Sunday, May 1, 2011

Zaman Sekolah Dulu...

  
Model muka depan majalah Mangga


  Sebenarnya aku tengah download cerita Boboiboy.. so tengah tunggu tu, update ar blog yang aku rasa dah bersawang ni.. ok ok.. straight to the point. 
   
   Zaman remaja atau lebih spesifikasinya zaman sekolah adalah zaman yang paling menggembirakan. Sesiapa yang melalui dan menikmatinya memang berasa untung berbanding mereka yang sibuk study 24-7. Ada sahaja benda-benda yang berlaku yang kalau bila diingat balik akan menimbulkan rasa rindu dalam hati. Ala.. Biasalah. Masa sekolah duk sibuk berangan nak kerja. Bila dah kerja, sibuk pula mengingat benda-benda lama. Lumrah tu. Lumrah. Dan pada zaman sekolah juga, adalah perkara-perkara yang bila difikirkan macam kelakar tapi takpe. Mari kita usyar :




Cinta Monyet.




   Ceritera bermula bila seekor monyet jantan telah jatuh cinta dengan monyet betina kemudian melamarkan cinta kepada monyet betina itu sambil memberi monyet betina itu sekuntum bunga. Di situlah bermulanya istilah monyet mendapat bunga. Mungkin ramai dah tahu kenapa istilah cinta monyet diberikan. Tapi aku tetap nak beritahu juga. Sebabnya bila seekor monyet mengadakan hubungan intim dengan monyet betina, monyet jantan sekadar sedap sahaja, lepas tu terus tinggal. Begitu juga cinta zaman sekolah, bercinta bagai nak rak, tapi sekadar zaman sekolah. Sudahnya punah. Namun ada juga yang bermula dari cinta monyet, berakhir dengan perkahwinan. Alhamdulillah. Tapi zaman sekarang punya cinta monyet dah advance, siap ada 3gp, gambar dan sebagainya. Ish ish ish.. teruk teruk teruk.


   Cinta monyet sering mewarnai zaman-zaman sekolah kerana boleh kita lihat bila mereka balik sekolah je, ada budak-budak sekolah yang kelihatan sedang berpasangan jalan beriringan. Sakit hati pula tengok. Bukan jeles tapi pelik, mak bapak hantar pergi sekolah untuk belajar, tapi mereka bercinta. Nanti result teruk nak salahkan siapa? Nasi lemak jugak yang masuk paper Kosmo!


   Kepada adik-adik, tak payah nak bercinta monyet sangat. Tapi kalau nak jugak, tukar kepada cinta harimau ke, cinta singa ke, cinta serigala ke, baru ganazzz..




Kakak/Abang angkat.




   Ini juga salah satu hubungan yang tercipta dalam koloni-koloni pelajar sekolah. Pelik juga bila ada yang adik-beradik dah sepuluh orang sibuk jugak bak ada kakak/abang angkat. Aku pun tak pasti di mana klimaksnya mencipta hubungan seperti ini. Hubungan mereka bukannya didaftarkan di Jabatan pun sebagai ahli keluarga, tapi lebih kepada sekadar suka-suka. Mungkin pada mereka ada rasa cool bila ada hubungan seperti ini ataupun rasa lebih terlindung.


   Tapi. Kenapa mesti kalau pelajar perempuan, "keluarga angkat" yang mereka cipta itu mestilah seorang lelaki. Contohnya abang angkat ataupun adik angkat. Begitu juga dengan pelajar lelaki, takkannya diorang nak ada "abang angkat". Mesti yang ada ialah kakak angkat. Karang di tuduh gay pulak.. 


   Di mana kelebihannya mencipta hubungan seperti ini? Bantuan kewangan? Bantuan pelajaran? lebih dihormati kawan-kawan? Keselamatan dari dibuli? Atau sebagai penjamin ketika membuat pinjaman kereta?


   Sampai sekarang masih aku musykil...




Pertukaran surat dan biadota.




   Ini apa yang aku lihat di sekolah aku. Sekolah pedalaman. Tak tahulah korang yang bersekolah di sekolah elit, sekolah bandar, sekolah sukan, sekolah perempuan atau sekolah memandu. 


   Biasanya seseorang yang dah terpikat dengan seseorang pelajar itu, dia akan mencari seseorang menjadi utusan atau orang tengah atau posmen untuk menyampaikan pesanan. Pesanan itu boleh jadi dalam bentuk surat ataupun mulut ke mulut. Kemudian orang tengah tadi akan sampaikan.


   Bila si penerima pesanan ini menganalisis apa yang dia terima, terus senyuman terukir. 


   "Ada orang minat kat aku, aku mesti balas."


   Lalu terhegeh-hegehlah si individu ni pergi koperasi, beli kertas A4 paling cantik, beli magic pen, water colour untuk di conteng ke kertas tadi. Kandungan biadota :


   Nama :
   Tempat lahir :
   Tarikh lahir :
   Kenangan manis :
   Kenangan pahit :
   Makanan kegemaran :
   Idola :
   Warna kegemaran :
   Artis kegemaran :


   Ah! Banyak pulak nak taip. Korang tambah sendiri lah. Hahahah.. Kemudian biadota tadi dikepilkan bersama-sama surat yang menyatakan sudi meminati. 


   Bila fikir. Ini adalah kelakar.




Gengster pembuli takut doktor gigi.




   Kumpulan yang ditakuti oleh pelajar-pelajar lain. Biasanya bila dikantin, semua orang akan beri laluan kepada budak macam ni. Kononnya penghormatan. Kalau ada dua kumpulan, memang pergaduhan akan sentiasa terjadi. Tapi sebenarnya budak gengster ni takut doktor gigi. Tak percaya? Bila doktor gigi datang je, masing-masing nyorok bawah tangga, nyorok dalam tandas, belakang surau juga bawah meja guru depan kelas. Sungguh tahi muka ganas tapi penakut.


   Kebiasaannya kumpulan macamni tetap memberi sumbangan kepada sekolah. 


   "Gengster juga ada sumbangan?"


   Ada. Biasanya mereka akan mewakili sekolah dalam bola sepak atau takraw atau bola keranjang, atau renang. atau.. ahh.. apa-apa je lah. Benar bukan? Mana ada budak nerd yang akan gila-gila perform di arena sukan. Ada tapi mungkin segelintir. Gengster-gengster ni jugak yang boleh harap. So, say thanks pada mereka.


Ok.. Aku dah mula rindu geng-geng sekolah aku... 



Dinihari merenung awan,
Cuba melawan putaran masa,
Mencari kamu di mana ada,
Menilai kamu setinggi mana,

Tiap detik masa bersama,
Cara aku senyum kalian,
Sakit aku kamu yang ada,
Ketawa aku kamu tetap ada,
Halus manik mata juga kalian tak hilang,

Biar masa kejam tinggalkan kita,
Biar kenangan semakin jauh,
Biar sejarah semakin layu,
Biar suasana berubah cuaca,

Cerita kalian masih kebal di benak ku...
Takkan kusam walau awan bertukar kelabu...


   Sekadar ini dulu aku tulis. Kalau adalagi, bolehlah tambah. Lagipun cerita boboiboy dah siap download. Sekarang nak masuk dalam henset pulak. Boleh tunjuk kat adik aku paling kecik tu. Hahahhaa... 


Zaman sekolah, memang mengukir senyum.. :)


Klik la kalau nak tau apa-apa pasal iklan ni :





11 comments:

Fyqa said...

hahaha.

betol. tetiba ginndu gila babeng plak zaman skola. ;)

nor syakilla atika said...

hahaha...bile siap bace aku makin x sabar ngn reunion kite tu..hhuhuhu..=)

melle amir said...

sekarang dah tak bertukar biodata dah, kita ada fb

ama said...

kemain gambar model majalah mangga.
ni mesti selalu beli mangga. hehehhehe

CintaZulaikha said...

yang berangkat2 tu yg tak tahan~~haruskah??

Tun Aqilah said...

a'ah la
hahaha
rindu kot zman skolah

Noor Idayu said...

aku penah mengalami sume situasi itu ^_^ aku dah r siap simpan surat+biodata sume tu, konpom nk tengok balik r, zaman kanak2 hingusan -..-

Hanis Azla said...

kenangan zaman sekolah mmg terlalu manis utk di kenang..

nurkaloi said...

nama: kaloi
tempat lahir: kolam indah
tarikh lahir: tahun kuda
kenangan manis: kapel ngan ikan keli
kenangan pahit: gaduh ngan jerung
makanan kegemaran: nasi kangkung
idola: idola kecilku
warna kegemaran: merah + hitam
artis kegemaran: kaloi laa artis

hahahah
bye

Pijahh' de-Arr said...

kecik kecik pijahh dah mature~~

tak men rr bnda2 cmtuu..
hahhaha..~
















tipu je~

cik rama-rama said...

alar...rugi lar bebudak zaman sekrang x rasa bebudak zman dlu rasa..memang happening kot zaman dlu cinta monyet..skrung cinta fb...hahaha.

ngarut jer tu sume...nanti biler dah besar baru lar rase rugi bercinta zaman sekolah ni...baerangkat2 bagai,adik beradik sendri pun x terlayan...hampeh jerrr r.