Thursday, March 31, 2011

Malam Jumaat...

    Oleh kerana malam ni malam Jumaat, aku pun agak terpanggil untuk membicarakan mengenai malam Jumaat. Antara isu yang menjadi sebati dalam masyarakat melayu sejak dulu. Tapi, apa yang kita fikirkan mengenai "malam Jumaat" ni? Secara teori dan amnya, apa yang aku dan hampir semua anak melayu fikirkan pasal malam Jumaat ni ialah :

Malam sunat bagi suami isteri

Malam beribadah sunat

Malam ada hantu

Malam untuk ngankung atau menurun

   Namun begitu, apa yang aku ingin sampaikan atau hujahkan di sini bukanlah berkenaan malam sunat suami isteri bergasak di atas ranjang. Itu sudah umum bahawa kalau memproses anak pada malam Jumaat akan menghasilkan produk yang berkualiti walaupun natijahnya hari-hari lain pun boleh buat kerja. Hikhikhik..

   Apa yang aku ingin sampaikan di sini ialah berkenaan obsesinya umat melayu berkenaan penangan malam Jumaat ni dalam hidup mereka.

    "Ish, tak nak lah aku pergi sana sorang-sorang. Dah lah malam Jumaat ni."

    "Aku tumpang tidur bilik kau boleh?"

    "Malam ni kita baca Yassin kuat-kuat, kita halau hantu."

    "Yang.. yang.. malam ni malam jumaat."

   Itu antara dialog dan monolog dalaman yang sering dibahaskan tatkala malam Jumaat mengambil alih tgas malam-malam hari lain.

   Ada kepercayaan yang mengatakan bahawa roh orang mati akan datang ke rumah pada malam Jumaat. Adakah ini sebenar kejadian? Atau mitos? Atau lagenda yang ditokok-tambah menjadi sebuah halusinasi ngeri bagi umat-umat melayu lain. Wallahualam.

   Pada malam inilah akan ada orang yang kena kacau, rasuk, usik dan sebagainya dengan "akak-akak" yang nakal.

   "Betul, aku nampak pocong kat toilet tadi."

   "Eh, tadi bukan kau ke kat sini cakap dengan aku?"

   "Kenapa lah bulu roma aku tegak semacam ni"

    Kalau benar lah, maknanya "akak-akak" yang buat kacau ni makhluk yang ada akallah ya? sebab mereka dapat membezakan hari-hari lain dengan hari Jumaat. Asal hari Jumaat je barulah mereka mengganas. Hari lain mereka buat apa? Gathering kat pantai sambil panggang ayam?

    Dulu aku mengikuti latihan silat kat kampung. Ilmu persilatan dalam kampung kampung aku ni berkaitan dengan permainan kuda kepang. Yes. Sejenis permainan tarian yang pada asalnya merupakan persembahan secara serentak tapi bila dah sampai tahap memuja dan menurun, sang penari akan hilang pertimbangan. Jujur aku cakap aku sendiri tak main sampai ke tahap kuda kepang tapi ikut setiap aktiviti mereka. Kebiasaannya malam Jumaat akan dipilih untuk memuja sang semangat untuk meresapi tubuh sang penari. Bau kemenyan memang biasanya menyucuk lubang hidung dan kalau nak merokok waktu sang kepala mengasap kemenyan, baik lupakan. Kang tak pasal-pasal sedut asap kemenyan.

   Hari Jumaat juga biasanya dipilih tok bomoh tak kira yang betul atau yang tipu untuk menurun nombor. Bukan nombor telefon cikaro tapi nombor KTM. K-Kukuda. T-Tutu. M-Magnum. (ok ni dialog dalam cerita ngangkung). Biasanya bomoh akan memilih kubur tokoh-tokoh dahulu-kala ataupun kubur orang mati terseksa. Hari jumaat dipilih kerana menurut bomoh, malam inilah malam paling mujarab untuk mendapatkan nombor paling ong, paling kaya dan paling ong, dan paling kaya, dan paling ong, dan paling kaya. (Hahaha. apasal korang baca banyak kali?)

   Banyak lagi urusan-urusan misteri dan mistik yang dilakukan dan dijalankan pada malam Jumaat bertujuan untuk mendapatkan hasil yang lumayan, menjadi lebih hebat dan tak lupa juga untul menjadi lebih hebat di atas ranjang.

   Seharusnya malam Jumaat dan malam-malam yang lain, kita sebagai umat melayu khususnya umat Islam memperkayakan malam Jumaat ni dengan ibadah-ibadah sunat dan mendekatkan diri kepada sang Pencipta yang maha Agung. Bukan semakin menyesatkan diri jauh ke lembah duniawi. Ingat syaitan bertepuk tangan bila kita sesat.

   Tapi apa kita tau? pegang Yassin pun bila takutkan hantu. Puuiiihh!!

Wednesday, March 30, 2011

Kompilasi Kisah Misteri Setahun Kami Di Rumah Itu...

     Tengah syok baca cerita-cerita misteri tentang pengalaman manusia-manusia di forum sini, aku pun terpanggil untuk cerita pasal pengalaman misteri aku. Bukan aku, tapi kami. Kami sekeluarga masa menyewa di sebuah rumah kampung di Paloh sementara tunggu rumah siap dibina. Sepanjang tahun 2009 kami menyewa di situ. Aku pun tak tahu kenapa orang tua aku dulu boleh memilih untuk menyewa rumah tu. Mungkin faktor harga atau itu sahaja rumah kosong yang ada.
Abaikan aksi cover album mereka
   Yang berpanah itulah rumah yang pernah kami sewa dulu. Rumah yang berlokasi paling hujung dalam kampung tu. Belakang rumah tu ada bukit tinggi yang mana kalau bosan kami akan daki untuk memandang saujana kehijauan bumi Allah ini dari puncaknya. Memanglah best untuk didaki pada waktu pagi atau petang. Tapi bila malam, cuma kegelapan sahaja yang menyelimuti geografinya.


    Hampir setahun menyewa di situ, ada banyak kisah misteri yang kami sekeluarga dah alami. Di sini aku kompilasikan dan ini bukan cerita tipu. Serius.


Lolongan anjing dari pelbagai arah :


    Jam lebih kurang 1 pagi. Suasana permai malam di desa memang mendamaikan. Aku pulak yang sedang berdarah muda remaja yang tangan tak lepas dari menggenggam henset jenama nokia daun. Mesti lah nak bergayut kan? Tak endah dengan suasana seriau tu, aku terus mendail nombor dan menjalankan operasi bergayut. Baru 5-10 minit, halwa telinga aku menangkap jelas bunyi lolongan anjing di sebelah luar. Betul-betul sebelah aku sebab aku bergayut tepi tingkap. Sedangkan itu kampung, mana ada orang bela anjing. Tiba-tiba bersahut dari halaman ruang depan. Bersahut lagi dari penjuru lain. Hati aku punya berderau, terus meminta izin si penerima panggilan untuk berhenti setakat itu. Kemudiannya, terus cuba memejamkan mata dengan hati menyumpah kerana terpaksa berhenti serta-merta untuk bergayut.


Gadis berbaju merah merangkak ala ju-on :


    Cerita ni dialami mama aku sendiri. Diceritakan semula kepada kami esoknya. Malam tu mama aku tertidur di ruang tamu masa tengok cerita apa entah. Mana aku ingat. Tiba-tiba beliau tersedar. Dalam tersedar itulah dengan jelasnya beliau dapat lihat ada sesusuk "akak" yang keluar dari bilik mama-baba aku. Merangkak secara perlahan-lahan keluar dari pintu bilik tu terus menuju ke dapur dengan rambut menyapu lantai. Kata mama aku beliau cuma tergamam dan tak tahu nak buat apa tatkala melihat persembahan ala okestra itu. Sudahnya mama aku terus tidur di atas sofa ruang tamu sampai ke pagi. Kalau fikirkan, ini paling misteri dalam banyak-banyak yang family kami alami.


Misteri penjuru rumah :


    Yang ni aku dengan adik aku paling kecik alami. Sekitar pukul 12 malam. Si kecik yang berusia 3 tahun tu masih belum mahu tidur. Aku pulak yang tengah layan cerita kat TV, layankan sekali lah perangai dia yang tengah main laga-laga ultraman denga raksasa. Kami bentang tilam depan TV. Kadang-kadang memang aku tidur depan dengan adik aku yang kecik sekali tu. Tak semena-mena, budak kecik tu datang rapat dekat aku sambil muka dia kebiruan tahap dewa cakap "Abang, takut. Abang, takut". Weh, hati abang mana yang tak risau kalau tengok adik sendiri macam tu. Aku tanya dia kenapa, dia cuma sembam muka ke bantal aku sambil jari tangan dia tepat menujah ke satu penjuru ruang tamu rumah aku. Aku pandang. Kosong. Takde apa. Nasib baiklah henset aku ada aplikasi al-Quran. Aku pasang sambil peluk adik aku tu. Dia peluk aku gila punya erat dan aku tau dia memang tengah ketakutan. Dalam macam tu aku cuma bercakap secara perlahan "tolong jangan kacau adik aku". Terus tangan adik aku dah tak tuding lagi penjuru tu, tapi dah lena dibuai mimpi.


Bunyi mencangkul tanah.


   Yang ni di alami adik aku yang bawah aku. Perempuan. Tak banyak yang aku boleh ceritakan sebab cuma dengar dari dia. Dia cuma cerita ada berapa kali tu dia dengar orang mencangkul dari dalam bilik. Apahal pulak ada orang mencangkul dalam rumah? Logik atau tidakkah itu? jeng jeng jeng.


Gadis berbaju merah dibalik pokok


   Cerita yang ini dialami budak-budak kampung aku. Mereka pemain silat yang mengikuti latihan silat yang dianjurkan ketua kampung. Ada satu hari tu mereka saja-saja nak daki bukit belakang rumah aku tu. Tiba-tiba je dorang tergocoh-gocoh berlari menuju ke arah aku yang tengah lepak dengan member kat bawah pokok rendang depan rumah. 


   "Apasal weh?"


   "Ada pompuan baju merah kat jalan nak naik bukit"


   "Ek eleh. Kata main kuda kepang, benda camni pun dah goyang?"


   "Kepala hotak kau la"


   Serius yang aku ingat bila dorang cakap macam tu, kisah yang diceritakan mama aku pasal gadis macam ju-on tapi berbaju merah. Aku pun tak tahu apa kaitannya semua ni. 




   Ni aku cuma cerita yang menarik untuk dikongsi walau harfiahnya banyak lagi yang diceritakan setiap ahli keluarga aku. Aku jarang ada kat kampung sebab aku belajar kat Segamat. Tak lama lepas tu kami semua satu keluarga berpindah ke rumah taman berhampiran walaupun rumah yang sedang dalam pembinaan belum lagi siap. 


   Kemudian aku dapati ada satu family pindah masuk rumah tu. Mama cakap :


   "Kalau dorang boleh tahan dua bulan, itu memang dah bagus"


   Tak sampai dua bulan, rumah tu kembali kosong. Sampai sekarang bila aku lalu rumah tu, macam-macam kisah misteri bermain di kepala. Seram bai..!!

Kepada Saadiyah Rahmat , aku dah tunaikan permintaan kau yang mahukan cerita misteri... ngehehehe.. 

Tajaan bersama :





Monday, March 28, 2011

Kenapa Aku Tak Minat Lagu Dari Indonesia...

   Sebenarnya tujuan aku mengutarakan persoalan ini ialah kerana budak rumah aku sering memutarkan lagu-lagu dari "Garuda Di Dadaku" ni. Sekarang ni dekat rumah aku tengah menggila putarkan lagu "Ashiteru". Lagu apa tu? Entah. Ada juga yang bertanya kenapa aku tak suka sedangkan lagu-lagu mereka semua asyik-asyik belaka.

   Asyik? Watdefak.! Sumpah pada aku annoying gila lagu mereka.

   "Pehal pulak annoying? best apa? Layan bhai"

    Layan? Chis. Aku tak nampak celah mana layannya. Suara vokalis semuanya macam nak bunuh diri. Serius semua nyanyi macam nyawa dah di hujung tanduk. Betul tak? Jangan deny. Semuanya benda betul. Serius. Kau tengok ar vokalis RADJAkumaran, MATTAhidungmulut, lolaLETTO, Walibenten. Semuanya aduh mak aih. Lemah je aku dengar. Am I wrong?

    Lagi satu irama atau rythm diorang semuanya lemah. ok tak semua. Tapi hampir semua. Namanya band tapi rentak aduimak, meleleh. Macam ni dikatakan layan? Macam ni dikatakan asyik? Naik menanah telinga aku dengar lagu-lagu camni. Lagu-lagu macam ni kalau compare dengan lagu New Boyz atau Naqiu Boboy, aku rasa lagu budak-budak hingus meleleh ni jauh lagi ke depan. Lagu ok. Lagu. Bukan suara.Tapi dah dikelilingi semuanya pendengar setia irama seni muzik dari seberang ni, nak tak nak, layankan je la kan? Sabo je la...

   Lepas tu lirik. Haa, tang lirik lagi tak boleh blah. Kamon la. Lirik cuma dua tiga rangkap, tapi boleh jadi 4-5 minit punya lagu. Lepas tu korang pun dengan muka seliparnya nyanyikan untuk awek lagu-lagu Indonesia ni dengan slang, nada dan loghat serta bahasa sebijik sebagak dengan dorang. Hei, mana identiti kita sebagai warga Malaysia? Mana? kalian cakap Proud to be Malaysian kan? 

    Lagu-lagu Indonesia merupakan penjajah industri seni tanah air. Betul tak? Dulu aku layan Hot FM dengan Era FM. Sekarang pergi ****** (sila isi mengikut kreativiti tersendiri) dengan dua stesen radio tu. Manjang lagu Indonesia je. Tu tak masuk mana-mana pasaraya yang bukak lagu-lagu macam ni kuat-kuat. Grrrrr....Entah apa-apa entah. Lebih baik aku dengar Sinar FM. Rock kapak is my soul. Retro nadi aku. Ngeheheheheee. Aku rasa bukan setakat lagu-lagu Indonesia, tapi juga drama-drama Indonesia. Konflik manjang, rebut harta, watak utama yang bodoh, watak jahat yang jahat gila babi yang kejahatan mereka tak masuk akal. Hahahaaa.. betul tak? betul tak?

   Lu orang nak kondem aku, silakan. silakan. Aku tak kisah. Hahahaa..

   "Habis tu kalau kau tak layan lagu Indonesia, kau layan lagu apa?"

   Hahaha.. Semua genre lagu aku layan. Baik metal, jiwang, nasyid, irama melayu termasuk lagu Siti Nurhaliza. Semuanya. Kecuali made in Indonesia. 

    Sebenarnya ada banyak lagu-lagu Malaysia yang kualitinya jauh berganda lagi baik dari lagu-lagu Indonesia ni. Cuma media-media massa di Malaysia ni sendiri yang menafikan hak mereka untuk mencari tapak di bumi sendiri. Tapi mengagungkan hasil dari seberang. Kamon la. Kata je darah ada nama Malaysia.

    Tapi, aku suka puisi dari Indonesia. Puisi mereka manis. Serius. ^_^

    Korang bukak lah sekuat dan sekerap mana lagu Ashiteru tu. Sekelumit pun aku takkan terpengaruh. Ngeheheheheheheeee....


----citarasa lain-lain kan?----

Saturday, March 26, 2011

Tengok betul-betul...

   Malas nak taip panjang-panjang hari ni... layan sudah... Gambar-gambar berikut kalau di perhatikan betul-betul.. ada yang tersembunyi.. :






Oleh kerana mood masih lagi nak main game-game old skool.. so, aku letak yang berkenaan dengan game lah pulak..




Dan yang paling celaka tahap petala langit :



HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!


Kutip dari : Top Strange





Friday, March 25, 2011

Contra : Game paling legend...

   Mungkin ada segelintir yang tak pernah main game Contra ni. Tapi bagi baya-baya aku, game ni memang legend. Memang true. Sebuah game yang old skool menggunakan konsol 8-bit game. Sekarang mungkin susah nak jumpa walau harfiahnya konsol game 8-bit ni masih ada kat rumah aku. Kadang-kadang kalau balik kampung pun boleh bergaduh sebab main konsol 8-bit ni walaupun orang lain sekarang dah main PSP bawak ke hulur ke hilir.
   
    Dulu masa form 2, dapat biasiswa. Inilah benda pertama aku beli dengan duit biasiswa tu. Padahal tulis borang masa nak mintak buku bank : nak beli buku dan keperluan sekolah. Masa aku beli, harganya RM55 lepas tawar-menawar. Bangga kembang hidung bila ada game sendiri.


Sekarang dah belas-belas ringgit.
   Konsol ni guna tape, tak macam PS, PS2, PS3 yang gunakan CD. Gambar pun kotak-kotak. Tapi masa tu mana ada semua tu lagi. Game ni dah kira paling canggih dah pada zaman tu.

   Banyak game dah aku main guna konsol ni. Tapi game paling berbekas dalam hati dan sanubari aku ni ialah game yang menguji ketangkasan dan kehebatan berfikir secara kreatif dan kritis. Game yang menunjukkan jiwa lelaki seseorang itu. Tak lain tak bukan. Game Contra edisi pertama :

Setailo gila mukadimah game ni
   Game ni keluaran Nintendo. Boleh dimainkan dengan dua orang pemain. Pemain pertama seluar biru, pemain kedua seluar merah. Tapi bagi aku yang memang tahap dewa ke-7 powernya, main sorang pun takkan mati. Karekter utama bermula di hutan dan perlu menyelamatkan dunia. Ada 8 stage semuanya :

Stage 1 : Jungle
Stage 2 : Base
Stage 3 : Waterfall
Stage 4 : Base II
Stage 5 : Snow White
Stage 6 : Energy
Stage 7 : Hangar
Stage 8 : Alien's Lair

   Kalau korang noob, stage 1 pun dah game over agaknya. Hahahahahahaaa.. (Gelak biadap dan bongkak). Kalau aku, entah dah berapa ratus juta kali aku habiskan kelapan-lapan stage, tapi masih ghairah untuk main lagi, lagi dan lagi. 

   Sekarang Nintendo dah letak game ni kat website mereka dan boleh dimainkan secara online. Kalau nak main, klik kat bawah ni tapi dengan syarat laptop/pc korang kena ada java.


   


Ni dia lagu yang aku dengar tiap-tiap hari.







Ok.. sekarang aku nak main game ni. Jangan kacau aku!!

Tuesday, March 22, 2011

Misteri Lagu "Menanti Kasih"

   Ok ok ok... lagi sekali kita kembali dalam segmen misteri. Pergh.. Poyo gila lu Sipot. Hahaaa.. ni blog aku, suka aku la.. Uweeekk :P <--- muka comel.


   Sebenarnya aku perhatikan dalam dua post aku sebelum ni Dua misteri dalam dua hari berturut dengan Misteri keretapi merupakan antara post yang popular dan telah mencatas novel tulisan aku sendiri. (Dalam blog ni la). Diikuti pendapat kawan aku bahawa cerita misteri memang mendapat tempat dihati pembaca. Jadi, aku tengah layan-layan cerita misteri yang ada kat dalam internet ni, aku terjumpa lah satu cerita yang agak menarik untuk dikongsi. Ini bukan cerita aku tapi aku taip dengan tengkuk meremang walaupun jam pukul 3:19 petang (waktu Malaysia).


   Ok, jadi kita teruskan cerita kita yang ala-ala majalah Mastika ni.


   Mungkin tak ramai kenal siapa Alda Risma. Aku sendiri pun tak kenal. Mungkin namanya sedikit tenggelam dek arus kelajuan muzik di Malaysia ini. Alda Risma, seorang penyanyi dan pelakon dari Indonesia dan mencipta nama di Indonesia. Namun usianya tak panjang apabila ditemui meninggal dunia di sebuah hotel di Jakarta. Menurut spekulasi beliau meninggal kerana overdos berikutan di tubuhnya ada kesan suntikan. Namun ada spekulasi juga bahawa beliau telah dibunuh.


   Lagu yang paling popular beliau ialah lagu "Aku Tak Biasa" namun yang aku nak kongsi bukan pasal lagu ni. Tapi sebuah lagu lain yang memberi persoalan. Lagu itu bertajuk "Menanti Kasih".


   "Apa yang misterinya? Elok je tajuknya?"


   Memanglah tajuknya macam lagu jiwang ala-ala New Boyz suara hingus tersumbat. Ok. Lagu ni merupakan lagu terakhir yang beliau rakamkan sebelum ditemui meninggal dunia pada December 2006.


   "Ala, Lagu Salam Akhir dari Sudirman pun lagu akhir beliau sebelum meninggal dunia"


   Lu jangan membantah boleh tak? bagi aku cerita habis dulu. Lempang kang baru tau. Ok. Berbalik pada cerita. Memang lagu Sudirman tu agak angker. Sama kisahnya dengan lagu Sudirman, cuma lagu ni tak ramai tahu. Jadi biarlah aku cerita. Chis!


   Ok. Sekarang korang layan lagu ni sambil baca liriknya :






Malam sunyi kusendiri
Duduk sepi diatas pohon
Kubiarkan rambutku terurai

Tanpa kaki kelelawar
Anjing dan bulan purnama
Kumenanti kekasihku
Yang belum mati

Reff :Kapan mati kekasihku
Kumenanti kau disini
Ayo mati bunuh diri
Agar kita jumpa lagi
Seperti dulu

Mana mungkin kukembali
Hidup lagi seperti dulu
Kecuali engkau mati
Mohon mengerti


  Amacam? Ada perasan yang pelik tak? Lagu terakhir beliau sebelum meninggal dunia. Sejauh mana pun misterinya, Cuma Allah yang tahu. Ok sekarang aku nak cari selimut. Sejuk.

Oh ya, dengar cerita dari kawan aku, dekat kolej kediaman dekat UiTM Segamat kena kacau sejak pembesaran padang dilakukan? Betulkah? Seriau bai.... awwwwuuuuuuuuuuuuuu.....

Terimas brader Muhamad Faisal Jamal.


Kutip dari : Wikipedia




Sunday, March 20, 2011

Bekok : Permulaan cerita aku di bumi Segamat.

   Sebelum ni, aku ada cerita pasal Paloh, Pekan Bekas Peninggalan Komunis, kali ni aku tergerak untuk cerita pasal satu lagi pekan yang pernah meninggalkan titik hitam putih dalam diari hidup aku. Semuanya bermula bila kawan lama aku, yang mesra dengan panggilan Aza, tag aku dalam gambar lama dekat facebook. Gambar zaman aku sangat nerd, rambut sikat belah tepi, baju tuck-in, seluar paras pusat, dan tak lupa juga buku teks tinggal bawah meja.


   Bekok. Menurut lagenda warganya, berasal dari nama seekor burung seakan garuda atau helang, atau phoenix yang bernama burung Bekoh, yang sangat besar, telah mati dan disemadikan di tanah itu. Aku pun tak tahu ni cerita betul atau cerita tipu. Kalau tipu maknanya aku kencing korang ar. Hahaha.. Padan muka.


   Aku tahu, ramai warga UiTM Segamat tahu akan Bekok ni kerana Air Terjun Bantang Bekok yang ada dekat Bekok ni. Tapi bagi aku, Bekok bukan sekadar sebuah air terjun, bukan sebuah pekan yang sangat dalam, bukan pekan penempatan orang asli yang membuatkan Tengku Mahkota Johor seringkali melawat Bekok. Bukan. Bagi aku Bekok lambang sebuah keharmonian. Lambang kecintaan. Lambang kesederhanaan. Lambang setiakawan dijunjung tinggi.


   Aku berpindah ke Bekok dari Kulai masa aku tingkatan 4, jadi mungkin ambik masa untuk sesuaikan diri dengan persekitaran baru, Bayangkan dari suasana bandar, tercampak ke pedalaman. Sesak bai. Tapi apa nak buat? Terpaksalah turutkan. Aku ingat lagi apa yang berlaku masa mula-mula masuk sekolah kat sana. SMK Bekok. 
Dekorasi yang menepati piawaian antarabangsa


   Aku tak tahu pun masa tu periksa setengah tahun. Oleh kerana aku ambik aliran perakaunan masa sekolah STARP, Kulai dulu, aku terus masuk aliran akaun jugak kat situ. Peperiksaan Bahasa Melayu. Aku masuk kelas tu. Aku jadi ralit bila tengok suasana kelas tu. Ramai, india, cina dan melayu cuma ada berapa kerat je. Ah, peduli la.

   Habis je subjek Bahasa Melayu tu, terus waktu rehat. Aku tengok jadual periksa. Lepas ni Pendidikan Islam. Aku belum ada buku teks lagi. Jadi buat muka hensem la nak pinjam siapa-siapa. Aku tengok sebelah kanan aku sorang mamat ni, pakai vase pengawas, muka hensem (kurang sikit dari aku). Tengok name tag dia. Faizul Nizam.

   "Errr, bro, pinjam buku agama, boleh tak?"

   "Haaa?" mamat tu tercengang.

   "Nak pinjam buku agama lah bro"

   "Errr.."

   Tiba-tiba sorang brader menyampuk, aku tengok tag nama dia tertulis Amirul.

   "Dia ni orang asli, mana ambik agama. Nah baca buku aku" sambil menghulurkan buku teks Pendidikan Agama Islam.

   Oh man!!!! (sila sebut gaya Swiper si Pencuri watak musang dalam Dora The Explorer). Macamana aku boleh tak dapat detect dia ni orang asli. Kulit sawo matang. Chis!! Ya, di situlah bermula hubungan aku dengan kawan aku itu, Amirul dan Faizul Nizam atau nama komersialnya Badu. Dalam kelas tu ada empat kaum ok. Melayu, Cina, India dan Asli. dan sepanjang belajar di sekolah tu, aku lebih rapat dengan Badu, Vickey dan Ganesan. 1 Malaysia? Yes, ni kalau PM Najib tengok, mesti kami jadi gambar mana-mana kulit buku perpaduan pun. 
Tak payah cari mana aku. Yang paling kanan tu Badu
   
   Tapi aku paling rapat dengan Badu. Budak asli yang langsung tak macam asli. Gayanya seakan melayu. Banyak kerja bangang jugak yang aku dah buat dengan Badu ni sepanjang kat sekolah. Lebih-lebih lagi dia ni pengawas. Mudah jadi tulang belakang sepanjang aktiviti hitam kami di sekolah. Muahahahahahaha!! (Harap-harap kalau ada cikgu baca ni, sila maafkan kami ya? (^_^") <---muka comel).

  Cikgu kelas aku ada cadangkan untuk aku masuk kelas sans berikutan performance aku dalam pelajaran. (bukan puji diri sendiri tapi ni kenyataan).  Tapi aku tolak sebab aku kurang minat dunia sains. Walaubagaimanapun, aku tetap rapat dengan budak-budak kelas sains.  

Calon-calon Idola Kecil 4.


   Dari kanan : Apil, Badu, AmanNuek, Izi, Cikgu ZamaniSipot, Ganesan. (Letak link Facebook kot-kot ada yang kenal. ngeheheee). 
   
   Budak kelas sains ni ramai sikit budak melayu. So, senang lah nak ngam. Lagipun budak kelas sains ramai gadis-gadis yang comel dan ayu. Cuma waktu tu aku malas nak fikir pasal indahnya cinta meskipun ramai antara mereka menawarkan untuk menjadi pasangan sehidup semati. (Kalau rasa menyampah, sila beritahu).


Dari kanan : AzaIzaSyakillaLiza
   

Cinta si gadis kampung

  Dari kanan, atas : Aqidah, Awin, Aza.
  Dari kanan, bawah : Nazira, Liza, Zura, Iza, No'in


   Kalau kumpulan nasyid ar-Raudhah tengok gambar ni, mesti mereka berubah kerjaya. Kalau ada yang nak kenal, sila lupakan sebab masing-masing dah ada balak. Semua kawan-kawan kat SMK Bekok ni ada karakter masing-masing. Yang penting semua sporting. Walaupun kalau dirujuk ke google maps, memang kami jauh terceruk di pedalaman. Tapi di pedalaman inilah yang mengajar kami erti menghargai. Aku eksiden teruk dulu pun, kalian ada di samping. Tak putus-putus ziarah aku. Buat aku tersenyum. 


   Weh, Serius aku rindu korang semua. Kenangan ni semua buat jiwa aku meruntun. Jiwa lelaki aku kalah dengan kenangan sebegini. Kenangan yang takkan aku dapat beli. Yang takkan aku dapat baca di mana-mana bahan cetakan pun. Kenangan yang dah aku semadi rapi dalam hati. Dalam sanubari. Terimas korang. Sebab korang lah aku kenal apa itu setiakawan.


Sejauh mana aku berjalan, setinggi mana aku berdiri, aku takkan lupakan sebuah sekolah di pekan pedalaman ni.


Bila nak buat re-union ni? dah lebih 4 tahun tak jumpa semua... Arrgghh!!!


Kepada Aza : aku dah tunaikan permintaan kau... Hahahahaaa... 

Friday, March 18, 2011

Tsunami Jepun, Kalendar Mayan, 2012?

   Satu dunia dah tahu mengenai Tsunami yang membadai Jepun pada 11 Mac 2011 lepas. Dah pun menjadi tajuk utama mana-mana berita, akhbar mahupun radio. Mana-mana website utama pun ada bagitahu so logik akal lah kalau aku katakan bahawa semua orang dah tahu. Melainkan korang cuma tahu main FB, add friend gadis-gadis yang ambik kamera 3 inci dari muka, yang edit guna photoshop sampai nampak cun gila, yang hot dan sebagainya.

   Aku yakin dan cukup pasti bahawa ada yang dah tengok cerita 2012. Cerita yang menggambarkan kehancuran dunia dan bagaimana mereka cuba menyelamatkan diri dari kehancuran itu. Seharusnya bagi umat Islam sendiri, memang takkan ada satu makhluk pun yang terlepas dari hari Kiamat dan wajarlah cerita 2012 itu diludahkan segera. Maksud aku, korang jangan percaya dan jangan bagi adik-adik korang percaya.

   Tsunami yang menggila di Sendai itu betul-betuk membuat semua umat manusia menginsafi diri. Tak terlepas juga ada segelintir yang melemparkan tuduhan bahawa Jepun tidak menjaga ekosistem alam sekitar. Eh, kamon laa, Jepun tu bukan main terkenal lagi dengan negara yang menjaga baik alam sekitar. So, kalau nak bercakap jangan ikut sedap mulut je walaupun awak tu orang yang disegani. Tu tak campur lagi karikatur seorang Ultraman menyelamatkan diri dari Tsunami. Kompem terasa sakitnya hati warga Jepun itu. Apa-apa pun tahniah bagi pihak editor yang dah mengemukakan kenyataan memohon maaf.
   Ok, aku minta maaf kalau aku dah melalut dari tajuk sebenar. Berbalik kepada diskusi kita. Ada segelintir warga dunia yang mula mengaitkan Tsunami yang berlaku itu dengan kejadian 2012. Sebuah teori atau mitos yang pada asalnya ditemui oleh warga Mayan dan tercatat dalam kalendar mereka. Bagi kaum Mayan, kalendar mereka sekadar terhenti pada 21 Disember 2012 dan dunia sudah berakhir pada waktu itu. Sedangkan bagi umat manusia lain, kalendar yang tergantung di dinding akan berakhir pada 31 Disember dan akan bermula semula pada 1 Januari.

   Sebenarnya, pada tahun 2000 dahulu, dunia sudah digemparkan dengan teori Y2K. Sebuah teori yang mengatakan dunia akan hancur pada tahun itu. Namun sederas mana teori itu muncul, sekencang itu jugalah teori itu dilupakan orang. Kemudian kehancuran dunia diramalkan pada 2003, namun pada tahun 2003, sekali lagi teori cuma tinggal teori dan kini teori 2012 pula muncul menyebabkan ada saintis sibuk mengkaji kesesuaian Marikh sebagai tempat membina hidup.

   Namun, kemusnahan Bumi tidak akan berlaku pada 21 Disember 2012, melainkan dalam bentuk special effect yang mengagumkan dalam filem 2012. Walau bagaimanapun, pada tarikh berkenaan akan berlaku fenomena winter solstice (pegun musim dingin), iaitu keadaan dimana kecondongan paksi Bumi menjauhi matahari mencapai maksima pada 23 darjah 26 saat.

   Seperti Y2K, 2012 telah dikaji secara lebih mendalam akan kesahihannya. Dan saintis yang membuat kajian telah mempunyai semua jawapan apabila masa semakin menghampiri tahun 2012. Di bawah adalah jawapan kepada beberapa soalan yang mungkin timbul dalam fikiran kita berkaitan dakwaan berlaku kiamat pada 2012. Kalaulah korang rasa ragu-ragu dengan cerita 2012 tu.
   
   Ada tanggapan daripada orang-orang purba Sumer yang mengatakan bahawa ada sebuah planet yang di beri nama sebagai Planet-X, atau Nibiru, atau pun Eris sedang menuju ke arah Bumi dan akan menghempas Bumi. Namun menurut pengkaji, itu semua sekadar muslihat internet semata-mata. Kalaulah benar berlaku itu, cuba korang tengok keluar rumah pada waktu malam dan tengok ke atas langit. Nampak tak ada sekelip yang ganjil sedang bergerak menuju ke bumi. Kalau tak jumpa, cuba korang sambungkan bintang-bintang menjadi bentuk lain mengikut imaginasi. Kalau aku, aku suka bentuk kura-kura. Sweet weh buat macam tu. Try ar. Namun begitu, memang ada plnaet bernama Eris, tapi planet itu sekadar berpusing mengikut orbit dan berada di luar lingkaran Sistem Suria dan sama saja seperti Pluto yang mana jarak terhampir ialah 4 billion batu.

   Menurut pengkaji, Bumi tidak akan berada pada garisan selari dengan planet-planet lain dan Bumi tidak akan melintasi satah galaktika biarpun pada 2012 berlaku fenomena Bumi sebaris dengan planet-planet lain di Sistem Suria. Untuk pengetahuan semua, Bumi dan Matahari akan sebaris dengan galaksi Bima Sakti pada setiap bulan Disember dan itu tidak memberi apa-apa kesan kepada Bumi.

   Ada juga pertanyaan mengenai angin ribut Suria yang bakal membahang pada 2012 dan persoalan itu di jawab. Aktiviti suria mempunyai kitaran tertentu, yang kemuncaknya berlaku setiap 11 tahun. Menjelang kemuncak aktiviti sedemikian, lonjakan bahang suria mampu mengganggu komunikasi satelit, dan para jurutera sedang berusaha menghasilkan elektronik yang kalis lonjakan bahang suria. Namun begitu, tiada risiko khusus yang berkaitan dengan 2012. Aktiviti suria maksima akan datang dijangka berlaku antara tahun 2012 dan 2014 dalam keadaan kitaran suria yang sederhana, tiada beza dengan kitaran-kitaran yang pernah dialami sebelumnya sepanjang sejarah umat manusia.

   Sesungguhnya kehidupan kita di dunia ini cumalah sementara. Kalaulah Allah mahu sesuatu itu jadi, maka jadilah. Kita tak mampu halang atau lari dari-Nya. Dan Hari Kiamat itu sesuatu yang bukan untuk kita teka dan tilik tetapi untuk kita persiapkan diri.

   Sementara itu laporan dari Kosmo! Online melaporkan Maria Ozawa terselamat dari bencana Tsunami. Tak caya baca kat sini ---> Maria Ozawa Selamat

Sumber yang aku kutip dari : Samzha dan dari Wikipedia.


  




Thursday, March 17, 2011

Kejadian Mati Lemas, Meninggalkan Seribu Keinsafan...

   Kalau korang nak kata ini cerita tipu, sila nafikan segera sebab ini cerita tentang kematian, bukannya imaginasi terlampau aku. Ini cerita benar, yang ingin aku kongsikan sebagai pedoman kita semua dalam menempuh liku danau ranjau hidup dalam dunia ini. Kalau Tuhan mahu ambil nyawa kita, bila-bila masa pun boleh berlaku tanpa mengira tempat dan waktu.


   Cerita bermula bila petang tadi, lebih kurang pukul 6 petang, aku sedang melayari laman sesawang rangkaian sosial, Facebook untuk melayan karenah peminat-peminat. Beberapa ketika kemudian, Hafiz Azman atau lebih komersial dengan nama Kekek pulang dari kuliah. Dengan tergocoh-gocoh, dia menukar pakaian dan mengajak aku untuk berjogging. Katanya untuk menjaga penampilan bagi memikat gadis-gadis. Namun hati kecil aku bergetus tak perlu untuk aku berjogging bagai sebab memang sedia maklum aku ni antara jejaka digilai gadis. (Cik Ila jangan marah aaa... kehkehkeh). Tapi demi menjaga hati nurani seorang kawan, aku turuti juga, lagipun dah lama aku tak berjogging. Kali terakhir ialah 2 tahun lepas. Terlalu lama. Kalau main bola, posisi menjaga gawang gol, memang 2 jam main pun takkan berpeluh.

   Kekek memilih lokasi Taman Utama Segamat, untuk menjalani aktiviti riadah petang kami. Sebab Kekek selalu juga jogging kat situ. Cuma ni kali pertama aku ikut. Lokasi tersebut bersebelahan dengan restoran "Secret Recipe", kalau orang Segamat mesti tahu tempat tu tapi aku sendiri tak pernah pergi makan kat situ. 


   Bila hampir sampai Taman Utama Segamat itu, kami dapati ramai orang. Kalau sebelum ni bila aku pergi, takkannya orang akan mengerumuni kawasan itu. Kecuali pasangan kekasih yang bercanda. (Tidak termasuk aku). Ada polis, bomba, ambulans, pasukan pengakap, kadet remaja sekolah dan tak lupa juga ahli jawatan kuasa kampung. Aku semakin pelik dengan situasi itu.


   "Kek, ada pertandingan memancing ke kat sini?", soalan aku pelik bercampur ingin tahu.


   "Mana aku tahu, ada artis datang tak?". Kekek menggulung ketidakpastian aku.


   Orang semakin ramai. Motorsikal kami parking jauh sikit sebab dah takde ruang kat situ. Ketika menuruni taman itu, Kekek pula bertanya sorang brader yang kebetulan mahu naik di atas.


   "Kenapa bang?"


   "Ada orang lemas"


   "Astaghfirullah hal azim" jelas aku dengar istighfar dari mulut Kekek. Aku juga turut beristighfar. Kami bergegas menuju ke tepi sungai di taman itu. Mencari port strategi untuk melihat kejadian lebih lanjut. Orang semakin ramai. Niat kami untuk berjogging terbantut. Memang inikah sikap orang Malaysia? Berkumpul sahaja lebih. 


   Kami lihat pasukan bomba mula melakukan aktiviti selaman untuk mencari mangsa lemas. Suara-suara sumbang para penonton semakin kuat. Pelbagai andaian, spekulasi, dan teori mula dikaitkan.


   "Budak kot yang lemas"


   "Ni mesti mabuk ni"


   "Bunuh diri tak, ish teruk betul orang sekarang ni"


   "Kes gaduh kot"


   Hati aku mengomel sendirian. Apalah mereka ni, membuat andaian negatif sahaja. Kalaulah aku ni wakil rakyat, dah lama aku tampar mulut mereka tu. Tak fikir kah perasaan ahli keluarga si mangsa kalau dengar suara busuk mereka tu. Aku lihat di satu sudut ada satu keluarga Cina berwajah gusar. Salah seorang dari mereka menangis. Mungkin mereka ahli keluarga si lemas. Namun pendangan aku teralih seketika ke satu kumpulan gadis-gadis comel. Mungkin juga mahu mengetahui apa yang berlaku.


   "Kek, kau tengok pukul 7 kau". Aku mahu berkongsi dengan Kekek permandangan itu. Tak elok tengok sorang-sorang. Pukul 7 itu merujuk kepada arah yang menggunakan sistem jarum jam. Tak perlu kami tunjuk. Cukup memberi arah. Memang ini sistem yang kami gunakan untuk menunjuk sesuatu. Pengaruh movie? Mungkin.


   "Ish! Cun gila Pot!"


   (Kalau korang rasa macam menyampah dengan perenggan yang atas ni, sila beritahu)


   Beberapa ketika kemudian, ahli bomba yang melakukan tugas menyelamat telah menemui si mangsa. Sudah meninggal barangkali berikutan kulit yang sudah keputihan dan kemudian mayat di angkat ke atas. Ahli perubatan yang bertugas mengesahkan bahawa mangsa sudah meninggal dunia.


   Kemudian aku mengajak Kekek untuk beredar. Jogging dapat satu round pun jadi la. Alang-alang sampai situ. Kemudian kami pun berjogging dan kemudian pulang ke rumah dengan keinsafan yang berbuku dalam sanubari.


   Serius sepanjang menanti si bomba mencari mangsa, otak aku ligat memikirkan masa lampau aku. Dulu aku rajin pergi memancing. Dan kalau aku rasa geram dengan ikan-ikan yang tak nak makan umpan aku, aku akan turun ke tasik, atau sungai untuk pasang jaring. Ada sekali aku pernah pasang jaring ikan dalam lombong. Kedalaman yang melebihi paras kepala aku. Tapi geram punya pasal, aku tak peduli semua itu. Tapi kejadian itu betul-betul buat aku berfikir. Dan bersyukur Alhamdulillah aku masih lagi di beri nafas sampai saat ini.

Monday, March 14, 2011

Dia Bukan Freak...

   "Kah Kah Kah... kau dengan abang kau tu sama je, freak!" kata-kata Borhan keras dan lancang kedengaran kuat sampai ke luar bilik.Kata-kata yang ditujukan kepada Hanafi yang merujuk kepada kesilapan dia bertutur. "Ala.. biasa la tu, semua orang pun mesti ada tersasul cakap, bongok!" Hanafi masih cuba membidas tindakan Borhan mentertawakannya. Apa yang membuatkan dia malu bila gelakan Borhan turut disambut semua isi rumah sewa dia dan yang lain yang ada dalam bilik itu. Yang membuatkan dia lebih bertambah malu adalah bila dia disamakan dengan seorang lagi isi rumah yang berbeza dengan manusia biasa lain.


   "Abang" yang dimaksudkan Borhan ialah seorang pelajar jurusan perniagaan di institusi gergasi tanah air. Seorang siswa yang sama-sama menyewa bersama Hanafi, Borhan, dan dua lagi penuntut yang lain. setiap penghuni rumah itu pasti akan rasa seolah terhina, malu, menyampah kalau disamakan dengan penuntut yang seorang itu. Masakan tidak, penuntut itu menghidap simptom skizofrenia, sejenis penyakit halusinasi yanag akan ditafsir sebagai gila.



   Suara Borhan masih kuat seolah belum puas memalukan Hanafi dan perkataan yang paling jelas kedengaran ialah "freak", "freak" dan "freak". Di ruang tamu, Ikmal sedang menghadap laptop, sedang khusyuk menyiapkan tugasan diberikan pensyarah namun telinganya dapat menangkap jelas setiap bait butir bicara milik Borhan itu. Bukan sekali dua dia mendengarnya tapi sudah banyak kali semenjak dia mula menyewa rumah itu. Tiada apa boleh dilakukan Ikmal selain mengendahkan sahaja penghinaan dari belakang itu. Dia tetap cuba mengerah tumpuannya agar tetap diskrin laptop supaya tugasan dapat disiapkan segera. Bagi menenggelamkan suara dekahan dari dalam bilik, Ikmal memasang kuat lagu "Love Story" oleh Taylor Swift. Lalu Ikmal mengikut lirik itu dengan betul dan mengikut irama lagu itu.


   "Kau tengok tu? Dia dah buat perangai dah. Ni mesti sampai subuh lah kita dengar suara dia" Faizul yang dari tadi tak berhenti gelak menyampuk.


   "Ah sudah, pergi cakap dengan abang kau tu suruh diam," Borhan menambah dan disahut ketawa yang semakin nyaring.


   "Sedap apa suara Ikmal tu? Macam, macam, kambing tengah mengawan. Kah Kah Kah!!" Hanafi menyambung kata-kata mereka sambil menyeka air mata yang tiba-tiba terembes keluar kerana terlalu kuat ketawa.


   "Isk, kurang ajar kau ni, depan dia kau berlagak baik, belakang bukan main mengutuk lagi, bila cakap tau pulak tarik muka" Borhan bernada serius yang sebenarnya lebih ingin membuat lawak dan sejurus ayat dihabiskan berdekah lagi hilai tawa seluruh isi bilik itu.


   Memang seluruh isi rumah itu akan menjadikan Ikmal sebagai bahan ketawa antara mereka sejak mula-mula lagi mereka sama-sama menyewa rumah itu. Sedangkan Ikmal seolah tidak mengerti walau hakikatnya pasti hatinya pedih. Hanafi tetap berdekah yang terjadi secara automatik bila melayan karenah yang lain.


   Kemudian Hanafi mengajak yang lain pergi ke kedai mamak untuk melepak. Semua bersetuju tanpa ada bantahan. Masing-masing meluru keluar tanpa memperdulikan sekujur tubuh Ikmal di ruang tamu. Semua segera ke motorsikal masing-masing. Cuma Hanafi yang berhenti seketika. "Kitorang nak ke mamak ni, nak kirim tak?". 


"Oh, boleh jugak, Teh ais ea?", Ikmal membalas dan meneruskan kerjanya.


"Ok!"


Di luar rumah, Borhan, Faizul dan lain bersuara serentak menjerit "Talam! Talam! Talam!". Talam merujuk kepada peribahasa talam dua muka. Ditujukan khas kepada Hanafi yang bijak berlakon sebagai seorang yang baik dengan Ikmal sebaliknya paling kuat mengutuk di belakang.


   Setibanya mereka di mamak masing-masing memesan minuman dan makanan mengikut tekak dan selera buas masing-masing. Pelayan berketurunan Pakistan cuma mengerut dahi melayan karenah mereka yang seolah minta dimandikan dengan milo ais.


   "Ada orang caring pasal abang siot!" Borhan memulakan dialog biadapnya.


   "Hahaha!! Tu lah pasal. Sweet gila ar!!" Faizul menyampuk.


   "Bodoh kau, kau orang main blah macam tu je, kesian lah sikit kat dia", Hanafi mempertahankan tingkah laku dia. 


   "Ah, kau tu dasar talam!" Nizam yang dari tadi diam mencelah.


   "Suka aku la, yang penting, aku King Of Talam. Ngehehehee" Hanafi kembang mengiktiraf diri sendiri.


   "Hari tu masa korang semua takde, si Ikmal tu cakap sorang-sorang, aku dah risau dah. Macam nak lari je", Nizam membuat cerita.


   "Apasal kau tak join je aktiviti menurun dia tu? hahahahaha!!" Borhan bersuara lancang. Hanafi cuma berdiam dan menumpukan perhatian kepada rancangan WipeOut di televisyen. Sudah lali dengan situasi begini. Asalkan keluar rumah sahaja, memang Ikmallah menjadi bahan hilai tawa semua. Semuanya tidak tahu apa-apa, kecuali Hanafi. Dia kenal benar dengan Ikmal. Tapi, dia malas nak cerita. Takut diketawakan. Dia cuma berdiam sepanjang sesi membahan itu. Hanafi perhatikan sekeliling. Dia memang suka memerhati gelagat manusia awam. Tiba-tiba dia terpandang betul-betul ke sebelah kanannya. Ada tiga orang lelaki yang duduk di meja sebelah. Dua darinya sempurna sementara yang lagi satu berkerusi roda. Wajahnya sugul. Dia kehilangan sebelah kaki. Barangkali kemalangan di jalan raya atau di tempat kerja.


   "Aku tak sanggup nak teruskan hidup, aku boleh buat apa?" lelaki yang berkerusi roda bersuara.


Seraya itu ingatan Hanafi terbang ke belakang. Terbang mengikut aliran udara dan asap-asap rokok yang berkepul di udara. 


********************************************************************************


   "Eeeeeeeeeeeeeee... tengok air liur dia," suara Azila terang dan nyaring seolah ingin memberitahu satu kelas.


   "Hahahaa!! Dah macam air longkang je" Yusof bergelak sakan. Gelak tawa yang ditujukan kepada budak lelaki yang sedang tidur berteleku di atas meja.


   "Kau ni Mal, cover ar sikit, macam apa entah kau ni", Hanafi bersuara dari belakang kelas. Guru kelas yang sepatutnya mengelola waktu itu tiada. Dia pergi berkursus. Dengan itu kelas jadi hingar-bingar. Jadi bising. Namun Ikmal boleh terlena dengan suasana hiruk itu. Dia tak peduli apa. Dia ada alam dia sendiri. Kalau waktu orang bising dia boleh terasa sunyi, tapi kalau waktu sepi dia terasa ada orang mahu kacau dia. Kerana kondisi Ikmal itulah dia sering menjadi mangsa buli dan ejekan bukan saja warga kelas, malahan jadi bicara warga sekolah lain. Baik perempuan atau lelaki, pelajar dari tingkatan bawah juga tak terlepas mengejek dia. Semuanya hanya kerana skizofrenia yang dia alami. Dia dilihat seolah seorang gila walau sebenarnya dia waras dan sihat. Kadang kala dia jadi hyperaktif, kadang kala jadi teramat pasif. Badannya yang kurus melidi lebih menyebabkan dia menjadi mangsa buli. 


   Dalam kelas dia sering disisihkan. Pelajar lain takut akan sikapnya yang suka bercakap seorang diri. Kadang-kala dia akan ketawa pula. Namun ada sedikit rasa tidak sampai hati dalam jiwa Hanafi. Kadang-kadang Hanafi akan duduk di sebelah Ikmal untuk membantu perihal pelajaran. Tapi bila Hanafi bersama pelajar lain, Ikmal menjadi topik utama. Sebagai bahan ketawa.


   "Kau selalu duduk dengan Ikmal tu tak takut ke?" Sakinah bertanya ketika mereka membuat sesi perbincangan.


   "Entah-entah kau pun dah tersampuk tak? Sebab tu perangai kau macam celaka" Saiful pula bersuara dengan biadap namun disambut gelak ketawa pelajar yang lain.


   "Tak baiklah korang ni buli OKU", Hanafi bersuara seakan serius tapi yang lain sambung ketawa. Sikap menyisihkan Ikmal tak sedikit pun memberi kesan  kepada mereka. Nama Ikmal terus menjadi antara nama ranking teratas di sekolah sampailah masing-masing tamat peperiksaan SPM. Kemudian masing-masing membawa haluan sendiri. Ada yang ke seberang tambak Johor. Ada yang sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Ada yang berkahwin sebagai memula langkah baru dan tak kurang pula yang menjadi penghisap dadah sepenuh masa.


****************************************************************************


Hanafi tersentak dari lamunannya bila Faizul melempang kuat muka dia. 


   :"Kau kenapa diam? Berak dalam seluar ke apa?" dan seperti biasa disambut gempita gelak tawa.


   "Kurang ajar", getus hati Hanafi. Pandangan Hanafi masih kekal ke sebelah kanan, meja tempat lelaki berkerusi roda dengan kawannya. Dia tidak endahkan suara rakan-rakannya yang sedang galak mengumpat pasal dirinya. Dia cuba memfokuskan pendengarannya ke arah meja sebelah.


   "Aku tak sanggup nak hidup, apa aku boleh buat? Kaki aku takde." suara sesalan dari lelaki berkerusi roda.


   "Apa kau cakap macam tu? Islam tak mengajar kita menyesali takdir" sahabat lelaki berkerusi roda bersuara lembut.


   "Kami kan ada, kami tetap di belakang kau. Islam tak mengajar kita membeza-bezakan manusia." Kata-kata semangat lagi seorang sahabatnya itu buat Hanafi ralit. Dia tenggelam dengan apa yang dia buat selama ini. Dia terasa sangat berdosa. Berdosa kepada seorang lelaki. Ada titik-titik sesalan muncul dalam hatinya. Dia bingung. Sedangkan orang lain boleh bersahabat dengan manusia hilang upaya. Kenapa dia tidak? Entah kenapa ketika itu juga hatinya sebak. Kalau sebelum ini banyak cerekerama di TV3 yang berunsur nasihat dia tonton, tidak satu pun meninggalkan sesal. Tapi dialog realiti yang baru dia dengar tadi buat dia terkedu. Ya. Dia memang bersalah. Dia tekad mahu merubah semuanya. Biarlah yang lain tenggelam dengan ketawa dosa mereka. 


   Hanafi meminta pelayan itu membungkuskan teh ais yang dipesan Ikmal sambil mendengar Borhan mengejeknya caring pasal "abang". Dia dah tak peduli..