Monday, April 30, 2012

Disapa Makhluk Rempit...

Seperti lazimnya, gambar dicuri dari arkib Google tanpa kredit. 



   Aku tak tahu nak klasifikasikan cerita kali ini bergenre apa. Nak kata seram pun tidak walaupun perkataan 'Di Sapa' tu selalu digunakan dalam buku Mastika atau Bacaria. Nak kata sedih pun tidak, sebab dah kering air mata orang melayu kalau memikirkan perihal rempit ni.

   Tapi tak mengapalah. Izinkan aku nak bercerita barang sedas-dua. Di mana cerita ini aku lalui sendiri beberapa bulan yang lepas.

   Berdasarkan tajuk dan gambar, rasanya dah dapat tangkap cerita ini berkisarkan apa. Tapi jangan bimbang, cerita ini tidak sama macam cerita aksi hambar melayu di mana aksi perlumbaan di jalan Kuala Lumpur yang lengang tiba-tiba. Di mana jalan raya kota boleh dipenuhi dedaunan kering. Tidak! Juga cerita ini tak sama langsung dengan cerita lawak rempit yang membuatkan anda memaksa perut untuk mengeluarkan gelak. Tidak juga!

   Ok. Nampaknya aku memang dah mengarut. Sebelum ada yang mengambil keputusan tak mahu teruskan bacaan, aku terus ke cerita yang aku alami ini. Syyyhhhhhhhhhhhhhhhhhh ;


***********


   Sabtu malam Ahad, adalah hari keramat dan hari keraian bagi remaja-remaja yang memaksimumkan usia mereka dengan aktiviti-aktiviti kegemaran. Tapi bagi aku dan kawan yang lain, takde apa dilakukan pada malam minggu, kecuali layan bola Liga Perdana Inggeris sambil masing-masing akan mengeluarkan pendapat dan hujah masing-masing. Di mana masing-masing akan mempertahankan kekuatan dan kebongkakkan kelab sendiri. Itu lumrah.

   Biasanya kami tonton bola sepak di kedai makan sebab dekat rumah cuma ada siaran televisyen percuma. Jadi bila habis je bola, kitorang pun pulang dengan perasaan bongkak bagi yang menang dan perasaan sayu sesayu pagi Syawal bagi yang kalah.

"Ah! Rokok habis pulak! Tadi tak sedar." Aku mengomel sendirian bila dapati bekalan rokok dah kehabisan.

   Mahu atau tidak, kena jugak pergi ke kedai di bandar sebab dah malam. Mana ada kedai yang dekat-dekat dengan rumah bukak kalau dah lebih pukul 11. Lagipun jarak bandar dengan kawasan rumah aku bukan jauh sangat. Dalam 4-5 kilometer, atau satu lagu hindustan belum habis kalau naik kereta.

   Motor yang ada masa tu motor 125Z milik budak rumah. Antara jenama motor yang menjadi kegilaan manusia-manusia rempit. Motorsikalnya pun kelihatan bongkak. Warna merah dengan dentuman ekzos membakar hati. Dilengkapi dengan empat-lejang dan sistem 'clutch' tangan memang menginzalkan kalau tunggang motorsikal tersebut.

   Aku takde pilihan, capai kunci, start motorsikal 125Z tersebut. Dentuman bunyi enjin yang keluar mengikut corong ekzos sedikit membingitkan. Aku pun bergerak ke kedai di bandar dengan riang-ria.

   Suasana Segamat cukup hidup malam itu. Banyak kumpulan motorsikal memonopoli jalan raya. Mungkin datang dari felda-felda, kampung-kampung atau dari pekan Tenang dan Labis. Ada juga kumpulan-kumpulan berkereta yang sudah dimodifikasi. Megah.

   Aku peduli apa? Yang penting aku beli rokok dan pulang. Itu misi aku keluar ke bandar malam tu.

**********

   Selesai urusan jual beli, depan kedai tu jugak aku nyalakan rokok. Terus aku naik motorsikal tersebut dan 'starter'nya aku tendang. Asap ekzos motor keluar. Asap dari mulut aku pun keluar.

   Tiba-tiba terlintas niat nak pusing sikit dekat bandar Segamat. Nak lalu dataran sebab situ port utama budak rempit bertenggek bersama chikaro masing-masing.

   Aku pun tungganglah motorsikal melewati dataran dengan kelajuan minimum. Dalam 30km/j rasanya. Cuak tu adalah jugak. Dahlah motor yang aku bawak tu garang bunyinya. Bimbang pulak ada yang terpancing dengan bunyi motor tu. Keh keh keh.

   Lepas dataran Segamat, aku terus tunggang pulang ke rumah. Tapi tetap dengan kelajuan minimum. Untuk hisap rokok sambil menikmati malam Segamat.

   Sedang aku tunggang perlahan tu, tiba-tiba segerombolan motorsikal memintas aku dari belakang.

"Preeeeeengg~~ Preeeeengg~~"

   Berderau seketika darah aku tapi aku berlagak cool. Aku tetap maintain tahap 30km/j.

   Satu kejadian tak diingini berlaku, di mana tiba-tiba ada satu motorsikal EX-5 warna putih bergerak perlahan menyaingi kelajuan motorsikal aku. Betul-betul mengiringi aku, sebelah aku. Dia pun angkat 'visor' helemetnya dan bertanya ;

"Abang!"

"Apa?" Aku dengan nada bongkak menyahut.

"Abang ada join game depan tu ke?" sambil si rempit tersebut menuding jari ke arah depan. Tegak mengikut jalan yang aku sedang lalui.

"Hah? Mana ada?"

"Ya ke? Nanti jumpa kat depan tu ea?" Terus si rempit tersebut memulas pedal minyak memecut meninggalkan aku terpinga-pinga.

   Sampai di trafik light, simpang sebelum menuju ke arah kawasan rumah aku, lampu berwarna merah, aku di hampiri segerombolan kumpulan motorsikal. Semua pandang badi dan aku cuma buat muka 'Poker Face' sambil menunggu lampu merah bertukar hijau.


   Bila lampu warna hijau, aku belok ke kanan sementara mereka bergerak terus dengan gaya dan bunyi ekzos yang masing bongkak bunyinya.


   Begitulah kisahnya.  :D



14 comments:

Eyka said...

owhh..kim slm kat adek hng 2 tau..kahkah :P

asal sweet sgt cite ni? haha:P

Khuzrin Kamarudin said...

Rasa macam salah komen je ni? (-_-") kikikikiiii~~

Eyka said...

hahaha..mne adee..btul laa :P

Khuzrin Kamarudin said...

Kah kah kah.. Adik mana ni nak dikirim salam ni? Hmmm? Hmmm?

Eyka said...

eh yg bwk moto yg rempit sblh awk 2 laa..haha:P

Khuzrin Kamarudin said...

Aiyoo... (-_-")

Atiqah Wadiah said...

x suka sgt mat rempit..nyusahkan org lain je -..-

farot said...

ko org prtma yg aku terjah

rempit + rokok = tak cool mane pun....herherher ^_^

aRa ❤ aFiq™ said...

singgah blog ni.. hye :)

NOOR FATIN said...

mat rempit tu agak2 kalau dia sms atau menaip dia akan tulis mcm ni tak..

awak dah makan keww. heheheh

laskar pelangi said...

rempit terkepik =D

syafiqakarim said...

rempit sampai sempit.
eh.

Camy Alya said...

haha. *sambil imagine muka poker face

CintaZulaikha said...

ahhahhha, hadoiyai