Friday, February 3, 2012

Kereta Api, Orang Cina, Lagu Melayu...

Masa : Petang, Tahun 2008
Tempat : Stesen Keretapi Tanah Melayu, Segamat.


   Bas tanpa penghawa dingin itu bergerak terkedek-kedek. Perjalanan sejauh 12 kilometer antara UiTM Segamat ke bandar Segamat terasa sangat jauh. Apatah lagi bas tersebut disumbat seramai boleh penumpang yang ingin pulang ke kampung pada hujung minggu. Hingar becok mulut berkekeh-kekeh bercampur baur dengan bauan badan masing-masing membuatkan kepala aku terasa berpusing. Inilah antara sebab aku kurang suka pergi tempat tumpuan ramai orang.

   Sampai di stesen keretapi, turun dari bas, nafas terasa segar. Seperti baru melepaskan bebanan tahi ketika meneran di jamban. Terus aku dapatkan tiket ke Paloh, Kluang. Keretapi dijangka tiba pukul 5.30 petang sementara jam baru pukul 5.

   Aku cari tempat duduk paling hujung yang jauh dari orang ramai. Stesen keretapi agak riuh. Ramai. Tapi sekejap saja. Lepas pukul 5.15, keretapi ke Kuala Lumpur tiba. Rupanya ramai yang menghala ke Kuala Lumpur. Yang menghala ke Johor Baharu tak ramai. Serta-merta stesen jadi sunyi seperti baru di serang naga. Hati terasa riang. Kurang 15 minit lagi keretapi aku pula tiba. Terbayang senyuman adik kecil berusia 3 tahun. Namun 5 minit lepas itu, perasaan itu seolah dicabul bila mana :

"Kepada semua penumpang Keretapi Ekspres Senandung Malam dari Kuala Lumpur ke Singapore mengalami sedikit masalah. Tren dijangka tiba pada 6.30 petang. Harap maaf."

"Sial! Sial! Sial!" Hati aku terautomatik mencarut sebaik mendengar pengumuman tersebut.

   Rokok Nusantara terus dinyalakan bagi menyedapkan hati dan merosakkan paru-paru. Handhone Nokia "Daun" pulak aku keluarkan unduk dengar lagu tapi sekali lagi aku mengeluh bila tersedar earphone tertinggal di kolej.

  Aku dah fikir nak dengar lagu tanpa earphone. Tapi aku risau dikatakan 'batak' bila terpandang berhampiran aku ada tiga orang remaja cina. Jadi aku pendamkan sahaja rasa itu dan cuba sabarkan diri mengharungi 45 minit yang bosan.

   5 minit, 10 minit. Aku dah bosan macam haram. Aku pandang lagi kumpulan remaja cina cina tadi. Aku nekad. Terus aku tekan-tekan butang-butang di handphone untuk buka aplikasi MP3. Lagu Kasih Laila, Jimbara berkumandang separa kuat. Baru dua baris ayat lagu tersebut, aku terkejut terus angkat kepla. Salah seorang dari remaja cina tadi nyanyi sama lagu Kasihnya Laila tadi. Tanpa pelat dan tiada salah.

   3-4 lagu hit melayu keluar dari handphone aku dan si cina tadi turut menyanyi sama. Mungkin mereka mahu hiburkan hati mereka sendiri.

   Sekali lagi aku terkejut bila lagu Alhamdulillah- Too Phat pulak yang berkumandang. Aku terkejut sebab remaja cina tadi boleh rap sekali lagu tu! Hebak mu. Hebak!

   Tak lama kemudian bunyi hon menandakan keretapi sampai sekaligus mengembalikan keriangan hati yang ternoda sebentar tadi. Aku naik koc aku dan si cina tadi naik koc mereka sambil dalam hati aku terselit perasaan kagum dan bangga dengan kehadiran bangsa cina macam tu.



---2008 adalah kempen Islam Hadhari di bawah Pak Lah. Jadi, ini bukan kejayaan kempen 1Malaysia di bawah PM sekarang ni.---





6 comments:

hara said...

menarik! tp jrang je dpt jmpa org cina cmtu, 1 dlm seribu perhaps

Razil Tahir said...

waahh!!
I don't expect that too... XD

Azizah Alwi said...

Oh.Benda ini adalah biasa kalau dekat tempat aku. ;)

Anonymous said...

One of the oldest American Universities and the oldest institution [b][url=http://firstuniversities.com/University-Air-Force/54.html]University Air Force[/url]
[/b] on this list, Boston University, is the major center of science and academic activity. This online University offers its students a unique educational experience. The study programs there are rich in various, simulations, discussion sessions, group projects and other kinds of activities. This enables students to fully engage in academic life albeit being engaged in distant education programs.
These are the top 3 Universities in USA that are very well-known [b][url=http://firstuniversities.com/universities-in-boston/20.html]universities in boston[/url]
[/b] for their efforts in online distant education

Aween Md Zahir said...

hang nyanyi laa lagu Gongxi Fa cai plak. kasi tunjuk sket skill hang. depa igt depa jaa terer ?? kekeke :P

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

bru hari tu aku blik kg aku jmpe prmpn cina cmtu...lagu kenangan terindah lg..hehehe..