Thursday, December 26, 2013

KLCC dalam Nahas (part 5)

   Dalam firma guaman tingkat dua lot kedai tersebut, terdapat beberapa ruangan dan semestinya firma guaman tersebut luas ukurannya. Dalam satu ruangan yang agak luas, terdapat banyak peralatan latihan bertempur. Kelihatan Ijot dan Jue sedang berdiri menghadapi satu sama lain dalam keadaan bersedia. Tangan kanan Ijot sedang dililiti oleh rantai basikal yang berminyak hitam, hujungnya tergantung sebiji batu ladung memancing sementara Jue sedang memegang sepasang serampang sai, sejenis senjata tajam bermata tiga. Dia memusing-musing sebiji macam gaya Raphael si Ninja Turtle merah. Lagu 'House Of The Rising Sun' nyanyian Animals sedang berkumandang di radio. Muka Ijot agak bengis sementara Jue tersengih sedikit sebagai psikologi.

"Iyarghhh!" Masing-masing serentak menyerang. Ijot memulakan terlebih dahulu dengan meleraikan lilitan rantai basikal di pergelangan tangannya untuk dihalakan ke muka Jue. Jue mengelak sambil menghunuskan serampang di tangan kanannya ke leher Ijot. Ijot tepis. Ketika Ijot menepis itulah rantai basikal yang sudah terkedepan, di tarik kembali dan batu ladung dihujung rantai basikal itu terhentak ke kepala Jue. Jue menjarakkan diri dari Ijot sambil memandang ke arah Ijot dalam keadaan memasang kekuda.

"Lincah sikit, Jue!" Ijot marah Jue. Jue membuat back-flip yang cukup lurus persis gymnas China ke arah Ijot. Ijot bersedia dan beralih ke sisi kiri Jue dan terus melepaskan tendangan padu di rusuk kiri Jue. Jue terpelanting.

"Kah kah kah!" Ijot ketawa melihat Jue masih belum mampu jatuhkan dia. Jue bingkas bangun, Ijot leraikan kembali rantai basikal yang terlilit di tangannya. Jue sambut guna serampang dan rantai basikal tersebut terlilit di serampang tersebut. Jue tarik lalu Ijot terdorong ke arahnya. Dalam 1 saat sahaja, belakang pemegang serampang milik Jue hinggap di hidung Ijot. Ijot berdarah sedikit.

"Hahaha!" Dua-dua berhenti dan ketawa bersama.

"Dah! Berlatih agak-agaklah. Aku taknak ada yang cedera." Pico tiba-tiba muncul dalam ruang latihan tersebut. "Pergi makan sana. Basirun dah bawak balik KFC."

"KFC lagi? Blerghhhh." Jue buat tanda protes. Dialek Jawanya sudah lama hilang akibat sudah terlalu lama bergelumang dalam The Great Grasshopper.

"Engkau nak sedap pergi makan kat hotellah, setan." Pico menjawab kembali pertanyaan Jue. Ijot pergi dahulu sebab dia memang penggemar KFC. Dialah yang pujuk Datuk Basirun untuk belikan KFC bukannya Pizza meskipun Ijot berdarah Itali.

   Dalam sebuah ruangan lain, Einn, sedang menonton TV bersama Ramos. Ramos ialah seorang banduan Sepanyol yang terlepas di sebuah penjara di Dubai. Pico jumpa Ramos masa mereka adakan ujibakat untuk menambah ahli di Dubai. Ketika itu, Pico berpuas hati selepas meneliti resume Ramos yang pernah mengebom beberapa bangunan utama dunia termasuk di Amerika. Namun masa tu nama Ramos bukanlah Ramos tapi Basquet. Sebab Pico tak suka nama Basquet dan juga sebagai langkah berjaga-jaga agar Basquet tidak dijejaki, nama ditukar kepada Ramos.

   Beberapa ahli lain sedang bermain Saidina di dalam ruang di mana Einn dan Ramos sedang menonton TV yang sedang menayangkan sebuah cerita drama pejabat dibintangi Rita Rudiyana.

"Ish. Kau tengok si Rita ni. Padu kan?" Einn bersuara ketika babak Rita Rudiyana sedang memakai sut setiausaha.

"Dah tu kenapa? Banyak dah perempuan dalam dunia ni kita 'rasa', takkan perempuan Malaysia ni kau minat jugak?" Ramos bertanya kembali sambil mengulit-ngulit rambutnya yang panjang.

"Laaa. Aku minat dia sejak aku kecik lagi tahu?" Einn menerangkan.

"Jomlah kita culik dia."

"Malaslah aku."

"Kalau nak sekarang pun boleh. Tak ingat masa 2010 dulu? Kita culik Julia Perez dekat Stadium Gelora Bung Karno?" Ramos cuba nak throw-back.

"Mana boleh lupa. Engkau yang setan time tu. Aku beria lah hack stadium bagi black-out, engkau yang bawak lari Julia Perez, makan sorang-sorang." Einn bengang. Dia mengingati kembali detik sewaktu final Piala AFF Suzuki di Indonesia. Pertemuan antara Harimau Malaya menentang Sang Garuda. Waktu itu Julia Perez, artis seksi Indonesia, ada membuat kenyataan media ingin menyuluh laser melalui colinya. Dan berdasarkan laser di coli sewaktu balck-out itulah, Ramos dapat mencari di mana Julia Perez lalu membawa lari. Tidak ada seorang pun yang perasan sebab terlalu ramai orang. Ramos memang lincah orangnya.

"Kah kah kah! Mana boleh kongsi!" Ramos ketawa sambil menekan-nekan perutnya.

"Dah-dah. Semua pergi makan. Ada benda aku nak bincang." Pico muncul di balik pintu mengajak semua ahlinya pergi makan.

"Apa? Makan? Yeay!" Salman, yang sedang leka bermain Saidina terus berlari diikuti lagi tiga rakannya. Einn dan Ramos bangun malas.

"Makan apa? Jangan cakap KFC lagi." Ramos tanya Pico.

"Dah tu yang Ijot mintak. Datuk tu beli jelah." Pico memberitahu.

"Apa bendalah. Dengan Ijot tu pun si Basirun ni takut." Einn bengang.

   Di sebuah ruang mesyuarat yang biasanya digunakan Datuk Basirun untuk bermesyuarat dengan pelanggannya, telah dipenuhi seluruh ahli The Great Grasshopper. Di dinding utama yang sepatutnya tergantung gambar Datuk Basirun, telah digantikan dengan lambang seekor belalang yang cuba meniru aksi mentadak berwarna merah. Kemas dan garang. Edward Tito Shapiqo datang menghalang lambang tersebut dan berdiri di hujung meja. Memang itu tempat dia. Ahli lain semua meratah ayam KFC.

"Semalam kita dah bincang plan kita macamana nak serbu masuk KLCC. Tinggal seminggu je lagi." Pico memulakan syarahannya. Ahli lain buat tak tahu sambil makan dengan rakusnya.

"Einn! Kau dah ada idea macamana nak alih perhatian FBI?" Pico tanya Einn yang sedang berebut peha ayam dengan Jue.

"Haa? Emm. Dah. Aku ingat nak hack akaun presiden Brazil." Einn bersuara. Peha ayam di tangannya dirampas Jue dan Jue menggigit rakus.

"Buat apa?" Pico kehairanan.

"Laaa. Kan time KLCC kena serbu tu, Piala Dunia nak start dekat Rio de Janeiro. Dekat Brazil tu. Aku hacklah akaun Facebook presiden Brazil, cakap minta semua berhati-hati sebab dia baru dapat pesanan dari The Great Grasshopper nak datang curi Piala Dunia." Einn terangkan panjang lebar.

"Oooh. Jadi time tu, INTERPOL, CIA semua tu akan ready-ready dekat stadium dekat Brazil tu lah." Bijak kau Einn." Pico tersenyum.

"Hah? Aduh! Macamana aku boleh lupa time tu nak World Cup. Aku nak tengok Sepayol!" Ramos bengang. Dia memang peminat sejati negara kelahirannya itu.

"Hek eleh. Konfem-konfemlah JDT menang! JDT ada Pablo Aimar!" Akmal, seorang pelajar Malaysia di universiti Australia, bersuara. Pico jumpa Akmal sewaktu mereka memecah masuk Sydney Opera House untuk mencuri microphone. Tapi waktu itu, Si Akmal dah masuk dalam Sydney Opera House dahulu dan mereka terjumpa secara tak sengaja. Sewaktu itu Akmal masuk untuk mencuri langsir buat digunakan di biliknya. Akmal merupakan peminat tegar JDT sejak dari 2013. Tegar melampau.

"Bodoh. Piala Dunia ni untuk negara. Bukan untuk kelab." Ijot maki Akmal. Memang pantang dia dengan orang yang sokong bola sepak tanpa pengetahuan bola sepak sebenar. Biarpun dia seorang perempuan, itu tak menghalang dia untuk menyokong bola sepak. Dia peminat Itali dan juga meminati Balotelli. Dalam telefon bimbitnya, ada tersimpan gambar Balotelli yang di edit sedang duduk bersebelahan dengan diri Ijot.

"Dah! Jangan bergaduh. Fokus kita ke KLCC! Piala Dunia tu lepas setel KLCC, kita pergilah tengok." Pico menegaskan. Yang lain berdiam. Semua memang takut dengan Pico, ketua yang garang.

"Ok macam ni...." Pico menerangkan semula.

   Di luar bangunan, seekor anjing berdarah Rottweiler yang sedang berjalan-jalan mencari teman, terdengar akan perbualan The Great Grasshopper. Telinganya yang bengkok, ditegakkan. Dia mahu meneliti perbualan tersebut.

   Sebaik mendengar rancangan maha iblis itu, anjing Rottweiler tersebut berlari dengan laju meninggalkan kawasan tersebut. Dia melintasi semua jalan raya tanpa menggunakan satu jejantas pun. Habis diredah semua. Antara kebolehan anjing tersebut, berlari tanpa penat.

   30 minit kemudian, selepas berlari hampir sejauh 10 kilometer, dia mendapatkan seorang lelaki yang sedang berkerja di bengkel motorsikal. Lelaki tersebut sedang membuka tayar motorsikal berkuasa rendah sebab tayar tersebut terlanggar durian.

"Sharipuddin! Sharipuddin!" Anjing tersebut mendapatkan lelaki tersebut.

"Hah! Kau nak apa Teruna?" Lelaki tersebut kenal akan kelibat anjing yang memanggilnya. Dia menjawab sambil meneruskan kerjanya. Tangannya yang berotot itu menunjukkan bahawa dia bukanlah lelaki biasa.

"Teruna abah engkau! Panggil aku Johnny! Teruna tu nama lama aku!" Johnny bengang bila Sharipuddin memanggil nama asalnya.

"Hah. Yelah. Apa dia?" Sharipuddin tinggalkan sebentar kerjanya dan memberi fokus kepada Johnny.

"Aku dapat tahu The Great Grasshopper ada dekat Malaysia!" Johnny bersungguh bercerita.

"Maksud kau, The Great Grasshopper, pengganas yang ditakuti seluruh dunia tu? Yang Amerika dah isytiharkan sebagai penjenayah dunia tu?" Sharipuddin bertanya serius.

"Yalah. Diorang nak hijack KLCC! Nak curi cincin First Lady yang akan dipamerkan dekat KLCC nanti." Johnny bercerita secara risau.

"Dah tu kenapa? Kita bukan ada apa-apa lagi dengan kerajaan." Sharipuddin sugul. Nampaknya semacam merajuk bunyinya.

"Laaaa. Kita pergilah selamatkan KLCC!" Johnny bersungguh.

"Kau dah lupa ke?"


*****

   Seorang perisik milik PDRM dihantar ke Russia untuk suatu misi yang sukar diterima mana-mana perisik pun melainkan diri perisik itu sendiri. Dia diiringi seorang pegawai.

   Sebaik tiba di makmal sulit bawah tanah milik Yuri Prime di selatan Moscow, Rusia. Perisik tersebut bersalam dengan Yuri Prime yang separa botak dan memakai jubah doktor. Makmal tersebut tidak diketahui ramai, cuma beberapa kerajaan sahaja yang tahu. Kawalan yang cukup ketat membuktikan betapa makmal tersebut memang makmal yang sangat berharga. Kebiasaannya makmal tersebut menjadi rujukan mana-mana negara untuk mendapatkan khidmat perang.

"Nama aku Teruna." Perisik tersebut memperkenalkan diri sambil menghulurkan fail milik kerajaan Malaysia. Fail bertukar tangan. Cermin mata hitam di hidungnya dibetulkan. Salam disambut dan Yuri Prime memperkenalkan diri juga. Mereka minum teh tarik dahulu sebelum memulakan misi.

   Sebaik Teruna bersedia dari segi fizikal dan batin, dia pun berdiri di sebuah balang besar yang memuatkan seorang manusia bertubuh sederhana. Balang tersebut bersambung wayar dengan sebuah lagi balang yang dalamnya sedang duduk seekor anjing berketurunan Rottweiler. Anjing tersebut cuma duduk diam semacam tak mengerti apa-apa. Banyak wayar yang bersambung dengan alatan elektronik milik Yuri Prime. Tiada orang lain dalam makmal tersebut. Yang ada cuma Yuri Prime, Teruna, pegawai pengiring Teruna serta seekor anjing.

 "Sedia?" Yuri Prime memberi isyarat kepada Teruna yang berdiri dalam balang besar. Pegawai pengiringnya sedang duduk bermain game Candy Crush di telefon bijaknya.

   Sebaik semuanya bersedia, Yuri Prime menekan sebiji butang berwarna merah di salah satu papan kekunci mesin elektroniknya. Kedua-dua balang bercahaya dengan aliran elektrik. Teruna mula menjerit. Anjing turut menyalak.

   Lima minit berikutnya segala-gala berubah. Teruna sudah rebah di dalam balang. Anjing di sebelah yang sedari tadi tampak pasif, mula duduk sedia. Yuri Prime menekan sebiji butang dan kedua-dua balang naik ke atas. Anjing tersebut datang kepada Yuri Prime.

"Apa rasanya?" Yuri Prime bertanya kepada anjing tersebut.

"Rasa macam anjing." Teruna yang sudah di dalam tubuh anjing Rottweiler, beredar untuk menaiki jet yang membawanya datang ke sini. Pegawai pengiringnya tadi mengangkat tubuh milik Teruna yang sudah tidak bernyawa sambil melemparkan senyuman kepada Yuri Prime.

   Yuri Prime membelek kembali fail milik kerajaan Malaysia tersebut yang tertulis :

   "Tolong tukarkan roh perisik ini ke dalam badan seekor anjing yang tegap. Thanks bro!"

   Hari-hari berikutnya, Teruna telah menjadi ahli K9 PDRM yang dikelola oleh seorang pegawai berpangkat Sarjan bernama Sharipuddin. Sebuah unit khas terdiri daripada tujuh orang anggota polis dan seekor anjing telah ditubuhkan. Unit yang dilatih khas untuk membanteras jenayah nakotik di seluruh negara malah khidmat mereka turut digunakan oleh kerajaan banyak negara sekitar Asia Tenggara. Mereka telah mengharumkan nama Malaysia. Unit ini digelar : "Unit Johnny."

   Namun malang seribu kali sayang. Teruna yang telah menggunakan nama Johnny telah melakukan satu kesilapan yang langsung tak boleh diterima akal. Dia telah menyerbu seorang pakcik di lapangan terbang kerana menyangka pak cik tersebut ialah utusan dadah dari Afrika Selatan. Johnny telah menggigit pakcik tersebut dan menggigit serbuk yang disangkakan dadah tapi rupanya hanya sebungkus tepung gandum. Pak cik tersebut rupanya datang Malaysia sebab nak belajar buat roti canai.

   Habis Unit Johnny dikecam di seluruh dunia dan tersebar di Facebook.

   Lalu unit tersebut dibubar. Sharipuddin dan Johnny dipecat sama sekali.

*****

"Kau lupa ke setan?" Sharipuddin bertanya lagi.

"Alaaaa. Itu dulu. Kau tak sayang Malaysia ke? Kau tak sayang Datin Sri Rosmoh ke? Kau tak sayang KLCC ke?" Johnny bersungguh-sungguh.

"Malas!" Sharipuddin meneruskan kembali tugasnya menukar tayar motor yang tergendala. Hatinya masih remuk dendam dengan kerajaan Malaysia...

Wednesday, December 25, 2013

KLCC dalam Nahas (Part 4)

   Syakir dan Leeya begitu girang bertepuk tampar sesama sendiri di dalam tren yang sedang dalam perjalanan ke KLCC itu. Semua penumpang cuma memandang jengkel akan kelakuan dua umat manusia yang sedang memadu cinta itu. Dalam mereka bertepuk tampar itu, Syakir terperasan ada seorang lelaki keturunan Bangladesh sedang memandang sosok tubuh Leeya atas ke bawah dengan pandangan yang nakal, justeru Syakir menghampiri lelaki Bangladesh tersebut. Dan tanpa banyak bicara;

"Zaaaap, bedebuk!"

   Dalam ruang sesempit dan sekecil itu, Syakir berjaya membuat gerakan "Thai-Go-Jaa", gerakan yang diperkenalkan oleh Tony Jaa dalam siri Ong Bak, memerlukan tubuh badan berpusing 360 darjah di udara kemudian melepaskan tendangan belakang. Kesemuanya berlaku di bawah 5 saat sahaja. Natijahnya lelaki Bangladesh tersebut terperosok di hujung gerabak.

   Orang ramai tergamam. Syakir kembali mendapatkan Leeya.

"Wah. My hero." Leeya mengukir senyuman ikhlas sambil merapikan sedikit rambut Syakir yang sedikit serabut akibat daripada gerakan mautnya tadi.

   Mereka kembali berpegangan tangan sambil menyanyikan lagu 'My Heart' tanpa mempedulikan penumpang lain. Bahagia sungguh.

*****

   -Dua hari sebelum pertemuan romantis Syakir dan Leeya-

   Di sebuah lot kedai, tingkat dua, terdapat sebuah firma guaman milik Datuk Basirun, yang melakukan kerja-kerja konsultan kewangan, pembelian harta tanah ataupun perkara yang berkaitan. Kadang-kadang firma tersebut juga dijadikan tempat rujukan petani-petani yang ingin mengembangkan perusahaan mereka ke tahap yang lebih tinggi agar dipandang hebat oleh masyarakat. Datuk Basirun memang menyokong sikap-sikap orang yang ingin memajukan diri ini. Dek kerana hal inilah, Datuk Basirun dipandang tinggi oleh rakyat setempat. Apatah lagi beliau ialah anak Felda, sering menjadi penghias muka depan majalah-majalah usahawan dan majalah Felda itu sendiri.

   Datuk Basirun memang harum namanya di mata rakyat, namun tidak di matanya sendiri.

   Hal ini kerana beliau telah menerima sejumlah bayaran yang agak tinggi sebagai balasan menjadikan firma guamannya sebagai markas sekumpulan manusia yang jahat, bengis, angkuh, menakutkan malahan kurang sopan. Mereka punya satu misi.
   Bayaran tersebut turut Datuk Basirun terima sebagai menjadi orang suruhan menyediakan makanan, kenderaan, set karaoke, PS3, daun terup, getah gelang (untuk dibuat permainan zero-point) atau apa sahaja. Permintaan tersebut dibuat dengan bayaran kerana sekumpulan manusia tersebut tak boleh keluar ke mana-mana sesuka hati. Dan nyata Datuk Basirun menyetujui perjanjian tersebut asal Datuk Basirun berkerjasama dan menutup mulut serapi-rapinya tanpa dapat dihidu sesiapapun termasuklah setiausaha berdada bidang Datuk Basirun sendiri.

   Kumpulan tersebut digelar "The Great Grasshopper" kerana mengambil inspirasi kehidupan belalang yang pandai menyamar di antara rumput, rosakkan rumput kemudian melompat lari ke arah lain.

*****

   10 tahun dahulu bermula daripada perkenalan di universiti tempatan bertaraf antarabangsa, kumpulan ini asalnya hanyalah tiga orang sahaja. Terdiri daripada Edward Tito Shafiqo (Pico) berdarah kacuk Filipina Jawa, Fralone Lrainger (Einn) seorang pakar IT berasal dari Perak serta Filippo Izzati (Ijot) seorang gadis kacukan Itali Malaysia yang mempunyai skil bertempur yang baik. Kumpulan mereka tertubuh kerana sewaktu menuntut dahulu, mereka terniat untuk mencuri masuk ke bilik pensyarah mereka, mencuri kertas jawapan peperiksaan akhir tahun dan membetulkan semula jawapan mereka. Semuanya berhasil sempurna. Itulah jenayah pertama mereka.

   Lantaran daripada keseronokan berjenayah itu, mereka mengembangkan bakat mereka untuk mencuri masuk ke bilik Timbalan Dekan mereka hanyalah untuk mencuri patung Garfield bersaiz 5 inci yang diletakkan di atas meja Timbalan Dekan itu sebagai hiasan. Ianya berlaku atas dua sebab, menguji skil menyelinap mereka serta mencuri patung Garfield tersebut yang memang diminati Einn. Sebab Einn peminat Garfield sedari kecil lagi. Baik baju, cadar tilam, kotak pensel, beg, malahan tuala mandinya turut dihiasi Garfield. Itulah sebab patung Garfield tersebut menjadi objek sasaran mereka.

   Lama-kelamaan kumpulan "The Great Grasshopper" semakin terkenal namanya namun tidak diketahui siapa ahlinya kerana kecekapan manusia bertiga ini. Habis koperasi, bilik pengawal keselamatan, stor sukan, dewan makan, bilik pensyarah perempuan pujaan lelaki, semua mereka pecah masuk. (Yang bilik pensyarah perempuan tu Ijot terpaksa ikut sebab kalau tak ikut, Pico berniat merosakkan gambar West Life milik Ijot yang disimpan dalam beg duitnya.)

   Suatu hari, tengahari terik membahang, mereka mencuba untuk memecah masuk bilik rehat 'cleaner' untuk mencuri penyapu. Sebabnya nak buat kemas markas tapi penyapu takde. Lalu mereka merangka strategi sehalus yang mungkin.

   Biasanya, Einn akan duduk di suatu kawasan redup berhampiran tempat sasaran sambil meriba sebuah laptop. Dia akan buat-buat cool di kawasan tersebut sambil meletakkan 'ear-phone' di telinga konon-konon mendalami emosi sebab gaya emo sikat belah tepi tutup muka yang menjadi penampilan sejatinya itu. Namun sebenarnya dia akan menggodam seluruh CCTV kampus dengan menukarkan visual tinjauan kawasan sekitar kepada tayangan Tele-Tubbies untuk ditonton pengawal keselamatan.

   Ketika isyarat diberi, Pico dan Ijot akan bermain 'osom' dahulu untuk menentukan siapa perlu masuk ke dalam dahulu. Hari itu Ijot kalah 'osom' tersebut. Sambil mencebikkan bibir, dia mengumpil tombol pintu bilik rehat 'cleaner' tersebut menggunakan giginya. Gigi Ijot memang kuat sebab dia selalu gosok gigi guna Kodomo-Lion masa kecil. Lalu Ijot masuk dituruti Pico.

   Baru sahaja dua tiga tapak melangkah masuk, telinga dua orang manusia untuk dapat menangkap kemas bunyi ketawa beberapa orang lelaki, juga suara berbisik-bisik. Setahu mereka ini bilik rehat untuk 'cleaner' perempuan. Ijot dan Pico pun meninjau dengan menghendap sambil memanjangkan leher.

   Dengan jelas, mereka dapat melihat tiga orang 'cleaner' Bangladesh, seorang 'cleaner' Myanmar dan seorang 'cleaner' Indonesia sedang mengerumuni seorang 'cleaner' perempuan. 'Cleaner' perempuan tersebut memang cukup terkenal dalam kampus tersebut kerana keseksian tubuhnya yang mampu membuat kilang hormon semua warga lelaki (baik pelajar, pensyarah mahupun staff) akan berkerja secara automatik. Malahan sering kali juga tandas-tandas lelaki tersumbat saluran pempaipannya ke longkang kerana dihalang oleh cairan-cairan putih pekat yang terbuang kerana berfantasikan 'cleaner' perempuan tersebut. Suaranya yang manja sudah cukup buat lelaki gila. Apatah lagi tubuhnya. Namanya Embak Juju Lashes Kidur atau lebih dikenali Jue, gadis berasal dari Jawa Tengah datang ke Malaysia untuk mencari rezeki yang halal.

   Pico pandang Ijot, Ijot pandang Pico. Niat mereka cuma nak curi penyapu. Bukan tengok persembahan percuma. Pico buat isyarat lima jari tangan kanan kepada Ijot bermaksud tunggu dahulu. Tangan kirinya sudah 'hilang' tiba-tiba. Ijot buat tak tahu.

   Salah seorang daripada 'cleaner' lelaki tersebut mula menolak kasar Jue. Jue terbungkang di atas tilam nipis yang memang disediakan untuk 'cleaner' berehat. Jue mahu menjerit yang pastinya bukan percubaan pertamanya namun dia diacah dengan sebilah pisau rambo oleh salah seorang 'cleaner' Bangladesh.

"Cubalah awak menjerit. Ini pisau nanti potong awak punya muka." 'Cleaner' tersebut bercakap dalam dialek Bangladesh. Lalu dituruti satu derai tawa. Jue mula pasrah. Dia hanya mampu menangis sambil menggeleng kepala sebaik sahaja ada sepasang tangan hitam mula hinggap di kedua bukit indahnya.

   Ijot mula hilang sabar. Meskipun dia penjenayah berprofil tinggi di universiti tersebut, namun dia juga ada rasa ingin mempertahankan hak wanita. Hal ini kerana dia gemar mengikuti forum-forum yang sering membincangkan hal isu semasa wanita. Ijot genggam tangan kanan. Dia menggulung-gulung sehelai kain di penumbuk kanannya itu. Pico cuba menahan keran dia nak melihat aksi selanjutnya, namun mendapat balasan jari tengah daripada Ijot.

"Iyaaaarrgghhh!" Ijot menerpa ke arah mereka, Pico cuma mampu tepuk dahi.

"Waduh, mas. Enak banget ni. Mahu makan satu cewek Indonesia, datang pulak cewek Malaysia." Seorang 'cleaner' Indonesia teruja. Makin diketuk-ketuk lututnya.

"Ya. Mari. Kita..." Seorang 'cleaner' Indonesia menarik lengan Ijot tanpa menghabiskan ayat tangannya itu dikilas ke belakang. Ijot letak lutut sebelah kanannya di tulang belakang Bangla tersebut, sambil melompat, Ijot tarik kembali tangannya. Ada bunyi 'Prak'. Mungkin tulang belakang bangla tersebut selesai patah.

   Lagi empat orang 'cleaner' tercengang. Mereka masing-masing terus menyerang ke arah Ijot namun dapat dipatahkan kurang daripada lima minit. Macamana tahu lima minit? Sebab masa mereka bergaduh, lagu 'Widuri' sedang berkumandang di radio dan belum lagu tersebut habis, Ijot dah selesai bertempur. Pico cuma memandang sahaja. Bukan dia tak nak tolong, malahan Pico sendiri mempunyai ilmu tempur yang sama hebat atau mungkin lebih hebat daripada Ijot. Namun dia tak nak tolong sebab dia protes kepada Ijot yang telah mengganggu 'tayangan' unggul HDnya tadi.

   Mereka keluar dari bilik tersebut tanpa membawa keluar penyapu tetapi membawa Jue yang dalam trauma. Einn yang di luar hairan.

   Setelah Jue mengetahui bahawa merekalah "The Great Grasshopper" yang menjadi igauan pihak universiti, Jue merasa kagum. Lama-kelamaan mereka telah menerima Jue sebagai ahli "The Great Grasshopper", itu pun sebab Pico memberitahu bahawa kalau dia nak selamat jangan beritahu sesiapa. Dia mengugut konon-konon dia akan sebarkan video Jue sedang digomol bangla padahal dia tak rakam pun aksi tersebut. Dasar setan betul Edward Tito Shapiqo ni.

   Selesai pengajian, mereka semakin galak melakukan jenayah memecah masuk premis-premis perniagaan namun bukan di Malaysia kerana tidak mahu nama mereka busuk di Malaysia. Ahli mereka juga bertambah daripada empat orang kepada lapan orang yang mana mereka telah lakukan ujibakat secara 'underground' di sekitar negara di benua Asia.


*****

   Kini sudah lebih 10 tahun mereka berkelana di negara-negara orang, nama mereka sudah terlalu gah di mata dunia sebagai penjenayah paling berprofil tinggi. Kes kecurian emas di makam Mumia Ramses II di Mesir, kunci rumah milik Adolf Hitler di Jerman, cadar tilam milik Queen Elizabeth di England, harta peninggalan Dinasti Ming di China, emas yang tersimpan di bongkas ais di Kutub Utara milik Raja Eskimo semuanya menjadi milik The Great Grashopper.

   Modus operandi mereka mudah. Untuk jenayah berskala besar seperti itu, mereka akan mengebom satu perempat kawasan rompakan dan kemudian meninggalkan keychain berlambang belalang berwarna merah di situ sebagai kenangan pihak berkuasa yang menyiasat. Kelicikan mereka cukup terbukti apabila wajah mereka langsung tak dapat dikecam INTERPOL, CIA, FBI, Sivaji The Boss atau siapa sahaja unit penguatkuasa dunia. Bagi mengelirukan pihak berkuasa dunia, mereka akan membuat rompakan hanyalah dua tahun sekali. Apabila semua pihak berkuasa dunia bersedia untuk kedatangan The Great Grasshopper, mereka akan memberi bayangan di tempat yang bukan menjadi sasaran mereka. Jadi CIA segala akan bergegas ke tempat tersebut. Sudah 4 kali semuanya diperbodohkan The Great Grasshopper.

   Dalam tempoh setiap dua tahun, mereka juga ada membuat rompakan kecil-kecilan seperti merompak bank negara-negara utama dunia atau lebih kecil lagi merompak kedai runcit bila bosan. Atau isi masa lapang.

*****

   Hari ini, sudah sebulan lamanya mereka menjadikan firma guaman Datuk Basirun sebagai persiapan untuk meredah KLCC yang akan membuat pameran cincin permata milik Rosmah, juga barang-barang kemas yang lain. Mereka kembali semula ke Malaysia selepas 10 tahun tanpa diketahui sesiapa kecuali Datuk Basirun yang mereka kenal dekat Facebook.

   KLCC sudah dalam radar mereka!

Thursday, December 19, 2013

KLCC dalam Nahas (Part 3)

   Syakir duduk dengan resah sambil matanya asyik memandang ke arah peta perjalanan LRT Aliran Kelana Jaya itu. Satu-persatu setesen dia kira. Lebih kurang 10 stesen, barulah tren yang dia naiki itu akan tiba di Stesen Masjid Jamek. Syakir menegur air liur sendiri. Jari-jemari kasarnya mengira-ngira setiap stesen yang dilalui persis orang sedang berzikir. Diam dan bertenang namun jarinya sahaja yang bergerak-gerak.

   Kepala otak Syakir yang geliga dan suci itu terbayang-bayang akan suasana di KLCC nanti. Sudah hampir sebulan, iklan tentang program di temasya di KLCC itu dikeudarakan melalui corong-corong radio mahupun di stesen televisyen. Dekat surat khabar juga turut diwar-warkan akan kemasyhuran program tersebut. Tidak cukup dengan itu, habis semua majalah HAI, Mangga, Rambutan, Durian, Anjung Seri semuanya menghebahkan tentang aktiviti tersebut. Malahan Syakir teringat-ingat kepada Neelofa yang sering mempromosikan program tersebut ketika segmen MeleTOP, segmen kegemarannya. Cuma kurang pasti sama ada dia ingatkan program itu atau teringatkan Neelofa. Syakir tersenyum nakal.

   Menurut iklan hebahan tentang program tersebut, Rosmoh atau lebih dikenali sebagai First Lady Malaysia akan turun padang selaku merasmikan program tersebut. Syakir memang mengagumi Datin Sri Rosmoh. Kerana bagi dia, Rosmoh seorang yang setia. Kesetiaan Rosmoh terbukti bilamana dia sering mengikuti, menemani Perdana Menteri ke mana sahaja PM pergi. Begitu manja kisah percintaan pemimpin negara itu biarpun sibuk mentadbir negara. Rosmoh juga memang terkenal dengan sikap sentiasa menyokong Perdana Menteri. Ciri-ciri wanita seperti itulah yang Syakir idamkan. Dia mahu Leeya juga begitu sekiranya Leeya benar-benar menjadi isterinya nanti. Syakir tersenyum lagi. Kejap senyum. Kejap resah. Kejap marah. Apahal entah dengan Syakir ni.

  Berdasarkan info, majlis program tersebut akan diadakan secara meriah dan besar-besaran. Banyak aktiviti akan dijalankan. Antaranya permainan belon acah, konda-kondi, treasure-hunt, explo-race, Fear Factor dan pelbagai lagi. Dan paling mencuri tumpuan, akan ada pameran barang kemas secara mega termasuk pameran cincin milik Rosmoh yang dinilaikan jutaan pound sterling. Cincin yang menjadi bual mulut bicara rakyat jelata seluruh Malaysia. Pasti ramai orang kaya dalam dan luar negara hadir untuk melihat atau mungkin membida cincin tersebut.

   Syakir bukan kisah pun pasal tu. Bukannya dia ada duit yang banyak untuk membida cincin tersebut. Baginya cukuplah kasih sayang untuk dia cuahkan kepada Leeya nanti. Tidak perlu wang ringgit kerana baginya wang ringgit bukanlah segala-gala.

   Syakir turut teruja bila teringatkan akan kehadiran ramai artis yang akan memeriahkan program tersebut. Antaranya band New Boyz yang menjadi kegilaan Syakir masa remajanya. Kerana menurut iklan, New Boyz akan datang membuat come-back. Ketegaran Syakir kepada New Boyz terbukti bila mana dia ada satu buku log yang mengumpulkan semua gambar-gambar New Boyz dahulukala yang digunting di majalah-majalah hiburan. Juga ada biodata lengkap seluruh ahli band tersebut. Masih tersimpan rapi buku tersebut. Obsesi Syakir mencapai kemuncak bila secara sengaja telah men-"Stonecold Stunner" rakan serumahnya gara-gara rakannya itu secara tak sengaja tercalarkan Album CD Kompilasi 'Sejarah Mungkin Berulang.'. Nasib yang sama menimpa kucingnya bila kucing itu telah mengoyakkan salah satu poster kegemarannya, poster New Boyz sedang bersidai di tepi kolam renang.

   Rentetan daripada dua kejadian tersebut, Syakir di penjarakan selama tujuh hari atas tuduhan mengasari orang lain dengan niat.

   Tapi itu kisah lama. Kini Syakir seorang yang budiman. Buktinya, dia kini telah memiliki Leeya. Biarpun selama ini mereka bercinta secara atas talian dan corong telefon.

   Lamunan Syakir tersentak bila secara jelas, pembesar suara memberi pengumuman "Stesen berikutnya, Masjid Jamek. Stesen pertukaran Aliran Ampang."

   Syakir cemas. Degupan jantungnya begitu laju selaju menanti keputusan siapakah pelajar AF yang akan terkeluar. Tidak! Lebih kencang dari itu sebenarnya. Untuk meredakan sedikit tekanan, Syakir menyanyikan perlahan lagu 'Cuba-cuba', lagu New Boyz yang agak rancak. Dia betulkan alunan rambutnya biar rapi dengan berpandukan cermin mata hitam orang sebelahnya. Nasib baik orang sebelah dia tu tengah tidur.

   Tren berhenti. Pintu tren dibuka secara automatik. Syakir melangkah dengan penuh gentle-men. Dia bergerak menuju ke tempat masukkan token untuk keluar dari stesen tersebut. Syakir memerhati sekeliling mencari-cari kelibat Leeya idamannya. Sengaja dia tak mahu menghubungi Leeya sebab bertujuan membuat kejutan kepada Leeya. Biar Leeya terkejut sambil menumbuk-numbuk dadanya.

   Dua-tiga minit diperlukan Syakir untuk mencari kelibat Leeya. Maklumlah, pertemuan kali pertama. Sosok tubuh dan pemakaian Leeya, semuanya sudah dalam kepala Syakir sebab semalam Leeya dah bagitahu dia nak pakai baju apa.

   Akhirnya Syakir dapat mengecam sesosok tubuh wanita, bertudung warna turqoise, baju Mickey Mouse lengan panjang, serta jeans pemberian Syakir yang dihantar melalui Pos Laju sewaktu hari jadi Leeya. Gadis tersebut sedang duduk di satu anak tangga semacam menantikan seseorang. Semestinya sedang menunggu Syakir.

"Ah ha! Itulah dia wajah kesayangan hamba!" Syakir bersuara sendirian.

   Perlahan-lahan Syakir menghampir belakang Leeya dan menutup mata Leeya. Sekejap sahaja Leeya menoleh kepada Syakir. Ya memang benar itu ialah Leeya. Syakir memberikan senyum yang cukup romantis kepada Leeya. Tiba-tiba,

"Gedebuk!" Sebiji tumbukan yang cukup padu, berkelajuan 230 km/j hinggap di pipi kiri Syakir dan tumbukan itu dituruti dengan cubitan manja di lengan kiri Syakir.

"Aduh!" Syakir mengaduh.

"Awak pergi mabuk dekat mana hah semalam?! Saya talipon banyak kali tak angkat! Habis semua budak rumah awak saya call, jiran awak, client awak, broker saham awak, semua saya call. Kenapa lambat? Hah?"

"Errr. Semalam tengok MU lawan lah sayang. Hehehe." Syakir tersengih-sengih sambil menggaru-garu kepalanya. Orang ramai cuma pandang kemudian berlalu pergi.

"Tengok MU buat apa? Dah tahu MU lemah, tak power, pergi sokong jugak buat apa? Lain kali sokong Chelsea! Sebab Chelsea power! Awak tahu tak saya dah jadi tugu nak dekat 4 jam tunggu dekat sini? Hah? Kalau saya kena culik tadi macamana?" Leeya membebel.

"Errr..."

"Awak tahu tak orang ingat saya pengemis sebab duduk lama dekat sini? Nampak ni?" Leeya bengang lantas menunjukkan beberapa keping syiling yang dia terima dari orang ramai. Suaranya cukup laju semacam tiada toma'ninah untuk bebelannya berhenti.

"Syuuhhh!" Syakir meletakkan ibu jari di bibir Leeya dan Leeya berhenti membebel.

   Syakir pun menerangkan satu persatu sambil mengajak Leeya duduk tangga tersebut. Semua penjelasan Syakir mula diterima Leeya dan akhirnya Leeya tak merajuk lagi.

   Tiba-tiba mereka dihampiri seekor anjing berketurunan Rottweiler.

"Brader, Nama aku Johnny. Tumpang tanya, macamana nak pergi KLCC?" Anjing tersebut memperkenalkan diri terus bertanya.

"Naik tren pergi ke Gombak. Turun KLCC." Syakir menjelaskan tanpa menoleh kepada anjing tersebut. Baginya melihat wajah Leeya jauh lebih penting daripada melihat benda lain. Leeya juga begitu, langsung tak menoleh ke arah lain sebaik sahaja rajuknya mula hilang. Dan anjing tersebut berlalu setelah berpuas hati dengan jawapan Syakir.

"Awak, jomlah pergi KLCC. Kang terlepas pulak New Boyz perform." Syakir mengajak Leeya.

"Eh? Bukan malam ke konsert?" Leeya hairan.

"Takpelah, datang sekarang kita ambik seat paling depan. Kah kah kah!" Syakir gelak seorang diri.

"Jomlah. Saya pun lapar. Oleh sebab awak lambat, awak belanja saya makan dekat KLCC. Ini hukuman awak." Leeya bersuara manja. Nampaknya rajuknya memang ada hukuman.

"Oklah. Apa-apa saja sayang." Mereka bingkas bangun. Mereka bangun menuju ke mesin token untuk membeli token ke KLCC.

   Usai membeli token, Syakir terus memimpin tangan Leeya untuk menuju ke platform menunggu tren. Leeya tiba-tiba berdegup. Dia cuba tenangkan diri. Sekarang dia dapat rasakan bahawa ada bunga-bunga sedang memenuhi ruang dimensi mereka berdua.

"Adakah ini cinta?" Leeya tersenyum malu sendirian...

Monday, December 16, 2013

KLCC dalam Nahas (Part 2)

   Sesekali Syakir melihat jam tangan di pergelangan tangan kirinya. Baginya, jarum jam tersebut seolah-olah laju bergerak. Selaju jantungnya yang begitu mencintai Leeya. Masanya bersama Leeya semakin suntuk. Dia bingung campur marah. Marah dengan diri sendiri. Marah dengan kelibat tren yang masih belum mahu kunjung tiba. Dia tengok jam lagi. Sudah pukul 12 tengahari dah. 

"Mana pulak tren ni!" Syakir separuh berbisik. Dua tiga manusia bersebelahan dengannya buat tak dengar atau memang tak dengar. Begitulah sikap individualistik warga metropolitan. Tidak akan mempedulikan sikap orang sekeliling.

   Syakir bosan. Dia bangun dari tempat duduk dan berjalan-jalan sekitar stesen. Meninjau-ninjau segala poster yang ada. Ada iklan yang ditawarkan kepada pencari pekerjaan. Ada iklan tentang keindahan Kuala Lumpur. Juga tak ketinggalan, poster gambar Naqib beserta slogan 'Kami Mendengar Masalah Anda'. Syakir tersenyum sendiri mengenangkan banyak sudah Perdana Menteri tersebut membantu masalah rakyat marheins sepertinya. Syakir bersyukur. Sejajar benar nama Syakir dan syukur.

   Syakir terpandang pula poster akan aktiviti yang bakal diadakan di KLCC. Secara tiba-tiba, sebiji mentol keluar dari otak kirinya. Syakir mendapat idea. Lantas dia terus mengeluarkan telefon bijaknya dari poket kiri dan mencari nama 'Leeya Tomei'. Mula-mula dia nak Whats App Leeya, tapi dia baru teringat yang internet sudah tamat tempoh langganan. Jadi dia menghantar SMS sahaja :

"Awucks, kittew g klcc nucks tark? Mcm best jeww g situe?" Girang dan cerita bait-bait SMS tersebut, dihantar terus kepada Leeya tanpa 'double-check'.

"Ok je." Ringkas balasan dari Leeya. Syakir tersenyum gembira, segembira di pagi Syawal. Suka benar hatinya bila Leeya menyetujui permintaannya. Dia sudah terbayangkan suasana meriah di KLCC. Gamat dan seronoknya! Hati Syakir dalam geram bercampur gembira.

"Anjing betul. Mana pulak perginya tren ni?" Syakir bersuara sendirian lagi bila dia melihat jam sudah pukul 12.10 tengahari. Dia rasa macam nak jumpa pihak pentadbiran RapidKL dan membuat amuk seperti mana Jebat dahulukala mengamuk di istana. Tapi memandangkan dia masih ada sedikit rasa rasional, dia pendamkan sahaja rasa itu. Bukanlah dia penakut. Malahan pernah sekali dia mengamuk gara-gara pasukan kegemarannya di Liga Perdana Inggeris, tewas kepada pasukan divisyen 3. Yang menjadi mangsa amukan itu ialah mamak pekerja kedai makan. Kasihan mamak tersebut. Sudahnya cerita kebiadaban rakyat Malaysia jadi tersebar di India. Tempat asal mamak tersebut. Semua gara-gara Syakir. Teruk Syakir dihentam di Facebook dan Twitter. Tapi Syakir kental orangnya.

   Belumpun Syakir mahu menambah asam garam carutannya, ekor matanya pantas melirik kelibat tren yang semakin menghampiri stesen tempat dia menunggu. Syakir terus bangun. Menolak ke tepi semua orang. Kini dia berada paling tepi dengan garisan kuning. Dia tak peduli apa. Yang dia tahu, dia mesti menyerbu masuk ke dalam perut tren. Dia mesti kerana dia perlu meneruskan misinya untuk berjumpa Leeya yang dia idamkan.

   Sejurus tren tiba dan membuka pintu secara automatik, tanpa mempedulikan penumpang yang keluar, Syakirlah paling laju menyerbu masuk seperti seorang ninja. Itulah skil yang dia pelajari sepanjang menonton siri kartun Ninja Boy di Astro Ceria saluran 611. Tak sia-sia dia menjadikan saluran tersebut sebagai saluran kegemaran.

"Sabar sayang. Lagi 10 stesen je." Syakir bermonolog sendirian sambil bibirnya terukir senyuman. Tangannya kemas memaut tali pemegang yang memang disediakan untuk penumpang yang berdiri bagi menyeimbangkan diri dan menentang prinsip inersia. Prinsip keadaan pegun yang menentang keadaan bergerak.

   Syakir melihat-lihat isi perut koc tren tersebut. Dia merasa pelik namun peliknya itu dia hapuskan segera. Dengan jelas dia dapat melihat isi koc tersebut dipelopori warga Bangladesh, Nepal, Iran, Afrika mahupun Serbia. Penuh. Syakir dapat merasakan dirinya seperti di luar negara. Bukan di bumi sendiri. Syakir berharap sangat supaya perkara ini tidak berlaku ketika dia bertemu Leeya nanti. Dia mahu Leeya selesa. Dia mahu Leeya menyayangi dirinya sebagaimana dia menyayangi Leeya. Dia mahu cinta Leeya kepadanya lebih mendalam daripada macam dalam cerita Playboy Itu Suami Aku. Jadi, untuk memastikan Leeya mengasihi dirinya, dia perlu menyediakan keadaan yang sangat selesa untuk Leeya. Supaya Leeya dapat merasakan betapa 'caring'nya Syakir. Begitulah modus operandi yang ada dalam kepala Syakir sekarang ni.

   Syakir perlu segera!

   Syakir pun melayani perasaan sendiri. Ikutkan hati, nak jugak dia main game Candy Crush macam yang ramai orang sedang main dalam tren tersebut. Tapi dia mahu jumatkan bateri. Dia mahu tunjukkan pada orang awam bahawa dia bukanlah seorang yang mengikut trend. Dia bukan seorang lelaki yang hipster. Dia seorang lelaki punk! Walaupun sebenarnya dia sudahpun sampai di level 230 untuk permainan bosan tersebut. Manakan tidak, dia memang penggemar sejati game tersebut. Pernah sekali dia menolak pelawaan futsal oleh kawan-kawannya kerana dia mahu mengurungkan diri dalam rumah dan bermain permainan tersebut. Kalau tengah melepak dengan sahabat handai di kedai mamak pun, dia akan mendiamkan diri sambil bermain game tersebut. Sehinggalah nyawa game tersebut habis, atau bateri telefon bijaknya habis, barulah dia berhenti dan mula berbual. Alah, engkorang yang baca cerita ni pun sama kan?

   Sedang leka mengelamun, tiba-tiba telinganya dapat menagkap kemas suara merdu gadis di corong pembesar suara yang memang disediakan di setiap gerabak. Suara yang biasanya mengumumkan stesen berikutnya.

"Stesen berikutnya, Kelana Jaya. Ini ialah stesen terakhir. Terima Kasih. Next station, Kelana Jaya. This is the last station. Thank You." Lembut dan gemalai suara perempuan tersebut. Namun begitu, suara lembut merdu tersebut sedikit pun tidak menggembirakan Syakir, malahan air muka Syakir berubah sama sekali.

"Anjing!!!" Syakir menjerit. Kali ini suaranya tidak terbendung lagi. Seluruh koc memandang Syakir. Sikap individualistik sudah hilang.

   Syakir tidak dapat dikawal lagi. Dia rentap tali getah pemegang di tangannya sehingga putus. Dia gigit tali tersebut sepuas hati. Dia tumbuk cermin yang ada di pintu tren tersebut. Cermin itu sedikit retak. Seluruh isi koc takut. Tiada yang berani menghalang atau menenangkan Syakir. Ada juga pemuda yang merakam aksi ganas Syakir itu untuk dimuatkan ke dalam laman sesawang YouTube. Dengan kelakuan Syakir sebegitu, tiada siapa yang dapat menenangkannya. Walaupun seorang Neelofa datang memeluk dan memujuk Syakir yang ketika itu, nescaya seorang Neelofa tersebut pasti akan ditumbuk padu tanpa belas.

   Nafas Syakir laju. Dadanya berombak turun naik. Dahinya berpeluh. Matanya besar dan meliar mencari titik pandangan namun tiada. Sungguh dia tak perasan, macamana dia boleh tunggu tren di platform yang salah, lantas ternaik tren yang juga salah. Sepatutnya dia mengambil tren yang menuju ke Gombak untuk pergi LRT Masjid Jamek, bukannya ke arah Kelana Jaya!

"Arggghhh!!!" Syakir menjerit lagi.

   Penumpang lain semua mengharap supaya tren lekas sampai di Stesen LRT Kelana Jaya. Anak kecil ketakutan, memeluk erat ibu bapa. Yang mana dengan kapel, memeluk pasangan lelaki ketakutan, sebaliknya si lelaki membalas ketakutan dengan senyuman. Syakir pula masih begitu. Mendengus. 

   Sebaik sahaja tren berbunyi alarm tanda hendak berhenti, Syakir segera memandang ke pintu. Dia harus menjadi orang paling pertama keluar dan menukar platrorm untuk naik tren ke arah Gombak. Dan sejurus sahaja pintu terbuka secara automatik setelah berhenti, Syakir melompat keluar. Tapi langkahnya terhenti. Dia memandang ke lantai platform tempat dia turun.

"Anjing!" Syakir menjerit lagi. Orang ramai yang keluar dari tren terus menjauhi Syakir lantas melarikan diri. Semua bimbang.

"Mana datang tahi anjing ni? Argh!" Syakir menjerit dan bingung. Macamana boleh ada tahi anjing dekat stesen LRT, dia sendiri bingung. Dia tak peduli lagi. dia terus mencari tandas untuk men-samak tahi anjing tersebut. Habis tanah di pasu bunga dia kaut untuk digunakan buat samak kasutnya. Dia peduli apa.

   Setelah berpuas hati, dia keluar dari tandas tersebut. Dia terus berlari mendapatkan barisan paling depan di platform tren menuju ke Gombak. Habis dia tolak orang ramai yang sedang menunggu.

   Nasibnya memang baik, baru sahaja dia berdiri, tren pun kunjung tiba. Hatinya kembali ceria. wajah Leeya idamannya bermain semula di kornea matanya. Dia mahu Leeya tersenyum sebaik memandangnya. Dia tahu wajah Leeya mampu melunturkan rasa resah dalam jiwanya walaupun ini ialah pertemuan dua pasang mata bagi mereka berdua.

   Syakir terus masuk ke dalam tren menggunakan skil Ninja Boy yang sama. Dia bernasib baik lagi kerana dapat tempat duduk. Itupun setelah berebut dengan seorang warga Afrika yang tubuhnya jauh lebih besar darinya. Kerana skil merebut tempat duduk tersebutlah, Syakir sering memenangi pertandingan kerusi berirama sewaktu sekolah dahulu.

   Syakir duduk diam. Matanya terpandang seorang gadis melayu tapi berpakaian agak seksi. Syakir cuba melarikan pandangannya namun dia tetap kembali mem-fokus kepada susuk tubuh gadis tersebut. Titik pandangan nakal kalau bahasa lainnya. Kalau Leeya ada disebelahnya, pasti dia akan dicubit manja. Syakir tersenyum sendirian.

   Tiba-tiba Syakir teringat, Leeya bukanlah seorang yang manja. Pernah dahulu, ketika Syakir mentertawakan Leeya kerana Chelsea yang power gila melampaui batas fikiran manusia normal, tewas dalam kejohanan Super Cup kepada Bayern Munich. Leeya ialah seorang yang tegar terhadap Chelsea yang power. Ketika itu jugalah Syakir dimaki tiga hari tiga malam tanpa belas kasihan. Malahan dia di-block di Facebook dan Twitter. Nasib baik nombor telefonnya Leeya tak 'block' sama. Letih Syakir memujuk Leeya. Habis semua kemahiran memujuk dia guna. Habis semua doktor cinta dia rujuk, habis semua siaran radio yang biasanya mengutarakan slot cinta-cinta, Syakir telefon. Habis surat khabar dia hantar surat menyatakan masalahnya. Akhirnya Leeya lembut hati dan memaafkan Syakir.

   Syakir keresahan semula. Dia perhatikan peta di atas pintu LRT, Stesen Masjid Jamek masih jauh. Kira-kira 20 minit lagi. Dia harap Leeya masih bertenang. Lantas Syakir menghantar SMS kepada Leeya :

"Awucks tunggu kewjap yeww? Tren ada masa'alah tadiew. hu3x"

   SMS dihantar dan Syakir menunggu dalam keresahan...

Sunday, December 15, 2013

KLCC dalam Nahas (Part 1)


   Cerita ini ialah hasil usahasama dari gabungan beberapa kepala manusia yang berotak geliga seperti pemimpin dunia. Setelah lama bermesyuarat, akhirnya ini yang terjadi. Mari kita mulakan.

-------------------

   Cuaca hari itu tampak indah untuk dinikmati mana-mana manusia pun. Kicauan sang burung menambah lagi melodi sungguhpun bunyi burung-burung tersebut tenggelam dek derasnya bunyi kereta dan motorsikal lalu-lalang. Masih sibuk kota raya meskipun di hujung minggu.

   Dalam satu bilik kecil, seorang pemuda sedang terbungkang tertiarap tidur. Cahaya matahari dari luar rumah yang masuk melalui celah-celah tingkap bilik tersebut menyimbah ke muka pemuda tersebut. Perlahan-lahan dia mula membuka mata kerana rasa panas hati dengan cahaya matahari yang panas itu. Tangannya meraba-raba mencari telefon bimbit di bawah bantal. Mata yang kuyu terus bundar.

"Setan! Dah 11:30!" Pemuda yang lebih mesra dipanggil Syakir itu terus duduk. Ada 30 missed-call tertera di skrin telefon bijak miliknya itu. Lagi dia menggelupur. Dalam keresahan dia sakit hati. Kenapa dia boleh 'silent' kan telefon bijaknya itu. Sepatutnya dia kena keluar rumah pukul 9 pagi!

   Tanpa membuang masa yang sudah dua jam setengah terbuang itu, dia bergegas mencapai tuala biru muda yang tersangkut di bucu katil lantas berlari ke bilik air. Tiba-tiba dia keluar semula sebab terlupa untuk membakar rokok. Hisap rokok sambil mandi memang sudah menjadi rutin Syakir. Barulah berjiwa sejati macam watak hero dalam filem Hollywood.

   10 minit kemudian dia keluar dari bilik air tersebut dengan titik-titik air yang masih basah di badan. Dia memang begitu kalau terlewat. Mengelap badan sendiri pun dia abaikan. Entahkan dia sempat menggosok gigi atau tidak, tidak pula dapat dipastikan.

   Tanpa berlengah lagi, Syakir terus menyarung baju Padini kolar V berwarna coklat yang dia beli sewaktu mega sale dua bulan lepas. Dia masih lagi menyumpah dalam hati, kenapa dia boleh tidur lewat malam tadi. Semuanya gara-gara dia menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris lewat malam tadi. Sudahlah dia menyokong sebuah pasukan yang sinonim dengan warna merah, pasukannya kalah pulak. Lantas dia tidur lewat. Biarlah. Itu pilihan hatinya.

   Kemudian Syakir menyarung pula seluar jeans biru yang memang ber-design sedikit lusuh yang sempat dia kirimkan dari seorang teman di Rantau Panjang. Dalam masa itu jugalah dia menyembur pewangi yang sempat dia beli di Downtown Cheras di kiri dan kanan badannya tanpa setitik pun jatuh ke lantai. Baginya setitik minyak wangi ibarat setitik peluh peniaga di Downtown Cheras. Setelah itu, dia menyapu sedikit gel di rambbutnya dan menyikat rambut pendeknya itu ke belakang. Sempurna!

   Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya yang segak persis Rosyam Nor itu, Syakir mendapatkan telefon bijaknya yang sedang bersambung dengan wayar pengecaj, terus menaip :

"kittew tunggu awucks dekart lrt jamek tawu. xoxo!" 

   Sambil menekan butang 'send', Syakir tersenyum riang bak bunga mawar yang sedang mekar. Bahagia sungguh rasanya meskipun isu terlewat masih bermain di kepalanya.

   Belumpun sempat dia sampai di muka pintu, telefon bijaknya berbunyi lagu Wonderpets tanda ada SMS masuk.

"Laju betul minah ni taip mesej?" Syakir bermonolog sendirian. Skrin sesentuh telefon bijaknya tertera nama 'Leeya Tomeiy' berserta SMSnya.

'K'

"Bangsat betul. Berialah aku menaip, 'k' je yang dia reply?" Syakir menyirap. Tapi sekejap sahaja, rasa menyirapnya itu pudar semula. Hal ini kerana dia terbayang akan wajah Leeya yang sememangnya menjadi kegilaan hatinya. Seorang gadis yang dia kenali di Facebook tahun lepas, kini bakal berhadapan dengannya dan bakal menjadi sejarah terulung yang pernah tercatat dalam kamus hidup sepanjang hayat Syakir. Mana mungkin dia lupa akan tarikh hari ini?
   Selepas menyarung sepatu, (bukan Sepahtu ya? #KTakLawak), Syakir melangkah megah keluar rumah. Tiba-tiba dia melompat kegirangan sambil melepaskan sebuku tumbukan yang padu ke udara.

"Yeargghhh!!" Begitulah teriak Syakir yang sangat megah itu.

   Seorang budak kecil yang sedang mengayuh basikal roda tiga, berhenti mengayuh kerana terlihat gelagat Syakir. Wajahnya polos, mulutnya ternganga, ais-krim pop di mulutnya terjatuh ke tanah.

   Syakir tak menghiraukan budak kecil tersebut, lantas berjalan angkuh sambil mendada menuju ke stesen LRT Taman Bahagia.

"Setelah sekian lama ber-forever-alone, akhirnya aku bermakwe jugak." Bisik hati Syakir. Langkahnya penuh keyakinan. Riang. Sambil berjalan, mulutnya automatik menyanyi lagu KLMUC yang sesekali tertukar lirik dengan lagu IM4U.

   Setelah sampai di Stesen LRT Taman Bahagia, Syakir pun membeli token dan menunggu tren dengan tak sabarnya. Namun tak sabarnya itu tiba-tiba jadi hilang sabar bilamana sudah 15 minit, sebiji tren pun tak kunjung tiba.

"Natang betol." Syakir mencarut dalam loghat Terengganu. Hatinya sungguh bimbang sekiranya Leeya sudah lama menunggu di Stesen LRT Masjid Jamek.

Wednesday, October 30, 2013

Jangan...

INI CERITA UNTUK KITA

Kita bercerita,
Kita bersengketa,
Kita habis kata,
Kita curah ikut nista.

Mana hilang arah kompas?
Mana peta di tangan tak lepas? 
Mana tuju mula nak menang?
Takkan dah lupa air mata kau linang?

Hebat cinta dengan suara,
Indah kasih dengan bicara,
Cantik laku tiada tara,
Cantik lagi kalau seri mutiara.

Mahu perjuang sebuah istana,
Mula gadai tanah terbina.

Jangan.

Jangan kau tunduk pujuk sayu,
Nanti bunga boleh layu,
Nanti tangkai tertanggal dari kayu,
Nanti yang bundar boleh jadi kuyu.

Jangan tewas.

Pegang tiang menjulang tinggi,
Biar kibar bawah panji,
Ini cinta bukan janji,
Pasak terpasung biarkan mati.

Kita masih begini.

Cinta ini bukan ilusi.

Khuzrin Kamarudin
Star Park
30102013

Saturday, August 31, 2013

Nota Hingga Nokhtah...




Maaf sebab dah lama tak bergomol dengan blog sendiri. Sebab aku sudah terlalu sibuk bergelumang dengan kapitalis. Namun begitu, aku masih cuba untuk menghidupkan kembali sisa-sisa nyawa blog tunggal aku ini. Semoga blog ini terus bernyawa untuk mereka-mereka pengamatinya...

   Arakian, cerita ini sebenarnya terhasil di atas permintaan sebuah pihak penerbitan. Namun begitu, cerita ini tidak menepati kehendak pihak penerbit lantas tak mendapat tempat di hati mereka. Itu tak mengapa. Sebab kita belajar bukan? Oleh itu, aku ingin berkongsi dengan kalian, kira-kira kalian boleh mencari di mana ketumpulan aku, di mana karatnya aku, di mana lembutnya tulisan ini. Mungkin aku sudah mula kurang jinak dengan dunia penulisan. Harap dipersudikan kalian. :)  Silalah nikmati...


       Nota Hingga Noktah


11 Mei 2009…

“KEH! KEH! KEH! -JALAK-. 15 Mei 2009.” Sekeping nota bertulisan dakwat hitam dipegang Sharipuiddin kemas. Hujungnya hampir renyuk teruk sebab dikepit kemas-kemas. Air liur kering diteguk penuh kesar. Dia tak pasti.

            Liyana menggeletar. Menggigil. Ketarnya masih belum ada tanda berhenti. Darahnya seolah hilang dari raut wajahnya yang ayu. Dia turut terkelu. Dia turut terkedu. Tidak tahu sebenarnya apa yang berlaku. Nafasnya sekejap lancar, sekejap tersekat-sekat. Jalak, kucing jantan baka Parsi dikendong erat. Sesekali kucing tersebut mengiyau.

“Meow! Meow!” Memecah keheningan pagi tersebut. Entahkan lapar entahkan sama turut merasa ketegangan suasana yang dialami suami isteri itu.

“Siapa punya kerja ni bang?” Liyana mengutarakan jawapan yang pada hematnya belum tentu ada jawapan bakal keluar dari Sharipuddin.

            Sharipuddin duduk di sofa yang sudah terkoyak hujungnya akibat seperti dilibas benda yang tajam. Seperti juga dicucuk-cucuk. Span sofa terkeluar mengikut garisan torehan.

            Dia pandang sekeliling rumah yang mereka berdua diami. Habis semua bersepah. Berterabur semacam baru dilanda Taufan Sandy. Tidak. Malahan lebih teruk. Perabot dan kelengkapan semuanya pecah-pecah dicucuk-cucuk dan ditetak. Ada juga kesan seperti dicakar. Mahu sahaja dia mengandaikan rumahnya dimasuki pencuri, tapi andaiannya dikuburkan sahaja. Sebab tiada satu sen pun duitnya hilang. Tiada satu pun barangan dia dan Liyana dibawa keluar. Semuanya ada cuma sudah jahanam. Adalah satu dua barang yang masih terselamat. Nasib baik laptop terselit sedikit di bawah laci walaupun laci tersebut sudah separuh terkeluar. Telefon bimbit pun masih rapi dalam seluar jeans yang dia pakai.

            Dia cuma mengagak, manusia yang memasuki rumah mereka ini banyak jumlahnya. Andaian awal Sharipuddin.

            Nafas dihela panjang. Dia tak tahu nak jawab soalan Liyana itu dari mana. Dia sendiri buntu. Liyana mengambil tempat duduk di sebelah Sharipuddin. Dia sandarkan kepala ke bahu Sharipuddin. Getar Liyana masih belum lumpuh. Takut. Jalak yang dikendong dilepaskan ke bawah. Namun Jalak tetap meleset-leset kepala di kaki Liyana.

“Abang, Yana takut bang. Tu nota siapa entah yang tulis. Siap ada nama Jalak. Takkan Jalak yang buat semua ni?”

            Sharipuddin diam.

“Siapa pulak dendam dengan kita, bang?” Liyana menyambung soalan.

            Kalau Liyana tak tahu, Sharipuddin lagilah bingung. Entah siapa yang dendam dengan hubungan mereka berdua. Takkanlah Jalak yang buat semua durjana tersebut? Yang anehnya ada nama Jalak pada nota yang ditinggalkan di ruang tamu itu. Lagi menambah aneh, tarikh tersebut hanyalah empat hari dari hari ini.

“Abang ada hutang ah long? Bookie bola? Main kuda?” Liyana menambah spekulasi bertubi-tubi pula.

“Awak jangan mengarut. Nak buat apa Abang berhutang ah long, berjudi semua tu? Kita cukup pakai, cukup makan, cukup tempat tinggal.” Sharipuddin sedikit bentak.

            Liyana diam sebagai kesimpulan mematikan penjelasan Sharipuddin. Dia tahu suaminya runsing. Dia cuma meletakkan kepala di bahu Sharipuddin dan memeluk erat pinggang Sharipuddin. Perutnya sedikit memboyot tiga bulan kandungan menyentuh kemas pinggang Sharipuddin.

            Masing-masing terdiam. Cuma bunyi kipas syiling tahap empat yang berpusing-pusing menjadi bunyian suasana tersebut. Fikiran masing-masing ligat mencari jawapan seligat kipas tersebut. Rasanya mereka tiada menyakitkan hati sesiapa. Tak pernah mendajalkan sesiapa. Atau menjatuhkan sesiapa. Jauh sekali kalau nak menjahanamkan projek juta-juta orang lain macam dalam drama pejabat cerita melayu.

            Jalak mengiau semula. Memang pagi-pagi macam tu biasanya waktu dia menjamah Wiskies. Melihatkan Liyana tak berganjak, Jalak melompat ke riba tuannya yang sedang memeluk erat Sharipuddin. Mungkin mengerti kerunsingan sepasang suami isteri tersebut, Jalak diam dan berbaring di riba Liyana.

            Sharipuddin bersikap tenang semula. Meskipun dia ketandusan punca semua ini, dia masih lembut mengusap kepala Liyana. Hanya untuk mententeramkan Liyana. Untuk membuat Liyana meruntun jiwa bahawa dia masih dibela.

            Dalam ketegangan suasana itu, otak Sharipuddin menambah satu lagi spekulasi, apa mungkin wujud orang ketiga yang mendendami rumahtangga mereka?

                        **********

16 Mei 2009…

            Sharipuddin mula sedar apa maksud nota tempohari di sebalik huru-hara yang melanggar rumahnya enam hari lepas.

            Susun atur perabot yang sudah mereka berdua kemas, kini tunggang-terbalik semula. Sama skripnya dengan enam hari lepas. Habis semuanya. Namun kali ini bertambah satu lagi episod hitam disamping kejadian tersebut. Semakin menambah rumit apa sebenarnya terjadi.

            Jalak sudah terbaring kaku di lantai betul-betul tengah-tengah ruang tamu rumah sederhana besar itu.

            Bukan sahaja terbaring, malah kaku. Habis tubuhnya berlubang-lubang dan bersiat-siat. Bulu putih yang sepatutnya menghalusi tubuh Jalak, sudah berlumur warna merah. Perut Jalak yang biasanya turun-naik ketika tidur kini kejung. Jalak sudah tiada. Tubuhnya separuh hancur dicakar dan dicucuk serta disiat! Seksa benar Jalak menghadap kematian.

            Liyana terjelepuk di tepi Jalak. Menangis kesedihan dan ketakutan. Darah Jalak membahasi lutut dan kaki Harliyana. Harliyana mengendong kehancuran tubuh Jalak. Dia membela Jalak dari belum mereka berkahwin. Jalak dari kecil sudah seperti anaknya. Kini pergi dengan keadaan paling menyayat hati. Entahkan malapetaka apa, satu lagi kejadian menghantui rumah tersebut. Satu lagi misteri bertambah sebaik sahaja misteri tempohari selesai sendiri.

            Sharipuddin bingung. Buntu. Tepu. Otaknya seolah sudah berhenti berfikir. Apa sebenarnya yang terjadi? Dia sendiri tiada pilihan jawapan. Sharipuddin menggigil lebih kuat dari biasa. Derau darahnya sudah tak mahu berfungsi normal.

            Apakan tidak. Dia yang ke ruang tamu dahulu. Dia yang jumpa jasad Jalak dulu. Dia yang jumpa sekeping lagi nota yang menggunakan koyakan kertas surat khabar. Dia sendiri baca kemas-kemas apa kandungan nota tersebut. Dia tak buta huruf. Otaknya berjaya mentafsir kemas tulisan nota tersebut.

“KEH! KEH! KEH! -HARLIYANA DAN ANAK-. 21 Mei 2009.”

            Tulisan sedikit comot. Tapi masih jelas boleh dibaca. Yang pasti, Sharipuddin sempat sorok nota tersebut. Tak mahu diketahui Liyana. Bimbang Liyana mampu menangkap sama seperti apa yang dia fikirkan.

            Ya. Sharipuddin sudah boleh mengagak. Liyana dan kandungannyalah adalah sasaran seterusnya oleh si penyerang dan penulis nota itu.

“Apa ni Bang? Apa semua ni?” Liyana berteriak ke arah Sharipuddin. Sharipuddin memandang sepi isteri kesayangannya. Matanya bengkak. Sendunya dah hilang barangkali. Mungkin juga air matanya sudah kering.

“Ayang takut.” Harliyana memeluk seerat mungkin suaminya.

                                    *********
20 Mei 2009…

            Sharipuddin bersiap-sedia seawal pukul sepuluh malam. Tangannya dia genggam erat sebatang kayu besbol. Yang memang dia beli khas untuk sebarang pertempuran. Parang yang biasa dia guna untuk menebas lalang belakang rumah juga tersedia rapi di atas meja. Siap sudah diasah tajam. Berkilat mata parang tersebut seolah tak sabar menanti habuan. Sharipuddin mentafsir senjata musuh adalah parang atau pedang berdasarkan dua kejadian yang melanda rumah mereka, semuanya melibatkan senjata tajam.

             Dia juga pasti musuhnya bukan seorang berdasarkan kemampuan penyerang menjahanamkan rumahnya. Mungkin ramai. Mungkin lebih lima orang. Tapi dia tak perduli. Dia duduk diam-diam di sofa. Tak berbaju, berseluar jeans hitam. Cuma rantai berkalung loket paruh yang tersangkut dilehernya. Badannya berketak-ketak boleh menambah bimbang kalau sesiapa bertembung dengan Sharipuddin dengan gaya begitu.

            Isterinya disuruh tidur di dalam bilik. Liyana yang beranggapan suaminya ingin mempertahankan rumah tersebut berbaring di bilik dengan tenang bercampur cemas. Cemas sebab siapa sebenarnya yang berdendam dan risaukan keselamatan suaminya. Tenang sebab dia tahu keberanian dan kesanggupan suaminya berjaga malam adalah untuk dia dan rumah ini. Bertuah rasanya bersuamikan Sharipuddin. Cuma Liyana tak tahu, dirinya adalah sasaran seterusnya.

            Benar. Sejak peristiwa kematian Jalak dan kejadian pecah rumah itu, sudah empat hari Sharipuddin bertambah paranoid. Bertambah berjaga-jaga. Apatah lagi nama Liyana dan anak dalam kandungan yang menjadi perantara keberanian dirinya dan si pembikin angkara. Biar bermandi darah sekalipun, biar dia mati mempertahankan rumahtangganya.

            Tak cukup kelengkapan mempertahankan diri, sudah empat hari juga camera recorder terpasang di sudut ruang tamu. Tujuannya ingin memegunkan imej siapa sebenarnya yang berani melangkah masuk ke keharmonian rumahtangga mereka. Ingin menjadi bahan bukti sekiranya apa-apa terjadi. Siapakah sosok yang berani mencuit kejantanan hati Sharipuddin. Siapakah manusia tersebut?

            Namun dalam empat hari itu jugalah, tidak ada siapa yang masuk rumah mereka. Empat hari itu jugalah semuanya sama sahaja. Atmosferanya, udaranya, suasananya biasa sahaja. Tiada yang mencurigakan. Dan sudah empat hari jugalah Sharipuddin hanya tidur-tidur ayam. Dia tak cukup tidur. Sebolehnya dia mahu melumat-lumat orang yang menerjah masuk ke rumahnya. Rumah bukti cinta  dia dan Liyana. Dia mahu rumah ini menyusuri sama kebahagiaan dia dan Liyana. Dia mahu rumah ini diisi dengan hilai tawa anaknya. Baginya biarlah rumah ini punya kenangan. Bukan kecelakaan seperti ini.

            Sudah pukul dua pagi. Sharipuddin dah menguap. Dia cuba kuatkan hati. Kuatkan semangat. Dia tahu lepas sahaja 12 malam, tarikh utama yang dimaksudkan penulis nota akan menjelma. Dia tak mahu tertidur. Bimbang malapetaka lagi dahsyat. Bimbang terlepas si durjana. Dan paling penting bimbang isterinya menjadi mangsa si celaka.

            Dia mahu menangkap siapa orangnya. Dia mahu pastikan kalau-kalau si lahanat ialah kekasih lama Liyana.

            Norman. Dia dah mencuriga dari hari pertama rumahnya diserang. Dia cukup pasti pencipta permainan ini ialah orang yang pernah bertapak di hati Liyana sebelum Liyana berpaling cinta ke Sharipuddin. Dia bimbang Norman datang membalas dendam.

            Sharipuddin mahu leher Norman melekat di parang asahannya. Dia mahu dahi Norman dihinggap kayu pemukul besbolnya. Dia mahu Norman lunyai ditangannya!

            Sharipuddin cuba menahan mengantuknya. Dia nyalakan rokok sebagai rasa hilang mengantuk. Asap berkepul-kepul semacam menambah aura amarah Sharipuddin.

            Selesai sahaja Sharipuddin mematikan puntung rokok, dia bersandar. Tangan kanannya memegang kayu pemukul. Perlahan-lahan… Perlahan… Lahan… Sharipuddin terlelap.

                        **********

21 Mei 2009…

“Yana! Ayang! Bangun Yang! Bangun! Ayang!” Sharipuddin memangku Harliyana yang sudah tak bergerak. Kaku. Tiada respon. Tiada jawapan dari Liyana.

“Bangun yang. Jangan tinggalkan abang! Bangun! Bangun Sayang!” Sharipuddin menyeru Liyana lagi. Sharipuddin tak putus asa. Dia goyang-goyang tubuh Liyana. Dia tampar-tampar perlahan pipi Liyana. Tiada jawapan. Sharipuddin berhenti mengejutkan Liyana. Dia memeluk erat terus kepala Liyana ke dadanya.

            Tubuh kaku longlai Liyana dipeluk erat. Kulit halus Liyana tak kelihatan lagi sebab sudah disiat-siat, dicakar-cakar dan ditoreh. Baju Liyana koyak-rabak, basah dengan warna merah. Segala urat nadi Liyana baik di tangan, kaki, leher dan sendi semacam diputuskan dengan sengaja. Habis tubuh Liyana lunyai. Habis. Tangan kiri Liyana sudah terlipat ke belakang. Tangan kanan Liyana separuh terkelar. Perut Liyana? Perut Liyana berlubang-lubang seperti dirodok-rodok, dikelar-kelar oleh pisau bergigi Rambo. Boleh kelihatan seperti ada janin sedikit terkeluar dari celahan belahan perut Liyana. Janin tersebut menerima nasib seperti si ibu, hancur dicucuk. Muka Liyana juga berlubang-lubang. Bukan muka, tapi seluruh tubuh Liyana menerima nasib yang sama. Dendam kesumat benar si penyerang. Liyana langsung tidak dikasihani.

            Sharipuddin meraung tak kesudah. Suaranya keluar semua melewati kerongkong kering. Tubuhnya habis basah dek darah Liyana.

            Dia kaku sebaik terbangun dari lelap pukul 4 pagi. Cuma sejam dia terlelap. Sebaik dia bangun Liyana sudah di ruang tamu dengan keadaan sadis begitu. Seperti dua kejadian sebelumnya, rumahnya turut berselerak. Tapi kali ini, berseleraknya rumah itu, Sharipuddin dah tak peduli.

             Kejadian lepas Jalak pergi, kali ini tuannya pergi dengan cara yang sama.

            Sharipuddin dapatkan sekeping nota berhampiran jasad Liyana ditemui terkulai.
“KEH! KEH! KEH! -SHARIPUDDIN- 25 Mei 2009.” Sama. –Ketawa, nama mangsa seterusnya dan tarikh-

“Lahanat kau, Norman!!!” Sharipuddin menjerit sekuat hati sambil menggenggam nota tersebut. Dia letakkan mayat Liyana. Serta-merta dia dapatkan video camera recorder di penjuru ruang tamu. Alat tersebut masih berfungsi. Masih setia melakukan tugas merakam sampailah Sharipuddin dapatkan video camera recorder tersebut.

            Tergopoh-gopoh Sharipuddin tekan punat play. Kemudian tekan butang forward sehinggalah melepasi waktu dia terlelap beberapa jam tadi.

            Jelas dia nampak dirinya sendiri terlelap di atas sofa tersebut. Tiada apa berlaku. Sharipuddin mendengus. Dia menanti dari mana Norman masuk. Dengan siapa Norman di durjana melakukan kecelakaan ini.

            Tiba-tiba kelopak Sharipuddin membungkam. Membesar. Terkejut. Dia nampak jelas. Dia nampak dirinya sendiri berdiri. Dia nampak dirinya mendepakan tangan mendongak memandang ke atas. Jelas!

            Jelas imej Sharipuddin dalam kamera tersebut seolah-olah menyeru sesuatu. Tiba-tiba Sharipuddin menyeringai. Bukan bunyi serigala atau harimau. Tapi bunyi burung gagak. “Ark! Ark!”

            Loket paruh yang tergantung dileher Sharipuddin tergantung ke udara sendiri seolah-olah ikut mendongak. Badan Sharipuddin bertukar kehitaman. Perlahan-lahan berbulu pelepah. Dan akhirnya belakang bahunya mengembangkan sayap.

“Arkh! Arkh!” Sharippudin berubah menjadi seekor manusia gagak. Mulutnya semacam memanggil sesuatu sambil berbunyi suara gagak.

            Dia kembangkan kedua-dua sayapnya serentak. Serentak dengan bukaan sayap itulah, ribuan ekor gagak masuk ke rumah tersebut melalui segenap penjuru tingkap.

“Arkh! Arkh! Arkhhhhh! Arkhhhh!” Bunyi bising ribuan gagak memenuhi ruang tamu rumah tersebut. Kesemua gagak tersebut semacam sudah ditugaskan untuk menghancurkan setiap barang-barang dan perabot dalam rumah tersebut. Satu persatu, semuanya, dicakar, dipatuk, dikepak-kepakkan secara membabi buta oleh ribuan gagak tersebut.

            Sharipuddin yang sudah berubah jasad itu cuma berdiri di tengah-tengah ruang tamu. Lagaknya seperti seekor ketua yang memerhati anak buah melakukan kerja.

“Arkh! Arkh! Arkh!” Bunyi bising gagak berdesing dan bingit.

            TIba-tiba pintu bilik tidur Sharipuddin dan Liyana terkuak. Kelihatan Liyana keluar dari bilik dengan muka terpisat-pisat. Mungkin terkejut dengan bunyi bising di ruang tamu.

            Jasad gagak Sharipuddin memandang tepat ke muka pintu bilik tersebut. Liyana terkejut melihat suasana rumahnya seolah berubah menjadi pesta gagak. Liyana melibas-libas tangannya menepis serangan beberapa ekor gagak dan cuba menutup semula pintu bilik.

            Namun jasad gagak Sharipuddin lebih pantas. Dia terbang meluru ke arah Liyana, sekali gus menangkap Liyana menggunakan kaki yang sudah berubah menjadi jejari burung gagak yang besar. Liyana dihempas ke lantai. Liyana menjerit sekuat hati. Mungkin itu sahaja langkah terakhir yang dia ada. Dan sepanjang jeritan itulah, tubuh Liyana dikeroyok oleh ribuan kumpulan gagak itu. Liyana dipatuk-patuk, dicakar-cakar dan disiat-siat oleh ribuan gagak.

            Tak cukup ribuan gagak, jasad Sharipuddin mengambil alih kerja yang sama, mematuk-matuk tubuh dan perut Liyana. Mencakar-cakar sehinggalah suara dan dengusan Liyana hilang sama sekali dek nyawa yang sudah terlerai dari badan.

            Hanya lima belas minit semua itu berlaku. Seketika kemudian semua gagak keluar mengikut haluan masing-masing. Sementara jasad Sharipuddin yang tadinya seekor gagak, perlahan-lahan menjadi manusia. Seketika kemudian, jasad Sharipuddin mengoyak sedikit kertas dan dengan menggunakan loket paruh di lehernya, menulis sesuatu di atas kertas. Paruh tersebut menjadi pena. Darah hitam keluar dari muncung paruh tersebut seakan-akan dakwat.


            Sharipuddin campak video camera recorder tersebut. Dia menggeleng-geleng. Dia tak percaya ke atas imej bergerak kamera tersebut. Akal dia menafikan sekeras-kerasnya tentang kejadian yang terang-terang melawan arus realiti itu. Sharipuddin mati akal. Dia menjerit sekuatnya.

“Tidddddaaaaaakkkkk!”

            Tak semena-mena Sharipuddin teringat akan nota tadi. Ya! Nyawanya selepas ini.

            Sharipuddin genggam paruh di rantai lehernya. Paruh dunia kehitaman. Dia tarik kuat-kuat sehingga rantainya putus.

            Dia tak nak mati di tangan ribuan gagak. Dia tak mahu mayatnya disiat-siat oleh berekor-ekor gagak. Dia tak nak. Dan dek kerana keengganannya…

“Chuk!” Dihayunkan sekuat hati paruh tersebut ke lehernya. Tembus. Darah memercik. Sharipuddin tarik ke tepi paruh tajam tersebut. Sehingga rompong separuh lehernya. Mata Sharipuddin memutih. Nafasnya berkeruh. Dia terjelepuk ke lantai.

            Jasad Sharipuddin kaku di samping mayat Liyana. Tangan Sharipuddin yang menggengam paruh tadi tegak melurus.

            Seketika kemudian tangan Sharipuddin yang menggenggam paruh tadi menulis sesuatu di atas lantai :

            “KEH! KEH! KEH!”