Saturday, May 14, 2011

Mereka yang boleh kita jumpa di kedai makan...

Aku google sebab dalam koleksi aku takde gambar kedai makan
   Kedai makan secara lazimnya merupakan satu persinggah untuk pemakan-pemakan mengisi perut. Takkanlah mereka nak betulkan basikal pulak ye tak? Dan lumrah alam, kedai-kedai makan ini akan dipenuhi dengan pelbagai orang dari pelbagai kaum, bangsa, umur, latar belakang mahupun proffesion mereka. Ada yang datang seorang. Ada yang datang berdua. Ada yang datang berkumpulan juga tak lupa yang datang secara rombongan. Tujuan hanya satu. Makan.

   Bila sudah ada banyak jenis manusia, mestilah ada berbagai ragam ya dak? Tak kiralah kedai mamak, kedai melayu, kedai tahi, kedai siam, fast food, junk food, sea food mahupun tunjuk ajar ku sifut semuanya akan menghidangkan corak ragam manusia. Jadi, berdasarkan pemerhatian seorang aku yang kacak lagi hensem ini, teringin aku untuk berkongsi sedikit sebanyak golongan mereka ini.


MLMers


   Yang ni biasanya terjadi di McD, KFC, MarryBrown, Merry Christmas ataupun meri tum neh janah. Sebabnya? tempat ni agak ekslusif kalau nak dibandingkan dengan kedai mamak walaupun ada juga yang menyasarkan kedai mamak sebagai lokasi berdemo.

   Modus operandi mereka mudah. Hanya sebatang pen dan sehelai kertas yang dipinjam dari kaunter. Lukis orang lidi dan disusunkan secara piramid. Kalau kita yang menjadi contoh, kita akan diletak paling atas sekali untuk menggambarkan kejayaan yang akan kita kecapi nanti. Pum Pam Pum Pam bercerita bermodal air liur, si pendengar juga menganga terkeluar air liur sambil membayangkan kekayaan mereka.

   Cerita lebat. Tunjuk gambar BMW, gambar banglo, gambar duit, gambar dekat Las Vegas, Los Angeles. Tapi, mintak belanja teh ais? Apa mereka kata? Apa? aku tak nak cakap. korang jawab. Ngehehehe.

  Beza weh MLMers dengan direct seller. Walaupun direct seller ni berpeluh hujan berembun salji, mereka menjual barang tak kira kamus bergambar ke, ubat gigi ke, rim basikal ke. Sekurangnya mereka tak menipu. Ok. Kalau nak cerita pasal MLMers lebih lkanjut, pergi lah blog Aidid Mu'aidid..


Penonton Bola Sepak sejati


   Tak perlu diterangkan banyak, biasanya kedai yang menyediakan perkhidmatan layar perak akan menjadi tumpuan peminat sukan nombor satu dunia ini. Kedai mamak secara amnya. Meriah apa? Ramai orang. Contoh kalau Menyu lawan Chelsea. Nah kau. Yang nampak cuma ada dua warna. Merah dan biru. Mengeluh bila percubaan gagal dan bersorak bila bola menjengah jaring. Waktu ni lah ramai yang mengaku

"Sayalah penyokong bola sepak sejati!"

"Gerrard ni dulu satu kelas dengan pak cik masa darjah dua dulu."

   Ok... tapi apa yang mengecewakan aku bila takde game liga luar negara tapi ada Liga Malaysia. Ni terjadi kat batang idung aku dengan member aku yang gilakan bola sepak tempatan.
  
   Hari Selasa. Kami bergopoh-gopoh ke satu kedai yang ada layar perak. Nak tengok Selangor vs Johor FC. Takut takde seat. Tapi sampai-sampai bukan main banyak kosong. Takpe lah. Kami pun duduk lah table yang view cantik.

   Brader datang ambik order. Kami pun orderlah. Selesai sesi pesanan. Aku mintaklah brader tu tukar siaran 801 (Astro Arena) sebab aku perasan skrin tengah tunjuk TV2. Brader tu cakap.

   "Jap ye?"

   Sukalah kami dapat tengok live Selangor vs Johor FC. Tapi nak dekat 15 minit siaran masih tetap di TV2. Aku nak tukar, tapi bila tengok tukang masak, tukang ambik order, tukang kira semua mata mereka tertancap ke skrin tengok Si Capik! Jam baru pukul 9.15. Nak tunggu si capik habis pukul 10. Arakian, terkuburlah harapan kami malam itu.


Pasangan bercinta


   Ini lumrah lah kan? Setiap pasangan mesti menjadikan pergi makan sebagai tentatif wajib bila keluar. Lepas makan tu mereka nak sewa hotel ke, pergi kubur cina ke, balik rumah ke, pedulilah.
  
   Ya. Di kedai makanlah kita akan dipamerkan dengan aksi-aksi suap-menyuap, bergurau senda, bermanja dan sebagainya. Dah kahwin atau tidak, itu belakang cerita. Tak kiralah pasangan macamana pun, mereka masih layak untuk makan di mana-mana kedai makan. Jangan kita nafikan hak mereka.

   Tapi tolonglah abang-akak. Janganlah tunjuk perkara-perkara negatif yang mencerminkan golongan remaja. Aku pun remaja jugak. Kalau ada nenek cakap dengan aku.

   "Hai, remaja sekarang ni, takde adab dah."

Kalau ada budak darjah 5 tanya aku:

   "Abang, kalau kita dah besar nanti, boleh pegang cium-cium perempuan ea?"

  Tengok. Selaku remaja bertauliah, dah tercemar imej kami. Ada lagi satu, pasangan yang bergaduh.

   Tak pasal-pasal ada berlaku ketuk meja, kerusi jatuh, lempang-lempang, tarik rambut, bukak baju, tikam-tikam. Apa ni? Nak bergaduh pergilah gelanggang raja lawak wrestling sana. Jangan kat kedai makan. Semua orang tengok korang weh.


Pemuda-pemuda lepak malam


   "Sekarang ni bukan zaman Hang Tuah Pot."

   Memanglah. Memang bukan zaman taming sari. Zaman jurassic park ke. Memang bukan. Tapi kalau kita nampak yang lepak ramai-ramai dah macam kumpulan gengster. Tak kira lah rempit ke, drifter ke, shuffler ke, breakdancer ke, break down ke. Mereka akan ada kumpulan yang akan lepak kedai makan untuk jangka masa yang lama.

   Ada yang aku tengok lepak lama-lama tapi berbual nombor ekor. Lepak lama-lama berbual hal perempuan. Lepak lama-lama, berbual hal rempit motorsikal bagai-bagai. Takde ke topik yang lebih ilmiah? Kesan rumah hijau ke atas ekosistem bumi ke, kesan pencairan aisberg di kutub selatan ke, peristiwa berdarah 13 mei 1969 ke.

   Pernah terfikir tak apa sebenarnya yang mereka bualkan?

   Lagi satu. Budak-budak basikal pun dah advance sekarang ni. Bukannya pergi mengaji al-quran naik basikal. Tapi keluar lepak kedai ramai-ramai hisap rokok. Tu yang kita nampak. Yang kita tak nampak entah apa yang bebudak basikal ni hisap.

   "Ah Sipot. Kau pun lepak malam jugak kat kedai dengan bebudak ni."

   Errrr... oklah kawan-kawan. Kita berhenti di sini dulu. Aku terasa nak main game lah.. <---sebenarnya takde idea nak tutup cerita macamana.

  Hahahahaa... :P


Tajaan bersama :



11 comments:

cik rama-rama said...

oit...cipot kl semua org ade..fmily pun rjin juga mkan luar..ni yg jnis laki bini keje agknyer...pnt nk msk kt rumh..suh org lain msk'n,kms'n,bsuh'n..hahahaha

melle amir said...

"Selaku remaja bertauliah, dah tercemar imej kami."

hahhaha

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
bila blog kena block timbul

diy bumbung kereta karat

~~~~~@@@~~~~~~
Selamat Hari Guru
~~~~~@@@~~~~~~
Wahai guru yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati
~~~~~~~~~~~
Ya Allah peliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga
~~~~~~~~~~~
Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna
~~~~~~~~~~~
Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati
~~~~~~~~~~~
Ampunkanlah wahai guruku,
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku
~~~~~~~~~~~
Dengan izin Allahu Rabbi,
Engkaulah guru yang sejati,


Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.

Ya ALLAH, jadikanlah kami, ibu bapa dan keluarga kami serta umat Nabi Muhammad s.a.w. yang lain hamba-Mu yang tetap beristiqamah dan ikhlas mentaati-Mu. Jadikanlah akhir hayat kami dalam husnul khotimah dan melafazkan kalimah tauhid. Selamatkan kami dunia dan akhirat.

CintaZulaikha said...

biasalah tu dik, nama pon kedai makan. mmg org2 tu la yg salu dok lepak kat c2..

Nurna Azrin said...

famili saya lak makan kat luar cbb barang dapur kat rumah tak ada...hmmmmmmm...

nub said...

aku dalam golongan penonton bola sejati. order ayaq teh o ais segelas jaa.. duduk 3-4 jam.. kehkeh

Buwlarn said...

aku slalu lepak kedai makan nk tgk maharaja lawak weh.al maklum la umah xde astro.hehe

jia said...

betul3.. lagi2 port utk kteowg lpak2 smpai kdai mkn tu nak ttop.. haha

jia said...

betul3.. lagi2 port utk kteowg lpak2 smpai kdai mkn tu nak ttop.. haha

fAr0T said...

pnglaman aku kt kedai mkn mak aku....>>>> lepak,,gosip,,politik....

klu lepak tu mmg sakit skit la...order air teh secawan...lepak x plak lame kn...grrr...semak mate aku pndang

gosip>>herm ni kaum2 hawa la kn...huhu...ops....tp kaum adam pn ade gak...korg jgn nk kate kaum2 hawa je suke br gosip....aku yg dok kedai ni tw r...mst ade nye...

politik>>part ni pling aku suke.suke dngar...hehhe...hrge gule naik...slah sape?? mne prgi dwet krjaan berbillion2???rahsuah!!! ape kes???....

muahahahah frst tyme aku komen pnjang berjela kt cni....

Naddia said...

sy spesis penonton bola sepak sejati