Monday, May 30, 2011

Kerana Roti...

   Berdentam-dentum membingit bunyian dalam kelab tesebut. Kelihatan orang-orang di dalamnya sedang dirasuk hantu-hantu maksiat dengan tangan tak lepas menggenggam gelas air kencing syaitan. Ada satu tiang di mana ada gadis sedang meliuk-lentokkan tubuh monggelnya menyaksikan  lelaki-lekai disekelilingnya menabur-nabur duit. Ada golongan dato'-dato' yang sepatutnya di rumah menggauli isteri masing-masing. Tapi mereka nampaknya sedang memuaskan nafsu binatang masing-masing. Di tengah lapangan pula ada segerombolan yang menari-nari mengikut rentak muzik yang dimainkan. Lampu-lampu berkelip-kelip menambah suasana gamat di situ. Gaya urbanlah katakan.

   Di satu sudut terlihat ada meja-meja untuk orang-orang bermain permainan kad berunsur duit. Danial Rosli nampaknya begitu galak mengungguli meja tersebut. Dari satu chip ke puluhan chip, berinjak ke ribuan chip, berkaut-kaut kemenangan dari permainan haram itu. Gadis berkasual seksi sedang leka dalam rangkulannya. Rambut perang melebihi paras bahu. Kulit putih mulus jelas kelihatan lebih-lebih lagi di bahagian dada yang terdedah dan kepalanya sedang lentok di bahu Danial Roslan. Danial Roslan tersenyum bangga dengan kejayaannya di meja haram itu.

   Selesai menukar chip kepada tunai, Danial Rosli merangkul kemas gadis di sebelahnya tadi keluar dari tempat pengumpul syaitan itu menuju ke keretanya. Yang nyata menuju ke rumahnya sendiri. Dan gadis yang sedang separa sedar dek penangan ubatan haram itu akan dilapah sebentar lagi. Sebagai meuncak malam gemilangnya. Aksi ghairah sedang bermain-main dalam fikiran Danial Roslan.

   Berbaringlah mereka berdua di atas katil beralas tilam empuk itu. Danial Roslan mengucup bibir monggel gadis tersebut penuh nafsu sambil tangan-tangan Danial Roslan cekap dan tangkas merayap mencari sasaran. Tiba-tiba telefon bimbit Danial Roslan berdering lagu "GIve Me Your Soul" dendangan King Diamond. Serta-merta aksi lincah Danial Roslan terhenti dan segera menyambut panggilan tersebut.

   "Hallo..! Nak apa? Kau ni kacaulah!" Danial Roslan tau di hujung panggilan itu adalah salah seorang kawannya. Joe Screw.

    "Kau tak tengok bola ke apa? Kan kau betting semalam." Joe Screw bertanya.

    "Aduh! Camne aku boleh lupa ni?" Danial Roslan baru teringat dia ada bertaruh sejumlah wang ke atas perlawanan bola sepak yang dimaksudkan. Gadis yang sedang asyik di sebelahnya memandang kehairanan.

   "Tak yah tengok. Dah habis pun. Celaka. Barcelona menang pulak 3-1. Sebijik macam kau predict semalam. Esok kutip ar 5k kau kat bookie." Joe Screw bersuara sedikit rendah tapi berbaur tak puas hati.

    "Hahaha! Kau betting Barca menang 2-1 kan? Tak dapat apa-apa lah? Hahaha!" panggilan ditutup dan nampaknya malam gemilang Danial Roslan semakin meriah. Sudahlah menang besar ketika berjudi tadi. Kini taruhannya mengena pula. dan gadis disebelahnya sedang menanti untuk dilangsaikan. Danial Roslan begitu gembira. Terus sahaja gadis itu bersatu bersama Danial Roslan sambil erangan gadis itu tenggelam dengan hujan di luar.

    Esoknya Danial Roslan menghantar gadis tersebut ke rumah gadis itu. Perut berbunyi. Dari pulang semalam dia belum menjamah apa-apa makanan. Kelaparan menjadi-jadi. Mahu pergi ke kedai makan. Agak jauh. Lagipun dia ada sedikit gastrik. Jadi dia memilih untuk beli roti di kedai runcit berhampiran. Terus sahaja Danial Roslan pergi ke kedai berhampiran dan membeli roti bun untuk dikunyah sedikit.

    Selesai urusan pembelian, Danial Roslan duduk dalam kereta dan membuka roti dengan tergopoh-gopoh dan terus menggigit roti perisa coklat tersebut. Baru sahaja roti tersebut dikunyah dan menjejak ke anak tekak, Danial Roslan mengerut dahi. Rasa roti tersebut agak pelik dari biasa. Oleh kerana itu adalah roti kegemarannya, dia tahu bagaimana rasa roti itu. Segera dia memandang tarikh luput dibungkusan roti itu. 

    "Guna sebelum : 27hb Mei 2011."

    Danial Roslan pandang pula jam tangannya. Hari ini sudahpun 29hb Mei 2011. Serta-merta Danial Roslan jadi marah semarah marahnya. Terus sahaja dia keluar dari keretanya menuju ke kaunter kedai runcit tadi. Sampai sahaja dia di situ, terus sahaja dia mencampak roti tadi ke muka peniaga kedai runcit itu. 
    "Lu ni bangang ke apa? Lu meniaga macamana ni? Bodoh takde otak. Ni tarikh dah lepas bodoh! Bangsat. Kalau gua sakit perut, mati, macamana? Bongok! Anak haram punya tokey!"

    Pembersih jalan memandang dan hanya menggeleng-geleng kepala...


****************************************************************************

   Adab dan adat dunia, dunia penuh haram jadah maksiat segalanya langsung tak peduli. Roti habis tarikh pun dah kecoh takut sakit perut...

   Kau tu yang bangang sebenarnya...





Saturday, May 28, 2011

Kronologi Lagu Cinta...

   Ini bukanlah blog Terfaktab walaupun sedia maklum bagi pembaca-pembaca Terfaktab bahawa tema penulisan mereka minggu ini adalah "Lagu Cinta". Tapi ini adalah blog Sipot Si Tukang Tulis. (Blog aku le tu. Hikhikhik). Ok. Ok. Sejujurnya lagu dan cinta adalah dua entiti yang saling berkait rapat. Sebagaimana ramai yang tahu, ada pasangan di mana si teruna yang menujukan lagu buat kasihnya. Ada juga si teruna yang membuat video memorial sempena perhubungan mereka yang semakin intim. Ada juga yang memberi dedikasi lagu melalui radio buat sang kasih dan banyak lagi pasangan yang mengaplikasikan lagu-lagu cinta di dalam perhubungan mereka.

    Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, mari kita layan susunan lagu-lagu cinta yang dikronologikan menjadi sebuah cerita. Dan oleh kerana aku ni orang melayu, darah aku orang melayu, mama baba aku orang melayu, aku juga berpaksi di bumi Malaysia, jadi seratus peratus semuanya adalah lagu melayu tak kira rock kapak, balada, irama Malaysia dan sebagainya. Layaaannnnzzzz....

Sebuah Kronologi Cinta diselitkan lagu-lagu cinta....

    Munawir seorang pelajar universiti yang mangambil jurusan pengurusan. Perwatakannya agak biasa seperti orang-orang biasa yang lain. Tidak memakai baju jenama Polo kolar naikkan. Tidak bergaya dengan baju kemeja kotak-kotak. Tidak menggayakan rambut ala-ala korea seperti mana siswa-siswa lain bergaya. Tidak juga memakai wangian yang dibeli dari Paris dimana semburan hanya sedikit bila pakai. Dia hanya biasa. Pertuturannya juga biasa.

    Dari satu semester menginjak ke satu semester, dia tekun meneruskan pengajian sebagai membalas jasa orang tuanya. Di semester empat, Munawir tidak hadir di kelas pertaamanya. Tidak tahu bahawa di hari pertama tersebut, pensyarah sudah pun mengagih kumpulan untuk tugasan berkumpulan. Pada petangnya Munawir menerima panggilan telefon dari seorang gadis.

   "Hallo, Asslammualaikum. Ni Munawir ke?" Lembut suara si gadis di hujung panggilan.

   "Wa'alaikumsalam. Ya saya? Ada apa?" Munawir terkesima. Belum pernah seumur hidupnya dia mendengar suara gadis sebegitu lembut di dalam telefon.

   "Ni saya Lina. Kita satu group tau untuk asignment HR. Lecturer dah bagi kerja dah."

   "Oh ya ka? So, saya kena buat apa ni?" Munawir terkejut. Sudah hari pertama sudah ada tugasan.

   Gadis tersebut memberi penerangan satu-persatu. Fokus Munawir sedikit hilang kerana terbuai dek suara lembut tersebut. Selesai perbualan telefon, Munawir memandang jauh-jauh. Senyuman terukir automatik.

   Sebelum ini sekiranya Munawir berkenalan dengan mana-mana siswi pun, langsung tiada sedetik rasa cinta yang ada dalam hatinya. Namun berbeza dengaan gadis yang seorang ini. Seorang gadis yang berpewatakan lembut. Tinggi lebih kurang separasa dengan bahu Munawir. Bermata agak bundar dan wajahnya sedikit bujuh sireh. Kulitnya agak cerah dan gemar bertudung biasa tapi agak labuh. Entah kenapa Munawir memberontak akan Shazlina. Nama si pemilik siswi tersebut.

Pertama kali ku dengar suaramu,
Sayunya hatiku merindui dirimu,
Walupun belum kita bersua muka,
Namun aku tetap jatuh cinta...

   Munawir sedar akan keadaan itu. Dia tahu hormon ingin menyanyang dan disayangi sedang hebat menjalar dalam pembuluh darahnya. Namun dia hanya mendiamkan akan perkara itu. Belum berani baginya untuk menyatakan hasrat kepada Shazlina. 

Dalam diam hatiku berkata,
Kau wanita cintaku pertama,
Hadir kasihmu penuh bermakna,
Mungkinkah jadi nyata...

   Munawir semakin intim dengan Syazlina. Dari sebagai teman tugasan, kini berubah kepada teman berkongsi pendapat dan cerita. Namun begitu masih belum ada sebarang kata-kata putus yang menunjukkan mereka bercinta. Hanya teman rapat.

Mungkinkah akan terjadi,
Dirimu aku miliki,
Berilah tanda kepastianmu,
Namun jika tak tercapai,
Harapanku,
Selama hayat dirimu tetap ku sanjungi...
   "Syaz, lama dah kita berkawan. Orang-orang asyik kenakan saya cakap kita ni couple. Tapi saya tak tahu nak jawap apa. Hanya layankan sahajalah mereka." Munawir bersuara tiba-tiba ketika mereka berjalan-jalan sekeliling kampus.

   "Maksud awak?" Syazlina kurang pasti.

   "Awak, sudi tak kalau terima saya sebagai kekasih awak?" Munawir tiba-tiba memotong perjalanan Syazlina dan berada betul-betul depan Syazlina.

   "Bukan apa Mun. Saya ni pernah kecewa dulu. Saya tak berani nak bercinta ni. Awak pun tahu kan? Saya lagi suka kita berkawan macam ni. Luka lama saya, masih basah. Masih pekat darahnya. Maaf ye?" Masih ada senyuman di bibir Syazlina. Senyuman yang cukup manis.

   Munawir tidak kecewa dengan situasi itu. Bukan kali ini sahaja dia mendengar kata-kata seperti itu dari mulut Syazlina. Sudah berkali-kali. Dan ketika itulah Munawir setia menanti Syazlina berubah fikiran.

Jika kau ubah fikiran
aku kan setia menanti
jika kau perlukan teman
carilah disini
jika kau ubah fikiran
untuk jatuh cinta lagi
yang pertama ke depan
jika kau ubah fikiran...
   Ternyata Munawir langsung tidak berputus asa. Berbagai usaha dilakukan dan kini Syazlina menjadi seorang yang bertakhta dihatinya. Syzalina juga sudah menerima Munawir sebagai kekasihnya. Mukanya yang putih akan berubah kemerahan sekiranya ada yang menyakat dia dengan Munawir. Seringkali itu jugalah mereka berbalas bahasa sebagai meyakinkan kehebatan cinta masing-masing.
Tahukah engkau betapa hebat cintaku,
Tanpamu di sisi aku keresahan,
Tahukah engkau betapa hebat cintaku,
Tanpamu disisi aku kerinduan.
Biarpun ombak merubah pantai,
Kasihku tak akan hancur berderai,
Biarpun hari, berganti hari,
Kau tetap ku nanti...

   Masing-masing begitu hangat bercinta. Namun begitu pengajian yang sedang dijalankan tidak terabai. masing-masing berjaya. Masing-masing juga sudah berkerjaya meskipun di tempat yang berasingan. Hubungan juga semakin intim disamping mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga. Hanya menanti untuk disatukan.

   Kusangkakan panas berpanjangan,
Rupanya gerimis,
Rupanya gerimis,
Mungundang,
Dalam tak sedar ku kebasahan...
   Syazlina semakin mula terdedah dengan dunia kerjaya yang lebih mencabar. Lebih menemukannya dengan orang-orang luar. Diluar pengetahuan Munawir, Syazlina mula berkenalan dengan seorang lelaki lain di satu tempat kerjanya. Dari perkenalan biasa, semakin menjadi-jadi hubungan mereka. Munawir semakin dilupakan dan semuanya diluar pengetahuan Munawir. Di hadapan Munawir, Syazlina masih galak memainkan wataknya sebagai pencinta yang setia.
   Tidak lama Syazlina menyembunyikan semua itu. Suatu hari, sewaktu Munawir bersama kawannya ingin membeli makanan sebagai mengisi kekosongan perut di sebuah kafe ternama, Munawir terpandang akan sesusuk tubuh yang cukup dia kenal sedang bersama dengan lelaki lain.

Mesranya tingkahmu, disamping si dia,
Menambah luka dihatiku,
Senyumanmu di samping orang ketiga,
Bagaikan sembilu,
Menusuk dihatiku...

   Hancur lebur perasaan Munawir ketika itu. Habis punah kepercayaannya tehadap kekasih hatinya. Namun kasihnya sedang enak bermain cinta dengan kasih yang lain. Teringat dia akan setiap luahan kata-kata cinta dari Syazlina.

Lakon layarmu hebat,
Terpukau ku melihat, 
Isi hati murahan,
Sampai bila kau harus tersesat,
Tidak kau penat,
Hidup penuh muslihat,
Mahkotamu, Raja Drama...
   Munawir mengalah dalam perjuangan cintanya selama ini. Dia mengalah dengan berundur dalam cintanya dengan Syazlina. Namun begitu masih ada rindu dalam hatinya. Meskipun mereka sudah berpisah, mereka masih berhubung sebagai kawan biasa. Betapa menyakitkan hati Munawir bila Syazlina gemar bercerita tentang kehebatan kasihnya yang baru.

Tidak perlu engkau bercerita,
Tentang dirimu yang sudah berpunya,
Ku tahu kau bahagia bersamanya,
Hapuskan sahaja kenangan cinta kita...

   Munawir memilih untuk duduk di sebuah bangku yang disediakan di taman rekreasi bersama kawan baiknya. Pandanganya dihalakan jauh-jauh namun tiada hala.Dalam Munawir mengelamun jauh, dia terpandang akan pasangan Syazlina dan lelaki tersebut.

Terhenti lamunan, bila ku dikejutkan,
Engkau dipimpin pergi, oleh seseorang,
Dalam keterpaksaan, kau melangkah pergi,
Namun sempat juga kau menoleh, ku di sini...
   Selesai menurutkan pandangannya ke arah pasangan tersebut, Munawir mencampakkan kembali pandangannya ke tengah. Sambil menghembus nafas yang terkumpul, dia mengharap ada sinar menanti untuknya. 

    Bahunya ditepuk berkali-kali oleh sahabatnya untuk menenangkan hatinya........

        Tamat sudah,... Hahahaha...

Tajuk lagu mengikut rangkap :

Luahan Hati - Kristal
Mungkinkah Jadi Nyata - Khalifah
Mungkinkah Terjadi - Spider
Jika Kau Ubah Fikiran - Mila
Kehebatan Cinta - Jamal Abdillah ft Francisca Peter
Gerimis Mengundang - Slam
Luka Seribu Rindu - Fotograf
Drama King - Black ft Meet Uncle Hussein
Masih Ada Rindu - The Unwanted
Lamunan Terhenti - Aris Ariwatan






Wednesday, May 25, 2011

Gara-gara Misteri Jam 12 (MJ 12)...

   Misteri Jam 12 mungkin agak asing di Malaysia. Tapi bagi penduduk di Johor mungkin mereka tahu akan kewujudan Misteri Jam 12 ini.

   "Apa itu Misteri Jam 12?"

    Misteri Jam 12 merupakan sebuah segmen yang disiarkan dalam rancangan siaran radio dari Singapura iaitu Ria FM. Segmen Misteri Jam 12 (MJ 12) ni dikelolakan oleh KC. Segmen ini dikeudarakan dengan KC akan membacakan kisah-kisah misteri yang dialami oleh pendengar yang dihantar melalui e-mail. Gaya penyampaian KC yang begitu menarik membuatkan pendengar akan meremang bulu tengkuk apatah lagi sekiranya mendengar kisah-kisah pendengar secara berseorangan.  Mari aku tunjukkan satu contoh kisah yang dibacakan KC di radio yang diabadikan dalam YouTube.

Kalau hati kering, dengarlah sorang-sorang pukul 1 pagi.





   ************************************************************************


   Satu hari tengah kami duduk beramai-ramai depan rumah pukul 2-3 pagi, kisah-kisah misteri menjadi pilihan kami. Maka seorang demi seorang berceritalah berkenaan kisah misteri. Sehinggalah salah seorang dari kami bercerita berkenaan rumah sewanya yang lama dulu. Rumah sewanya terletak lebih kurang 1 KM dari rumah yang aku diami sekarang. Rumahnya masuk ke kampung, agak pedalaman, kiri kanan hanya ada kebun getah dan kebun sawit. Ceritanya berbunyi begini.

    "Kau tau Pot. Sebelum ni kan kau selamber je pergi rumah aku sorang-sorang naik motor pukul 3-4 pagi kan? Kau nak tau tak, dekat simpang nak masuk rumah aku tu. Ada cerita tahu tak?"

    Aku mula meneguk air liur kering sambil menghembuskan asap rokok terakhir dan puntung di buang ke sisi jalan tar. Aku mula teringat akan satu simpang kecil yang menghubungkan jalan ke lorong menuju ke rumahnya. Memang menyeramkan meskipun dilalui disiang hari.

   "Ada sekali tu, kawan aku. Family dia datang. Siang. Ada budak kecik. Masa nak masuk lorong tu, kat situ, budak kecik tu boleh tanya mak dia --Mak! Mak! tu kawan mak ea yang tengah berdiri tu?-- Siang bai. Bukan malam. Padahal takde orang pn kat situ."

    Aku semakin kalut. Sedangkan jalan tu aku selamber je guna malam-malam. Menyumpah-nyumpah aku sebab dia tak pernah nak cerita selama ni.


*********************************************************************************


   Cerita bermula bila Betik, kawan aku nak buat assignment di rumah tersebut yang kini di diami oleh kawan kami yang lain. Dia ada beritahu aku tunggu di rumah sebab nak lepak mamak bila dia dah siap kerja. Ok. Aku on je lah. Sementara menunggu di rumah, aku main lah game PES di rumah dengan Puling.

    Main punya main, jam menginjak ke pukul 1. kemudian pukul 2. Hati mengambil berat aku mula bertanya sendiri.

   "Mana Betik ni? Tak sampai-sampai lagi?"

    Tak lama lepas tu, aku dapat mesej dari Betik.

    "Kau datang rumah Jamut naik motor leh? motor aku takde lampu. Nanti aku ikut sampai rumah kau."

    Serta-merta juga terpacul carutan dari mulut aku.

    "Betik ni gila ke apa? Nak aku datang rumah tu pukul 3 pagi?"

    Lepas tu aku ajaklah Puling untuk teman sama pergi ambik Betik. Nak tau apa Puling cakap?

    "Pelohotak kau. Situ dahlah banyak hantu. Buatnya dia sergah kita. Tak ke naya? Cakap lah dengan Betik, pukul 5. Nanti dah ada orang noreh."

    Lepas tu Betik telefon aku pulak untuk dapatkan kepastian. Masa Betik telefon tu lah macam-macam aku fikir. Sesat dalam perjalanan. Jumpa Akak Pon. Gula-gula. Kena sergah. Gila apa?

    Tengah duduk berkira-kira tu, tiba-tiba aku dengar motor Betik dah ada depan rumah. Dia cekalkan hati tunggang motorsikal hanya ditemani lampu signal. Hambik. Sehamburan makian aku terima dari dia.

    "Bacul! Kata makan lipan bara. Dah bertapa kat gunung Ledang. Dah cabut tali pocong. Ni suruh ambik kat kampung pun cuak. Celaka........" Dialog carutan selebihnya tak berjaya melepasi piawaian.

    Waktu tu game belum habis lagi. Aku ajak Betik masuk rumah, sementara aku habiskan game PES. Ok. Dia masuk. Tapi dia diam belakang aku. Tak cakap apa-apa pulak. Tadi bukan main maki-maki. Tengah game dah nak habis. Dapat mesej dari Betik. "Tuut.. tuut"
    "Jangan lambat sangat weh."

    Damn! Berderau weh. Habis siapa belakang aku? Celaka. Celaka! Aku toleh, tengok Betik dok sengih-sengih. Amende ni weh?

    Rupanya mesej tersebut dah dihantar sebelum dia gerak lagi. Ni semua Maxis Center punya pasal. Hahahaha.

   Cerita masih belum habis di sini. Esoknya Betik canang cerita kat semua member-member. Damn! Buat muka kacak je ar layankan makian mereka. HAHAHA...

   Celaka Betik!!!  Ggggrrrrr...


    Moral : Jangan dengar MJ 12 kalau hati tak kering. Sekian.




Monday, May 23, 2011

Lemas dalam arus...

   Seseorang akan lemas sekiranya tidak pandai berenang, menggerakkan sepasang kaki juga tangan di dalam atau di atas permukaan air. Pilihan yang ada bagi si mangsa ialah dengan menjerit meminta tolong sambil menggapai-gapaikan tangan mencari oksigen. Kesudahannya samada penyelamat Harry Si Lobster (Watak udang dalam Spongebob Squarepants), atau mati lemas, atau di bawa arus ke tempat cetek ataupun di keroyok ikan-ikan Phirana (sekiranya lemas di sungai Amazon).
   
    Namun begitu, lemas yang ingin diketengahkan di sini bukanlah berkenaan manusia yang tidak mahu belajar berenang, tetapi lemas yang ingin aku sampaikan di sini ialah berkenaan lemas dalam aru permodenan ataupun arus kemajuan.

   Arus yang kuat mampu melemaskan sesiapa sahaja meskipun si perenang itu jaguh berenang peringkat daerah Benut. Begitu juga halnya sekiranya kita aplikasikan arus sungai kepada arus kemajuan yang sedang pesat membadai negara kita sendiri.

   Contoh arus yang sedang laju berlaku ketika ini tidak lain berkenaan kenaikan harga-harga barangan rutin. Kenaikan harga minyak, harga gula, tepung, telur, roti canai, garam, nasi lemak, mahupun yis penaik tepung. Semuanya naik menyebabkan mereka-mereka merungut sendirian. Berikut merupakan kata-kata mereka yang sempat ditemubual secara rawak.


    Mak Cik Kalsom, Penjual kuih secara kecil-kecilan, 52.
    
    "Sekarang ni semua barang naik harga. Pening mak cik. Nak naikkan harga kuih, jadi serba salah pulak mak cik dibuatnya. Karang nanti apa kata pelanggan-pelanggan setia mak cik. Mereka suka kuih karipap mak cik sebagai juadah berbuka puasa ke, makan petang ke, pemanis mulut ke, tak pun juadah hidangan hari raya. Senang ceria kuih karipap mak cik ni terkenallah di kampung mak cik ni. Habis apa mak cik boleh buat? Nak tak nak terpaksalah beli je barang-barang. Takkan nak buat karipap pakai kentang terpakai kot?
    Jadi sebagai kos lepas ataupun alternatif lain, makcik kurangkanlah tepung, kurangkan kentang, kurangkan pekerja tapi mak cik tetap lebihkan senyuman ketika meniaga. Errr.. yang ni kamu jangan cakap dengan sesiapa pulak ye nak?"


    Sharipudin Zamawi, Rempit sepenuh masa, 22.

    "Apa? Harga minyak naik? Laaa... mana gua tau derr. Lu ingat gua baca ke surat khabar? Gua beli surat khabar pun nak tengok nombor ekor je. Nak tengok internet? Lu ingat gua ni apa? Gua bukak Facebook pun untuk main poker je pun. Ok lah. Kalau nak cerita pasal minyak naik ni kan? Gua pun paw je mak gua kat rumah. Ye lah. Mak gua kaya. Ladang getah berekar-ekar belakang rumah. Apa ada hal? asalkan motor gua berisi minyak sudah. Karang member gua nak bukak game karang, gua nak main macam mana kan derr? Gua ni champion kat sini. Semua orang kenal dengan motor gua ni. Lu tengok motor gua ni, lu terasa nak bukak game ngan gua ke pe? Lu rasa lu hebat ke? Gua kona baring........" Dialog seterusnya terus malas dicatat.


    Saravananth, Pemilik restoran mamak, 37.

    "Itulah, sekarang minyak juga naik. Sana sini juga orang bising pasal harga minyak naik. Orang bukak paper juga bising-bising mulut cakap minyak naik. Tapi saya ini kedai mamak juga bukak. Bukan minyak jugak harga fikir, ini lagi tepung fikir naik, lagi gula fikir naik, lagi air tariff naik, api lagi, ayoo. Banyak peninglah tambi. Tapia apa saya boleh bikin? Takkan saya mahu pergi bising-bising buat rusuhan tepi jalan untuk turunkan barang punya harga juga? Jadi apamacam? Naikkan harga roti canai sudahlah. Worang datng jugak tengok bola sini mari. Diorang tak mau makan? Mahu minum sahaja? Takpa. Kita letak ais kosong pun ampat posen. Takmau bayar, kita kasi hantam laa.. Hahaha."


   Nurizah Saiful, Siswi, 19.

   "Harga barang naikkan ke bang? Laa. Saya tak tahu pun. Saya ni kan pelajar. Mana nak tahu semua tu. Harga minyak naik ea? Patutlah harga tambang bas dah naik Tak guna betul. Tak tahu ke kita ni student bukan banyak duit sangat. Nak makan, buat bahan assignment, nak karaoke lagi, pergi genting lagi. Tengok wayang. Duit pinjaman bukannya banyak sangat, tak cukup pun nak survive sampai satu sem. Nasib baik saya ni cantik macam Lisa Surihani, bolehlah guna aset kecantikan saya ni untuk tackle pakwe saya sekarang ni. Dia anak orang kaya bang. Kalau takda dia, macamana saya nak make up? Nak shopping. Ok lah bang, tu dia pakwe saya dengan kereta Proton Inspira dia. Babai. Jangan lupa masukkan nama saya dalam tv tau bang."

   
    Nazmizan Salleh, Posmen, 32.

    "Tulah pasal, harga minyak ni sekarang bukan main tinggi macam harga emas pulak. Tak boleh nak membazir sekarang ni. Dahlah gaji bukan senang nak naik, tapi harga barang lain senang-senang je naik. Itu naik, ini naik, takde pulak yang turun? Poket makin nipis. Nak buat saving macam mana? Nak taknak kena buat kerja part time malam. Jual otak-otak dengan Wak Sekawi kat kedai makan hujung bandar. Ni, motor posmen ni jugak jadi kenderaan saya nak hantar otak-otak mentah pergi kedai. Saving jugak duit minyak. Oh ya. Kau dah beli otak-otak kat kedai tu? Aku tengok kau selalu datang dengan awek kau, tapi...." Dialog brader Nazmizan terpaksa dipotong atas sebab-sebab tertentu.



    Berikut keluhan-keluhan mereka yang kian tertekan dengan kepesatan kemajuan negara. Semakin terhimpit dan lemas. Apakah mereka akan terkorban? Lepas ni apa lagi naik? Harga nat basikal? Harga skrin handphone? Harga butang baju? Semua naik. 

   Entahlah.



Wednesday, May 18, 2011

Mari Menaip di Google...

   Internet sekarang semakin melebar luas. Jika dulu penggunanya sekadar menggunakan e-mail untuk berhubung ataupun laman sesawang sembang MIRC bagi si pengguna yang baru mengenal dunia "chatting". Tapi kemudiannya wujud pula MySpace, Friendster, Tagged, Blogger.com dan semakin laju dengan Facebook, Thumblr, Tweeter, dan seribu satu lagi laman sesawang yang lain.


   Internet sebenarnya bukan terhad untuk itu. Namun berbeza bagi umat Malaysia. Tanpa Facebook hidup mereka sudah tidak bermakna. Adakah rakyat Malaysia akan berpiket, atau membuat rusuhan kiranya Facebook diharamkan Malaysia? Peratusannya adalah 99.9% benar.


   Ok. Abaikan mukadimah di atas. Sebenarnya aku seorang yang suka menaip apa-apa sahaja perkataan di Google apabila kebosanan menjengah kepala. Apa kata kita tengok perkataan-perkataan yang sebenarnya adalah umum dan biasa yang mana langsung tidak ada maksud tersirat tapi bila ditaip di Google, lain pulak yang keluar.


(Sila right click---> new tab, untuk gambar dengan lebih jelas)






  Dua gambar di atas bila mana perkataan "CIKGU" dan "USTAZAH" ditaip. Dan yang mana bertanda anak panah itu :


   Cikgu Suhaili : Sebuah cerpen lucah ekstreme berkisahkan seorang cikgu bernama Cikgu Suhaili.


   Ustazah dirogol : Juga cerpen lucah ekstrem.


   Ustazah Nur : Juga cerpen lucah ekstrem.


   Ustazah kena jilat : Juga cerpen lucah ekstrem.






   Dua gambar di atas pula bila perkataan "BUAH" dan "BUDAK" ditaip. Dan yang aku anak panahkan dalam senarai tertinggi :


   Buah Dada : Sejenis anggota badan yang terdapat pada anatomi wanita.


   Budak 3gp : 3gp tu sejenis format video. Dan faham-faham sahajalah.


   Budak sekolah dalam hutan : Belajar apa dalam hutan? Bertani? Bercucuk tanam?


   Budak sekolah kena main : Pergh! apa benda ni?




   Nampak tak?  Nama-nama carian tersebut takkan ada kalau tiada yang menaip di Google secara telus dan jujur serta tanpa selindung. Perasaan tak? Semuanya berbahasa Melayu. Takkanlah warga Uganda gatal-gatal tangan nak taip perkataan-perkataan di atas sedangkan mereka berbahasa Swahili. Apa maksudnya ni? Mentaliti pengguna internet? owh lupa. Sudah termaktub dalam fakta. 60% dari data-data dalam internet seluruh dunia adalah bahan lucah.


 
   Ok. Sebenarnya bukan perkataan-perkataan di atas yang menjadi rencana utama kali ini. Tapi.


   "Tapi?"


   Tapi. Jeng jeng... Saksikan bila perkataan tersebut di tulis di Google...



   Sipot Si Tukang Tulis berada dalam senarai paling atas dalam carian Google bila perkataan "SIPOT" ditaip... (^_^") <--- segan...




   Pernah masuk website Alexa.com ? Sebuah website yang mengira ranking tahap kepopularan semua website seluruh dunia. Aku pun cubalah nak tengok ranking blog Sipot Si Tukang Tulis ni... bila di cuba try test uji :


Right click pada gambar---> new tab untuk gambar yang lebih jelas


   Untuk dalam senarai semua website (termasuk blog) di seluruh dunia, blog Sipot Si Tukang tulis berada pada kedudukan 3 Juta lebih (3, 859, 631) yang paling kerap di lawati.

   Untuk dalam Malaysia pula Sipot Si Tukang Tulis berada di kedudukan 30 Ribu lebih (32, 362)

   (^_^") Muka segan lagi.

   Memang untuk beat Zack Zulkarnain, Hanis Zulaikha, Ben Ashaari, Ayem Ayam, Kari Ngeri adalah terlalu jauh. Tapi sekurang-kurangnya aku boleh berbangga dengan identiti aku sendiri. Identiti yang aku dah terjemahkan ke dalam blog aku ini.

   Sejuta terima kasih kepada semua pengunjung-pengunjung yang sudi datang melawat blog Sipot Si Tukang Tulis ini. Tanpa anda siapalah aku Mohamad Khuzrin Bin Kamarudin. 

   Terimas yooowwww.. *Ambik tisu lap mata... <---gedik

   Errrr... Kalau aku nak buat fanpage kat Facebook... ok tak..? hikhikhik...
   
   
   "Ah kau Sipot.. Bajet artis pulak kau!"




Tuesday, May 17, 2011

Besar periuk nasi, besar lagi keraknya...

   Mengikut penyataan hipotesisnya, semakin besar periuk nasi, semakin besar keraknya. Sejauh mana kebenarannya adakah perlu diujikaji untuk mencari infrens? Apakah pembolehubah, gerak balas juga bahan malar untuk mengukuhkan penyataan ini? Adakah kesesuaiannya? 

    Sebetulnya ini merupakan pepatah atau bidalan bagi menggambarkan semakin besar kemampuan seseorang maka lagi besar tampungan dan tanggungan. 

    Tapi sebenarnya ingin sangat aku berkongsi berkenaan semakin besar kemampuan seseorang maka lagi besar keinginan. Iya. Nampaknya apa yang aku ingin kongsikan memang jauh tersasar dari tajuk juga hipotesis awal tadi. Jadi tidak perlu segala pembolehubah, malar juga apa yang digerak balas berdasarkan ujikaji. Maksudnya tak perlu uji kaji.

   Aku bergelumang juga bercampur bersama berbagai kawan serta taulan dari pelbagai latar belakang berbeza. Ada datang dari kampung pedalaman. Ada dari pekan membangun. Ada juga dari bandar besar Kuala Lumpur. Berpusatkan di satu tempat, kami dikumpul dan disatukan. Ianya membuatkan aku dapat memerhati sedikit sebanyak perbezaan juga sebesar mana periuk nasi masing-masing.

   Fokus sebenarnya lebih terarah kepada mereka yang dari latar belakang keluarga-keluarga berada, kaya, ada-ada (bak kata P. Ramlee). Sejujurnya mereka mengamalkan gaya hidup yang boleh membuatkan yang datang dari keluarga sederhana juga sederhana rendah ini sekadar memandang sambil berangan-angankan supaya dapat mengaplikasi gaya hidup si kaya ke dalam hidup mereka.

   Sebagai contoh, mengikut setiap keluaran terbaru gadget-gadget terkini. Sehari sahaja barang tersebut dilancarkan, esoknya sudah ada digenggaman mereka. Kemampuan biasanya menjana nafsu untuk dilampiaskan segera. 

   Ok. Perkembangan gadget terlalu jauh untuk difikirkan. Bagaimana pula dengan tambah nilai nombor talian mudah alih? Mereka yang datang dari sederhana ataupun rendah, sekadar tambah nilai untuk yang perlu. Sekadar RM3, RM5, ataupun paling kuat RM10. Tapi bagi pemilik "periuk nasi besar" ini? boleh jadi RM30, RM 50, atau terus menggunakan perkhidmatan pasca bayar. Ya. Mereka mampu.

   Makan? Mereka makannya serba mewah.

   Kereta, motorsikal? Mereka serba mewah.

   Pakaian? Mereka serba mewah.

   Segalanya mereka serba mewah. Yang kurang berkemampuan? Cukuplah memenuhi tiga keperluan utama. Makan, pakaian, tempat tinggal. Yang lain? Ada lebih baru merasa.

   "Biarlah, itu hak mereka. Duit mereka. apa kita nak sibuk? Kita teguk air liur sudahlah."

   Ok. Nampak? Hipotesis aku salah sama sekali.





Saturday, May 14, 2011

Mereka yang boleh kita jumpa di kedai makan...

Aku google sebab dalam koleksi aku takde gambar kedai makan
   Kedai makan secara lazimnya merupakan satu persinggah untuk pemakan-pemakan mengisi perut. Takkanlah mereka nak betulkan basikal pulak ye tak? Dan lumrah alam, kedai-kedai makan ini akan dipenuhi dengan pelbagai orang dari pelbagai kaum, bangsa, umur, latar belakang mahupun proffesion mereka. Ada yang datang seorang. Ada yang datang berdua. Ada yang datang berkumpulan juga tak lupa yang datang secara rombongan. Tujuan hanya satu. Makan.

   Bila sudah ada banyak jenis manusia, mestilah ada berbagai ragam ya dak? Tak kiralah kedai mamak, kedai melayu, kedai tahi, kedai siam, fast food, junk food, sea food mahupun tunjuk ajar ku sifut semuanya akan menghidangkan corak ragam manusia. Jadi, berdasarkan pemerhatian seorang aku yang kacak lagi hensem ini, teringin aku untuk berkongsi sedikit sebanyak golongan mereka ini.


MLMers


   Yang ni biasanya terjadi di McD, KFC, MarryBrown, Merry Christmas ataupun meri tum neh janah. Sebabnya? tempat ni agak ekslusif kalau nak dibandingkan dengan kedai mamak walaupun ada juga yang menyasarkan kedai mamak sebagai lokasi berdemo.

   Modus operandi mereka mudah. Hanya sebatang pen dan sehelai kertas yang dipinjam dari kaunter. Lukis orang lidi dan disusunkan secara piramid. Kalau kita yang menjadi contoh, kita akan diletak paling atas sekali untuk menggambarkan kejayaan yang akan kita kecapi nanti. Pum Pam Pum Pam bercerita bermodal air liur, si pendengar juga menganga terkeluar air liur sambil membayangkan kekayaan mereka.

   Cerita lebat. Tunjuk gambar BMW, gambar banglo, gambar duit, gambar dekat Las Vegas, Los Angeles. Tapi, mintak belanja teh ais? Apa mereka kata? Apa? aku tak nak cakap. korang jawab. Ngehehehe.

  Beza weh MLMers dengan direct seller. Walaupun direct seller ni berpeluh hujan berembun salji, mereka menjual barang tak kira kamus bergambar ke, ubat gigi ke, rim basikal ke. Sekurangnya mereka tak menipu. Ok. Kalau nak cerita pasal MLMers lebih lkanjut, pergi lah blog Aidid Mu'aidid..


Penonton Bola Sepak sejati


   Tak perlu diterangkan banyak, biasanya kedai yang menyediakan perkhidmatan layar perak akan menjadi tumpuan peminat sukan nombor satu dunia ini. Kedai mamak secara amnya. Meriah apa? Ramai orang. Contoh kalau Menyu lawan Chelsea. Nah kau. Yang nampak cuma ada dua warna. Merah dan biru. Mengeluh bila percubaan gagal dan bersorak bila bola menjengah jaring. Waktu ni lah ramai yang mengaku

"Sayalah penyokong bola sepak sejati!"

"Gerrard ni dulu satu kelas dengan pak cik masa darjah dua dulu."

   Ok... tapi apa yang mengecewakan aku bila takde game liga luar negara tapi ada Liga Malaysia. Ni terjadi kat batang idung aku dengan member aku yang gilakan bola sepak tempatan.
  
   Hari Selasa. Kami bergopoh-gopoh ke satu kedai yang ada layar perak. Nak tengok Selangor vs Johor FC. Takut takde seat. Tapi sampai-sampai bukan main banyak kosong. Takpe lah. Kami pun duduk lah table yang view cantik.

   Brader datang ambik order. Kami pun orderlah. Selesai sesi pesanan. Aku mintaklah brader tu tukar siaran 801 (Astro Arena) sebab aku perasan skrin tengah tunjuk TV2. Brader tu cakap.

   "Jap ye?"

   Sukalah kami dapat tengok live Selangor vs Johor FC. Tapi nak dekat 15 minit siaran masih tetap di TV2. Aku nak tukar, tapi bila tengok tukang masak, tukang ambik order, tukang kira semua mata mereka tertancap ke skrin tengok Si Capik! Jam baru pukul 9.15. Nak tunggu si capik habis pukul 10. Arakian, terkuburlah harapan kami malam itu.


Pasangan bercinta


   Ini lumrah lah kan? Setiap pasangan mesti menjadikan pergi makan sebagai tentatif wajib bila keluar. Lepas makan tu mereka nak sewa hotel ke, pergi kubur cina ke, balik rumah ke, pedulilah.
  
   Ya. Di kedai makanlah kita akan dipamerkan dengan aksi-aksi suap-menyuap, bergurau senda, bermanja dan sebagainya. Dah kahwin atau tidak, itu belakang cerita. Tak kiralah pasangan macamana pun, mereka masih layak untuk makan di mana-mana kedai makan. Jangan kita nafikan hak mereka.

   Tapi tolonglah abang-akak. Janganlah tunjuk perkara-perkara negatif yang mencerminkan golongan remaja. Aku pun remaja jugak. Kalau ada nenek cakap dengan aku.

   "Hai, remaja sekarang ni, takde adab dah."

Kalau ada budak darjah 5 tanya aku:

   "Abang, kalau kita dah besar nanti, boleh pegang cium-cium perempuan ea?"

  Tengok. Selaku remaja bertauliah, dah tercemar imej kami. Ada lagi satu, pasangan yang bergaduh.

   Tak pasal-pasal ada berlaku ketuk meja, kerusi jatuh, lempang-lempang, tarik rambut, bukak baju, tikam-tikam. Apa ni? Nak bergaduh pergilah gelanggang raja lawak wrestling sana. Jangan kat kedai makan. Semua orang tengok korang weh.


Pemuda-pemuda lepak malam


   "Sekarang ni bukan zaman Hang Tuah Pot."

   Memanglah. Memang bukan zaman taming sari. Zaman jurassic park ke. Memang bukan. Tapi kalau kita nampak yang lepak ramai-ramai dah macam kumpulan gengster. Tak kira lah rempit ke, drifter ke, shuffler ke, breakdancer ke, break down ke. Mereka akan ada kumpulan yang akan lepak kedai makan untuk jangka masa yang lama.

   Ada yang aku tengok lepak lama-lama tapi berbual nombor ekor. Lepak lama-lama berbual hal perempuan. Lepak lama-lama, berbual hal rempit motorsikal bagai-bagai. Takde ke topik yang lebih ilmiah? Kesan rumah hijau ke atas ekosistem bumi ke, kesan pencairan aisberg di kutub selatan ke, peristiwa berdarah 13 mei 1969 ke.

   Pernah terfikir tak apa sebenarnya yang mereka bualkan?

   Lagi satu. Budak-budak basikal pun dah advance sekarang ni. Bukannya pergi mengaji al-quran naik basikal. Tapi keluar lepak kedai ramai-ramai hisap rokok. Tu yang kita nampak. Yang kita tak nampak entah apa yang bebudak basikal ni hisap.

   "Ah Sipot. Kau pun lepak malam jugak kat kedai dengan bebudak ni."

   Errrr... oklah kawan-kawan. Kita berhenti di sini dulu. Aku terasa nak main game lah.. <---sebenarnya takde idea nak tutup cerita macamana.

  Hahahahaa... :P


Tajaan bersama :



Monday, May 9, 2011

Koleksi Video Cerita Teladan Kanak-Kanak...

   Zaman kanak-kanak dulu memang tak lari dari kartun. Sini aku malas nak tulis banyak, sebab aku nak kongsi berkenaan koleksi cerita kartun terbitan Filem Negara Malaysia. Cerita-cerita ini sangat menarik, lagenda, nostalgia, menggamit memori dan apa lagi? Tambah ar sendiri. Hahahhaa.. 


   Jom layan sambil kunyah popcorn... :)

Sang Kancil Dan Sang Buaya






Sang Kancil, Kerbau dan Buaya






Singa yang haloba





Arnab yang sombong






Telur sebiji riuh sekampung






Gagak yang bijak







Budi baik dibalas baik





Sang Kancil dan Monyet





   Itulah dia antara koleksi video-video lama yang mewarnai zaman kanak-kanak aku. Atau yang sebaya dengan aku. Memang menarik.. :)

   Sepatutnya RTM tayangkan balik cerita-cerita ini sebagai tatapan kanak-kanak sekarang yang lebih cenderung menonton Hentai.. Uppps.. Bukan Hentai, tapi cerita-cerita kartun lain.. hehehehe... 


Penyumbang dana :




Friday, May 6, 2011

Lagenda Asia yang tiada tandingan...

   Mengikut tajuk sudah dapat menggambarkan apa yang aku ingin sampaikan kali ini. Ianya berkaitan individu yang boleh dikatakan berpengaruh di benua Asia dan boleh jadi juga di seantero dunia.

   "Siapakah dia lagenda tersebut?"

   Bukan Park Ji Sung yang merupakan pemain Asia paling berjaya di benua Eropah. Bukan Jackie Chan yang mahir berkung fu dalam filem. Bukan Syed Muzzafar yang dah sampai ke bulan. Bukan Tony Jaa dengan lakonan muay thai dalam Ong Bak. Bukan Steve Hunter dengan aktiviti menangkap buayanya. Juga bukan Maria Ozawa yang menjadi ikon.. err.. ikon apa ya? Ahh.. abaikan.. Tapi.

   "Tapi?"

   Tapi.. individu ini paling bergaya dan paling mendapat perhatian dunia dengan tagline "Superstar!"

Hero Gadis-gadis.
   Hahahaha!! Itulah beliau. Manusia paling berpengaruh walaupun tak tersenarai sebagai 100 orang manusia paling berpengaruh (Klik sini untuk senarai manusia berpengaruh 2011---> TIME 100 )


   Nama glamour adalah Rajinikanth. Dewa dari India. Hahaha. Siapa pernah tengok beliau ni berlakon? Kalau belum pernah, maknanya orang tu dah kerugian seumur hidup. Baik pergi tengok cerita Rajinikanth sekarang. Tak rugi woo...


  Hantarlah satu bala tentera pun, takkan ada satu peluru pun dapat hinggap ke badan beliau ni. Percayalah. Bawak pisau toreh, parang panjang, senapang patah, lastik burung semuanya takkan dapat tumpaskan Rajinikanth.


   Hehehe... Sebenarnya aku baru je lepas tengok cerita Sivaji The Boss. Lakonan mantap brader Rajinikanth ni. Sebab tu la aku agak tertarik nak berbicara tentang lagenda Asia ni. Kalau nak tahu, untuk lakonan Sivaji The Boss, Rajinikanth mendapat bayaran kedua tertinggi selepas Jackie Chan untuk pelakon Asia. Tengok. Mantap tak mantap ar lakonan brader Rajini ni. Ada pelakon Malaysia boleh beat? Remy Ishak? Aaron Aziz? Shahezy? Mr Os? Mana ada.


   Bukan menidakkan bakat tanah air. Tapi, bila lagi Malaysia ni nak ada anak wayang tahap dunia? Apa identiti filem Malaysia pun susah kita nak tafsir. Nak kata cerita seram, hantu macam kartun Doraemon. Nak kata cerita aksi, darah tak boleh banyak. Nak kata cerita cinta, cuma ada dua kesudahan, kahwin atau mati. Siapa boleh jawab? Apa identiti filem Malaysia?


   Maaf agak terpesong tajuk. Hahaha. Ok. Berbalik pada Brader Rajinikanth. Sekarang kita layan aksi paling penting dalam filem Sivaji The Boss. Khabarnya Jackie Chan sendiri sedang berusaha gigih untuk mempraktikkan aksi ini.






Perhatikan lambungan duit syiling dari minit 1:50

Ok. Out. Nak layan cerita Sivaji. Hahahha...

Tajaan iklan bersama :