Saturday, December 10, 2011

Telinga dan Hijab...



   Sharipudin keluar dari bilik air selepas selesai membersihkan diri seadanya. Rambutnya basah. Masih ada lagi titik-titik air menitik di badannya. Tuala gambar Power Puff Girls terlilit kemas di pinggang. Tutup sampai ke lutut. Figura badan yang agak sasa menampakkan dia seperti seorang model seluar dalam. Dia terus sahaja berlangsung masuk ke bilik tidurnya.

   Dua orang lagi teman rumah sewanya, Salman dan Muzalman sekadar membiarkan. Bukannya tak biasa tengok Sharipudin mandi pukul dua tiga petang. Kalau dah bangunnya pukul dua, sarapannya mesti pukul tiga. Pangkah kuliah dah jadi rutin Sharipudin. Mereka berdua sekadar meneruskan tumpuan menonton skrin komputer menonton cerita Karipap-karipap Cinta yang dicopy dari hard-disk milik Sanisah, rakan sekuliah mereka.

   Usai Sharipudin memakai pakaian, dia datang ke arah dua orang kawannya tadi, menarik kerusi dan duduk di sebelah Salman, yang nampaknya begitu tekun mentancapkan fokus ke skrin komputer. Baru sahaja Sharipudin duduk di sebelah Salman, Salman terpandang ke lubang telinga Sharipudin.

"Pergh! Apesal berkerak sial telinga kau? Berapa tahun tak korek?" Salman lancang membunuh mood Sharipudin yang baru nak tonton cerita Karipap-Karipap Cinta.

"Ish! Selekeh lah kau ni Din." Muzalman menambah.

"Aku dah koreklah tadi time mandi." Sharipudin mempertahankan dirinya. Memang benar dia ada bersihkan lubang telinganya masa mandi tadi.

"Korek apa macam tu? Baik kau pergi koreklah. Pengotorlah kau ni." Muzalman bersuara seolah tak puas hati.

                                                             **********

   Sharipudin katupkan skrin laptop nya. Dia baru selesai menyiapkan tugasan yang diberikan Encik Nazmizan. Seorang pensyarah subjek Management yang memang cukup terkenal akan garangnya. Misai yang melentik sebijik macam A.Galak dalam siri Gerak Khas. Seorang pensyarah yang tak pernah nak senyum. Tugasan tu pun Sharipudin siapkan ala-kadar. Setakat copy-paste dari jurnal-jurnal yang dia cari di internet, lepas tu edit sikit-sikit. Dasar pemalas punya budak.

   Muzalman masuk ke dalam bilik Sharipudin. Ingin mencari kalau-kalau ada majalah-majalah untuk dibaca. Mungkin sebab Muzalman dah kebosanan yang teramat. Dia tarik kerusi di sebelah Sharipudin untuk duduk. Tapi baru sahaja punggungnya dilabuhkan, dia terpandang telinga Sharipudin. Jelas anak matanya melihat lubang telinga Sharipudin yang penuh dengan tahi telinga berwarna kekuning coklat. Macam warna kaya roti pun ada gamaknya.

"Eeee! Serabailah kau ni. Bawak-bawaklah korek telinga tu. Macamana awek nak lekat kalau telinga bertaik? Kita ni biar tak handsome Din, yang penting kebersihan tu kena jaga." Muzalman bangun semula terus keluar dari bilik Sharipudin. Sempat juga dia cucuh puntung rokok dalam tin kosong yang memang biasa Sharipudin buat untuk ketis habuk rokok.

"Ceh. Bajet kau tu bersih sangat? Gigi pun dua hari sekali baru nak gosok. Tu pasal cakap pun bau longkang." Sharipudin mengomel sendirian. Terus dia selongkar laci mejanya. Seingat dia, dia ada beli besi pengorek telinga. Habis diselongkar semahu nafsunya. Jumpa. Sharipudin terus capai tisu atas meja dan bersihkan besi pengorek telinga tersebut sehinga puas hati.

   Dia cungkil-cungkil telinganya semahu mungkin. Memang benar, setiap kali pengorek telinga dikeluarkan dari lubang teinganya, sebeban tahi telinga. Dia bersihkan guna tisu dan ulang-ulang sehingga dirasakan bersih. Adakalanya dia terasa sakit bila pengorek tersebut terkena daging dalam namun dia biarkan. Dia berhenti sampai dia terasa puas. Tisu yang dipenuhi tahi telinga dibuang keluar tingkap.

   Sharipudin tutup lampu dan menuju ke katilnya untuk tidur. Di tepuk-tepuk bantalnya yang berbalut sampul bantal bergambar SpongeBob Squarepants. Baru sahaja kepalanya direbahkan ke bantal, telinganya menangkap kemas bunyi berdesir-desir.

"Seeerrrh... Serrrrhh.."

   Sharipudin sekadar biarkan. Mungkin bunyi daun-daun pokok berlaga. Sharipudin terus lelapkan mata. Namun baru 10 minit matanya dilelapkan, dia menangkap pula bunyi perempuan menangis.

"Uuuuuu... Uuuuuu..."

   Sharipudin dah tak sedap badan. Namun dugaan tak mahu berhenti setakat itu. Dia dengar pula suara perempuan mengilai.

"Heeeeaahaahahahahahah!!" Bergema suara tersebut menewaskan terus keberanian yang pada asalnya cuma setebal kulit buku teks.

"Din. Oh Din. Jomlah main dengan kitorang." Suara yang agak garau pulak menjadi dialog menggantikan bunyian dari tadi. Sharipudin terus lekapkan telinga menggunakan bantal namun suara itu tetap berganti-genti menemankan Sharipudin.

                                                             **********

"Kau ni apasal Din? Merah semacam je biji mata kau? Dalam kelas pun tidur je." Salman bertanya kepada Sharipudin. Mereka bertiga memilih untuk makan di kafeteria dalam kampus.

"Aku tak boleh tidurlah semalam. Bukan semalam je. Dah dua tiga malam lepas dah. Ada 'benda' kacau aku. " Sharipudin bersuara serius.

"'Benda' apanya kau ni? Jangan mengadalah." Muzalman menyangkal.

"Pergh! Telinga dah bersih lah. Hahaha." Salman menegur sebaik sahaja dia terpandang ke arah lubang telinga Sharipudin.

"Entahlah. Lepas aku korek telinga hari tu lah aku kena. Aku rasa aku dah terkorek sekali 'hijab' kat telinga aku." Sharipudin nampaknya tak main-main.

"Hahahaahahahahahahahahahahaahahahahahahahahah!!" Lagi dua orang kawannya ketawa serentak.

'Apa gila kau ni? Orang hijab kat mata. Apa jadah hijab kat telinga. Dahlah. Mengarut je kau ni. Ni siang-siang kau dengar tak? Errr... Cuba kau dengar, kot-kot ada soalan bocor untuk test esok. Hahahaha!" Muzalman tiada tanda-tanda membantu.

   Sharipudin sekadar diam. Memang benar waktu siang dia tak dengar apa-apa. Tapi bila malam menjelma, dia akan dengar macam-macam. Orang cangkul tanah, bunyi suara mengeruh macam kena sembelih, budak berlari-lari, bunyi cakar-cakar dinding, dan macam-macam lagi.

                                                             ***********

   Sharipudin sekali lagi bergelut dengan suasana sama. Mendengar bermacam-macam suara yang menerjah gegendang telinga. Kali ni suara seorang lelaki tua meminta tolong.

"Nak, tolong pak cik nak." Suara agak serak.

"Tolong apa? Kau siapa pun aku tak kenal lah lahanat!" Sharipudin separa menjerit.

"Tolong bukakkan tali yang ikat kapan kepala pak cik ni nak." Suara itu menjawab. Sharipudin pandang sekeliling tapi tiada apa. Mendengar perkataan 'tali kapan di kepala' dah buat Sharipudin kecut perut. 'Entiti' jenis itu memang menakutkan dan menduduki rangking tertinggi dalam senarai hantu paling ditakuti orang melayu. Termasuklah Sharipudin.

"Kau pergi dari hidup aku lah setan!" Sharipudin menjerit lagi.

"Abang. Jomlah main guli dengan adik." Ada suara budak kecik mengajak main.

"Semua lelaki tak guna!" Suara perempuan menjerit sambil menangis mengambil alih.

"Hahahahaaha!" Suara ketawa pula tak mahu ketinggalan. 

"Bang! Bang!" Bunyi tembakan senapang begitu banyak bersilih ganti bunyi orang mengaduh ditembak.

   Sharipudin semakin tertekan. Tak tahan dengan suasana yang dia dengari. Dia bingkas bangun dari katil dan menuju ke arah meja sambil mencuba sebaik mungkin untuk tidak mengendahkan suara-suara yang mengganggu. Tangannya menekup cuping telinga sekuat yang mungkin untuk mengurangkan suara-suara yang membisik. Namun sia-sia. Suara-suara tetap beralun pada frekuensi yang sama. Pada nada yang sama. Pada aras yang sama.

   Sharipudin menyelongkar laci meja secara rakus. Kali ni dia nekad untuk semuanya. Bagi menghentikan seksaan yang dia hadapi. Bagi membuktikan bahawa 'hijab' yang terbuka di telinganya boleh ditutup semula. Dia selongkar semahunya sehinggalah dia jumpa dua batang pen biru dan hitam jenama 'Kilometrico'

   Sharipudin genggam satu-satu batang pen di tangan kiri dan kanan. Yang warna biru di tangan kanan, yang warna hitam tangan kiri. Dia betul-betul nekad. Apa nak jadi pun jadilah. Dia tarik nafasnya dalam-dalam sambil suara-suara tetap menerjah gegendang telinga, menggerakkan neuron menghantar maklumat ke otak. Maklumat yang sentiasa sama yang ditafsir, suara gangguan.

   Kedua-dua tangan yang menggenggam pen tadi dihayunkan secara serentak ke arah telinga. Kedua-dua mata pen serentak menerobos rongga telinga dan tenggelam ke dalam.

"AAAAAAARRRGGGHHHHHHHHHHH!!!!!" Sharipudin menjerit sekuatnya sebaik kedua-dua batang pen separuh tenggelam. Darah memercik memancut-mancut dari telinganya. Dia lepaskan genggaman. Kemudian kedua-dua tangan dibuka luas-luas dan menepuk kedua-dua belakang batang pen sekuatnya agar pen masuk lebih dalam. Darah semakin banyak.

  Namun begitu suara-suara yang sama masih berbunyi. Masih tetap didengar jelas oleh Sharipudin. Mata Sharipudin semakin layu. Dia terjelepok ke lantai sambil darah tiada tanda mahu berhenti, mengalir laju ke pipi dan melencunkan baju warna putih yang dia pakai. Suara si pakcik masih galak meminta tolong Sharipudin membukakan ikatan tali kapan. Suara menangis dan ketawa masih jelas Sharipudin dengar. Semuanya. Namun mata Sharipudin semakin kelam dan terkatup. Selamanya.

   Salman dan Muzalman yang terdengar jeritan Sharipudin bergegas ke bilik Sharipudin.

"Ya Allah! Apa jadi ni?" Salman berteriak. Sesusuk tubuh milik Sharipudin sedan terbaring secara tertiarap di atas lantai dengan darah sudah membanjir tiga perempat ruang lantai bilik.

Tamat....



p/s : ok. Gambar kucing memang takde kena mengena pun sebenarnya. Aku pun tak tau pehal aku letak gambar kucing. Hahahaha. Terimas sebab baca. :)






Tuesday, December 6, 2011

Musim Yang Ada Ketika Cuti Sekolah...

   Umum mengetahui sekarang ni sedang berlangsungnya cuti persekolahan. Walaupun sebenarnya nak dekat sebulan dah mereka bercuti sakan tapi baru hari ni aku terasa nak post benda alah ni. Mungkin jugak Sipot Si Tukang Tulis dah pun dilanda satu keadaan yang sunyi, bosan tanpa sinar bulan.

   Ah. Ketepikan sahaja rungutan itu. Sekarang mari kita teruskan agenda kita. Mari kita lihat apa dia musim-musim yang biasanya melanda negara kita bilamana cuti sekolah menjengahkan muka menggantikan aktiviti musim persekolahan. Biarpun kita tahu, iklim kita tidak terlibat dengan empat musim seperti negara-negara lain.


   Musim yang paling ketara bilamana cuti sekolah membuka tirai. Rumah-rumah kampung akan menerima banyak pucuk-pucuk kad jemputan perkahwinan. Bagi pihak yang lebih bandar dan urban, banyak dapat jemputan melalui laman sesawang atau gadget-gadget mewah. Ketika itulah, bagi aku si pemuda kampung, akan melibatkan diri dalam aktiviti rewang kampung yang jauh lagi meriah dari mengadakan sistem catering di dewan. Kumpulan-kumpulan kompang akan giat berlatih. Persatuan zapin giat dapat jemputan. DJ karaoke boleh buat duit tepi lebih tak lupa juga si pemetik picu-picu kamera yang mengacungkan lensa-lensa kamera. Musim ini juga boleh dikatakan musim mengawan. Ya lah. Para raja sehari sekalian akan melalui satu dimensi baru mencuba uji try test pandu kehebatan masing-masing setelah bertahun lama memendam rasa. Err. Yang ni bagi mereka yang betul-betul enyabar dalam bercintalah. He he he.



   Antara musim yang mendapat rating tertinggi setiap kali hujung tahun mengganti bulan-bulan lain. Musim cuti sekolah lebih kurang lima-enam minggu. Ketika inilah mak bapak sibuk mendaftarkan nama anak-anak mereka untuk dikhatankan di klinik-klinik swasta sebab masa yang panjang boleh diisi dengan berehat dan berpantang. Nak daftar kat tok mudim, rasanya dah lama jawatan tersebut berkubur. Ada juga beberapa pertubuhan menganjurkan program berkhatan beramai-ramai. Lagi meriah. Masa nilah si abang-abang sibuk memomokkan adik-adik mereka dengan seksaan-seksaan yang perlu dihadapi. Gergaji? Kapak? Mesti bebudak ni dah kecut telur mendengarnya. Tak payah dah nak berendam 2-3 jam dalam air. Ceh, tak tahu masa dorang berkhatan dulu, meraung lari naik basikal keliling kampung.

   Haaa... Dah lepas berkhatan, barulah boleh ngorat akak-akak comel jual goreng pisdang kat simpang kampung. Tak gitu?


   Biarpun ranking musim ni agak kurang menyerlah di musim cuti sekolah, namun begitu ianya tetap galak memonopoli hari-hari di waktu cuti. Apatah lagi budak-budak sekolah sekarang lebih urban apabila memiliki pacar masing-masing seawal usia 13 tahun. Saban hari bila aku habiskan petang di taman-taman rekreasi, mesti ada aksi si remaja yang aku kira berusia dalam 13-17 tahun bermanja mesra. Itu yang aku nampak. Tak tahulah yang dibalik tembok dah bercumbu-rayu.

"Ish, tak baiklah Sipot bersyak-wasangka."

   Errr... Betul jugak. Ok. Ok. Aku tukar prejudis aku. Mungkin mereka "bercucuk-tanam" kat belakang tu kot. Siapa tahu? keh keh keh.



   Waktu-waktu beginilah taukey-taukey, tuan-tuan kedai/premis boleh tersenyum lebar. Mereka tak perlu runsing akan kekurangan pekerja sebabnya akan ramai budak-budak sekolah yang cari kerja sambilan untuk mencari duit lebih. Yang ni aku respect. Tak menyusahkan mak bapak yang sibuk merengek belikan kamera DSLR. Cuma yang perlu dihati-hatikan si taukey ni, komitmen budak-budak. Maklumlah, nama pun kerja sambilan, mesti ada yang wat kerja sambilan-lewa. Errr... Sambilan-lewa? Macam lahanat je perkataan ni? Abaikan.



   Ya. Aku tahu. Musim banjir bukan sahaja berlaku pada waktu cuti sekolah. Namun begitu, banyak musim banjir melanda negara kita ketika akhir tahun. Ketika inilah dewan-dewan atau sekolah-sekolah akan menjadi penempatan sementara bagi mangsa-mangsa banjir. Dan ketika ini jugalah kita dapat mengeratkan sillaturaim bila mana masing-masing akan menikmati apa sahaja yang ada sebagai mengalas perut sambil bercerita perihal kerosakan yang bakal dialami. Ya. Apabila sang bumi sudah marahkan isinya, maka dia akan bermogok dengan menurunkan sedikit bencana sebagai memperingatkan penghuninya. Sekian ucapan saya.




   Apabila musim cuti sekolah semkin melabuhkan tirainya, maka musim sesi persekolahan pula bermula. Ketika inilah taukey-taukey sibuk melaungkan motto-motto bahawa merekalah pemilik kedai yang menawarkan harga terendah serendah 1sen per SMS. Harga-harga barangan sesi memulakan persekolahan akan jatuh mendadak (kononnya).  Kasut jenama Rejam, Bata, Baju jenama Canggih, Pensil jenama Stabilo tak lupa jugak beg sekolah beroda akan menjadi pilihan adik-adik yang begitu teruja memulakan sesi persekolahan dengan azam "Mahu rajin-rajin. Nak siap buat semua kerja sekolah."


Selamat bercuti adik-adik sekalian. :)


*Gambar aku rembat kat Google.





Monday, November 28, 2011

Gugup di Tampin...

   Aku tumpukan perhatian aku kepada permainan PES 2012, permainan bola sepak di komputer milik si Brendan. Ingin menewaskan dia dalam pertaruhan strategi dan kehebatan masing-masing. Brendan memang diakui lagenda dalam game tersebut, siapa yang kalahkan dia dah boleh buat pulut kuning dan telur pindang untuk raikan kejayaan.

   Sambil bermain, hati aku dilanda seribu kekecewaan. Sepatutnya esok, aku akan bergerak ke Tampin, menghadiri majlis perkahwinan abang kepada Cik Ila. Namun niat tersebut terpaksa dikuburkan berikutan tiada sesiapa nak teman pergi sana.

"Takkan aku nak pergi sana sorang-sorang. Nampak sangat desperate." Aku bermonolog sendirian. Permainan masih diteruskan ketika aku sudah ketinggalan 0-3 kepada Brendan. Ah! Tewas kepada Brendan dah jadi adat.

"Beep! Beep!" Telefon bimbit lampu kuning dalam poket seluar berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku menggagau-gagau poket mencari-cari telefon bimbit yang bercampur-campur dengan duit syiling dan kotak rokok dalam satu poket. Dah macam poket Doraemon gamaknya.

"Sok! Jom pergi!" Mesej dari Ain,mengejutkan aku. Siang tadi aku ada ajak dia pergi sama sebab dia kawan kepada Cik Ila. Tapi dia menolak pada awalnya. Takpelah. Tiba-tiba sekarang dia yang beria pulak. Apa yang mengubah fikiran untuk pergi ke Tampin, masih menjadi tanda tanya.

**********

   Aku terlewat bangun. Jam dah lebih pukul 12 tengahari. Sedangkan janji semalam pukul 12 gerak. "Mampus aku!" Terpacul serta-merta. Tidur lepas Subuh, memang ni lah jadinya. Telefon bimbit aku cari. Terperosok di bawah bantal.

"24 missed call." daripada Ain. Aku semakin gelabah. "Entah-entah minah ni dah gerak tinggalkan aku." Aku cuba buat andaian sendiri sebelum aku telefon dia. Lega sedikit dia masih lagi di Terminal Segamat. Menurutnya bas gerak pukul 1. Jadi aku masih ada masa. Aku pun bersiap seadanya.

"Pergh! Macam Aaron Aziz!" Suara kecil hati aku memuji diri sendiri ketika menyisir rambut. Dasar perasan.


Di terminal bas, dua orang gadis sudah sedia menunggu aku. Ain, dengan sedikit solekan diulitkan ke wajahnya, berkasual baju kurung hitam-ungu, membimbit beg tangan selayaknya mana-mana gadis lain. Dia lemparkan senyuman berlesung pipit yang memang manis. Sementara seorang lagi, Ertika juga tampak manis dengan kasual baju kurung hijau lembut, membimbit beg tangan, juga melemparkan senyuman kepada aku. Diapit dua gadis buat aku rasa lain macam. "Lelaki yang keluar dengan perempuan ramai-ramai ni biasanya geng-geng sotong." Aku berprejudis negatif sendirian.

"Aku ingat kau bertanjak nak datang sini." Ain bertanya yang aku kira sekadar perlian. Cis.

Dalam perjalanan, hati aku semakin gugup. Rasa seperti sistem pembuluh darah gagal berfungsi dengan degupan jantung semakin kencang. Aku kira menanti keputusan peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa yang terkeluar juga tak segementar ini. Minda aku sibuk berimaginasi akan suasana di majlis perkahwinan itu nanti. Apatah lagi, ini kali pertama untuk aku bertemu seluruh keluarga besar Cik Ila. Baik Opah, Mak Lang, Busu, Mak Su Timah, Mak Teh, Pak Uda dan semua rasanya akan berkumpul di satu tempat. Ah, aku sibuk memikir apakah dialog paling sesuai untuk aku mulakan ketika bertemu mereka nanti.

"Assalammualaikum Pak Cik, dah makan?" Ah! Tak boleh! Ni kan walimatul urus. Apa kejadah tanya dah makan ke belum.

"Errr. Ni siapa yang kahwin ni ye Mak Cik?" Ni satu lagi dialog bangang. Takkanlah aku datang kenduri kahwin tanpa tahu siapa yang bersanding.

"Cik. Agak-agak Pak Cik kan, betul ke Osama mati dibunuh? Atau itu cuma karekter ciptaan Yahudi dan Amerika?" Ni lagi tak masuk akal, belum apa-apa dah nak berbual politik dunia. Ah. Degupan semakin kencang. Sampailah aku terlelap. Tahu-tahu dah sampai Tampin.

********

    Aku, Cik Ila, Ain dan Ertika turun dari Proton Saga yang Cik Ila guna untuk jemput kami. Dari jauh dah kedengaran riuh suara DJ yang diupah untuk menghangatkan suasana. Biar tak sehangat Hot FM, tapi masih mampu menghidupkan keadaan. Meriah.

   Kami dijemput mengambil makanan dan mengambil tempat duduk. Aku perhatikan Cik Ila beredar untuk menyambung kerja melayan tetamu. Cik Ila berbaju kurung merah lembut bercampur putih, tudungnya hitam aku lihat dua kali ganda ayunya. 

"Awek sendiri memang ar lu nampak lawa, lahanat!" Ni suara siapa pulak yang menyampuk ni? Jangan ganggu cerita aku boleh tak? Ok, berbalik kepada cerita.

   Aku diperkenalkan kepada seorang demi seorang. Ah. Memang seperti dijangkakan. Aku mati bicara. Sekadar bersalam dan menguntum senyuman yang aku kira paling macho boleh aku beri. 

"Oh, ni ke Encik Khuzz? Selalu dengar cerita je." Salah seorang yang aku salam bertanya. Aku terasa sedikit geli hati. Dah terlalu lama nama "Khuz" tu tak digunapakai. Sejak "Sipot" menjadi nama samaran yang lebih ramai kenal, Khuz sudah lama terkubur.

"Agak-agak berapa tahun lagi ni?" Seorang mak cik kepada Cik Ila bertanya dalam gurauan. Faham benar akan maksud gurauan itu, aku cuba kawal riak wajah segan. 

   Namun begitu, seorang sepupu Cik Ila, yang selama ni aku berhubung dengan laman sesawang Facebook, Apan, datang kepada kami yang sedang makan. Memang seperti dalam gambar, Apan memang jambu orangnya. Dia begitu ramah dengan aku sepanjang kami berbual. Macam lama kenal pulak. Tiba-tiba dia beredar. Tahu-tahu dia dah di khemah karaoke, menyampaikan lagu kepada kami. Terasa mahu sahaja aku pergi ke khemah itu dan mempertaruhkan suara ala Yabang Khalifah campur Black sikit-sikit ni. Tapi terpaksa dipendamkan sahaja berikutan mengekalkan imej macho.

   Kami dijemput masuk ke rumah memerhati gelagat setiap seorang ahli keluarga besar Cik Ila, lepak di situ sebelum kami, termasuk Cik Ila dihantar ke stesen keretapi untuk pulang ke Segamat.

**********

"Abang jangan layan b macam ni sekarang je. Biar sampai akhir hayat pun tau?" Cik Ila bersuara kepada aku sewaktu kami tiba di Stesen Keretapi Segamat. Aku senyum. Fikiran menerawang ke depan. Ah. Berangan lagi, kali ini membayangkan akan sebuah mahligai bertakhtakan kebahagiaan milik kami berdua.

Wink! Wink!


p/s : Ain, Ertika... Tu ar. Apesal tak ambik gambar? Kan aku dah tak letak gambar dalam ni. Har har har... 





Sunday, November 27, 2011

Malaysia vs Bahrain... Maaf, aku pilih Bahrain...

Kredit gambar kepada Fanpage Bolasepak Malaysia

   Haaa... Baca tajuk tu, start nak melentinglah tu. Simpan amarah kalian dulu. Aku faham, sekarang ni setiap marhaen, rakyat jelata dari seluruh pelusuk Malaysia sedang berapi-api semangat Harimau dalam diri mereka. Termasuk aku.

   Memandangkan bola sepak Malaysia semakin mendapat tempat dalam hati rakyat tempatan, maka tiada salah sekiranya aku ingin membuat prediction aku sendiri.

   Apapun, masih belum terlambat untuk aku ucapkan tahniah kepada skuad Harimau Muda yang telah merangkul pingat emas di kejohanan Sukan SEA2011. Ah, kalau aku nak ucap tahniah kepada skuad pingat emas Sukan SEA2009 pun masih boleh. Takde salahnya. Sebabnya, emas Sukan SEA2009 lah petanda Harimau Malaya kembali digeruni di pentas Asia Tenggara. Percaya atau tidak, untuk kejohanan-kejohanan sebelum ini, sama ada acara bola sepak Sukan SEA mahupun Piala Tiger (kini Piala AFF Suzuki), Malaysia seringkali diletakkan sebagai pilihan kelima di belakang Indonesia, Thailand, Singapura dan Vietnam.

   Berbalik kepada isu di mana akan menyebabkan "penyokong-penyokong baru berdaftar Harimau Malaya" ni melenting. Malam ini, skuad emas Sukan SEA2011 akan berdepan cabaran Bahrain. Sebuah lagi pasukan, selain Malaysia yang sedang bergelut mencari mata bagi meneruskan cabaran layak ke Sukan Olimpik 2012.

   Kita ketepikan hal barisan Harimau Muda. Rata-rata semua dah tahu siapa yang akan turun sebagai kesebelasan utama malam ini. Rajuk si Fakri di akhbar Kosmo!, Khairul Fahmi terus konsisten, mahupun Nazmi muncul membawa aura TsuNazmi. Semua tu pihak media dan pihak Facebook dah kecahkan.

   Bahrain. Bukan calang-calang pasukan dalam benua Asia. Untuk peringkat kelayakan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan tahun lepas, mereka cuma selangkah lagi untuk berjaya melayakkan diri ke kejohanan terbesar dunia itu. Namun sayang dimatikan oleh New Zealand. Malaysia? Peringkat pertama je dah kena lauk dengan Bahrain sendiri pada pusingan pertama dengan aggregat sebanyak 1-4.

   Mendapat jolokan Al-Ahmar (The Red), meskipun sama seperti jolokan Kelab Sejarahwan Liverpool (The Reds), itu tak menjamin yang mereka akan bermain sama bangang macam Liverpool. Atau mungkin mereka ni Liverpool versi Asia. 

   Menduduki ranking ke-102, cuma kurang dua anak tangga untuk berada di kelompok terbaik 100 sementara Malaysia di kedudukan 155. Lebih 50 negara yang membezakan jarak antara kedua pasukan.

   Ok. Itu untuk skuad senior. Tapi takde bezanya pun dengan skuad Harimau Muda. Ada je pemain Harimau Muda di'rotate' masuk ke skuad senior dan begitu juga yang di skuad senior. Dah macam nak main Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Anjuran UMNO Semberong pulak. Main suka-suka hati tarik-tarik pemain.

   Bahrain, mendapat bye di pusingan pertama, kemudiannya terpaksa berhempas-pulas menentang Palestine yang telah menundukkan Thailand 4-0. Nasib menyebelahi Bahrain bila mereka layak menerusi peraturan gol tempat lawan setelah terikat 2-2 dengan Palestin.

   Mereka ada serangan menyaksikan ada satu gol yang dikutip sepanjang dua perlawanan, berbanding Malaysia yang masih ketandusan gol sambil menantikan magis adiwira penyelamat Fakri.

   Pertahanan mereka agak rapuh setelah melepaskan lima gol berbanding Malaysia sebanyak empat gol. Namun harus diberi perhatian, ketinggian mereka dan corak permainan mereka hampir sama dengan Syria. Oleh itu, kalau skuad Harimau Malaya masih mengamalkan sistem permainan 'clear' bola ikut hala angin, ikut hala telur ataupun ikut hala mana ada penyokong gadis seperti menentang Syria tempoh hari, maka aku cadangkan pemain Malaysia bersara awal dan apply GiatMara.

   Ketika menentang Syria tempoh hari, berapa banyak hantaran tinggi jauh yang dengan selamba badak dipatahkan pemain tinggi Syria? Sambil penjaga gol mereka sibuk bergambar dan main Twitter sebab bola tak sampai-sampai. Dah tahu macam tu, masih lagi nak main bola tinggi. Susuk tubuh pemain Sepanyol rata-ratanya juga rendah-rendah. Tapi tengok gaya permainan mereka, ada hantaran tinggi jauh?

   Kepenatan. Adakah jarak lima hari cuma diisi dengan rehat semata-mata? Tak. Mesti ada latihan. Apatah lagi ada yang cedera, sedikit merencatkan perjalanan skuad Harimau Muda ini.

   Kamon para penyokong. Biarlah realisitik dan berpijak di bumi yang nyata dalam meletak sasaran. Ini ada yang cakap Malaysia bakal menang 5-0 lah. 3-0 lah. Lawan Kemboja haritu pun masih tercungap-cungap. Apa rasionalnya? Selain Lubnan yang dari negara Arab, ada lagi negara Arab lain kita dah kalahkan?
   Maaf. Agak berat untuk menyuarakan. Bukan tak patriotik, tapi dah memang kenyataan. Aku mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia dari zaman Akmal Rizal. Jadi rasanya dapat diramal sebarang kemungkinan.Walaupun jauh di sudut hati mengharapkan kemenangan dan tuah di sebelah kita. 

   Tapi, aku rasa kemenangan di pihak Bahrain. Atau mungkin magis bakal berlaku Malaysia menang tipis ke atas Bahrain.


"Kenapa serius sangat ni Sipot?"

"Err... Ampun Tuanku, patik rasa Malaysia menang punya! 15 berbalas satu! Kompem!"


Hahaha... Selamat berjuang Sang Harimau...





Saturday, November 26, 2011

Gambar...

   Gambar. Sebuah memori yang membekukan ruang dan masa. Ada benarnya kata-kata ini. Cuba teka dari mana aku dapat ayat "Sebuah memori yang membekukan ruang dan masa" ni. Ahh... Dah dua jam. Lambat sangat teka. Jawapannya dari senaskah komik kelakar, 'Utopia High' keluaran Gempak Starz. Siapa kata komik tiada nilai estetika yang tinggi. Hanya dengan sebaris ayat itulah membuat aku tertarik. Buat aku tergamam. Indah sangat.


   Ya. Gambar sememangnya sebuah medium untuk kita merasa kembali apa itu keindahan, kebahagiaan, keceriaan, malahan ada gambar juga yang mengisyaratkan ketakutan, kesedihan ataupun tanda tanya.


   Sekeping gambar mampu menjana seribu penceritaan. Tatkala kita memilih untuk mengimbau kembali sesebuah kenangan, gambarlah perantara pertama menjadi pilihan.


    **********


"Takde hadiah lainlah yang saya boleh bagi. Maaf, cuma ini sahaja." Ujar si gadis sambil menghulurkan sebuah kotak yang sudah dibalut kemas dengan kertas pembalut hadiah berwarna coklat kemerahan. Cantik balutannya.


"Terima kasih, awak." Aku menerimanya sambil menguntumkan senyuman yang tercipta secara automatik. Sungguh seumur hidup teramat jarang aku menerima hadiah apatah lagi pemberian. Kalau dikalungkan pingat gangsa dalam acara merentas desa masa tingkatan lima tu adalah.


"Selamat Hari Lahir, Sayang," sambung si gadis lagi. Begitu lancar sebutannya.


"Terima kasih. Terima kasih." Aku tak henti-henti menguntum senyuman. Biarlah senyuman ini tidaklah mampu menawan mana-mana gadis, namun senyuman itu aku ukirkan khas untuk si gadis yang dah menawan hati ini. Kawan-kawan lain yang turut meraikan sekadar ketawa menyakat.


   **********


   Sehingga hari ini, pemberian itu masih berdiri tegak di meja dalam bilik tidur aku. Sekeping gambar yang siap dibingkaikan dengan bingkai yang cukup cantik. Ada manik sederhana kecil yang bertakhta menghiasi bingkai hitam disekeliling gambar.


   Gambarnya, si gadis memberi senyuman, duduk di kerusi taman rekreasi di samping aku. Ya, aku ada sekali dalam gambar tersebut. Kami berdua di mana gambar tersebut ditangkap oleh kawan kami, Nurul Ain. Aku ingatkan sekadar saja-saja, tak tahu pula gambar tersebut mahu dibingkaikan.


   Sungguh, aku sendiri tak terlepas dari menjadi pengimbau memori melalui sekeping gambar. Rindu? Bohong kalau aku kata tidak....



"Ah! Jiwang lagi. Bosanlah kau ni Pot."


   Pergi jahanam sama kau.




Tuesday, November 1, 2011

2 Bangkang, 8 Sokong...

Hidup dunia ni, banyak kata putus perlu dicapai melalui kesepakatan. Penyelesaian masalah harus dipersetujui ramai ahli. Barulah semua puas hati. Kalau kata putus dipilih dengan sistem diktaktor kuku besi, ramai yang sakit hati. Betul tak?

Ah. Dah macam tradisi pulak di blog Sipot Si Tukang Tulis ni. Setiap entri je mesti intronya macam karangan SPM Bahasa Melayu.

Sebenarnya aku dapati, banyak perkara yang sepatutnya mendapat persetujuan tapi ramai yang bangkang.

Dalam 10, 2 bangkang 8 setuju. Cis. Dah macam formula Matematik Tambahan pulak. Tanpa membuang masa yang agak panjang, apa kata kita usyar, apa itu 2 bangkang 8 setuju.



2 bangkang, 8 setuju bila mana :

SMS-SMS pembaca dalam surat khabar, ada yang meminta agar stesen-stesen TV atau radio tempatan menghentikan drama-drama dan lagu-lagu Indonesia. Ada je yang cakap benci, meluat terlalu banyak lambakan hasil seni dari seberang. Tapi kenapa tidak dihentikan? Sebabnya dalam 10, cuma dua yang bangkang, lagi lapan setuju dan memuja-muja. Drama sinetron Nenekku Bukan Nenekku, Si Tamak Yang Rugi, Putri Yang Bertukar. Lagu-lagu seperti Ai Ai Shenkamen, Cari Gadoh, Percaya Dadaku dan sebagainya terlalu banyak. Sakit kepala lah.


2 bangkang, 8 setuju bila mana :

ON CINTA, ON TEMAN, ON SUNYI, ON JAAFAR atau berapa banyak lagi ON yang memenuhi ruang iklan-iklan komersial dalam TV dan surat khabar. Melanggan benda alah bangang tu sebenarnya membangangkan diri sendiri. Jadi ramailah yang menghina-hina dengan kehadiran iklan seperti itu di zaman Facebook, Twitter mula menguasai dunia internet. Tapi kenapa masih ada lagi? Sebabnya ada ramai lagi pengguna telefon bimbit di Malaysia ni yang melanggan servis bangang tersebut sekaligus mengkayakan orang lain.


2 bangkang, 8 setuju bila mana :

Sakit hati dengan bingitnya bunyi-bunyi yang mendesingkan keluar dari rongga-rongga ekzos motorsikal milik rempit. Semua menyumpah seranah kenapa boleh wujud budaya rempit yang cuma ada di Malaysia ni. Hakikatnya, mereka dididik dari kecik. Dari aktiviti berbasikal chooper, bmx. Mak bapak jugak yang beri. Mintak itu, bagi. Mintak ini. Bagi. Dah besar sikit, mintak motor pun di bagi. Teringat aku masa duduk Paloh. Ada sorang rempit ni, aku ajak main bola, dia cakap “Mak aku tak bagi main bolalah. But bola mak aku nyorokkan mana entah.” Habis cakap terus start motorsikal yang dibelikan oleh maknya sendiri. Apa kelancau?


2 bangkang, 8 setuju bila mana :

Baru-baru ini sekali lagi Sharbinee membuat benda biol yang mana tiba-tiba menggelupur bila bola datang kepadanya sekaligus menjadi punca kekalahan Terengganu dalam final Piala Malaysia. Walau pun dalam sepuluh, ada lapan orang mencaci maki herdik hina beliau, namun ada dua yang memuji dan memandang beliau dari sudut nilai bukannya populariti. Ok. Yang dua tu aku lah salah satunya. Lupa ke jasa beliau membawa pingat emas Sukan SEA acara bola sepak? Final takde bolos berbanding abang keeper kerol fami muka jepun yang bolos dua masa final AFF Suzuki. Lupa jasa Sharbinee yang selamatkan penalti masa kelayakan pusingan pertama Piala Dunia menentang Taiwan? Sekaligus membawa Malaysia ke pusingan kedua. Pada aku, Sharbinee tetap terbaik.


2 bangkang, 8 setuju bila mana :

Dalam 10 orang, 2 orang yang bangkang cakap pemilik blog ni tak kacak, berbanding 8 orang yang lain menyatakan setuju pemilik blog ini hensem. Jumlah keseluruhan menjadi 10.


“Boleh blah dengan keperasanan kau Sipot. Puih!”


Har har har….




Saturday, October 29, 2011

Aleeyah Mahukan Sesuatu...

Cerita kali ini agak panjang. Terpulang kalau mahu dihayati atau tidak. :-)



Lima sahabat itu nekad untuk melakukan ekspidisi ekstreme itu. Semuanya bermula apabila mereka sama-sama terdengar satu siaran radio Singapura ketika menaiki kereta dalam perjalanan pulang dari Melaka. Siaran radio Singapura tersebut menyiarkan segmen seram di mana DJ akan membacakan cerita atau kisah seram yang dihantar pendengar kepada DJ tersebut.

“Seram dowh benda ni.” Nadirah yang duduk di tepi kanan tempat duduk belakang bersuara sebaik sahaja habis mendengar cerita dari DJ tersebut.

“Takde seramnyalah. Entah betul entah tak apa mak cik ni cerita.” Rudi yang duduk di sebelah pemandu mencelah.

“Kau jangan cakap besar. Sekarang dahlah pukul 1 pagi.” Sofea cuba menangkis kata-kata biadab Rudi.

“Betullah. Ada ke hantu pocong dekat Singapore tu? Dekat tengah bandar pulak tu. Tak logik ar.” Rudi cuba mempertahankan diri.

“Habis kau ingat pocong tu duduk Malaysia je lah? Dalam hutan je lah? Kalau dia nak pergi London pun dia punya sukalah.” Rafidah yang duduk di tengah-tengah tempat duduk belakang bercakap menyebelahi Sofea.

“Ah korang ni. Pasal benda ni pun nak bergaduh ke? Baik kau orang bergaduh pasal pergolakan dunia sana.” Aliff si pemandu bersuara sedikit tegas dan matang. Dia terus memutar-mutar butang radio mencari siaran lain. Sedikit sebanyak ada juga perasaan seram dalam hatinya. Sementara Sharipudin yang duduk di tempat duduk belakang sebelah kiri sekadar mencampakkan pandangan ke luar tingkap. Dia malas nak ambil tahu akan pergaduhan kawan-kawannya. Apa yang diceritakan DJ radio pun dia langsung tak ambil tahu. Mungkin kerana kepenatan, dia memilih untuk berdiam diri sahaja.

**********

“Korang serius ke apa kita buat ni?” Sharipudin bertanya lagi kepada empat orang kawannya.

“Dah tu? Kau nak patah balik? Pergilah balik sorang-sorang.” Rudi berkata angkuh.

“Rilekslah Din. Kita jalan-jalan kejap. Rakam sikit-sikit. Lepas tu baliklah. Kitorang yang perempuan pun 
slumber je ni. Takkan kau goyang kot?” Rafidah bersuara seolah mengangkat martabat kaum wanita dalam kumpulan itu.

“Entahlah kau Din. Dah jalan sampai sini pun. Kita dah lepas pagar pun ni. Lagipun bukan tempat orang lain. Hostel kau jugak.” Sofea meniup kata-kata semangat kepada Sharipudin.

   Aliff yang dari tadi diam menyuarakan agar semua diam dan tunduk di rumpunan semak di sebalik pagar. Dia dapati dari jauh ada pengawal keselamatan sedang melakukan rondaan dengan motorsikal. Mujur matanya pantas menangkap kelibat pengawal keselamatan tersebut.

**********

Lima anak muda itu yang menuntut di UiTM cawangan Johor di jurusan perniagaan itu berkumpul di satu kedai makan. Mereka berjumpa sesama sendiri sebagai aktiviti setelah hampir sebulan cuti semester. Masing-masing berbual sambil ketawa berdekah-dekah. Sampailah Rudi mengemukakan satu cadangan.

“Hei. Haritu kita dengar DJ radio ceritakan kisah-kisah seramkan?”

“Dah tu?” Aliff kurang pasti.

“Haa. Apa kata kita buat entiti bukti. Aktiviti paranormal.”

“Dah buang tebiat nak mampus?” Sharipudin membantah.

“Come on. Suka-suka. Bawak kamera. Kita rakamlah apa yang dapat.” Rudi yakin mengemudi mesyuarat tak rasmi itu.

“Aku takde hal. Tapi kat mana?” Sofea seolah-olah tertarik.

“Hostel. Kolej tempat aku dengan Sharipudin.” Rudi memberi lagi cadangan.

“Kau jangan jadi bodoh Rudi. Tempat kita tu time ramai orang pun boleh jadi kes. Lagikan tengah cuti ni. Nak mati ke apa?” Sharipudin membantah.

“Alaaaaaa… Takkanlah.” Rudi cuba menegakkan diri sendiri.

**********

Kini mereka berlima sedang berkumpul di bawah kolej kediaman lelaki setinggi tiga tingkat itu. Tempat Rudi dan Sharipudin menetap sepanjang pengajian. Aliff pula di kolej kediaman lelaki yang lain. Sementara Sofea dan Rafidah pula menetap di kolej kediaman perempuan.

Hampir sebulan kolej tersebut ditinggalkan. Gelap. Tiada langsung lampu bilik-bilik yang terpasang. Tambahan pula waktu sudah lebih pukul 12 tengah malam. Hanya cahaya bulan terang yang menerangi ruang-ruang di sekeliling kolej kediaman tersebut. Sunyi. Hanya suara cengkerik bersahut-sahutan.

“Ok. Sekarang kita pecah dua. Sharipudin dengan Rafidah. Aku pulak dengan Rudi dan Sofea.” Aliff memberi arahan. Memang dia mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dalam lima orang anak muda tersebut.

“Ok!” Yang lain setuju.

Rafidah dan Sharipudin naik ke kolej tersebut melalui tangga ‘B’ sementara Aliff, Rudi dan Sofea melalui tangga ‘A’. Mereka berjanji untuk berjumpa di tempat mula-mula tadi dalam masa sejam.
Satu persatu level Rafidah dan Sharipudin lalui sambil lensa kamera yang hidup dihalakan ke serata arah. Mengharapkan agar ada ‘sesuatu’ yang ditangkap. Cuma lampu suluh yang menerangi perjalanan mereka. Sangat sunyi.

Kini mereka hampir menaiki ke level ketiga atau tingkat ketiga. Tingkat tertinggi. Sharipudin mendahului Rafidah. Sebagai tanda dia lelaki. Walaupun pada hatinya terasa sangatlah kecut.
Apabila Sharipudin sampai ke anak tangga terakhir, matanya serta-merta tertancap ke hujung lorong. Jelas pada amatannya, ada sesusuk tubuh berkasual putih sedang berdiri tegak memandang ke arah mereka. Rambutnya separas bahu.

“Fidah! Kau nampak tak?” Sharipudin memalingkan mukanya ke arah Rafidah. Kakinya seolah-olah terpaku kemas ke lantai.

“Aku nampak!” Suara Rafidah agak terketar-ketar. Namun sempat juga lensa kamera yang dia bawa, di halakan ke arah susuk tubuh itu. Namun sebaik sahaja Rafidah memandang ke arah kamera, susuk tersebut sudah ada di hadapan mereka.

“Kalian datang nak tolong Aleeyah kan?” Suara pemilik tubuh berkain putih itu bersuara halus tapi bergema.
Terus sahaja mereka berdua bertempiaran lari menuruni anak tangga untuk keluar dari situ. Mereka berlari dan menuju ke arah tempat mula-mula mereka berpecah tadi. 

Agak memeranjatkan, Sofea, Aliff dan Rudi dah sedia berkumpul di situ.

“Lambat sangat korang ni? Beromen ke apa kat atas?” Rudi bertanya.

“Kepala hotak kau! Belum sejam lagi kan? Yang korang cepat sangat turun ni kenapa?” Rafidah bertanya kembali sambil tercungap-cungap.

“Nantilah kitorang cerita, sekarang kita blah dulu.”Aliff mengusulkan.

**********

“Seram gila sial tadi!” Rudi bercakap sambil mengurut-urut dada. Yang lain sekdar melihat satu persatu imej yang terpapar di skrin kamera digital.

“Kan sebelum kolej tu jadi kolej lelaki, dulu kan tu kolej perempuan.” Aliff memberitahu.

“Jadi?” Sofea menyoal.

“Jadi, aku ada dengar, sebelum kolej tu ditukar, kolej tu dibiarkan kosong satu sem. Lepas tu aku dengar lagi, ada student kena rogol dengan pak guard dekat kolej tu masa kolej tu kosong satu sem. Dah dirogol, dibunuh pulak tu.” Aliff menerangkan panjang lebar.

“Patutpun tadi, ‘perempuan’ tu mintak tolong.” Sharipudin memberitahu.
Mereka masing-masing meneruskan perbualan.

**********

Sudah masuk dua minggu mereka masuk ke semester baru. Sharipudin dan Rudi ditempatkan di satu bilik di kolej kediaman yang pernah mereka ceroboh, bersama-sama dua lagi pelajar junior yang lain. Hari-hari mereka lalui adalah biasa sehinggakan pada suatu malam ketika Sharipudin seorang diri dalam bilik tidurnya di kolej kediaman itu. Yang lain sudah nyenyak tidur.

Sharipudin duduk menghadap laptopnya menghala ke arah tingkap. Jam sudah pukul dua pagi. Namun matanya masih belum mahu lena. Apatah lagi esok adalah hari cuti. Jadi dia memilih untuk melayari laman sesawang sosial hit, Facebook.

Sedang leka dia membalas komen dengan gadis-gadis, telinganya menangkap kemas satu suara.

"Tolong Aleeyah bang. Tolong Aleeyah." Sangat sayup tapi jelas butir bicaranya.

Sharipudin tergamam. Jari-jemarinya terkaku. Seluruh urat-urat yang menyelirat di lehernya kejang. Dia terpana. Matanya tertancap betul-betul ke depan. Tingkap.

"Tolong Aleeyah boleh kan?" Ada sesusuk gadis sedang berdiri di luar tingkap. Sekadar berkain putih. Rambutnya sekadar paras bahu. Wajahnya bersih dan ayu. Walaupun Sharipudin tahu itu bukanlah manusia biasa, namun nalurinya seakan terpikat dengan penampilan 'gadis' di depannya.

"Nak aku tolong apa?" Sharipudin berdialog. Rasa gentarnya masih ada namun hilang sedikit demi sedikit.

"Tolong... Aleeyah sunyi. Takde kawan." Gadis yang menggelar dirinya Aleeyah itu mula memberi penjelasan.

"Haa?" Sharipudin tersentak.

**********

"Aku pun tak tahulah apa jadi dengan kawan kita tu. Tiap malam je mesti cakap sorang-sorang." Aku ni budak bilik dia. Mestilah risau." Rudi meninggi diri dalam perjumpaan empat muka itu. Sharipudin tak turut serta.

"Kau rasa ada kena mengena dengan aktiviti kita malam tu tak?" Sofea cuba mencari kepastian.

"Jangan nak main gila. Kita tak sentuh apa-apa pun malam tu ok?" Aliff panik.

"Kita tak tahu. Mungkin jugak dia dah kena sampuk dengan hantu yang kena rogol tu." Rafidah mencelah dalam kegamatan itu.

**********

"Aleeyah tak kisah apa orang cakap pasal kita?" Sharipudin berbual dengan 'gadis' bernama Aleeuah di hujung lorong. Melihat keindahan malam.

"Aleeyah dah lama perhatikan abang. Tak sangka malam tu abang datang. Tapi siapa perempuan dengan abang malam tu?" Aleeyah bertanya.

"Oh. Tu cuma kawan je. Aleeyah cemburu?"

"Mestilah."

"Aleeyah selalu perhatikan abang? Aleeyah suka abang? Hehehe."

"Suka. Cuma. Kisah hidup Aleeyah. Takut abang tak suka."

"Jangan risau Aleeyah. Abang akan cari Pak Guard tu. Abang akan cincang leher dia malam ni jugak."

**********

Bilik rondaan pengawal keselamatan berlumuran darah. Seorang pengawal keselamatan sedang terlentang. Nyawanya sudah hampir habis. Bajunya koyak rabak. Seluarnya sudah terlucut ke paras lutut, dan darah paling banyak keluar dari kelengkang pengawal keselamatan tersebut. Penisnya sudah tertanggal.

"Rasakan kau. Berani kau rogol kekasih aku!" Sharipudin berdiri di sebelah pengawal tersebut sambil menggenggam pisau. Darah melekat dibajunya. "Aleeyah" kelihatan sedang memeluk erat dirinya. Pisau dicampak jauh-jauh.

"Jangan bergerak!" Tiga orang pegawai polis tiba-tiba datang menghampiri Sharipudin. Suasana bertukar kecoh. Gamat. 

"Kau dah gila ke apa ni Din?" Rafidah menjerit dari luar pintu.

Sekumpulan unit pasukan dari pusat rawatan jiwa datang menghampiri Sharipudin dan menenangkan Sharipudin. Dia di bawa masuk ke van khas dari pusat rawatan itu. Kawan-kawannya, pelajar-pelajar lain, berdiri dibelakang garisan yang dihadkan. Memerhatikan seorang pelajar UiTM disahkan gila.

"Terima kasih sayang." Aleeyah berbisik ke telinga Sharipudin di dalam van tersebut. Kemudian mereka berpelukan dan bibir mereka bertaut. Mesra mereka berkucupan.

Pegawai yang duduk dibelakang van bersama-sama dengan Sharipudin cuma menggeleng-gelengkan kepala melihat keletah itu. Padanya Sharipudin sama sahaja beraksi dengan pesakit jiwa yang lain.

Tamat.


***************************

Maaf kalau cerita agak panjang.

Cerita ni aku dapat dalam mimpi aku. Cuma aku tambah sikit biar dramatik. Nama watak aku tukar biar tidak menyinggung mana-mana pihak. Har har har. Namun, nama Aleeyah tu memang betul dalam mimpi aku tu sepanjang penceritaan ini. Dan kenapa aku dapat mimpi macam ni? Masih menjadi tanda tanya. Jeng jeng jeng.....