Saturday, October 29, 2011

Aleeyah Mahukan Sesuatu...

Cerita kali ini agak panjang. Terpulang kalau mahu dihayati atau tidak. :-)



Lima sahabat itu nekad untuk melakukan ekspidisi ekstreme itu. Semuanya bermula apabila mereka sama-sama terdengar satu siaran radio Singapura ketika menaiki kereta dalam perjalanan pulang dari Melaka. Siaran radio Singapura tersebut menyiarkan segmen seram di mana DJ akan membacakan cerita atau kisah seram yang dihantar pendengar kepada DJ tersebut.

“Seram dowh benda ni.” Nadirah yang duduk di tepi kanan tempat duduk belakang bersuara sebaik sahaja habis mendengar cerita dari DJ tersebut.

“Takde seramnyalah. Entah betul entah tak apa mak cik ni cerita.” Rudi yang duduk di sebelah pemandu mencelah.

“Kau jangan cakap besar. Sekarang dahlah pukul 1 pagi.” Sofea cuba menangkis kata-kata biadab Rudi.

“Betullah. Ada ke hantu pocong dekat Singapore tu? Dekat tengah bandar pulak tu. Tak logik ar.” Rudi cuba mempertahankan diri.

“Habis kau ingat pocong tu duduk Malaysia je lah? Dalam hutan je lah? Kalau dia nak pergi London pun dia punya sukalah.” Rafidah yang duduk di tengah-tengah tempat duduk belakang bercakap menyebelahi Sofea.

“Ah korang ni. Pasal benda ni pun nak bergaduh ke? Baik kau orang bergaduh pasal pergolakan dunia sana.” Aliff si pemandu bersuara sedikit tegas dan matang. Dia terus memutar-mutar butang radio mencari siaran lain. Sedikit sebanyak ada juga perasaan seram dalam hatinya. Sementara Sharipudin yang duduk di tempat duduk belakang sebelah kiri sekadar mencampakkan pandangan ke luar tingkap. Dia malas nak ambil tahu akan pergaduhan kawan-kawannya. Apa yang diceritakan DJ radio pun dia langsung tak ambil tahu. Mungkin kerana kepenatan, dia memilih untuk berdiam diri sahaja.

**********

“Korang serius ke apa kita buat ni?” Sharipudin bertanya lagi kepada empat orang kawannya.

“Dah tu? Kau nak patah balik? Pergilah balik sorang-sorang.” Rudi berkata angkuh.

“Rilekslah Din. Kita jalan-jalan kejap. Rakam sikit-sikit. Lepas tu baliklah. Kitorang yang perempuan pun 
slumber je ni. Takkan kau goyang kot?” Rafidah bersuara seolah mengangkat martabat kaum wanita dalam kumpulan itu.

“Entahlah kau Din. Dah jalan sampai sini pun. Kita dah lepas pagar pun ni. Lagipun bukan tempat orang lain. Hostel kau jugak.” Sofea meniup kata-kata semangat kepada Sharipudin.

   Aliff yang dari tadi diam menyuarakan agar semua diam dan tunduk di rumpunan semak di sebalik pagar. Dia dapati dari jauh ada pengawal keselamatan sedang melakukan rondaan dengan motorsikal. Mujur matanya pantas menangkap kelibat pengawal keselamatan tersebut.

**********

Lima anak muda itu yang menuntut di UiTM cawangan Johor di jurusan perniagaan itu berkumpul di satu kedai makan. Mereka berjumpa sesama sendiri sebagai aktiviti setelah hampir sebulan cuti semester. Masing-masing berbual sambil ketawa berdekah-dekah. Sampailah Rudi mengemukakan satu cadangan.

“Hei. Haritu kita dengar DJ radio ceritakan kisah-kisah seramkan?”

“Dah tu?” Aliff kurang pasti.

“Haa. Apa kata kita buat entiti bukti. Aktiviti paranormal.”

“Dah buang tebiat nak mampus?” Sharipudin membantah.

“Come on. Suka-suka. Bawak kamera. Kita rakamlah apa yang dapat.” Rudi yakin mengemudi mesyuarat tak rasmi itu.

“Aku takde hal. Tapi kat mana?” Sofea seolah-olah tertarik.

“Hostel. Kolej tempat aku dengan Sharipudin.” Rudi memberi lagi cadangan.

“Kau jangan jadi bodoh Rudi. Tempat kita tu time ramai orang pun boleh jadi kes. Lagikan tengah cuti ni. Nak mati ke apa?” Sharipudin membantah.

“Alaaaaaa… Takkanlah.” Rudi cuba menegakkan diri sendiri.

**********

Kini mereka berlima sedang berkumpul di bawah kolej kediaman lelaki setinggi tiga tingkat itu. Tempat Rudi dan Sharipudin menetap sepanjang pengajian. Aliff pula di kolej kediaman lelaki yang lain. Sementara Sofea dan Rafidah pula menetap di kolej kediaman perempuan.

Hampir sebulan kolej tersebut ditinggalkan. Gelap. Tiada langsung lampu bilik-bilik yang terpasang. Tambahan pula waktu sudah lebih pukul 12 tengah malam. Hanya cahaya bulan terang yang menerangi ruang-ruang di sekeliling kolej kediaman tersebut. Sunyi. Hanya suara cengkerik bersahut-sahutan.

“Ok. Sekarang kita pecah dua. Sharipudin dengan Rafidah. Aku pulak dengan Rudi dan Sofea.” Aliff memberi arahan. Memang dia mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dalam lima orang anak muda tersebut.

“Ok!” Yang lain setuju.

Rafidah dan Sharipudin naik ke kolej tersebut melalui tangga ‘B’ sementara Aliff, Rudi dan Sofea melalui tangga ‘A’. Mereka berjanji untuk berjumpa di tempat mula-mula tadi dalam masa sejam.
Satu persatu level Rafidah dan Sharipudin lalui sambil lensa kamera yang hidup dihalakan ke serata arah. Mengharapkan agar ada ‘sesuatu’ yang ditangkap. Cuma lampu suluh yang menerangi perjalanan mereka. Sangat sunyi.

Kini mereka hampir menaiki ke level ketiga atau tingkat ketiga. Tingkat tertinggi. Sharipudin mendahului Rafidah. Sebagai tanda dia lelaki. Walaupun pada hatinya terasa sangatlah kecut.
Apabila Sharipudin sampai ke anak tangga terakhir, matanya serta-merta tertancap ke hujung lorong. Jelas pada amatannya, ada sesusuk tubuh berkasual putih sedang berdiri tegak memandang ke arah mereka. Rambutnya separas bahu.

“Fidah! Kau nampak tak?” Sharipudin memalingkan mukanya ke arah Rafidah. Kakinya seolah-olah terpaku kemas ke lantai.

“Aku nampak!” Suara Rafidah agak terketar-ketar. Namun sempat juga lensa kamera yang dia bawa, di halakan ke arah susuk tubuh itu. Namun sebaik sahaja Rafidah memandang ke arah kamera, susuk tersebut sudah ada di hadapan mereka.

“Kalian datang nak tolong Aleeyah kan?” Suara pemilik tubuh berkain putih itu bersuara halus tapi bergema.
Terus sahaja mereka berdua bertempiaran lari menuruni anak tangga untuk keluar dari situ. Mereka berlari dan menuju ke arah tempat mula-mula mereka berpecah tadi. 

Agak memeranjatkan, Sofea, Aliff dan Rudi dah sedia berkumpul di situ.

“Lambat sangat korang ni? Beromen ke apa kat atas?” Rudi bertanya.

“Kepala hotak kau! Belum sejam lagi kan? Yang korang cepat sangat turun ni kenapa?” Rafidah bertanya kembali sambil tercungap-cungap.

“Nantilah kitorang cerita, sekarang kita blah dulu.”Aliff mengusulkan.

**********

“Seram gila sial tadi!” Rudi bercakap sambil mengurut-urut dada. Yang lain sekdar melihat satu persatu imej yang terpapar di skrin kamera digital.

“Kan sebelum kolej tu jadi kolej lelaki, dulu kan tu kolej perempuan.” Aliff memberitahu.

“Jadi?” Sofea menyoal.

“Jadi, aku ada dengar, sebelum kolej tu ditukar, kolej tu dibiarkan kosong satu sem. Lepas tu aku dengar lagi, ada student kena rogol dengan pak guard dekat kolej tu masa kolej tu kosong satu sem. Dah dirogol, dibunuh pulak tu.” Aliff menerangkan panjang lebar.

“Patutpun tadi, ‘perempuan’ tu mintak tolong.” Sharipudin memberitahu.
Mereka masing-masing meneruskan perbualan.

**********

Sudah masuk dua minggu mereka masuk ke semester baru. Sharipudin dan Rudi ditempatkan di satu bilik di kolej kediaman yang pernah mereka ceroboh, bersama-sama dua lagi pelajar junior yang lain. Hari-hari mereka lalui adalah biasa sehinggakan pada suatu malam ketika Sharipudin seorang diri dalam bilik tidurnya di kolej kediaman itu. Yang lain sudah nyenyak tidur.

Sharipudin duduk menghadap laptopnya menghala ke arah tingkap. Jam sudah pukul dua pagi. Namun matanya masih belum mahu lena. Apatah lagi esok adalah hari cuti. Jadi dia memilih untuk melayari laman sesawang sosial hit, Facebook.

Sedang leka dia membalas komen dengan gadis-gadis, telinganya menangkap kemas satu suara.

"Tolong Aleeyah bang. Tolong Aleeyah." Sangat sayup tapi jelas butir bicaranya.

Sharipudin tergamam. Jari-jemarinya terkaku. Seluruh urat-urat yang menyelirat di lehernya kejang. Dia terpana. Matanya tertancap betul-betul ke depan. Tingkap.

"Tolong Aleeyah boleh kan?" Ada sesusuk gadis sedang berdiri di luar tingkap. Sekadar berkain putih. Rambutnya sekadar paras bahu. Wajahnya bersih dan ayu. Walaupun Sharipudin tahu itu bukanlah manusia biasa, namun nalurinya seakan terpikat dengan penampilan 'gadis' di depannya.

"Nak aku tolong apa?" Sharipudin berdialog. Rasa gentarnya masih ada namun hilang sedikit demi sedikit.

"Tolong... Aleeyah sunyi. Takde kawan." Gadis yang menggelar dirinya Aleeyah itu mula memberi penjelasan.

"Haa?" Sharipudin tersentak.

**********

"Aku pun tak tahulah apa jadi dengan kawan kita tu. Tiap malam je mesti cakap sorang-sorang." Aku ni budak bilik dia. Mestilah risau." Rudi meninggi diri dalam perjumpaan empat muka itu. Sharipudin tak turut serta.

"Kau rasa ada kena mengena dengan aktiviti kita malam tu tak?" Sofea cuba mencari kepastian.

"Jangan nak main gila. Kita tak sentuh apa-apa pun malam tu ok?" Aliff panik.

"Kita tak tahu. Mungkin jugak dia dah kena sampuk dengan hantu yang kena rogol tu." Rafidah mencelah dalam kegamatan itu.

**********

"Aleeyah tak kisah apa orang cakap pasal kita?" Sharipudin berbual dengan 'gadis' bernama Aleeuah di hujung lorong. Melihat keindahan malam.

"Aleeyah dah lama perhatikan abang. Tak sangka malam tu abang datang. Tapi siapa perempuan dengan abang malam tu?" Aleeyah bertanya.

"Oh. Tu cuma kawan je. Aleeyah cemburu?"

"Mestilah."

"Aleeyah selalu perhatikan abang? Aleeyah suka abang? Hehehe."

"Suka. Cuma. Kisah hidup Aleeyah. Takut abang tak suka."

"Jangan risau Aleeyah. Abang akan cari Pak Guard tu. Abang akan cincang leher dia malam ni jugak."

**********

Bilik rondaan pengawal keselamatan berlumuran darah. Seorang pengawal keselamatan sedang terlentang. Nyawanya sudah hampir habis. Bajunya koyak rabak. Seluarnya sudah terlucut ke paras lutut, dan darah paling banyak keluar dari kelengkang pengawal keselamatan tersebut. Penisnya sudah tertanggal.

"Rasakan kau. Berani kau rogol kekasih aku!" Sharipudin berdiri di sebelah pengawal tersebut sambil menggenggam pisau. Darah melekat dibajunya. "Aleeyah" kelihatan sedang memeluk erat dirinya. Pisau dicampak jauh-jauh.

"Jangan bergerak!" Tiga orang pegawai polis tiba-tiba datang menghampiri Sharipudin. Suasana bertukar kecoh. Gamat. 

"Kau dah gila ke apa ni Din?" Rafidah menjerit dari luar pintu.

Sekumpulan unit pasukan dari pusat rawatan jiwa datang menghampiri Sharipudin dan menenangkan Sharipudin. Dia di bawa masuk ke van khas dari pusat rawatan itu. Kawan-kawannya, pelajar-pelajar lain, berdiri dibelakang garisan yang dihadkan. Memerhatikan seorang pelajar UiTM disahkan gila.

"Terima kasih sayang." Aleeyah berbisik ke telinga Sharipudin di dalam van tersebut. Kemudian mereka berpelukan dan bibir mereka bertaut. Mesra mereka berkucupan.

Pegawai yang duduk dibelakang van bersama-sama dengan Sharipudin cuma menggeleng-gelengkan kepala melihat keletah itu. Padanya Sharipudin sama sahaja beraksi dengan pesakit jiwa yang lain.

Tamat.


***************************

Maaf kalau cerita agak panjang.

Cerita ni aku dapat dalam mimpi aku. Cuma aku tambah sikit biar dramatik. Nama watak aku tukar biar tidak menyinggung mana-mana pihak. Har har har. Namun, nama Aleeyah tu memang betul dalam mimpi aku tu sepanjang penceritaan ini. Dan kenapa aku dapat mimpi macam ni? Masih menjadi tanda tanya. Jeng jeng jeng.....








Wednesday, October 26, 2011

Cara-cara Jadikan Blog Anda Biar Disukai Ramai...

   Semenjak akhir tahun 2010, blogger-blogger di Malaysia bercambah. Banyak. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ada laporan di Berita Harian, antara kemuncak blogger menjadi semakin ramai, ialah selepas kemenangan skuad bola sepak Malaysia memenangi piala AFF Suzuki 2010. Apa kaitannya? Memang macam takde kaitan langsung. Tapi sebenarnya, ada kaitannya. Penjaga gawang negara, Abang Muka Jepun kan pada waktu tu ialah pacarnya kepada seorang blogger, Elia Jejari Runcing. Blog milik akak Elia menjadi meletup secara tiba-tiba sejak kemenangan tersebut, dan sekaligus meransang orang ramai untuk ada blog.
Blog milik si kacak


   Ok, itu antara faktor sahaja. Ada juga faktor lain. Tapi bukan itu yang hendak kita bincangkan kali ini. Aku yakin ramai blogger-blogger sekalian mempunyai hobi baru sejak mempunyai blog. Iaitu blogwalking. Di mana kita akan mengunjungi sanak saudara blogger lain. Ahh. Bukan. Tapi mengunjung blog-blog mereka. Aku juga begitu. Mencari ilham dengan membaca tulisan-tulisan mereka. Apa yang tersisip di bawah kanan blog aku ini ialah milik mereka-mereka yang mampu menarik minat aku.


   Ah. Abaikan lagi. Sekarang mari kita usyar apakah tips untuk menjadikan blog anda menjadi semakin mantap, bergaya dan disukai ramai sehingga menjilat jari.




1) Background perlulah warna yang meriah. Ungu, merah jambu, hijau, kuning adalah warna pilihan. Kalau tak suka warna putih pun bedal je. Asalkan warna-warna yang dipilih sangatlah meriah.


2) Letakkan sebanyak mungkin widget di tepi, kiri, kanan, atas bawah atau tengah-tengah blog anda. Tak kisahlah widget jam, anak patung, bear yang lambai-lambai ke. Janji orang suka. Anda pun hepi.


3) Letak widget lagu. Ini ialah perkara mustahak dalam memeriahkan blog anda. Lagu pulak biar lagu leleh-leleh. Pilih lagu Indonesia. Itu memang pilihan terbaik. Orang suka, anda pun happy. kan?


4) Nuffnang dan widget Nuffnang. Tanpa Nuffnang, macamana nak jana pendapatan ye tak? Kemudian letakkan tajuk di atasnya, "sila klik ye?" Klik je pun.


5) Pastikan ada bintang-bintang yang menghiasi cursor anda.


6) Letakkan pop-out yang tiba-tiba keluar bila bukak blog anda. Contohnya yang macamni. "Selamat datang ke blog comot kita ni. Ihihihiihik".


7) Jadikan komen entri dekat entri tersebut. Bukan pop-out windows. Bila orang nak komen, tekan komen, akan refresh ke webpage entri kita. Letak "pengesahan perkataan" atau "word verification" pun tak pe.


8) Blogwalking ialah aktiviti paling wajib. Pergi blog orang lain, kemudian terus komen entri mereka. Ada gambar kambing? Komen je gambar kambing tu. Tak yah peduli apa isinya. Buat apa baca isi banyak-banyak ye tak? Malas? Tak pe. Pergi Shoutbox. taip je. "Saya dah follow awak, follow lah kita balik ye?" Cukup sekadar tulisan ini. Tak payah follow pun takpe. Bukan dorang perasan.


9) Sekarang pergi kepada entri. Tiada idea? Takpe. Menjadi blogger bukan menuntut anda mengerah idea yang banyak. Tidak. Cukup sekadar menceritakan apa anda lalui sehari-hari. Hari ni makan pengat pisang. Tadi tengahari berak berdarah. Petang pergi jolok rambutan. Malam dating dengan awek kat tepi kolong terbiar. Takde masalah. Blog anda. Milik anda. Takde idea lagi? Senang. Letakkan sahaja muka-muka comel anda menghiasi setiap entri-entri bermakna anda tu.


10) Ejaan memainkan peranan penting dalam menggemilangkan tulisan anda. Ahh.. Ejaan urban masa kini. Takkan tak tahu. Ya tak? He he he. Eeeeyyyy.. Ittew cukeww..




   Itu sahaja aku rasa setakat sepuluh. Mungkin entri aku ni dah terlalu basi. Orang lain mungkin dah ramai bagi tips macam ni. Tapi tak pelah. Aku juga mempunyai perasaan untuk berkongsi apa aku ingin. Har har har!




   Terasa? Bllluuerrkkk!! :P




Saturday, October 22, 2011

Tiada Maksud...

   Baru dua hari. Ya. Baru dua hari aku melepakkan diri di kampung halaman ini. Nampaknya masih tiada apa yang dapat aku konklusikan sebagai apa yang ingin orang lain adaptasikan dalam hidup mereka. Segalanya masih samar. Hambar.


   Ahh. Masuk ni dah dua entri berturut mengenai diri aku sendiri. Aku tau ada yang jelak dengan tulisan berkenaan diri aku. Siapalah aku untuk dipaparazikan mata-mata lensa? Untuk orang ambil tahu kisah hidup si gelandangan yang sedang mencari nafas di permukaan sejak tenggelam di dasarnya.


   Melayan karenah adik kecil seusia 4 tahun. Cuba berbual dengan mama walaupun kepala berdenyut melawan pengaruh ubatan yang perlu di ambil sebagaimana di pesan doktor. Ahh. Bukan ubat apa. Cuma demam kecil. Dasar anak manja. Har har har.


   Dek kerana bosan sehari suntuk menghirup udara hanya di halaman rumah, cuma sekali keluar ke kedai untuk membeli bekalan rokok yang kehabisan. Kunci motorsikal dipulas, bergerak aku ke kafe siber untuk mambasmi kebosanan yang meruap. 


   Di sini, aku lihat anak-anak kampung yang masing-masing berimejkan rempit, bermain poker di Facebook, sambil melayan lagu-lagu dari Indonesia yang di buffer di YouTube. Tersengih aku. Dasar perangai rempit. Cuma itu perangai mereka.


   Ada jugak satu dua pemuda yang menyapa. "Sipot, lama tak nampak?" Nama 'Sipot' jugak yang melekat. Mentang-mentanglah nama tersebut lagi komersial kalau nak dibandingkan dengan "Khuzrin Kamarudin". Apa tak sedap ke nama sebenar aku tu? Atau tergeliat lidah mereka nak menyebutnya? 


"Heleh Sipot. Kau sendiri cakap tak kisah orang panggil macam tu kan?"


   Asalkan mereka mudah kenal aku, tak kira lah kau nak panggil aku "Khuzrin" ke, "Sipot" ke, "Si Kacak" ke, aku tak kisah. Yang penting identiti aku, kau boleh bezakan. 


   Apa ke tahi berbual pasal nama ni?


   Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu apa intipati yang aku nak sampaikan di sini. Takde cerita. Yalah. Sehari suntuk masa dihabiskan di rumah. Mana nak tahu cerita. Ni pun aku online, bukak "new post", tergerak nak taip benda sampah macam ni. 


   Abaikan semua, petang ni, insya-Allah, aku akan bergerak ke dimensi baru. Berhijrah kata orang tua. Merantau bak kata anak-anak muda. Ceh, sama je anak muda ke, orang tua.


   Ke mana? Rasanya belum waktu lagi untuk aku beritahu, tak siapa pun tahu sebenarnya. Cuma orang tua, si dia, dan kenalan terdekat sahaja yang tahu.


   "Entri kali ni paling sampah. Aku bagi 1 per 5 bintang."


   Heleh, macam kau tak tulis benda-benda mengarut dalam blog kau? Hari ni makan cikedis, berak berdarah, jumpa balak di tepi longkang, terpijak ekor kucing. Kan? Atau bukan?


   "Chis! Sempat aja nak panggang punggung orang."


   Well. 




Thursday, October 20, 2011

Selamat Tinggal. Hubungan Kita Setakat Di Sini...

   Tajuk kali ini agak sentimental dan berbaur kehampaan. Sememangnya aku sangatlah berdukacita atas apa yang akan aku lakukan selepas ini. Harus diingatkan, entri ini tidak mengandungi sebarang troll, atau penganjingan. Ini adalah berkenaan diri aku sendiri. Untuk kalian yang kurang berminat, silakan beredar segera. Untuk yang terasa ada baiknya entri ini didalami, sila teruskan bacaan anda.


   Hari ini, termaktublah sebuah tarikh, di mana aku akan berpisah dengan sesuatu yang amat berbekas dalam hati hitam aku ini. Sesuatu yang dah aku kecapi lebih enam tahun dahulu, dan hari ini, dengan berat hatinya, terpaksa jua aku lepaskan. Dengan berat hatinya. Dengan berat hatinya. Ya. Dengan berat hatinya.


  Segamat, sebuah tapak memorial yang tak mungkin aku padam dengan sekali simbahan. Tak mungkin aku luputkan dengan sekali kilas. Dan tak mungkin aku hilangkan dengan sekali sapuan.


   Asal aku mengenal erti sahabat, erti bercinta, erti dihancurkan hati, erti membangun dari kekalahan, erti perjuangan, erti sara diri, erti kematangan, erti mengenal kaca dan permata. Segalanya di Segamat. Sebuah tukun kalau hendak dibandingkan dengan sebuah bandaraya besar Kuala Lumpur. Kuala Lumpur. Entahkan benar ada sinar baru di sana. Atau mungkin cuma omongan kosong oleh mereka yang sekelumit menempa berjaya. Yang gagal? Kita tak tahu jumlahnya entah berapa ribu.


   Ramai sudah bertanya "Kenapa engkau sayang benar Segamat?". Sambil sinis aku menggulung kembali pertanyaan mereka, hitam putih hidup aku aku, banyak perjalanannya dicorak dari mula-mula aku menapak di bumi Segamat ini.


   Aku akui jujur, kebolehan aku menulis seperti ini juga, aku 'jumpa' di Segamat. Banyak cerita yang aku nampak di Segamat, dan aku cuba ekspresikannya dalam bentuk tulisan. Mahu bermain gitar? Entah chord 'D' aku boleh tertukar dengan chord 'F'. Mahu mencoret dalam bentuk piano? Entahkan balada Jazz sendiri aku kurang mengerti untuk dihayati.


   Ramai penghuni sementara yang bermastautin di Segamat, membenci kerana di campak di Segamat. Di bumi serba kolot tanpa ada panggung wayang ini. Itulah pemikiran mereka. Hanya memikirkan kemajuan tanpa cuba mengerah sedikit tenaga untuk merasa 'soul' di sini. Untuk mereka terapkan ke jiwa mereka. Aku yakin, suatu hari nanti bila mereka sudah lama meninggalkan Segamat dengan suka-ria, mereka akan terkenang kembali akan kesyahduan di sini.


   Syahdu. Gambaran tepat akan pesona hitam yang sedang menggelora jiwa aku. Aku sendiri keliru sama ada benar akan keputusan aku ini. Entahlah. Mungkin dengan restu mama, langkah aku yang seterus ini akan berjaya.


   Kepada semua sahabat, kawan, jalan tar berlubang, 'trafific light' 99, 'port-black', kolam memancing berhantu, kubur cina, UiTM, kedai makan TomYam Mek, Kedai makan Rohaya, Kedai Mapley Azwath, kedai rokok tepi rail-kereta', stesen bas Segamat, stesen keretapi Segamat, Billion, Nirwana, Tasik, 'Rock-garden', Taman Bunga Raya dan semua yang aku tak senaraikan, maafkan aku atas perpisahan ini dan doakan atas kejayaan aku. Aicehwah!


  Ada masa, insya-Allah aku bina hidup di sini... :)

Izinkan aku menenangkan hati yang sebak.


Assalammualaikum....




Tuesday, October 18, 2011

Cikgu-cikgu Pilihan Malaysia...

   Cikgu. Seorang individu yang paling bertanggungjawab selepas ibu bapa dalam membentuk siapa kita hari ini. Di mana kita hari ini dan apa kita hari ini. Begitu mendalamnya sumbangan seorang cikgu sehingga timbul tipikal "Cikgu, kau ibarat lilin". Jika dulu, seorang cikgu dipandang tinggi. Sering diberi penghormatan dalam menjawat apa-apa jawatan politik, menuis buku dan sebagainya.


   Namun begitu, profession cikgu sudah tidak segah dulu. Seorang cikgu hanyalah dipandang sebagai jawatan orang-orang yang sudah tiada pilihan kerja, seorang yang bacul kalau nak dibandingkan dengan askar, juga seorang cikgu sekarang sudah tiada apa-apa makna lagi. Sebab itulah ramai anak murid semakin biadap terhadap cikgu sendiri. Kalau dulu, pancitkan tayar kereta cikgu dah kira paling biadap pernah dilakukan. Sekarang? Tumbuk cikgu dah macam tumbuk punch-bag.


   Ok. Intro aku sampai dua perenggan. Ni kalau Mastika baca intro aku, kompem-kompem aku dah jadi penulis tetap diorang. Pergh!


   Baiklah. Selesai sudah mengarut lagi. Sekarang berbalik kepada isu asal. Cikgu pilihan Malaysia. Ya. AKu tau ada beberapa orang dah dapat tangkap siapakah cikgu yang paling top dalam Malaysia ni. Tapi takpe. Mari kita usyar satu persatu. Harus diingat, cikgu pilihan ni bukan aku suka-suka buat, sebaliknya ianya ditentukan dalam carian Google. Jadi, tanpa membazir ruang lagi, mari kita usyar.




Cikgu Shida


Ate? Teman memang dah cenggini..
   Rasanya tak perlu lagi diperkenalkan siapa dia Cikgu Shida ni. Seorang master dalam miming lagu-lagu dan tak keterlaluan kalau aku katakan dia ni Moymoy Palaboy. versi Malaysia. Seronok tengok aksi slumber gila-gila beraksi depan kamera sambil membawa lagu-lagu hit. Kepopularitiannya di laman YouTube telah menaikkan namanya bila ada syarikat yang melamarnya untuk berlakon dalam sebuah telemovie bertajuk 'Mencari Jodoh'.


   Tapi sayang. Dek kerana profession asalnya cikgu, dia dipandang enteng oleh sesetengah masyarakat Melayu. Pada mereka, "Macam bodoh je, ada ke perangai cikgu macam ni?". Jadi, adakah seorang cikgu tak boleh untuk mempunyai perangai separa gila macam ni? Nak kata Cikgu Shida menyentuh sensitiviti keagamaan, tidak. Sensitiviti perkauman? Juga tidak. Jadi apa masalahnya? Kalau orang biasa atau artis terkenal, boleh pulak ye? Susah sebenarnya jadi orang Malaysia ni.




Cikgu Zakiah


Berkasual merah jambu hendaknya.
   Lihat gaya dan paras rupa cikgu yang seorang ini, pasti membuatkan hormon anggota tubuh lelaki yang tidak bertulang merembes lebih dari biasa. Lihat sahaja wajahnya. Lawan. Comel. Harharhar.

   Seorang watak utama dalam perjalanan plot drama fenomena TV3, Juvana. Cerita di mana pelajar-pelajar nakal yang menjalani sistem pemulihan. Sebaliknya berlaku sebuah konspirasi yang akhirnya memakan diri si pendalang. Dan sekarang kenapa aku pergi ulas cerita Juvana ni? Chait! Nampak sangat kaki tengok drama. Takde-takde. Aku cuma tengok Juvana je kot. Drama lain? Pergi mati.


Cikgu Ayu

Ini bukan Cikgu Ayu, bangang!
   Cikgu Ayu juga menduduki carta dalam sistem pencarian Google bila perkataan 'Cikgu' ditaip.Tak percaya try lah. Mungkin ada yang tak tahu siapakah Cikgu Ayu dan apakah sumbangannya pada sistem pembangunan negara.

   Tapi ingin aku ingatkan, Cikgu Ayu merupakan antara nama yang sedang mencanak naik dalam arena muzik negara. Tak kenal jugak? Ok. Meh aku kenalkan sikit.

"Dia bertudung litup,
Senyum menawan kalbu memang ayu,
Cikgu Ayu, cinta hatiku~~"

   Lagu bertajuk "Cikgu Ayu" dendangan Khalifah. Sebuah band yang memang diakui perjuangannya yang sumpah best. Sememangnya band ini sekaligus menyertai band-band tempatan lain dan cuba memecah dominasi band Indonesia yang banyak membanjiri arena seni tempatan.


Cikgu Suraya.

   Mungkin ramai masih tertanya-tanya, kenapa aku gemar menggunakan watak 'Cikgu Suraya' dalam setiap entri aku yang berbentuk cerita. Mungkin jugak ada yang blur-blur dengan setiap term-term ayat yang aku gunakan seperti "Pam basikal", "hujan", "suami pergi outstation" dan sebagainya.

   Ok. Hari ni aku berterus terang. Cikgu Suraya merupakan nama tajuk dan watak dalam sebuh cerpen lucah. Haa.. Tu mula lah nak jijik. Tak yah nak berhipokrasilah. Lepas ni mula lah tu Google nak cari cerita Cikgu Suraya. Takpe. Tu hak masing-masingkan? Har har har.

   Tapi kenapa Cikgu Suraya? Sedangkan ada ratusan, atau mungkin ribuan cerpen-cerpen lucah yang sedang bergentayang di ruang-ruang alam internet ni. Sebabnya. Penggarapan Cikgu Suraya diaturkan dengan begitu baik dan terperinci sehinggakan si pembaca akan merasakan seolah-olah dialah si pelaku dalam cerita itu. Tak seperti cerpen-cerpen lain yang begitu hampas.

   Selain itu, dalam sepanjang-panjang cerpen tu, takde langsung kesilapan ejaan. Ataupun penggunaan short-form budak-budak Pavillion macam "x", "kiteew", "dgn", "abg", "iyyeeww", dan sebagainya.

   Nampak? Gaya penulisan sebenarnya penting dalam menarik pembaca. Tak kira lah tulisan kau sampah atau berilmiah. Sekian sahaja ceramah saya. Har har har...




Ok. Tu je lah aku rasa untuk kali ini. Tak percaya? Pergi Google, taip perkataan "Cikgu"... Ok.. Daaaaa...





Friday, October 14, 2011

Lenggok Bahasa...

   Amir dan rakan-rakan tingkatan limanya pergi ke sebuah kedai makan tom yam yang dikelolakan orang Kelantan. Masing-masing menunggang basikal Fixie kegilaan remaja masa kini dan diletakkan betul-betul di tepi kedai. Mereka terus ke dalam kedai makan tersebut dan mencari satu meja yang kosong betul-betul di sudut hujung. Masing-masing terus menarik kerusi seorang satu dan duduk. Lima minit kemudian seorang pelayan datang menghampiri mereka untuk mengambil pesanan.


"Abe. Bagi kawe limau suam se." Amir mengambil giliran cepat-cepat membuat pesanan.


"Kawe nok teh 'o' beng ea be?" Kawannya pula cepat-cepat membuat pesanan.


"Emm... Milo tarik ea be?" Seorang lagi berfikir agak lama untuk membuat pesanan.


"Make dok?" Pelayan tersebut cuba mengambil kepastian. Biasanya anak-anak muda jarang makan di kedai. Makan mereka dah di rumah. Yang dimasak ibu masing-masing.


   Mereka pun berborak sesama sendiri dari hal perempuan ke hal bola sepak semuanya dibicarakan. Sehinggakan tiba-tiba, mereka teringat akan hari tersebut ialah hari Sabtu. Lantas mereka cepat-cepat membuat bayaran dan mengayuh basikal untuk pergi ke tapak pasar malam dianjurkan.


   Sampai di pasar malam, mereka pun berjalan bersama-sama. Tiba-tiba mereka ternampak Maniam dan kawannya Siva. Kedua-dua pemuda berbangsa India itu ialah rakan sekelas mereka.


"Dey macha! Buat apa ney dekat sini?" Amir lebih ramah menegur mereka berdua.


"Apa lagi kawan, mau beli baranglah. Takkan mau betulkan basikal juga?" Maniam membalas teguran Amir.


"Awak lagi buat kelakar juga ea? Hahaha."


"Biasalah. Kawan-kawan juga."


"Mana Letchumi? Itu awak punya minachi?" 


"Dia dekat rumah jugalah macha." Maniam menjawab dan mereka berlalu pergi. Amir dan kawan-kawannya terus berjalan menempuh himpunan orang ramai yang berasak-asak dan bergesel-gesel.


   Dalam berjalan-jalan itu, mereka terpandai banyak jersey digantung. Lalu mereka masuk ke gerai menjual baju itu. 


"Taukey! Ini baju berapa ea?" Amir bertanya selepas membelek-belek jersey berwarna biru, Chelsea.


"Aiyaa kawan. Manyak murah. Balu tiga puluh."


"Tiga puluh lu kata manyak mulah ha? Aiyaa. Mahallah taukey." 


"Oklah. Oklah. Dua puluh lima lu angkatlah."


"Dua puluh lima aa? Ini kain pun biasa saja. Takde ori pun adoiyai."


""Dua puluh tiga. Cincai kiralah."


"Itu pun lagi manyak mahallah." Amir cuba tawar-menawar. Namun akhirnya Amir tak jadi beli jersey tersebut dan taukey tersebut mendengus nafas tanda bengang dipermainkan.


   Sewaktu Amir hendak keluar dari segerombolan manusia-manusia itu, dia ternampak Cikgu Suraya, cikgu Matematik di sekolahnya yang berbaju kebaya hijau muda berkain satin dan bertudung ringkas.


"Eh cikgu. Buat apa sini?" Amir tetap ramah menegur sesiapa sahaja yang dia kenal. Sementara lagi dua rakannya terus menuju ke basikal sebab malu untuk berhadapan Cikgu Suraya berikutan keputusan Matematik masing-masing hanya biasa-biasa sahaja.


"Cikgu nak beli makananlah. Malas pulak nak masak hari ni." Cikgu Suraya menjawab jujur.


"Suami cikgu mana?"


"Oh. Dia outstation. Basikal kamu pancit lagi tak?"


"Ok je cikgu. Oklah cikgu. Nanti kalau tayar basikal pancit, saya pinjam pam kat rumah cikgu."


"Amboi kamu ni. Har har har."


   Mereka bertiga pun berlalu meninggalkan suasana hiruk-pikuk pasar malam itu.


******************


Dengan orang Kelantan cakap loghat Kelantan.
Dengan Maniam cakap lenggok India.
Dengan Taukey jersey cakap sleng Cina.
Dengan Cikgu Suraya boleh pulak cakap elok-elok macam orang melayu yang lain?


Ada mereka cakap macam orang Melayu secara terus tanpa lenggok bahasa mereka?


Mana jati diri yang digendang-canangkan?




Thursday, October 13, 2011

Kata Penguat Tahap Konkrit...

   Selamat kembali ke blog serba hitam ini. Ya. Berdirinya saya di sini, adalah kerana ingin menyampaikan sepatah dua kata. Terima kasih semua kerana terus menerus menyokong saya dalam arena memblogkan diri ini. Sesungguhnya, blog inilah yang menjadi perantara apa yang berpisat-pisat dalam kepala hotak saya ini, untuk di sampaikan kepada pihak umum.


   Ya. Lupakan intro serupa tahi itu. Sekarang ni kita beralih kepada topik pembelajaran kita yang selanjutnya. Dan sejak bila pulak aku ada anjurkan sesi pembelajaran? Ok. Abaikan lagi.


   Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, ada diajarkan tentang kata penguat. Di mana setiap kata adjektif akan ditambah "Paling", "Terlalu", "Sekali", "Nian", "Sangat".


   Ok. Itu untuk SPM Bahasa Melayu. Bagaimana pula dengan Kata Penguat Tahap Konkrit? Bunyinya agak kritikal. Ya. Memang kritikal. Sebab ianya gabungan Kata Penguat dengan luahan perasaan. Boleh juga digunakan untuk kata penyamaan. Sekarang kita kaji gambar di bawah :




kredit ada kat tepi gambar, aku malas nak telengkan kepala nak baca  link tu.


Saripudin : Pergh! Besar gilee!
Botak : Mak aih! 'Bengkak' gile babi!
Supardi : Fuhh! Dapat ni, untunglah sial!
Daniel Ruzlan : Pu**mak gile pemikiran korang ni?
Cikgu Suraya : Kalau ai punya macam belon ni, beruntung yu! Mesti lagi ramai 'Amir'. (tak faham pergi Google-Cikgu Suraya, bukan susah)

Anip Masa'ud : Toilet ada orang tak weh? <--- ini bukan ayat penguat tahap konkrit.




   Dapat tangkap tak di mana dia kata atau ayat penguat tahap konkrit? Tak dapat lagi? Takpe. Takpe. Aku tak kisah. Mari kita beranjak ke contoh yang lain. Jom Jom Jom!!


Kepenatan

Jepri Jantan : Penat macam anjing buat assignment ni. Yang sorang tu pulak boleh berdating di waktu kritikal macam ni. Tahi!
Juzaili Supian : Kerja dahlah tahap seekor lembu, dapat gaji ciput. Haramlah aku nak kerja sini lagi. Ptuih!
Anis Chomeyl : Penat nak mati jalan-jalan pusing town ni ek?


Ketidakpuashatian

Mustar Sarip : Perangai kau ni macam lahanat kau tau tak? Sewajarnya wajah kau dah terima tangan aku ni!
Degawan Bedol : Apasal celaka sangat member kau tu? Datang rumah ni tak reti nak senyum?
Nina Alina : Macam varvi la pihak atasan ni tau. Semuanya salah. 


Kepuasan

Sulian Kadir : Puas gilee babi semalam main futsal dua jam.
Supa'at Abu : Lagi best masa aku dapat tackle si Saripudin. Main macam setan dah semalam aku tengok.
Kamalia Pian : Best gila tenuk semalam dapat tengok abang hensem main futsal. Weee~~


   Amacam? Nampak tak bagaimana penggunaan Kata Penguat Tahap Konkrit ini dengan cara yang betul dan efisen? Bagi yang lelaki, agak terbuka sementara yang perempuan yang terkenal dengan sifat lemah-lembut, maka bahasa yang digunakan agak bertapis dan sopan.


   Macam ni kita boleh kata orang Melayu merupakan bangsa bersopan-santun dan berbudi bahasa? Tolong fikir dua kali.

Sekiyan....




Sunday, October 9, 2011

Dan Kini Bukan Lagi...

Ruang-ruang lembaran kertas,
Menjadi tempat susunan aksara,
Mengait bait puitisnya puisi biasa,
Memukul canang bukan gelandang jiwa.


Keladak duka dah lama tiada,
Daki mati kosong berganti cahaya,
Tiada duka semua senyum sahaja,
Cerita lama?

Maaf, aku dah usir kau lama.


Cerita itu kini sudah berpusara,
Tiada nisan terpasak bertanda,
Berlalang tinggi menjadi penaung setia,
Langsung aku tak ambil peduli,
Kalau teringat tiba-tiba,
Dari jauh aku talkinkan segera.


Yang kini,
Cuma aku dan dia,
Agoni-agoni aku dah tukar jadi rapsodi.


=)


   Hoh! Apa ketahian aku jiwang semacam ni? Oklah. Puisi ni aku tulis dah berapa hari lepas. Atas kertas. Tapi tiba-tiba terasa nak letak tulisan aku ni dalam blog. Untuk siapa sebenarnya ye? Errr.. He he he... 


   Di kesempatan ini, aku nak ajak kalian pergi ke sebuah ruangan tempat aku dan penulis-penulis lain mencoretkan puisi-puisi yang bertemakan "secebis picisan terbiar dari puitis yang liar".


Sejuta Stanza Selamba


   Maaf taukey! Saya lama sangat tak mencoret dalam tu. Dah sombong kononnya. Sebenarnya segan, ramai sangat yang power-power dalam tu... (-_-")


   Over sangat kan aku? Ahh.. pedulik ar.. sekian.






Thursday, October 6, 2011

Berdoa Dengan Papan Kekunci...

Ini bukan papan kekunci lah bangang!

1) Persiapkan diri seadanya. Biar kemas. Pakai kopiah lebih afdal.


2) Duduk mengikut postur yang betul. Paras peha dan badan adalah 90 darjah. Tapi kalau sambil meniarap pun takpe sebenarnya.


3) Perbetulkan niat sebenarnya. Sewajar-wajar niat.


4) Hadap laptop, pc dan segala gadget yang menawarkan aplikasi yang membolehkan berhubung dengan orang ramai di alam maya.


5) Klik pada bahagian status. Kemudian, ketuk-ketuk huruf-huruf di papan kekunci mengikut niat tadi.


6) (i) "Ya Allah. Kau tenangkanlah hati aku. Aku sudah tak nak ingat dia lagi."
    (ii) "Ya Allah, mudah-mudahan aku dapat gegurl yang cantik dan pandai bergaya."
    (iii) "Ya Allah. Mudah-mudahan lecturer luluskan setiap jawapan aku dalam kertas periksa"
    (iv) "Ya Allah! Kau senyapkanlah orang sebelah ni! Asyik bergaduh je. Memekak!"
    (v) Dan apa-apa jua jenis doa untuk dipanjatkan kepada Allah SWT.


7) Wudu'? Sejadah? Solat malam? Zikir? Takpe. Dah doa kat fesbuk tadi.




Ramai memilih untuk berdoa di internet sejak mutakhir ini...




Sunday, October 2, 2011

Mari Berhenti Merokok...

   Masa dulu... Dulu... Duluuuuu punya entri, aku ada post Kumpulan Perokok Mengikut Klasifikasi . Ok. Tu dulu punya cerita. Bulan April punya post. Tapi sekarang ni, aku rasa macam nak kongsi pulak macamana cara untuk berhenti merokok. Khas untuk perokok.

   Anda bukan perokok? Tapi bercinta dengan perokok? Boleh sahaja teruskan bacaan.

   Anda bukan perokok? Tapi anak kepada perokok? Boleh je teruskan bacaan.

   Anda bukan perokok? Tapi bekerja di bawah majikan yang merokok? Boleh je teruskan bacaan.

   Anda bukan perokok? Tapi duduk serumah dengan perokok? Boleh je teruskan bacaan.

   Anda bukan perokok? Tapi terus tanya boleh baca ke tak? Meh aku lempang. Nak baca ye baca. Tak nak baca pergi surf murai.com baca gosip artis.

Canyonese.....

   Ok. Berbalik kepada isu asal.

   Sepatutnya isu ini difikirkan bersama oleh perokok. Bukan oleh pembenci perokok, ahli-ahli kabinet menteri-menteri, artis-artis, atau selebriti sahaja. Untuk perokok, mereka sudah disogokkan dengan pelbagai percubaan atau saranan untuk berhenti merokok, antaranya iklan "Don't Break My Heart", papan-papan iklan, gambar bayi tak matang di kotak rokok, poster, bebelan dari awek dan sebagainya. Namun tak jalan.

   Ada jugak "Berhenti merokok dengan 8M" tapi macam tak jalan jugak. Jadi, apa kata cuba langkah-langkah berikut :


Manipulasikan Lighter/Mancis/Pemetik Api.

   Tanpa perempuan, hidup lelaki tak sempurna. Begitulah juga hendaknya ungkapan ini diadaptasikan kepada nilai sebatang rokok. Biarpun mahalnya seperti Dunhill atau murahnya sama seperti Zon King, kalau tiada api. Rokok hanyalah rokok. Takkan menyala. Jadi. Bagi mengelakkan asap rokok menerawang ke udara, cuba kita manipulasikan lighter/pemetik api/ mancis di sekeliling mereka. Sembunyikan, buang, habiskan gas, atau sebagainya. Atau bagi pekedai, naikkan harga mancis. Contohnya satu lighter naikkan kepada RM5000 tanpa ansuran. Amacam?


Tinggal Di Rumah Dua Tingkat.

   Kalau kita fikir dua inci ke depan. Memang langsung takde kaitan antara berhenti merokok dengan kadar pemilikan rumah.Tapi kalau kita anjakkan jauh sedikit pemikiran kita tu, ada je kaitannya. Tinggal di rumah dua tingkat, atau tiga tingkat atau lebih tinggi sebenarnya boleh mengurangkan kadar merokok.

   "Macamana tu?"

   Anda dah beli rokok. Kemudian pulang ke rumah. Tinggalkan rokok di tingkat bawah dan anda terus naik ke tingkat atas, terus hadap Facebook, add perempuan comel muluk itik. Setengahjam kemudian tiba-tiba rasa nak hisap rokok. Teringat rokok tinggal kat tingkat bawah. Nak turun? Gambar awek chun kat skrin laptop memanggil-manggil ni. Macamana?


Pergi Makan Di Gerai Tepi Jalan.

   Rokok dalam poket biasanya akan habis. Tak kira cepat atau lambat. Tiba-tiba terasa nak makan kat luar pulak. Perut dah berbunyi-bunyi macam cengkerik yang seadng beradu suara. Sebagai langkah alternatif untuk berhenti merokok, cari kedai makan yang stok tepi-tepi jalan. Sebabnya? Sebab, banyak kedai-kedai makan tepi jalan, takde rokok yang terpamer di kaunter. Maksudya tak de jual rokoklah. Dah tu, malas punya pasal nak pergi kedai jauh-jauh, natijahnya, tak merokoklah lepas makan. Ye tak?


Jangan Kedekut.

   Ni satu lagi langkah yang rasanya agak takde kaitan. Tapi cuba kita fikir jauh sikit. Dapat tak? Tak dapat? Takpe. Meh aku tunjukkan.

   Bagi perokok, tinggallah serumah dengan perokok tegar lain dan jangan kedekut. Kenapa? Macamani caranya. Beli rokok dan pulang ke rumah. Sampai rumah je, ajak kawan-kawan hisap sama-sama rokok yang sudah dibeli. Tinggalkan atas meja. Pergi mandi, berak, tido atau baca buku. Pergi semula ke kotak rokok tadi bila dah rasa nak hisap rokok. Cuba tengok kotak tu. Mesti dah ksong. Sebab kawan-kawan beranggapan anda membuat amal jariah. Ingat. Jangan kedekut!


Hisap Rokok Depan Angin Yang Kuat.

   Yang ini adalah satu cara untuk mengurangkan kadar merokok bagi seorang perokok tegar. Apa kaitannya? Hai. Semuanya macam takde kaitan. Tapi sebenarnya berkait rapat, erat tau? Anda sedang berbual politik denga kawan anda di bilik. Pum Pam Pum Pam... Tiba-tiba terasa nak merokok. Ok. Nyalakan rokok. Kemudian hidupkan kipas pada tahap lima. Hisap sambil duduk depan kipas tu. Sambung berbual. 2 minit kemudian, tengok balik rokok. Mungkin dah sampai puntung. Cis!

   Ataupun. Hisap rokok sambil bawak motor pada kelajuan 120 km/j. Mesti cepat habis rokok tu. Ye tak? Daripada dapat 20 pam sebatang rokok, mungkin tinggal 3 pam je.


Tulis macam ada pengalaman je kan? Ok... Memang aku perokok pun. Hikhikhik...

   Ok. Tu je antara resipi kejayaan yang boleh aku kongsikan. Ada lagi banyak sebenarnya yang kita boleh fikirkan sama-sama. Contohnya bercinta dengan Intan Ladyana dan suruh Intan Ladyana sekat aktiviti merokok kita, pasang air-cond 24 jam, buat iklan berhenti merokok guna Neelofa, ataupun tinggal je dalam hutan.

   Tu je. Aku selitkan sebaris ayat yang boleh kita renungkan sama-sama.

"Lembu kalau kita bagi makan seafood, dia tetap pilih rumput."