Sunday, June 19, 2011

Legend akan tetap legend...

Masa :  4 pagi, 1 Mac 1990.
Tempat : Hospital Batu Pahat.

    "Allahuakbar Allahuakbar." Encik Kamarudin mengazankan secara lembut di telinga anak kecil yang baru lahir itu. Laungan azan itu begitu mendayu menusuk ke telinga si bayi dan telinga-telinga orang-orang yang berada di dalam bilik itu. Si ibu yang terbaring lemah tersenyum melihat gelagat anak kecil yang di dalam rangkulan Encik Kamarudin.


Masa : 12:45 tengahari. Awal bulan Januari 1997.
Tempat : Dalam rumah.

"Baba, nanti baba teman abang kan dekat sekolah nanti? Baba tunggu sampai abang balik tau?"

"Ok. Ye lah. Ni dah siap belum? Pergi salam mama sana."

    Selesai salam ibunya, budak berusia tujuh tahun itu terus membonceng motorsikal Honda petak ayahnya itu. Perlahan-lahan motorsikal tersebut meninggalkan perkarangan rumah mereka. Sampai di sekolah. budak kecil tersebut hanya menuruti ayahnya ke mana sahaja ayahnya pergi. Dia pandang kiri kanan sambil tangannya tak lepaskan tangan ayahnya. Pandangan di sekolah tersebut tampak asing baginya. Sampailah ayahnya berada betul-betul di meja pendaftaran kemasukan murid sekolah baru, budak kecil tersebut masih belum mahu melepaskan tangan ayahnya.

   Selesai urusan pendaftaran murid, ayahnya menghantar anak kecil tersebut ke kelas. Anaknya semakin gugup. Hendak atau tidak dia akan ditinggalkan di kelas itu. Maka tinggallah budak kecil tersebut di kelas sekolah tersebut bersama murid-murid darjah satu yang lain. 

   Sekali-sekala dia pandang keluar memastikan ayahnya ada berhampiran di dengan kelasnya. Ada. Budak tersebut merasa lega. Sehinggalah dia terleka dengan suasana baru di sekolah itu dan terlupa untuk memastikan ayahnya ada lagi di situ.


Masa : 10 : 45 pagi (Ahad) tahun 2002.
Tempat : Ruang tamu rumah. 

   Encik Kamarudin membaca kembali sepucuk surat yang di terima rumahnya itu. Entah sudah berapa kali dia membaca surat tawaran tersebut. Surat tawaran anaknya dapat melanjutkan pelajaran sekolah menengahnya di salah sebuah sekolah elit di Johor. Kemudian Encik Kamarudin membaca pula senarai-senarai bayaran yang harus dijelaskan sebagai syarat belajar di sekolah tersebut.

"Takpe lah baba. Kalau tak pergi sekolah tu pun tak pe." Anak sulungnya itu seoalh mengerti apa yang sedang membasahi benak bapanya itu.

"Takdelah. Baba nak tengok mana sekolah ni." 

"Mama tak kisah mana-mana pun. Asalkan kau belajar sudahlah bang." Ibunya pula yang tengah mengemas rumah menyampuk. 

"Dahlah bang. kau pergi mandi. Jom kita pergi daftar sekolah ni."

   Hanya dengan menaiki bas tambang, mereka berdua pun bergerak menuju ke sekolah tersebut. Si anak kelihatan agak canggung melihat ada yang menghantar anak menghantar anak mereka dengan kereta-kereta mewah. Namun bagi si ayah tetap dengan lagak selamba. Tetap ada gurauan dari Encik Kamarudin. Si anak hanya menuruti si ayah. Sehinggalah selesai semua urusan pendaftaran. 
   Kemudian esoknya Encik Kamarudin menghantar anaknya ke perhentian bas untuk ke sekolah. Si anak mengucup tangan ayahnya dan membiarkan pandangannya menjauh menuruti bapanya bersama keinginan ayahnya sekali yang menggunung.


Masa : 9:30 malam.
Tempat : Dalam rumah.

   Suasana kecah dalam rumah itu dengan suara menyinga Encik Kamarudin. Tali pinggang tak putus-putus hinggap di badan si anak sulungnya itu.

"Kau belajar hisap rokok ni dengan siapa haa?" 
"Apa nak jadi dengan kau ni?"

   Dialog tersebut sekadar berseli dengan bunyi libasan tali pinggang ke badannya. Si anak hanya mampu mengelka namun sejauh mana dia mampu. Semuanya gara-gara sekotak rokok yang dijumpai Encik Kamarudin dalam seluar yang dipakainya dan bau tembakau begitu kuat dari badan anaknya setelah si anak sulung pulang dari rumah kawannya.


Masa : 8:30 malam , 7 Februari 2006
Tempat : Klinik Kesihatan desa.

   Si anak telah terlibat dengan kemalangan yang membabitkan lori 3 tan dan motorsikal yang ditunggangnya. Pada asalnya si anak mahu membeli juadah makan malam untuk keluarga di rumah. Tapi kini sedang mendapatkan rawatan awal di klinik tersebut. Kemudian muncul Encik Kamarudin dan keluarga. 

"Abang kau ok tak?" Ada genangan air di kelopak matanya. 

   Sedangkan seisi keluarga sedang meraung menangis melihatkan si anak sedang berbungkus di kepala. Selesai urusan rawatan awal, si anak di usung ke dalam ambulans untuk dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Encik Kamarudin mengikut sama ke dalam ambulans sementara itu keluarganya menyusul dengan kereta. Si anak yang dalam keadaan sedar itu tak putus-putus bertanyakan kepada Encik Kamarudin.

"Ba, ni boleh baikkan?" Soal si anak dalam keadaan yang berbungkus dan berdarah-darah.

"Boleh punya. Insya-Allah. Kau jangan risau." 

   Tak putus-putus Encik Kamarudin memberi kata peransang kepada si anak yang dalam ketakutan itu. sampai di hospital Encik Kamarudin tetap di sisi selama si anak di rawat di hospital itu.


Masa : 10:30 malam. 2011
Tempat : Depan rumah.

    Encik Kamarudin dan anak sulungnya hanya berdua di depan rumah tersebut melihat kegelapan malam dalam suasana desa yang begitu permai.

"Kau buatlah apa yang kau rasa bagus. Asalkan jaga maruah keluarga kau."

    Encik Kamarudin memberi penjelasan di atas pertanyaan anak sulungnya atas apa yang sedang dilakukan. Menuruti peribahasa orang-orang tua. "Orang tua lagi banyak makan garam." Dan kerana itu si anak menjadikan Encik Kamarudin sebagai sumber inspirasi atas apa-apa juga langkah dan tindak-tanduk.


**********************************************************

   Urutan cerita di atas merupakan kronologi kisah benar berdasarkan aku dan baba aku. Semuanya tetap segar dalam ingatan dan memori aku. Banyak sungguh kenangan yang aku dah lalui dengan beliau namun yang di atas merupakan yang paling aku ingat. 

   Banyak sudah lagenda-lagenda yang kita dengar tak kira dari arena dan lapangan apa sekalipun. Namun bagi aku, Encik Kamarudin Bin Salleh tetap lagenda paling berbuku dalam hati ini. 

Lagenda akan tetap kekal menjadi lagenda...





Kepada Pak Koden : Terimas baba atas apa yang baba dah lakukan. Terimas atas pengorbanan yang memang takde galang gantinya. Atas nasihat-nasihat yang tak pernah lekang, termasuk nasihat dalam hubungan cinta, hikhikhikhikhik...

   Ok ok okserius. Terimas jugak sebab sentiasa bagi sokongan apa-apa sahaja yang abang lakukan, sokongan untuk terus hidup dalam dunia ini dan segalanya. Terimas baba. Terimas segalanya. :)


---Ni kalau baba aku tak baca, mesti adik aku tunjuk kat beliau. Hahahahahahaa....---



17 comments:

adwafarahin said...

slmt hr bapa :)

cucu umie said...

selamat hari bapa..sungguh besar pengorbanan mereka.. tnpe mereka tiada kita didunia nie..

penchacaiz@sunya said...

gila r siput!!!

salemaziz said...

nice la sipot :D

Jiejah Gorjes said...

tacing ... slmt hari bape :)

ArDy ReChiE said...

Selamat hari bapa.. :)

Robot | Sakti said...

:)

happy father's day dude.

Anonymous said...

apa nak jadi ko ni loso.. kecik2 dah hisap rokok

FATIN SYAHIRA RAMLI said...

selamat hari baba pak cik =')

schaze zainn said...

sweet story

:)

fahmimustakim said...

nice! selamat hari bapa :)

syrupmasin said...

slmt hari bape :)

Bella Bell said...

sedih baca cerita ni sebenarnya bila terkenangkan pengorbanan ayah awak.. kasih seorang ayah..

nice story dear.. selamat hari bapa utk ayah awak.. :)



^^

Ain said...

apsal mesti ada part sedih? T.T

selamat hari bapak :)

Emira Darmia said...

sodih la plak

Anonymous said...

wei..mntk sebatang crazy horse...john aku da abis la..

Anonymous said...

mek yok..