Tuesday, June 14, 2011

Aktiviti Masa Kecil...

   Setiap remaja atau dewasa atau yang dah jengah ke usia emas, masing-masing punya cerita ketika mereka bergelar kanak-kanak dan belum mummayiz lagi. Kalau kita berbual dengan rempit, ada cerita zaman kanak-kanaknya. Kalau kita dengar cerita remaja berasal dari Bandaraya Kuala Lumpur juga ada cerita dari bandarnya sewaktu kanak-kanak lagi. Juga penjawat kerajaan dengan cerita di kampung. Tak lupa cerita dari warga emas di waktu kecilnya pergi sekolah dengan jalan kaki sejauh 10 kilometer melalui tanah merah. Tak campur lagi ketika mereka berada dalam perang Jepun. Semuanya unik dan menarik. Serius. Bila tengah lepak dengan member kat kedai Haji Adun tu, sambil-sambil masing-masing berborak, cuba kalian bukak cerita lama. Serius best. Kami pernah berborak aktiviti waktu kecil ni sampai 3 jam lamanya. Seronok.

   Jadi tanpa aku mengarut dan mencarut lebih lama, aku teringin juga nak kongsi apa yang lalui masa kecil-kecil dulu. Nak layan atau tak nak suka hati kalian lah.


Anggaplah aku masa kecik dulu macam adik aku tu walaupun aku jauh lebih kacak masa kecik dulu.
(Ok ni caption paling panjang pernah aku tulis untuk gambar)


Main Bola Kaki Ayam.

   Cara permainan sangat senang. Hanya perlukan sebijik bola sahaja. Tak perlu but, tak perlu knee pad, tak perlu jersi, tak perlu linesman dan tak perlu penyokong ala-ala sumandak di tepi padang. Cari seberapa ramai orang dan satu tempat lapang. Mula-mula nak tentukan team. Pilih dua orang sebagai kapten setiap pasukan. Lepas tu, setiap orang akan secara berpasang-pasangan berbisik untuk pilih apa-apa sahaja dua benda yang berkaitan seperti :
   "Buaya ke biawak?" "Kucing ke anjing?" "Siti Nurhaliza ke Noraniza Idris?"

   Lepas tu Si A pilih "Biawak", Si B pilih "Buaya". Tanya kepada kapten tadi, dan kapten akan jawab secara random. Nasiblah dapat kuat ke lemah ke. Selesai urusan memilih team, buat tiang gol pulak. Senang. Buat tiang gol pakai selipar je. Setel. Apa lagi? Sepak mula pun dilakukan dengan melakukan osom. Main lah ramai-ramai. Kadang-kadang sampai dua puluh sebelah. Dapat drible sorang pun tu dah kira power gila babi lah.

   Main bola kaki ayam ni pun tetap ada kontroversi. Kalau kena tangan, kadang-kadang boleh buat gaduh bila yang terkena tu taknak mengaku. Lagi satu bila bola yang ditendang ke arah gol agak tinggi sikit dari golkeeper :

   "Palang! Palang!"

   Entah bila ada palang pun aku tak tahu. Kalau agak-agak atas sikit dari selipar pulak dikatakan tiang. Padahal yang ada cuma selipar je kat situ. Memang kelakar. Pastu balik kena lah sound setepek dengan Pak Koden (Bapak aku le tu). Kaki hitam. Hahaha. Sungguh pun main dalam suasana macam tu, tetap menghiburkan bagi kami dan di situlah tercungkil bakat-bakat pemain-pemain bola sepak yang mewakili sekolah dan daerah. Malahan ada yang mewakili negeri Johor juga.

   Cuma yang aku agak pelik masa kecik dulu, aku tak pernah main goalkeeper. Tapi sekarang, aku ada glove sendiri. Musykil ni. Musykil.


Mancing di parit.

   Aktiviti ni pun agak rutin aku lakukan bila hari Sabtu dan Ahad menjengahkan muka. Lepas je makan tengah hari, aku terus keluar rumah pergi rumah member yang sebaya dengan aku. Terus pergi dapur. Sebab dah biasa kan? Dia pun dah faham-faham dah. Modal cukup murah. Dalam 70sen je. Beli mata kail 20 sen, tali tangsi 50sen. Siap. Pergi mana-mana pokok sawit, ambik pelepahnya, bersihkan daun untuk di jadikan batang. Batu ladung? Guna batu tepi jalan je. Pelampung? Kadang-kadang selipar sendiri pun jadi mangsa. asalkan boleh terapung.

   Siap je setup sebatang jorang, cari cacing sejemput dua. Setel. Apalagi. Berkayuh lah dalam dua tiga orang pergi port. Port tu sebenarnya sebatang parit yang memang jadi lubuk ikan-ikan parit seperti keli, haruan, sepat, belida, pari, selar kuning, kerisi juga ada. Pasang umpan, campak ke dalam parit, cacakkan batang tadi. Lepas duduk ramai-ramai. Berbual hal ekonomi negara, kesan rumah hijau ke atas ekosistem bumi, pencairan aisberg di kutub selatan, lapisan ozon semakin menipis dan nampaknya tajuk perbualan tu semuanya tipu. Hahahaha.

   Sekali-sekala pergilah tengok batang joran tadi. Yang tak bestnya bila mancing kat parit ni, tak tahu pun dah ada ikan makan. Tau-tau je joran tah bergalih. Kalau dah nampak macam tu, angkat lah. Apa lagi. Menggelitik lah habuan. Dah dapat, bila bawak balik bukan makan pun. Kasi makan kucing lah, buang lah. Kalau hidup lagi, bela. Tapi cuma tahan tiga empat hari, terapunglah ikan tersebut. Maka berbakullah sound dari ibunda bila dah malam baru sibuk nak buat kerja sekolah, baru nak basuh kasut letak bawah peti ais, cari pensel bla bla bla.... Hahahaha...


Jual kuih masa Ramadhan.

   Masa kecik dulu, seawal usia aku 7 tahun, dah tolong mak aku jual kuih kat tepi jalan masa bulan puasa. Sampai sekarang pun mak aku masih jual kuih bila puasa, cuma bukan aku lah yang tolong jual. Dah turunkan kepada adik-adik. Malamnya kami adik-beradik akan tolong mak aku buat kuih. Karipap agak leceh sikit sebab nak kena pandai pintal-pintal bentuk gigi-gigi atasnya. Yang tu sebelum mak aku beli cetak dia. Bila dah beli senanglah sikit nak buat. Best woo buat kuih ni. Nanti adalah adik yang kecik datang kacau. Bagi satu doh tepung, biar dia main-main macam tanah liat buat orang ke, bakul ke, istana ke.

   Esoknya, pukul 3 dah pacak gerai kat tempat tunggu bas. Orang Kelapa Sawit, Kulai mesti ingat lagi muka aku. Tempat aku jual kuih kat mana dulu.

   "Aiceh, lu tulis macam ni macam ramai orang pulak baca blog lu ni."

   Ah! Abaikan. Lepas tu pacak payung, bukak meja, kami pun berjuallah. Best bila bungkuskan kuih, ambik duit, layan akak-akak sekolah menengah yang kiut. Hikhikhikhik. Masa tu jual agak murah, 5 biji seringgit. Memang lajulah kuih nak habis. Agak-agak dah nak waktu buka, simpan sikit, karang habis tak merasa lah kuih sendiri. Balik rumah je, puas hati kira duit. Dapat upah RM2. Masuk seringgit ke dalam tabung yang di buat dari bedak. Nanti bila dah banyak berdebu je dengan bedak duit-duit dalam tu.


Lepak masjid dari Maghrib sampai Isyak.

   Dulu terjal-terjal kami pun, nakal-nakal kami pun, kami suka lepak masjid lepas Maghsrib. Ala. Lepas solat je, belum berdoa pun, semua berterabur keluar masjid lepak kat luar main jadi-jadi ke, sorok-sorok ke, baling selipar ke. Tunggu kan Mak Niah habis sembahyang dan doa. Sebab lepas tu kami akan belajar mengaji kat situ jugak. Siap je Mak Niah sembahyang, dia pun panggil kami. Lepas tu semput-semputlah kami mengaji sambil kena marah dengan Mak Niah. Mengaji sekejap je, lepas tu keluar balik main jadi-jadi tunggukan azan Isyak.

   Mengaji dengan Mak Niah ni pun satu kenangan. Pernah sekali tempat kami adakan majlis Maulidur Rasul kalau tak silap. Mak Niah hantar aku dengan sorang lagi kawan aku untuk pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat kawasan tu. 10 orang bertanding semuanya bawah 12 tahun. Maka dua minggu sebelum tu, aku dengan kawan aku lagi sorang tu tak dapat mengikuti aktiviti kawan-kawan lain di luar masjid sampai Isyak sebab ada latihan tambahan oleh Mak Niah. Bingit je telinga dengar suara budak-budak kat luar.

   Alhamdulillah pertandingan tu aku dapat nombor dua. Hadiahnya sebuah Al-Quran dengan RM20.

   Kalau bulan puasa lagi seronok lepak masjid. Bukannya nak sembahyang terawih pun. Semua memekak je kat luar. Yang paling macam haram sekali, bila dah peringkat solat Witir, yang penutup solat tarawikh, saf belakang penuh dengan kawan-kawan aku termasuk aku. Hahahaa..... Semua nak nampak baik depan cik bapak dekat saf depan di samping nak makan moreh.


Sumpah bila ingat semua tu aku rasa memang kelakar. Ni pun menaip sambil senyum-senyum. Hahaha. Sebenarnya aku join contest yang dianjurkan Dr Siti Hamidah. Seorang pengajar di UTM Skudai. Ok. Ni 1st time aku join mana-mana contest pun sepanjang blog aku ni terhasil.

Comel je adik ni

Apa lagi? Moh lah join sakan. Klik sini... ---> Memori yang tak dapat dilupakan sewaktu kecil


Aku tag 3 blogger yang aku rasa cun... Hahahaha :







9 comments:

@ Syima Raaif @ said...

gud luck!mcm nak join jer..XD

tikin said...

gud luck =)
best la bace kenangan sipOt mse kecik2..

mundial said...

mase aku kecik aku kena liwat ngan bangla..

cik rama-rama said...

nt aku buat akunye pula...sje jer lar ni nk taw time aku kecik cm ne..hahahah

CintaZulaikha said...

alamak kena tag...

aleen aiden said...

main ape2 sambil berkaki ayam memang syiok!hu3

Dr. Siti Hamidah said...

banyak betul kenangan Khuzrin wktu kecil ;), cara cerita macam semuanya masih segar diingatan :)..thanks ya sudi join contest ni...

sobri yaacob said...

waktu kecik la..waktu pling best..buat benda x pkir pun..buat je...he..he

Dr. Siti Hamidah said...

salam Tahniah khuzrin telah memenangi tempat saguhati dalam contest ini..

boleh khuzrin contact saya melalui email drsitihamidah@yahoo.com