Tuesday, July 26, 2011

Kejadian di Dataran Yong Peng...


   Hampir sebulan aku tinggal di perkampungan baru yang didiami keluarga aku. Teman-teman rapat aku juga mungkin sudah tahu berikutan migrasi kami dari Kluang ke Yong Peng. Segalanya masih serba baru bagi aku. Masih asing. Namun begitu sudah ada tanda yang aku bakal menjadi orang penting di sini. (Yang itu akan aku ceritakan di edisi yang lain.)


   Sepanjang hampir sebulan juga, aku memilih untuk meniaga Cha Koi sebagai mengisi masa lapang juga mengisi poket. Tahu Cha Koi? Kuih tradisional warga cina yang memang sudah dikuasai resipinya oleh kami turun temurun. Ok. Yang ni pun akan aku ceritakan di lain edisi.


   Arakian, ingin dijadikan cerita, suatu hari adik aku yang paling bongsu, Aniq, 4 tahun mengajak aku untuk bermain basikal keciknya di dataran Yong Peng yang terletak kira-kira 1KM dari rumah aku yang kebetulan baru-baru ini dikunjungi pelakon Juvana TV3. Oleh kerana aku pun dalam keadaan kebosanan tahap langit petala tujuh, aku pun bersetuju untuk melayan karenah budak kecil yang seoarang ini. Untung-untung dapat kenal dengan awek-awek yang bersiar-siar di dataran tersebut. Begitulah antara getus hati kecil aku bermonolog.


   Justeru aku dan Aniq pun berjalan perlahan-lahan menuju ke dataran tersebut.


   Sampai sahaja di dataran tersebut, Aniq pun meluncur laju dengan basikal mini nya mengelilingi dataran tersebut sambil aku mengambil satu tempat duduk dan menyalakan sebatang rokok untuk melepaskan lelah. Aku perhatikan sekeliling, dataran tersebut agak lengang mungkin kerana hari tersebut ialah hari biasa dan bukannya hari hujung minggu. Mungkin juga kerana baru sahaja pukul empat lebih.


   Namun yang agak menarik p[erhatian aku, meskipun tidak banyak orang membanjiri dataran tersebut namun di setiap sudut yang redup, ada sahaja pasangan yang mengendeng sesama sendiri seolah mereka ini dilahirkan sebagai pasangan kembar siam. Ada yang menjaga batas dengan duduk agak jauh sedikit atau secara berdepan dan di tempat terbuka. Ada jugak yang merasakan mereka berada di bumi Amerika dengan berpelukan dan berusapan kepala. Ada antara mereka yang nampaknya sudah berkerjaya dan ada pula yang nampak macam budak sekolah berikutan pakaian pendidikan jasmani yang mereka pakai.


   Bosan dengan pemandangan tersebut, dan puntung rokok dibuang ke dalam longkang, aku pergi dapatkan Aniq dan main kejar-kejar dengan dia. Sweet kan kami? Orang lain bawak awek, aku bawak adik. Hahahaaa...


   Penat lari-lari, aku dan Aniq duduk di satu tempat redup. Namun tak lama, Aniq kembali dapatkan basikalnya dan berpusing-pusing di dataran tersebut.


   Baru satu pusingan, dia mengajak aku bermain di bawah lorong belakang dataran. 


   Aku pun hanya menuruti.


   Baru sahaja dia masuk ke bawah lorong tersebut yang memang agak terpencil pandangannya dari orang yang lalu lalang dia bersuara...


"Ish.. Ish.. Ish... Ecoba'aannn!!" Aniq mengajuk kembali dialog, P. Ramlee, Sudin, Aziz dalam filem Pendekar Bujang Lapok yang dia tonton ulang-ulang kali di rumah.


Aku cuba pastikan apa yang mengejutkan Aniq.


   Rupanya... Jeng,.. Jeng.. Jeng...


   Ada sepasang budak sekolah lelaki perempuan lengkap berpakaian pendidikan jasmani warna biru yang aku kira dalam tingkatan empat sedang bercumbuan mesra tanpa memperdulikan kami yang memerhatikan.


   Aku berdehem dan mereka tersentak membetulkan diri masing-masing dan beredar mungkin terkejut. Timbul satu lagi masalah pula, bila Aniq tanya..


"Diorang buat apa tu bang?"


  Aku cuma jawap entah dan bawak Aniq naik semula ke dataran. Macamana aku nak jawap soalan budak berumur 4 tahun yang memang terkenal dengan sifat ingin tahu? 




Ish... Ish.. Ish... Eecccooobaaa'aann....




7 comments:

Syazani Razak said...

kahkahkah..
biar betol ko berdehem pot..?
ke ko 3gp nie..? hahaha...

mizzkechique said...

try la g dataran batu pahat lak.. pun banyak haramjadah yg mcm tu.. sebab tu xsuke g dataran2 ni.. menyampah.. bila blik kg dh xtau nk berjalan ke mana..

Anonymous said...

biase lah pot..budak baru nk knl dunia..

cik ziqa said...

ishh...apa laa nk jadik dgn budak sekarang ni ~

hari tu zqa jadik urusetia tuk event motor . hee :)

CintaZulaikha said...

pernah sesat kat yong peng skali...huuh~~

Nursyafiqah Yahya said...

ish.. ish.. ish... e'cobaannn... hikhikhik.... sakit perot tergelak.. hahaha.. saya rasa kalau adik kecik abang tiada,.. abang bagi ceramah tahap arab saudi je pada mereka tu... huhu..

Anonymous said...

pot, x bek buang puntung rokok merata... takde sivik lasum. btw, bleh kongsi resepi chakoi dak? teringin plak bulan2 posa neh