Dalam setiap sukan, pasti tak meriah tanpa pihak sokongan.
Baik dari rugbi, hoki, skuasy, takraw mahupun bola tampar pantai. Begitu juga
kisahnya dengan bola sepak. Penyokong yang hadir dikatakan mendapat jolokan
pemain kedua belas walaupun kita sedia maklum pemain kedua belas di atas padang
ialah pengadil perlawanan yang menyebelahi sesebuah pasukan.
Arakian,
negara-negara lain mahu ada bola sepak begitu juga Malaysia yang makmur, bahagia,
tenang dan tampan. Sekian lama Malaysia bernaung dengan liga semi-pro, dinaik
taraf menjadi liga profesional yang dikatakan sama elit dan berdiri sama tinggi
dengan Liga Perdana Inggeris, La Liga, Bundesliga dan seantero dengannya.
Dek
kerana membangunnya liga kita, pasukan-pasukan juga makin bertambah (Walaupun
ada yang di-arwahkan dek kerana gelojoh nak piala cepat). Oleh itu, setiap
pasukan jugak mesti nak ada penyokong untuk memeriahkan suasana dalam stadium.
Namun
demikian, penyokong dalam Malaysia ada sikit lainnya dari gaya sokongan negara
lain.
Penyokong dengan semangat kenegerian
Dari dulu lagi kita dididik untuk menyokong
pasukan negeri kelahiran. Tak payah cakap negeri, kalau Kampung Muhibbah
Sembrong lawan Estet Oil Palm Kulai, mesti penduduk masing-masing nak sokong
tempat kediaman masing-masing. Ya dak? Begitu jugak dengan negeri. Semangat kenegerian yang menebal baik dari
budaya, lagu, baju, rempit, semua diheret sekali dalam bola sepak. ‘Asalkan apa-apa
pasukan Johor aku sokong’. ‘Asalkan apa-apa pasukan Negeri Sembilan, aku
sokong.’ Kenapa ATM FA yang power tapi penyokong kurang? Sime Darby FC? Felda
United? Tak boleh bayangkan kalau orang-orang
Manchester berkongsi minat untuk sokong MU dan MC secara serentak. Atau orang
Milan nak sokong AC Milan dan Inter Milan serentak.
Sokong bila power
Ini jugak masalah dalam diri ‘penyokong
sejati bola sepak’ Malaysia. Negeri Sembilan yang pernah power kejap, penyokong
terus ramai. Bila Negeri Sembilan jatuh, penyokong diorang ada yang buat lagu
rap Rembau Most Wanted. Perlis sang Singa Utara, pernah unggul di zaman
Philomen Chipita (ah, macamana ngeja nama mamat ni), tapi sekarang penyokong
diorang pergi mana? Dan contoh paling mudah dan afdal, JDT. Masa arwah Johor FC
dok berjuang dalam Liga Malaysia, budak-budak ni pergi mana? Jusco Tebrau?
Danga Bay? Dan-dan TMJ ambik alih, terus semua mengaku penyokong sejati. Puih!
(Ludah dengan kahak).
Sokong bila menang
Yang ni biasanya ada dalam diri budak-budak
yang baru belajar nak minat bola. Macam rempit yang konon-konon minat bola.
Atau perempuan yang konon-konon minat bola. Tapi sebenarnya cuma sokong bila
satu-satu pasukan tu menang. Konsep hampir sama dengan sokong bila power, bezanya
mereka muncul masa menang. Contoh paling mudah, Harimau Malaya. Entah berapa ramai
tahu yang Malaysia pernah main Piala Asia 2007. Tapi mereka yang tak tahu ni
muncul dengan baju belang-belang putus lepas 2010.
Dalam Malaysia tak ada istilah rival yang berkekalan. Dalam Malaysia takkan ada istilah derby. Kecuali Derby Pantai Timur antara dua-tiga negeri. Dalam Malaysia,budaya bola sepaknya takkan sama dengan luar negara. Takkan.
Aku sebenarnya tak faham,
apa sebenarnya maksud setia yang orang Malaysia laungkan ketika menyokong.
Kalau benar engkau orang semuanya setia, di mana penyokong-penyokong setia
Melaka? Pulau Pinang? Perlis? Kuala Lumpur? Mana yang rata-ratanya kata peminat
setia?
Orang Malaysia sebenarnya bukan mengambil berat sangat hal bola sepak Malaysia. Kebanyakannya cuma cendawan yang muncul lepas hujan. Sebab tu bola sepak Malaysia bukan suasana sebenar dalam Malaysia ni macam di Eropah. Sebab tu jugak bola sepak Malaysia di tahap bangang kalau penyokong takmahu berada di belakang pasukan yang jatuh. Suasana sebenar Malaysia sebenarnya ialah rempit, dot3gp dan filem gangster.
Tengok Liverpool, bangang macamana pun, penyokong setia mereka tetap di belakang. Dek kerana perangai penyokong Malaysia yang serupa lalang, penyokong Liverpool rata-ratanya berumur 21 tahun ke atas. Sebab budak-budak tak tahu sejarah Liverpool. Diorang pilih pasukan kuat je. Tapi ops! Aku penyokong Chelsea yang power melampau gila babi. Lagi satu ops! Aku sokong Chelsea dari 2001. Sebelum Pak cik Abra ambik alih Chelsea.
Panjang kan? Kbai.
Sori lama aku hilang. Heeee.... :D
5 comments:
kau kena terima hakikat pot, ini lah bolasepak kita.. lagi 1, sudah2 lah bersedih pasal arwah Johor Fc
arakian tu apa? macam lagu kian nyanyian mawi ea
kat malaysia je ada derby tapi takde rival. sime darby fc. k hambar
kau kenal shaun wri-te philip?
TMJ x pkai wit rakyat bli player coz dia ada share syarikat n saham sendiri dlm Johor Corporation. semasa kena denda ngan FAM pun dia tolak utk terima sumbangan wat bayar denda. Malah dia berjiwa rakyat yg sejati.
Post a Comment