Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan...


   Setiap tahun atuk ni akan muncul sebanyak 3 kali iaitu sebelum puasa, sebelum raya Aidilfitri dan sebelum raya Aidiladha. Namun tadi lebih kurang pukul 8 lebih, tugas genting atuk ini telah digantikan dengan pak cik yang lain. Ish ish ish... Lepas ni kami pasti akn rindukan untuk mendengar legend yang seorang ni beri pengumuman.


   Namun begitu sudah tersah dan tersahih, esok seluruh umat Islam akan menunaikan ibadah puasa rukun Islam yang ketiga ini. Jadi, kepada semua, marilah menunaikan puasa ini dengan amalan-amalan berkat dan mengumpul sebanyak kebaikan. Insya-Allah.


   Juga kumpul duit banyak-banyak untuk beli mercun, pelita, kuih raya, sampul duit raya, kasut raya, sampin raya, baju kebaya, nasi himpit, ketupat, dan apa-apa juga peruntukan raya. Alah... orang Malaysia, 3 bulan sebelum puasa dah sibuk cari kelengkapan raya....


   Tiada lain aku nak bebelkan, Salam menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. :)



Tuesday, July 26, 2011

Kejadian di Dataran Yong Peng...


   Hampir sebulan aku tinggal di perkampungan baru yang didiami keluarga aku. Teman-teman rapat aku juga mungkin sudah tahu berikutan migrasi kami dari Kluang ke Yong Peng. Segalanya masih serba baru bagi aku. Masih asing. Namun begitu sudah ada tanda yang aku bakal menjadi orang penting di sini. (Yang itu akan aku ceritakan di edisi yang lain.)


   Sepanjang hampir sebulan juga, aku memilih untuk meniaga Cha Koi sebagai mengisi masa lapang juga mengisi poket. Tahu Cha Koi? Kuih tradisional warga cina yang memang sudah dikuasai resipinya oleh kami turun temurun. Ok. Yang ni pun akan aku ceritakan di lain edisi.


   Arakian, ingin dijadikan cerita, suatu hari adik aku yang paling bongsu, Aniq, 4 tahun mengajak aku untuk bermain basikal keciknya di dataran Yong Peng yang terletak kira-kira 1KM dari rumah aku yang kebetulan baru-baru ini dikunjungi pelakon Juvana TV3. Oleh kerana aku pun dalam keadaan kebosanan tahap langit petala tujuh, aku pun bersetuju untuk melayan karenah budak kecil yang seoarang ini. Untung-untung dapat kenal dengan awek-awek yang bersiar-siar di dataran tersebut. Begitulah antara getus hati kecil aku bermonolog.


   Justeru aku dan Aniq pun berjalan perlahan-lahan menuju ke dataran tersebut.


   Sampai sahaja di dataran tersebut, Aniq pun meluncur laju dengan basikal mini nya mengelilingi dataran tersebut sambil aku mengambil satu tempat duduk dan menyalakan sebatang rokok untuk melepaskan lelah. Aku perhatikan sekeliling, dataran tersebut agak lengang mungkin kerana hari tersebut ialah hari biasa dan bukannya hari hujung minggu. Mungkin juga kerana baru sahaja pukul empat lebih.


   Namun yang agak menarik p[erhatian aku, meskipun tidak banyak orang membanjiri dataran tersebut namun di setiap sudut yang redup, ada sahaja pasangan yang mengendeng sesama sendiri seolah mereka ini dilahirkan sebagai pasangan kembar siam. Ada yang menjaga batas dengan duduk agak jauh sedikit atau secara berdepan dan di tempat terbuka. Ada jugak yang merasakan mereka berada di bumi Amerika dengan berpelukan dan berusapan kepala. Ada antara mereka yang nampaknya sudah berkerjaya dan ada pula yang nampak macam budak sekolah berikutan pakaian pendidikan jasmani yang mereka pakai.


   Bosan dengan pemandangan tersebut, dan puntung rokok dibuang ke dalam longkang, aku pergi dapatkan Aniq dan main kejar-kejar dengan dia. Sweet kan kami? Orang lain bawak awek, aku bawak adik. Hahahaaa...


   Penat lari-lari, aku dan Aniq duduk di satu tempat redup. Namun tak lama, Aniq kembali dapatkan basikalnya dan berpusing-pusing di dataran tersebut.


   Baru satu pusingan, dia mengajak aku bermain di bawah lorong belakang dataran. 


   Aku pun hanya menuruti.


   Baru sahaja dia masuk ke bawah lorong tersebut yang memang agak terpencil pandangannya dari orang yang lalu lalang dia bersuara...


"Ish.. Ish.. Ish... Ecoba'aannn!!" Aniq mengajuk kembali dialog, P. Ramlee, Sudin, Aziz dalam filem Pendekar Bujang Lapok yang dia tonton ulang-ulang kali di rumah.


Aku cuba pastikan apa yang mengejutkan Aniq.


   Rupanya... Jeng,.. Jeng.. Jeng...


   Ada sepasang budak sekolah lelaki perempuan lengkap berpakaian pendidikan jasmani warna biru yang aku kira dalam tingkatan empat sedang bercumbuan mesra tanpa memperdulikan kami yang memerhatikan.


   Aku berdehem dan mereka tersentak membetulkan diri masing-masing dan beredar mungkin terkejut. Timbul satu lagi masalah pula, bila Aniq tanya..


"Diorang buat apa tu bang?"


  Aku cuma jawap entah dan bawak Aniq naik semula ke dataran. Macamana aku nak jawap soalan budak berumur 4 tahun yang memang terkenal dengan sifat ingin tahu? 




Ish... Ish.. Ish... Eecccooobaaa'aann....




Monday, July 18, 2011

Teater Pentas Realiti : Berahi Tapi... Islam katanya...

   Surihani dan Sharipudin memandang pusingan kipas tahap lima yang tergantung di atas syiling. kelajuan kipas tersebut langsung tak dapat mendinginkan kehangatan tubuh mereka berdua yang sedang basah dihanyut dan ditenggelam kuyupnya peluh mereka. Tiada suara keluar dari mulut mereka berdua. Senyap. Mungkin degupan jantung masing-masing lebih kuat mengatasi nafas mereka berdua itu.


   Surihani masih ligat memikirkan segala-gala yang berlaku lebih kurang satu jam yang lepas. Masih laju memorinya mengimbas kembali. Bagaimana Sharipudin membawanya naik ke dalam hotel kos rendah ini untuk satu malam.


   Bagaimana suara-suara lembut Sharipudin menerjah ke halwa telinga Surihani dan menumbangkannya ke atas tilam yang memang tersedia khas dalam hotel murah tersebut. Satu persatu kucupan hinggap ke pipi Surihani. Satu persatu juga tudung dan pakaian yang sepatutnya membataskan aurat antaranya dan Sharipudin terdedah dan menjadi santapan mata jahat Sharipudin. Liar pandangan Sharipudin menjamah setiap inci tubuh Surihani. Galak dan ada unsur geram pandangannya itu.


   Kemudian tangan dan mulut Sharipudin menggantikan matanya yang dari tadi bertugas. Lembut dan erotik sentuhan yang dilakukan Sharipudin membuatkan Surihani terleka dan terlena. Bermula bibir Sharipudin melumat bibir mungil Surihani. Puas merasa sup lidah, Sharipudin menjamah pula gulai leher yang memang menjadi idaman lelaki-lelaki sekampus Surihani.


   Lencun leher Surihani, berpindah ke bawah... dan ke bawah... dan ke bawah sehinggalah ke aksi memasukkan tongkat adam Sharipudin ke dalam telaga larangan Surihani.


   Sharipudin puas... Begitu juga Surihani. Yang pasti sekiranya ada mana-mana lelaki tau berkenaan peristiwa berdarah tersebut, pasti Surihani bukan lagi menjadi bahan lelaki membuang anak di dinding-dinding bilik air. Pasti mereka tidak mahukan sebiji kelapa yang sudah pun di tebuk tupai.


"U... U janji nak nikah dengan I kan?" Surihani cuba mencatus suasana dengan mencari sebuah kepastian.


"I janji sayang...." Sharipudin memberi kata-kata kepuasan kepada Surihani.


"Betul ni sayang? Janji?"


"Betul sayang... Insya-Allah hubungan kita ni dapat berkat orang tua dan diredhai Allah kan sayang? Nanti I meminang U ye sayang? Insya-Allah." Kata-kata Sharipudin berhenti setakat itu tapi tangannya pula bekerja singgah ke dada Surihani. Surihani pasrah dan faham bahawa Sharipudin mahu mara ke pusingan seterusnya.


  Seraya itu hujan renyai-renyai menenggelamkan desah Surihani sedang asyik ditusuk. Bukti hubungan cinta mendapat berkat katanya....


   Oh ya... Ada iblis sedang berpesta menyaksikan tumpasnya satu lagi anak adam dan hawa....









Monday, July 11, 2011

Kedatangan tiga kelab bola sepak Eropah... Apa rasionalnya?

   
   Satu bumi Malaysia sudah umum mengetahui akan kedatangan tiga kelab gergasi Eropah yang akan bertandang menentang pasukan pilihan Malaysia. Hampir setahun awalnya iklan komersial dilancarkan demi mendapatkan perhatian seluruh warga Malaysia.


   Walaupun blog Sipot Si Tukang Tulis ini bukanlah blog bola sepak seperti Sokernet dan Sokerleaks, namun aku rasa terpanggil untuk menyuarakan rasa tidak puas hati atas tindakan FAM menganjurkan perlawanan ini. Perlawanan persahabatan membabitkan tiga kelab Eropah yang dikatakan gergasi, iaitu Kelab terkuat dunia Singa Biru (Chelsea), Kelab budak-budak tadika tiada kemenangan untuk setengah dekad (Arsenal) dan pasukan yang terkenal dengan sejarahnya seperti kata PM 1 Malaysia (Liverpool).


   Atas alasan memberi pendedahan skuad Harimau Malaya kepada pemain eropah, maka tiga perlawanan persahabatan ini dianjurkan. Namun apa implikasinya kepada skuad kebangsaan?


   Ranking? Sila geleng kepala kerana tiada mata ranking untuk perlawanan membabitkan pasukan negara menentang kelab tak kira kelab itu kuat macam Chelsea.


   Pendedahan kepada lawan yang lebih kuat? Sila geleng kepala juga kerana adakah ketiga-tiga pasukan gergasi ini akan bermain mati-matian semata-mata untuk menentang skuad pilihan Malaysia? Adakah permainan mereka sama cantik ketika merebut kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah?


   Mempelajari taktik mereka? Sedangkan pemain muda kelab tersebut diasah dari umur belasan tahun untuk menjadi pemain handalan, apa rasionalnya bermain selama 1 setengah jam untuk jadi seperti mereka?


Bertukar jersi dengan Frank Lampard?


Bergambar dengan Steven Gerrard?


Memperkotak-katikkan skuad kanak-kanak Arsenal?


  FAM sepatutnya menggunakan otak untuk menyusun jadual perlawanan kalau pun mahu mengaut untung dari ketaksuban rakyat Malaysia yang berorientasikan "Glory-Hunter". Ya. Rakyat Malaysia semuanya glory hunter. Kalau sebelum ini aku digelakkan sebab sibuk mengikuti perkembangan NorHafiz Zamani Misbah, Akmal Rizal Rakhli, Syamsuri Mustaffa, Eddie Helmi manan, Liew Kit Kong, Nizaruddin Yusuf, Wong Sai Kong tapi sekarang majalah Maskulin pun sibuk nak gunakan kerol fami sebagai cover page mereka.


   Berbalik kepada usul yang asal tadi. Fam patutnya dah tahu berkenaan penjadualan kelayakan Piala Dunia dan kelayakan Olimpik akan berlangsung sekitar tarikh Julai. Atau...............


   Melainkan kalau FAM menjangkakan skuad Malaysia akan terkandas seawal pusingan pertama kelayakan Olimpik dan juga kelayakan Piala Dunia. Kerana itulah mereka sewenang mak bapak meletakkan jadual pada tarikh di bulan Julai.


   Kalau benar itu jangkaan awal pihak FAM... senang hati aku katakan..... KEPALA HOTAK KAU!!


   Selain itu, FAM sepatutnya lebih bijak menggunakan otak bukan nampak duit sahaja dengan mengamalkan politik tahi. Untuk perlawanan menentang tiga kelab tersebut, liga malaysia terpaksa diawalkan beberapa minggu menyebabkan jadual liga tempatan menjadi terlalu padat dan langsung tak menarik dan berkucar-kacir...


   Aku nak katakan FAM bodoh tak de otak...


   Negara Asean lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand sibuk menetang skuad kebangsaan negara lain... Malaysia? Kejar duit... hak tuih FAM..


   FAM... Football About Money... bangang...



Tuesday, July 5, 2011

1Malaysia bukankah maksudnya sama rata? Tapi...

   
   1Malaysia seperti yang diwar-warkan Perdana Menteri keenam kita seperti menjadi satu kemestian dimana-mana sahaja. Tak kira barang-barang harian, banner-banner tepi jalan, kepala surat khabar, muka majalah, dinding-dinding kedai makan.


   Tujuannya cuma satu demi mengeratkan perpaduan dan kesepeduan antara kaum-kaum yang majoritinya mendiami bumi Malaysia ini. Sedikit sebanyak misi yang pernah dijalankan Bapa Perpaduan kita dahulu ada jugalah berhasilnya. 


   Berikutan entri kali ini bukanlah hendak aku hujahkan apa itu istilah yang merangkumi 1Malaysia ini. Tapi aku nak ceritakan apa yang aku lalui baru sahaja minggu lepas. Dan ianya berkaitan dengan 1Malaysia ini.


   Seluruh bumi Malaysia tahu bahawa pada hari sabtu yang lepas telah diadakan program larian 1Malaysia, 1Murid 1Sukan. Di tempat aku, telah digabungkan sekali dengan program kebudayaan yang dianjurkan persatuan Kebudayaan Johor. Makanya gempitalah program tersebut berlangsung selama dua hari berhampiran dengan tempat tinggal aku. Segalanya aktiviti berkonsepkan 1Malaysia.


   Untuk program tersebut aku dan keluarga telah mendirikan tapak gerai berniaga sederet dengan peniaga yang lain. Jadi secara tak langsung aku akan melihat semua aktiviti yang dianjurkan. Ada sukaneka, lari dalam guni, tiup belon sampai pecah, tiup tepung, kerusi berirama, kerusi beroda, tiup tepung sampai pecah dan sebagainya. Kemudian diadakan pula pertandingan yang berasaskan subjektif (permarkahan juri) seperti gubahan, masakan, dan karaoke. 


   Mendengarkan ada pertandingan nyanyian, keluarga dan sepupu aku mendesak-desak aku untuk turut serta. Namun begitu aku tolak sebab tempat tersebut masih asing bagi aku. Aku tak kenal sesiapa kecuali sepupu-sepupu sahaja. Desakan tetap diteruskan lalu aku pun turut serta.


   Malam sabtunya, berlangsunglah peringkat saringan karaoke dan giliran aku adalah yang kedua. Naik atas pentas, aku tengok ramai gila orang namun aku buat muka kacak. Lagu Aris Ariwatan, Lamunan Terhenti menjadi taruhan digabungkan dengan suara Yabang, Khalifah aku ni. Maka tersenyap seluruh isi hadirin majlis terpukau dek penangan suara aku. (Sila abaikan kalau rasa meluat)


   Turun pentas aku kembali ke gerai menunggu sehingga seluruh 30 peserta habis mempertaruhkan suara masing-masing. Ada yang hebat, ada pula yang sekadar hendak memalukan diri. Yang tua ada cucu berderet pun ada. Yang mak nenek rasanya dah 60-an tapi mekap kalah hantu operah cina. Semua macam gelagat ada.


   Tanpa disangka aku terpilih untuk ke final esoknya bersama peserta final yang lain. Cuma agak pelik yang power-power ramai yang tak masuk peringkat akhir. Terkejut bukan kepalang aku dibuatnya tapi aku buat-buat selamber kononnya dah biasa dengan semua ini. Hahaha.


   Esoknya aku meniaga macam biasa sehinggalah acara kemuncak malamnya. Tetamu undangan dato' entah sape namanya menjadi penyeri malam itu. Habislah ucapan beliau berkenaan 1 Malaysia dan perpaduan dilaungkan malam itu.


   Sampai pula ke acara final. Masing-masing termasuk aku berjuang atas pentas. Sekali lagi dendangan aku memukau seluruh hadirin. Hahaha.


   Kemudian acara penyampaian hadiah. Aku tak dapat tempat sama ada Juara, Naib Juara atau tempat ketiga. Takpelah. Masuk final pun dah power lah tu kan?


   Cuma yang aku musykilkan sewaktu MC (Juruhebah Majlis) mengumumkan pemenang untuk setiap pertandingan subjektif, dia akan katakan,


  "Tempat ketiga pertandingan masakan, Puan Kosnah, isteri kepada S/U kita ni..."


  "Tempat kedua pertandingan gubahan, Cik Rozyana, anak kedua exco kita ni..."


   "Tempat ketiga pertandingan karaoke, Muhamad Syah, anak pak abu ketua kampung kita ni..."


   "Tempat kedua ,Pak jamil, bekas penolong pentadbir gerakan ni.."


   "Juara, Pak Hassan, ni dulu exco tugasan kita ni..."


   Pilih bulu? Pilih kasih? Kroni? kata 1Malaysia? Sama rata bukan? ni kalau dah benda paling kecik macam ni pun nak pakai kabel USB orang dalam, susah nak berjaya tahu? Benda kecik macam ni dah bagi contoh yang esar macam mana yang kat luar sana nak dapatkan kontrak, nak dapatkan tempat, nak hantar anak masuk u, nak dapatkan kayu balak kat hutan.


   Semua guna orang dalam.


   Aku tak bengang pun sebab tak menang. Yang aku bengang macamana diorang kelolakan majlis. Sampah! Teruk! oleh dikatakan syok sendiri je. Kalau diberi pilihan untuk bagikan gred. Aku bagi C-.


   Takpelah. Hidup korang. Pandai-pandailah nak hidup.


   Ada lagi berita menarik. Kerana keberjayaan aku masuk ke peringkat akhir tersebut, aku telah dilamar untuk menjadi vokalis untuk band orang kahwin. Hahaha. Band orang kahwin pun, yang penting ada jugak yang nampak aku. Huahahahahahahahahaaha!!!


   Aksi pertama aku adalah Ahad minggu ni. Maka bertuahlah siapa yang tengok aksi aku nanti. Katanya di salah satu walimatul urus di Kluang. Entah. Aku ikutkan je. Heeeeeee...


   So, cari aku disana...


   Sekian...