Friday, January 3, 2014

KLCC dalam Nahas (Part 6)

   Johnny tak tahu macamana lagi hendak memujuk sahabatnya yang seorang itu. Memang terbukti yang jiwa Sharipuddin sedang remuk dendam, kecewa, merajuk dengan kerajaan Malaysia yang telah menggugur taraf mereka satu unit. Bukan Sharipuddin seorang sahaja yang kecewa, malahan semua ahli unit yang lain turut merasa sama. Kesinambungan daripada pemecatan mereka, masing-masing mencari arah tuju sendiri. Ada yang menjual ikan, ada yang memohon program 1Azam, ada yang menjadi 'busker' jalanan malahan ada juga yang cuba-cuba nasib untuk masuk Akademi Fantasia. Semua sudah tidak mahu lagi melibatkan diri dengan kerja-kerja kerajaan. Termasuk Sharipuddin sendiri. Cuma Johnny yang meneruskan sisa hidup sebagai seekor anjing, dengan berjalan-jalan dan merayau-rayau.

   Dalam diam-diam, Johnny dapatkan laptop 1Malaysia milik Sharipuddin. Dia terus akses ke laman sesawang hit masa kini, Facebook. Sharipuddin ketika itu sedang leka membetulkan motorsikal milik pelanggannya. Dia ingat Johnny sudah pergi.

   Johnny menaip emelnya sendiri serta passwordnya. Hanya dengan sekali taip, semuanya dapat diakses sempurna. Jejarinya lantas membawa 'kursor' ke arah 'group' : Geng Havoc Unit Johnny. Group yang dicipta Johnny sendiri sebagai menyampaikan maklumat kepada ahli kumpulan mereka suatu ketika dahulu. Johnny pantas menaip :

"Wahai kengkawan. Negara kita dalam bahaya. Kumpulan The Great Grasshopper sedang berada di negara kita dan KLCC adalah sasaran mereka. Kita mesti bersatu semula. Kita mesti patahkan mereka! Mohon semua segera respon. Oh ya, duit kutu Panadiakos, sila bayar segera."

   Lalu Johnny meng-klik 'post' dan status tersebut sudah berada dalam group dalam serta-merta. Tak sampai seminit, ada pengguna bernama "Panadiakos Brute" meng-like status tersebut.

   Johnny senyum. Dia harap kesemua ahlinya yang berpecah dapat bersatu semula. Johnny tekan log-out lalu menutup laptop 1Malaysia milik Sharipuddin itu. Dia terus berlari meninggalkan Sharipuddin bersama bisnesnya itu.

******

-Kembali kepada hari di mana Syakir dan Leeya bertemu mesra-

   Syakir dan Leeya baru sahaja keluar dari mulut LRT di stesen KLCC. Tangan mereka saling bertaut langsung tak lepas. Jiwa mereka semacam sudah bersatu dalam bebas. Hati mereka kian berbunga rias. Senyum mereka langsung ikhlas. Cinta semakin bersemi.

   Pengunjung-pengunjung agak ramai memenuhi ruang bawah stesen KLCC itu dan masing-masing berpusu-pusu menghala ke atas. Ada yang menggunakan eskalator, ada juga yang menggunakan tangga kerana tak mahu beratur menunggu giliran naik eskalator. Syakir dan Leeya masih tercongok di bawah. Malas nak terjebak sama dalam keramaian manusia. Lima minit kemudian barulah mereka sama-sama menaiki eskalator untuk ke atas.

   Selesai keluar dari mesin automatik yang menelan token, mereka lantas berjalan menyelusuri lorong yang menghala ke bangunan mercu tanda Malaysia, KLCC. Telinga mereka sudah menangkap kemas akan hiruk-pikuk kemeriahan majlis gilang-gemilang yang sedang berlangsung. Langkah Syakir dan Leeya semakin laju. Mereka sudah tidak sabar lagi untuk merasai sendiri kemeriahan yang diwar-warkan selama sebulan sebelum itu. Mereka sama-sama teruja.

   Syakir dan Leeya tiba di ruang legar di luar KLCC. Mereka sekarang berdiri betul-betul di tepi tasik. Indah sungguh tasik tersebut dengan pemandangan pancuran air berirama. Ada pentas di tengah-tengah yang kelihatan seorang artis top, Afwan Ali sedang mengacarakan majlis. Orang ramai ketawa dengan telatah Afwan Ali yang memang kelakar dengan gaya rambut ala-ala punk celup itu.

"Kah kah kah!" Syakir ketawa sebaik Afwan Ali buat lawak. Tapi Leeya pandang Syakir hairan.

"Apa yang kelakarnya? Biasa je?" Leeya memerli.

   Suasana kian meriah. Belon-belon menghiasi segenap ruang legar luar KLCC. Ada dua orang badut sedang berjalan dengan kayu dalam seluar supaya mereka kelihatan tinggi. Ada juga beberapa manusia yang menjual air-horn serta topeng V for Vendetta. Ada juga manusia yang jual insurans. Tak paham betul macamana boleh ada orang jual insurans dekat event sebegitu.

   Itu baru di luar KLCC. Belum lagi di dalam KLCC. Ada sebuah pentas dan ruang berjalan atas pentas yang digunakan untuk para peragawan memperagakan cincin, barang kemas serta busana. Ada beberapa meja yang meletakkan barang kemas yang mahal belaka dari seluruh dunia. Barang kemas tersebut diletakkan di atas kain serta ditutup dengan kaca petak supaya pengunjung dapat melihatnya.

   Ada satu peti khas yang ditutup dengan kain merah. Semestinya itu ialah cincin berlian milik Datin Sri Rosmoh, yang akan diperagakan oleh Datin Sri sendiri. Menurut acara, Datin Sri akan diiringi Syasya Solero dan Bobo, dua artis paling hit untuk tahun 2014. Mereka sudah meraih banyak gelaran popular serta menjadi penghias muka depan majalah-majalah hiburan seperti Mangga dan Anjung Seri. Ada juga majalah Playboy menjemput mereka, namun atas dasar pandang ke timur, mereka terpaksa menolak biarpun jiwa mereka benar-benar mahu menghiasi muka depan majalah tersebut.

   Orang ramai semakin penuh. Datang dari segenap dalam negara dan dari luar negara. Biarpun pada hari ini, kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil sedang berlangsung, namun yang bukan kaki bola, lebih cenderung memilih KLCC dan majlis programnya.

   Syakir dan Leeya dapat melihat dengan jelas, majlis tersebut bukan sekecil anak. Ada beberapa polis yang mengawal di setiap 200 meter persegi. Ternyata majlis tersebut di bawah penyeliaan keselamatan bertaraf dunia. Pak guard yang setakat dari Myanmar atau Vietnam, tidak dibenarkan sama sekali menggalas tanggungjawab tersebut. Langsung tak layak!

   Mereka berdua mencari tempat duduk paling strategi untuk menyaksikan sendiri konsert gilang-gemilang tersebut. Apatah lagi Syakir, dia sudah lama menanti saat indah seperti ini. Band New Boyz, kegemarannya bakal melakukan 'come-back'. Lagu Sejarah Mungkin Berulang tiba-tiba dia menyanyi kecil. 

"Awaaaak~~~" Leeya manja.

"Apa?"

"Apa ni. Dengan saya pun nak nyanyi ke? Bosan ke?" Leeya mencebik.

"Eh tak lah. Saya minat New Boyz ni. Semua album dia, saya ada tau. Kan saya ada bagitau awak." Syakir menjelaskan. Bengang juga hatinya bila Leeya semacam tak mengambil sensitif akan minatnya. Sedangkan dia boleh menghormati sekiranya Leeya meminati Big Bang, kumpulan K-Pop.

   Afwan Ali naik ke pentas semula. Orang ramai bersorak gembira. Konsert untuk sebelah siang akan bermula tidak lama lagi sebelum temasya memperagakan busana dan barang kemas mengambil alih di bahagian dalam KLCC. Syakir turut berdiri melompat kegirangan. Terasa mahu sahaja dia mengoyakkan baju dan menunjukkan dadanya yang tertoreh perkataan New Boyz. Dia toreh masa umurnya 14 tahun dulu.


   Di bilik hotel tingkat 10, bilik 1024, ada sepasang manusia sedang bercumbuan. Itulah dia Syasya dan Bobo. Sebagai rutin sebelum mengacarakan atau menghadiri apa-apa majlis, mereka akan mencuri-curi masa bercumbu dalam bilik hotel yang disediakan untuk penginapan para artis. Mungkin sebagai tenaga atau untuk menghilangkan rasa gabra di atas pentas kelak.

   Tiba-tiba

"Prankkkkkkk~~~" Bilik hotel tersebut dipecah masuk melalui dua tingkap. Kaca berderai ke lantai. Ada dua orang manusia. Satu perempuan, satu lagi lelaki. Masing-masing berpakaian warna hitam dan menutup muka. Seolah-olah mereka telah bergayut dari satu sudut dan berayun masuk ke dalam bilik tersebut.

   Bobo dan Syasya serta-merta tersentak. Muka Syasya penuh dengan air liur Bobo. Bobo bangun dan membaling bantal ke arah lelaki yang sedang berdiri dengan sut hitam itu. Lelaki tersebut menepis. Dia angkat tangan dan di tangannya tergenggam sepucuk pistol Beretta 92 separuh automatik dipasang pengedap bunyi. Diacukan Beretta 92 tersebut ke muka Bobo. Dalam sesaat :

"Kcukkk!" Senyap. Sebutir peluru telah selamat bersemadi di dahi Bobo. Bobo terus rebah ke bumi sambil darah mengalir deras dari dahinya. Syasya Solero tergamam dan memandang ke sosok wanita depannya. Tak sampai 10 saat, dia menerima nasib yang sama. Sepucuk Beretta 92 digenggam sosok tubuh wanita dan peluru bertukar lokasi. Dari picu pistol ke dahi Syasya. Jasad artis popular tersebut rebah sama.

   Tapi lebih malang, mayat si Bobo yang sudah tak bernyawa. Sosok lelaki tersebut menghalakan pistolnya tepat ke tubuh Bobo. Lalu :

"Kcuk! Kcuk! Kcuk! Kcuk! Kcuk! Kcuk! Ktik. Ktik!" Sampai habis peluru, lelaki tersebut guna. Geram benar dia dengan lelaki bernama Bobo itu.


"Woi setan! Yang kau habiskan peluru tu kenapa!" Sosok perempuan itu membuka topeng. Ternyata itu ialah Embak Jujue Lashes Kidur atau nama jahatnya Jue. Memang sut hitam tersebut tampak seksi dengan tubuhnya yang lentik itu.

"Ah! Aku geram betul dengan mamat ni! Kau apa tahu!" Lelaki tersebut membuka topengnya pula. Itu ialah Akhmal. Salah seorang ahli The Great Grasshopper. Sama macam Jue. Tubuh Akhmal begitu tegap bila dikenakan dengan sut hitam tersebut. Persis Snake Eye dalam siri G.I Joe.

"Dah. Sekarang kita tukar baju, pakai baju budak dua ekor ni." Jue beri arahan kepada Akhmal.

"Apa? Aku tukar baju satu bilik dengan Jue. What the..." Akhmal kegirangan tiba-tiba.


"Apa?" Jue hairan.

"Sebelum tu, jom lah kita sambung apa yang Bobo dengan Syasya ni berhenti tadi." Akhmal tiba-tiba menghampiri Jue, merangkul pinggang Jue. Namun malang bagi Akhmal, tiba-tiba pistol Beretta 92 yang masih di pegang Jue, singgah muncungnya di hidung Akhmal.

"Engkau jangan nak mengada-ngada. Karang tak pasal-pasal, benda ni sumbat dekat lubang hidung kau." Jue beri amaran.


"Ala. Aku gurau je pun, Tu pun nak marah. Ni apahal aku kena menyamar jadi Bobo pulak ni! Tak kelas langsung. Sepatutnya aku kena menyamar jadi Keanu Reeves!" Akhmal menyatakan protes.

"Sebab kan semua ahli TGG cakap muka kau macam Bobo. Kah kah kah!" Jue gelak sendiri. TGG merujuk kepada The Great Grasshopper. (Aku saje je malas nak taip panjang.)

   Selesai menukar pakaian, Akhmal buat panggilan kepada Einn dan ahli-ahli lain yang sedang berkumpul di bilik hotel murah berdekatan dengan KLCC.

"Setel. Sekarang kitorang nak kena buat apa?" Akhmal tanya kepada Pico di hujung talian.

"Apa lembap sangat kau ni, Kemal? Hari tu aku dah briefing dah, engkau tak tulis dalam buku ke?" Pico marah.

"Errr..."

"Lepas ni, korang sambung apa yang Bobo dengan Syasya tu buat tadi. Sebab nanti pegawai majlis akan datang dan jemput engkorang untuk turun ke pentas. Faham?" Pico beri penerangan di hujung talian. Ahli lain sedang mempersiapkan diri. Dalam masa dua jam, KLCC akan di bawah taklukan mereka.

"Bereh boss!" Beep. Bunyi talian diputuskan. Akhmal tersenyum.

"Kan aku dah kata tadi." Akhmal tutup telefon bimbit dan pandang kepada Jue. Namun pandangannya semacam lari ke tubuh Jue.

"Apa dia?"

"Bos suruh kita sambung apa Bobo dengan Syasya buat tadi, sampailah pegawai pengiring datang panggil kita."

"Pergi mampus!"

"Alaaaa..." Akhmal merayu.

   Di ruang legar KLCC, konsert sedang berlangsung meriah. Syakir dan Leeya sama-sama menghayati lagu-lagu satu demi satu yang diperdendangkan. Begitu juga umat pengunjung yang lain. Begitu asyik melayan konsert percuma tersebut. Bukanlah mereka menunggu sangat waktu pameran. Mereka cuma nak tengok artis sahaja. Namun di atas, dalam hotel, sejenis parasit sudah mula masuk ke dalam KLCC. Dan KLCC bakal menjadi sejarah dunia!

   Sementara itu, semua bekas ahli Unit Johnny dah buka Facebook masing-masing. Mereka percaya dengan apa yang diperkatakan Johnny dalam group tersebut sebab mereka percaya Johnny ialah spy yang sangat hebat. Johnny pernah diakui FBI. Namun mereka cuma berbalas komen sahaja salam group tersebut yang akhirnya sudah terarah ke cerita duit kutu. Bukan lagi cerita The Great Grasshopper menyerang KLCC. Sebabnya masing-masing masih merajuk dengan kerajaan Malaysia yang menyingkirkan mereka. Johnny hampa. Dia harus lakukan sesuatu untuk mengumpul semua.


bersambung...

No comments: