Monday, June 6, 2011

Gejala Gambit Saifullah... Kontrovesi paling sensasi? Atau....

   Mungkin aku agak terlewat berkenaan entri mengenai Gambit Saifullah dan video ala-ala pornnya. sebenarnya aku pun tak teringin nak post mengenai mamat ini. Tapi ada yang meminta agar aku buat sedikit ulasan mengenai brader Gambit Saifullah. Jadi aku pun bercerita lah sedikit berkenaan rasa hati ini. Namun begitu tidak tertuju semata-mata kepada brader Gambit Saifullah dengan pelakonnya Prema Yin. 



Kepada Gambit Saifullah :

   Sejujurnya aku tak kenal pun siapa kau. Sedangkan ramai kata kau ni pelakon. Mungkin kerana aku kurang minat menonton drama-drama tempatan yang mempunyai jalan cerita hampir sama cuma mempamerkan muka-muka lain sebagai pemain ceritanya. Juga mungkin kerana aku lebih cenderung menonton kartun-kartun tak kira tempatan mahupun antarabangsa seperti KluangMan, Usop Sontorian, Anak-Anak Sidek, Budak Lapok, Boboi Boy, Upin Ipin, Spongebob Squarepants, Wonderpets, Kappa Mikey dan sebagainya. 

   Bukanlah di sini aku ingin bercerita mengenai animasi-animasi pilihan aku. Juga bukan aku ingin bercerita mengenai tahap populariti kau yang tiba-tiba mencanak naik di mana kalau blog kau diletakkan badge Nuffnang pasti mendapat kunjungan ribu-ribu pelayar internet.

   Kontroversi yang kau cetuskan ialah dengan menghasilkan sebuah video klip ala-ala tarian tiang yang dikatakan begitu lucah lakonan adik pemain hoki Malaysia, Prema Yin sehingga tidak dapat diterima oleh Mak Cik Kiah, Milah Janda, Pak Mail Durian, Kalsom penjual cendol dan mana-mana lagi manusia yang bernaung di bawah negara berdaulat, Malaysia. Menurut mereka video klip yang kau hasilkan ini cuma layak di tayangkan di Indonesia bersaing dengan penari dangdut lain seperti Merla Barbie, Kucing Garong Dan errr... entah. Aku tak tahu lagi siapa dangdut di Indonesia. Keh keh keh.

   Tidak cukup dengan itu, brader Gambit Saifullah juga telah membikin hati para-para pejuang papan kekunci merasa begitu panas hati dengan kata-kata lancang brader di laman sosial Facebook juga Twitter. Antara kata-kata keji nista yang dihamburkan brader :

   "Jari tengah ke muka!"

   "Anjing menyalak"

    Aku tak tahu lagi apa-apa jenis carutan yang dah brader lontarkan. Brader harus ingat. Kita ni brader di negara berdaulat. Negara penuh dengan adat resam. Negara menitik-beratkan agama. Sebab itulah di Malaysia ni, tiada remaja (khususnya anak Melayu) yang bercumbu-cium dalam panggung wayang ataupun depan KLCC. Tiada yang mengaku "Saya Gay Saya Ok". Tiada yang berusaha memohon kebenaran dari mahkamah untuk menukar jantina. Tiada yang memilih hotel-motel murah sebagai pelampias nafsu. Tiada. Semua tu tiada di Malaysia. Sebab Malaysia mementingkan ketamadunan. 

    Sejujurnya brader pergilah minta maaf dengan peminat brader sebab tanpa mereka brader Gambit Saifullah takkan berada di atas. Kalau mahu juga hasilkan video-video seperti itu, brader buat selamber je. Pedulikan mereka. Yakin pada diri sendiri bro. Dengan video klip seperti inilah dapat menembusi pasaran antarabangsa untuk mengalahkan Justin bibir yang dibaling botol.

    Ah... Natijahnya.. baik brader minta maaf secara tebuka. Pilih Harian Metro sebab mereka tiada berita sensasi.



Kepada Pejuang Papan Kekunci :

   Ya. Pejuang papan kekunci ini antara yang memeriahkan gejala Gambit Saifullah ini. Sebabnya mereka-mereka inilah yang memulakan. 

   Blogger khususnya akan memasukkan entri bau mengenai brader Gambit Saifullah ini ke dalam blog mereka sendiri. Sebagai memberi pendapat secara peribadi berkenaan tak puas hati memandangkan blog merupakan arena kita sendiri. Kita bebas meluahkan apa sahaja.

    Ada juga pejuang papan kekunci yang berjuang menentang brader Gambit Saifullah ni di fanpage Facebook brader Gambit. Brader ni pun dengan selamber badaknya mengkeji pejuang-pejuang papan kekunci dengan kata-kata kesat dan para pejuang ini akan brasa panas.

    Maka berbalas-balaslah mereka sesama sendiri dengan pendapat, hujah serta bukti bagi memperoleh kemenangan secara mutlak di alam maya internet. Mereka tersenyum puas sekiranya pendapat mereka di sokong orang-orang lain. Siapa yang taknak sokong ya tak? Benda kontroversi macamni. mesti ramai ambil port. 

   Kenaikan kontroversi brader Gambit Saifullah ni sekaligus menenggelamkan hal mengenai kenaikan tariff elektrik, ura-ura kenaikan harga minyak juga kedatangan filem-filem baru di pawagam.

   Juga kontroversi paling sensasi seorang adik yang mengaku ditebuk dan tiada dara pada usia 14 tahun juga lenyap begitu sahaja dek penangan brader Gambit Saifullah ini. Bukan itu sahaja. :

    1) Kontroversi brader Namewee dengan pendapat yang diluahkan melalui lagu tanpa memikirkan effect kepada rakyat jelata. Masih ada lagi yang ingin meluahkan ketidakpuashatian kepada beliau?

    2)  Kemunculan penyanyi-penyanyi Malaysia yang menggunakan identiti Korea iaitu Gula-Gula dan Max 24:7. Jika sebelum ini banyak pejuang papan kekunci yang cuba melancarkan serangan. kini sudah perlahan perjuangan mereka.

    3) Datin Rosmah yang mengutuk Jepun kononnya Jepun tidak mementingkan sistem bumi. Di mana pejuang keadilan papan kekunci?

    4) Iklan-iklan di televisyen seperti Super Power. Iklan di mana seorang suami memohon Power dari seorang jin. Power apa? Takkan power rangers biru pulak? Mestilah power di ranjang. Begitu juga iklan Kacip Fatimah. Seorang brader penat-penat balik kerja, tapi bila isteri kata "Saya di atas bang." Berdesup brader yang balik kerja tadi naik atas. Tak campur iklan penganjal payu dara yang ditayangkan ketika rancangan Atashinci sedang berlangsung.

    Berbagai lagi. Kenapa pejuang papan kekunci ini seolah-olah sedang tertumpu kepada brader Gambit seorang sahaja?

    Lepas ni apa lagi? Brader Sathia Pi Mai Pi Mai Tang Tu berlakon dengan Maria Ozawa?

   Konklusinya : Kepada pejuang papan kekunci : teruskan pejuangan. Semoga bertemu jalan. Insya-Allah. Aku sokong kalian sebenarnya. Sekurangnya terhibur malam aku dengan baca komen-komen korang. 

   Sekian....




15 comments:

Makbed said...

hhahaa.. yelah tu. lupa kejap pasal harga letrik naik, kan?

tapi bila baca komen dia dalam tweet tu, terus ilang respek. harap muka je ensem. adehhss..

Liyana Zahim said...

Smoga die diberi ptunjuk..

Schubert Serenade said...

sometimes, its just best to forgive and forget....yup minta maaf scara terbuka is the best...

btw, sure ke harian metro xde berita snsasi??haha...

ayiehulk said...

la... die bkn da mnta maaf ke?

Noor Idayu binti Azmi said...

pejuang papan kekunci ye? i loike!

Auni Amauni said...

dia ni dah gile la gambit ni..

huh~ xsuke3! :(

da say sorry pon still nk naikkan darah org..hehe..

azel cak said...

yang ke-3 tuh tak boleh perang..sat gi tak pasal ISA jek ~
huhu ~
pape pun , sungguh tak taw dia artis
and ape kes dia buat video ala2 mcm tuh
tuh kire nsb baik family belum tgk
>.< !
=="

CintaZulaikha said...

akak kalau nak gosip pon bersama adik ja, tader spi nak tekan papan kekunci nih...tader makna nak buat perkara yg mendapat taik semata..

cik rama-rama said...

cipot tp ade blogger yg lempiaskan kata2 kasar kat dia, nasihat sekali dengan kata2 maki..tu yg dye tnjuk jari tengah kt muka tu...aku sbg blogger pun terasa juga walupun tak berapa layan sgt cerita gambir eh gambit ni....huhuhu

tyka said...

mintak maaf pon memang tak ikhlas.. erghh

melle amir said...

aku lambat tahu pulak pasal gambit saifullah buat porn video

ayilarima said...

En. siput si tukang tulis, brader gambit ni ade buat video porn ke? OmG ~ Bia btol ? sangat tak sangke laaa.. Tak tau pape nie.. Haha.. Malas laa nak story pasal dia, kang tak pasal2 kene band pulak kan ? hihi

Nursyafiqah Yahya said...

gambit yg cerita tanggang moden tu...

ViccMalarn said...

nang kacak.. hahah

Siti_Cnt said...

agree2 !! , entah bila nak abes , aku pon tahu . yang saya tahu . IDISLIKESOOMUCHGAMBITSAIFULLAH . dan , dia igat kalo nak menang anugerah PELAKON LELAKI PALING POPULAR dengan cara gini amat sesuai keh ? TIDAK SAMA SEKALI .

read this , http://diarycntlife.blogspot.com/2011/06/gambit-bila-nak-abes-cerita.html