Namun begitu, profession cikgu sudah tidak segah dulu. Seorang cikgu hanyalah dipandang sebagai jawatan orang-orang yang sudah tiada pilihan kerja, seorang yang bacul kalau nak dibandingkan dengan askar, juga seorang cikgu sekarang sudah tiada apa-apa makna lagi. Sebab itulah ramai anak murid semakin biadap terhadap cikgu sendiri. Kalau dulu, pancitkan tayar kereta cikgu dah kira paling biadap pernah dilakukan. Sekarang? Tumbuk cikgu dah macam tumbuk punch-bag.
Ok. Intro aku sampai dua perenggan. Ni kalau Mastika baca intro aku, kompem-kompem aku dah jadi penulis tetap diorang. Pergh!
Baiklah. Selesai sudah mengarut lagi. Sekarang berbalik kepada isu asal. Cikgu pilihan Malaysia. Ya. AKu tau ada beberapa orang dah dapat tangkap siapakah cikgu yang paling top dalam Malaysia ni. Tapi takpe. Mari kita usyar satu persatu. Harus diingat, cikgu pilihan ni bukan aku suka-suka buat, sebaliknya ianya ditentukan dalam carian Google. Jadi, tanpa membazir ruang lagi, mari kita usyar.
Cikgu Shida
Ate? Teman memang dah cenggini.. |
Tapi sayang. Dek kerana profession asalnya cikgu, dia dipandang enteng oleh sesetengah masyarakat Melayu. Pada mereka, "Macam bodoh je, ada ke perangai cikgu macam ni?". Jadi, adakah seorang cikgu tak boleh untuk mempunyai perangai separa gila macam ni? Nak kata Cikgu Shida menyentuh sensitiviti keagamaan, tidak. Sensitiviti perkauman? Juga tidak. Jadi apa masalahnya? Kalau orang biasa atau artis terkenal, boleh pulak ye? Susah sebenarnya jadi orang Malaysia ni.
Cikgu Zakiah
Berkasual merah jambu hendaknya. |
Seorang watak utama dalam perjalanan plot drama fenomena TV3, Juvana. Cerita di mana pelajar-pelajar nakal yang menjalani sistem pemulihan. Sebaliknya berlaku sebuah konspirasi yang akhirnya memakan diri si pendalang. Dan sekarang kenapa aku pergi ulas cerita Juvana ni? Chait! Nampak sangat kaki tengok drama. Takde-takde. Aku cuma tengok Juvana je kot. Drama lain? Pergi mati.
Cikgu Ayu
Ini bukan Cikgu Ayu, bangang! |
Tapi ingin aku ingatkan, Cikgu Ayu merupakan antara nama yang sedang mencanak naik dalam arena muzik negara. Tak kenal jugak? Ok. Meh aku kenalkan sikit.
"Dia bertudung litup,
Senyum menawan kalbu memang ayu,
Cikgu Ayu, cinta hatiku~~"
Lagu bertajuk "Cikgu Ayu" dendangan Khalifah. Sebuah band yang memang diakui perjuangannya yang sumpah best. Sememangnya band ini sekaligus menyertai band-band tempatan lain dan cuba memecah dominasi band Indonesia yang banyak membanjiri arena seni tempatan.
Cikgu Suraya.
Mungkin ramai masih tertanya-tanya, kenapa aku gemar menggunakan watak 'Cikgu Suraya' dalam setiap entri aku yang berbentuk cerita. Mungkin jugak ada yang blur-blur dengan setiap term-term ayat yang aku gunakan seperti "Pam basikal", "hujan", "suami pergi outstation" dan sebagainya.
Ok. Hari ni aku berterus terang. Cikgu Suraya merupakan nama tajuk dan watak dalam sebuh cerpen lucah. Haa.. Tu mula lah nak jijik. Tak yah nak berhipokrasilah. Lepas ni mula lah tu Google nak cari cerita Cikgu Suraya. Takpe. Tu hak masing-masingkan? Har har har.
Tapi kenapa Cikgu Suraya? Sedangkan ada ratusan, atau mungkin ribuan cerpen-cerpen lucah yang sedang bergentayang di ruang-ruang alam internet ni. Sebabnya. Penggarapan Cikgu Suraya diaturkan dengan begitu baik dan terperinci sehinggakan si pembaca akan merasakan seolah-olah dialah si pelaku dalam cerita itu. Tak seperti cerpen-cerpen lain yang begitu hampas.
Selain itu, dalam sepanjang-panjang cerpen tu, takde langsung kesilapan ejaan. Ataupun penggunaan short-form budak-budak Pavillion macam "x", "kiteew", "dgn", "abg", "iyyeeww", dan sebagainya.
Nampak? Gaya penulisan sebenarnya penting dalam menarik pembaca. Tak kira lah tulisan kau sampah atau berilmiah. Sekian sahaja ceramah saya. Har har har...
Ok. Tu je lah aku rasa untuk kali ini. Tak percaya? Pergi Google, taip perkataan "Cikgu"... Ok.. Daaaaa...
8 comments:
hahahahahahaha
siot je pot nie... xleh tahan gmbo ayu raudhah tu...
xde yg sopan sikit ka??
cikgu zakiah dihatiku.. aku tgk juvana nk tgk cikgu je.. daim aku x knl pon sape..haha :P
penghuraian watak CIKGU SURAYA anda lagi panjang dari cikgu2 yg lain...
walaupun secara tidak lansung terkantoi 'pekung' di dada kau LOSO,tapi apa yang dapat disimpulkan dari entry kali ni,cikgu pilihan malaya adalah cikgu suraya la kan...har har har
Aku setuju dengan Anon diatas.Haha.Baru perasan penghuraian kau mengenai Cikgu Suraya lebih panjang daripada huarau cikgu-cikgu lain.Apsal tak carik gambar Ayu Raudhah Guna tudung jugak?
Aku boleh bayangkan kalau sipot jadi cikgu. :)
Penggunaan nama Loso.. Celakak! Anon ni mesti budak rumah jugak.. Gggrrrr...
Cikgu Suraya lagenda agung kot.. Hahahaa.. eleeh.. sok-sok suci pulak kalian ni... :P
--Sipot Malas nak log in gmail--
aku tetap dengan cikgu sameah. walaupun dia tak cun
harharharhar...tader makna nak gi goggle benda tader pekdah..lallalla~~
♠♥🃏WAKANDA POKER🃏♦♣
AGEN POKER ONLINE INDONESIA AMAN DAN TERPERCAYA
DENGAN RATING KEMENANGAN DAN KESEMPATAN UNTUK MENDAPATKAN JACKPOT YANG TINGGI.
RATUSAN RIBU ORANG TELAH BERMAIN DI WEBSITE INI, BERANIKAH ANDA MENGALAHKANNYA?
DENGAN MINIMAL DEPOSIT 10.000 KALIAN SUDAH MEMAINKAN 7 PERMAINAN DALAM 1 AKUN YAITU
⏩TEXAS POKER
⏩DOMINO
⏩CEME
⏩CEME KELILING
⏩CAPSA SUSUN
⏩OMAHA
⏩SUPER 10
WAKANDA POKER JUGA MEMPUNYAI BANYAK PROMO BESAR SAAT INI:
💲BONUS DEPOSIT PERDANA
💲BONUS TURNOVER 0.3%
💲BONUS REFERRAL 10% SEUMUR HIDUP
💲BONUS JACKPOT TOTAL PULUHAN JUTA RUPIAH
KAMI JUGA AKAN MEMUDAHKAN ANDA UNTUK PEMBUATAN ID DENGAN REGISTRASI SECARA GRATIS MASIH ADA KELEBIHA LAINNYA :
✅MINILAM DP & WD SEBESAR HANYA Rp 10.000
✅NO SYSTEM ROBOT!!! 💯% PLAYER VS PLAYER
✅BISA DI AKSES VIA Android/IPhone/IPad
✅PROSES DP & WD YANG SANGAT CEPAT
✅PELAYANAN DENGAN CS PROFESIONAL & RAMAH 24 JAM
Post a Comment