Thursday, September 30, 2010

Apakah Itu Mimpi?

Indahnya malam itu...
Kau dan aku mengira bintang...
Seolah sang bintang juga...
Berkelip tanda suka...
Berkedip tanda gembira...

Indahnya malam itu...
Kau dan aku dihembus bayu...
Menerpa muka penuh manja...
Membelai indah cinta kita...
Gemersik halus irama cerita...

Cerita indah itu...
Berlangsung tak lama...
Bila tiba-tiba...
Kau mencabut warna merah hati...
Kau toreh penuh sarakah gila...
Kau suka tengok aku derita...

Tersentak aku dari lena...
Peluh kusam membanjir badan...
Rupanya itu semua mimpi..
Sebuah mimpi yang sangat ngeri...

Tapi kalau mimpi...
Kenapa aku menangis sekali?

---Cerita lama takkan terpadam dalam hidup aku... fuh! nasib baik tak mimpi "wet"... huahahahahaa----

Wednesday, September 29, 2010

We Love Johor FC, Benci Bergabung...!!



Sebelum ni aku banyak menulis pasal hidup aku, dan kebanyakannya adalah mengenai puitis ayat puisi... Dan blog aku bukanlah blog mengenai bola sepak... Walau hakikatnya aku ni kipas susah mati sukan no 1 dunia ni...


Kali ni aku terpanggil untuk menyuarakan ketidakpuashatian aku mengenai isu penggabungan kelab bola sepak Malaysia yang aku sokong selama ini... ya... kelab itu ialah Johor FC... Sebuah kelab yang paling lama bertahan di persada liga Malaysia ini... Isu yang dibangkitkan ialah ingin menggabungkan Johor FC dan Johor FA...


Kedua-dua kelab ini mempunyai peminat dan pengikut tersendiri... Tapi prestasi Johor FA terlalu menurun sejak beberapa tahun ini... jadi... puncak kepada untuk menutup kemerosoton Johor FA ni... seorang yang duduk megah di kerusi pengurusan...Md Jais Sarday telah mengambil langkah mudah dengan ingin menggabungkan dua pasukan di antara pasukan berstatus negeri dan pasukan berstatus kelab... meskipun Johor FC merupakan pasukan berstatus kelab... tapi pengurusan yang berdasarkan perniagaan ini... telah membuktikan mereka pasukan yang kekal bagus tanpa ada kemerosotan...


Sepatutnya pemimpin mencontohi pengurusan Kelantan, Kedah dan Selangor yang terbukti bersungguh ingin menaikkan martabat bola sepak negeri.... kata seorang peminat di fanpage TM Syoknya Bola 
"sbnarnya tu smua terletak pd stiap individu2 yg dlm pentadbiran ssuatu pasukan..especially kepalanya...lau dia minat bola,dia mainkan peranannya sungguh2 plak tu,ape2 smua blh jadi sekelip mate,sbg contoh kite tgk kelantan,TSAM smmgnya seorg peminat bola sepak dr zaman bujangnya lg,mcm selangor org atasannya dh mmg trdidik utk terus mnerus mmpertahankan maruah bolasepaknya walaupn ade antaranya kaki bangku sekalipun...kedah,terbina dgn tokoh pembangunan bolasepaknya datuk ahmad basri akil sekaligus mnjadikan ikon kpd generasi muda pemain dan pnyokongnya sehingga kini...dan ketiga2 psukn inilah menolak tepi politiking dlm pngurusn bola negerinya dan ketiga-tiga pasukan ini perlu dicontohi oleh semua pasukan negeri kt malaysia wat mase skrg ni la..bg pndapat aku singkirkn je presiden yg xmnnjukkan prestasi yg bgus yg dh bertahun2 tp xde prubahan lgsg.mkin lame mkin brtambah lemaknya lau dbiarkn,diorg tu dh mcm xde smngat kesukanan,kn dh ssh..semua ni fans kene la bersatu dan brtindak tegas kasi gegar skit presiden korang tu..baru dia tau..arap johor akan jd pesaing baru yg hebat tahun dpn gamaknya..kasi bukak mate smua fans tahun dpn ,kene ade smngat,tunjukkan ego tu skit...haha..majulah sukan utk negeri!!"


Sungguh aku tertarik dengan pendapat beliau walaupun beliau ni merupakan kipas-susah-mati Kelantan...


Apa-apa pun... aku menentang, membangkang, menghalang (apa lagi perkataan yang sesuai?) tentang idea menggabung dua pasukan... kalau nak gabung jugak... gabunglah dengan MP Muar... Ptuih!!!! Aku tau tulisan aku ni x de sape bace.... Tapi lantaklah.... layan lagu feveret aku ni lagi best....








---Dari sekolah lagi aku minat Liga Malaysia---

Tuesday, September 28, 2010

Sebuah Cerita...

Aku pernah cuba terbang...
Tinggi ke langit...


Aku pernah cuba menyelam...
Jauh ke dasar...


Aku pernah cuba mendaki...
Gunung yang menjulang...


Aku pernah cuba berjalan jauh...
Sejauh beribu batu...


Tapi aku belum mengerti...
Kenapa aku buat semua itu...
Yang nyata...
Aku akan terus mencari...
Sebuah epilog cerita ini...


---sebuah cerita memang indah----

Monday, September 27, 2010

The Official : Hidup Kita...




Aku minat gila lagu The Official yg ni.... mmg stylo... superb ar the official... vokalisnya sebijik cam Tam Spider... jom nyanyi sama2...

Kemanakah perginya teman-teman setia
Suka duka gelak ketawa tiada lagi bernyawa
Yang tinggal hanya sisa hidup remaja
Membawa kita kedunia yang nyata

Tak ku kesali apa yang ku lalui teguh dibalut memori

Bersama menempuh segalanya beganding sentiasa
Menuju puncak hidup kita yang telah dibina

Kemanakah perginya teman-teman setia
Suka duka gelak ketawa tiada lagi bernyawa
Kenangan bersama hanya tinggal diminda
Menjadi pegangan hidup yang penuh ranjau

Tak ku kesali apa yang ku lalui teguh dibalut memori

Bersama menempuh segalanya beganding sentiasa
Menuju puncak hidup kita yang telah dibina

Bawa kembali yang telah disemadi
Tak usah lagi menyepi

Bersama menempuhi segalanya berganding sentiasa
Menuju puncak hidup kita yang telah dibina
Kan bersama semula kembalikan cahaya
Nyawakan semula impian yang telah dibina

Sunday, September 26, 2010

Aku nak jadi laut...

Cantik air itu...
Bersinar disimbah cahaya...
Gelombang tambah indah...
Bunyi menderu laju...

Air apakah itu?
Itulah air laut...

Tapi laut garang...
Laut makan orang...
Orang takut laut...
Laut ada jerung..,
Laut tutup bumi...
Laut tawan dunia...

Sebab itu aku nak jadi laut...
Sungguh harfiah aku hanya setitik air...

--- laut itu indah =) ----






Saturday, September 25, 2010

Pesan Iktisad...



Pesan iktisad...
Jangan kau gopoh melangsung niaga...
Sabar mengatur tinggi barakahnya...
Perlahan mengorak kantung tak koyak...
Senyum ibu anaknya bijak...


Pesan iktisad...
Sakit sekarang bukan derita...
Sakit sekarang ajaran bermakna...
Nanti kau juga rasa nikmatnya...
Jangan kau lupa syukur pada-Nya...


Pesan iktisad...
Jangan kau goyah umpan menggoda...
Ingat! Mesti pandai jaga dana...
Kepukkan pitis jangan kau lupa...
Tua nanti kau tak merana...


---poket tengah kering.... hahahhahaa---

Cerita Sang Hati...


Dulu,
Aku bertengkar dengan hati...
Sang hati sibuk bertanya tak henti...
"Sampai bila aku begini"?
"Hitam gelap sunyi sepi"
"Berkeladak duka berdaki mati"...

Sekarang,
Aku menggulung soalan sang hati...
Jawap aku buat hati menari...
"Sudah ada cahaya seri"
"Sudah terjuring warna pelangi"
"Sekarang kau dah tak sunyi lagi"....

----mood hepi dah ada teman baru... hahahhahaa =) ------

Friday, September 24, 2010

Gencatan Perasaan...



Tercetak dalam naskah...
Tersiar di kotak imej cahaya...
Terbicara dari peti bersuara...
Berlegar luas di talian maya...

Kisah nyawa segar dihurung sampah...
Asalnya dari dua insan beradu resah...
Yang satu tak mengaku dialah ayah..
Yang satu malu terkandung haramnya darah...

Cerita si anak dibaham serakah...
Si cucu dibuas oleh atuk lintah...
Si pagar yang galak memamah padi...
Hilang percaya pada darah sendiri...

Tragedi berdarah lagi ngeri...
Nyawa persis tak bernilai lagi...
Hitam belulang dijilat api...
Si anak di rumah bersendu hati...

Aku seriau dalam koloni sendiri...
Komuniti bergolak menutup mata hati....

-----laporkan jenayah di balai polis berdekatan------

Wednesday, September 22, 2010

Meter...




Memang stylo ar cerita ni... lakonan Khairy Jamaluddin... Apa lagi... layan dan fahamkan isinya....
Untuk tonton lebih bakat anak watan... Klik sini..http://15malaysia.com/films/

Natijah...



Katakan kau jagoan pengembara...
Berjalan di rimba...
Mengenal hijau belantara...
Mendalam hidup penghuni mergastua...
Halwa menangkap burung bersuara...

Sedang kau enak mendendang sama...
Irama hutan lembut mesra...
Kau terpasak di hulu jalan...
Kau canggung suasana dihidangkan...
Yg terpancing dua laluan...

Berperanglah kau dengan jiwa...
Menghitung kira nak jalan yang mana...
Masuk kiri silap dibaham...
Masuk kanan jalan makin suram...

Lupakah kau ini pengambara?
Jalan sahajalah ikut gerak hati...
Jauh ke rimba kau tak gentar...
Tak kan pilih jalan kau dah gegar?

Cuma ingatlah....
Setiap langkah ada natijah,.....

-------natijahnya?-----------

Pusara Tiada Nisan...



Bila aku lalu jalan itu...
Tertancap ke pusara yang satu...
Tidak terpasak nisan atau batu...
Melodi lama datang bertalu...

Aku diapung cerita sendiri...
Undur ke belakang tabir disingkapi
Aku dan dia mengira pelangi...
Gelak tawa meneman tari...
Tanpa kira realiti...
Aku asyik di alam fantasi...
Tak pernah duga ujian Illahi...

Kini cerita itu dah lama bersemadi...
Dikubur ku kira berlalang tinggi...
Tapi kenapa rohnya datang lagi...
Datang menghantui...
Jadi igau mencela hati...

Tolong semadikan cerita ini dengan aman...
Akan ku abadikan sebuah kenangan...

--------gundah melanda lagi---------

Monday, September 6, 2010

Salam Lebaran...



Salam Hari Raya kepada semua pembaca blog... maaf banyak2 kalau ada kekhilafan yg dibuat... Diampunkan ye? =)

Sunday, September 5, 2010

Beza Kulit Beza Bahasa....

Dia cakap kau malas...
Kau melenting...
Dia cakap kau bebal...
Kau mengamuk...
Dia cakap kau tak boleh pakai...
Kau meradang...


Kau balas...
"Kau tu pendatang!"
Pergi balik negeri...
"Kau tak berhak!"
Sini tanah kami...


Kau tak sedar...
Dia cakap tak bercanggah...
Dia cakap sebab dia megah...
Tapi kau perang dasar amarah...
Nafsu melantun...
Serakah kau balun...


Ilmu ikhtisad milik dia...
Ilmu mendajal milik kau...
Ilmu menggunung bersama dia...
Ilmu menjatuh kau yg genggam...


Kutuk dia memang lebat...
Bangunlah kau jgn tertambat...
Ingat...
Dia megah Dinasti Ming...
Kita pun ada Kesultanan Melaka...


---------------aku anti-racist------------------

Thursday, September 2, 2010

Rindu Puasa Dulu....

Berdiri di tengah bulan turun Qur'an...
Tapi latarnya lewat 90'an...
Ketika umurnya budak hingusan...
Era si anak kembali mengukir senyuman...


Keletah si budak mencuri makan...
Dalam kebun mengunyah rambutan...
Air kotak jadi bekalan...
Minum untuk mereka berlapan...


Malam ramai imarah masjid...
Buat kecoh buat bilal bingit...
Bilal marah semua lari...
Bila moreh tunjuk muka besi...


Cerita itu sangat bernilai...
Tak kan di cedok di buku ilmuwan...
Tak kan di dapat di majlis hebahan...
Jadi cikgu kepada pencerita...
Cikgu mencongak cerita masa depan....


-----Rindu zaman dulu------

PALOH : Pekan Bekas Peninggalan Komunis... Kini Kampung Halaman Aku...


 Memandangkan kita masih lagi dlm mood merdeka... Jadi aku nak cerita pasal sebuah pekan kecil yang bersejarah di Malaysia ni... Masih ingat cerita "Paloh?"... Cerita ni mengisarkan Komunis dan Jepn yg berleluasa di Malaysia khususnya Paloh... Memang cerita ni refer kat Paloh... pekan tempat tinggal aku sekarang ni... tempat lahir ayah aku...


Tapi yang aku nak cerita bukan lah pasal preview cerita yang dah berkurun tahun lepas ni... Tapi apa yang aku nak cerita ialah pasal Paloh... Pekan terpencil di sepadan Kluang dan Segamat... 


Difahamkan, pekan Paloh diwujudkan lebih 80 tahun yang lalu.... Ianya dibuka oleh Kerajaan British yang menjajah Tanah Malaya ketika itu... Selepas kemerdekaan... Paloh terus mencari sosio-ekonomi sendiri... (yg aku sendiri tak nampak kat mana pembangunannya.. hahahhaa)...


Mula-mula sekali... mari kita tgok peta kat mane Paloh terletak..