Wednesday, May 23, 2012

Nazmi Mansur : Bukti tahap penyokong rakyat Malaysia di tahap kanak-kanak...

Aku Google Image, taip Nazmi Faiz, tapi jumpa gambar ni. 


   Pelik jugak bila mana ada yang nak kaitkan Neelofa dengan Nazmi. Atau ni memang makwe Nazmi? Kalau betul Neelofa ni makwe Nazmi, boleh tahan jugak selera kekuda Nazmi ni, dah saing-saing Zaquan dengan Zafuan dah ni. Ah. Bukan aku tau pun pasal gosip-gosip ni.

   Berbalik kepada isu asal. Tengok tajuk, mungkin ada yang dapat tangkap, mungkin ada yang tidak. Mungkin ada yang blur, mungkin ada yang tidak. Baiklah. Persetankan tajuk. Kita berdiskusi secara matang, berhemah dan angkuh.

   Dulu... Duluuuuu... Aku ada tulis sepucuk surat bertajuk 'Surat Buat Peminat' . Ok. Itu dululah. Entah ada yang baca, entah ada yang tidak. Sebab surat tersebut aku gulung-gulung masuk dalam botol kaca. Tutup pakai gedus, campak ke sungai. Harapnya surat tersebut sampai ke Selat Inggeris. Kalau sampai SUngai Ganga, bercampur dengan abu mayatlah gamaknya. 
(-_-")

   Ok. Seluruh dewataraya bumi Malaysia, rata-ratanya kenal akan Nazmi Faiz ini. Malahan namanya lebih dikenali dalam kalangan peminat perempuannya. Hanya kerana sekali dia pernah menjaringkan gol cantik ketika menentang Bahrain. Juga kerana rupa parasnya, beliau menjadi idaman gadis-gadis dan ibu-ibu mertua di kampung untuk menjadikannya anak menantu. Cuba kalau Tamil Arasu yang buat gol cantik tersebut? Belum mungkin gadis-gadis Malaya terhegeh-hegeh nakkan beliau.

   Arakian, itu hanyalah cerita dahulu kala, ketika skuad Olimpik Malaysia layak ke pusingan ketiga. Diam-diam ubi berisi, diam harimau menyimpan kuku. Entah menda bidalan aku reka ni? Kita abaikan. Kini, terbaru, terpanas, tergempar, terpanas, tergempar, terbaru, terpanas, dan kenapa pulak korang baca ulang-ulang ni? LULZ. Berbalik semula, berita terbaru yang sedang tersebar meluas di seluruh alam dunia media internet Malaya, Nazmi Faiz telah berjaya meloloskan diri untuk menjadi pemain Malaysia yang berjaya mengikat kontrak di Eropah setelah 10 tahun dahulu, perkara sama dilakukan Akmal Rizal.

   Kelab tersebut diberi nama SC Beira-Mar. Sekali dengar, macam nama enjin kereta pun ada kelab ni. Dua kali dengar macam kelab lumba kereta. Tiga kali dengar pulak macam kuih bangkit. Hmmm.

   Sebaik sahaja pengumuman berita Nazmi ini tersebar meluas, maka dengan itu, seluruh rakyat marhaeins bertepuk tangan tanda gembira.

   Asam garam, perpindahan kontrak tersebut, menambahkan lagi kebebalan tahap penyokong bola sepak. Cukuplah sudah dengan Cardiff City dan QPR dahulu kala, kali ini Beira-Mar jadi sasaran kelab yang diminati. Tak sudah-sudah rakyat Malaysia ni tunjuk perangai monyet, khususnya Melayu. Cina pandang pulak sukan rakyat macam ni. Diorang main bola keranjang.

   Berbalik isu asal. Secara jujurnya, aku menyampah dengan fenomena 'mendaftar' diri sebagai penyokong kelab sejati secara tiba-tiba ni. Tapi dalam menyampah, ianya juga sebuah hiburan. Yalah. Macam tengok monyet dekat sarkaslah hiburannya. Tak gitu? Keh keh keh...

   Ada orang Malaysia beli Cardiff City, terus mengaku sokong Cardiff. Tony Fernandes beli QPR, terus melambak nak beli jersi QPR, kenapa Jersi Swansea tak nak beli? Kenapa tak Norwich City sewaktu bawah tajaan Proton? Kenapa tidak semua sokong RC Strasbourg? Akmal Rizal pernah main dekat situ apa? Kenapa tak Celtic? Ada Shaun Maloney. Kenapa tak SV Wehen? Rudie Ramli dengan Fadzli Shaari main dekat situ. Errr.. Kejap, kejap, penyokong Harimau Malaya ni kenal ke semua nama-nama ni?

   Kemasukan Nazmi Faiz ke SC Beira-Mar yang masih samar-samar tempat utamanya ini sekaligus menambah lagi hiruk pikuk perangai monyet, jakun, batak rakyat Malaysia ini. Dah nampak dekat Facebook ada akaun penyokong SC Beira-Mar Malaysia. Dah ada akaun Twitter SC Beira-Mar Malaysia. Nasib baik MySpace lama dah terkubur. Tak lama lagi, meriahlah pasar-pasar malam, uptown dengan jersi-jersi SC Beira-Mar walhal mereka selama ni jadi penyokong kelab-kelab jajahan England. kalau sokong Chelsea takpe, anda di jalan benar. Kalau sokong Man. U, Liverpool, Arsenal mahupun Newcastle, mohon renung kembali masa depan anda. Hmmm.. Hmm..

   Maaf termelencong sedikit. Kita berbalik semula. Aku harap lah, penyokong-penyokong Harimau Malaya baru berdaftar, pihak media, kurang-kurangkan sedikit terlalu menaikkan nama Nazmi Faiz ni. Kita tau potensi dia besar. Tapi sejak skuad Malaysia mendapat tempat semula di hati rakyat sejak era Zaquan, kita nampak, ramai pemain bola yang disogok berita dan pujian melampau, akhirnya ke laut. Ranking makin jatuh, penyokong tak sedar dibodohkan FAM. Macam tulah perumpaannya.

   Siapa tak bangga? Aku? Bukan macam tu. Tapi biar berpada, Thailand yang memang jaguh Asia Tenggara masih susah nak jadi timnas paling 'rajin' ke Piala Asia. Piala Dunia? Memang kena tunggu bola sepak diiktiraf jadi sukan tradisional baru boleh layak agaknya. Filipina, Indonesia, Singapura, dah ramai pemain mereka ke Eropah. Macam tu jugak. Hmm. Hmmm....

  Akhir kata kepada peminat baru SC Beira-Mar tu, teruskan perangai monyet anda. Seronok jugak tengok gelagat kalian. Kelakar sebenarnya. :D


Suatu hari nanti pasti beliau menyesal menyokong kelab penuh sejarah






P/S : Errr.. Alang-alang punggung dah terbakar sebab baca tanpa berfikir tu, takpun sebab setepek kena dekat hidung, meh ler usyar artikel bakar punggung yang lain. Ihikhikhikhik... :D

Chelsea : Drama Keangkuhan

Cinta Untuk Lebah
Teori Kospirasi di Sebalik Ramli Manchester United
Surat Buat Peminat Cardiff City, QPR

Monday, May 21, 2012

Chelsea : Drama Keangkuhan...

Orgasme sebenar

   19hb Mei 2012 adalah hari bola sepak bagi umat Malaysia. Pada pukul 8:45 malam, peminat bola sepak Malaysia dihiburkan dahulu dengan pertarungan final Piala FA antara Kelantan vs Sime Darby FC. Bagi Sime Darby FC, mereka mendapat jolokan 'silent-killer' kerana berjaya menyingkirkan kelab terangkuh dalam Malaysia, Johor FC dan kemudiannya mengetepikan saingan Terengganu sebelum mereka sampai ke peringkat akhir. Perlawanan berlangsung seperti biasa selayaknya taraf bola sepak Malaysia dan Kelantan berjaya menjulang Piala FA melalui jaringan Ghaddar, sekaligus melengkapkan seluruh koleksi piala yang dipertandingkan dalam Malaysia. Tahniah Kelantan. Anda memang di kelas tersendiri.

   Arakian, pada pagi 2:45 (waktu Malaysia), seluruh umat manusia sejagat menumpukan perhatian ke Jerman dan tumpuan itu dipusatkan terus ke Allianz Arena, Jerman. Di mana menurut pendapat bijak pandai dahulu kala, Allianz Arena ialah kandang keramat buat sebuah pasukan bola sepak gergasi Jerman, Bayern Munich.

   Cerita kandang keramat hanyalah sedikit asam garam sebelum episod sebenar bermula. Episod peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah. Sekumpulan singa biru, mewakili rumah sukan England bernama Chelsea bertandang ke kandang tersebut dengan sopan dan berbudi bicara untuk dilayan kumpulan Bayern Munich. Segala palu-paluan gendang, flare dan pembuka bicara dimulakan tanpa nyanyian lagu Negaraku. Segala umpat cacian dan dengkian kepada kumpulan Chelsea juga semakin hangat. Segala kem-kem pasukan merah yang lain (Menyu, Liverpool, Arsenal khususnya) bernaung terus di bawah payung Bayern Munich. Langsung tiada semangat 1England.

   Aku, dan Sopi yang memang datang dari kem Chelsea sementara Brendan dari kem Newcastle, sampai lambat 2-3 minit ke kedai mamak, campur sibuk cari kerusi dan tempat duduk. Pemakaian sut Chelsea membuat banyak mata-mata memandang sinis dengan keyakinan aku terhadap Chelsea. Berbekalkan muka Poker Face, aku duduk dan terus pusatkan fokus ke skrin.

   Sepanjang 45 minit pertama menonton drama Chelsea-Bayern Munich, tanpa tulang utama, Terry, Ivanovic, Ramires, memang membuatkan kem Chelsea diselubungi gelisah. Serangan bertali arus dilancarkan bertubi-tubi ke kubu Chelsea, namun tiada satu pun berjaya membolosi gawang yang dikawal rapi Abang Petr Cech. Perlawanan bagi separuh masa pertama memang memihak Bayern Munich. Dari segala penjuru mereka cuba menyusup masuk ke kubu Chelsea. Tak berjaya menyelit, mereka cuba serangan jarak jauh, namun juga tak dapat mereka tembus. Semuanya berkat kesucian Chelsea yang memperkenalkan jenama 'park-the-bas' sebagai satu terma baru dalam bola sepak. Sementara Chelsea? Hanya ada satu percubaan tepat, itupun melalui Kalou The Spider yang mudah ditangkap kemas Neuer yang asyik leka bermain SMS.

Labah-labah yang garang.

   Rehat separuh masa. Masing-masing yang menonton membuat andaian dan spekulasi tersendiri di atas persembahan drama Chelsea-Bayern Munich.

   Separuh masa kedua juga tiada bezanya dengan separuh masa pertama. Bayern Munich begitu rakus menyerang Chelsea dari pelbagai arah dan Chelsea hanya mampu meletakkan bas di depan gawang gol. Seperti di atas ranjang, Chelsea hanya mampu mengerang diasak Bayern Munich. Begitulah perumpamaannya.

   Ketua pengarah drama Chelsea, Roberto Di Matteo cuba mengubah skrip akibat merasakan sudah bosan menghiburkan seluruh puak-puak kem merah. Yalah. Bukan main seronok mereka tengok Chelsea diasak sedemikian rupa. Jadi, Abang Torres dimasukkan mengganti Kalou Si Labah-labah. Nyata skrip sedikit berubah, namun masih Bayern Munich yang menjana cerita.

   Minit ke-83, ketumpulan penyerang Bayern Munich pada 82 minit menjadi tajam secara tiba-tiba. Muller yang agak bangang sebelum ini, tiba-tiba menanduk masuk bola ke dalam gawang Chelsea dan membuatkan seluruh Allianz Arena bergempita, bahkan seluruh kem-kem merah seluruh dunia. Ya, mereka tiada dalam saingan tapi mereka yang suka. Memang menghairankan.

Orgasme awal dari Chelsea

   Jaringan tersebut sekaligus menyentap semangat kem Chelsea. Aku sendiri hanya mampu memegang kepala sambil menggenggam rambut tanda terkesima. Sementara Brendan, sudah mula mengapi-apikan aku dengan memaksa aku membuka jersi Chelsea. Aku tetap menyimpan sedikit harapan supaya drama ini dilanjutkan dan ternyata harapan itu ditunaikan anggota Chelsea. Minit 88, hanya lima minit mereka semua bergembira, Drogba si angkuh tiba-tiba menanduk bola sepakan penjuru dan terus menerjah gawang Bayern Munich, yang dikawal Neuer. 

Kurang pasti sama ada ini ritual tolak hujan atau sejenis perayaan gol

   Tamat 90 minit, tiada pemenang dapat ditentukan dan perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.

   15 minit pertama, sekali lagi drama dipegang lebih Bayern Munich. Namun baru 5 minit dimulakan, skrip bertambah konflik di mana Bayern Munich dihadiahkan sepakan penalti akibat kekasaran Drogba. Debaran begitu kencang apabila menyaksikan tendangan penalti tersebut bakal diambil Robben, bekas pemain yang bernaung di bawah Chelsea sebelum ini. Dengan wajah tenang, Robben menendang bola ke arah kiri Petr Cech dan dengan bergayanya Petr Cech muncul watak adiwira dengan menyelamatkan tendangan tersebut. Ya! Adiwira realiti! Sekaligus konflik berjaya diselesaikan.

Meramal tendangan Robben dengan angkuh

   15 minit kedua berlangsung sehinggalah tamat dan keputusan masih terikat dengan 1-1. Apapun pemenang harus ditentukan. Jadi tendangan penalti perlu dilakukan bagi mencari siapa hero sebenar.

   Inilah dia klimaks paling menginzalkan bagi mana-mana peminat bola sepak. Tendangan penalti. Satu persatu tendangan di ambil bermula dengan Lahm mewakili Bayern Munich. Bagi kem Chelsea, tendangan Juan Mata berjaya diselamatkan Neuer sementara bagi kem Bayern Munich, tendangan Olic berjaya diselamatkan Petr Cech sementara tendangan Sebastian Schweinsteiger sekadar mencium tiang kiri gawang. Dan sebagai tanda paling klimaks, pancutan paling padu, orgasme paling menginzalkan sambil meraung :

Mudah disempurnakan ikon dubuk liar Drogba

   Begitulah tamatnya drama paling mengujakan mengalahkan drama sebabak slot Akasia, drama sinetron Indonesia yang memualkan mahupun drama Rajinikanth yang ditembak takkan mati. Chelsea akhirnya berjaya mengucup piala teragung pentas tertinggi Eropah sambil dipandang cemburu oleh seluruh puak-puak merah seluruh dunia. Tamat sudah ceritanya.

Raungan gangbang beramai-ramai ke atas satu trofi tanda kepuasan

Sebelum aku akhiri drama ini, eloklah kiranya aku kongsikan satu teori Matematik baru yang wajar diaplikasikan dalam mana-mana sekolah :


Inzal+Angkuh+Power+Orgasme x (Kacak/Sombong + Menang) + Unggul = Chelsea


p/s : Mereka menyalak tentang jumlah kemenangan mereka pada masa lampau? Pergi mati. Hidup kena pandang ke depan. Sejarah untuk dipelajari, bukan untuk diungkit. Kui kui kui...

Thursday, May 10, 2012

Pengorek...


Gambar curi dari Google. Ya. Saya ialah lanun internet.







*Pengorek : Pengasah pensel.



"Mak, nanti Din nak pengorek yang macam Aiman punya tu boleh?" Sharipudin cuba membodek ibunya yang sedang melipat pakaian.

"Pengorek yang macamana?" Ibunya acuh tak acuh melayan. Fokusnya tetap ke pakaian yang sedang dilipatnya.

"Alaaaa... Yang boleh pusing-pusing tu. Yang nanti kita letak atas meja, lepas tu kita masukkan pensel. Lepas tu kita pusing tempat pegang dia." Sharipudin menggayakan penuh bersemangat. Tak ubah seperti seorang penjual cendol atau ABC.

"Nak buat apa benda tu? Mahallah. Pakai pisau je sudahlah." Ibunya semakin malas nak melayan.

"Alaaaaa... Pakai pisau tak best." Sharipudin memonyokkan muka. Kecewa dengan maklumbalas dari ibunya. Kerja rumah mewarna dan padankan gambar yang diberi Cikgu Suraya, dia dah tak minat nak buat.

"Yalah. Yalah. Nanti ada duit kita beli ea?" Ibunya tak sampai hati melihat tingkah laku anak keduanya itu.

"Yeaaaay!" Sharipudin kembali ceria dengan jawapan ibunya itu. Sekejap sahaja dah berubah. Terus dia bersemangat semula memadankan gambar-gambar dalam buku latihan. Kerja rumah yang perlu disiapkan.


**********

   Sharipudin perhatikan sahaja Aiman berlagak dengan pengasah pensel yang berbentuk mesin itu. Nampak begitu bergaya sekali pengasah pensel itu terletak di bucu meja sekolah. Tiga empat orang kawan-kawan sekelas mengerumuni Aiman untuk mencuba pengasah pensel tersebut. Walhal sudah hampir seminggu Aiman miliki pengasah pensel tersebut. Tapi kawan-kawannya tak jemu-jemu untuk memusing-musing pengasah pensel tersebut. Walaupun pensel masing-masing belum tumpul pun.

   Sharipudin teringin juga mencuba pengasah pensel tersebut. Dia membawa sebatang pensel kayu pergi ke arah Aiman.

"Aiman, nak pinjam pengorek kau boleh?" Sharipudin cuba mengipas dengan suara gedik. Layaknya usia dia dan rakan-rakan lain yang berumur 8 tahun.

"Tak boleh! Tak boleh!" Aiman tiba-tiba keras. Benci benar dia pada budak miskin seperti Sharipudin.

"Alaaaa.. Bolehlah." Sharipudin belum berputus asa. Dia kerah lagi sedikit usahanya memujuk Aiman.

"Eeeee... Tak malu. Pergilah asah pensel pakai pisau lipat kau tu." Aiman mengejek. Suaranya sedikit menjengkelkan. Kawan-kawan lain cuma diam. Tanda setuju dan menyokong Aiman.

   Sharipudin terus putus asa. Dia berjalan semula ke mejanya. Kecewa dengan ejekan dari Aiman.

"Woi budak miskin. Ni pensel murah kau ni siapa nak ambik?" Aiman menjerit dari jauh. Baru Sharipudin menoleh, pensel miliknya melayang hampir-hampir terkena mukanya. Nasib baik dia sempat mengelak. Sharipudin tak berdaya melayan perasaan kanak-kanaknya, terus bercucuran air mata dihina sebegitu.

"Kenapa ni?" Wani mendekati Sharipudin yang masih teresak-esak menangis.

"Huuuu... Huuuu..." Sharipudin cuma menyahut dengan tangisan. Wani serba salah. Dia ambil pensel kayu milik Sharipudin di atas lantai yang dah patah akibat dibaling tadi.

"Ni Din punya kan?"


"Huuuu... Huuuu..." Sharipudin masih memberi jawapan dengan tangisan lagi sekali. Cikgu yang sepatutnya mengajar pada waktu itu belum mahu masuk ke kelas. Mungkin ada urusan penting. Atau mungkin mengalami  diarrhea yang serius.


   Wani yang lebih rendah dari Sharipudin masih memegang pensil kayu yang patah milik Sharipudin. Dia kemudian bergerak ke arah mejanya dan mendapatkan pengasah pensil bulat yang berharga tiga puluh sen miliknya sendiri. Pengasah pensil bercermin itu masih bersih, baru dibeli Wani. Tanpa ada kata putus dari Sharipudin, atau dipandang Sharipudin, Wani mengasah pensel yang patah tersebut. Tak lama, pensel patah tersebut jadi pensil yang elok semula. Cuma lebih pendek dari yang asal.


"Nah." Wani memberi semula pensil tersebut kepada Sharipudin.


   Sharipudin cuma mengambil tanpa jawapan. Matanya masih merah akibat tangisan namun sudah sedikit reda. Wani cuba memberi senyuman kepada Sharipudin. Comel senyuman gadis cilik itu.


"Kenapa Din tak nak asah guna pisau je? Sama je kan?" Wani menyoal lagi.


"Guna pisau tak best. Tak power macam Aiman punya." Sharipudin menyatakan tanpa berselindung.


"Kalau macam tu, nah ambik pengorek kita punya ni." Wani menghulur kepada Sharipudin.


"Tak nak. Yang ni tak best. Tak sama macam Aiman tu." Suara Sharipudin sedikit keras. Tanda tak setuju dengan pemberian Wani.


"Tapi kan Din, mama kita selalu pesan. Benda murah-murah pun tapi kalau berguna pada kita, tak salah untuk kita pakai. Din guna pengorek ni untuk asah pensel. Kalau Din guna pengorek yang Aiman punya tu pun sama jugak, untuk asah pensel jugak. Sama je kan? Lagipun, Tuhan suka dengan orang yang tahu bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan nak merungut, jangan nak cemburu dengan apa orang lain ada." Wani berceramah langsung tak padan dengan usianya. Tudung labuh yang dia pakai melambangkan dia datang dari keluarga yang kuat pegangan agamanya.


"Hmmmm...." Pendek jawapan Sharipudin.


"Takpelah. Din ambik je pengorek kita punya ni. Kita ada lagi satu." Tanpa jawapan dari Sharipudin, pengasah pensel bulat warna merah yang bercermin itu diletakkan atas meja Sharipudin. Belum sempat Sharipudin jawap apa-apa, Zariff, ketua darjah 2 Mawar menjerit.


"Banguuuuuuuuuuuunnnn!!! Selamat Pagi, Cikgu!!"




************




   Dalam kedai alat tulis, Azlan merengek-rengek meminta-minta Sharipudin membelikan pengasah pensel bermesin mata dua yang sangat canggih rekaannya.


"Nak buat apa pengorek macam tu?" Sharipudin lembut bertanya kepada anaknya yang baru berusia enam tahun.


"Barulah power! Nanti kawan-kawan semua boleh pakai." Azlan bersuara seakan-akan merajuk. Tapi masih mengharap ayahnya membelikan untuknya.

"Sama jugak kan fungsinya untuk korek pensel. Kan? Pengorek dekat rumah pun boleh pakai, kan? Yang penting berguna, biar kita bersyukur dengan apa yang ada. Tuhan suka tau orang yang bersyukur." Sharipudin menerangkan pendek kepada Azlan. Azlan mengalah. Dia cukup mengalah untuk menuruti terus kalau dengar ayat 'Tuhan suka kalau...'


   Isteri Sharipudin, Wani, yang sedang membelek-belek buku resipi sekadar tersenyum manis mendengar dialog perbualan antara suami dan anaknya itu. Mindanya ligat mengingati peristiwa dahulu kala sewaktu masing-masing di darjah rendah.








Tu je. Tamat dah....






p/s : Cerita hambar. Aku tengah cuba-cuba tulis cerita tema jiwang. Huwuwuwuwuwuuuuu~~~