Thursday, October 20, 2011

Selamat Tinggal. Hubungan Kita Setakat Di Sini...

   Tajuk kali ini agak sentimental dan berbaur kehampaan. Sememangnya aku sangatlah berdukacita atas apa yang akan aku lakukan selepas ini. Harus diingatkan, entri ini tidak mengandungi sebarang troll, atau penganjingan. Ini adalah berkenaan diri aku sendiri. Untuk kalian yang kurang berminat, silakan beredar segera. Untuk yang terasa ada baiknya entri ini didalami, sila teruskan bacaan anda.


   Hari ini, termaktublah sebuah tarikh, di mana aku akan berpisah dengan sesuatu yang amat berbekas dalam hati hitam aku ini. Sesuatu yang dah aku kecapi lebih enam tahun dahulu, dan hari ini, dengan berat hatinya, terpaksa jua aku lepaskan. Dengan berat hatinya. Dengan berat hatinya. Ya. Dengan berat hatinya.


  Segamat, sebuah tapak memorial yang tak mungkin aku padam dengan sekali simbahan. Tak mungkin aku luputkan dengan sekali kilas. Dan tak mungkin aku hilangkan dengan sekali sapuan.


   Asal aku mengenal erti sahabat, erti bercinta, erti dihancurkan hati, erti membangun dari kekalahan, erti perjuangan, erti sara diri, erti kematangan, erti mengenal kaca dan permata. Segalanya di Segamat. Sebuah tukun kalau hendak dibandingkan dengan sebuah bandaraya besar Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Entahkan benar ada sinar baru di sana. Atau mungkin cuma omongan kosong oleh mereka yang sekelumit menempa berjaya. Yang gagal? Kita tak tahu jumlahnya entah berapa ribu.


   Ramai sudah bertanya "Kenapa engkau sayang benar Segamat?". Sambil sinis aku menggulung kembali pertanyaan mereka, hitam putih hidup aku aku, banyak perjalanannya dicorak dari mula-mula aku menapak di bumi Segamat ini.


   Aku akui jujur, kebolehan aku menulis seperti ini juga, aku 'jumpa' di Segamat. Banyak cerita yang aku nampak di Segamat, dan aku cuba ekspresikannya dalam bentuk tulisan. Mahu bermain gitar? Entah chord 'D' aku boleh tertukar dengan chord 'F'. Mahu mencoret dalam bentuk piano? Entahkan balada Jazz sendiri aku kurang mengerti untuk dihayati.


   Ramai penghuni sementara yang bermastautin di Segamat, membenci kerana di campak di Segamat. Di bumi serba kolot tanpa ada panggung wayang ini. Itulah pemikiran mereka. Hanya memikirkan kemajuan tanpa cuba mengerah sedikit tenaga untuk merasa 'soul' di sini. Untuk mereka terapkan ke jiwa mereka. Aku yakin, suatu hari nanti bila mereka sudah lama meninggalkan Segamat dengan suka-ria, mereka akan terkenang kembali akan kesyahduan di sini.


   Syahdu. Gambaran tepat akan pesona hitam yang sedang menggelora jiwa aku. Aku sendiri keliru sama ada benar akan keputusan aku ini. Entahlah. Mungkin dengan restu mama, langkah aku yang seterus ini akan berjaya.


   Kepada semua sahabat, kawan, jalan tar berlubang, 'trafific light' 99, 'port-black', kolam memancing berhantu, kubur cina, UiTM, kedai makan TomYam Mek, Kedai makan Rohaya, Kedai Mapley Azwath, kedai rokok tepi rail-kereta', stesen bas Segamat, stesen keretapi Segamat, Billion, Nirwana, Tasik, 'Rock-garden', Taman Bunga Raya dan semua yang aku tak senaraikan, maafkan aku atas perpisahan ini dan doakan atas kejayaan aku. Aicehwah!


  Ada masa, insya-Allah aku bina hidup di sini... :)

Izinkan aku menenangkan hati yang sebak.


Assalammualaikum....




18 comments:

Miss Dolce and Gabbana said...

haha.Apsal sedih bebeno kau ni? Ada rezeki sampai lagi la kau ke Segamat tu.Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. :)

Khuzrin Kamarudin said...

Mana ada sedih? Aku cool je ni.. :)

Nursyafiqah Yahya said...

nak pergi ke kuala lumpur ke?
bunyi macam sayu je..,

Nursyafiqah Yahya said...

bunyi macam sayu je...

Khuzrin Kamarudin said...

Sesayu pagi Syawal.. har har har...

Nursyafiqah Yahya said...

ahahaaaa... kan ku sujud dikakimu oh ayah dan ibu.., huhu

fAr0T said...

eak?? ko dah kenape.... nak merantau eak.... hehe relax la segamat x kemane pun.....^_^

Khuzrin Kamarudin said...

Merantau jugak ar kata orang.. hahaha...

Bilal binti Robah said...

peh KL ke?
gile seh
bandar siot la abam sipot pasneh
har har har

Khuzrin Kamarudin said...

KL? Apa pulak nak jadi orang bandar mkat situ?... har har har...

nub said...

sepanjang aku idup 20 tahun ni, dah 6 tmpat aku berpindah randah...

orang zaman sekarang dah tak nomad, tapi aku pulak merasa sikit2 jadi nomad..

macammana2 pun, tmpat pertama tu yang paling seronok...

smoga baik2 belaka di tmpat baru. harhar

Ayu Azuri said...

adeh . . aku tak tau ar, nak letak kes ko ni kat spisis mane , sebab aku pun tengah pening kepala ni . . hehehehe . . . segamat oh segamat . .

AyiLarimA said...

B'sabar lah wahai diri yang sedang diuji. Ini sume ujian ntok awak. Ujian adalah hadiah yg paling b'harga buat kita. Mungkin ada hkmah d'sebalik apa yg t'jadi. Sabar aa keh :)

*Time to rest : http://aylliarimasiprincess.blogspot.com/2011/10/ceritera-cinta-lensa-di-kaki-lima-2.html

CintaZulaikha said...

saborlah dik...adik kan encem..

Rtp Farra Arisha said...

well, the best decsion is you've to follow the folwo of life. this is fated in your life that you've to be yourself :) only you can be yourself.
sebaik2 mana kmu, itulah diri kmu :')

dunia sekarang penuh dgn onak dan duri, harus sentiasa pasrah dan redha dalam setiap ujian yg Allah kasi. take care you there.

p/s: ceritanya menarik, your writing is good. so, i followed you then!

EZAN IDMA said...

eh apsl bunyi cam sedih sgt ni, uwaa jgn tgglkan saye. hehe. joke

mana pon kau ada, goodluck ya

Khuzrin Kamarudin said...

Ayu Azuri : Kau pun orang Segamat?

AyiLarimA : Tengah bersabar ni, dan pasti ada hikmahnya.. Trimas.. :)

Cinta Zulaikha : Errr.. ensem ke? Har har har..

Rtp Farra Arisha : Hohooo.. tengah memfollow the flow lah ni... err.. mana ada menark tulisan saya.. biasa je... heeee..

Ezan Idma : Mana ada ittew nak tinggalkan awak.. hikhikhik... trimas yooow..

Ayu Azuri said...

Khuz :: segamat , bukan . . . tapi dekat dengan segamat . . hehe