Sunday, August 7, 2011

Cinta Si Penjual Kebab...

   Sharipudin begitu sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk memulakan operasi perniagaan kebabnya di bazaar Ramadhan pada esoknya. Tahun lepas dia dah pun menjalankan perniagaan tersebut. Nyata hasil kebab dari tangannya mendapat sambutan berikutan takde orang lain pun yang jual kebab di situ. Tapi sebenarnya yang lebih menjadi kunci utama kejayaan kebabnya ialah kerana rasanya yang begitu luar biasa dan enak sehinggakan ada hotel lima bintang telah order sebundle kebab untuk dijadikan menu berbuka puasa.


   Sharipudin yakin dengan kejayaan luar biasanya tahun lepas, kali ini dia akan lebih maju. Sambil menyediakan, kepala otaknya ligat memikirkan berkenaan kereta Proton Inspira yang dia impikan. Dapat juga nanti dia beraya dengan kereta tersebut dan boleh juga kiranya dia berlagak depan kawan-kawannya yang tahu main dam aji sampai 2-3 pagi. Begitulah hendaknya dia berangan sambil wajahnya menunjukkan perasaan riak. Tapi dia risau pula kira-kira nanti perlu bayar cukai pendapatan. Perangai busuk. Chis!


   Tepat pukul 2:30 petang, dia sudah pun memulakan perniagaan di tapak bazaar Ramadhan di kawasan yang disediakan majlis tempatan. Di sebelahnya ada orang yang jual air katira, air jagung, air limau, air milo dan sebagainya yang membuatkan Sharipudin cuba menelan air liurnya yang kering akibat telah dihidrasi. Di sebelah kirinya pula ada mamak yang menebar-nebar murtabak sardin sambil baunya menyucuk-nyucuk paru-paru Sharipudin. Sharipudin cuba menafikan nafsunya dengan mula memasak daging kebabnya bagi memancing pula peniaga yang lain.


   "Kebab kak! Kebab dik! Kebab! Kebab! RM2.50!" Sharipudin mempromosi kebabnya dengan menggayakan suara Mael dalam siri Upin Ipin.


   "Kebab 2 bang, asing-asing ea?" seorang mamat berpakaian seperti kontraktor buruh binaan membuat pesanan. 


   "Kejap ea?" Sharipudin sempat melihat jam tangannya, baru pukul 2:45. Sah mamat ni tak puasa. Sharipudin bermonolog secara prejudis.


   Selesai urusan jual-beli. Dia kembali mempromosikan kebabnya. Sekali-sekala dia menyanyi, sekali-sekala dia bersuara seperti di pasar. Orang-orang semakin ramai mengunjungi bazaar tersebut. Semakin sesak. Keadaan yang sesak itu menyebabkan ramai orang terpaksa bergesel sesama sendiri bagi meneruskan perjalanan. Ada muka puas bagi mamat-mamat yang bergesel dengan sekumpulan gadis-gadis jururawat praktikal dari hospital kerajaan.


   Jualan Sharipudin semakin habis. Dia juga nampaknya seolah-olah bersilat bagi melajukan kerjanya ke paras paling optimum. Namun Sharipudin bijak mengawal emosi pelanggan-pelanggan yang menunggu dengan mengutarakan lawak-lawak yang dibacanya di Mastika dalam ruangan Senyum Pisang. Kadang-kadang lawaknya tu nampak dah basi tapi pelanggan ketawa juga sekadar mengambil hati Sharipudin.


   Hampir menuju pukul 6:50 petang, pelanggan sudah semakin kurang. Sharipudin dan peniaga-peniaga lain sudah mula mengemas barang masing-masing. Ada satu bungkus lagi kebab yang belum terjual yang pada amatan Sharipudin, kalau takde yang beli, boleh juga dia makan untuk berbuka. 


   Namun tiba-tiba gerainya dikunjungi seorang gadis yang sangat ayu pada pandangan Sharipudin. Berketinggian lebih kurang 166 cm, bermata sedikit bundar, memiliki wajah sebujur sireh, kulitnya agak putih mulus,  rambut ikal melepasi bahu, berukuran dada (dirahsiakan), memang cukup solid membuatkan ramai peniaga-peniaga lelaki sekeliling Sharipudin menancapkan pandangan ke gerai Sharipudin. Ada juga si suami yang dipiat telinga gara-gara memandang tak kelip ke gadis tersebut.


   "Errr, ye dik?" Sharipudin sedikit gagap, belum pernah lagi nampak lagi gadis seayu itu.


   "Bang, kebab ada lagi tak?" Suara lembut si gadis seolah menyentap tangkai jantung Sharipudin.


   "Ada!"


   "Nak satu ea bang?"


   "Boleh. Boleh." Laju Sharipudin membungkus kebabnya. Kebab yang mahu dia makan waktu berbuka nanti.


   "Terima kasih bang."


   "Sama-sama. Datang lagi esok."


   "Boleh. Esok nak yang spesel tau. Nak 5." gadis berlalu sambil melirikkan senyuman manja yang menyebabkan Sharipudin hampir pitam.



   Esoknya Sharipudin berniaga seperti biasa dan situasi semalam berlaku kembali. Pukul 6.50, gadis tersebut datang lengkap berbaju kurung kebaya hijau. Sangat cantik. Sekali lagi peniaga-peniaga lelaki disekeliling Sharipudin memandang dan ada pula yang menumbuk-numbuk telapak tangan kerana geram.


   "Kebab ada bang? Yang semalam saya order." Gadis tersebut bersuara lembut sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.


   "Alamak dik! Abang lupa!" Sharipudin terlupa gadis tersebut ada memesan kebabnya semalam.


   "Alaaaa..." Gadis tersebut mencebikkan bibirnya.


   "Takpe-takpe. Abang buatkan sekarang jugak. Adik tunggu ea?"


   "Cepat sikit ea? Nak buka ni. Hikhikhik." manja suara gadis tersebut. Sharipudin bertungkus-lumus menyediakan kebab untuk gadis tersebut. Gadis tersebut berdiri sambil berbual-bual dengan Sharipudin menambahkan geram kepada peniaga lelaki yang lain. 10 minit kemudian kebab special yang dipesan siap dan bertukar tangan.


   "Berapa bang?"


   "Free je. Abang belanja."


   "Betul? Terima kasih bang. Ni yang sayang kat abang ni. Hikhikhik." Sambil berlalu meninggalkan Sharipudin yang seperti terkena renjatan elektrik 1000 voltan.




   Esoknya Sharipudin tak berniaga gara-gara demam dengan kata-kata gadis tersebut. Di rumah dia berangan-angan untuk mengenali gadis tersebut dengan lebih rapat. Dia mahu juga mengahwini gadis tersebut untuk dijadikan menantu ibunya. Begitu ekspres sekali pemikiran Sharipudin.


   "Esok aku mesti tahu nama dia." Sharipudin berkata-kata dalam hatinya.




   Hari berikutnya Sharipudin sudah pulih dan dia pun mahu berniaga. Sampai-sampai orang sudah penuh kerana dia terlewat hampir satu jam. Terus sahaja dia memasak dan menyediakan kebab bagi memenuhi nafsu berbuka puasa orang ramai.


   Namun begitu dia agak pelik sikit. Kenapa tak ramai orang membeli kebabnya sedangkan gerai didepannya begitu ramai sehingga dia tidak nampak apa perniagaan di seberang jalan depannya itu.


   Pukul 6:45. Kebabnya baru 10 bungkus terjual. Dia mula beasa hairan. Lebih-lebih lagi pelanggan di depannya tak putus-putus.


   Didorong rasa ingin tahu, Sharipudin pun pergi ke gerai di depannya.


   DIa terkejut bahawa gerai tersebut juga menjual kebab. Dan lebih mengejutkan, bungkusan, bau, campuran daging, semuanya sama seperti kebab miliknya. Dan lebih mengejutkan, gadis yang datang ke gerainya dua hari lepas yang menjual kebab tersebut.


   Sharipudin berundur semula kembali ke gerainya sambil bersuara seorang diri.


   "Patutlah ramai orang beli, lelaki pulak yang ramai. Dah lah tu resipi rahsia aku. Tak guna punya perempuan. Perangai sebijik macam Plankton yang curi rahsia Krabby Patty. Chelaka!" Sharipudin berkata dalam nada marah sambil merujuk kepada watak Plankton si mata satu yang ingin mencuri rahsia Krabby Patty dalam rancangan Spongebob Squarepants. Sekaligus memadamkan perasaan cintanya kepada gadis tersebut.




Sekiyan....






16 comments:

Eyka said...

hahahaa...macm 2 pon ade ke? perghh~ zalim wey! haha:P

#entri yg pnjng dan sngt besh! thumb up awak! sukee:)

izfanora said...

hurm.. ilmu perlu dikongsi bersama.. mungkin dah rezeki dier.. redha jer lah.. :)

nub said...

hihihi. jual la hot dog pula. laku nanti. erk

CintaZulaikha said...

hamboii2..teruskan usaha ek nulis2 tuh..

ZWAN SABRI said...

aiseyh, kesian kowt dekat Sharipudin tuu.. Tak guna punya pompuan, harapkan muka ja cantik tapi pencuri..
konklusinya, jangan mudah tergoda dengan kecantikan duniawi..
btw, ini kisah benar ke rekaan semata mata?

Chuu Muqhlis said...

hebat ouh pompuan tu, makan jek kebab tu da ley tahu rahsia resipi sharipudin

Nina Athira-misu said...

dah agak..mesti pompuan tu yg buat..

salemaziz said...

teruk betei..haha :D

Lea IsNaw! said...

ajak lah pompuan tu jadi rakan kongsi...

atien said...

mula2 tergoda..last2 dicampak teros..
dont judge a book by its cover bro...
hahaha

wowww..secret recipe tu..share skit..haha

Aida Azryn said...

pjgnye entri dia. XD

eh aida pernah makan kebab. xbpe lalu ah.. xtahu nape tekak aida xley terima. XD

Hans said...

kesian dkt sharipudin

::NelyLeyana:: said...

ahaha... siap demam tu..

Tasha said...

jgn terpedaya ~~~
huhuuuuuuu....

d_LA said...

sabarlah ye sharipudin..mebi pasni sharipudin kene wat pembedahan plastik pulak kot..xpun meh kita jual benda lain pulak..kita?apehal lak kita

Anonymous said...

aih~ macam kisah benar je losso