Sunday, June 12, 2011

Tahniah Skuad Penyu... Daudsu terima rasuah?

Ini bukan Pendekar Penyu yang gila seks dalam Dragon Ball


   Semalam pada tarikh 11 Jun 2011,berlangsungnya final Piala FA di Stadium National Bukit Jalil menyaksikan pertemuan dua pasukan pantai timur, Skuad Penyu menentang The Red Warriors. Terengganu tampil bergaya dengan jersi ringkas berwarna putih tajaan Top It sementara Kelantan muncul dengan warna sinonim mereka, merah terang. Suasana stadium juga hanya ada dua warna, putih dan merah mewakili pasukan yang disokong masing-masing. Gempita. Penuh. Sekaligus memenuhkan poket orang-orang FAM yang gilakan duit.


   Kelantan datang dengan keyakinan di mana perlawanan Liga Super sebelum ini, mereka juga telah bertemu Terengganu di mana mereka menang 3-0. Nampaknya iltizam mereka tinggi sebaliknya Terengganu pula mahu menuntut bela dan membalas dendam di atas kekalah sebelum ini. Kalau diikutkan faktor binatang, seekor penyu ingin menentang pahlawan merah, maknanya pahlawan merahlah yang menang hanya menggunkan jari kelingking. Tapi ini adalah bola sepak, bukan dunia dalam hutan.


   Bagi aku paling menarik perhatian aku sendiri berkenaan perlawanan ini, pertemuan dua penjaga gol negara, Abang Sharbinee Allawee yang jasanya dilupakan ketika cemerlang membawa pulang pingat emas di Sukan SEA 2009, menentang abang Kentucky Fried Chicken Malaysia. (KFCM) yang dipuja-puja sebagai hero Piala AFF. Perlawanan berlangsung dengan sangat perlahan seperti menonton pertandingan bola sepak antara Kampung Haji Abdullah menentang Kampung Pak Bakar. Percubaan tepat ke arah pintu gol juga boleh dikira seperti mengira jari-jari tangan kanan. Sudahlah perlawanan begitu perlahan, tambahan pula suara pengulas yang begitu anti-klimaks.


   Hampir 78 minit menanti, barulah jaringan menjelma hasil seorang brader yang digilap dari Pasir Gudang, Nurul Azwan Roya atau sinonim dengan Awe ketika di kem Johor FC dulu. Jaringan "chip"nya cukup membuatkan satu stadium terdiam dan kemudian bersorak. Dengan baki perlawanan yang ada ada, pemain-pemain Kelantan cuba melengahkan masa dengan tergolek setiap 1 minit. Perlawanan yang sepatutnya menjadi perlawanan bermutu tinggi hanya menjadi kenyataan menjelang minit-minit akhir perlawanan ketika tinggal kurang 30 saat lagi sebelum Nik Aziz mengumumkan cuti bagi rakyat Kelantan.


    Abdul Manaf Mamat yang seperti terkena ciuman perangsang dari sang gadis berlari seperti lipas dari sayap kanan, menuju kepada brader Kerol Fami. Abdul Manaf Mamat melepaskan tendangan sambil berlari dan terkuis sedikit terkena abang Kerol Fami dan melantun begitu hampir ke muka pintu gol. Dan ketika itulah muncul Abang Daudsu Jamaluddin yang juga bekas pemain dari kem Johor FC, cuba menjadi hero untuk mengeluarkan bola tersebut, malangnya bola berpusing seperti gasing, dan terus menerjah ke gawang sendiri dan kelihatan seolah-olah Daudsu menanduk dengan sengaja.  Berlanjutanlah perlawanan sehingga 30 minit masa tambahan.


   Semangat Penyu pula yang menggila. Daripada pertaruangan antara taktikal dan kelajuan kini berubah kepada pertarungan stamina. 30 minit lagi, siapa tak pancit tak? Namun begitu semangat Sang Penyu seperti disentap-cabar. Menyebabkan penyu yang sepatutnya seekor haiwan yang perlahan pergerakannya, seolah-olah telah menjadi 10 ekor naga yang mengaum. Dan pada minit ke-109, dari sepakan sudut, Ahmad Nordin menendang bola ketika suasana kucar-kacir serta-merta menerjah jaring Kelantan membuatkan abang Kerol Fami terkesima dan sekaligus jaringan tersebut memastikan piala seberat tong gas itu di bawa pulang ke Terengganu.




Keputusan penuh Kelantan 1 : 2 Terengganu. Tahniah Penyu!!


Gaya celebration yang nampaknya begitu senggama


   Namun begitu, selesai perlawanan semalam, timbul cerita yang mewarnai dunia bola sepak Malaysia. Tak lain tak bukan ialah cacian dan makian penyokong Kelantan sendiri yang marahkan bader Daudsu Jamaluddin. Di mana kalau dilihat dalam video, kelihatan seperti brader Daudsu menanduk dengan sengaja bola tersebut ke dalam gawang gol. Malahan pula perlawanan tersebut hanya berbaki kira-kira kurang satu minit. Namun impian seluruh Kelantan untuk bersorak berkecai hanya kerana Daudsu.


   Apatah lagi rakyat Malaysia ini begitu batak dan bangang dan bebal mencipta page-page Facebook seperti page yang menggunakan dialog-dialog dalam Maharajalawak, Kongsi, KL Gangster, Hantu Kak Limah dan sebagainya. Kini muncul pula page-page hanya kerana Daudsu Jamaluddin. Hanya kerana brader yang pernah bermain untuk skuad Harimau Malaya di pesta bola merdeka 2007. Page tersebut tak kira menghina atau menyebelah Daudsu antaranya :


   Jangan Salahkan Daudsu okay.
   Kami tak suka orang terengganu kutuk daudsu.
   Thank You Daudsu, anda pahlawan.
   Kami sokong Daudsu menanduk bola masuk ke gawang sendiri.
   Tak Sangka penulis Sipot Si Tukan Tulis ni kacak orangnya.
   Kami nak makan malam dengan penulis Sipot Si Tukang Tulis.




   Itulah antara beberapa page yang wujud sekaligus memadamkan kerancakan filem KL Gangster yang baru ditayangkan beberapa hari yang lepas. Tak cukup dengan itu, muncul pula ura-ura mengatakan Daudsu Jamaluddin menerima rasuah sebanyak RM 50, 000 semata-mata untuk menanduk goal tersebut.


kredit kepada : Aku Mizi


   Perhatikan komen kedua : tuh lah pasal, tanduk gol sdiri tu bodo sekali. n aku dapat info dia bleh 50 000 untuk gol bodo tu!




    Hahahahaaaaaaaaaa!!!! Sumpah ini lebih kelakar dari Amir Maharajalawak. Entah dari mana info kau dapat. Murai.com? Hahahahahaaa... tak boleh fikir ke? Macamana lah Daudsu tu boleh setup masa ngam-ngam sampai last minit untuk tanduk gol tu. Adakah Daudsu berkompromi dengan penyokong yang baling mercun dan pancarkan laser untuk masa di tambah? Semata-mata untuk buat gol tu?


   Lagi satu yang terlibat dengan gol tu juga ialah abang Kerol Fami dan Abdul Manaf Mamat. Adakah mereka bertiga berkompromi semata-mata untuk gol tu? Oh ya. Tambah reff lagi sebab reff nak bagitau "Daudsu!, Tinggal 30 saat. Sekarang tanduk bola itu!" macam tu?
Abang Daudsu aka Sergio Ramos versi Malaysia


   Ada lagi ura-ura bangang kononnya Piala FA ini akan diserahkan kepada Terengganu sebab Piala Malaysia nanti akan dipegang Kelantan. Hahahaha!! Dah macam kat luar negara pulak aku tengok ura-ura bangang ni.


   Kamon. Steven Gerrard pun pernah buat own gol. John Terry pun pernah buat own gol di saat genting. Siapa lagi star taraf dunia yang tak pernah buat own gol? Ada satu perlawanan paling dramatik masa World Cup 2010. Ketika Ghana bertemu Uruguay. Suarez telah menahan bola betul-betul di saat akhir dalam kotak penalti dan memberi Ghana sepakan panalti. Asamoah Gyan mengambil tendangan tersebut dan tersasar. Sekarang untuk perlawanan dramatik tersebut, siapa ambil rasuah? Suarez atau Gyan? 


   Sumpah kelakar tahap 320 darjah celcius takat didih. Cubalah belajar terima kenyataan. Dah memang pasukan anda tertewas dalam perlawanan paling dramatik peringkat Liga Malaysia. Terima kenyatan bahawa Kelantan masih belum boleh berdiri sama legend seperti Selangor, Terengganu, Perak, ataupun Johor yang masing-masing pernah menang Piala FA.


   Piala Malaysia kan ada lagi? Berjuanglah betul-betul nanti bagi The Red Worriors.


   Harapan aku semoga Johor FC menang Piala Malaysia nanti setelah terkandas di separuh akhir tahun lepas.


   Enjut Lebah Enjut!!!


   Sekian...



40 comments:

Orang Kampung said...

stiap prlawanan akhir.. psti ada yg kalah dan yg menang.. yg kalah tu, trima la kenytaan.. hehe..

btw, thanks kasi kredit kt aku.. hehe

cik rama-rama said...

wey sejak biler ade page ko??hahahah...

ala...amir pun tak terfikir nk wat lawak cm ni...

Anonymous said...

loso si tukang baca

Buwlarn said...

haha..bukan sume klantanese tp generally, n kbanyakannye, xleh terime team dorang kalah..mcm la skuad red worrior tu god-like yg xpnh klh..sian daudsu.defender pon nk merase jgk score even gol sndiri pon.heee.

azreefasaedin said...

biasa la tu...semangat kekelantanan bagi rakyat2 kelantan kan kuat....dorng sgt yakin dgn semangat yg dorang ad...sume ni blh nmpk pd org2 dy...^_^peace

CintaZulaikha said...

tak kesahlah apa org nak ckp...yg penting ganu menang...yahoooooo

nizahari said...

bai. klo ko tgk sume page2 y org create tu mostly org tganu jgk la bai..
klo ko nk tgk real pnyokong trw ko p jenguk group. jadah pe wt page.

mundial said...

woi butoh la wei nak ckp org amek rasuah/konspirasi dan sbgnye.. itu manusia kot bkn malaikat.. biase la ade slh ade betul.. o0o kpd sipot

Anonymous said...

vetuk ko jewok.. ko pandai mu jah nulis gini.. kalu x betul tanggung lar mu doso itnah... menate suput babi betul..

Khuzrin Kamarudin said...

Anon : doso fitnah? kau mencarut haram jadah tu pahala jaminan syurga? Cuba baca dulu sebelum komen... macam tak de otak je kau ni...

nizahari said...

penulis chill2 je bg ak. rilex sume.

siputturbo said...

minit ke 82 lepas gol awe roya, daudsu ade buat last saving tackle, kalu tidak free2 je hadi (x silap aku) ble score malam tu.

kalu die terima rasuah, takdenye die nak tackle bola tu.

nik said...

kelantan, sebelum game sudah umum cuti..terengganu tak perlu umum kerana matsaid sudah kata lama dahhhh..terenganu bercuti hari jumaat dan sabtu tak kira menang atau kalah...

nik said...

sipotsitukangtulis said

".....minit-minit akhir perlawanan ketika tinggal kurang 30 saat lagi sebelum Nik Aziz mengumumkan cuti bagi rakyat Kelantan"

Pu3 said...

nik: klntan bg cuti sbb nk bg rakyat klntn yg pegi stadium tu boleh blik dgn slmt. xyah gadoh2 drive nk kejar mase,...aperaaa.. papepown..aku alah dgn dak ganu..

Anonymous said...

sdap nye mngate ngeri oram..negeri awok hebat ke?? takat piala FA,tok ambo pon tak kesah laa. mu tunggu la piala liga or piala malaysia nanti. JOHOR mu tu OUT PETANG LAGI !!

Anonymous said...

x ley terima betol perkataan ni'Terima kenyatan bahawa Kelantan masih belum boleh berdiri sama legend seperti Selangor, Terengganu, Perak, ataupun Johor yang masing-masing pernah menang Piala FA..piala FA,sape yang kesah?? org bodo je yang kesah.piala LIGA ngan piala MALAYSIA jauh lebey baek la.!eleh,menate reff pun kene suap.sbab tu nmpak macam berat sebelah pon..

jange mengate negeri orang lebey.. negeri awok tu ape kureng nye??

Anonymous said...

ingatlah...islam itu benar....akhirat itu benar...munkar nakir itu benar....ok tu je la..

Anonymous said...

sape menang kelantan lwn terengganu?

Anonymous said...

kelantan kalah...hashim mustapha ngan syed zikril own goal...hahaha

Anonymous said...

ni game ape sbnarnye?...bola eh??..bile final?

Anonymous said...

erm....bola kot...tapi main dalam kecik....3 sebelah...kalah mati...

Anonymous said...

jgn gaduh2..ni sy,kapten skuad klantan,Piya..kekalahan kami ari tu berpunca drpd kitorang kmpunan nk mkan budu sblum prlawanan berrmula...dato m karathu x bg makan budu..

Anonymous said...

Daudsu x makan rasuah..sblum perlawanan bermula beliau dh mkan terlebih dahulu....

Anonymous said...

Daudsu ni sape?leh berkenalan?

Anonymous said...

sy penyokong tegar skuad red warrior,,!!!!...jage ko sipot...aku jmpe aku bg ko mkan budu...te je yg mampu aku wat...sy syg mak sy...

Anonymous said...

daudsu tu nama orang ke?

mie said...

standard la siput... kt mana2 pun kebanyakan org kita ni suka comments based on title, bknya based on article..

Anonymous said...

hotdog rebus 2, nak mayonis lebih

Anonymous said...

blog bodoh...nk wat blog ni terkenl kononyo...tpi cam haram...hahaha,ptui3x...mcm la johor FC hebat...TRW xplu kn org lain la/negeri lain..supporter lebih dri ckup..tnpa TRW blog ni xwujud...xkn ko nk ulas Johor FC..sape nj bca...hahaha

Anonymous said...

Tnpa Kelate..bola sepak Malaysia xkn mriah..percya ckp ak...akn sunyi sepi,xde org ckap2 sal bola..org xakn ambik port,even utk natinal team,tiada perkembgn,tiada web bola sepak,tiada page bola sepak,tiada org follow liga...dan yg Penting..TIADA BLOG BODODH nie dan blog2 lain..tgok shaja perlawann Kelate lwn Teganu...kehadiran lebih 60 000,teganu dlm 30000(ade bnyk seat kosong),even ak sediri xde tmpt duduk..tu sbb Teganu lawn Kelate...sekurg2nyer budak2 penyu rsa tercbar..dan ingn ke stadium..kalu teganu lwn Johor FC?bnyk kot seat kosong...smpai kamera shot seat kosong jew..hahaha...msa kat stadium,ade brader sebelh aku.."bro,ade lighter x...",ak jwb..ado boh..,brader tu jwb"ak org johor..dtg support Kelate"//org johor pn sokong TRW.hahahaha...ak nmpus xkn sokong johor FC.

Anonymous said...

ramai betul yg marah...kahkahkah...sensitif betul...hati wat dari tisu ape...kahkahkah

hellghast said...

Peh! gua baca komen2 dari penyokong team rahsia ni woih! butthurt sampai dubur menyembur darah! lu orang ni bangang! tak baca ke semua sekali! lu baca tajuk pastu lu panas hati lu terus komen! mcm beromen tapi takde adengan ringan2! hahaha!!! ok itu kata bidalan!

gua penyokong Johor FC,yeah!!! tapi gua sokong jugak,fan team rahsia ni naikkan imej bola negara,tapi aku takde la sampai korang mudah terasa! korang tak lihat komen2 kat soccernet.com,dimana diaorang punya kutuk lagi gile khinzir,tapi mereka takde pun emosi gile2

adatlah permainan ade kalah ade menang..adoi...hahaha!!!

Anonymous said...

stakat johor fc sapo hok nok tgk ? stadium j corp tu tok lebih 100 oghe hok mari . BENATE BODO !

Anonymous said...

stakat johor fc sapo hok nok tgk ? stadium j corp tu tok lebih 100 oghe hok mari . BENATE BODO !

Anonymous said...

stakat johor fc sapo hok nok tgk ? stadium j corp tu tok lebih 100 oghe hok mari . BENATE BODO !

Anonymous said...

bole tuju lagu????

Anonymous said...

Biasa laa, bila ego dah makin tinggi, sifat bongkak menguasai diri, Allah akan tnjuk kekuasaanNYA. Kelantan baru nak kenal bolasepak. Stadium dorang sblm ni pun mana ramai org. Skang ni baru naik mula le cam kaduk naik junjung. Perasan jer lebih. Ingtkan diri hebat sgt. Pastu bila kalah, mula la ckp rasuah laa. apa laa. siap ckp stadium x penuh sbb ada penyokong klntn dah tau psl rasuah. LAWAK BANGANG tul.. Padahal dah sah2 penyokong dia ramai mlm tu. Otak cam bola yg boleh disepak2 ngan kaki. Takleh terima kekalahan lak tu, ckp Piala FA low class laa.. mcm sarkas gak dorang ni. padahal org dah nmpak dorang ni eager to win. tapi sbb sifat bongkak n ego tu melebihi kewarasan otak kranium dorang, dorang xleh terima takdir Tuhan. Nak salah2kan org... Pg ngaji sifat 20 la wei!

Anonymous said...

nampak sgt yg komen cam cilake nie JENIS YG PEMALAS...BACA TAJUK TROS KOMEN...HAHAHAHA..PEMALAS..PEMALAS...IDUP MMG XDE PENDIRIAN...LAHANAT BTOL...MMG XSKOLH...MAEN TENET NK MAEN PESBOK JE...HAHAHAHA...LAWWWAAAK KORANG NIE MMG CAM IDOLA KOWG LA...SI AMIR 2...KAH3!!!!LAEN KALI BACE DLU BRU KOMEN...NIE BACE NOVEL BLUE SKE...BACE ARTICL2 CM NIE MLAS...CM NIE KE NK MAJU...MMG X MAJU LA BOLA SEPAK MU 2...HAHAHA...

zAty =) said...

setuju gile dgn apa yg awak tulis .. dah kalah tu kalah la kan , berusaha larr lagikk , usaha kan tangga kejayaan .. dah rezeki terengganu nak menang nak buat cmne .. terima kenyataan la kan .. utk terangganu pulak , kalau dh menang jgn la pulak yakin sangat boleh mng lagik , jgn smbong pulak kan .. cmne2 pon , kalah dan menang adalah adat pertandingan .. orang johor ek ? harap johor mng pulak ek , doakan trgnu jugak . hehe , sy orang ganu kite .. :)