Wednesday, April 25, 2012

Gerobok...

Seperti lazimnya. Gambar curi dari Google tanpa kredit.

"Aku rasa nak beli geroboklah. Dah setahun aku takde gerobok." Acit atau nama sebenarnya Rashid Muzamir bersuara sebaik dia selesai menyapu bilik.

"Buat apa nak gerobok? Macam banyak sangat je baju kau? Keh keh keh." Sharipudin yang sekadar bertuala separas pinggang dan bercekak pinggang berseloroh.

"Bangang! Kat mana haa nak beli gerobok? Tak payah mahal-mahal. Serabut pulak aku tengok baju aku bersepah." Acit sekali lagi bertanya. Memperdulikan terus usikan kawannya yang tak lawak tu. Sambil itu Acit nyalakan rokok Suryanya sebagai menghilangkan penat.

"Dekat Rengit banyak barang second. Jangan kata gerobok, peti ais pun ada. Peti besi, peti pos, peti undi semua ada. Makwe-makwe second pun mungkin ada. Keh Keh Keh." Sekali lagi Sharipudin berseloroh.

"Engkau ni makin lama makin tak lawaklah. Benci pulak aku dengar. Karang ada masa kita pergi Rengitlah cari gerobok. Amacam?" Acit malas melayan gurauan Sharipudin.

"Yelah. Kau sorang je yang lawak. Aku tak." Sharipudin berlalu meninggal Acit keseorangan dalam bilik tersebut. Acit pun melipat sikit-sikit pakaiannya. Yang mana boleh digantung di paku-paku dinding, dia gantung. Yang mana dia boleh lipat, dia letak dalam raga. Agak sadis juga atmosfera biliknya. Langsung tiada feng shui kata orang cina.


**********


"Terima kasih ea bang?" Acit mengucap terima kasih tanda menghargai tugas brader-brader menghantar almari pakaian sampai ke rumah, almari yang dia beli di Rengit tadi. Sharipudin yang menemankan Acit sekadar diam dan memandang lori tiga tan itu beredar meninggalkan perkarangan rumah.

"Pergh! At last! Aku ada gerobok sendiri!" Acit memeluk almari pakaian sederhana besar itu.

"Ha'ah. Macam perempuan jugak kau ni. Pilih gerobok macam pilih kasut tumit tinggi tadi aku tengokkan." Sharipudin sedikit kepenatan.

"Alaaaa. Benda nak pakai lama. Kenalah pilh betul-betul. Smart tak gerobok aku? Tak macam kau, pakai yang zip-zip je. Keh keh keh." Acit menyakat.

"Hek eleh! Gerobok pun nak smart-smart. Bukan ada makwe pun tengok!" Sharipudin bengang.

"Dah jom. Tolong aku angkat bawak masuk dalam. Nanti aku belanja cendol."


**********


   Acit memasukkan semua pakaian-pakaiannya yang tergantung di dinding ke dalam almari. Yang dalam raga pun di masukkan ke dalam almarinya. Terus kemas pemandangan biliknya. Tiada baju-baju bergantungan di kerusi, atau bersepah di lantai. Acit puas hati. Bersih terus. Macam bilik orang dah kahwin pun ada biliknya itu. Meja dan laptop di satu tempat. Katil terkemas rapi. Almari di hujung bilik. Teratur.

"Ek eleh. Berapa hari sangat boleh kemas bilik kau ni?" Sharipudin datang sambil membawa secawan air kopi yang baru dia bancuh.

"Cantik sikit brader! Aku bukan macam kau. Bilik dengan reban ayam dah tak boleh beza." Acit mencapai majalah bola sepak yang baru dia beli petang tadi, terus dia baring di atas tilam sambil membelek-belek majalah tersebut. Membaca perihal bola sepak dunia jauh lebih inzal dari membaca majalah artis mempamerkan artis-artis tepi kolam renang.

   Sharipudin pula duduk mendapatkan laptop Acit. Tanpa meminta izin, terus dia melayari internet menggunakan laptop tersebut. Memang dah azali, masing-masing tak ambil kisah pun.


**********

   Pukul 3 pagi, Acit terjaga dari lenanya. Majalah bola sepak yang menutup mukanya dialihkan. Entah kenapa dia boleh terjaga. Mungkin kepanasan. Sharipudin sudah tiada. Mungkin dah tidur di bilik sendiri. Dia terus bangun menghidupkan suis kipas meja berhampiran dengannya. Baju yang terlekat di badannya dilepaskan.

   Baru sahaja dia meletakkan kepala di bantal semula, corong telinganya menangkap kemas ritma-ritma bunyi suara dari dalam almarinya ;

"Ciiittttt~~~  Ciiiiittt~~"

   Acit terkejut. Dia bingung. Memang jelas bunyi tersebut datang dari almarinya. Peluh jantan, peluh betina mahupun peluh khunsa berlumba-lumba keluar dari badannya. Dia pandang almari pakaian yang bertentangan dengan biliknya. Bimbang juga ada sesuatu dalam almari tersebut macam dalam filem Narnia.

"Ciiiiitt~~~ Ciiiiiiiit~~~ Ciiiiiiiit~~~"

   Jelas! Terang namanya diseru dari dalam almari tersebut. Kali ni siap bunyi seperti almari tersebut dicakar dan diketuk dari dalam. Tanpa fikir panjang, Acit terus berselubung dengan selimutnya dengan perasaan takut ya amat. Sampailah dia tak sedar bila dia tertidur ketakutan.


***********

"Gerobok tu berpuaka tau tak?" Acit datang tiba-tiba ke arah Sharipudin yang sedang menonton Adik Di 9 di ruang tamu.

"Apa masalah kau ni? Sharipudin acuh tak acuh melayan.

"Gerobok tu! Malam tadi dia panggil-panggil nama aku." Acit bersungguh. Tiada tanda bergurau dari nada suaranya.

"Tulah kau. Lain kali beli barang, tengok-tengoklah dulu." Sharipudin separuh percaya apa yang Acit beritahunya. Ada betulnya juga almari tersebut berpuaka. Sebab almari tersebut ialah barang terpakai. Di kepalanya dah terbayang almari tersebut milik si bomoh yang melakukan pemujaan syaitan. Atau mungkin almari tersebut pernah tersimpan sejarah ada yang mati dalamnya. Sharipudin cemas sendirian.

"Malam ni teman aku boleh?" Acit ketakutan.

"Yelah. Yelah."


***********

   Seharian Acit tak masuk ke bilik tidur sendiri. Dia cuma lepak di bilik Sharipudin. Takut sangat dengan peristiwa yang terjadi malam tadi. Terbayang-bayang di telinganya ada suara yang memanggil-manggil namanya.

   Bila jam sudah hampir pukul sebelas malam, Sharipudin mengajaknya tidur di bilik sendiri. Sharipudin bimbang juga, entah sampai bila Acit nak macam ni. Takut dengan bilik sendiri.

   Acit tidur di katil dengan perasaan takut. Sementara Sharipudin menggunakan laptop untuk melayari Facebook.

"Jangan tutup lampu tau!" Acit menasihati Sharipudin.

"Iyelah. Takde apa-apa pun." Sharipudin tanpa menoleh menjawab permintaan Acit itu.

   Lama dia melayari internet. Sedar tak sedar jam dah melepasi pukul dua pagi. Acit dia perhatikan dah lama tertidur. Entah dah berapa batang rokok yang Sharipudin nyalakan. Hati kecilnya cuak jugak kalau-kalau almari tersebut mengujinya. Tapi dia tertunggu-tunggu juga. Mana panggilan yang dimaksudkan Acit itu.

   Bosan melayari internet, dia bangun ingin membancuh air. Tapi baru sahaja punggungnya diangkat dari kerusi, telinganya menangkap kemas. ;

"Ciiitttt~~~ Ciitttttt~~~"

   Serta-merta Acit turut terbangun mendengar bunyi tersebut. Badannya ditekan-tekan ke dinding terus. Takut. Sementara Sharipudin tersenyum tiba-tiba. Berjalan menghampiri almari tersebut. Acit terus bingung melihat kelakuan Sharipudin. Bolehkan dia tersenyum dalam suasana genting itu.

"Ciiitttt~~~ Ciiitttt~~~~"

"Kau dengar tu Din? Acit menyoal.

"Hahahahaha!" Sharipudin tiba-tiba ketawa besar. Acit bingung bertambah bingung. Tadi almari memanggilnya. Sekarang Sharipudin pula ketawa tiba-tiba. Cepat-cepat mindanya mentafsir yang Sharipudin dah kena sampuk hantu gerobok tersebut.

"Kau kenapa Din?" Acit mencuba lagi bertanya biarpun darahnya sudah tak mampu lagi mengalir. Mukanya sudah keputihan. Sharipudin masih galak ketawa.

"Aku rasa aku tahu siapa yang panggil-panggil nama kau." Sharipudin bersuara sambil dekahnya belum pulih sepenuhnya.

"Apa?"

  Sharipudin membuka pintu almari pakaian tersebut laju-laju. Acit kian panik melihat situasi tersebut. Gaya Sharipudin tiba-tiba seperti Mazidul Akmal Sidek menerjah sarang pelacur.

   Sharipudin mengetuk-ngetuk pula almari pakaian tersebut. Tepi, belakang, atas, semua dia ketuk penuh syahwat dan bernafsu. Kuat.

   Habis dia mengetuk, segerombolan atau mungkin sekeluarga besar tikus mondok keluar dari almari tersebut. "Chiiiittttt~~~ Chiiiittt~~~ Chhiiittt~~"  Berlari lintang-pukang keluar dari almari dan mencari pintu keluar bilik. Sharipudin terus terlompat ke atas katil. Acit separuh terkejut.

"Nampak tu? Tu hantu yang panggil kau malam semalam. Kah kah kah!" Sharipudin terus sakan bergelak ketawa membiarkan Acit terkulat-kulat menahan malu. Dia menyalahkan dirinya tak menyelidik betul-betul almari tersebut. Sudahnya dia dah bawa puak tikus mondok dari Rengit yang dia sangkakan hantu.


---Tamat---



p/s : Maaf sebab lama tak update. Ok aku rotate alasan lama : Aku malas campur takde masa. Lalalalalalaa... :P

p/s lagi : Nampak tak header blog aku dah baru? Ni semua hasil titik peluh jantan brader Ajiq Malacca :D




3 comments:

mizzkechique said...

hahahaha... len kali check dl..

cik ziqa said...

oke. double check dulu. hahah

nice word : gerobok

Lea Isnawi said...

untunglaaa...beli gerobok dpt free gift lagi

kehkehkeh