan dari bangsa kita, Melayu, ramai yang memandang pelik dengan bangsa lain. Seolah-olah kita gah dihadapan walhal kita terperosok dipenjuru belakang. Kita tewas namun mengaku menang. Mari aku kongsi sedikit cerita ;


Kisah 1 :

Zakaria : Hei Ah Sang! Apa bikin beli nasi banyak-banyak?

Ah Sang : Oh? Ini hah? Ini mahu kasi kucing makan.

Zakaria : Banyak oh? Kucing lu memang kuat makankah? Lu memang sayang kucingkah?

Ah Seng : Bukan itu macam maa... Saya beli banyak-banyak, sebab itu kedai wa punya kawan. Dia baru bukak kedai.  Nak kasi dia duit, mesti dia tak mahu. Jadi saya belilah nasi banyak-banyak dari situ.

Zakaria : Oh...


Kisah 2 :

   Amir, seorang pelajar di tingkatan lima. Baru pulang dari mengulangkaji dengan Cikgu Suraya. Dia memilih untuk pergi ke kedai makan Lim Kiang. Sebuah warung yang kecil milik orang cina namun mempunyai seorang anak dara yang sangat solid melebihi figura Elly Tran Haa. Oleh kerana anak kepada pekedai itulah, warung kecil tersebut mendapat perhatian jejaka-jejaka pekan. Namun sebaik sampai di warung tersebut, Amir bertanya kepada si ayah.

"Mana peginya Lim Siew Ping?" Amir gelojoh bertanya tanpa sempat memesan Coca-Cola.

"Oh. Dia dapat sambung belajar di Oxford. Apa you ingat Azura 2012 je dapat belajar di Oxford?" Lim Kiang berseloroh.

"Haa? Oxford? Tapi, mana you dapat duit mahu hantar pergi sana? Bukan murah maa.." Amir kebingungan. Terbayang di iris matanya akan suasa iklim di England.

"Saya dari keluarga Lim. Bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak payah bayar balik. Nanti bila sudah berjaya, kami akan bantu yang lain pulak." Lim Kiang menjelaskan sambil menggaru-garu perutnya yang memboyot.

"Ooohhh..." Amir menjawab pendek.


Kisah 3 :

   Sebuah masjid di sebuah pekan mahu diubahsuai kerana tampungan jemaah semakin banyak berikutan populasi pekan tersebut semakin membesar. Maka mereka bermesyuarat sesama AJK sambil makan bihun, karipap dan teh o. Akhirnya mereka mendapati mereka mempunyai bajet sekita RM20 ribu hasil kutipan tabung selama ini. Mereka mencari kontraktor melayu.

Kontraktor Melayu : RM20 ribu? Taknaklah. Masjid dahlah besar. Mana untung.

   Kecewa dengan jawapan kontraktor tersebut, mereka cuba-cuba bertanya kepada kontraktor Cina dengan malu-malu. Namun memeranjatkan bila mana :

Kontraktor Cina : RM12 ribu sudahlah. Cincai kira.

Imam : Wahlauwei. Manyak murah?

Kontraktor Cina : Itu tempat mahu buat sembahyang. Buat apa mahu mahal-mahal? Nanti Tuhan marah maaa...


Kisah 4 :

   Sekumpulan remaja bermain bola sepak di padang sedikit lopak dan becak. Namun apa mereka peduli? Demi nafsu berbola sepak, semua itu diketepikan segera. Mereka bermain dengan girang dan gembira tanpa berselisih faham walaupun ada antara mereka yang berbangsa cina. Apabila senja hampir tiba, mereka kduduk di tepi padang untuk hilangkan lelah. Atan terjumpa duit syiling sepuluh sen. Dia capai dan campak semula betul-betul depan Yong Ching Yup.

"Apasal buang-buang duit maa?" Chong mengutip duit syiling sepuluh sen dan memasukkan ke dalam poket.

"Sepuluh sen pun mahu ambil kaa? Sengkek benar?" Atan biadap sambil dituruti yang lain ketawa. Mereka semua tahu Chong seorang yang berada. Tengoklah persiapan dia untuk bermain bola petang-petang. But sahaja sudah lebih RM200, jersi, stoking paras lutut. Tak ketinggalan knee-pad juga tersarung dibalik stoking.

"Bukan maa. Takde sepuluh, tak jadi satu juta." Chong pendek membidas.

"Betul jugak."



----------------------------------------


Tak malukah kita bila ada kawan buka kedai baru, kita sibuk minta diskaun?

Tak malukah kita bila ada saudara mahu belajar, kita tak membantu malahan dipulaukan sekiranya saudara itu gologngan miskin?

Tak malukah kita untuk membina tempat beribadah pun masih berkira tentang harga?

Tak malukah kita bila jumpa seposen dibuang lambung, jumpa RM50 sanggup bergaduh?



p/s : Aku terbaca cerita ni cuma aku kasi modofikasi konon nak lagi cun. Sama ada benar atau tidak cerita ni, kita fikir-fikirkan bersama. Itu sahaja. Babai. :)